Artikel ini memberikan penerangan yang lebih jelas akan mekanisma bayaran bulanan ASB Financing dan Tips untuk mendapatkan Bayaran Bulanan ASB Financing terbaik serta manfaatnya.
BAYARAN BULANAN ASB FINANCING
Jadual bayaran bulanan ASB Financing RM100,000 mengikut rate dan tempoh pembiayaan
Bayaran bulanan ASB Financing ditentukan oleh 3 perkara, iaitu:
- Rate bank : Berbeza mengikut bank. Rate juga berubah-ubah.
- Tempoh pembiayaan / pinjaman: lain bank lain tempoh maksimanya
- Takaful : Jika diambil loan bersama takaful, maka bayaran installment akan meningkat (bayaran pembiayaan ASB + bayaran takaful)
Jadual di atas menunjukkan bayaran bulanan ASB Financing mengikut rate dan tempoh (tak termasuk bayaran takaful - bayaran takaful ni berbeza mengikut umur) untuk pembiayaan ASB RM100,000.
Dapatan data ini menunjukkan bahawa:
- Lagi tinggi rate, lagi banyak bayaran bulanannya.
- Lagi panjang tempoh pembiayaan, lagi murah bayaran bulanannya.
RATE BANK ASB FINANCING
Anda kena lah survey bank yang memberikan anda antara rate yang paling rendah.
Rate bank ni berubah - ubah (seperti loan rumah) yang seterusnya memberikan kesan kepada bayaran bulanan anda. Artikel ini memberikan ulasan yang lebih jelas (KLIK).
Pada masa kini, rate semua bank adalah pada paras terendah sejak dari awal ASB Financing ni disediakan.
TEMPOH PEMBIAYAAN ASB FINANCING
Tempoh pembiayaan berbeza mengikut bank. Ada yang maksima 25 tahun / 30 tahun / 35 tahun atau 40 tahun. Antara bank yang menawarkan tempoh pembiayaan sehingga 40 tahun adalah Ambank, RHB dan CIMB.
- Affin Bank : 30 Tahun
- Ambank : 40 Tahun
- Bank Islam : 30 Tahun
- Bank Muamalat : 25 tahun
- BSN : 30 Tahun
- CIMB : 40 Tahun
- Hong Leong Bank : 35 Tahun
- Maybank : 30 Tahun
- RHB : 40 Tahun
Tempoh pembiayaan ini bergantung kepada umur pemohon. Kita juga nak kena tahu umur maksima untuk tempoh loan. Di bawah ni adalah maksima tempoh pembiayaan sehingga kita berumur______
- Affin Bank : 65 tahun
- Ambank : 70 tahun
- Bank Islam : 70 Tahun
- Bank Muamalat : 75 Tahun
- BSN : 65 Tahun
- CIMB : 70 Tahun
- Hong Leong : 65 Tahun
- Maybank : 65 Tahun
- RHB : 65 Tahun
So gabungan antara kedua-dua parameter ini, maka jika:
- Pn Ros umur 25 tahun
- RHB : Boleh buat loan sehingga 40 tahun
- Ambank : Boleh buat loan sehingga 40 tahun
- Maybank : Boleh buat loan sehingga 30 tahun)
- Pn Lili umur 30 tahun
- RHB : Boleh buat loan sehingga 35 tahun
- Ambank : Boleh buat loan sehingga 40 tahun
- Maybank : Boleh buat loan sehingga 30 tahun)
- Pn Siti umur 35 tahun
- RHB : Boleh buat loan sehingga 30 tahun
- Ambank : Boleh buat loan sehingga 35 tahun
- Maybank : Boleh buat loan sehingga 30 tahun
- Pn Aishah umur 40 tahun
- RHB : Boleh buat loan sehingga 25 tahun
- Ambank : Boleh buat loan sehingga 30 tahun
- Maybank : Boleh buat loan sehingga 25 tahun)
TAKAFUL DALAM ASB FINANCING
Ini adalah takaful untuk melindungi loan ASB. Ia cover jika berlakunya Kematian (Death) atau Lumpuh cacat kekal (TPD).
Ada bank yang mewajibkan takaful semasa memohon ASB Financing. Manakala ada yang sekadar optional - tak wajib untuk ambil takaful. Cuma, kalau nak rate lebih baik, kena lah ambil dengan takaful sebagai syaratnya.
Perlu ke Takaful ni?
BAJET BULANAN UNTUK PEMBIAYAAN
Nah, sekarang ni berapa bajet anda? Dengan bajet yang sama, anda mungkin memperolehi jumlah loan yang berbeza.
Contoh, jika anda bajet RM400 sebulan:
- En Ahmad memperoleh ASB Financing RM100k (Rate 3.55% / 40 Tahun / Bayaran bulanan RM390)
- En Abu memperoleh ASB Financing RM85k (Rate 3.75% / 30 Tahun / Bayaran bulanan RM394)
- En Ali memperoleh ASB Financing RM75k (Rate 3.95% / 25 Tahun / Bayaran bulanan RM394)
Apabila dividen ASB diumumkan, jumlah dividen yang diterima adalah berdasarkan jumlah pembiayaan. Katakan dividen adalah 6.00%.
Maka dengan bajet yang sama (sekitar RM400 sebulan):
- En Ahmad akan menerima dividen sebanyak RM6,000 (Loan RM100,000)
- En Abu akan menerima dividen sebanyak RM5,100 (Loan RM85,000)
- En Ali akan menerima dividen sebanyak RM4,500 (Loan RM75,000)
KESIMPULAN
1. Kalau nak jimat banyak, seboleh mungkin dapatkan pakej sebegini:
- Rate bank yang munasabah rendah
- Tempoh pembiayaan paling panjang
- Takaful sependek mungkin
2. Faktor yang boleh dikawal:
- Rate Bank : Memilih bank edngan rate yang munasabah rendah.
- Tempoh pembiayaan : Jika tak dapat tempoh pembiayaan yang panjang disebabkan faktor umur, anda boleh jer buat Join Acc (Acc bersama) dengan anak.... Tempoh pembiayaan akan mengikut umur anak (Lebih panjang tempoh pembiayaan = lebih rendah installment).
- Takaful : Jika sekadar untuk mendapatkan rate bank yang lebih baik, anda disyorkan untuk mengambil Takaful dengan tempoh yang pendek sahaja (5 Tahun / 10 Tahun)
3. Faktor yang tak boleh dikawal:
- Perubahan bayaran bulanan apabila berlakunya kenaikan BR (Bank Negara naikkan OPR).
- Tempoh pembiayaan : jika usia anda tak membolehkan maksima tempoh pembiayaan (dan tiada peluang untuk join acc)
- Takaful: Jika bank anda mewajibkannya sebangai syarat untuk ASB Financing.
Strategi yang betul hari ini mampu mengubah kedudukan kewangan anda untuk 10, 20 malah 30 tahun akan datang.
Setiap keputusan kewangan yang bijak bermula dengan satu perbualan yang betul.
Saya sedia membantu anda membina strategi yang sesuai dengan objektif, cash flow dan matlamat kewangan anda. Klik & hubungi saya sekarang....👉 012-5588680 (Wassap (KLIK)
Strategi yang betul hari ini mampu mengubah kedudukan kewangan anda untuk 10, 20 malah 30 tahun akan datang.
Setiap keputusan kewangan yang bijak bermula dengan satu perbualan yang betul.
Saya sedia membantu anda membina strategi yang sesuai dengan objektif, cash flow dan matlamat kewangan anda. Klik & hubungi saya sekarang....
👉 012-5588680 (Wassap (KLIK)
Wealth Strategist | Pakar Strategi ASB Financing
👉 Berpengalaman menguruskan portfolio pelaburan bernilai >RM100 juta melibatkan ASB Financing, Unit Trust, Mandate Saham US, Bitcoin & FCPO, serta dipercayai oleh >1,000 pelabur di seluruh Malaysia.
Wealth Strategist | Pakar Strategi ASB Financing
👉 Berpengalaman menguruskan portfolio pelaburan bernilai >RM100 juta melibatkan ASB Financing, Unit Trust, Mandate Saham US, Bitcoin & FCPO, serta dipercayai oleh >1,000 pelabur di seluruh Malaysia.
📞 012-5588680 (KLIK)
📞 012-5588680 (KLIK)
TIPS ASB FINANCING (ASB LOAN) 2026
1. Rate & Offer- Kadar Pembiayaan Bank
2. Refinance for Better Rate
REFINANCING ASB FINANCING: BILA WAKTU PALING SESUAI? 7 SEBAB KENAPA RAMAI PELABUR BIJAK TUKAR KE KADAR LEBIH RENDAH
3. Tempoh Pembiayaan ASB Financing (ASB Loan)
ASB FINANCING : RAMAI INGAT TEMPOH PENDEK LEBIH BIJAK. HAKIKATNYA, STRATEGI TEMPOH PANJANG SELALUNYA LEBIH MENGUNTUNGKAN.
4. 'FREE' Extra 1 bulan Dividen ASB
ASB FINANCING: BETUL KE BOLEH DAPAT DIVIDEN 'EXTRA' 1 BULAN? INI PENJELASAN YANG RAMAI MASIH KELIRU (EDISI 2026)
5. Takaful dalam ASB Financing (ASB Loan)
ILMU ASB FINANCING
PAKEJ ASB FINANCING
1. Rate & Offer- Kadar Pembiayaan Bank
2. Refinance for Better Rate
REFINANCING ASB FINANCING: BILA WAKTU PALING SESUAI? 7 SEBAB KENAPA RAMAI PELABUR BIJAK TUKAR KE KADAR LEBIH RENDAH
REFINANCING ASB FINANCING: BILA WAKTU PALING SESUAI? 7 SEBAB KENAPA RAMAI PELABUR BIJAK TUKAR KE KADAR LEBIH RENDAH
3. Tempoh Pembiayaan ASB Financing (ASB Loan)
ASB FINANCING : RAMAI INGAT TEMPOH PENDEK LEBIH BIJAK. HAKIKATNYA, STRATEGI TEMPOH PANJANG SELALUNYA LEBIH MENGUNTUNGKAN.
ASB FINANCING : RAMAI INGAT TEMPOH PENDEK LEBIH BIJAK. HAKIKATNYA, STRATEGI TEMPOH PANJANG SELALUNYA LEBIH MENGUNTUNGKAN.
4. 'FREE' Extra 1 bulan Dividen ASB
ASB FINANCING: BETUL KE BOLEH DAPAT DIVIDEN 'EXTRA' 1 BULAN? INI PENJELASAN YANG RAMAI MASIH KELIRU (EDISI 2026)
5. Takaful dalam ASB Financing (ASB Loan)
ILMU ASB FINANCING
PAKEJ ASB FINANCING
Disclaimer:Perkongsian ini berdasarkan kiraan telus & pengalaman peribadi untuk tujuan pendidikan. Dividen dan kadar pembiayaan adalah tidak dijamin serta tertakluk kepada pihak bank dan ASNB dari semasa ke semasa. Sila buat penilaian kesesuaian peribadi sebelum membuat keputusan.
Disclaimer:
Perkongsian ini berdasarkan kiraan telus & pengalaman peribadi untuk tujuan pendidikan. Dividen dan kadar pembiayaan adalah tidak dijamin serta tertakluk kepada pihak bank dan ASNB dari semasa ke semasa. Sila buat penilaian kesesuaian peribadi sebelum membuat keputusan.


No comments:
Post a Comment