31 July 2026

MOHD ROSYAIDI – WEALTH STRATEGIST & KONSULTAN UNIT TRUST MALAYSIA | BINA PORTFOLIO, BUKAN SEKADAR PILIH FUND

Produk mungkin sama. Strategi yang membezakan hasil.

Hari ini, mencari Unit Trust bukan perkara sukar. Pelabur boleh melihat ranking, prestasi dana dan ratusan pilihan pelaburan secara online.

Tetapi semakin banyak pilihan, semakin penting satu persoalan:
Dana mana yang benar-benar sesuai untuk portfolio anda — dan kenapa?

❌ Fund yang mencatatkan pulangan tertinggi belum tentu terbaik untuk setiap pelabur. 
❌ Memiliki banyak fund juga belum tentu bermaksud portfolio benar-benar diversified.

Sebab itu pendekatan saya tidak bermula dengan:
“Fund mana nak beli?”

Tetapi:
“Apa yang kita mahu portfolio ini capai?”

Saya Mohd Rosyaidi, Wealth Strategist. Fokus saya bukan sekadar membantu pelabur membeli Unit Trust, tetapi membina strategi di sebalik portfolio mereka.

SIAPA MOHD ROSYAIDI?


Perjalanan profesional saya bermula di luar industri kewangan. Saya merupakan graduan UKM dalam bidang Medical Imaging (UKM), mempunyai Master in Industrial Safety Management (UKM) dan pernah berkhidmat di Institut Jantung Negara (IJN) serta dalam bidang akademik sebagai Lecturer (UIAM, MSU, UNISEL, SEGi University) sebelum beralih ke industri kewangan. 

Saya mula terlibat dalam bidang kewangan pada 2012 dan Unit Trust pada 2015. 
Latar belakang akademik membentuk cara saya melihat pelaburan:
Data → Analisis → Strategi → Keputusan

Sepanjang perjalanan, saya pernah menerima pengiktirafan seperti Top Sales Producer, Million Dollar Producer dan Top Recruiter, selain terlibat dalam perkongsian ilmu kewangan dan pelaburan. 

Hari ini, pengalaman saya merangkumi Unit Trust, Portfolio Saham US, Portfolio Saham Malaysia, ETF, PRS, ASB Financing, Bitcoin & Crypto, FCPO dan beberapa instrumen pelaburan lain.

Namun satu prinsip kekal: Pelaburan yang baik bukan bermula dengan produk. Ia bermula dengan strategi.


MOHD ROSYAIDI – WEALTH STRATEGIST & KONSULTAN UNIT TRUST MALAYSIA | BINA PORTFOLIO, BUKAN SEKADAR PILIH FUND

KENAPA MELABUR UNIT TRUST BERSAMA MOHD ROSYAIDI?


1. Bukan Sekadar Pilih Fund Unit Trust - Kita Bina Portfolio Pelaburan

Persoalannya bukan sekadar: “Fund ini bagus atau tidak?”

Tetapi: “Apa fungsi fund ini dalam portfolio anda?”

Setiap pelabur mempunyai objektif, tempoh pelaburan dan toleransi risiko yang berbeza. Sebab itu saya tidak percaya kepada pendekatan one portfolio fits everyone.

Prosesnya lebih kepada:
OBJECTIVE → RISK → ASSET ALLOCATION → FUND SELECTION → REVIEW

2. Fund Selection Berdasarkan Data, Bukan Hype

Historical return penting, tetapi return sahaja tidak mencukupi.

Antara perkara yang perlu dinilai ialah prestasi, consistency, volatility, portfolio holdings, sector dan geographical exposure, investment theme serta kesesuaian fund dengan keseluruhan portfolio.

Performance menarik perhatian. Strategi menentukan sama ada sesuatu fund mempunyai tempat dalam portfolio.

3. Diversification Yang Lebih Tersusun

Mempunyai lima fund tidak semestinya bermaksud portfolio mempunyai lima sumber risiko yang berbeza.

Bagaimana jika kesemuanya mempunyai exposure besar kepada US Technology, AI atau saham yang hampir sama?

Sebab itu saya melihat bukan sahaja berapa banyak fund, tetapi apa sebenarnya yang dimiliki di dalam fund tersebut

Fund terbaik belum tentu menghasilkan portfolio terbaik. Diversification perlu mempunyai tujuan.

4. Multi-Fund & Multi-Manager Strategy

Tidak ada satu fund manager yang semestinya terbaik untuk setiap market cycle, asset class atau geographical market.

Sebab itu saya percaya kepada konsep: Best Fund Manager for the Right Role.

Portfolio boleh menggabungkan beberapa pengurus dana dan exposure berbeza berdasarkan objektif tertentu - bukan sekadar mengumpulkan banyak fund.

25 July 2026

MELABUR DALAM MASA DEPAN: MENGAPA SAYA MEMILIH PASARAN AMERIKA SYARIKAT (US) SEBAGAI SEBAHAGIAN PORTFOLIO JANGKA PANJANG

Tahun 2036...

Bayangkan anak anda bertanya...
"Ayah... masa AI sedang mengubah dunia dahulu... ayah ada melabur tak?"

Anda terdiam.
Kerana ketika itu...
Berbilion manusia menggunakan AI & ChatGPT.
Berbilion carian dibuat melalui Google.
Jutaan syarikat bergantung kepada Microsoft.

Tetapi...
Ramai hanya menjadi pengguna.
Sangat sedikit menjadi pemilik.

Itulah perbezaan yang membina kekayaan.

Selepas
 lebih sedekad menguruskan portfolio pelaburan bernilai >RM100 juta melibatkan ASB Financing, Unit Trust, Mandate Saham US, Bitcoin & FCPO, serta dipercayai oleh >1,000 pelabur di seluruh Malaysia, saya percaya...

💙 Pelabur yang berjaya bukan mengejar saham / trend yang sedang popular.
💙 Mereka mengenal pasti megatrend yang dijangka berkembang 10 hingga 20 tahun akan datang, kemudian membina portfolio di sekelilingnya.

Persoalannya...

Jika AI dan teknologi terus membentuk masa depan dunia... adakah portfolio anda turut berkembang bersama perubahan tersebut?

Dalam artikel ini, saya akan berkongsi mengapa saya melihat pasaran Amerika Syarikat (US) sebagai salah satu komponen penting dalam portfolio jangka panjang dan bagaimana pelabur Malaysia boleh mendapat pendedahan kepada syarikat-syarikat yang memacu ekonomi dunia.

24 July 2026

UNIT TRUST TERBAIK MALAYSIA (3-YEAR RETURN) – JULY 2026: APA YANG SEBENARNYA BOLEH KITA PELAJARI DARIPADA PRESTASI DANA INI?

Top 10 Unit Trust Terbaik Malaysia Julai 2026 (3-Year Return): Analisis Portfolio Manager Yang Ramai Pelabur Terlepas Pandang


Pernahkah anda terfikir...

Bagaimana sesetengah dana Unit Trust mampu mencatatkan pulangan melebihi 300% hanya dalam tempoh tiga tahun, sedangkan ramai pelabur masih beranggapan Unit Trust sekadar memberi pulangan "5% hingga 8%" setahun?

Lebih menarik...

Mengapa sebahagian besar dana terbaik tersebut berkongsi tema pelaburan yang hampir sama?

Adakah ini kebetulan?
Atau sebenarnya terdapat perubahan besar sedang berlaku dalam ekonomi dunia yang masih belum disedari oleh ramai pelabur?


UNIT TRUST TERBAIK MALAYSIA (3-YEAR RETURN) – JULY 2026: APA YANG SEBENARNYA BOLEH KITA PELAJARI DARIPADA PRESTASI DANA INI?


Artikel ini bukan sekadar memaparkan ranking.

Sebaliknya, saya ingin membawa anda melihat data ini daripada perspektif seorang Portfolio Manager - iaitu bagaimana profesional pelaburan membaca prestasi dana, mengenal pasti trend, dan membina strategi untuk beberapa tahun akan datang.

17 July 2026

TOP 50 UNIT TRUST TERBAIK MALAYSIA 2026 (PRESTASI 3 TAHUN TERKINI) – SENARAI DANA PALING TINGGI RETURN SEHINGGA JULAI 2026

Satu fakta yang mungkin mengejutkan ramai pelabur.

Jika seseorang melaburkan RM100,000 ke dalam dana No.1 dalam senarai Top 50 Unit Trust Terbaik Malaysia ini tiga tahun lalu, nilainya berpotensi berkembang kepada kira-kira RM444,340 hari ini.

Ini bermaksud keuntungan sekitar RM344,340 dalam tempoh hanya tiga tahun.
❌ Tanpa membuka perniagaan.
❌ Tanpa membeli hartanah.
❌ Tanpa perlu menguruskan penyewa.
❌ Tanpa perlu menjadi trader yang memerhati pasaran setiap hari.

Persoalannya...

Mengapa masih ramai menganggap Unit Trust tidak mampu memberikan pulangan yang kompetitif?

Hakikatnya, 
❌ kebanyakan pelabur bukan gagal kerana memilih instrumen yang salah.
✅ Mereka gagal kerana terlalu lambat mengenal pasti tema pelaburan yang sedang mengubah dunia.

Sepanjang tiga tahun kebelakangan ini, kekayaan global banyak dicipta oleh beberapa tema utama:
💙 Artificial Intelligence (AI)
💙 Semiconductor & Advanced Computing
💙 Teknologi Generasi Baharu
💙 Emas & Precious Metals
💙 Asia Pacific
💙 China
💙 Jepun

Pelabur yang memahami perubahan struktur ekonomi dunia dan bertindak lebih awal menikmati manfaat pertumbuhan tersebut.

Mereka yang menunggu sehingga semua orang mula bercakap mengenainya pula lazimnya hanya membeli apabila harga sudah jauh meningkat.

Dalam pelaburan, pulangan yang besar selalunya datang kepada mereka yang mengenal pasti trend lebih awal, bukannya mereka yang bertindak paling lewat.

Atas sebab itu, insyaAllah setiap bulan saya akan meneliti prestasi ratusan dana Unit Trust yang dipasarkan di Malaysia bagi mengenal pasti dana-dana yang mencatat prestasi terbaik berdasarkan data daripada beberapa sumber diyakini seperti Lipper dan Morningstar.

Artikel ini...
 bukan bertujuan untuk menunjukkan "dana mana yang patut dibeli".
✅ 
Sebaliknya, ia bertujuan membantu pelabur memahami tema pelaburan yang sedang memimpin pasaran, mengenal pasti corak prestasi, serta memperoleh perspektif yang lebih luas sebelum membuat keputusan pelaburan.

Kerana sebagai seorang Investment Strategist, saya percaya bahawa:
Pelabur yang membuat keputusan berdasarkan data akan sentiasa mempunyai kelebihan berbanding pelabur yang hanya mengikut sentimen pasaran.

Jadi, mari kita lihat apakah yang boleh kita pelajari daripada Top 50 Unit Trust Terbaik Malaysia sehingga 15 Julai 2026.


TOP 50 UNIT TRUST TERBAIK MALAYSIA 2026 (PRESTASI 3 TAHUN TERKINI) – SENARAI DANA PALING TINGGI RETURN SEHINGGA JULAI 2026


10 FAKTA MENARIK - UNIT TRUST TERBAIK MALAYSIA 2026 - JULAI 2026


1. Dana No.1 mencatat pulangan luar biasa 344.34% dalam tempoh tiga tahun. Jika anda melabur:
💰 RM10,000 → RM44,434
💰 RM50,000 → RM222,170
💰 RM100,000 → RM444,340

2. Sebanyak 5 dana mencatat pulangan melebihi 170% dalam tempoh tiga tahun.

3. Lebih 30 dana berjaya menghasilkan pulangan melebihi 100%Ini menunjukkan prestasi cemerlang bukan hanya terhad kepada beberapa dana sahaja.

4. Dana di kedudukan ke-50 masih mencatat pulangan hampir 88% dalam tiga tahun. Ini membuktikan bahawa peluang pelaburan tidak hanya tertumpu kepada dana nombor satu.

5. Dana Patuh Shariah terus menunjukkan daya saing yang kukuh. Beberapa dana Shariah bukan sahaja berada dalam Top 10, malah mengatasi banyak dana konvensional.

6.  Tema AI, Semiconductor dan Teknologi masih mendominasi prestasi.Ini membuktikan bahawa transformasi digital global masih menjadi pemacu utama pertumbuhan keuntungan korporat.

7. Asia Pasifik, China dan Jepun kembali menjadi perhatian pelabur global. Pemulihan ekonomi serantau dan perubahan dasar korporat menjadi antara faktor penyumbang prestasi.

8. Emas kembali membuktikan peranannya. Dana berasaskan emas bukan sekadar berfungsi sebagai aset perlindungan, malah berjaya menjana pulangan yang kompetitif sepanjang tempoh ini.

9. Banyak dana berprestasi tinggi turut boleh diakses melalui Skim Pelaburan Ahli KWSP (i-Invest)Ini memberi peluang kepada ahli KWSP yang layak untuk mempelbagaikan sebahagian simpanan persaraan mereka mengikut garis panduan yang ditetapkan.

10. Prestasi lampau bukan jaminan masa hadapan.
Senarai ini sangat berguna untuk mengenal pasti tema pelaburan yang sedang memimpin pasaran, namun keputusan pelaburan tetap perlu mengambil kira objektif kewangan, tempoh pelaburan dan toleransi risiko masing-masing.

TOP 50 UNIT TRUST TERBAIK MALAYSIA, JULAI 2026 - PULANGAN KEUNTUNGAN TERTINGGI 3 TAHUN (COMPOUNDED RETURN)


TOP 50 UNIT TRUST TERBAIK MALAYSIA, JULAI 2026 - PULANGAN KEUNTUNGAN TERTINGGI 3 TAHUN (COMPOUNDED RETURN)

Prestasi Pulangan Keuntungan Top 50 Dana Unit Trust Terbaik Malaysia July 2026 bagi tempoh 3 tahun terkini (as 15 July 2026) :

1 Nomura Global Shariah Semiconductor Equity USD : 344.34%
2 Areca Dynamic Growth 2.0 : 253.15%
3 Principal Next-G Connectivity USD : 218.82%
4 Public Islamic Asia Tactical Allocation : 182.90%
5 TA Gold & Silver USD : 172.12%

6 United Global Technology USD : 149.49%
7 AHAM World Series-Next Gen Technology USD : 147.34%
8 RHB i-Sustainable Future Technology USD : 146.93%
9 RHB Pacific Technology USD : 146.39%
10 TA Global Absolute ESG Alpha USD : 130.88%

Fund No.1 ialah Nomura Global Shariah Semiconductor Equity USD dengan pulangan terkumpul 344.34% dalam tempoh tiga tahun. Ia mencerminkan hakikat bahawa semiconductor masih merupakan "enjin utama" kepada ekonomi digital global.

Setiap aplikasi AI, data centre, cloud computing, autonomous vehicle, robotics dan Internet of Things memerlukan cip berprestasi tinggi. Hari ini, Semiconductor ialah aset strategik kepada ekonomi digital dunia.

Daripada perspektif portfolio management, syarikat yang membina "infrastruktur AI" lazimnya mempunyai potensi pertumbuhan yang lebih mampan berbanding syarikat yang hanya menggunakan AI sebagai produk akhir.

Tanpa cip:

💛 AI tidak boleh berkembang.
💛 Cloud tidak boleh berkembang. 
💛 Data Centre tidak boleh berkembang.
💛 Autonomous Vehicle tidak boleh berkembang.
💛 Robotics tidak boleh berkembang.

Sebab itu syarikat dalam industri semiconductor sering dianggap sebagai "backbone" kepada revolusi teknologi global.

Teknologi bukan lagi satu sektor semata-mata, tetapi telah menjadi enjin kepada hampir semua sektor ekonomi moden seperti kewangan, penjagaan kesihatan, industri, automotif, logistik, pendidikan, keselamatan siber, dan e-dagang.

Fund Manager sebenarnya melabur merentasi pelbagai subsektor teknologi seperti Semiconductor, Cloud Computing, Cybersecurity, Digital Payments, Software, Data Centre, Network Infrastructure, Artificial Intelligence Platform, Automation & Digital Healthcare.
Ini menjadikan portfolio lebih pelbagai dan kurang bergantung kepada prestasi satu syarikat sahaja. Bagi pelabur jangka panjang, pendekatan ini lazimnya memberikan profil risiko yang lebih seimbang.


TOP 50 UNIT TRUST TERBAIK MALAYSIA, JULAI 2026 - PULANGAN KEUNTUNGAN TERTINGGI 3 TAHUN (COMPOUNDED RETURN)


11 TA Global Technology USD : 129.92%
12 Principal Islamic Global Technology USD : 128.47%
13 Public e-Islamic Asia Thematic Growth : 125.17%
14 TA Global Absolute Focus USD : 121.90%
15 Manulife Shariah China Equity A USD : 119.25%

16 Maybank AsiaPac Ex-Japan Equity-i : 118.39%
17 Public Asia Ittikal : 116.93%
18 Principal Global Technology USD : 116.58%
19 Public Asia Pacific Focus : 116.35%
20 United Great Dragon USD : 113.52%

Ramai pelabur Malaysia masih terlalu tertumpu kepada pasaran tempatan. 
Namun data2 ini menunjukkan bahawa peluang pertumbuhan terbesar sering datang daripada syarikat bertaraf global.

Melalui dana global, pelabur boleh mendapat pendedahan kepada syarikat dari 
Amerika Syarikat, Taiwan, Belanda, Jepun, Korea Selatan & Eropah tanpa perlu membuka akaun dagangan luar negara atau memilih saham satu persatu.

Kepelbagaian geografi ini memberi satu kelebihan kerana ia mengurangkan kebergantungan kepada ekonomi sesebuah negara sahaja.


TOP 50 UNIT TRUST TERBAIK MALAYSIA, JULAI 2026 - PULANGAN KEUNTUNGAN TERTINGGI 3 TAHUN (COMPOUNDED RETURN)


21 Public Islamic Optimal Equity : 108.88%
22 Principal Biotechnology Discovery USD : 108.66%
23 Maybank Global Mixed Assets-i USD : 108.35%
24 RHB Shariah China Focus USD : 107.92%
25 TA Global Absolute Growth USD : 107.28%

26 Public Regional Sector : 107.13%
27 Maybank Global Sustainable Technology USD : 106.71%
28 RHB Gold Equity : 106.24%
29 Public e-Artificial Intelligence Technology : 105.31%
30 Public e-Asia Evolving Growth : 105.31%


TOP 50 UNIT TRUST TERBAIK MALAYSIA, JULAI 2026 - PULANGAN KEUNTUNGAN TERTINGGI 3 TAHUN (COMPOUNDED RETURN)


31 AHAM World Series - Japan Growth : 104.71%
32 MAMG Gold USD : 102.25%
33 Manulife Investment Asia-Pacific Ex Japan : 101.37%
34 Public e-Islamic Innovative Technology : 100.60%
35 Eastspring Investments Japan Dynamic MY : 100.23%

36 AHAM Select APAC (Ex-Japan) Dividend USD : 99.75%
37 PB Islamic Asia Strategic Sector : 99.17%
38 TA Global Absolute Alpha USD : 97.94%
39 Astute Quantum : 97.75%
40 Public China Ittikal : 97.31%


TOP 50 UNIT TRUST TERBAIK MALAYSIA, JULAI 2026 - PULANGAN KEUNTUNGAN TERTINGGI 3 TAHUN (COMPOUNDED RETURN)


41 Public Islamic Asia Dividend : 95.85%
42 PB Global Technology & Healthcare : 95.12%
43 Manulife Investment Greater China : 94.27%
44 Principal Asia Pacific Dynamic Growth USD : 94.12%
45 Principal Dynamic Growth-USD : 91.27%

46 PB Islamic Asia Equity : 91.21%
47 Public China Select : 91.02%
48 Public Optimal Equity : 89.24%
49 PB Asia-30 Equity : 88.28%
50 TA Global Absolute Alpha-i USD : 87.97%

08 July 2026

PERKONGSIAN PELABURAN UNIT TRUST A TO Z - PALING LENGKAP 2026

🔴 HOME

PRESTASI UNIT TRUST




INVESTMENT FOCUS





SIRI BIJAK UNIT TRUST













SIRI BIJAK UNIT TRUST 12 : ANALISA UNIT TRUST - LEVEL PRO - PLATFORM KWSP i-INVEST





JADI AGENT

CARA MENJADI EJEN UNIT TRUST BERJAYA DI MALAYSIA (2026): JANGAN PILIH SYARIKAT. PILIH EKOSISTEM YANG MEMBINA KERJAYA ANDA.

PRINCIPAL ISLAMIC ASIA PACIFIC DYNAMIC EQUITY FUND - ADAKAH INI SALAH SATU DANA ASIA TERBAIK UNTUK KITARAN AI SEKARANG?

Portfolio Review Principal Islamic Asia Pacific Dynamic Equity Fund - By Mohd Rosyaidi (Adi)

* Ini bukan nasihat pelaburan
* Anda dinasihatkan untuk berbincang dengan Agent / Consultant pelaburan anda untuk verify info dan maklumat lanjut

==============

Ramai pelabur melihat prestasi.
Tetapi Portfolio Analyst melihat apa yang berada di sebalik prestasi tersebut.

Soalan yang lebih penting bukan...
 "Berapa pulangan tahun lepas?"

Tetapi...
"Adakah portfolio ini masih mempunyai enjin pertumbuhan untuk 3-5 tahun akan datang?"

Hari ini kita scan salah satu dana Unit Trust Asia Pacific yang telah lama dan semakin mendapat perhatian pelabur iaitu Principal Islamic Asia Pacific Dynamic Equity Fund.

INVESTMENT OBJECTIVE


Objektif dana ini cukup jelas.

Membina pertumbuhan modal jangka panjang (Long-Term Capital Appreciation) sambil mematuhi prinsip Syariah melalui pelaburan dalam syarikat berkualiti di rantau Asia Pacific (kecuali Jepun).

❌ Ini bukan dana dividend.
✅ Ini ialah Growth Fund.

Adakah Ini Salah Satu Dana Asia Terbaik Untuk Kitaran AI Sekarang?


PRINCIPAL ISLAMIC ASIA PACIFIC DYNAMIC EQUITY FUND - ADAKAH INI SALAH SATU DANA ASIA TERBAIK UNTUK KITARAN AI SEKARANG?

GEOGRAPHIC EXPOSURE


📌 Korea Selatan 47%
📌 Taiwan 28% 
📌 China 7%
📌 Hong Kong 4% 
📌 Malaysia 3%
📌 Cash 4%

Ini menunjukkan Fund Manager mempunyai high conviction terhadap dua negara:
💙 Korea Selatan
💙 Taiwan

Kenapa?
Kerana kedua-duanya merupakan pusat utama dunia bagi:

📌 AI Chips
📌 Semiconductor 
📌 Memory Chip
📌 Electronic Components
📌 Data Center Supply Chain

Ringkasnya...
Jika tema AI masih berkembang... dua negara ini berpotensi menjadi antara penerima manfaat terbesar.

SECTOR ALLOCATION ANALYSIS


📌 Technology 72.9%
📌 Industrial 6.2%
📌 Consumer 6.1%
📌 Cash 4.3%

Ramai orang takut bila nampak Technology hampir 73%.

Portfolio Analyst pula bertanya...
"Adakah concentration ini dibuat kerana risiko... atau kerana peluang?"

Dalam kes ini, Fund Manager 
Principal Islamic Asia Pacific Dynamic Equity Fund sengaja overweight Technology kerana mereka percaya: AI masih berada dalam secular growth.

Ini dipanggil High Conviction Investing.

🩵 Kelebihannya: boleh mengatasi benchmark apabila tema menjadi.
🩵 Kekurangannya: turun naik lebih tinggi apabila Technology membuat correction.

Cash Holdings sekitar 4.3%.

Ini menunjukkan:
💜 hampir semua modal sedang digunakan.
💜 Fund Manager masih bullish.

Jika cash 15-20%, biasanya pengurus dana sedang defensif.

TOP HOLDINGS ANALYSIS

Pegangan terbesar termasuk:

📌 SK Hynix
📌 Samsung Electronics
📌 Delta Electronics
📌 SK Square
📌 MediaTek

Apa persamaan syarikat ini?

Hampir semuanya mempunyai:
🩷 Kedudukan pasaran global
🩷 Cashflow yang kukuh
🩷 Margin keuntungan tinggi
🩷 ROE yang baik
🩷 Dominasi dalam industri semiconductor dan AI hardware

❌ Ini bukan syarikat spekulatif.
✅ I
ni ialah syarikat yang menjadi "supplier" kepada revolusi AI dunia.

Morningstar menunjukkan portfolio Principal Islamic Asia Pacific Dynamic Equity Fund hampir keseluruhannya terdiri daripada:
 Giant Cap
 Large Cap
❌ Tiada pendedahan significant kepada Small Cap.

Maksudnya?
Risiko kegagalan syarikat jauh lebih rendah berbanding portfolio small cap.

Portfolio Turnover

Turnover sekitar 111%.
Apa maksudnya?

Secara mudah... Fund Manager Principal Islamic Asia Pacific Dynamic Equity Fund aktif membuat pertukaran pegangan sepanjang tahun.

Ini menunjukkan:
💙 Active Management
💙 bukan sekadar beli dan simpan.

Jika pasaran berubah, portfolio juga turut berubah.

Valuation Analysis


📌 Forward PE sekitar 11x
📌 5-Year Earnings Growth sekitar 26%
📌 Dividend Yield sekitar 0.8%

Daripada sudut Portfolio Analyst... 

Saya melihat valuation masih munasabah.
❤️ Pertumbuhan keuntungan syarikat jauh lebih tinggi daripada kadar PE.
❤️ Ini petanda bahawa Growth masih menyokong valuation semasa.


Liquidity Analysis


Liquidity Score hampir 59/100

Ini penting kerana: Fund boleh masuk dan keluar pegangan dengan lebih mudah tanpa memberi impak besar kepada harga.

Untuk dana bersaiz besar, ini merupakan satu kelebihan.

Performance Return Principal Islamic Asia Pacific Dynamic Equity Fund


📌 YTD : 66.5%
📌 1 Tahun : 88.6%
📌 3 Tahun : 20.1% Annualized Return
📌 5 Tahun : 8.3% Annualized Return
📌 10 Tahun : 10.8% Annualized Return


PRINCIPAL ISLAMIC ASIA PACIFIC DYNAMIC EQUITY FUND - ADAKAH INI SALAH SATU DANA ASIA TERBAIK UNTUK KITARAN AI SEKARANG?

Momentum

Momentum sekarang sangat kuat.


Alpha


Alpha = -1.93

Apa maksudnya?
Selepas mengambil kira risiko, prestasi sedikit di bawah jangkaan model.

Namun...

Alpha negatif kecil ketika portfolio sedang overweight AI bukan sesuatu yang membimbangkan kerana rotation sektor boleh mengubah bacaan ini.

Beta


Beta = 1.42

Apa maksudnya?

Dana bergerak lebih agresif berbanding benchmark.

  • Apabila pasaran naik, potensi naik lebih laju.
  • Apabila market correction, potensi turun juga lebih besar.

Information Ratio


Fact Sheet Principal Islamic Asia Pacific Dynamic Equity Fund menunjukkan Information Ratio negatif sedikit.

Ini menunjukkan bahawa walaupun dana aktif, prestasi relatif terhadap benchmark dalam tempoh yang diukur masih belum konsisten mengatasi indeks selepas mengambil kira tracking error. 

Ia bukan petunjuk bahawa dana "tidak bagus", tetapi isyarat bahawa prestasi aktif boleh berubah mengikut kitaran pasaran.

Capture Ratio


🩵 Upside Capture : 126
🩵 Downside Capture : 136

Interpretasi: 
  • Dana berjaya menangkap lebih banyak kenaikan pasaran.
  • Namun, ketika market jatuh, penurunan juga sedikit lebih besar daripada benchmark.
Ini memang normal untuk Growth Fund.

RISK ANALYSIS


📌 Standard Deviation : 25.5
📌 Volatility : Very High
📌 Sharpe Ratio : 0.72
📌 Maximum Drawdown : -23.97%

Apa maksudnya kepada Principal Islamic Asia Pacific Dynamic Equity Fund?

❌ Ini bukan dana untuk pelabur yang mudah panik.
✅ Tetapi untuk pelabur jangka panjang, turun naik adalah harga yang perlu dibayar bagi mendapatkan pulangan lebih tinggi.


MARKET CYCLE POSITION

Daripada:

📌 AI earnings
📌 Semiconductor cycle
📌 Technical breakout
📌 Korea & Taiwan momentum
📌 Active overweight Technology

Saya berpendapat Principal Islamic Asia Pacific Dynamic Equity Fund ini sedang berada pada fasa: Mid Bull Market

Belum nampak tanda-tanda Late Bull sepenuhnya, tetapi valuation perlu dipantau jika kenaikan menjadi terlalu pantas.

SWOT ANALYSIS


Kelebihan

💙 AI Theme yang sangat jelas
💙 Semiconductor leaders
💙 Active Fund Manager
💙 Portfolio berkualiti tinggi
💙 Large Cap
💙 Sangat liquid

Kekurangan

❤️ Concentration Technology agak tinggi
❤️ Volatility tinggi
❤️ Bergantung kepada momentum AI

Peluang

💛 AI
💛 Cloud
💛 Semiconductor
💛 Data Centre
💛 High Performance Computing
Masih dijangka berkembang dalam beberapa tahun akan datang.

Ancaman


Trade War
💜 US Tariff 
💜 Geopolitics 
💜 Semiconductor Cycle 
💜 Valuation Expansion


PRINCIPAL ISLAMIC ASIA PACIFIC DYNAMIC EQUITY FUND - ADAKAH INI SALAH SATU DANA ASIA TERBAIK UNTUK KITARAN AI SEKARANG?

Kalau Saya Portfolio Analyst...


❌ Saya
tidak akan menjual 
Principal Islamic Asia Pacific Dynamic Equity Fund ini semata-mata kerana ia telah naik tinggi.

Sebaliknya:
 Kekalkan pegangan sedia ada.
 Teruskan Dollar Cost Averaging (DCA) secara berkala jika pelaburan dibuat untuk tempoh 5–10 tahun.
 Pantau semula jika valuation menjadi terlalu mahal atau tema AI mula menunjukkan kelembapan ketara.

Dana Principal Islamic Asia Pacific Dynamic Equity Ini Sesuai Untuk Siapa?


🩵 Pelabur berumur 25–50 tahun
🩵 Horizon pelaburan sekurang-kurangnya 5 tahun
🩵 Mahu pendedahan kepada pertumbuhan Asia dan tema AI
🩵 Faham bahawa turun naik jangka pendek adalah sebahagian daripada strategi pertumbuhan
❌ Kurang sesuai untuk pelabur yang memerlukan kestabilan nilai atau bergantung kepada pendapatan dividen tetap.

OVERALL PORTFOLIO SCORE


KriteriaMarkah
Portfolio Quality19/20
Fund Manager Strategy18/20
Growth Potential20/20
Diversification14/20
Risk Management15/20
Valuation19/20
Liquidity20/20
Consistency17/20
Overall Score90/100

Nota: Skor 90/100 di atas ialah kerangka penilaian analisis yang dibina sendiri berdasarkan gabungan data portfolio, risiko, prestasi dan penilaian, bukan skor rasmi daripada Morningstar, Principal Asset Management atau Investing.com.

 

KESIMPULAN


Secara keseluruhan, saya melihat Principal Islamic Asia Pacific Dynamic Equity Fund sebagai sebuah dana pertumbuhan berkualiti tinggi yang dibina di atas tema AI, semiconductor dan syarikat teknologi Asia yang dominan. 

Objektif dana, pendedahan geografi dan strategi aktif pengurus dana saling menyokong naratif pertumbuhan jangka panjang, walaupun pelabur perlu menerima turun naik yang lebih tinggi sebagai pertukaran kepada potensi pulangan. 

Data rasmi dana turut menunjukkan fokus kepada pertumbuhan modal jangka panjang di pasaran Asia Pasifik ex-Jepun serta penggunaan strategi pengurusan aktif.