06 June 2026

TOP 100 BEST-PERFORMING UNIT TRUST FUNDS IN MALAYSIA – JUNE 2026 – HIGHEST 3-YEAR COMPOUNDED RETURN

Satu fakta yang mungkin mengejutkan anda.

RM100,000 yang dilaburkan ke dalam dana Unit Trust Terbaik Malaysia dalam senarai ini tiga tahun lalu berpotensi berkembang menjadi hampir RM392,000 hari ini.

Keuntungan hampir RM292,000 dalam hanya tiga tahun.
  • Tanpa perlu membuka perniagaan
  • Tanpa perlu membeli hartanah
  • Tanpa perlu menambah pekerjaan kedua
Pada masa yang sama, ramai orang masih berdebat sama ada pelaburan Unit Trust itu berisiko atau tidak... Sedangkan risiko terbesar sebenarnya mungkin bukan disebabkan melabur Unit Trust .... Tetapi membiarkan wang tidak berkembang.

Hakikatnya, dunia sedang berubah dengan pantas. Semua tema ini telah mencipta kekayaan kepada pelabur yang bertindak lebih awal.

  • Artificial Intelligence (Ai)
  • Teknologi & Semikonduktor 
  • Emas
  • Pasaran Asia, China & Japan
  • Pasaran US & Global
Persoalannya sekarang bukan sama ada peluang itu wujud atau tidak. 

Persoalannya ialah... "Adakah anda sudah berada di dalamnya, atau sekadar melihat dari tepi?"

Mari kita lihat dana-dana Unit Trust Terbaik Malaysia yang telah mencatat prestasi terbaik dalam tempoh tiga tahun terkini - Top 100 Unit Trust Terbaik Malaysia bagi Jun 2026 berdasarkan data terkini daripada Lipper. 

9 Fakta Yang Akan Mengejutkan anda!


1. Dana Unit Trust Terbaik Malaysia berprestasi hampir 300% dalam tempoh 3 tahun.

Jika Anda Melabur RM10,000 Dalam Dana No.1 Tiga Tahun Lalu...
RM10,000 → RM39,197
RM50,000 → RM195,985
RM100,000 → RM391,970

Persoalannya...
Adakah wang anda berkembang seperti ini sepanjang tiga tahun lalu?
Atau masih berada di tempat yang sama?

2. Terdapat 5 dana Unit Trust Terbaik Malaysia berprestasi >200% dalam 3 tahun.
3. Hampir 40 Dana Unit Trust Terbaik Malaysia Mencatat Pulangan Melebihi 100% dalam 3 tahun.
4. Dana Unit Trust Terbaik No 100 berprestasi 69% dalam 3 tahun. OK jer kan walau No 100!
5. Dana Unit Trust Patuh Shariah tidak kurang hebatnya.
6. Sector Technology, Ai & Semiconductor 'mendonia'
7. Dana Unit Trust Asia, China & Japan melonjak
8. Dana Unit Trust yang boleh invest guna KWSP Acc 1 juga banyak yang perform.
9. Prestasi Dana Unit Trust 'Amanah Saham Nasional (ASN)' pun not bad.


Artikel ini mempunyai beberapa sub-bahagian. Pastikan anda membaca sehingga ke akhirnya... 
  • Top 100 Unit Trust Terbaik Malaysia
  • Tambahan - Unit Trust Patuh Shariah
  • Unit Trust ASNB
  • Unit Trust yang boleh dilabur menggunakan Acc 1 KWSP
  • 10 Kesilapan Pelabur Unit Trust


TOP 100 BEST-PERFORMING UNIT TRUST FUNDS IN MALAYSIA – JUNE 2026 – HIGHEST 3-YEAR COMPOUNDED RETURN


Jika anda mempunyai rakan, pasangan atau ahli keluarga yang sedang mencari tempat untuk melabur, kongsikan artikel ini kepada mereka. Besar kemungkinan mereka tidak mengetahui bahawa terdapat dana Unit Trust Terbaik Malaysia yang telah mencatat pulangan melebihi 100%, 200% malah hampir 300% dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini.

TOP 100 UNIT TRUST TERBAIK MALAYSIA, JUNE 2026 - PULANGAN TERTINGGI 3 TAHUN (COMPOUNDED RETURN)



TOP 100 UNIT TRUST TERBAIK MALAYSIA, JUNE 2026 - PULANGAN TERTINGGI 3 TAHUN (COMPOUNDED RETURN)


Prestasi Top 100 Dana Unit Trust Terbaik Malaysia June 2026 bagi tempoh 3 tahun terkini (as 6 June 2026) :

1 Nomura Global Shariah Semiconductor Equity USD : 291.97%
2 Areca Dynamic Growth 2.0 : 259.40%
3 Principal Next-G Connectivity USD : 219.02%
4 TA Gold & Silver USD : 208.44%
5 Public Islamic Asia Tactical Allocation : 203.47%

6 United Global Technology USD : 162.07%
7 AHAM World Series-Next Gen Technology USD : 155.41%
8 RHB Pacific Technology USD : 142.18%
9 TA Global Technology USD : 140.63%
10 TA Global Absolute ESG Alpha USD : 139.28%


Dana Unit Trust yang mempunyai pendedahan kepada Teknologi Ai dan semikonduktor menjadi antara penerima manfaat terbesar dalam tempoh 3 tahun lalu didorong oleh fenomena "Megatrend AI" global sejak kemunculan ChatGPT dan AI Generatif. 

Permintaan cip (semiconductor) meningkat mendadak. Pelaburan besar-besaran syarikat teknologi (Google, Microsoft, Meta) dalam pusat data (data centre) serta Pertumbuhan syarikat seperti NVIDIA, Microsoft, Broadcom, AMD dan lain-lain.

Sektor Emas & Precious Metals juga mencatatkan prestasi baik dalam 3 tahun ini dek kerana Bank-bank pusat dunia membeli emas secara agresif (melebihi 1,000 tan setahun, antara yang tertinggi dalam sejarah moden). 

Ketidaktentuan geopolitik dunia, ketegangan perdagangan dan Kebimbangan terhadap hutang global juga meningkatkan permintaan terhadap aset selamat seperti emas.


TOP 100 UNIT TRUST TERBAIK MALAYSIA, JUNE 2026 - PULANGAN TERTINGGI 3 TAHUN (COMPOUNDED RETURN)


11 RHB i-Sustainable Future Technology USD : 138.92%
12 RHB Gold Equity : 137.89%
13 Public e-Islamic Asia Thematic Growth : 136.75%
14 TA Global Absolute Focus USD : 129.96%
15 Principal Islamic Global Technology USD : 129.28%

16 Public Asia Pacific Focus : 126.19%
17 Public Asia Ittikal : 125.25%
18 Maybank AsiaPac Ex-Japan Equity-i : 124.35%
19 Principal Global Technology USD : 123.92%
20 MAMG Gold USD : 122.38%


Dana Unit Trust Asia Pacific (Portfolio China, Taiwan, Korea, Hong Kong, Japan, India, ASEAN) juga nampak hebat pulangannya. Dana asing yang dahulunya tertumpu di pasaran barat yang semakin mahal (overvalued) mula mengalir masuk ke pasaran ekuiti Asia Pasifik yang menawarkan penilaian harga saham (valuation) yang jauh lebih murah tetapi memiliki pertumbuhan ekonomi domestik yang kukuh. 

Pelabur global semakin melihat Asia sebagai enjin pertumbuhan dunia untuk dekad akan datang.


TOP 100 UNIT TRUST TERBAIK MALAYSIA, JUNE 2026 - PULANGAN TERTINGGI 3 TAHUN (COMPOUNDED RETURN)


21 Maybank Global Sustainable Technology USD : 121.02%
22 AHAM World Series - Japan Growth : 118.59%
23 TA Global Absolute Growth USD : 116.84%
24 Maybank Global Mixed Assets-i USD : 116.45%
25 Public Regional Sector : 115.23%

26 Public China Ittikal : 114.29%
27 PB Islamic Asia Strategic Sector : 113.67%
28 Public e-Asia Evolving Growth : 113.59%
29 Public Islamic Optimal Equity : 113.38%
30 Public e-Artificial Intelligence Technology : 112.63%


Pasaran China mempamerkan kebangkitan semula (rebound) yang menarik setelah beberapa tahun mengalami kelembapan berikutan krisis hartanah. Kerajaan China melancarkan pakej rangsangan ekonomi dan monetari berskala besar (pemotongan kadar faedah dan bantuan kecairan pasaran) bagi memulihkan keyakinan pelabur. 

Kerajaan China juga telah menukar fokus ekonominya daripada sektor hartanah (property deleveraging) kepada sektor pembuatan berteknologi tinggi, kenderaan elektrik (EV), dan tenaga hijau. 

China mungkin bukan pasaran paling popular hari ini, tetapi ramai pelabur institusi melihatnya sebagai pasaran yang mempunyai potensi "turnaround" terbesar dalam beberapa tahun akan datang.

Tak pasti mana satu yang paling sesuai dengan bajet serta profil risiko anda? Elakkan kesilapan pelaburan yang merugikan masa. Hubungi saya sekarang untuk sesi rundingan peribadi percuma. Saya akan bantu anda:
✅ Kenal pasti profil risiko
✅ Cadangkan dana yang sesuai
✅ Bina portfolio pelbagai aset
✅ Semak pelaburan sedia ada anda



TOP 100 UNIT TRUST TERBAIK MALAYSIA, JUNE 2026 - PULANGAN TERTINGGI 3 TAHUN (COMPOUNDED RETURN)


31 Eastspring Investments Japan Dynamic MY : 110.48%
32 Public e-Islamic Innovative Technology : 110.47%
33 TA Global Absolute Alpha USD : 109.81%
34 Public China Select : 107.00%
35 Astute Quantum : 104.37%

36 Manulife Shariah China Equity A USD : 103.77%
37 Public Islamic Asia Dividend : 103.28%
38 TA Global Absolute Alpha-i USD : 100.73%
39 PB Islamic Asia Equity : 99.54%
40 PB Asia-30 Equity : 98.80%


Ramai pelabur Malaysia kurang memberi perhatian kepada Japun. Hakikatnya, Jepun adalah antara pasaran saham terbaik dunia sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Pasaran saham Jepun (Indeks Nikkei 225 dan Topix) mencatatkan sejarah baharu dengan melepasi paras tertinggi dalam tempoh 3 dekad.

Antara faktor utama adalah Reformasi korporat Japun - Banyak syarikat Japun Meningkatkan keuntungan, Meningkatkan dividen & Membeli semula saham (share buyback). Ini menarik minat pelabur lagenda seperti Warren Buffett dan dana-dana gergasi global untuk masuk secara besar-besaran.

Selain itu, Mata wang Yen yang kompetitif (murah) memberi kelebihan besar kepada syarikat eksport gergasi Jepun (seperti Toyota, Sony, dan Tokyo Electron) untuk mencatatkan keuntungan korporat (corporate earnings) yang melonjak berkali-kali ganda.


TOP 100 UNIT TRUST TERBAIK MALAYSIA, JUNE 2026 - PULANGAN TERTINGGI 3 TAHUN (COMPOUNDED RETURN)


41 PB Global Technology & Healthcare : 98.75%
42 InterPac Dana Ghani : 98.13%
43 Manulife Investment Greater China : 97.94%
44 AHAM Select APAC (Ex-Japan) Dividend USD : 96.97%
45 Manulife Investment Asia-Pacific Ex Japan : 96.06%

46 Public Optimal Equity : 95.54%
47 Principal Asia Pacific Dynamic Growth USD : 94.95%
48 Public Far-East Select : 94.53%
49 Public Asia Pacific Alpha-40 : 94.24%
50 AHAM World Series-Global Disruptive Inno USD : 94.15%

Anda perasan tak, sehingga ke No 50 ni.... boleh bilang dengan jari jer dana Unit Trust yang invest dalam market Malaysia. Apa sudah jadi?

Ini kerana Bursa Malaysia lebih banyak didominasi oleh sektor matang seperti perbankan, utiliti, telekomunikasi, REIT dan perladangan. Sektor-sektor ini lazimnya menawarkan pertumbuhan yang lebih stabil dan dividen yang konsisten, tetapi kurang berpotensi menghasilkan lonjakan harga yang luar biasa seperti syarikat teknologi global.

Namun begitu, ini tidak bermaksud dana Malaysia adalah pilihan yang kurang baik. Dana Unit Trust tempatan masih mempunyai peranan penting dalam portfolio pelaburan kerana menawarkan kestabilan yang lebih tinggi, risiko yang lebih rendah serta potensi dividen yang menarik. 

Jika dana teknologi global boleh diibaratkan sebagai "pelari pecut", dana Malaysia pula lebih menyerupai "pelari maraton" — mungkin tidak sepantas yang lain dalam jangka pendek, tetapi berupaya memberikan pertumbuhan yang lebih konsisten dalam jangka masa panjang.

Ini adalah bukti kepentingan DIVERSIFIKASI (Kepelbagaian Portfolio). Melabur dalam pasaran Malaysia sangat bagus untuk kestabilan dan dividen, tetapi jika anda mahukan pertumbuhan modal yang agresif melawan inflasi, anda wajib mengagihkan sebahagian modal anda ke dalam dana pasaran global yang menunggang megatrend dunia seperti AI dan teknologi. Jangan letak semua telur dalam satu bakul!"


TOP 100 UNIT TRUST TERBAIK MALAYSIA, JUNE 2026 - PULANGAN TERTINGGI 3 TAHUN (COMPOUNDED RETURN)


51 United Global Emerging Markets Oppo USD : 93.89%
52 United Golden Opportunity : 92.66%
53 AHAM Select Asia (Ex-Japan) Opportunity USD : 92.15%
54 RHB Global Artificial Intelligence USD : 92.07%
55 Principal Dynamic Growth-USD : 91.57%

56 Public Tactical Allocation : 90.28%
57 AHAM Shariah Gold Tracker : 90.09%
58 RHB Global Shariah Equity Index USD : 90.07%
59 Principal Biotechnology Discovery USD : 89.98%
60 Public Islamic Asia Leaders Equity : 89.51%


TOP 100 UNIT TRUST TERBAIK MALAYSIA, JUNE 2026 - PULANGAN TERTINGGI 3 TAHUN (COMPOUNDED RETURN)


61 Manulife Asia Pacific Opportunities A USD : 88.91%
62 Kenanga Growth Series 2 USD : 88.31%
63 AmCumulative Growth : 88.07%
64 PB China Pacific Equity : 87.22%
65 Manulife Investment Shariah Asia-Pacific Ex Jpn : 87.07%

66 PB Asia Equity : 86.53%
67 RHB Gold : 85.51%
68 Principal US High Conviction Equity USD : 85.21%
69 Manulife China Value : 85.21%
70 RHB Asia Dynamic USD : 84.32%


TOP 100 UNIT TRUST TERBAIK MALAYSIA, JUNE 2026 - PULANGAN TERTINGGI 3 TAHUN (COMPOUNDED RETURN)


71 Public Lifestyle & Technology : 83.37%
72 RHB Emerging Income USD : 82.69%
73 BIMB-Arabesque Glob Shariah-ESG Ai Tech USD : 82.66%
74 RHB Shariah China Focus USD : 82.28%
75 Principal Emerging Markets Multi Asset USD : 81.80%

76 Public e-EMAS Gold : 81.51%
77 TA Asia Absolute Alpha USD : 81.34%
78 Public Far-East Alpha-30 : 80.79%
79 United Great Dragon USD : 78.63%
80 Principal Asia Pacific Dynamic Income USD : 77.88%


TOP 100 UNIT TRUST TERBAIK MALAYSIA, JUNE 2026 - PULANGAN TERTINGGI 3 TAHUN (COMPOUNDED RETURN)


81 PB Greater China A-Shares : 76.54%
82 RHB Asia Pacific Equity Dividend USD : 76.51%
83 KAF Millennium : 76.23%
84 AHAM Aiiman Global Multi Thematic USD : 76.10%
85 Principal Islamic Asia Pacific Dynamic Equity : 74.77%

86 Principal DALI Asia Pacific Equity Growth : 74.40%
87 Public China Titans : 74.19%
88 Eastspring Invest Global Emerging Markets : 74.15%
89 RHB Asia Sustainable Leaders : 73.07%
90 RHB Asia Dynamic : 72.76%


TOP 100 UNIT TRUST TERBAIK MALAYSIA, JUNE 2026 - PULANGAN TERTINGGI 3 TAHUN (COMPOUNDED RETURN)


91 PB Asia Pacific Enterprises : 72.18%
92 Public Greater China : 71.94%
93 Nomura Global Shariah Sustainable Equity USD : 71.23%
94 United Japan Discovery : 70.96%
95 Amova Singapore Dividend Equity USD : 70.88%

96 Amanah Saham Nasional : 70.09%
97 Singular Value : 69.62%
98 PB Euro Pacific Equity : 69.14%
99 PB Dynamic Allocation : 69.04%
100 RHB Equity : 69.00%


📌📌📌 List ni belum habis lagi.... 

Adakah anda masih belum jumpa dana Unit Trust yang anda cari2 dari tadi? Mungkin ini adalah dana Unit Trust yang sedang anda invest sekarang.... atau mungkin juga anda adalah agen Unit Trust yang mahu meninjau dana Unit Trust 'kesayangan' anda yang masih belum ditemui tadi...

Maybe ianya ada dalam list selepas ni.... Jom t
eruskan pembacaan anda....


Pelaburan bukan sekadar pilih dana Unit Trust Terbaik. Pelaburan adalah tentang mengurus emosi sendiri. Saya bukan sekadar bantu anda melabur. Saya bantu anda buat keputusan yang betul - terutamanya bila market tak menentu. Masalah pelabur bukan tak tahu cari keuntungan. Masalah sebenar... mereka tak tahu mengurus kerugian dan emosi. 

Hubungi saya sekarang untuk sesi rundingan peribadi percuma. 

BONUS 1 - TAMBAHAN "ISLAMIC UNIT TRUST FUND" SAHAJA



TOP 100 UNIT TRUST TERBAIK MALAYSIA, JUNE 2026 - PULANGAN TERTINGGI 3 TAHUN (COMPOUNDED RETURN)

  • Astute Dana Aslah : 68.26%
  • RHB Islamic Regional Balanced USD : 67.13%
  • Public e-Islamic Pioneer Entrepreneur 40 : 66.93%
  • RHB Islamic Global Developed Markets SGD : 65.27%
  • Eastspring Investments Dinasti Equity : 64.66%
  • AHAM Aiiman Asia (ex Japan) Growth : 64.59%
  • Public e-Islamic Sustainable Millennial : 64.48%
  • Public Islamic U.S. Sustainable Equity : 63.12%
  • Principal DALI Global Equity : 62.24%
  • RHB i-Global Sustainable Disruptors USD : 60.54%

TOP 100 UNIT TRUST TERBAIK MALAYSIA, JUNE 2026 - PULANGAN TERTINGGI 3 TAHUN (COMPOUNDED RETURN)

  • PMB Shariah Small-Cap : 60.37%
  • Kenanga Global Islamic : 59.76%
  • Maybank Global Sustainable Equity-i USD : 59.51%
  • AHAM Aiiman Global The Mixed Asset Ret USD : 59.36%
  • Maybank Global Wealth Growth-i USD : 58.57%
  • PMB Shariah Dividend : 57.52%
  • Maybank Malaysia Growth-i : 56.48%
  • Hong Leong Shariah Global ESG : 53.53%
  • Principal DALI Equity : 53.11%
  • Astute Dana Al-Sofi-i : 51.86%

TOP 100 UNIT TRUST TERBAIK MALAYSIA, JUNE 2026 - PULANGAN TERTINGGI 3 TAHUN (COMPOUNDED RETURN)

  • Astute Dana Al-Faiz-i : 51.85%
  • PMB Shariah Premier : 51.48%
  • Public Islamic Select Treasures : 51.47%
  • Eastspring Investment Islamic China A-Shares : 51.24%
  • PMB Shariah Global Equity : 50.99%
  • PB Islamic Dynamic Allocation : 50.21%
  • Amanah Saham MARA : 50.14%
  • Public Ittikal Sequel : 50.08%
  • Public Islamic Global Equity : 49.78%
  • RHB Dana Islam : 49.27%
* Past performance is not an indicator of future Return
** Rujukan Data & Info :
Lipper @ 6 June 2026

BONUS 2 - UNIT TRUST ASNB (HARGA BERUBAH)


TOP 100 UNIT TRUST TERBAIK MALAYSIA, JUNE 2026 - PULANGAN TERTINGGI 3 TAHUN (COMPOUNDED RETURN)

1   ASN Equity 5 : 46.51%
2   Amanah Saham Nasional : 44.40%
3   ASN Equity Global : 42.17%
4   ASN Equity 3 : 41.71%
5   ASN Equity 2 : 40.50%

6   ASN Imbang (Mixed Asset Balanced) 1 : 34.77%
7   ASN Imbang (Mixed Asset Balanced) 2 : 32.59%
8   ASN Imbang (Mixed Asset Balanced) 3 Global : 24.97%
9   ASN Sara (Mixed Asset Conservative) 1 : 20.79%
10 ASN Sara (Mixed Asset Conservative) 2 : 20.30%

* Past performance is not an indicator of future Return
** Rujukan Data & Info :
Fact Sheet ASNB - May 2026

BONUS 3 - UNIT TRUST YANG BOLEH INVEST GUNA KWSP ACC 1



TOP 100 UNIT TRUST TERBAIK MALAYSIA, JUNE 2026 - PULANGAN TERTINGGI 3 TAHUN (COMPOUNDED RETURN)


Prestasi Top 20 Dana Unit Trust Terbaik Yang Boleh Invest Menggunakan Acc 1 KWSP Terbaik June 2026 bagi tempoh 3 tahun terkini (as 6 June 2026) :

1 Public Islamic Asia Tactical Allocation : 206.50%
2 RHB Gold Equity : 137.15%
3 Public Asia Ittikal : 126.03%
4 Public Regional Sector : 116.41%
5 AHAM World Series - Japan Growth : 116.09%

6 Public China Ittikal : 113.18%
7 PB Islamic Asia Strategic Sector : 113.08%
8 Public Islamic Asia Dividend : 102.61%
9 Manulife Investment Greater China : 98.80%
10 PB Islamic Asia Equity : 98.72%


Ramai pencarum KWSP tidak sedar bahawa sebahagian simpanan dalam Akaun 1 sebenarnya boleh digunakan untuk melabur dalam dana Unit Trust yang diluluskan di bawah Skim Pelaburan Ahli KWSP. 

Menariknya, beberapa dana Unit Trust Terbaik dalam senarai ini telah mencatatkan pulangan melebihi 100% malah ada yang melebihi 200% dalam tempoh tiga tahun, jauh mengatasi kadar dividen KWSP dalam tempoh yang sama. 

Bagi pencarum yang mempunyai tempoh pelaburan yang panjang dan sanggup menerima risiko yang lebih tinggi, ini merupakan peluang untuk mempercepatkan pertumbuhan dana persaraan tanpa perlu mengeluarkan wang tunai daripada poket sendiri.

Dengan strategi yang betul, pelaburan menggunakan Akaun 1 KWSP berpotensi membantu pencarum membina nilai simpanan persaraan yang lebih besar berbanding hanya bergantung kepada dividen tahunan semata-mata. 


TOP 100 UNIT TRUST TERBAIK MALAYSIA, JUNE 2026 - PULANGAN TERTINGGI 3 TAHUN (COMPOUNDED RETURN)

11 Manulife Investment Asia-Pacific Ex Japan : 97.65%
12 AmPrecious Metals Securities : 97.63%
13 Public Far-East Select : 93.36%
14 AmCumulative Growth : 89.82%
15 Public Islamic Asia Leaders Equity : 89.02%

16 Manulife Investment Shariah Asia-Pacific Ex Jpn : 88.56%
17 Public Far-East Alpha-30 : 79.70%
18 Principal Islamic Asia Pacific Dynamic Equity : 77.84%
19 KAF Millennium : 77.14%
20 Principal DALI Asia Pacific Equity Growth : 76.74%


TOP 100 UNIT TRUST TERBAIK MALAYSIA, JUNE 2026 - PULANGAN TERTINGGI 3 TAHUN (COMPOUNDED RETURN)

  • Astute Dana Aslah : 67.87%
  • AHAM Aiiman Asia (ex Japan) Growth : 66.28%
  • Eastspring Investments Dinasti Equity : 63.63%
  • PMB Shariah Dividend : 61.69%
  • RHB Shariah China Focus USD : 55.44%
  • Principal DALI Equity : 54.33%
  • PMB Shariah Premier : 52.61%
  • Astute Dana Al-Faiz-i : 51.59%
  • Public Ittikal Sequel : 51.57%
  • Astute Dana Al-Sofi-i : 51.48%
* Past performance is not an indicator of future Return
** Rujukan Data & Info :
Website KWSP @ 6 June 2026

10 Kesilapan Pelabur Unit Trust Yang Saya Selalu Lihat


Selepas membantu ratusan pelabur membina portfolio Unit Trust Terbaik, saya mendapati ramai juga yang 'rugi' bukanlah disebabkan memilih dana yang "teruk", tetapi kerana melakukan beberapa kesilapan yang boleh dielakkan.

1. "Herd Mentality" – Mengejar Dana Yang Dah Terbang Tinggi (FOMO)
Symptom: "Bila nampak dana sektor Teknologi untung dekat 292%, esoknya terus paksa ejen tukar semua modal masuk dana tu." Ini kesilapan psikologi yang paling klasik. Ramai pelabur membeli sesuatu dana berdasarkan prestasi masa lalu yang cemerlang tanpa memahami kitaran pasaran (market cycle).

Apabila sesuatu sektor sudah berada di puncak (peak), risiko untuk berlakunya pembetulan harga (market correction) adalah sangat tinggi. Pelabur yang masuk kerana FOMO (Fear of Missing Out) akhirnya terpaksa "tersangkut di pucuk" dalam tempoh yang lama sebelum dana itu naik semula.

2. Memilih Dana Unit Trust Berdasarkan Pulangan Tertinggi Semata-mata
Ramai pelabur terus membeli dana yang berada di tangga nombor satu. Hakikatnya, dana yang memberikan pulangan tertinggi biasanya datang bersama risiko yang lebih tinggi. 
Dana terbaik untuk anda tidak semestinya dana terbaik dalam ranking. Apa yang penting ialah kesesuaian dengan profil risiko dan matlamat kewangan anda.

3. Melabur Kerana Kawan Kata "Dana Ini Tengah Naik"
Ini antara ayat yang paling kerap saya dengar:"Kawan saya invest dana ni, return dia tinggi."... Malangnya, apabila berita sampai kepada kita, kebiasaannya sebahagian besar kenaikan sudah berlaku.

4. Terlalu Kerap Tukar Dana Unit Trust
Hari ini teknologi. Esok emas... Lusa China... Minggu depan Japun. Akhirnya portfolio menjadi tidak tersusun.Pelabur yang berjaya biasanya mempunyai strategi dan disiplin untuk kekal melabur dalam jangka masa yang panjang.

5. Menjual (Redemption) Unit Trust Ketika Pasaran Jatuh
Ramai pelabur berasa yakin ketika pasaran naik. Tetapi apabila pasaran turun 10% hingga 20%, mereka mula panik dan menjual. Ironinya, tindakan ini sering menyebabkan kerugian sebenar berlaku. Pasaran saham sentiasa melalui kitaran naik dan turun.

6. Menunggu "Masa Paling Sesuai" Untuk Melabur
Ramai orang menunggu:
  • Pilihan raya selesai
  • Perang stop sepenuhnya
  • Ekonomi pulih
  • Pasaran turun
  • Gaji naik
  • Bonus masuk
Akhirnya bertahun-tahun berlalu tanpa sebarang pelaburan dibuat.Kadangkala masa terbaik untuk bermula bukan apabila pasaran sempurna, tetapi apabila anda mempunyai pelan yang betul.

7. Tidak Membuat Diversifikasi
Ada yang meletakkan hampir semua wang dalam satu dana sahaja. Jika sektor tersebut terjejas, keseluruhan portfolio turut terjejas. Portfolio yang sihat biasanya mempunyai gabungan beberapa tema dan kelas aset yang berbeza.

8. "Set and Forget" – Biar Dana Tidur Tanpa Dipantau & Di-rebalance
Contoh: "Labur sekali pada tahun 2020, lepas tu tahun 2026 baru buka semula akaun semak prestasi." Walaupun ia adalah pelaburan jangka panjang, landskap ekonomi dunia sentiasa berubah secara drastik. Dana yang juara pada tahun 2020 tidak semestinya kekal juara pada tahun 2026. Lakukanlah portfolio rebalancing jika perlu bagi memastikan pelaburan kekal relevan.

9. Salah Pilih Dana: Tidak Selari dengan Profil Risiko & Garis Masa (Timeline)
Contoh : "Sanggup labur dalam dana ekuiti agresif (100% saham) untuk duit deposit beli rumah tahun depan." Ramai pelabur terpedaya dengan angka pulangan yang besar (seperti dana-dana teknologi atau emas), tetapi terlupa menyemak tahap "jantung" masing-masing. Dana agresif mempunyai turun naik (volatility) yang sangat ekstrem.

Jika garis masa pelaburan anda singkat (bawah 3 tahun), melabur dalam dana ekuiti adalah satu tindakan yang sangat membahayakan modal. Apabila pasaran jatuh mengejut pada tahun tersebut, anda terpaksa mengeluarkan duit dalam keadaan rugi kerana kesuntukan masa. Dana agresif hanya untuk wang yang anda tidak mahu usik dalam tempoh lebih 3 tahun!

10. Tidak Mendapatkan Nasihat Profesional
Ramai pelabur menghabiskan berjam-jam membaca ranking dan prestasi dana. Tetapi masih keliru dana mana yang sesuai. Kadangkala satu sesi konsultasi selama 30 minit - 1 jam boleh menjimatkan kesilapan yang mengambil masa bertahun-tahun untuk diperbetulkan. 

Jom kita sembang...


KESIMPULAN


Ringkas daripada senarai Top 100 Dana Unit Trust Terbaik Malaysia Jun 2026 ini, ia menunjukkan bahawa
trend pelaburan global kini dipacu oleh Sektor Teknologi, kecerdasan buatan (AI), semikonduktor, emas dan pertumbuhan ekonomi Asia. 

Namun, Dana Unit Trust Terbaik untuk seseorang pelabur tidak semestinya dana yang berada di tangga pertama / paling popular. Dana Unit Trust yang paling sesuai ialah dana yang selari dengan matlamat kewangan, tempoh pelaburan dan tahap toleransi risiko individu.

Elakkan kesilapan-kesilapan besar yang boleh menjejaskan perjalanan kewangan dan pelaburan anda.

Dalam banyak keadaan, pelabur yang sederhana tetapi konsisten akan mengatasi pelabur yang sering mengejar trend dan membuat keputusan berdasarkan emosi.

===============

Data prestasi hanyalah sejarah, tetapi strategi masa depan memerlukan perancangan yang tepat. Jangan biarkan modal anda tersangkut pada dana yang salah. Klik butang di bawah untuk semakan portfolio sedia ada atau mula membina pelaburan Unit Trust yang optimum bersama saya hari ini. Saya akan bantu anda:
✅ Kenal pasti profil risiko
✅ Cadangkan dana yang sesuai
✅ Bina portfolio pelbagai aset
✅ Semak pelaburan sedia ada anda



🟥⬛️🟨🟦🟥⬛️🟨🟦🟥⬛️🟨🟦

Pakar Strategi Pelaburan Multi-Asset
Unit Trust | Private Mandate | Bitcoin & Crypto | ETF | FCPO

================================
DISCLAIMER :
Past performance does not reflect future performance. All information in this article / blog is for educational purposes only and should NOT be taken as investment advise, nor as a recommendation or endorse.
Please refer to your agent for details explanation. Thanks.
===============================

No comments:

Post a Comment