18 February 2019

UNIT TRUST TERBAIK MALAYSIA - FEBRUARI 2019

Artikel ini insyaAllah memberikan maklumat terkini Prestasi Unit Trust Terbaik Malaysia - Patuh Shariah bagi Februari 2019 (Annualized Return) berdasarkan rujukan di Morningstar. Data Morningstar ini adalah berdasarkan tarikh 31 Jan 2019 dan dirujuk oleh saya pada tarikh 18 Feb 2019.



PRESTASI DANA UNIT TRUST


"Agen saya pernah mengatakan bahawa prestasi semasa dana pelaburan saya adalah 50% untuk tempoh 5 tahun ni... 
Jadi, secara puratanya ia mencatatkan 10% setahun la kan? 
Betul tak En Adi? 
Betul tak?"
.
.
Sebenarnya, cara kiraan sebegitu disebut sebagai Simple Return, iaitu dengan cara membahagikan secara mudah, prestasi 50% / 5 tahun pelaburan = 10%. Cara kiraan ini adalah KURANG TEPAT. Ia tidak menunjukkan prestasi purata sebenar sesuatu dana.

Untuk mendapatkan Prestasi Pulangan Setahun dana secara purata bagi sesuatu tempoh (3 tahun / 5 tahun / 10 tahun), terdapat formula tertentu yang lebih spesifik dan tepat yang digunakan secara meluas di seluruh dunia. Annualized return is year-over-year growth rate of an investment over a specified period of time and calculated as:

3 Years Annualised Return


Jadual di bawah menunjukkan 20 dana terbaik Annualized Return bagi tempoh 3 tahun. 
  • Tempoh penilaian : 3 Tahun (1/2/2016 - 1/2/2019)
  • Sector : Unit Trust Patuh shariah sahaja (Equity, Balanced, Bond)
  • Jenis Pelaburan : Pelaburan di Malaysia & Luar Malaysia (ASEAN, Asia Pacific, Asia Pacific Ex Japan, Greater China, Global, Emerging Countries, Property & REIT, Commodities, Gold & Precious Metals)
  • Syarikat unit trust : Semua = tiada pengecualian 
  • Cara susunan : Berdasarkan 20 Annualized Return yang tertinggi.
   Annualized Return Unit Trust bagi tempoh 3 tahun. KLIK gambar untuk lebih jelas.  
Sumber : Morningstar as 18/2/2019.
**Past Performance Is Not Indicative Of Future Results

Dengan prestasi Annualized Return (3 Tahun) setinggi 13.25%, maka bukan sesuatu yang aneh kenapa dana Eastspring Dinasti Equity menjadi pilihan ramai pelabur untuk mengembangkan pelaburan masing2. Dana ini juga disenaraikan sebagai salah satu dana yang boleh dilabur menggunakan Akaun 1 KWSP.

Dana unit trust terbaik bagi tempoh 3 tahun ini (1/2/2016 - 1/2/2019) adalah:
  1. Eastspring Dinasti Equity (13.25%)
  2. Precious Metal Securities (12.83%)
  3. Manulife Shariah Asia Pacific (9.79%)
  4. TA BRIC & Emerging Markets (9.47%)
  5. Maybank Greater China Asean Equity i (9.00%)

    5 Years Annualised Return


    Jadual di bawah ini pula menunjukkan 20 dana terbaik Annualized Return bagi tempoh 5 tahun. 
    • Tempoh penilaian : 5 Tahun (1/2/2014 - 1/2/2019)
    • Sector : Unit Trust Patuh shariah sahaja (Equity, Balanced, Bond)
    • Jenis Pelaburan : Pelaburan di Malaysia & Luar Malaysia (ASEAN, Asia Pacific, Asia Pacific Ex Japan, Greater China, Global, Emerging Countries, Property & REIT, Commodities, Gold & Precious Metals)
    • Syarikat unit trust : Semua = tiada pengecualian 
    • Cara susunan : Berdasarkan 20 Annualized Return yang tertinggi.
       Annualized Return Unit Trust bagi tempoh 5 tahun. KLIK gambar untuk lebih jelas. 
    Sumber : Morningstar as 18/2/2019.
    **Past Performance Is Not Indicative Of Future Results

    Eastspring Dinasti Equity mencatatkan prestasi terbaik dengan prestasi purata 10.68% (Annualised Return) bagi tempoh 5 tahun. Dana unit trust ini fokuskan kepada saham syarikat berpotensi yang didagangkan di market Hong Kong, China dan Taiwan. 

    Dana unit trust terbaik bagi tempoh 5 tahun ini (1/2/2014 - 1/2/2019) adalah:
    1. Eastspring Dinasti Equity (10.68%)
    2. Public China Ittikal (8.14%)
    3. CIMB Islamic Asia Pacific Equity (7.87%)
    4. Public Islamic Asia Leaders Equity (7.57%)
    5. PB Islamic Asia Strategic Sector(7.46%)

      10 Years Annualised Return


      Jadual di bawah ini pula menunjukkan 20 dana terbaik Annualized Return bagi tempoh 10 tahun. 
      • Tempoh penilaian : 10 Tahun (1/2/2009 - 1/2/2019)
      • Sector : Unit Trust Patuh shariah sahaja (Equity, Balanced, Bond)
      • Jenis Pelaburan : Pelaburan di Malaysia & Luar Malaysia (ASEAN, Asia Pacific, Asia Pacific Ex Japan, Greater China, Global, Emerging Countries, Property & REIT, Commodities, Gold & Precious Metals)
      • Syarikat unit trust : Semua = tiada pengecualian 
      • Cara susunan : Berdasarkan 20 Annualized Return yang tertinggi.
         Annualized Return Unit Trust bagi tempoh 10 tahun. KLIK gambar untuk lebih jelas. Sumber : Morningstar as 18/2/2019.
      **Past Performance Is Not Indicative Of Future Results

      Eastspring Investment Dana Al-Ilham adalah dana unit trust terbaik bagi tempoh 10 tahun, dengan mencatatkan prestasi purata 12.23% (Annualised Return). Dana unit trust ini fokuskan kepada saham syarikat berpotensi yang didagangkan di Bursa Saham Kuala Lumpur (KLCI).

      Dana unit trust terbaik bagi tempoh 10 tahun ini (1/2/2009 - 1/2/2019) adalah:
      1. Eastspring Dana Al-Ilham (12.23%)
      2. Public Islamic opportunities (10.96%)
      3. Affin Hwang Aiiman Growth (10.82%)
      4. Dana Makmur Pheim (10.65%)
      5. Kenanga Syariah Growth (10.63%)
        Data ini sekadar menunjukkan prestasi Top 20 sahaja berbanding keseluruhan dana Islamik, iaitu sebanyak 229 dana. Terdapat 3 kemungkinan jika sesuatu dana itu tidak tersenarai dalam Top 20 ini:
        1) Prestasinya berkedudukan antara 21-229.
        2) Sesuatu dana itu belum cukup umur (kurang daripada 3 tahun / 5 tahun / 10 tahun sejak ia dilancarkan)


        3) Sesuatu dana itu tidak tersenarai dalam list Morningstar 


        Year To Date (YTD) Return


        Bermula Januari 2019, kebanyakan dana unit trust telahpun menunjukkan prestasi yang sangat memberangsangkan. Kebanyakan dana2 yang mencatatkan prestasi baik ini melibatkan pelaburan di pasaran luar Malaysia:
        • Asia Pacific - China, India, Indonesia, Hong Kong, Taiwan, Malaysia dan banyak lagi 
        • Greater China - China, Hong Kong & Taiwan
        • Global - US, Germany, France, China, Malaysia dan banyak lagi
        Jadual di bawah ini pula menunjukkan 20 dana terbaik Year To Date (YTD) Return bagi tempoh antara 1 Januari 2019 - 17 Februari 2019 (1 bulan setengah sahaja). 
        • Tempoh penilaian : Year To Date (YTD) return (1/1/2019 - 17/2/2019)
        • Sector : Unit Trust Patuh shariah sahaja (Equity, Balanced, Bond)
        • Jenis Pelaburan : Pelaburan di Malaysia & Luar Malaysia (ASEAN, Asia Pacific, Asia Pacific Ex Japan, Greater China, Global, Emerging Countries, Property & REIT, Commodities, Gold & Precious Metals)
        • Syarikat unit trust : Semua = tiada pengecualian 
        • Cara susunan : Berdasarkan 20 prestasi yang tertinggi.
           Year To Date (YTD) Return Unit Trust bagi tempoh antara 1 Jan 2019 - 17 Feb 2019. KLIK gambar untuk lebih jelas. Sumber : Morningstar as 18/2/2019.
        **Past Performance Is Not Indicative Of Future Results

        Pheim Asia Ex-Japan Islamic mencatatkan prestasi yang paling mengujakan.... 12.12% hanya bagi tempoh 1 bulan setengah... Dana ini adalah dari sector Equity Asia Pacific Ex-Japan, yang melabur dalam saham2 terpilih dan berpotensi dari pasaran Asia terutamanya Malaysia.

        Dana unit trust terbaik bagi Year To Date (YTD) return (1/1/2019 - 17/2/2019) adalah:
        1. Pheim Asia Ex-Japan Islamic (12.12%)
        2. Maybank AsiaPac Ex-Japan Equity i (9.57%)
        3. Manulife Shariah Asia Pacific (9.35%)
        4. Dana Makmur Pheim (9.25%)
        5. CIMB Islamic Small Cap (9.06%)
          Ini hanyalah permulaan. InsyaAllah dana-dana ini akan meneruskan momentum dan prestasi positif ini. Harga NAV unit trust masih lagi pada paras yang rendah bagi sesiapa yang ingin memulakan / menambah  pelaburan.


          Ringkasan - Prestasi dana terbaik mengikut UTMC


          Year To Date (YTD) Return dan prestasi Annualized Return bagi tempoh 3 tahun untuk dana Unit Trust mengikut syarikat unit trust. KLIK gambar untuk lebih jelas. 
          Sumber : Morningstar as 18/2/2019.
          **Past Performance Is Not Indicative Of Future Results

          Jadual di atas menunjukkan Dana unit trust islamic terbaik bagi syarikat2 unit trust. CIMB Islamic Small Cap merupakan dana terbaik bagi CIMB Principal (Islamic fund) untuk Year To Date Return dengan prestasi 9.06%. Eastspring Dinasti Equity pula berprestasi 8.08% untuk bergelar dana terbaik Eastspring (Islamic fund) untuk YTD Return.

          Dengan prestasi YTD Return sebanyak 6.29%, dana Kenanga Shariah Growth Opportunities mengatasi dana Kenanga (Islamic fund) yang lain. Manulife Shariah Asia Pacific terbaik di Manulife (Islamic fund) dengan prestasi 9.35% bagi YTD Return.

          Pheim Asia Ex-Japan Islamic adalah dana yang paling banyak lonjakan bagi tempoh antara 1 Januari 2019 - 17 Februari 2019.... sebulan setengah jer dah mencapai 12.12%. PMB Shariah Small Cap pula adalah dana terbaik YTD Return bagi PMB Investment dengan prestasi 6.12%. 

          Dengan prestasi 7.06%, dana Public Islamic Asia Leaders Equity berjaya mendahalui dana2 di Public Mutual (Islamic fund). RHB Islamic Regional Balanced berprestasi 3.68% sambil RHB Islamic Global Developed Markets dengan YTD return 6.62% bagi RHB (Islamic Fund).

          3 Years Annualized Return


          CIMB Islamic Asia Pacific Equity merupakan dana terbaik bagi CIMB Principal (Islamic fund) untuk tempoh 3 tahun dengan prestasi purata 7.08%. Eastspring Dinasti Equity pula berprestasi purata 13.25% untuk bergelar dana terbaik Eastspring (Islamic fund) untuk 3 tahun ini. Dana ini juga adalah dana terbaik keseluruhan dana Islamic bagi tempoh 3 tahun.

          Dengan prestasi purata 3 tahun sebanyak 3.37%, dana Kenanga Islamic Cash mengatasi dana Kenanga (Islamic fund) yang lain. Manulife Shariah Asia Pacific terbaik di Manulife (Islamic fund) dengan prestasi purata 9.79% bagi 3 years Annualized Return.

          Pheim Asia Ex-Japan Islamic berprestasi purata 6.02%. PMB Shariah Premier pula adalah dana terbaik bagi tempoh 3 tahun untuk PMB Investment dengan prestasi purata 3.52%. 

          Dengan prestasi purata 8.80%, dana Public China Ittikal berjaya mendahalui dana2 di Public Mutual (Islamic fund). RHB Islamic Bond berprestasi purata 4.92% sambil RHB Islamic Global Developed Markets dengan prestasi purata 3 tahun sebanyak 5.90% bagi RHB (Islamic Fund).

          Prestasi Annualized Return bagi tempoh 5  tahun dan 10 tahun untuk dana Unit Trust mengikut syarikat unit trust. KLIK gambar untuk lebih jelas. 
          Sumber : Morningstar as 18/2/2019.
          **Past Performance Is Not Indicative Of Future Results

          CIMB Islamic Asia Pacific Equity merupakan dana terbaik bagi CIMB Principal (Islamic fund) untuk 5 Years Annualized Return dengan prestasi purata 7.87%. Eastspring Dinasti Equity pula berprestasi purata 10.68% untuk bergelar dana terbaik Eastspring (Islamic fund) untuk tempoh 5 tahun ini. Dana ini juga unggul sebagai dana terbaik keseluruhan Islamic fund bagi tempoh 5 tahun.

          Dengan prestasi purata 5 tahun sebanyak 2.94%, dana Kenanga Islamic Money Market mengatasi dana Kenanga (Islamic fund) yang lain. Manulife Shariah Asia Pacific terbaik di Manulife (Islamic fund) dengan prestasi purata 5.90% bagi 5 years Annualized Return.

          Dana Makmur Pheim mencatatkan purata 6.06% bagi tempoh 5 tahun ini. PMB Shariah Premier pula adalah dana terbaik bagi tempoh 5 tahun untuk PMB Investment dengan prestasi purata 4.57%. 

          Dengan prestasi purata 8.14%, dana Public China Ittikal berjaya mendahalui dana2 di Public Mutual (Islamic fund). RHB Islamic Bond berprestasi purata 5.83 sambil RHB Global Food Islamic dengan prestasi purata 10 tahun sebanyak 2.57% bagi RHB (Islamic Fund).

          10 Years Annualized Return


          CIMB Islamic DALI Asia Pacific Equity Growth merupakan dana terbaik bagi CIMB Principal (Islamic fund) untuk tempoh 10 tahun dengan prestasi purata 9.62%. Eastspring Investment Dana Al-Ilham pula berprestasi 12.23% untuk bergelar dana terbaik Eastspring (Islamic fund) untuk 10 tahun ini. Dana ini juga adalah dana terbaik keseluruhan dana Islamic bagi tempoh 10 tahun.

          Dengan prestasi purata 10 tahun sebanyak 10.63%, dana Kenanga Syariah Growth mengatasi dana Kenanga (Islamic fund) yang lain. Manulife CM Shariah Flexi terbaik di Manulife (Islamic fund) dengan prestasi purata 9.32% bagi 10 years Annualized Return.

          Dana Makmur Pheim berprestasi purata 10.65%. PMB Shariah Premier pula adalah dana terbaik bagi tempoh 10 tahun untuk PMB Investment dengan prestasi purata 8.72%. 

          Dengan prestasi purata 10.96%, dana Public Islamic Opportunities berjaya mendahalui dana2 di Public Mutual (Islamic fund). RHB Islamic Bond berprestasi purata 6.60% bagi tempoh 10 tahun sebanyak untuk RHB (Islamic Fund).

          PANDUAN PELABURAN

          1. Market baru mula nak naik... baru nak comfirmkan trend menaik. Biasanya market akan naik bagi tempoh sedehana - panjang. Ini adalah Peluang / OPPORTUNITY bagi pelabur bijak.
          2. Invest into The Right Sector / Market = Consistent & Potential. Ini bagi memastikan bahawa pelaburan anda mampu mencatatkan prestasi yang memberangsangkan.
          3. Apply  Investment Portfolio / Asset Allocation based on the risk profile (are you a High Risk taker?), Time horizon (long term? 5 year? 20 year?) and specific goal / objective (Retirement planning?)
          4. Invest dengan knowledge! Jangan invest kerana ikut kawan. Jangan lepaskan semua tanggungjawab pelaburan kepada agen anda. Bincang, Semak dan Sahkan semua maklumat.


          🟩🟥🟩🟥🟩🟥🟩🟥🟩🟥

          Consultant Pelaburan Anda
          📞 012-5588680 (Wassap (KLIK)

          *******************************
          Jemput join untuk Pelbagai Info Kewangan & Pelaburan

          🔴🔵🔴🔵🔴🔵🔴🔵🔴🔵


          ARTIKEL POPULAR


          ================================
          DISCLAIMER :
          Past performance does not reflect future performance. All information in this article / blog is for educational purposes only and should NOT be taken as investment advise, nor as a recommendation or endorse.
          Please refer to your agent for details explanation. Thanks.
          ================================