17 May 2022

TOP 10 UNIT TRUST TERBAIK MALAYSIA (MAY 2022) - PRESTASI SEMASA DAN SOLUSI PELABURAN

Artikel perkongsian kali ini adalah Sangat Ekslusif dan Special yang jarang2 diceritakan oleh mana2 agen pelaburan / agen unitTrust. 

Artikel ini sangat sesuai buat anda yang:
  • SEDANG invest Unit Trust 
  • berkira-kira MAHU INVEST Unit Trust (First time / pernah invest dulu / nak buat DCA (Dollar Cost Averaging) / nak diversify investment)
Saya jamin bahawa artikel ini pasti akan memuaskan hati anda dari segi ilmu dan info yang disampaikan. namun perkongsian ini agak panjang. Basically, ia boleh dibahagikan kepada 3 bahagian...
  • Prestasi Unit Trust Terbaik Malaysia
  • Prestasi Semasa Unit Trust - Apa dah jadi ni?
  • Solusi dan cadangan pelaburan

Pelaburan May 2022


PRESTASI UNIT TRUST TERBAIK - 3 TAHUN 
(TOTAL RETURN)


Di bawah ini adalah data Top 10 Unit Trust Patuh Shariah Paling Perform.
  • Untuk tempoh terkini 3 tahun (6/5/2019 sehingga 6/5/2022)
  • Sumber: Lipper (Akhbar The Edge #1421 keluaran Mingguan bertarikh May 16 - May 21, 2022)
  • Prestasi ni adalah Total Return iaitu 'Capital Gain' (Kenaikan / Penurunan harga unit) + Income Distribution (Dividend)

senarai 10 fund unit Trust Paling Tinggi Return dalam 3 tahun


Dapatan daripada  data ini, senarai 10 fund unit Trust Paling Tinggi Return dalam 3 tahun adalah:
  1. Hong Leong Dana Makmur : 92.81%
  2. PMB Shariah Equity : 85.60%
  3. PMB Shariah Growth : 70.31%
  4. Interpac Dana Safi : 68.22%
  5. TA Dana Fokus : 66.70%
  6. PB Islamic Small Cap : 64.88%
  7. Manulife Shariah Progress Plus : 61.14%
  8. Hong Leong Dana Maarof : 52.97%
  9. Public Islamic US Equity : 52.22%
  10. Public Islamic Opportunities : 51.13%
Maksudnya, katakan anda melabur fund PMB Shariah Growth pada 6 May 2019 sebanyak RM10,000, maka anda kini sedang untung sebanyak RM7,031 selama 3 tahun pelaburan setakat 6 May 2022. Nilai pelaburan terkini anda adalah RM17,031 (Modal RM10,000 + Keuntungan RM7,031).


UNIT TRUST TERBAIK - EQUITY MALAYSIA


Unit Trust Equity Malaysia Terbaik


Fund Unit Trust Equity Malaysia Terbaik dalam 3 tahun:
  1. Hong Leong Dana Makmur : 92.81%
  2. PMB Shariah Equity : 85.60%
  3. PMB Shariah Growth : 70.31%
  4. TA Dana Fokus : 66.70%
  5. PB Islamic Small Cap : 64.88%

UNIT TRUST TERBAIK - EQUITY ASIA PACIFIC 


Unit Trust Equity Asia Pacific Terbaik


Fund Unit Trust Equity Asia Pacific Terbaik dalam 3 tahun:
  1. Pheim Asia Ex-Japan Islamic : 32.49%
  2. Principal Islamic Asia Pacific Dynamic Equity : 31.31%
  3. Principal DALI Asia Pacific Equity Growth : 24.97%
  4. Manulife Shariah Asia Pacific Ex-Japan : 23.57%
  5. RHB Shariah Asia Ex-Japan Growth : 21.94%

UNIT TRUST TERBAIK - EQUITY GLOBAL


Unit Trust Equity Global Terbaik


Fund Unit Trust Equity Global Terbaik dalam 3 tahun:
  1. Public Islamic Global Equity : 47.59%
  2. RHB Islamic Global Developed Markets : 39.93%
  3. Principal DALI Global Equity : 32.36%
  4. Aberdeen Standard Islamic World Equity : 28.97%
  5. Global Islamic Equity : 24.51%

UNIT TRUST TERBAIK - BALANCED / MIXED ASSET



Unit Trust Balanced Mixed Asset Terbaik


Fund Unit Trust Balanced Mixed Asset Terbaik dalam 3 tahun:
  1. Interpac Dana Safi : 68.22%
  2. Hong Leong Dana Maarof : 52.97%
  3. Kenanga SyariahEXTRA : 33.55%
  4. BIMB i Flexi : 31.98%
  5. Public e-Islamic Flexi Allocation : 31.81%


APA YANG SEDANG BERLAKU KETIKA INI? PRESTASI SEMUA FUND UNIT TRUST SEMAKIN MERUDUM?


Prestasi unit trust untuk tahun ini - Year To Date (YTD) Performance bagi tempoh antara 1 Jan 2022 sehingga 12 May 2022 adalah 'sangat menyedihkan'.

Rata2 Unit Trust memang sedang 'negative performance'.

EQUITY GLOBAL


Unit Trust Equity Global (Fund Conventional)


Fund Unit Trust Equity Global (Fund Conventional) sedang mengalami kejatuhan yang banyak kini... Prestasi YTD (1/1/2022- 12/5/2022) Paling teruk adalah:
  1. Affin Hwang World Series - Global Disruptive Innovation : -57.18%
  2. United Global Technology : -52.66%
  3. Affin Hwang World Series - Long Term Global Growth : -47.11%


Unit Trust Equity Global (Fund Islamic)


Fund Unit Trust Equity Global (Fund Islamic) sedang mengalami kejatuhan yang banyak kini... Prestasi YTD (1/1/2022- 12/5/2022) Paling teruk adalah:
  1. RHB i-Global Sustainable Disruptors : -32.93%
  2. Public e-Islamic Pioneer Entrepreneur 40 : -26.77%
  3. Affin Hwang Aiiman Global Multi Thematic : -26.59%

Index Utama Global


Pelaburan unit trust adalah sangat berkait rapat dengan Index & Saham. Umumnya, jika...  
  • Index naik, insyaAllah fund Unit Trust yang berkaitan juga akan turut naik.
  • Index turun, maka UnitTrust yang berkaitan juga akan turut turun.
Index ini sering kali dijadikan sebagai Benchmark (penanda aras) kepada Unit Trust.

Jika dilihat daripada gambar di atas, market US (yang merupakan 'perumah' kepada banyak saham global) berprestasi negative:
  • Nasdaq : -24.54%
  • S&P 500 : -15.57%
  • Dow Jones : -11.40%

Prestasi Saham Global


Prestasi sesuatu Index umumnya ditentukan oleh prestasi saham2 utama.

So far, memang saham2 Global juga berprestasi negative. Saham yang ok prestasinya setakat ini adalah saham yang berkaitan minyak dek kerana lonjakan harga minyak yang ketika ini melebihi $100/ barrel. 


==========


So, Umumnya boleh la dianggap bahawa kini:
  • Pelaburan Unit Trust di market Global : negative performance
  • Pelaburan Private Mandate di market Global : negative performance
  • Pelaburan Saham di market Global : negative performance

EQUITY ASIA PACIFIC


Unit Trust Equity Asia Pacific (Fund Conventional)


Fund Unit Trust Equity Asia Pacific (Fund Conventional) sedang mengalami kejatuhan yang banyak juga... Prestasi YTD (1/1/2022- 12/5/2022) Paling teruk adalah:
  1. Manulife Asia Pacific Opportunities : -26.30%
  2. Public Optimal Equity : -24.20%
  3. Manulife Asian Small Cap Equity : -24.05%


Unit Trust Equity Asia Pacific (Fund Islamic)


Fund Unit Trust Equity Asia Pacific (Fund Islamic) sedang mengalami kejatuhan yang banyak juga... Prestasi YTD (1/1/2022- 12/5/2022) Paling teruk adalah:
  1. Public Islamic Optimal Equity : -26.73%
  2. PB Islamic Asia Strategic Sector : -23.32%
  3. Public Asia Ittikal : -22.58%

Index utama Asia Pacific


Pelaburan unit trust bagi market Asia Pacific majoritinya fokuskan pelaburan pada market China, Hong Kong,dan Korea Selatan.

Prestasi semasa Index utama Asia Pacific ini adalah sangat kurang memuaskan...
  • China: -15.26%
  • Hong Kong : -14.95%
  • Korea Selatan: -12.54%  

==========


So, Umumnya boleh la dianggap bahawa kini:
  • Pelaburan Unit Trust di market Asia Pacific : negative performance
  • Pelaburan Private Mandate di market Asia Pacific : negative performance
  • Pelaburan Saham di market Asia Pacific : negative performance

EQUITY CHINA


Unit Trust Equity China (Fund Conventional & Islamic)


Fund Unit Trust Equity China (Fund Conventional & Islamic) sedang mengalami kejatuhan yang sangat banyak... Prestasi YTD (1/1/2022- 12/5/2022) Paling teruk adalah:
  1. RHB Shariah China Focus : -30.35%
  2. RHB China-A Fund : -30.12%
  3. Affin Hwang World Series - China Growth : -28.95%

Prestasi YTD bagi Shanghai Index adalah -15.26% 
Prestasi ini adalah prestasi paling teruk di kalangan negara rantau Asia Pacific.


==========


So, Umumnya boleh la dianggap bahawa kini:
  • Pelaburan Unit Trust di market China : negative performance
  • Pelaburan Private Mandate di market China : negative performance
  • Pelaburan Saham di market China : negative performance

EQUITY MALAYSIA


Unit Trust Equity Malaysia (Fund Conventional)


Fund Unit Trust Equity Malaysia (Fund Conventional) sedang mengalami kejatuhan yang banyak ... Prestasi YTD (1/1/2022- 12/5/2022) Paling teruk adalah:
  1. Areca Dynamic Growth 3.0 : -43.96%
  2. Kenanga EquityExtra : -30.15%
  3. Kenanga TacticalExtra : -28.75%


Unit Trust Equity Malaysia (Fund Islamic)


Fund Unit Trust Equity Malaysia (Fund Islamic) sedang mengalami kejatuhan yang banyak ... Prestasi YTD (1/1/2022- 12/5/2022) Paling teruk adalah:
  1. PB Islamic Small Cap : -27.28%
  2. BIMB i-Tactical : -25.47%
  3. BIMB i-Growth : -24.80%

Prestasi YTD bagi KLCI adalah -1.47% 
Prestasi ini tidak la seteruk prestasi Index utama US/ Global/ Asia Pacific.
Tetapi, prestasi Unit Trust Malaysia nampak seperti 'sama teruk' nya dengan Unit Trust yang invest pada market yang sedang jatuh banyak....hmmmmm


==========

So, Umumnya boleh la dianggap bahawa kini:
  • Pelaburan Unit Trust di market Malaysia : negative performance
  • Pelaburan Private Mandate di market Malaysia : negative performance
  • Pelaburan Saham di market Malaysia : negative performance

BALANCED / MIXED ASSET


Unit Trust Balanced Mixed Asset (Fund Conventional)


Fund Unit Trust Balanced Mixed Asset (Fund Conventional) sedang mengalami kejatuhan yang banyak (dah macam Equity dah) ... Prestasi YTD (1/1/2022- 12/5/2022) Paling teruk adalah:
  1. Areca Dragon Technology : -28.83%
  2. Affin Hwang Multi Asset : -30.15%
  3. Public Tactical Allocation : -25.46%


Unit Trust Balanced Mixed Asset (Fund Islamic)


Fund Unit Trust Balanced Mixed Asset (Fund Islamic) sedang mengalami kejatuhan yang banyak (dah macam Equity dah) ... Prestasi YTD (1/1/2022- 12/5/2022) Paling teruk adalah:
  1. InterPac Dana Safi : -24.84%
  2. BIMB i-Flexi : -23.51%
  3. Public Islamic Asia Tactical Allocation : -22.88%

APA PULA NASIBNYA DENGAN PELABURAN YANG LAIN?


Prestasi CryptoCurrency


Pelaburan CryptoCurrency lagi hebat dilanda badai.... Prestasi semasa YTD (1/1/2022- 12/5/2022) bagi Crypto utama adalah...
  1. Bitcoin : -37.3%
  2. Ethereum : -46.2%
  3. Ripple: -51.2%
Ada antara Cypto ni yang dah nyawa2 ikan, yakni kerugian >90%....


Gold Chart


Emas mengalami naik dan turun untuk tahun ini....
  • Pada 3 Jan 2022, harga emas adalah $1829 per Ounce.
  • Harganya melonjak sehingga $2,070 pada 8 March 2022 (Perang Russia - Ukraine bermula sejak Feb 2022 sehingga kini)
  • Pada 15 May 2022, harga emas kembali susut ke paras $1811.
Prestasi YTD Unit Trust berkaitan Gold adalah:
  • Affin Hwang Shariag Gold Tracker (Islamic) : 7.34%
  • MAMG Gold fund : 6.11%
  • Public e-EMAS Gold fund : 4.54%
  • RHB Gold fund : 1.21%
  • Precious Metals Securities : 0.96%
  • RHB Gold & General : 0.22%
  • TA Gold & Silver : -10.59%

APA MAKSUDNYA?


Secara kesimpulannya....
  • Hampir SEMUA MARKET (Global / US / Eropah / Asia / Malaysia) sedang berprestasi negative.
  • Ia disebabkan oleh kerana 'most' SAHAM juga berprestasi negative....
  • Ia seterusnya menyebabkan 'most' UNIT TRUST Equity dan Balanced Mixed Asset juga berprestasi negative.
  • Crpto  juga terpalit sama - prestasi menjunam.
  • Commodities ok la skit... Gold mengalami naik turun.... tidak jelas trend (UpTrend atau DownTrend)... Yang naik adalah yang berkaitan dengan minyak.

Bagi yang invest Unit Trust / Private Mandate...
  • Fund Manager yang mengawal pelaburan (Bukan agen Unit  Trust / agen Private Mandate).
  • JIKA kejatuhan ini disebabkan oleh kegagalan Fund Manager yang tak bagus, mungkin hanya sebahagian kecil sahaja Unit Trust yang terkesan. 
  • Tetapi apabila melibatkan hampir semua fund Unit Trust Equity / Private Mandate, maka tak kan la kita nak katakan semua Fund Manager tak bagus, kan? Ia sememangnya disebabkan kejatuhan market.
  • Tatkala kejatuhan mula melanda, Fund Manager telahpun sehabis baik adjust portfolio agar impak kejatuhannya diperlahankan (Itu memang kerja Fund Manager dalam Pengurusan Risiko). 
  • Tiada siapa yang mahukan atau jangkakan kejatuhan seperti sekarang yang berlaku sangat cepat dan sangat teruk kesannya.


Sampai bila kejatuhan ini? Bila ia akan naik semula?
  • Wallahua'lam... 
  • Ada yang kata sekarang ni 'Good time to buy'... but at Low level...
  • Tetapi, Tiada siapa yang tahu...
  • Ia mungkin akan naik kembali lagi 1 bulan/ atau lagi 3 bulan / atau lagi 6 bulan / atau lagi 1 tahun / atau lagi 2 tahun....
  • Atau ia mungkin juga akan turun lagi... dan lagi... dan lagi sebelum naik semula..

SOLUSI & CADANGAN PELABURAN


1. Bagi yang baru nak invest (atau nak average down/ Dollar Cost Averaging)...  saya syorkan anda persiapkan mental bahawa Pelaburan Unit Trust adalah pelaburan untuk medium to long term (lebih 3 tahun)

Prestasi pelaburan Unit Trust ada Up & Down dan sangat berkait rapat dengan pergerakan market (Index) dan saham. Untuk tempoh masa panjang, pelaburan Unit Trust/ Private Mandate insyaAllah mampu memberikan pulangan yang baik.

Ini bukan pelaburan yang bersifat Short Term. 


2. Andai anda sedang invest Unit Trust / Private Mandate / pelaburan lain.... dan sedang rugi, maka anda mempunyai 2 pilihan:
  • Just maintain di 'situ' dan tunggu ianya naik semula (at least balik modal)... ATAU
  • Cut loss (keluar dari pelaburan dengan kerugian) dan buat RECOVERY. 
Katakan anda melabur RM65,000 dan sedang kerugian 20%, maka anda akan 'realize'kan kerugian RM13,000. Anda hanya akan terima semula RM52,000.


Apa PILIHAN RECOVERY yang ada dengan modal katakan RM50,000 (untuk dapatkan semula modal RM65,000 anda tadi)?


Antaranya...
  • ASB (Amanah Saham Bumiputera). Pelaburan yang rendah risiko dengan dividen sekitar 5% setahun. Jika anda melabur RM50,000, hanya pada Tahun ke 6 anda dapat kumpulkan semula modal anda sekitar RM65,000 tadi (anggapan dividen 5% setahun).
  • Redeemable Preference Shares (RPS). Pelaburan yang rendah risiko dengan dividen MINIMUM 24% setahun. Jika anda melabur RM50,000, pada bulan ke 15 anda dapat kumpulkan semula modal anda sekitar RM65,000 tadi (anggapan dividen 24% setahun).

Adakah MASALAH2 ini membelenggu hidup anda sekarang ini?

  • Emosi anda yang sering terganggu dengan prestasi semasa pelaburan yang negative.
  • Penat nak monitor market / prestasi pelaburan yang tak stabil naik dan turun (turun jer memanjang).
  • Boleh sakit jantung dek penangan pelaburan yang High Risk (Very High Risk?)
  • Kerisauan, tak senang duduk dan tidur tak lena mengenangkan Modal yang dilaburkan semakin berkurangan (Capital not protected) yang mengganggu perancangan Persaraan/ perancangan untuk anak2 dan famili/ mencapai impian yang ditetapkan.

Bagaimanakah konsep pelaburan yang anda mahukan kini?



🟩🟥🟩🟥🟩🟥🟩🟥🟩🟥

Consultant Pelaburan Anda
📞 012-5588680 (Wassap (KLIK)

*******************************
Jemput join untuk Pelbagai Info Kewangan & Pelaburan

🔴🔵🔴🔵🔴🔵🔴🔵🔴🔵


ARTIKEL POPULAR


================================
DISCLAIMER :
Past performance does not reflect future performance. All information in this article / blog is for educational purposes only and should NOT be taken as investment advise, nor as a recommendation or endorse.
Please refer to your agent for details explanation. Thanks.
================================