11 June 2018

THE BEST SHARIAH COMPLIANT UNIT TRUST FUNDS MALAYSIA - JUNE 2018

Artikel ini insyaAllah memberikan maklumat terkini Prestasi Unit Trust Terbaik Malaysia - Patuh Shariah bagi June 2018 (Total Return, Annualized Return & Calendar Return) berdasarkan sumber maklumat sahih lagi diyakini di Morningstar dan akhbar The Edge, Edisi 1218 (June 11- June 17, 2018).
======================

Pelbagai artikel khusus berkaitan unit trust yang TERBARU lagi TERKINI di http://rosyaidiradzi.blogspot.my

Buat pelabur baru / bakal pelabur, adalah digalakkan untuk mendapatkan maklumat Asas dan Tips Pelaburan Unit Trust  melalui pautan ini (KLIK).


=======================

UNIT TRUST DI MALAYSIA

Unit Trust = Unit Amanah = Amanah Saham. Konsep mudah: kita minta orang lain (fund manager) uruskan dan laburkan duit kita dalam saham terpilih. Anda tak perlu monitor hari-hari harga NAV unit trust. Berikan 'trust' anda kepada Fund Manager untuk kembangkan duit anda. Konsep sama seperti ASB (ASB juga adalah unit trust). Unit trust adalah medium pelaburan jangkamasa sederhana dan panjang.

Fund / Dana = Tabung (seperti Eastspring Dana Ilham, PMB Shariah Aggresive, Amanah Saham Bumiputra, Amanah Hartanah Bumiputra). Setakat 30 April 2018, terdapat sebanyak 654 dana diluluskan untuk pelabur di Malaysia. Namun, hanya 226 dana (35%) adalah dana Patuh Syariah - Islamic Fund. Data ini dipetik daripada Suruhanjaya Sekuriti (KLIK).

Syarikat unit trust (Unit Trust Management Company, UTMC) = syarikat kewangan berlesen (Bank Negara, Suruhanjaya Sekuriti) yang menguruskan pelaburan ahli dalam fund yang dipilih. Setakat 30 April 2018, terdapat 36 syarikat unit trust. Antaranya adalah PMB Investment Berhad, Phillip Mutual Berhad, Public Mutual Berhad, CIMB Principal, Kenanga, Manulife, RHB Asset Management, Eastspring Investment dan banyak lagi. Sumber : FIMM (Federation of Investment Managers Malaysia)-(KLIK)

PRESTASI DANA UNIT TRUST

Prestasi dana unit trust boleh diukur berdasarkan:


Total Return / Cumulative Return
  • Total rise in the value of a fund’s investments over time, assuming that income and capital gains distributions were reinvested.
  • Bahasa mudahnya adalah Jumlah Pulangan Terkumpul untuk suatu tempoh masa.
Contohnya, Eastspring Investment Dinasti Equity telah mencatatkan 102.82% untuk tempoh 5 tahun setakat 4/5/2018. Jika tuan-puan melabur RM10,000 pada 3/5/2013, maka sekarang (1/6/2018) anda telah mendapat kenaikan pelaburan = untung sebanyak 102.82% (bersamaan RM10,282). Maka nilai pelaburan anda sekarang berjumlah RM20,282 (Modal RM10,000 + Untung RM10,282).

Jadual di bawah menunjukkan 80 dana terbaik Total Return bagi tempoh 5 tahun.

Sumber : The Edge Malaysia
Keluaran : 1218 (June 11 - June 17, 2018)
Halaman : Personal Wealth - Page 10-12

Data Total Return yang disediakan ini:
Tempoh penilaian : 5 Tahun (31/5/2013 - 1/6/2018)
Sector : Equity & Balanced - Patuh shariah sahaja (Islamic Fund only)
Jenis Pelaburan : Pelaburan di Malaysia & Luar Malaysia (ASEAN, Asia Pacific, Asia Pacific Ex Japan, Greater China, Global, Emerging Countries, Property & REIT, Commodities, Gold & Precious Metals)
Syarikat unit trust : Semua - tiada pengecualian - 80++ dana terbaik sahaja.
Cara susunan : Berdasarkan 80 Total Return yang tertinggi bagi Equity fund & Balanced fund sahaja.




Total Return Unit Trust bagi tempoh 5 tahun. KLIK gambar untuk lebih jelas. Sumber : Lipper Fund Table - The Edge #1218 (June 11 - June 17, 2018)


Eastspring Dinasti Equity berjaya mengungguli 226 dana patuh shariah yang lain dari segi Total Return, dengan 102.82% bagi tempoh 5 tahun. Dana ini adalah daripada kategori Equity Greater China, yang fokuskan pelaburan di negara China, Hong Kong dan Taiwan. Perkembangan pesat ekonomi kuasa besar China membantu melonjakkan prestasi dana ini. Antara syarikat utama pelaburan dana ini adalah AlibabaTaiwan Semiconductor, Tencent, Baidu  dan China Petroleum & Chemical Corporation

Eastspring Dinasti Equity - Fund Objective, Country Allocation, Asset Allocation & Top Holdings - May 2018 

Public China Ittikal juga mencatatkan prestasi yang sangat baik, dengan mencatatkan prestasi terkumpul sebanyak 79.83% bagi tempoh 5 tahun (31/5/2013 - 1/6/2018). 

Dana Ekuiti terbaik bagi tempoh 5 tahun ini (31/5/2013 - 1/6/2018) adalah:
  1. Eastspring Dinasti Equity (102.82%)
  2. Public China Ittikal (79.83%)
  3. Public Islamic Asia Leaders Equity (67.52%)
  4. CIMB Islamic Asia Pacific Equity (66.46%)
  5. Pulic Asia Ittikal (60.95%)
Dana Ekuiti terbaik bagi pelaburan di Malaysia sahaja bagi tempoh yang sama adalah:
  1. Eastspring Dana Al-Ilham (36.65%)
  2. PMB Shariah Premier (32.61%)
  3. PMB Shariah Aggresive (27.75%)
  4. Public Islamic Opportunities (26.96%)
  5. Manulife Investment Shariah Progress (26.75%)
Yang menarik untuk dilihat adalah pada column kanan sekali. Kotak berwarna pink adalah merujuk kepada dana unit trust yang melabur di luar Malaysia. Jelas, warna pink ini menguasai 20 dana terbaik.... yang melibatkan pelaburan di pasaran Greater China, Asia Pacific dan Global.

Apa yang terjadi dengan dana yang membuat pelaburan di Malaysia? Secara jelasnya, prestasi hampir semua dana Malaysia ini mencatatkan penurunan drastik terutamanya pada bulan May 2018 - Pilihan Raya Umum ke 14. 
Adakah ianya bersifat sementara?
Bilakah ianya akan kembali pulih dan Bullish?

Dapatan menarik daripada data statistik ini:
  1. Terdapat hanya 1 dana yang mencatatkan prestasi Total Return >100% bagi tempoh 5 tahun, iaitu Eastspring Dinasti Equity.
  2. Terdapat 10 dana sahaja yang mencatatkan prestasi Total Return >50% bagi tempoh 5 tahun.
  3. Daripada senarai Top 10, kesemuanya adalah dana yang melabur di luar Malaysia -Greater China, Asia Pacific dan Global.
  4. Dana Equity Terbaik setakat ini : Eastspring Dinasti Equity.
  5. Dana Balanced / Mixed Asset terbaik setakat ini : Public Islamic Asia Tactical Allocation
  6. Dana Bond / Sukuk terbaik setakat ini : RHB Islamic Bond
  7. Dana terbaik yang melabur dalam Malaysia sepenuhnya : Eastspring Dana Ilham.
  8. Dana terbaik yang melabur di luar Malaysia : Eastspring Dinasti Equity
  9. Dana yang boleh dilabur dengan KWSP (EPF Approved Fund) terbaik : Eastspring Dinasti Equity
Data ini sekadar menunjukkan prestasi Top 80 (35%) sahaja berbanding keseluruhan dana Islamik, iaitu sebanyak 226 dana. Terdapat 3 kemungkinan jika sesuatu dana itu tidak tersenarai dalam Top 80 ini:
1) Prestasinya berkedudukan antara 81-226, iaitu prestasi Total Return semasa adalah <3.11% bagi tempoh 5 tahun.
2) Sesuatu dana itu belum cukup umur (kurang daripada 5 tahun sejak ia dilancarkan)
3) Sesuatu dana itu tidak tersenarai dalam list Lipper (Rujukan prestasi ini berpandukan list daripada Lipper, keluaran di akhbar The Edge sepenuhnya)

.
Bagaimanakah pencapaian dana anda?

Annualized Return

Annualized return is year-over-year growth rate of an investment over a specified period of time and calculated as:

Umumnya atau bahasa mudahnya, ia adalah Purata Pulangan Setahun. Biasanya ia diukur untuk tempoh 3 tahun, 5 tahun dan 10 tahun. Pelabur boleh menyemaknya dengan beberapa langkah mudah seperti yang ditunjukkan melalui artikel ini - Morningstar (KLIK). 

Jadual di bawah menunjukkan 80 dana terbaik Annualized Return bagi tempoh 5 tahun.
Sumber : laman web Morningstar (KLIK)
Tarikh update : 31 May 2018
Kekerapan update oleh Morningstar : sebulan sekali

Data Annualized Return yang disediakan ini:
Tempoh penilaian : 5 Tahun (1/6/2013 - 31/5/2018)
Sector : Equity & Balanced - Patuh shariah sahaja (Islamic Fund only)
Jenis Pelaburan : Pelaburan di Malaysia & Luar Malaysia (ASEAN, Asia Pacific, Asia Pacific Ex Japan, Greater China, Global, Emerging Countries, Property & REIT, Commodities, Gold & Precious Metals)
Syarikat unit trust : Semua - tiada pengecualian - 80++ dana terbaik sahaja.
Cara susunan : Berdasarkan 80 Annualized Return yang tertinggi bagi Equity fund & Balanced fund sahaja.





   Annualised Return Unit Trust bagi tempoh 5 tahun. KLIK gambar untuk lebih jelas. Sumber : Morningstar as 31/5/2018

Eastspring Dinasti Equity cemerlang unggul dengan pencapaian 15.01% purata setahun bagi tempoh 5 tahun setakat 31/5/2018. Dana ini juga jelass konsisten pencapaiannya bagi tempoh Short term dan Long Term.

Eastspring Dinasti Equity - Performance Return

Public China Ittikal pula mencatatkan 12.21% bagi tempoh masa yang sama diikuti oleh Public Islamic Asia Leaders Equity (10.66%) dan CIMB Islamic Asia Pacific Equity (10.53%).

Dana Ekuiti terbaik bagi tempoh 5 tahun ini (1/6/2013 - 31/5/2018) adalah:
  1. Eastspring Dinasti Equity (15.01%)
  2. Public China Ittikal (12.21%)
  3. Public Islamic Asia Leaders Equity (10.66%)
  4. CIMB Islamic Asia Pacific Equity (10.53%)
  5. Pulic Asia Ittikal (9.84%)
Dana Ekuiti terbaik bagi pelaburan di Malaysia sahaja bagi tempoh yang sama adalah:
  1. Eastspring Dana Al-Ilham (6.38%)
  2. PMB Shariah Premier (5.83%)
  3. PMB Shariah Aggresive (5.05%)
  4. Public Islamic Opportunities (4.82%)
  5. Manulife Investment Dana Ekuiti (4.80%)
Column yang paling kanan menunjukkan prestasi Annualized Return untuk bulan lepas (April = 1/5/2013 - 30/4/2018). Sebagai perbandingan:
  • Kotak yang berwarna biru menunjukkan bahawa dana tersebut mencatatkan peningkatan prestasi berbanding bulan sebelumnya.
  • Kotak yang berwarna merah menunjukkan bahawa dana tersebut mencatatkan peningkatan prestasi berbanding bulan sebelumnya.
  • Kotak yang berwarna putih pula adalah kerana dana tersebut bukanlah berada dalam senarai Top 80 pada bulan sebelumnya (April).
Daripada keseluruhan lebih 80 dana ini, hanya 12 dana sahaja yang mencatatkan peningkatan prestasi (April ke May). Dan daripada 12 dana ini:
  • 8 dana yang melabur di pasaran Asia Pacific seperti Korea, India, China, Singapore
  • 2 dana yang melabur di pasaran Greater China seperti China, Hong Kong & Taiwan
  • 2 dana yang melabur di pasaran Global seperti US, Europe, Japan
Dapatan menarik daripada prestasi 5 tahun bagi data ini:
  1. Terdapat hanya 4 dana yang mencatatkan prestasi purata >10% setahun.
  2. Terdapat 10 dana sahaja yang mencatatkan prestasi purata >7.5% setahun.
  3. Daripada senarai Top 10, kesemuanya adalah dana yang melabur di luar Malaysia -Greater China, Asia Pacific dan Global.
  4. Dana Equity terbaik setakat ini : Eastspring Dinasti Equity
  5. Dana Balanced / Mixed Asset terbaik setakat ini : Public islamic Tactical Allocation
  6. Dana Bond / Sukuk terbaik setakat ini : RHB Islamic Bond
  7. Dana terbaik yang melabur dalam Malaysia sepenuhnya : Eastspring Dana Ilham
  8. Dana terbaik yang melabur di luar Malaysia : Eastspring Dinasti Equity
  9. Dana yang boleh dilabur dengan KWSP (EPF Approved Fund) terbaik : Eastspring Dinasti Equity
Data ini sekadar menunjukkan prestasi Top 80 sahaja (35%) berbanding keseluruhan dana Islamik, iaitu sebanyak 226 dana. Terdapat 3 kemungkinan jika sesuatu dana itu tidak tersenarai dalam Top 80 ini:
1) Prestasinya berkedudukan antara 81-226, iaitu prestasi semasa adalah <0.57% secara purata setahun, bagi tempoh 5 tahun.
2) Sesuatu dana itu belum cukup umur (kurang daripada 5 tahun sejak ia dilancarkan)

3) Sesuatu dana itu tidak tersenarai dalam list Morningstar (Rujukan prestasi dana ini adalah berdasarkan apa yang tersenarai di laman web Morningstar).

Maka, Diversify pelaburan anda dalam beberapa dana terbaik untuk pulangan yang lebih baik. Adakah anda sedang melabur dalam dana yang bagus prestasinya?

PELABURAN DI MALAYSIA


May 2018 mencatatkan prestasi yang tidak memberangsangkan bagi market Malaysia - Bursa Malaysia. Kejatuhan mendadak pasaran memberikan impak yang sangat significant kepada prestasi dana unit trust. Hampir semua dana yang melabur dalam Malaysia mencatatkan penurunan prestasi.... ada yang sekitar -5%... malah ada yang sekitar -15%.

Jadual di bawah menunjukkan prestasi dana bagi 5 tahun sebelum ini - Calendar Return (prestasi antara 1 Jan - 31 dec) bagi tahun 2013 - 2017. Turut disertakan juga adalah prestasi Benchmark (penanda aras dana tersebut) sebagai perbandingan.

Apakah keperluan / kepentingan data statistik ini kepada pelabur?

Jadual di bawah menunjukkan 65 dana terbaik Calendar Return Equity Malaysia untuk tahun 2013-2017.
Sumber : laman web Morningstar (KLIK)
Tempoh penilaian : 5 Tahun (2013 - 2017)
Sector : Equity Malaysia sahaja (Equity Malaysia Large Cap, Equity Malaysia Income & Equity Malaysia SM & Mid Cap)
Syarikat unit trust : Semua - tiada pengecualian 

Cara susunan : Mengikut abjad A-Z.




Calendar Return Unit Trust untuk tahun 2013 - 2017. KLIK gambar untuk lebih jelas. Sumber : Morningstar as 31/5/2018

Umumnya, terdapat 4 jenis data untuk pemahaman kita:
  1. Prestasi dana adalah Positif, dan prestasinya melebihi prestasi Benchmark.
  2. Prestasi dana adalah Positif, tetapi prestasinya adalah lebih rendah berbanding prestasi Benchmark.
  3. Prestasi Negatif, tetapi prestasinya melebihi prestasi Benchmark.
  4. Prestasi Negatif, dan prestasinya adalah lebih rendah berbanding prestasi Benchmark.
Data yang bagaimanakah yang paling bagus?
Apakah keperluan / kepentingan data statistik ini kepada pelabur?

Dalam keadaan prestasi Bursa Malaysia yang masih terumbang-ambing, ia seumpama mengulangi keadaan pasaran pada 2014, 2015 dan 2016. Dana yang mencatatkan prestasi yang baik (sekurang-kurangnya prestasi melebihi prestasi Benchmark) pada 2014, 2015 dan 2016 bolehlah dikatakan diuruskan dengan baik dan strategi pelaburan 'yang mengena' oleh Fund Manager.

Fund Manager dengan rekod prestasi yang baik sudah pasti meyakinkan pelabur dalam mengatur strategi yang sesuai dengan market. Antara ciri2 dana yang bagus adalah:
  • Dapat mengurangkan impak kepada dana ketika market tidak memberangsangkan.... malah mungkin mampu memberikan pulangan prestasi yang positif serta jauh melebihi Bencmark.
  • Dapat menguruskan dana dengan baik ketika market memberangsangkan... dengan prestasi pulangan setanding atau melebihi Benchmark.
Jika anda sedang melabur, adakah dana anda mempunyai ciri2:
  • Ketika market OK, dana anda juga mencatatkan prestasi yang baik - jauh melebihi Benchmark.
  • Ketika market tak OK, dana anda mampu mencatatkan prestasi yang baik - positif dan melebihi Benchmark.
  • Prestasi yang semakin baik / konsisten dari tahun ke tahun (bukannya ... mulanya bagus.... tetapi makin lama makin tak bagus)
Perlukan bantuan konsultan untuk mengenalpasti dana yang bagus dan sesuai dengan anda?

TIPS PELABURAN
  1. Invest into The Right Sector / Market
  2. Apply  Investment Portfolio / Asset Allocation based on the risk profile (are you a High Risk taker?), Time horizon (long term? 5 year? 20 year?) and specific goal / objective (Retirement planning?)
  3. Go for a Fund with Consistent Performance (Total Return / Annualized Return / Calendar Return) rather than a famous brand.
  4. Invest dengan knowledge! Semak dan sahkan semua maklumat yang diberikan oleh mana2 agen.... Yup, termasuk info daripada blog ini. Anda boleh semak melalui link atau sumber rujukan yang diberikan.


🟩🟥🟩🟥🟩🟥🟩🟥🟩🟥

Consultant Pelaburan Anda
Mohd Rosyaidi (Adi)
📞 012-5588680 (Wassap (KLIK)

*******************************

🔴🔵🔴🔵🔴🔵🔴🔵🔴🔵


ARTIKEL POPULAR
============

🔴 HOME


PELUANG TAMBAH INCOME 
===================
💙 Bisnes ini boleh dilakukan secara Part Time mahupun Full Time. 
💙 Terbuka pada sesiapa yang nak tambah income.
💙 Saya juga open untuk collaborate dengan mana2 leader.



================================
DISCLAIMER :
Past performance does not reflect future performance. All information in this article / blog is for educational purposes only and should NOT be taken as investment advise, nor as a recommendation or endorse.
Please refer to your agent for details explanation. Thanks.
================================