31 December 2021

TIPS ASB FINANCING 2022 UNTUK MAKSIMAKAN KEUNTUNGAN

Artikel ini membicarakan akan Tips dan Strategi untuk memaksimakan ROI (Return On Investment) pelaburan ASB Financing pada tahun 2022.


STRATEGI ASB FINANCING 2022

Untuk memaksimakan ROI (Return On Investment), bayaran bulanan haruslah serendah mungkin.

Bayaran bulanan ASB Financing ditentukan oleh 3 perkara, iaitu:
  • Rate bank (Interest) 
  • Tempoh pembiayaan / pinjaman
  • Takaful 

RATE BANK ASB FINANCING

Rata2nya rate bank sekarang adalah yang TERENDAH DALAM SEJARAH sekitar Range 3.40%-4.00%. Pada 3-5 tahun lepas, rate bank untuk ASB Financing adalah sekitar 5%-6%. 

Rate bank untuk ASB Financing adalah berubah - ubah sepanjang tempoh loan. Naik turunnya rate bank ini ditentukan oleh OPR Bank Negara. Konsep rate berubah2 ini adalah sama seperti Pembiayaan Perumahan (Housing Loan / Mortgage). Semua bank sama jer.

ASB Financing - Tempoh Loan, Umur maksima dan Kadar rate bank

Untuk makluman, hanya Personal Loan dan Loan Kereta yang tetap kadar Rate-nya sepanjang tempoh loan.


TEMPOH PEMBIAYAAN ASB FINANCING

Tempoh pembiayaan adalah berbeza mengikut bank. Untuk mendapatkan bayaran bulanan yang rendah, tempoh loan haruslah sepanjang yang mungkin. Contohnya, pembiayaan sehingga 40 tahun.

Namun, ia bukanlah bermakna anda wajib habiskan bayaran loan ASB selama 40 tahun. Anda sebenarnya boleh jer terminate / stop kan loan tersebut mengikut kesukaan anda. Ini kerana ASB Financing ni tiada lock-in period. Tiada penalti dikenakan jika anda terminate awal. Tapi biarlah at least 1 tahun agar anda tak rugi (dividen + surrender value).

Mana lebih untung, ambil loan tempoh pendek atau tempoh panjang?

ASB Financing - Tempoh loan Pendek vs Tempoh Loan panjang

Berdasarkan gambar di atas, dengan bajet yang sama (sekitar RM500 sebulan):
  • Loan ASB RM129,000 dengan tempoh loan selama 40 tahun (bulanan RM499) dapat kumpulkan RM43,813 dalam tempoh 5 tahun.
  • Loan ASB RM27,000 dengan tempoh loan 5 tahun (bulanan RM497) dapat kumpulkan RM34,460 dalam tempoh 5 tahun.
So, dapatan ini jelas menunjukkan bahawa mengambil loan bagi tempoh loan yang panjang adalah lebih menguntungkan.

Tapi En Adi, saya ada bajet lebih.... So saya ambil loan yang pendek sedikit la. OK tak?

ASB Financing - Tempoh loan Pendek vs Tempoh Loan panjang

Cuba anda tengok Jadual di atas ni. 

Anda memang mungkin tak kisah dari segi bajet. Cuma mungkin anda tak sure nak ambil tempoh maksima 40 tahun atau just 30 tahun.

Dapatan dari kiraan di atas:
  • Jika contoh Loan ASB anda RM100k bagi tempoh 40 tahun, bulanan adalah RM387. Selepas 5 tahun, jumlah terkumpul adalah RM33,964.
  • Untuk loan ASB RM100kbagi tempoh 30 tahun, bulanan adalah lebih mahal sedikit, iaitu RM449. Jumlah yang terkumpul selepas 5 tahun adalah RM38,008. 
  • Secara logik, memang kalau anda bayar lebih, anda juga akan dapat Jumlah Terkumpul yang lebih banyak. Logik kan?
  • Tetapi, kalau kita hitung dari segi ROI (Return On investment) / Pulangan bagi setiap modal, kita dapati bahawa Loan yang lebih panjang adalah lebih tinggi ROI-nya.
Tempoh pembiayaan ini bergantung kepada umur pemohon. Tak semua orang layak dapat tempoh pembiayaan yang maksima. Kita perlulah merujuk kepada syarat bank bagi umur maksima. contohnya, umur maksima untuk loan adalah 70 tahun di bank A.

Disebabkan oleh perbezaan Umur Maksima Loan bagi setiap bank, anda mungkin akan dapati bahawa tempoh loan anda bagi Bank A adalah berbeza dengan tempoh loan di Bank B atau Bank C.  Ia ditunjukkan seperti dalam gambar di bawah.

ASB Financing - tempoh loan maksima mengikut umur

Apabila tempoh loan berbeza, maka bayaran bulanan juga akan turut berbeza.

asb financcing - anggaran bayaran mengikut tempoh loan

TAKAFUL DALAM ASB FINANCING


Fungsi takaful dalam ASB Financing (ASB Loan) adalah untuk melindungi BAKI PEMBIAYAAN jika anda anda Meninggal dunia / Cacat kekal (Total Permanent Disability).

Ada bank yang mewajibkan takaful semasa memohon ASB Financing. Manakala ada yang sekadar optional - iaitu, ianya tak wajib untuk ambil takaful. 

Bagi yang nak ambil Takaful, anda boleh ambil maskima mengikut tempoh loan. Anda juga sebenarnya boleh ambil seminimum tempoh 5 tahun sahaja. 

Biasanya bank akan berikan Rate yang lebih rendah sedikit jika anda mengambil loan AsB bersama dengan takaful. Kenapa ya? Ye la... anda sekarang dah ambil 2 produk bank (Loan & Takaful). So bank pun bagi laa special rate.

JIKA ADA TAKAFUL UNTUK ASB FINANCING:

  • Fungsi takaful dalam ASB Financing (ASB Loan) adalah untuk melindungi BAKI PEMBIAYAAN jika anda anda Meninggal dunia / Cacat Kekal (Total Permanent Disability).
  • Tetapi, takaful ini hanya akan melindungi baki Pembiayaan secara penuh jika tempoh perlindungan takaful dilanggan adalah sama seperti tempoh pembiayaan ASB.
  • Contohnya, ASB Financing anda adalah 20 tahun, dan Takaful anda juga cover untuk tempoh pembiayaan 20 tahun tersebut.
  • Jika berlaku kematian atau cacat kekal, syarikat takaful akan membuat bayaran penuh baki pembiayaan ASB kepada bank. 
  • Maka, hutang anda dengan bank akan dilangsaikan dan waris akan mendapat sejumlah nilai ASB (Mengikut baki pembiayaan).

JIKA TIADA TAKAFUL UNTUK ASB FINANCING:

  • Jika tiada takaful, dan ditakdirkan anda meninggal dunia / Cacat Kekal (Total Permanent Disability, maka account pembiayaan ASB anda akan dibatalkan oleh pihak bank.
  • Ia adalah sama macam situasi pelabur menamatkan pembiayaan secara sukarela / tak bayar installment selama lebih 60 hari.
  • Bank akan 'cairkan' sijil ASB anda untuk langsaikan baki pembiayaan anda.
  • So, waris tak perlu tanggung untuk jelaskan hutang yang masih ada.
  • Waris akan dapat menerima sejumlah wang, iaitu Nilai Prinsipal.

KELEBIHAN TAKAFUL DALAM ASB FINANCING (ASB LOAN)

1. Perlindungan pembiayaan ASB 
  • jika berlaku Kematian / Cacat Kekal
  • Waris akan terima 'sejumlah duit ASB' kita
2. Better Rate
  • Bank biasanya menawarkan better rate bagi pakej ASB Financing dengan takaful     
KEKURANGAN TAKAFUL DALAM ASB FINANCING (ASB LOAN):

1. Kos / Bayaran installment akan sedikit tinggi
  • Lagi berusia, ianya makin mahal harganya.
  • Lagi panjang tempoh pembiayaan, lagi mahal harganya.
2. Sum covered Takaful di ASB Financing adalah semakin menurun mengikut baki pembiayaan.

TIPS TAKAFUL DALAM ASB FINANCING (ASB LOAN)

1. Jika anda nak takaful, tapi tak nak bayar banyak, maka anda boleh jer request untuk pendekkan tempoh Takaful.
  • Semakin pendek tempoh, semakin murah bayaran takaful.
  • Jika tempoh perlindungan takaful dipendekkan, maka jumlah perlindungan juga adalah kecil, dan bukannya 100% mengikut jumlah pembiayaan.
  • Ianya sesuai bagi anda yang plan nak buat ASB Financing hanya bagi tempoh pendek, sekitar 5 tahun jer.
2. Sebaiknya, dapatkan perlindungan penuh takaful personal kepada anda (bukan kepada loan) secara berasingan 
  • Cover Death / TPD (Life Takaful) - disyorkan 10 kali ganda daripada gaji tahunan.
  • Boleh juga dapatkan untuk cover Critical Illness (Major Disease & Early Stage Critical Illness) - disyorkan 3-5 kali ganda daripada gaji tahunan.
  • Takaful personal ni, Jumlah Perlindungan (Sum covered) adalah kekal sepanjang tempoh polisi (Tidak berkurangan mengikut tempoh).
  • Boleh dihibahkan.
  • Perlukan maklumat lebih lanjut akan perlindungan Takaful yang bersesuaian dengan anda?  Saya boleh guide anda untuk dapatkan perlindungan lengkap daripada pelbagai produk melibatkan syarikat takaful AIA, Great Eastern, FWD Takaful, Zurich Takaful, Etiqa, Takaful Ikhlas, Takaful Malaysia, Hong Leong MSIG Takaful dan Prudential.

KESIMPULAN

Kalau nak jimat banyak, seboleh mungkin dapatkan pakej sebegini:
  • Rate bank yang munasabah rendah
  • Tempoh pembiayaan paling panjang
  • Takaful sependek mungkin 


🟩🟥🟩🟥🟩🟥🟩🟥🟩🟥

Consultant Pelaburan Anda
📞 012-5588680 (Wassap (KLIK)

*******************************
Jemput join untuk Pelbagai Info Kewangan & Pelaburan

🔴🔵🔴🔵🔴🔵🔴🔵🔴🔵




ARTIKEL POPULAR


================================
DISCLAIMER :
Past performance does not reflect future performance. All information in this article / blog is for educational purposes only and should NOT be taken as investment advise, nor as a recommendation or endorse.
Please refer to your agent for details explanation. Thanks.
================================  

ADAKAH ASB FINANCING (ASB LOAN) MASIH MENGUNTUNGKAN DENGAN DIVIDEN 5.00%?

Masih relevan kah ASB Financing? Dan adakah ASB Financing masih menguntungkan dengan dividen 5.00%?


Mari kita buat sedikit kiraan untuk membuktikannya secara matematik.

Contoh kes, Cik Amira (umur 29 tahun)
  • Apply ASB Financing (ASB Loan) sebanyak RM100k
  • Dengan Ambank, Cik Amira dapat buat loan dengan bayaran bulanan RM387 sebulan selama 40 tahun dengan kadar rate 3.45% 
  • Murah kan RM387 untuk loan ASB RM100k
*Kita buat angapan bahawa Dividen ASB adalah maintain 5.00% setiap tahun.

Selepas 5 tahun, jika Cik Amira terminate loan ASB tersebut. Beliau akan dapat kumpulkan:
  • Jumlah Dividen terkumpul (Compounded) selama 5 tahun : RM27,628.16
  • Surrender Value selepas 5 tahun : RM6,335.53
  • TOTAL TERKUMPUL : RM33,963.69 (Dividen + Surrender Value)
  • ROI (Return On Investment) adalah : 47.26% (5 tahun)
OK tak ROI almost 50% untuk 5 tahun bagi pelaburan ASB yang rendah risiko?


Tapi En Adi, ada orang kata... kalau simpan ASB secara terus setiap bulan tanpa loan adalah lebih menuntungkan. Betul ke?

Jom kita buat kira2 lagi...
  • Simpanan setiap bulan di ASB sebanyak RM387 (Jumlahnya sengaja disamakan dengan loan ASB RM100k untuk mudah membuat perbandingan).
  • *Kita buat angapan bahawa Dividen ASB adalah maintain 5.00% setiap tahun.
  • Selepas 5 tahun simpanan setiap bulan secara konsisten ini, jumlah yang terkumpul adalah RM26,178.81 
  • ROI (Return On Investment) adalah : 13.51% (5 tahun)
Dengan modal yang sama, tapi hasilnya berbeza antara ASB Financing dan Simpanan Sendiri di ASB.
Perbezaannya adalah RM7,784.88. Besar juga nilainya.
Jika jumlah RM7,784.88 ini dilaburkan semula ke ASB dan biarkan ia compounded tanpa diusik dividennya, selepas 10 tahun, ianya berkembang kepada RM12,680.75. Banyak kan?

Kenapa ianya berbeza?
Kita ambil contoh tahun Pertama. Dividen ASB 5.00%.
  • Dengan ASB Financing, dividen diperolehi Cik Amira adalah RM5,000 (ASB 100,000 x 5%)
  • Jika simpan sendiri (Setahun RM2,328), dividen diperolehi secara kasarnya adalah RM116.40 (RM2,328 x 5%)
  • Dengan jumlah yang sama (RM194 sebulan), anda mahukan hasil RM5,000 atau hanya RM116.40?
JIka Cik Amira hanya terminate loan ASB RM100k tersebut:
  • selepas 10 tahun, jumlah terkumpul adalah RM76,751.47 
  • selepas 20 tahun, jumlah terkumpul adalah RM198,755.10
  • selepas 30 tahun, jumlah terkumpul adalah RM393,229.12
  • selepas 40 tahun, jumlah terkumpul adalah RM703,998.87
Inilah strategi bijak untuk maksimakan "Other People's Money."

===============

Andai Cik Amira membuat ASB Financing (ASB Loan) sebanyak RM200k, bayaran bulanan adalah RM773 sebulan. Murah kan?

JIka Cik Amira terminate loan ASB RM200k tersebut:
  • selepas 5 tahun, jumlah terkumpul adalah RM67,927.38
  • selepas 10 tahun, jumlah terkumpul adalah RM153,502.94 
  • selepas 20 tahun, jumlah terkumpul adalah RM397,510.21
  • selepas 30 tahun, jumlah terkumpul adalah RM786,458.24
  • selepas 40 tahun, jumlah terkumpul adalah RM1,407,997.74

ANGGARAN PENDAPATAN ASB FINANCING DENGAN TEKNIK COMPOUNDING - ANGGAPAN DIVIDEN ASB 5%



Teknik Compounding maksudnya anda membayar bayaran bulanan loan ASB anda setiap bulan tanpa culas.

Jumlah yang terkumpul semestinya lebih banyak berbanding Teknik Rolling.

ANGGARAN PENDAPATAN ASB FINANCING DENGAN TEKNIK ROLLING - ANGGAPAN DIVIDEN ASB 5%



Teknik Rolling maksudnya anda membayar bayaran bulanan loan ASB anda hanya pada tahun pertama sahaja.

Setelah mendapat dividen ASB, anda gunakan semula dividen tersebut untuk membayar bayaran bulanan ASB loan anda untuk tahun kedua. Dan proses ini berterusan.

Modal anda hanya pada Tahun pertama sahaja. Tak banyak jumlahnya. Oleh itu, logiknya memang Jumlah yang terkumpul adalah berkurangan berbanding Teknik Compounding.

Tapi Teknik Rolling ini memberikan ROI (Return On Investment) yang sangat tinggi.

KESIMPULAN

  1. Dividen ASB 5% masih mampu memberikan pulangan yang baik bagi ASB Financing dengan syarat bayaran bulanan adalah rendah (Rate rendah, tempoh panjang).
  2. Dijangkakan dividen ASB akan terus mencatatkan peningkatan (>5.00%) pada tahun2 mendatang seiring dengan perkembangan ekonomi Malaysia 


🟩🟥🟩🟥🟩🟥🟩🟥🟩🟥

Consultant Pelaburan Anda
📞 012-5588680 (Wassap (KLIK)

*******************************
Jemput join untuk Pelbagai Info Kewangan & Pelaburan

🔴🔵🔴🔵🔴🔵🔴🔵🔴🔵




ARTIKEL POPULAR


================================
DISCLAIMER :
Past performance does not reflect future performance. All information in this article / blog is for educational purposes only and should NOT be taken as investment advise, nor as a recommendation or endorse.
Please refer to your agent for details explanation. Thanks.
================================  

30 December 2021

20 PERBEZAAN ANTARA PELABURAN UNIT TRUST DAN PRIVATE MANDATE UNIT TRUST (PMUT)

Artikel ini membicarakan akan 20 perbezaan antara Pelaburan Unit Trust (secara biasa) dengan Private Mandate Unit Trust (Evolusi Baru Pelaburan Unit Trust). Item No 17 sangat menarik!


Unit Trust  vs Private Mandate Unit Trust


20 PERBEZAAN ANTARA PELABURAN UNIT TRUST DAN PRIVATE MANDATE UNIT TRUST (PMUT)


Unit Trust  vs Private Mandate Unit Trust 1


PERBEZAAN PERTAMA

UNIT TRUST : Nak kena urus sendiri pelaburan dengan bantuan agen Unit Trust.

PRIVATE MANDATE UNIT TRUST: PELABURAN ANDA AKAN DIURUSKAN SEPENUHNYA OLEH FUND MANAGER yang bertauliah, berkelayakan dan mempunyai kepakaran dalam pelaburan.


PERBEZAAN KE-2

UNIT TRUST : Tak tahu nak invest dana unit trust yang mana satu.. Terlampau banyak pilihan

PRIVATE MANDATE UNIT TRUST: FUND MANAGER AKAN PILIHKAN ANDA DANA UNIT TRUST TERBAIK hasil daripada Analisa yang dibuat.


PERBEZAAN KE-3

UNIT TRUST : Tak tahu nak buat Portfolio Pelaburan Unit Trust yang lengkap. Alih2 semuanya invest tempat yang sama jer.

PRIVATE MANDATE UNIT TRUST: FUND MANAGER AKAN BENTUKKAN PORTFOLIO PELABURAN UNIT TRUST ANDA yang mengandungi dana Equity, Balanced, Bond dan Money Market.


PERBEZAAN KE-4

UNIT TRUST : Tak tahu nak invest dana unit trust yang sesuai dengan Tahap Penerimaan Risiko anda. Takut terbeli yang dana sangat berisiko sedangkan anda Low Risk taker.

PRIVATE MANDATE UNIT TRUST: Portfolio pelaburan Unit Trust anda tidak lah terlalu tinggi risiko kerana ianya telah ‘well diversified’.


Unit Trust  vs Private Mandate Unit Trust 2


PERBEZAAN KE-5

UNIT TRUST : Tak tahu sama ada sekarang patut invest di Market Malaysia atau market Global atau market China atau market Asia Pacific atau pada dana Balanced sahaja?

PRIVATE MANDATE UNIT TRUST: Fund Manager akan susunkan portfolio pelaburan Unit Trust anda secara teratur dengan melibatkan dana Unit Trust Malaysia, Asia Pacific, China, serta market US (Global).


PERBEZAAN KE-6

UNIT TRUST : Tak pasti bila perlu untuk membuat pertukaran dana (switching) untuk memaksimakan pulangan di samping untuk mengawal risiko.

PRIVATE MANDATE UNIT TRUST: Fund manager yang akan buatkan switching dana Unit trust jika perlu (Bukan agent).


PERBEZAAN KE-7

UNIT TRUST : Tidak berkesempatan untuk memantau pergerakan market pelaburan kerana sibuk atau memang tak tak berapa pandai

PRIVATE MANDATE UNIT TRUST: Fund Manager sememangnya bertanggungjawab memantau dan memastika pelaburan anda adalah pada market yang betul.


PERBEZAAN KE-8

UNIT TRUST : Tidak pasti nak invest berapa lama untuk hasil maksima.

PRIVATE MANDATE UNIT TRUST: Fund Manager yang akan ‘Take Profit’ apabila tiba masanya.


Unit Trust  vs Private Mandate Unit Trust 3


PERBEZAAN KE-9

UNIT TRUST : Untuk invest pada katakan 5 dana Unit Trust terbaik daripada company berbeza, kena la invest 5 kali (melalui 5 agent)

PRIVATE MANDATE UNIT TRUST: Sekali invest terus dapat Portfolio Unit Trust lengkap yang mengandungi 6 – 8 dana Unit Trust Terbaik.


PERBEZAAN KE-10

UNIT TRUST : Kalau invest daripada 5 company berbeza (Untuk dapatkan dana Unit Trust terbaik), statement akan dapat secara berasingan dan tidak selaras.

PRIVATE MANDATE UNIT TRUST: 1 statement sahaja yang menggabungkan semua dana Unit Trust (Consolidated Acc Statement). Senang nak pantau.


PERBEZAAN KE-11

UNIT TRUST : Anda mempunyai 5 agent dengan 5 cara pengurusan yang berbeza.

PRIVATE MANDATE UNIT TRUST: Hanya focus pada 1 sahaja. Simple.


PERBEZAAN KE-12

UNIT TRUST : Daripada 5 company unit trust anda tadi, ada yang sediakan Online platform untuk anda monitor sendiri. Dan ada company yang tiada Online platform tersebut.

PRIVATE MANDATE UNIT TRUST: Anda akan diberikan Online Platform untuk monitor pelaburan anda (semua dana Unit Trust) yang terkini 24/7 dan di mana sahaja.



Unit Trust  vs Private Mandate Unit Trust 4


PERBEZAAN KE-13

UNIT TRUST : Anda dah invest Unit trust melalui agent, tapi mungkin anda tak diberikan dana Unit Trust terbaik sehingga anda merasakan bahawa simpanan di ASB / KWSP adalah lebih baik.

PRIVATE MANDATE UNIT TRUST: InsyaAllah Fund Manager akan dapatkan anda dana Unit Trust terbaik di antara yang terbaik.


PERBEZAAN KE-14

UNIT TRUST : Anda dah invest Unit trust melalui agent sudah lama, tapi macam tiada servis untuk menukar dana Unit Trust apabila keadaan mendesak.

PRIVATE MANDATE UNIT TRUST: Anda dah tak perlu risau kerana segala urusan akan diuruskan oleh Fund Manager, bukan agent.


PERBEZAAN KE-15

UNIT TRUST : Anda dah invest Unit trust melalui agent, tapi agent anda sudah tak aktif / bertukar company / bertukar kerjaya.

PRIVATE MANDATE UNIT TRUST: Anda tak perlu risau kerana Fund Manager (FM) yang bertanggungjawab penuh akan akaun pelaburan anda. FM ni adalah jawatan tetap di company yang sentiasa ada untuk anda.


PERBEZAAN KE-16

UNIT TRUST : Anda dah invest Unit trust melalui agent, tapi agent anda mungkin ‘kurang pandai’ untuk urusakn pelaburan anda

PRIVATE MANDATE UNIT TRUST: Serahkan pada yang Pakar. Pelaburan anda akan diuruskan oleh Fund Manager yang berkelayakan dan berpengalaman.


Unit Trust  vs Private Mandate Unit Trust 5


PERBEZAAN KE-17

UNIT TRUST : Sales Charge (Service Fee) : Cash = 5% - 6.5% bergantung pada dana manakala EPF = 3%

PRIVATE MANDATE UNIT TRUSTSales caj adalah 3% (Cash & EPF) walaupun ia diuruskan oleh Fund Manager (Special Management)


PERBEZAAN KE-18

UNIT TRUST : Boleh invest secara online (Cash & EPF).

PRIVATE MANDATE UNIT TRUST: Cash = Boleh invest Online atau melalui agent. KWSP = Hanya secara manual (Physical Form) melalui agen yang sah. (Agent dengan lesen Marketing Representative – oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia)


PERBEZAAN KE-19

UNIT TRUST : Minimum RM1,000 (In general - Kebanyakan dana Unit Trust)

PRIVATE MANDATE UNIT TRUST: EPF = Minimum RM5,000. Cash (Online) = RM5,000. Cash (Manual / Physical Form) = RM50,000


PERBEZAAN KE-20

UNIT TRUST : Boleh buat Regular Saving setiap bulan. Biasanya seminimum RM100 sebulan.

PRIVATE MANDATE UNIT TRUST: Top-up minimum RM5,000.


KESIMPULAN


Private Mandate unit Trust:
  • Memberikan anda ketenangan fikiran.
  • Anda dah tak perlu pening dengan investment kerana dah tahu ianya diuruskan oleh seseorang yang Pakar (Bukan agent Unit Trust yang self claimed sebagai Pakar)
  • Anda juga dah tak perlu risau akan karenah agent Unit Trust
  • Ianya Simple, mudah nak urusakan dan mudah untuk anda pantau
  • Risiko adalah terkawal
  • Nak invest Cash (Online), Minima RM5,000 . Step2 untuk Invest Cash online DI SINI (KLIK)
  • Nak invest Cash secara manual (Physical form), minima pelaburan adalah RM50,000.
  • Nak invest menggunakan KWSP (Physical form), minima pelaburan adalah RM5,000.
  • Tiada investment secara Online jika menggunakan KWSP.
  • Artikel tambahan berkaitan Private Mandate Unit Trust (KLIK)



🟩🟥🟩🟥🟩🟥🟩🟥🟩🟥

Consultant Pelaburan Anda
📞 012-5588680 (Wassap (KLIK)

*******************************
Jemput join untuk Pelbagai Info Kewangan & Pelaburan

🔴🔵🔴🔵🔴🔵🔴🔵🔴🔵


ARTIKEL POPULAR


================================
DISCLAIMER :
Past performance does not reflect future performance. All information in this article / blog is for educational purposes only and should NOT be taken as investment advise, nor as a recommendation or endorse.
Please refer to your agent for details explanation. Thanks.
================================