13 December 2016

UNIT TRUST TERBAIK (ISLAMIK) MALAYSIA - DEC 2016

Artikel ini adalah berkaitan Prestasi Unit Trust utama Malaysia (patuh shariah - islamik) December 2016 yang melibatkan pelbagai dana (fund) daripada Eastspring, PMB Investment, Manulife, Kenanga, RHB, Public Mutual, CIMB Principal dan banyak lagi.


Dapatkan artikel saya yang TERBARU lagi TERKINI di http://rosyaidiradzi.blogspot.my/

10 intipati penting dalam artikel ini:
  1. Top 10 Dana Terbaik Islamik setakat tempoh 6 bulan
  2. Top 10 Dana Terbaik Islamik Year To Date (YTD) 
  3. Top 10 Dana Terbaik Islamik setakat tempoh 3 tahun (Annualised Return)
  4. Top 10 Dana Terbaik Islamik setakat tempoh 5 tahun (Annualised Return)
  5. Prestasi semasa dana utama bagi Eastspring Investment, PMB Investment, Manulife, Kenanga, RHB Asset Management, CIMB Principal, Public Mutual, Pheim Unit Trust, Affin Hwang, AmFunds, BIMB Investment, Amanah Mutual Berhad, dan Aberdeen.
  6. Prestasi setiap suku tahun (Quarterly Return) dana utama untuk 1st Quarter 2016, 2nd Quarter 2016 dan 3rd Quarter 2016
  7. Rekod Income Distribution / Dividen untuk tempoh 5 tahun bagi dana utama.
  8. Calendar Return dana Utama Malaysia bagi tempoh 5 tahun antara 2011-2015.
  9. Rating kualiti dana terkini berdasarkan Morningstar dan Lipper.
  10. Harga NAV terkini unit trust utama setakat 9 Dec 2016.
Bacaan tambahan: Asas dan Tips Pelaburan Unit Trust.
Artikel ini hanya akan membincangkan dana YANG PATUH SYARIAH SAHAJA setakat 9 December 2016. Anda digalakkan untuk merujuk artikel lepas untuk prestasi terdahulu.

PRESTASI UNIT TRUST

Prestasi unit trust terbaik ini melibatkan dana dari semua sector (Equity, Mixed Asset, Bond). Ia disusun mengikut prestasi tertinggi bagi sesuatu tempoh. Sumber data ini adalah daripada http://my.morningstar.com/

KLIK gambar ini lebih jelas

Memandangkan kita kini berada di hujung tahun 2016, maka data prestasi YTD (Year To Date) ini adalah sangat relevan untuk menilai prestasi fund tahun ini. Data di atas menunjukkan prestasi sejak 1 Januari 2016 - 9 Dec 2016.
  1. Precious Metal Securities (dahulunya AmPrecious Metal) mendahului semua Islamic fund dengan return sebanyak 41.90%. Dana ini  adalah 'feeder fund' kepada DWS Noor Precious Metals Securities yang fokus kepada pelaburan dalam syarikat berasaskan emas dan Precious Metals & minerals.
  2. RHB Global Food Islamic Equity mencatatkan 16.44%. Dana ini melabur dalam syarikat berasaskan makanan & syarikat berkaitan makanan.
  3. TA BRIC & Emerging Market diuruskan oleh syarikat TA Investment Management. Dana ini mencatatkan 12.80% untuk tempoh yang sama. Dana  ini bersifat global dan dari sector Mixed Asset.
Jika diperhatikan, dana yang bagus prestasinya adalah dana dari luar Malaysia - dana dari Asia Pacific, Greater China dan Global.

KLIK gambar ini lebih jelas

Dalam tempoh 6 bulan sebelum ini (sejak Jun 2016), terdapat 2 peristiwa besar yang mempengaruhi prestasi keseluruhan ekonomi dunia, iaitu:
  1. BREXIT (UK isytiharkan keluar dari Kesatuan Eropah, EU) 
  2. Kemenangan mengejut Trump sebagai Presiden US.
Data di atas menunjukkan dana terbaik prestasinya yang berjaya mengharungi 2 peristiwa besar ini dengan jayanya.
  1. Eastspring Dinasti Equity mencatatkan 16.15%. Dana ini fokus kepada pelaburan di negara China, Hong Kong dan Taiwan. Pemulihan ekonomi di rantau ini membantu dana ini mencatatkan prestasi yang sangat baik.
  2. TA BRIC & Emerging Market mencatatkan 13.59% untuk tempoh yang sama. Dana  ini banyak melabur di China, Russia, India dan Brazil.
  3. Public China Ittikal mencatatkan 12.10%. Dana ini banyak melabur di China,Taiwan, Malaysia dan Hong Kong.
Jika diperhatikan, dana yang bagus prestasinya adalah dana dari luar Malaysia - dana dari Asia Pacific, Greater China dan Global.

ANNUALISED RETURN

Annualized return is year-over-year growth rate of an investment over a specified period of time and calculated as:

Umumnya, ia adalah Purata Pulangan Setahun. Biasanya ia diukur untuk tempoh 3 tahun, 5 tahun dan 10 tahun. Data yang disediakan ini diperolehi daripada Morningstar setakat 9 December 2016

KLIK gambar ini lebih jelas

Setakat 9 December, dana yang bagus prestasinya adalah dana dari luar Malaysia - dana dari Asia Pacific, Greater China dan Global.
  1. Eastspring Dinasti Equity mencatatkan  prestasi terbaik untuk tempoh 3 tahun dengan 12.58%. 
  2. Public China Ittikal mencatatkan secara purata 10.43% untuk tempoh 3 tahun (Annualised Return).
  3. Public Asia ittikal mencatatkan 8.98% untuk 3 tahun Annualised Return. Dana ini melabur banyak di Malaysia, China, Taiwan, Korea dan Japan.
KLIK gambar ini lebih jelas

Pelaburan unit trust adalah melibatkan komitmen untuk tempoh masa sederhana - panjang. Data dalam gambar di atas menunjukkan prestasi fund terbaik Annualised Return untuk tempoh 5 tahun (9 Dec 2011 - 9 Dec 2016).
  1. Manulife Shariah Progress mencatatkan 13.35%. Dana ini banyak melabur dalam syarikat bersaiz Kecil dan Sederhana besar di Malaysia. Pelaburan banyak tertumpu kepada syarikat berasaskan Trading / Services dan Construction.
  2. PMB Shariah Aggresive pula mencatatkan 13.13%. Dana ini juga banyak melabur dalam syarikat bersaiz Kecil dan Sederhana besar di Malaysia. Pelaburan banyak tertumpu kepada syarikat berasaskan Consumer product dan Industrial Product.
  3. Public Islamic Oppurtunities mencatatkan 11.98%. Dana ini juga banyak melabur dalam syarikat bersaiz Kecil dan Sederhana besar di Malaysia. Pelaburan banyak tertumpu kepada syarikat berasaskan Industrial dan Consumer Product.
KLIK gambar ini lebih jelas

Data dalam gambar di atas menunjukkan prestasi fund terbaik Annualised Return untuk tempoh 10 tahun.
  1. Public Islamic Oppurtunities mencatatkan 11.57%. Dana ini juga banyak melabur dalam syarikat bersaiz Kecil dan Sederhana besar di Malaysia. Pelaburan banyak tertumpu kepada syarikat berasaskan Industrial dan Consumer Product.
  2. Eastspring Dana Ilham mencatatkan 11.28%. Dana ini banyak melabur dalam Blue Chip Companies seperti Tenaga nasional Berhad (TNB), Axiata, IHH Healthcare, Sime Darby dan Digi.
  3. Manulife Al-Fauzan mencatatkan 10.12%.Dana ini banyak melabur dalam Telekom Malaysia, Tenaga Nasional dan Sime Darby.
KUALITI FUND

Morningstar : Pelabur boleh menyemak status skor setiap fund melalui SINI. Ia mengeluarkan skor rating antara 1-5 yang mana skor tertinggi adalah 5. maknanya, Fund yang mendapat taraf 5 Star memang fund terbaik/ cemerlang / paling berpotensi.

Setakat 9/12/2016, 12 funds (daripada 199 Islamic Fund) mendapat penarafan 5 Star, iaitu:
  1. Affin Hwang Aiiman Money Market
  2. AmIslamic Growth
  3. Dana Makmur Pheim
  4. Eastspring Dana Ilham
  5. Eastspring Dana Dinamik
  6. Eastspring Islamic Income
  7. Libra Dana Safa
  8. Manulife Shariah Progress
  9. Manulife Investment - Dana Ekuiti
  10. PB Islamic Asia Equity
  11. Public Islamic Oppurtunities
  12. RHB Islamic Bond
Lipper : Ia menilai kepada Total Return, Consistern Return dan PreservationMaklumat dan skor setiap fund boleh didapati melalui SINI atau akhbar The Edge (dikeluarkan secara mingguan). Ia mengeluarkan skor rating antara 1-5 yang mana skor tertinggi adalah 5 atau juga dilabelkan sebagai Leader. 

Total Return
The Lipper Rating for Total Return denotes a fund that has provided superior total returns (income from dividends and interest as well as capital appreciation) when compared to a group of similar funds.

Consistent Return
The Lipper Rating for Consistent Return identifies a fund that has provided relatively superior consistency and risk-adjusted returns when compared to a group of similar funds. Funds which achieve high ratings for Consistent Return may be the best fit for investors who value a fund's year-to-year consistency relative to other funds in a particular peer group.

Preservation
The Lipper Rating for Preservation is a fund that has demonstrates a superior ability to preserve capital in a variety of markets when compared with other funds in its asset class.

Setakat 9/12/2016, hanya 3 funds (daripada 199 Islamic fund) yang mendapat Perfect Skor 5-Total Return, Skor 5 - Consistent Return dan Skor 5 - Preservation, iaitu:

  1. Manulife Al-Fauzan
  2. CIMB Islamic Balanced
  3. AMB Dana Arif
================================
Bacaan tambahan Prestasi Unit Trust Malaysia - December 2016
===============================

UNIT TRUST TERBAIK MALAYSIA


Eastspring Investment adalah syarikat unit trust di bawah Prudential. Eastspring Investment adalah penerima anugerah Lipper bagi kategori Equity Terbaik 2015. Banyak dana Equity daripada syarikat ini yang mencatatkan prestasi yang sangat cemerlang. 

Antara dana terbaik Eastspring adalah:
  1. Eastspring Dana Ilham - antara dana tempatan (Malaysia) yang paling stabil dan konsisten prestasinya.
  2. Eastspring Dana Dinamik - antara dana Mixed Asset / Balanced terbaik Malaysia.
  3. Eastspring Dinasti Equity- antara dana yang paling stabil dan tinggi prestasinya tahun ini. Dana ini juga mempunyai prospek yang sangat baik untuk tahun 2017.
  4. Eastspring Dana Al-Islah

PMB Investment Berhad adalah syarikat unit trust di bawah MARA. Data di atas diperolehi daripada beberapa sumber yang diyakini seperti yang dicatatkan dan hanya tertakluk setakat tarikh tersebut.

PMB Shariah Aggresive merupakan dana terbaik prestasinya pada tahun 2015, dengan catatan Return sebanyak 41.26%. Namun, prestasi untuk tahun 2016 agak merosot. Ia mencatatkan negative Return untuk tempoh 1 bulan, 3 bulan, 6 bulan dan Year To Date (YTD). Namun, dana ini masih mencatatkan Annualised Return 5 tahun sebanyak 13.13%. Total Return / Cumulative Return untuk tempoh 5 tahun (2 Dec 2011 - 2 Dec 2016) adalah 83.29%.

PMB Shariah Growth antara dana terbaik prestasinya tahun 2015, dengan catatan 30.54%. Namun, ia juga mencatatkan kemerosotan prestasi tahun 2016 dengan negative return untuk setakat tempoh 1 bulan, 3 bulan, 6 bulan dan Year To Date (YTD). Total Return / Cumulative Return untuk tempoh 5 tahun (2 Dec 2011 - 2 Dec 2016) adalah 83.29%.


Manulife Asset Management mempunyai beberapa dana yang sangat baik dan berpotensi memberikan return pulangan yang baik.

Manulife Shariah Progress mencatatkan return 13.35% setahun berdasarkan Annualised Return 5 tahun. Dana ini pernah mencatatkan return tahunan sebanyak 47.34% pada tahun 2013. Ia mencatatkan 85.11% bagi tempoh 5 tahun. Income Distribution / Dividen bagi tempoh 3 tahun terdahulu juga tinggi.

Manulife Al-Fauzan adalah dana daripada sector Equity Malaysia Income. Dana ini antara dana yang stabil dan konsisten return saban tahun. 

Manulife Dana Ekuiti adalah antara dana tempatan (Malaysia) yang agak stabil dari segi prestasinya berbanding dana Equity yang lain. Dana ini mempunyai potensi yang baik.


Kenanga Investor Berhad mempunyai beberapa dana yang baik return berdasarkan Annualised Return, Total Return dan Calendar Return.

Kenanga Syariah Growth adalah dana yang Boom beberapa tahun lepas. Dengan prestasi yang stabil dan konsisten, ia mampu mengekalkan return melebihi 10% setahun (berdasarkan Annualised Return 10 thn). Income Distribution / Dividen dana ini juga tinggi.

Kenanga Shariah Growth Oppurtunities, Kenanga Islamic dan Kenanga Ekuiti Islam adalah antara dana yang baik prestasinya bagi sektor Equity.


Pheim Asset Management dianugerahkan sebagai syarikat terbaik bagi sector Mixed Asset untuk tahun 2015. 

Dana Makmur Pheim adalah antara dana terbaik bagi sector Mixed Asset Malaysia. Prestasi return dana ini melebihi banyak dana Equity yang lain meskipun sebahagian pelaburannya ditempatkan di bond / Money Market. Dana ini mencatatkan 9.83% setahun (berdasarkan Annualised Return 5 tahun). Morningstar juga memberikan penarafan tertinggi 5 Star kepada dana ini sebagai mana Lipper yang tuurut memberikan Skor Rating yang tinggi.

Affin Hwang Asset Management mempunyai banyak dana Islamic dan Conventional.

Affin Hwang Aiiman Growth adalah dana Islamik terbaik bagi syarikat ini. Dana ini mencatatkan >8% setahun berdasarkan Annualised Return 5 tahun dan 10 tahun. 


AmFunds Management Berhad mempunyai banyak dana buat pelabur. Antara yang baik prestasinya (Islamik) adalah AmIttikal, AmIslamic Growth, AmOasis Global Equity dan Precious Metals Securities.

Antara dana yang boleh diberikan perhatian untuk tahun 2017 adalah AmOasis Global Equity. Dengan strategi pelaburannya yang memberikan fokus kepada pasaran US menjadi pemangkin dan pemacu kecemerlangan dana ini.


Aberdeen Asset Management masih baru untuk pasaran Malaysia. Dua dana yang mula meniti di bibir pelabur adalah Aberdeen Islamic Malaysia Equity dan Aberdeen Islamic Global Equity.

Aberdeen Islamic Global Equity mempunyai potensi yang baik bagi tahun 2017. Perkembangan ekonomi US akan mendorong kepada kenaikan prestasi dana ini.

Amanah Mutual Berhad adalah di bawah Amanah Saham Basional Berhad (ASNB) dan Perbadanan Nasional Berhad (PNB). Syarikat ini dianugerahkan sebagai syarikat terbaik bagi kelas Bond / Sukuk untuk tahun 2015. Meskipun terkenal dengan Bond / Sukuk, syarikat ini masih mempunyai beberapa dana Equity dan Mixed Asset yang baik seperti AMB Dana Yakin dan AMB Dana Ikhlas.


BIMB Investment Management adalah institusi pelaburan Bank Islam. Dana BIMB Arabesque-i Global adalah dana yang boleh diketengahkan lagi oleh BIMB. Prospek dana ini adalah amat bagus bagi menghadapi cabaran tahun 2017. Strategi pelaburan global pasti membuahkan hasil yang lumayan.


RHB Asset Management mempunyai beberapa dana yang baik prestasinya seperti RHB Islamic Bond, RHB Global Food Islamic Equity, RHB Islamic Global Developed Market dan RHB Islamic ASEAN Megatrend.

RHB Islamic Bond unggul sebagai Bond Terbaik Malaysia dengan return melebihi banyak dana Equity yang lain. Dengan purata >6% setahun, ia di kategorikan sebagai dana yang sangat baik dan tinggi return bagi sector Bond / Sukuk. Penarafan 5 Star oleh Morningstar adalah skor tinggi oleh Lipper menjadikannya sebagai dana pilihan sebagai alternatif kepada Fixed Deposit.

RHB Global Food Islamic Equity antara dana yang perlu diberikan perhatian oleh pelabur. Sector pelaburan yang memfokuskan kepada makanan memberikan impak yang sangat baik kepada prestasinya. Dana ini jug amempunyai potensi yang baik untuk 2017.

RHB Islamic Global Developed Market mempunyai potensi yang baik memandangkan dana ini melabur 52.65% dalam pasaran di US. Dana ini juga banyak melabur dalam pasaran Germany, Japan dan UK.

RHB Islamic ASEAN Megatrend adalah dana yang baru dilancarkan oleh RHB Asset Management pada April 2016. Peningkatan prestasi yang ditunjukkan oleh pasaran di Indonesia, Filifina, Singapura, Thailand dan Vietnam membantu menaikkan prestasi dana ini.



CIMB Principal Asset Management antara syarikat yang besar dalam Unit Trust Malaysia.

CIMB Islamic Dali Equity, CIMB Islamic Equity Growth, CIMB Islamic Equity Theme dan CIMB Islamic Dali Asia Pacific melengkapkan kumpulan Dali yang kukuh di pasaran CWA. 

CIMB Islamic Asia Pacific mencuri tumpuan dengan mancatatkan return yang baik untuk Quarter 2 dan Quarter 3 bagi tahun 2016. Kestabilan dan perkembangan ekonomi di China, Taiwan, Hong Kong, Indonesia, India dan beberapa negara lain telah memacu peningkatan prestasi dana ini. Dijangkakan dana ini akan mengekalkan prestasi baiknya sekurang-kurangnya sehingga 2018 berdasarkan prospek ekonomi Asia yang baik.






Public Mutual Berhad merupakan syarikat unit trust yang glamour dengan pilihan dana yang banyak conventional dan Islamik.

Umumnya, dana Public Mutual dari sector Asia Pacific dan greater China telah menunjukkan prestasi yang baik untuk tahun 2016. Dana-dana ini juga dijangkakan akan mengekalkan prestasi baiknya untuk tahun 2017.


STRATEGI PELABURAN

Dalam keadaan ekonomi negara yang statik, pelaburan unit trust masih lagi merupakan medium yang baik untuk mengembangkan duit simpanan kita. Harga NAV yang rendah dan murah sememangnya memberikan peluang kepada pelabur untuk menambah unit. Namun, pemilihan dana adalah sangat sangat sangat penting. Sebaiknya pilih lah dana yang paling berpotensi berdasarkan kepada beberapa faktor seperti Asset Allocation / Distribution / Diversification.

Dana dari sector Asia Pacific, Greater China dan Global dijangkakan akan mengekalkan prestasi yang baik sebagaimana yang dicatatkan sekarang. Prospek perkembangan ekonomi rantau Asia Pacific, Greater China dan US dijangkakan akan memberikan tindak balas yang positif kepada prestasi unit trust.

Bagi yang mahukan pelaburan yang rendah risiko, Bond / sukuk adalah pilihan yang baik untuk diterokai. Stabil dan Konsiste.

Setiap pelaburan ada risikonya. High Risk High Return. Kita kena bijak merancang untuk menguruskan risiko. Strategi terbaik sekarang adalah DIVERSIFY - pecahkan pelaburan unit trust kita dalam beberapa sector.

Satu lagi strategi terbaik adalah SWITCHING FUND. Pelabur boleh memindahkan pelaburan dari satu fund ke fund yang lain bergantung kepada PELUANG/ POTENSI yang ada dan ia juga salah satu strategi PENGURUSAN RISIKO yang ampuh.

Switching biasanya melibatkan kos. 
Apatah lagi jika ingin transfer dari satu syarikat ke syarikat unit trust yang lain. 
Namun begitu.... Anda kini boleh menikmati FREE SWITCHING*...
FREE SWITCHING* kepada mana2 dana meskipun melibatkan syarikat berlainan...
dan yang lagi best...
FREE SWITCHING* UNLIMITED!
Anda jimat banyak...
Penjimatan ini akan meningkatkan keuntungan bersih anda.



🟩🟥🟩🟥🟩🟥🟩🟥🟩🟥

Consultant Pelaburan Anda
Mohd Rosyaidi (Adi)
📞 012-5588680 (Wassap (KLIK)

*******************************

🔴🔵🔴🔵🔴🔵🔴🔵🔴🔵


ARTIKEL POPULAR
============

🔴 HOME


PELUANG TAMBAH INCOME 
===================
💙 Bisnes ini boleh dilakukan secara Part Time mahupun Full Time. 
💙 Terbuka pada sesiapa yang nak tambah income.
💙 Saya juga open untuk collaborate dengan mana2 leader.



================================
DISCLAIMER :
Past performance does not reflect future performance. All information in this article / blog is for educational purposes only and should NOT be taken as investment advise, nor as a recommendation or endorse.
Please refer to your agent for details explanation. Thanks.
================================  

10 December 2016

PELABURAN UNIT TRUST MELALUI AKAUN 1 KWSP 2017 (TERKINI)

Bermula 1 Januari 2017, Pelaburan Unit Trust melalui Akaun 1 KWSP akan menggunakan Jadual Simpanan Asas yang baru seperti di bawah.


Dapatkan artikel saya yang TERBARU lagi TERKINI di http://rosyaidiradzi.blogspot.my/



Kelayakan pengeluaran yang melebihi Simpanan Asas daripada Akaun 1 untuk melabur di bawah Skim Pelaburan Ahli akan meningkat kepada 30% daripada 20% sebelumnya.
Formula Pelaburan KWSP Acc 1 (menurut Jadual Simpanan Asas 2017)

Jumlah Acc 1 - Jadual Simpanan Asas (mengikut umur) x 30%

Contoh Kiraan:
1) En Ahmad, umur 30 tahun, Jumlah Akaun 1 : RM50k.
- Jumlah simpanan asas umur 30 tahun: RM29k.
- Lebihan (Jumlah Akaun 1 - Simpanan Asas Umur 30 tahun) : RM50k - RM29k = RM21k
- 30% daripada lebihan : 30% daripada RM21k = RM6300
- Pelaburan yang dibenarkan = Minima RM1,000 dan Maksima RM6300
2) En Aziz, umur 33 tahun, Jumlah Akaun 1 : RM44k.
- Jumlah simpanan asas umur 33 tahun: RM41k.
- Lebihan (Jumlah Akaun 1 - Simpanan Asas Umur 33 tahun) : RM44k - RM41k = RM3k
- 30% daripada lebihan : 30% daripada RM3k = RM900
- Pelaburan yang dibenarkan = RM0. *Minima pelaburan adalah RM1,000.
3) En Azman, umur 35 tahun, Jumlah Akaun 1 : RM45k.
- Jumlah simpanan asas umur 35 tahun: RM50k.
- Lebihan (Jumlah Akaun 1 - Simpanan Asas Umur 35 tahun) : RM45k - RM50k = Belum layak.
- Pelaburan yang dibenarkan = RM0. *Belum layak untuk melabur menggunakan Akaun 1 KWSP.
Jadual di bawah menunjukkan perbezaan jumlah pengeluaran antara Simpanan Asas 2014 dengan Simpanan Asas 2017.

Beza sangatkah antara kedua2 jadual ini?

Jadual di atas menunjukkan contoh perbezaan keduanya. Melalui Jadual Simpanan Asas KWSP 2017 terbaru, En Ali boleh melabur lebih banyak berbanding jika menggunakan Jadual Simpanan Asas 2014. namun sebaliknya terjadi kepada Pn Aini. Ini kerana Pn Aini belum boleh melabur Unit Trust jika mengikut Jadual Simpanan Asas 2017. Pn Aini boleh melabur RM1,000 jika menggunakan Jadual Simpanan Asas 2014.

Anda boleh mendapatkan maklumat jumlah Acc 1 KWSP anda melalui:

🟩🟥🟩🟥🟩🟥🟩🟥🟩🟥

Consultant Pelaburan Anda
📞 012-5588680 (Wassap (KLIK)

*******************************
Jemput join untuk Pelbagai Info Kewangan & Pelaburan

🔴🔵🔴🔵🔴🔵🔴🔵🔴🔵


ARTIKEL POPULAR


================================
DISCLAIMER :
Past performance does not reflect future performance. All information in this article / blog is for educational purposes only and should NOT be taken as investment advise, nor as a recommendation or endorse.
Please refer to your agent for details explanation. Thanks.
================================