12 September 2018

TOP 50 SHARIAH COMPLIANT UNIT TRUST FUNDS - SEPTEMBER 2018

Artikel ini insyaAllah memberikan maklumat terkini Prestasi Unit Trust Terbaik Malaysia - Patuh Shariah bagi September 2018 (Total Return & Annualized Return) berdasarkan rujukan di Morningstar dan akhbar The Edge, Edisi 1231 (Sept 10 - Sept 16, 2018).
======================

Pelbagai artikel khusus berkaitan unit trust yang TERBARU lagi TERKINI di http://rosyaidiradzi.blogspot.my

Buat pelabur baru / bakal pelabur, adalah digalakkan untuk mendapatkan maklumat Asas dan Tips Pelaburan Unit Trust  melalui pautan ini (KLIK).


=======================

PRESTASI DANA UNIT TRUST

Prestasi dana unit trust boleh diukur berdasarkan:

Total Return / Cumulative Return
  • Total rise in the value of a fund’s investments over time, assuming that income and capital gains distributions were reinvested.
  • Bahasa mudahnya adalah Jumlah Pulangan Terkumpul untuk suatu tempoh masa.
Contohnya, Eastspring Investment Dinasti Equity telah mencatatkan 86.66% untuk tempoh 5 tahun setakat 31/8/2018. Jika tuan-puan melabur RM10,000 pada 30/8/2013, maka sekarang (31/8/2018) anda telah mendapat kenaikan pelaburan = untung sebanyak 86.66% (bersamaan RM8,666). Maka nilai pelaburan anda sekarang berjumlah RM18,666 (Modal RM10,000 + Untung RM8,666).

Jadual di bawah menunjukkan 50 dana terbaik Total Return bagi tempoh 5 tahun.

Sumber : Akhbar mingguan The Edge Malaysia
Keluaran : 1231 (Sept 10 - Sept 16, 2018)
Halaman : Personal Wealth - Page 10-12

Data Total Return yang disediakan ini:
  • Tempoh penilaian : 5 Tahun (30/8/2013 - 31/8/2018)
  • Sector : Unit Trust Patuh Shariah sahaja (Equity, Balanced, Bond)
  • Jenis Pelaburan : Pelaburan di Malaysia & Luar Malaysia (ASEAN, Asia Pacific, Asia Pacific Ex Japan, Greater China, Global, Emerging Countries, Property & REIT, Commodities, Gold & Precious Metals)
  • Syarikat unit trust : Semua = tiada pengecualian 
  • Cara susunan : Berdasarkan 50 dana dengan Total Return yang tertinggi.
Total Return Unit Trust bagi tempoh 5 tahun. KLIK gambar untuk lebih jelas. 
Rujukan : Lipper Fund Table - The Edge #1231 (Sept 10 - Sept 16, 2018).
**Past Performance Is Not Indicative Of Future Results


Berpandukan kepada data prestasi Total Return yang disediakan oleh Lipper (yang diterbitkan sebagai sisipan dalam akhbar The Edge), dana Eastspring Dinasti Equity unggul sebagai dana yang mencatatkan prestasi yang Paling Memberangsangkan di kalangan 232 dana Patuh Shariah (Islamic Fund). Dana yang melabur sebahagian besarnya di negara China, Hong Kong dan Taiwan ini mencatatkan prestasi 86.66% bagi tempoh 5 tahun (30/8/2013-31/8/2018). 

Dana Ekuiti terbaik bagi tempoh 5 tahun ini (30/8/2013 - 31/8/2018) adalah:
  1. Eastspring Dinasti Equity (86.66%)
  2. Public China Ittikal (66.59%)
  3. Public Islamic Asia Leaders Equity (59.43%)
  4. Public Asia Ittikal (57.72%)
  5. CIMB Islamic Asia Pacific Equity (57.44%)
Prestasi dana Eastspring Dinasti Equity jelas jauh meninggalkan prestasi dana yang lain. Dana dari sector Equity Greater China ini mencatatkan prestasi yang sangat bagus dan konsisten antara lainnya disebabkan oleh fokus yang besar kepada sector Technology yang melibatkan syarikat2 seperti Alibaba, Tencent, Taiwan Semiconductor dan Baidu.


Eastspring Dinasti Equity. KLIK gambar untuk lebih jelas. 
Rujukan : Fund Factsheet Aug 2018 (KLIK)
**Past Performance Is Not Indicative Of Future Results


Dana yang melabur dalam Malaysia mencatatkan prestasi naik turun yang agak ketara untuk tahun ini. Perkembangan politik, ekonomi dan kesan serantau sedikit sebanyak mempengaruhi prestasi unit trust dalam market Malaysia. Senarai di bawah menunjukkan Top 50++ Total Return dana terbaik yang melabur dalam Malaysia SAHAJA.




Total Return Unit Trust yang melabur sepenuhnya dalam market Malaysia sahaja bagi tempoh 5 tahun. KLIK gambar untuk lebih jelas. 
Rujukan : Lipper Fund Table - The Edge #1231 (Sept 10 - Sept 16, 2018).
**Past Performance Is Not Indicative Of Future Results

Dana terbaik bagi pelaburan dalam market Malaysia sahaja bagi tempoh 5 tahun adalah:

  1. Dana Makmur Pheim (52.79%)
  2. Eastspring Dana Dinamik (50.54%)
  3. Eastspring Dana Al-Ilham (46.82%)
  4. PMB Shariah Premier (43.50%)
  5. PMB Shariah Aggresive (41.15%)
Dana Makmur Pheim adalah dana Balanced - iaitu yang mempunyai pembahagian pelaburan di sector Equity dan Fixed Income. Kebijaksanaan Investment Team syarikat unit trust Pheim Investment dalam mengatur strategi yang berkesan tatkala market Malaysia yang agak tidak menentu ini membolehkan ia mencatatkan prestasi yang sangat baik, mengalahkan dana2 Equity yang lain (Umumnya, dana Equity adalah lebih tinggi risiko berbanding dana Balanced).


Dana Makmur Pheim. KLIK gambar untuk lebih jelas. 
Rujukan : Fund Factsheet Aug 2018 (KLIK)
**Past Performance Is Not Indicative Of Future Results

Dapatan menarik daripada data statistik ini:
  1. Terdapat hanya 1 dana yang mencatatkan prestasi Total Return >75% bagi tempoh 5 tahun, iaitu Eastspring Dinasti Equity.
  2. Terdapat 10 dana sahaja yang mencatatkan prestasi Total Return >50% bagi tempoh 5 tahun.
  3. Daripada senarai Top 10, terdapat 8 dana yang melabur di luar Malaysia - Greater China dan Asia Pacific.
  4. Dana Equity Terbaik setakat ini : Eastspring Dinasti Equity.
  5. Dana Balanced / Mixed Asset terbaik setakat ini : Public Islamic Asia Tactical Allocation
  6. Dana Bond / Sukuk terbaik setakat ini : RHB Islamic Bond
  7. Dana terbaik yang melabur dalam Malaysia sepenuhnya : Dana Makmur Pheim.
  8. Dana terbaik yang melabur di luar Malaysia : Eastspring Dinasti Equity
  9. Dana yang boleh dilabur dengan KWSP (EPF Approved Fund) terbaik : Eastspring Dinasti Equity
Data ini sekadar menunjukkan prestasi Top 50 sahaja berbanding keseluruhan dana Islamik, iaitu sebanyak 232 dana. Terdapat 3 kemungkinan jika sesuatu dana itu tidak tersenarai dalam Top 50 ini:
1) Prestasinya berkedudukan antara 51-232.
2) Sesuatu dana itu belum cukup umur (kurang daripada 5 tahun sejak ia dilancarkan)
3) Sesuatu dana itu tidak tersenarai dalam list Lipper (Rujukan prestasi ini berpandukan list daripada Lipper, keluaran di akhbar The Edge sepenuhnya)

.
Bagaimanakah pencapaian dana anda?


Data dari sumber Lipper 

Akhbar The Edge dengan kerjasama FIMM menyediakan maklumat berkaitan Prestasi dana Unit Trust (Total Return) buat panduan para pelabur. Ia menunjukkan prestasi 5 tempoh masa, iaitu prestasi bagi tempoh 3 bulan, 6 bulan, 1 tahun, 3 tahun dan 5 tahun. Data ini diguna pakai oleh hampir semua syarikat unit trust di Malaysia sebagai petunjuk prestasi semasa.


Total Return Unit Trust Equity Malaysia. KLIK gambar untuk lebih jelas. 
Rujukan : Lipper Fund Table - The Edge #1231 (Sept 10 - Sept 16, 2018).
**Past Performance Is Not Indicative Of Future Results

Umumnya, dana unit trust yang melabur dalam market Malaysia sedang mencatatkan kenaikan prestasinya. Ini boleh dinilai berpandukan kepada prestasi 3 bulan. Paling ketara adalah dana TA Dana Fokus yang mencatatkan prestasi >16% bagi tempoh 3 bulan ini (31/5/2018 - 31/8/2018). Selain itu, dana yang sedang mencatatkan prestasi yang baik ketika ini adalah PMB Dana Mutiara, KAF Islamic Dividend Income, CIMB Islamic Small Cap, BIMB i Growth, Hong Leong Dana Makmur dan TA Islamic.

Unit trust adalah pelaburan untuk jangka masa panjang. Biasanya pelabur akan merujuk prestasi bagi tempoh 3 tahun dan 5 tahun. Namun, semua data ini hanyalah prestasi yang sudah berlalu. Ia hanyalah sebagai panduan dalam memilih dana yang konsisten dan dijangkakan mampu memberikan return yang baik untuk suatu tempoh yang akan datang.

Total Return Unit Trust Regional - Equity Asia Pacific, Equity Global & Equity Greater China. KLIK gambar untuk lebih jelas. 
Rujukan : Lipper Fund Table - The Edge #1231 (Sept 10 - Sept 16, 2018).
**Past Performance Is Not Indicative Of Future Results

Data2 di atas ini adalah merujuk kepada dana unit trust yang membuat pelaburan di luar negara. Umumnya, bagi tempoh 3 tahun dan 5 tahun, prestasi dana2 ini adalah lebih baik berbanding dana yang melabur dalam Malaysia. Trade War antara US dan China dan kekuatan nilai matawang Dollar sedikit sebanyak mempengaruhi prestasi dana unit trust terutamanya yang melabur di rantau Asia Pacific dan Greater China. 

Equity Global antara sector yang kurang terjejas dengan isu2 semasa ini. Antara dana Global yang konsisten bagus adalah BIMB Arabesque i Global Dividend. Dana ini adalah dana pertama yang menggunakan teknologi pintar AI (Artificial Intelligent) di Malaysia. Meskipun masih baru, namun dana ini terbukti mampu memberikan Income Distribution (orang ramai sebut sebagai dividend) yang kompetitif melebihi target yang ditetapkan.


BIMB Arabesque i Global Dividend Fund. KLIK gambar untuk lebih jelas. 
**Past Performance Is Not Indicative Of Future Results

Annualized Return

"Agen saya pernah mengatakan bahawa prestasi semasa dana pelaburan saya adalah 50% untuk tempoh 5 tahun ni... Jadi, secara puratanya ia mencatatkan 10% setahun la kan? Betul tak En Adi? Betul tak?
.
.
.
Sebenarnya, Cara kiraan sebegitu disebut sebagai Simple Return, iaitu dengan cara membahagikan secara mudah prestasi 50%/ 5 tahun pelaburan = 10%. Cara kiraan ini adalah KURANG TEPAT dan mungkin mengelirukan. Ia tidak menunjukkan prestasi purata sebenar sesuatu dana.

Untuk mendapatkan Prestasi Pulangan Setahun dana secara purata bagi sesuatu tempoh (3 tahun / 5 tahun / 10 tahun), terdapat formula tertentu yang lebih spesifik dan tepat yang digunakan secara meluas di seluruh dunia. Annualized return is year-over-year growth rate of an investment over a specified period of time and calculated as:

Paling senang, tuan-puan boleh semak terus Prestasi Pulangan Purata Setahun (Annualized Return) di laman web Morningstar (KLIK). ... tak perlu susah2 nak kira. Sebagai panduan, tuan-puan boleh menyemaknya dengan beberapa langkah mudah seperti yang ditunjukkan melalui artikel ini - Morningstar (KLIK). 

Jadual di bawah menunjukkan 50 dana terbaik Annualized Return bagi tempoh 5 tahun.
  • Sumber : laman web Morningstar (KLIK)
  • Tarikh data ini digunapakai : as 31 Aug 2018
  • Kekerapan update oleh Morningstar : sebulan sekali
Data Annualized Return yang disediakan ini:
  • Tempoh penilaian : 5 Tahun (1/9/2013 - 31/8/2018)
  • Sector : Unit Trust Patuh shariah sahaja (Equity, Balanced, Bond)
  • Jenis Pelaburan : Pelaburan di Malaysia & Luar Malaysia (ASEAN, Asia Pacific, Asia Pacific Ex Japan, Greater China, Global, Emerging Countries, Property & REIT, Commodities, Gold & Precious Metals)
  • Syarikat unit trust : Semua = tiada pengecualian 
  • Cara susunan : Berdasarkan 50 Annualized Return yang tertinggi.

   Annualized Return Unit Trust bagi tempoh 5 tahun. KLIK gambar untuk lebih jelas. Sumber : Morningstar as 31/8/2018.
**Past Performance Is Not Indicative Of Future Results

Dengan prestasi Annualized Return (5 Tahun) setinggi 13.30%, maka bukan sesuatu yang aneh kenapa dana Eastspring Dinasti Equity menjadi pilihan ramai pelabur untuk mengembangkan pelaburan masing2. Dana ini juga disenaraikan sebagai salah satu dana yang boleh dilabur menggunakan Akaun 1 KWSP selain cash. 

Dana Ekuiti terbaik bagi tempoh 5 tahun ini (1/9/2013 - 31/8/2018) adalah:
  1. Eastspring Dinasti Equity (13.30%)
  2. Public China Ittikal (10.75%)
  3. Public Islamic Asia Leaders Equity (9.78%)
  4. Public Asia Ittikal (9.54%)
  5. CIMB Islamic Asia Pacific Equity (9.50%)
Annualized Return Unit Trust yang melabur di Malaysia sahaja bagi tempoh 5 tahun. KLIK gambar untuk lebih jelas. Sumber : Morningstar as 31/8/2018.
**Past Performance Is Not Indicative Of Future Results

Dana terbaik bagi pelaburan di Malaysia sahaja bagi tempoh yang sama adalah:
  1. Dana Makmur Pheim (8.85%)
  2. Eastspring Dana Dinamik (8.53%)
  3. Eastspring Dana Al-Ilham (7.98%)
  4. PMB Shariah Premier (7.49%)
  5. PMB Shariah Aggresive (7.14%)
    Dapatan menarik daripada prestasi 5 tahun bagi data ini:
    1. Terdapat hanya 2 dana yang mencatatkan prestasi purata >10% setahun iaitu Eastspring Dinasti Equity dan Public China Ittikal.
    2. Terdapat 14 dana sahaja yang mencatatkan prestasi purata >7.5% setahun.
    3. Daripada senarai Top 10, terdapat 8 dana yang melabur di luar Malaysia - Greater China dan Asia Pacific.
    4. Dana Equity terbaik setakat ini : Eastspring Dinasti Equity
    5. Dana Balanced / Mixed Asset terbaik setakat ini : Public Islamic Asia Tactical Allocation
    6. Dana Bond / Sukuk terbaik setakat ini : RHB Islamic Bond
    7. Dana terbaik yang melabur dalam Malaysia sepenuhnya : Dana Makmur Pheim
    8. Dana terbaik yang melabur di luar Malaysia : Eastspring Dinasti Equity
    9. Dana yang boleh dilabur dengan KWSP (EPF Approved Fund) terbaik : Eastspring Dinasti Equity
    Data ini sekadar menunjukkan prestasi Top 50 sahaja berbanding keseluruhan dana Islamik, iaitu sebanyak 232 dana. Terdapat 3 kemungkinan jika sesuatu dana itu tidak tersenarai dalam Top 50 ini:
    1) Prestasinya berkedudukan antara 51-232.
    2) Sesuatu dana itu belum cukup umur (kurang daripada 5 tahun sejak ia dilancarkan)

    3) Sesuatu dana itu tidak tersenarai dalam list Morningstar (Rujukan prestasi dana ini adalah berdasarkan apa yang tersenarai di laman web Morningstar).

    Maka, Diversify pelaburan anda dalam beberapa dana terbaik untuk pulangan yang lebih baik. Adakah anda sedang melabur dalam dana yang bagus prestasinya?

    PANDUAN PELABURAN
    1. Market agak volatile sekarang. Bagi pelabur yang bijak, Volatility ini adalah OPPORTUNITY.
    2. Invest into The Right Sector / Market = Consistent & Potential. Daripada dapatan anda, Sector mana / Market mana yang kelihatan stabil, konsisten dan mempunyai potensi untuk terus naik?
    3. Apply  Investment Portfolio / Asset Allocation based on the risk profile (are you a High Risk taker?), Time horizon (long term? 5 year? 20 year?) and specific goal / objective (Retirement planning?)
    4. Invest dengan knowledge! Jangan invest kerana ikut kawan. Jangan lepaskan semua tanggungjawab pelaburan kepada agen anda. Bincang, Semak dan Sahkan semua maklumat.


    🟩🟥🟩🟥🟩🟥🟩🟥🟩🟥

    Consultant Pelaburan Anda
    Mohd Rosyaidi (Adi)
    📞 012-5588680 (Wassap (KLIK)

    *******************************

    🔴🔵🔴🔵🔴🔵🔴🔵🔴🔵


    ARTIKEL POPULAR
    ============

    🔴 HOME


    PELUANG TAMBAH INCOME 
    ===================
    💙 Bisnes ini boleh dilakukan secara Part Time mahupun Full Time. 
    💙 Terbuka pada sesiapa yang nak tambah income.
    💙 Saya juga open untuk collaborate dengan mana2 leader.



    ================================
    DISCLAIMER :
    Past performance does not reflect future performance. All information in this article / blog is for educational purposes only and should NOT be taken as investment advise, nor as a recommendation or endorse.
    Please refer to your agent for details explanation. Thanks.
    ================================