ASB Financing (ASB Loan) ialah salah satu strategi pelaburan paling selamat di Malaysia – tapi ramai masih keliru atau takut nak mula.
Dalam artikel ini, saya akan jawab 60++ soalan paling popular tentang ASB Financing (ASB Loan) - daripada asas, proses, ROI, risiko, strategi, sampailah kepada cara terminate.
Semua jawapan ringkas, padat dan terus faham.
ASAS ASB FINANCING (ASB LOAN)
1. Apa itu ASB Financing (ASB Loan)?
ASB Financing (ASB Loan) adalah pinjaman bank untuk membeli unit Amanah Saham Bumiputera (ASB) menggunakan konsep leverage. Bank beri modal, kita bayar ansuran, tapi dividen ASB adalah milik kita.
2. Apa beza ASB biasa dengan ASB Financing (ASB Loan)?
ASB biasa guna modal sendiri.
ASB Financing (ASB Loan) menggunakan leverage untuk memiliki jumlah pelaburan yang lebih besar lebih awal.
3. Apa beza ASB1 & ASB2?
ASB1 (KLIK) → dana utama
ASB2 (KLIK) → dana tambahan bila ASB1 penuh.
Dan actually ada ASB 3 (KLIK)
4. Apa itu “kuota ASB2”?
Jumlah UNIT TERHAD yang dibuka setahun sekali melalui ASB2.
5. Boleh guna ASB Financing (ASB Loan) untuk simpanan pendidikan anak?
Boleh, kerana modal terjamin. Ramai jer yang buat.
6. Boleh guna ASB Financing (ASB Loan) untuk modal perniagaan?
Tidak secara langsung (modal tak boleh keluar), tapi dividen ASB boleh digunakan.
7. Adakah ASB Financing (ASB Loan) sama seperti pinjaman peribadi?
Tidak. Ia ialah pembiayaan khusus untuk pelaburan dalam ASB.8. Siapa yang sesuai mengambil ASB Financing (ASB Loan)?(KLIK)
Mereka yang mempunyai pendapatan stabil, dana kecemasan dan matlamat kewangan jangka panjang.
9. Siapa yang tidak sesuai mengambil ASB Financing (ASB Loan)? (KLIK)
Mereka yang mempunyai aliran tunai ketat, hutang tinggi atau tiada dana kecemasan.
10. Kenapa ramai orang mengambil ASB Financing (ASB Loan)?
Untuk mempercepat pembinaan aset melalui strategi leverage.
Untuk mempercepat pembinaan aset melalui strategi leverage.
BANK
11. Berapakah kadar faedah (Interest) bank sekarang?
Sekitar 4.05% (KLIK) – 5.10% bergantung kepada bank, jumlah pinjaman & tempoh.
12. Bank manakah yang menawarkan kadar faedah (Interest) terbaik?
RHB (KLIK untuk maklumat Pakej Terbaik RHB), Maybank (KLIK), CIMB (KLIK) antara yang popular – pilih ikut kadar & terma terbaik semasa.
13. Kalau OPR berubah, kadar faedah (Interest) bank turut berubah?
Ya, Kebiasaannya begitu selari perubahan OPR. Maka, bayaran bulanan juga akan turut berubah.
14. Tempoh pinjaman maksimum?
Sehingga umur 40 tahun atau had umur maksima 70 tahun.
*Lain bank lain pakej nya.
Boleh. Ansuran bayaran bulanan menjadi lebih tinggi, tapi jumlah faedah bank (Interest) keseluruhannya adalah kurang.
16. Ada lock-in period?
Kebanyakan bank tiada lock-in, boleh terminate bila-bila ikut prosedur bank.
17. Berapakah jumlah minimum & maksimum pinjaman?
Minimum RM10,000 sehingga maksimum RM200,000, bergantung pada kelayakan gaji.
18. Boleh tukar bank (jika ada pinjaman ASB sedia ada)?
Boleh, melalui Refinancing for Better Rate (KLIK)
19. Bolehkah bayar lebih awal?
Ya, tertakluk kepada terma bank.
20. Ada penalti penyelesaian awal?
Bergantung kepada syarat pembiayaan.
Bergantung kepada syarat pembiayaan.
21. Kalau lewat bayar apa berlaku?
Anda mungkin dikenakan caj lewat bayar dan rekod kredit boleh terjejas.
Anda mungkin dikenakan caj lewat bayar dan rekod kredit boleh terjejas.
KELAYAKAN DAN PROSES PERMOHONAN
22. Siapa yang layak memohon?
Warganegara Malaysia Bumiputera, berumur 18 hingga 65 - 70 tahun (bergantung kepada bank), pendapatan tetap dan rekod kredit baik.
23. Dokumen diperlukan untuk mohon ASB Financing (ASB Loan)?
Salinan IC, slip gaji 3 bulan, penyata KWSP dan bank statement
24. Berapa gaji minimum untuk memohon?
Bergantung kepada polisi setiap bank dan kemampuan pembayaran.
Bergantung kepada polisi setiap bank dan kemampuan pembayaran.
25. Boleh mohon jika bekerja sendiri?
Boleh, jika ada dokumen pendapatan sah (SSM, penyata bank, cukai).
26. Adakah penjawat awam lebih mudah lulus?
Tidak semestinya, tetapi pendapatan tetap biasanya membantu.
Tidak semestinya, tetapi pendapatan tetap biasanya membantu.
27. Bolehkah pekerja swasta memohon?
Ya, jika memenuhi syarat kelayakan.
Ya, jika memenuhi syarat kelayakan.
28. Boleh buat kalau kerja kontrak?
Boleh, bergantung pada bank, jenis kontrak, tempoh kontrak & rekod pembayaran.
29. Boleh buat jika baru kerja 3 bulan?
Boleh, bergantung pada bank & jenis pekerjaan
30. Boleh buat tanpa slip gaji?
Sukar, tapi ada bank terima bukti pendapatan lain.
31. Boleh mohon jika ada hutang lain (hutang rumah, kereta, PTPTN etc)?
Ya, tapi bank akan menilai DSR (Debt Service Ratio) untuk kemampuan pinjaman.
32. Boleh buat lebih dari 1 akaun ASB Financing (ASB Loan)?
Boleh (bank yang sama atau bank yang lain), selagi ada kelayakan dan tidak melebihi had maksimum pelaburan.
33. Boleh buat joint account dengan pasangan / ahli keluarga terdekat?
Ya, Boleh jer.
34. Berapa lama proses kelulusan?
Biasanya 3 - 7 hari bekerja jika dokumen lengkap.
Boleh, untuk dapatkan kadar baru yang lebih rendah atau untuk tambah jumlah pinjaman. Ia strategi popular pelabur.
36. Boleh buat overlap ASB Financing (ASB Loan)?
Boleh, selagi had pelaburan (RM200,000) belum penuh & layak.
37. Boleh top-up jumlah pinjaman?
Ya, melalui refinance (bank yang sama atau bank yang lain) atau tambahan pembiayaan (bank yang sama atau bank yang lain)
38. Perlu buka akaun ASB baru?
Tidak perlu, boleh guna akaun ASB sedia ada.
39. Kalau belum ada acc ASB?
Kami akan tolong bukakan acc ASB anda
40. Boleh buat potongan gaji untuk ansuran bayaran bulanan?
Boleh. Lebih mudah untuk kawal pembayaran.
41. Boleh bayar ansuran melalui auto-debit?
Boleh dan sangat digalakkan. Ia dapat elak kelewatan bayaran.
42. Bagaimana jika saya pindah kerja?
Tiada masalah, selagi ansuran berjalan.
PULANGAN DIVIDEN ASB & ROI (RETURN ON INVESTMENT)
Purata 5.77% setahun dalam 10 tahun terakhir.
44. Berapa cepat dapat dividen ASB pertama?
Pada hujung tahun kewangan ASB (31 Disember).
45. Bagaimana kira keuntungan tahunan?
Mengikut kaedah pengiraan ASNB berdasarkan baki pelaburan yang layak.
(Modal x kadar dividen tahunan) – ansuran tahunan.
Contoh (Modal ASB : RM200,000 x Dividen : 5.75%) - (bayaran RM820 x 12 Bulan)
46. ROI (Return On Investment) ASB Financing (ASB Loan) vs ASB biasa?
ROI ASB Financing lebih tinggi sebab modal besar dari awal.
47. Boleh keluarkan Dividen ASB ni untuk kegunaan lain?
Boleh jer, tapi ROI tak akan dapat maksimum kerana jumlah modal tidak berkembang.
48. Bagaimana dividen ASB dibayar?
Terus ke akaun ASB anda - boleh guna untuk bayar ansuran atau simpan semula.
49. Adakah dividen ASB dikenakan cukai?
Tidak, dividen ASB bebas cukai.
50. Adakah Dividen ASB melalui ASB Financing (ASB Loan) dikenakan zakat?
Bagi situasi ASBF, pengiraan zakat hanya dikenakan ke atas pulangan pelaburan (dividen dan bonus ASB) sahaja. Zakat tidak dikenakan ke atas modal pelaburan kecuali setelah berlakunya penebusan sijil pelaburan ataupun setelah selesai tempoh bayaran balik pembiayaan.(KLIK - Maklumat lebih lanjut)
51. Betulkah boleh dapat "free" satu bulan dividen ASB?
Ia bergantung kepada tarikh pengeluaran pembiayaan dan kaedah pengiraan dividen. Tips (KLIK)
Ia bergantung kepada tarikh pengeluaran pembiayaan dan kaedah pengiraan dividen. Tips (KLIK)
52. Dividen masuk ke mana?
Ke dalam akaun ASB anda.
Ke dalam akaun ASB anda.
RISIKO & KESELAMATAN
53. Apakah risiko membuat ASB Financing (ASB Loan)?
Kadar faedah naik dan dividen ASB turun
54. Apa jadi kalau dividen ASB lebih rendah dari kadar faedah bank?
Pulangan berkurang, tapi ASB biasanya kekal stabil & kompetitif.
55. Kalau tak mampu bayar ansuran?
Hubungi bank segera untuk penstrukturan semula.
56. Ada caj penalti lewat bayar?
Standardnya memang ada, ikut kadar bank.
57. Apa jadi jika berhenti bayar?
Bank ambil unit ASB (sijil ASB anda) sebagai cagaran & jual untuk bayar hutang.
58. Adakah ASB Financing (ASB Loan) patuh shariah?
Ya, jika menggunakan produk pembiayaan Islam yang ditawarkan oleh bank.
59. Adakah pelaburan ini selamat?
Ya, kerana ASB ialah dana pelaburan tetap oleh PNB dan dijamin modalnya, dividen konsisten, aset kukuh.
60. Bila ASB Financing (ASB loan) tidak sesuai?
Apabila kewangan belum stabil atau matlamat tidak jelas. Lebih info (KLIK)
Apabila kewangan belum stabil atau matlamat tidak jelas. Lebih info (KLIK)
STRATEGI PELABURAN
61. Berapakah jumlah pinjaman yang sesuai?
Sebaiknya maksimum ikut kelayakan, asalkan mampu bayar ansuran. Semak kelayakan anda sekarang (KLIK untuk menghubungi saya)
62. Boleh guna dividen ASB untuk bayar ansuran?
Boleh. Ramai pelabur buat begitu. Juga dikenali Teknik Rolling Dividen.
63. Berapa lamakah sebaiknya pegang ASB Financing (ASB Loan)?
Nak cantek, Minimum 10 tahun untuk ROI optimum.
64. Apakah Tips untuk maksimumkan pulangan?
Ambil tempoh pinjaman yang panjang (KLIK) & dapatkan kadar faedah (Interest) bank yang rendah (KLIK).
Bergantung kepada pakej bank. Biasanya, kadar faedah berkurangan jika pakej ASBF + Takaful (loan)
Tak semestinya. Bergantung kepada bank. Ada bank yang syaratkan hanya minimum 1 tahun takaful jer. SO lebih jimat.
67. Apa beza buat pinjaman RM200,000 (1 sijil) dengan RM200,000 (2 sijil : RM200,000 + RM100,000)?
Kelebihan jika buat 2 sijil contohnya, anda boleh terminate sijil pertama tanpa menjejaskan sijil kedua. Maknanya, pelaburan ASB anda masih ON meskipun anda dah jual separuh (untuk kurangkan komitmen).
PENAMATAN & SURRENDER VALUE
68. Boleh terminate awal ASB Financing (ASB Loan)?
Boleh, Tapi perlu selesaikan kos berkaitan (jika ada) dan anda akan dapat surrender value (modal terkumpul selepas tolak baki hutang). Dividen ASB tetap milik anda.
69. Boleh terminate separuh sahaja?
Tidak. Penamatan melibatkan keseluruhan pinjaman (Sijil ASB) unless anda pecahkan sijil2 ASB anda semasa awal membuat pinjaman.
70. Apa itu surrender value (KLIK)?
Nilai modal terkumpul dalam ASB selepas tolak baki hutang.
71. Bagaimanakah kiraan surrender value (KLIK)?
(Modal ASB + dividen terkumpul) – baki pinjaman bank.
72. Bagaimana jika saya meninggal dunia?
Unit ASB jadi milik waris jika pinjaman dilindungi Takaful.
73. Jika saya meninggal, waris kena continue bayar?
Tak perlu. Bank auto akan batalkan pinjaman anda setelah waris serahkan bukti / Sijil kematian.
SALAH FAHAM (MITOS)
74. Betul ke ASB Financing (ASB Loan) rugi?
Tidak semestinya. Hasil bergantung kepada strategi dan disiplin.
75. Betul ke ASB Financing (ASB Loan) hanya untung jika dividen ASB tinggi?
Tidak. Faktor kos pembiayaan dan tempoh juga memainkan peranan.
76. Betul ke lebih baik simpan sendiri?
Bergantung kepada matlamat dan kemampuan kewangan.
77. Betul ke orang bergaji kecil tak sesuai?
Tidak semestinya. Yang penting ialah kemampuan, bukan semata-mata jumlah gaji.
78. Apa kesilapan paling biasa dibuat oleh pemohon?
Mengambil jumlah pembiayaan tanpa menilai kemampuan sebenar.
Strategi yang betul hari ini mampu mengubah kedudukan kewangan anda untuk 10, 20 malah 30 tahun akan datang.
Setiap keputusan kewangan yang bijak bermula dengan satu perbualan yang betul.
Saya sedia membantu anda membina strategi yang sesuai dengan objektif, cash flow dan matlamat kewangan anda. Klik & hubungi saya sekarang....
👉 012-5588680 (Wassap (KLIK)
Wealth Strategist | Pakar Strategi ASB Financing
👉 Berpengalaman menguruskan portfolio pelaburan bernilai >RM100 juta melibatkan ASB Financing, Unit Trust, Mandate Saham US, Bitcoin & FCPO, serta dipercayai oleh >1,000 pelabur di seluruh Malaysia.
Wealth Strategist | Pakar Strategi ASB Financing
👉 Berpengalaman menguruskan portfolio pelaburan bernilai >RM100 juta melibatkan ASB Financing, Unit Trust, Mandate Saham US, Bitcoin & FCPO, serta dipercayai oleh >1,000 pelabur di seluruh Malaysia.
📞 012-5588680 (KLIK)
📞 012-5588680 (KLIK)
TIPS ASB FINANCING (ASB LOAN) 2026
1. Rate & Offer- Kadar Pembiayaan Bank
2. Refinance for Better Rate
REFINANCING ASB FINANCING: BILA WAKTU PALING SESUAI? 7 SEBAB KENAPA RAMAI PELABUR BIJAK TUKAR KE KADAR LEBIH RENDAH
3. Tempoh Pembiayaan ASB Financing (ASB Loan)
ASB FINANCING : RAMAI INGAT TEMPOH PENDEK LEBIH BIJAK. HAKIKATNYA, STRATEGI TEMPOH PANJANG SELALUNYA LEBIH MENGUNTUNGKAN.
4. 'FREE' Extra 1 bulan Dividen ASB
ASB FINANCING: BETUL KE BOLEH DAPAT DIVIDEN 'EXTRA' 1 BULAN? INI PENJELASAN YANG RAMAI MASIH KELIRU (EDISI 2026)
5. Takaful dalam ASB Financing (ASB Loan)
ILMU ASB FINANCING
PAKEJ ASB FINANCING
1. Rate & Offer- Kadar Pembiayaan Bank
2. Refinance for Better Rate
REFINANCING ASB FINANCING: BILA WAKTU PALING SESUAI? 7 SEBAB KENAPA RAMAI PELABUR BIJAK TUKAR KE KADAR LEBIH RENDAH
REFINANCING ASB FINANCING: BILA WAKTU PALING SESUAI? 7 SEBAB KENAPA RAMAI PELABUR BIJAK TUKAR KE KADAR LEBIH RENDAH
3. Tempoh Pembiayaan ASB Financing (ASB Loan)
ASB FINANCING : RAMAI INGAT TEMPOH PENDEK LEBIH BIJAK. HAKIKATNYA, STRATEGI TEMPOH PANJANG SELALUNYA LEBIH MENGUNTUNGKAN.
ASB FINANCING : RAMAI INGAT TEMPOH PENDEK LEBIH BIJAK. HAKIKATNYA, STRATEGI TEMPOH PANJANG SELALUNYA LEBIH MENGUNTUNGKAN.
4. 'FREE' Extra 1 bulan Dividen ASB
ASB FINANCING: BETUL KE BOLEH DAPAT DIVIDEN 'EXTRA' 1 BULAN? INI PENJELASAN YANG RAMAI MASIH KELIRU (EDISI 2026)
5. Takaful dalam ASB Financing (ASB Loan)
ILMU ASB FINANCING
PAKEJ ASB FINANCING
Disclaimer:Perkongsian ini berdasarkan kiraan telus & pengalaman peribadi untuk tujuan pendidikan. Dividen dan kadar pembiayaan adalah tidak dijamin serta tertakluk kepada pihak bank dan ASNB dari semasa ke semasa. Sila buat penilaian kesesuaian peribadi sebelum membuat keputusan.
Disclaimer:
Perkongsian ini berdasarkan kiraan telus & pengalaman peribadi untuk tujuan pendidikan. Dividen dan kadar pembiayaan adalah tidak dijamin serta tertakluk kepada pihak bank dan ASNB dari semasa ke semasa. Sila buat penilaian kesesuaian peribadi sebelum membuat keputusan.




No comments:
Post a Comment