17 June 2026

ASB FINANCING MAYBANK (ASB LOAN MAYBANK) : BERBALOI ATAU TIDAK? PANDUAN LENGKAP SEBELUM ANDA MEMBUAT KEPUTUSAN

Ramai orang mencari maklumat tentang ASB Financing Maybank (ASB Loan Maybank) kerana mereka mahukan jawapan yang mudah: 

"Patut ambil atau tidak?"

Tetapi selepas lebih 10 tahun membantu lebih 1,000 pelanggan merancang kewangan (melebihi RM100 juta portfolio), saya dapati jawapannya hampir tidak pernah semudah "ya" atau "tidak". 

Semuanya bergantung kepada strategi.


"Saya Layak... Tapi Patut Mohon Ke?"

Beberapa hari lalu, saya menerima satu mesej WhatsApp daripada seorang prospek.

"Encik Adi... Saya sebenarnya dah layak ASB Financing Maybank. Tapi saya takut tersalah buat keputusan."

Saya senyum.

Sebab sepanjang lebih 10 tahun saya membantu pelanggan membina aset, saya dapati... Ramai sebenarnya tidak takut mengambil ASB Financing.

Mereka takut membuat keputusan yang salah.

Inilah sebab saya menulis artikel ini.

Bukan untuk meyakinkan anda untuk mengambil pembiayaan, tetapi supaya anda memahami bagaimana membuat keputusan yang lebih baik.

Apa Itu ASB Financing Maybank (ASB Loan Maybank)?


Secara ringkas, ASB Financing Maybank 
(ASB Loan Maybank) ialah :
👉 kemudahan pembiayaan yang membolehkan individu Bumiputera 
👉 untuk membeli unit Amanah Saham Bumiputera (ASB) menggunakan pembiayaan daripada Maybank
👉 tertakluk kepada syarat dan kelayakan semasa.

Konsep ini menggunakan leverage, iaitu :
🩷 anda memperoleh jumlah pelaburan lebih besar lebih awal tanpa perlu menunggu bertahun-tahun mengumpul modal sendiri.

Ramai melihat leverage sebagai jalan mempercepatkan pembinaan aset.
Saya pula melihatnya sebagai alat.

Seperti mana-mana alat, hasilnya bergantung kepada cara ia digunakan.
🩵 Jika digunakan dengan strategi yang betul, ia boleh membantu mempercepatkan pembinaan kekayaan.
🩵 Jika digunakan tanpa perancangan, ia boleh menjadi komitmen yang membebankan.

Kelebihan ASB Financing (ASB Loan)


Ramai memilih ASB Financing (ASB Loan) kerana beberapa sebab yang praktikal.

1. Membina Aset Lebih Awal

Ramai orang menyimpan sedikit demi sedikit.

Dengan pembiayaan, anda berpeluang memulakan pelaburan pada nilai yang lebih besar lebih awal.

Masa merupakan antara faktor paling penting dalam pelaburan. Semakin awal anda bermula, semakin panjang tempoh untuk kesan penggandaan (compounding) bekerja.

2. Disiplin Menyimpan

Bagi sesetengah individu, ansuran bulanan membantu mewujudkan disiplin kewangan.

Daripada bergantung kepada baki wang hujung bulan, mereka mempunyai komitmen tetap untuk membina aset.

3. Sesuai Untuk Perancangan Jangka Panjang

❌ ASB Financing bukan strategi untuk mendapatkan keuntungan dalam masa beberapa bulan.
✅ Ia lebih sesuai bagi mereka yang mempunyai horizon pelaburan bertahun-tahun dan sanggup kekal konsisten.

4. Proses Permohonan Yang Mudah

Bagi pelanggan yang sudah mempunyai hubungan perbankan dengan Maybank, urusan permohonan dan pembayaran biasanya lebih mudah diuruskan dalam satu ekosistem.

Kekurangan dan Risiko ASB Financing (ASB Loan) Yang Perlu Difahami


Inilah bahagian yang sering diabaikan.

Saya percaya seorang perunding yang baik bukan hanya menceritakan kelebihan, tetapi juga membantu pelanggan memahami risikonya.

1. Anda Mempunyai Komitmen Bulanan

Pembiayaan bermaksud anda perlu membayar ansuran mengikut jadual.

Jika pendapatan terjejas, komitmen ini tetap perlu dipenuhi.

2. Leverage Bukan Untuk Semua Orang

♥️ Leverage boleh mempercepatkan pembinaan aset.
♥️ Tetapi leverage juga meningkatkan komitmen kewangan.

Sebab itu saya tidak pernah mencadangkan semua orang mengambil jumlah pembiayaan maksimum. Bak kata orang lama, "Ukur baju di badan sendiri"

3. Kadar Pembiayaan Boleh Berubah

Bergantung kepada jenis pakej yang dipilih, perubahan kadar boleh mempengaruhi kos keseluruhan pembiayaan.

Oleh itu, penting untuk memahami struktur pembiayaan sebelum membuat keputusan.

Ringkasan Pakej ASB Financing Maybank (ASB Loan Maybank) 2026 



Ramai yang bertanya kepada saya tentang ASB Financing Maybank (ASB Loan Maybank)

Sebelum membuat keputusan, berikut ialah beberapa maklumat asas yang boleh dijadikan rujukan.

💜 Jumlah Pembiayaan
✅ Minimum: RM10,000
✅ Maksimum: RM200,000

💜 Tempoh Pembiayaan
Sehingga 35 tahun atau sehingga umur 70 tahun (yang mana terdahulu), tertakluk kepada umur dan kelayakan pemohon.

💜 Cara Memohon
Anda boleh membuat permohonan melalui:
📱 Aplikasi MAE
💻 Maybank2u
🏦 Mana-mana cawangan Maybank

💜 Kadar Efektif Pembiayaan*

1️⃣ Permohonan Secara Online (MAE / Maybank2u)
• Pembiayaan bawah RM30,000 : 4.40%
• RM30,000 ke atas : 4.15%

2️⃣ Permohonan di Cawangan
• Pembiayaan bawah RM30,000 : 4.55%
• RM30,000 ke atas (5 - 20 tahun) : 4.25%
• RM30,000 ke atas (21 - 35 tahun) : 4.30%

3️⃣ Permohonan Bersama Penjamin / Pemohon Bersama
• Pembiayaan bawah RM30,000 : 4.40%
• RM30,000 ke atas : 4.15%

*Kadar adalah berdasarkan maklumat semasa dan tertakluk kepada perubahan oleh pihak bank.


KategoriRating
Kemudahan Permohonan⭐⭐⭐⭐⭐
Kemudahan Digital⭐⭐⭐⭐⭐
Fleksibiliti⭐⭐⭐⭐☆
Kesesuaian Pelabur Baru⭐⭐⭐⭐☆
Nilai Jangka Panjang⭐⭐⭐⭐⭐

Maklumat di atas membantu anda memahami spesifikasi produk.

Tetapi semasa membantu pelanggan membuat keputusan, saya sebenarnya lebih memberi perhatian kepada tiga perkara berikut:

👉 Adakah jumlah pembiayaan itu benar - benar sesuai dengan kemampuan anda?
👉 Adakah ansuran bulanan masih selesa walaupun berlaku perubahan keadaan kewangan?
👉 Adakah ASB Financing ini selari dengan matlamat kewangan jangka panjang anda?

Pada pendapat saya, memilih strategi yang betul selalunya memberi impak yang lebih besar daripada sekadar memilih kadar pembiayaan yang paling rendah.


Siapa Yang Sesuai Mengambil ASB Financing (ASB Loan)?


Saya cadangkan kepada individu yang:

✅ mempunyai pendapatan tetap & stabil
✅ mempunyai rekod pembayaran yang baik
 mempunyai lebihan aliran tunai setiap bulan
✅ ingin membina aset dalam tempoh jangka panjang dan
✅ sanggup mengekalkan disiplin kewangan
✅ ada emergency fund
✅ faham leverage
✅ target horizon lebih 3 tahun

Saya tak cadangkan jika anda :

❌ ada hutang kad kredit yang tinggi
 tiada dana kecemasan 
 mempunyai aliran tunai (Cashflow) yang sempit
❌ mahu keuntungan cepat

mungkin lebih baik menyusun semula kewangan terlebih dahulu.

10 Perkara Yang Saya Akan Bincangkan Dengan Setiap Pelanggan Sebelum Mereka Memohon ASB Financing (ASB Loan)


1. Jangan Tengok Kadar Keuntungan Bank (Interest) Sahaja

Ini kesilapan paling biasa.
Ramai akan bertanya, "Bank mana paling murah?"

Hakikatnya, kadar keuntungan Bank (Interest) hanyalah salah satu daripada banyak faktor yang perlu dinilai.

Saya lebih suka melihat:
💜 Berapa jumlah pembiayaan yang sesuai?
💜 Berapa ansuran bulanan?
💜 Berapa kos keseluruhan sepanjang tempoh pembiayaan?
💜 Adakah pelanggan benar-benar mampu mengekalkan komitmen itu?

Kadangkala perbezaan kadar yang kecil memberi kesan yang jauh lebih rendah berbanding strategi yang salah.

Pandangan saya: Pelanggan yang mengambil jumlah optimum selalunya lebih konsisten berbanding pelanggan yang mengambil jumlah maksimum.Produk yang baik dengan strategi yang salah tetap boleh menghasilkan keputusan yang kurang baik.

2. Jangan Terus Ambil Jumlah Maksimum Walaupun Layak

Ramai beranggapan, "Kalau bank lulus RM200,000, ambillah RM200,000."

Saya tidak melihatnya begitu.
Saya lebih suka bertanya, "Berapa jumlah yang masih membuatkan anda tidur lena setiap malam?"

Objektif pembiayaan ialah membina aset, bukannya menambah tekanan kewangan.

Pandangan saya: Lebih besar pembiayaan tidak semestinya lebih baik jika ia mengganggu aliran tunai atau menyebabkan anda terpaksa mengorbankan matlamat kewangan lain.

Kajian Kes

En Hafiz, umur 30 (Gaji RM4,800)
Layak ASB Financing (ASB Loan) : RM200k
Tetapi saya hanya cadangkan ASB Fianncing (ASB Loan) RM150k (2 sijil ASB - RM100k & RM50k)

Kenapa?

Masih boleh:
♥️ Simpan emergency fund
♥️ Melabur Unit Trust - fund US Technology (Potentially >10% average a year)
♥️ Bayar ansuran dengan selesa - tiada bebanan

⚠️ Jika terbeban sangat, En Hafiz boleh 'let go' sijil RM50k (Dan maintain Sijil RM100k). 
*Kalau Sijil RM150k (1 sijil ASB jer tertulis RM150k), En Hafiz tak boleh 'let go' sebahagian (katakan RM50k). En Hafiz kena let go semuanya RM150k tu.

💙 Jika selesa dengan komitmen ini dan masih ada 'extra bajet', En Hafiz boleh plan tambah sijil ASB RM50k lagi next 6 month ke (Sijil ketiga) (Total akan jadi RM200k melalui 3 sijil ASB)

3. Jangan Buat Keputusan Kerana Kawan Pun Ambil

Saya pernah mendengar ayat seperti, "Kawan saya ambil RM200,000. Jadi saya pun nak ambil jumlah yang sama."

Masalahnya, kewangan setiap orang berbeza. Pendapatan, komitmen, tanggungan keluarga dan matlamat hidup tidak sama. Strategi yang sesuai untuk rakan anda belum tentu sesuai untuk anda.

Pandangan saya: Dalam perancangan kewangan, keputusan yang baik ialah keputusan yang sesuai dengan keadaan anda sendiri.

4. Jangan Membuat Keputusan Berdasarkan Dividen ASB Tahun Lepas Semata-Mata

Ramai pelabur terlalu teruja apabila melihat prestasi tahun sebelumnya. Tetapi keputusan pelaburan jangka panjang tidak sepatutnya dibuat hanya berdasarkan satu tahun prestasi.

Lebih penting ialah memahami:
🩵 Objektif anda
🩵 Tempoh pelaburan
🩵 Kemampuan mengekalkan komitmen
🩵 Bagaimana strategi itu masih berfungsi dalam pelbagai keadaan pasaran

Pandangan saya: Prestasi sejarah boleh menjadi rujukan, tetapi bukan jaminan prestasi masa hadapan.

5. Jangan Abaikan Cashflow Bulanan

Saya selalu berkata kepada pelanggan, "Aset yang baik tidak sepatutnya menyebabkan anda sesak nafas setiap hujung bulan."

Sebelum memohon, saya akan melihat:
📌 Pendapatan bersih
📌 Komitmen sedia ad
📌 Baki selepas semua perbelanjaan
📌 Ruang untuk menghadapi kenaikan kos sara hidup

Pandangan saya: ASB Financing (ASB Loan) sepatutnya membantu anda membina kekayaan, bukan menjejaskan kestabilan kewangan harian.

6. Jangan Lupa Dana Kecemasan

Ini antara perkara yang paling saya tekankan.

Saya lebih rela pelanggan menangguhkan permohonan beberapa bulan jika itu membolehkan mereka membina dana kecemasan yang mencukupi.

Tanpa dana kecemasan, sebarang perubahan seperti kehilangan pekerjaan, kecemasan keluarga atau masalah kesihatan boleh menyebabkan komitmen pembiayaan menjadi lebih sukar untuk diurus.

Pandangan saya: 
❌ Dana kecemasan bukan pesaing kepada pelaburan.
✅ Ia ialah pelindung kepada pelan pelaburan anda.

7. Jangan Anggap ASB Financing (ASB Loan) Sesuai Untuk Semua Orang

Saya percaya seorang perunding yang baik juga perlu berani berkata, "Buat masa ini, saya rasa pembiayaan ini belum sesuai untuk anda."

Contohnya jika seseorang:
🩷 baru mula bekerja
🩷 mempunyai hutang tidak terkawal
🩷 tiada simpanan langsung
🩷 aliran tunainya sangat ketat

Pandangan saya: Kadangkala langkah terbaik ialah memperkukuhkan asas kewangan terlebih dahulu sebelum menambah komitmen baharu.

8. Fahami Exit Strategy Sejak Hari Pertama

Ramai hanya fokus kepada cara memohon.

Saya lebih suka berbincang tentang apa yang akan berlaku selepas itu.
 
Contohnya:
💙 Berapa lama anda merancang untuk mengekalkan pembiayaan?
💙 Apakah matlamat akhirnya?
💙 Dalam keadaan apa anda mungkin mahu membuat penyelesaian awal?
💙 Adakah strategi anda akan berubah apabila pendapatan meningkat?

Pandangan saya: 
❌ Mempunyai pelan keluar tidak bermaksud anda bercadang untuk berhenti.
✅ Ia bermaksud anda membuat keputusan dengan lebih bersedia.

9. Fahami Risiko Jika Kadar Pembiayaan Bank (Interest) Berubah


Sesetengah pakej mempunyai struktur kadar yang boleh berubah mengikut terma pembiayaan.

Sebelum membuat keputusan, saya akan membantu pelanggan memahami:

❤️ bagaimana perubahan kadar boleh mempengaruhi ansuran atau kos keseluruhan
❤️ sejauh mana perubahan itu masih selesa untuk kewangan mereka
❤️ sama ada mereka mempunyai ruang kewangan untuk menghadapinya.

Pandangan saya: Membuat keputusan berdasarkan senario terbaik sahaja bukanlah pendekatan yang bijak.

10. Fahami Psikologi Pelaburan

Pada pendapat saya :
❌ Cabaran terbesar dalam pelaburan bukanlah produk
✅ Cabaran terbesar ialah emosi.

Ramai orang:
💜 terlalu yakin apabila keadaan ekonomi baik
💜 terlalu takut apabila pasaran tidak menentu

💜 mudah terpengaruh dengan cerita rakan atau media sosial
💜 sering menukar keputusan tanpa pelan yang jelas.

Pandangan saya: strategi yang baik perlu mampu bertahan bukan sahaja ketika keadaan menggalakkan, tetapi juga ketika keadaan menjadi lebih mencabar.

Bagaimana Jika Berlaku Senario Yang Tidak Diingini?


"Saya Selalu Beritahu Pelanggan...

Jangan hanya bertanya: "Berapa keuntungan kalau semuanya berjalan lancar?"

Tetapi tanya juga... "Apa pelan saya kalau keadaan tidak berjalan seperti yang dirancang?"

Berdasarkan pengalaman saya, 
❌ pelanggan yang paling tenang bukanlah mereka yang mempunyai pembiayaan paling besar.
✅ Mereka ialah pelanggan yang sudah bersedia menghadapi pelbagai kemungkinan sebelum menandatangani permohonan.

Mari kita lihat beberapa situasi yang sering menjadi kebimbangan pelanggan.


Senario 1 – Bagaimana Jika Saya Hilang Pekerjaan?

Ini antara soalan pertama yang saya bincangkan dengan pelanggan.

Sekiranya pendapatan utama terjejas, ansuran pembiayaan tetap perlu diteruskan mengikut terma pembiayaan.

Sebab itu saya selalu menggalakkan pelanggan menyediakan dana kecemasan sekurang-kurangnya 3 hingga 6 bulan komitmen hidup sebelum menambah pembiayaan baharu.

Jika berlaku kehilangan pekerjaan, dana kecemasan memberi ruang untuk anda menyusun semula kewangan tanpa perlu membuat keputusan tergesa-gesa.

Pandangan saya: Jangan jadikan ASB Financing sebagai simpanan kecemasan. Dana kecemasan dan pelaburan mempunyai fungsi yang berbeza.


Senario 2 – Bagaimana Jika Dividen ASB Menurun?

Ramai orang membuat keputusan berdasarkan kadar dividen ASB tahun sebelumnya.

Hakikatnya, prestasi pelaburan boleh berubah mengikut keadaan ekonomi dan prestasi aset yang dilaburkan.

Oleh itu, saya lebih suka pelanggan melihat ASB Financing sebagai strategi jangka panjang, bukannya bergantung kepada prestasi satu atau dua tahun sahaja.

Jika matlamat anda ialah membina aset untuk tempoh 5, 10, 20 atau 30 tahun, turun naik prestasi jangka pendek perlu dilihat dalam konteks yang lebih luas.

Pandangan saya: Jangan ubah strategi hanya kerana satu tahun prestasi tidak seperti yang diharapkan.


Senario 3 – Bagaimana Jika Kadar Pembiayaan Berubah?

Bergantung kepada struktur pakej yang dipilih, perubahan kadar pembiayaan boleh mempengaruhi ansuran atau kos keseluruhan pembiayaan.

Sebelum membuat keputusan, saya akan berbincang dengan pelanggan:
📌 Adakah ansuran masih selesa jika kadar meningkat?
📌 Berapa ruang lebihan aliran tunai setiap bulan?
📌 Adakah masih mampu mengekalkan komitmen tanpa menjejaskan keperluan asas?

Jika jawapannya "tidak", mungkin jumlah pembiayaan yang dipohon perlu disemak semula.

Pandangan saya: Jangan buat kiraan berdasarkan senario terbaik sahaja. Sentiasa uji pelan anda dengan beberapa kemungkinan.


Senario 4 – Bagaimana Jika Saya Perlukan Wang Dengan Segera?

Kehidupan tidak selalu berjalan mengikut perancangan.

Mungkin berlaku kecemasan keluarga, kos perubatan atau keperluan lain yang memerlukan tunai dalam masa singkat.

Sebab itu saya selalu menasihatkan pelanggan supaya tidak menggunakan semua lebihan wang untuk satu strategi sahaja.

Diversifikasi dan pengurusan kecairan (liquidity) juga penting dalam perancangan kewangan.


Senario 5 – Bagaimana Jika Saya Berubah Fikiran Beberapa Tahun Kemudian?

Keadaan hidup boleh berubah.

Mungkin anda berkahwin, mendapat anak, berpindah kerja atau mempunyai matlamat kewangan yang baharu.

Sebab itu saya selalu berbincang tentang exit strategy sebelum permohonan dibuat.

Pelan yang baik ialah pelan yang masih fleksibel apabila kehidupan berubah.

Bagaimana Jika Semuanya Berjalan Seperti Yang Dirancang?


Ramai orang terlalu fokus kepada ansuran bulanan.

Tetapi saya selalu mengajak pelanggan melihat satu soalan yang lebih besar.

"Di manakah kedudukan kewangan anda 10 atau 20 tahun dari sekarang jika anda kekal konsisten?"

Dalam perancangan kewangan, keputusan yang baik selalunya tidak memberikan hasil yang besar dalam masa beberapa bulan.

Tetapi ia boleh memberikan perubahan yang sangat ketara apabila diberi masa untuk berkembang.

Mari kita lihat bagaimana saya biasanya membantu pelanggan membayangkan perjalanan tersebut.

Selepas 5 Tahun...

Pada peringkat ini, matlamat utama bukanlah menjadi kaya.
Sebaliknya, anda sedang membina asas yang kukuh.

Kebanyakan pelanggan yang berjaya akan mula melihat perubahan seperti:
✅ Disiplin kewangan semakin baik.
✅ Ansuran menjadi sebahagian daripada rutin bulanan.
✅ Aset mula berkembang.
✅ Keyakinan terhadap perancangan kewangan semakin meningkat.

Bagi saya...
Lima tahun pertama ialah tempoh membina tabiat, bukan mengejar keuntungan.

Selepas 10 Tahun...

Di sinilah ramai pelanggan mula benar-benar merasai hasil daripada disiplin mereka.

Mereka biasanya mempunyai:

✅ Nilai aset yang jauh lebih besar berbanding ketika bermula.
✅ Rekod kewangan yang lebih matang.
✅ Keyakinan untuk merancang matlamat kewangan lain seperti pendidikan anak atau persaraan.

Pada tahap ini, ramai pelanggan mula sedar bahawa keputusan kecil yang dibuat 10 tahun dahulu sebenarnya telah memberikan kesan yang besar kepada kedudukan kewangan mereka hari ini.


Selepas 20 Tahun...

Jika strategi dipilih dengan betul dan komitmen dapat dikekalkan, tempoh ini selalunya menjadi fasa di mana kesan compounding semakin ketara.

Ramai pelanggan bukan sahaja mempunyai aset yang lebih kukuh, malah berada dalam kedudukan kewangan yang jauh lebih selesa berbanding ketika mula bekerja.

Inilah sebab saya selalu mengatakan bahawa:

ASB Financing bukan tentang mengejar dividen tahun ini. Ia tentang membina kekayaan secara konsisten selama puluhan tahun.

Adakah Maybank Bank Terbaik?


Soalan ini saya terima hampir setiap minggu.

Jawapan saya mungkin mengejutkan.

💙 Saya tidak percaya ada satu bank yang sentiasa terbaik untuk semua orang.
💙 Setiap bank mempunyai proses, polisi dan pakej yang berbeza.
💙 Bagi sesetengah pelanggan, satu bank mungkin lebih sesuai kerana kemudahan digital.
💙 Bagi pelanggan lain, faktor kelulusan atau struktur pembiayaan mungkin lebih penting.

Jadi, daripada bertanya.. "Bank mana paling bagus?"

Saya lebih suka bertanya:
📌 Apakah matlamat kewangan anda?
📌 Berapa ansuran yang benar-benar selesa? 
📌 Berapa lama anda merancang untuk mengekalkan pembiayaan ini?
📌 Adakah pembiayaan ini masih sesuai jika keadaan kewangan berubah?

Soalan-soalan inilah yang membantu menghasilkan keputusan yang lebih baik.

Tips Memilih Bank Yang Sesuai


Sebelum membuat keputusan, saya cadangkan anda menilai beberapa perkara berikut:
✅ Fahami struktur pembiayaan dan kadar bank (Interest) yang ditawarkan.
✅ Bandingkan kemudahan permohonan dan perkhidmatan selepas jualan.
✅ Pilih jumlah pembiayaan mengikut kemampuan, bukan kelayakan maksimum.
✅ Pastikan anda mempunyai dana kecemasan.
✅ Dapatkan pandangan kedua daripada perunding yang sanggup menerangkan kelebihan dan kekurangan secara objektif.

KESIMPULAN


ASB Financing 
(ASB Loan) boleh menjadi salah satu strategi membina kekayaan jangka panjang jika digunakan dengan perancangan yang betul.

❌ Namun, keputusan yang baik bukan bermula dengan memilih bank.
✅ Ia bermula dengan memahami matlamat kewangan, kemampuan sebenar dan strategi yang sesuai dengan kehidupan anda.

Sepanjang membantu pelanggan membina strategi kewangan, saya dapati mereka yang mencapai hasil terbaik bukanlah mereka yang:
❌ Sentiasa mencari kadar paling rendah.
❌ Sentiasa menukar strategi.
❌ Sentiasa mengejar "timing" terbaik.

Sebaliknya...

Mereka ialah pelanggan yang:

✅ Memilih jumlah pembiayaan yang sesuai.
✅ Mengurus cashflow dengan baik.
✅ Tidak panik apabila keadaan ekonomi berubah.
✅ Terus konsisten dengan pelan jangka panjang.

Pada akhirnya, masa sering menjadi faktor yang paling memberi kesan kepada pembinaan kekayaan.

Saya sebenarnya tidak kisah sama ada anda memilih Maybank, RHB atau bank lain. 

Yang lebih penting...
Anda benar-benar faham kenapa anda membuat keputusan tersebut.

Kalau anda perlukan seseorang untuk menyemak strategi, mengira kemampuan dan berkongsi pandangan secara objektif...
Saya sedia membantu.

Strategi yang betul hari ini mampu mengubah kedudukan kewangan anda untuk 10, 20 malah 30 tahun akan datang. 

Setiap keputusan kewangan yang bijak bermula dengan satu perbualan yang betul.

Saya sedia membantu anda membina strategi yang sesuai dengan objektif, cash flow dan matlamat kewangan anda. Klik & hubungi saya sekarang....
👉 012-5588680 (Wassap (KLIK)
👉 012-5588680 (Wassap (KLIK)
👉 012-5588680 (Wassap (KLIK)

Perkongsian Ekslusif ASB Financing...

Wealth Strategist | Pakar Strategi ASB Financing

👉 Berpengalaman menguruskan portfolio pelaburan bernilai >RM100 juta melibatkan ASB Financing, Unit Trust, Mandate Saham US, Bitcoin & FCPO, serta dipercayai oleh >1,000 pelabur di seluruh Malaysia.


Disclaimer:
Perkongsian ini berdasarkan kiraan telus & pengalaman peribadi untuk tujuan pendidikan. Dividen dan kadar pembiayaan adalah tidak dijamin serta tertakluk kepada pihak bank dan ASNB dari semasa ke semasa. Sila buat penilaian kesesuaian peribadi sebelum membuat keputusan.

No comments:

Post a Comment