18 May 2018

THE BEST ISLAMIC FUNDS - UNIT TRUST TERBAIK MALAYSIA - MAY 2018

Artikel ini insyaAllah memberikan maklumat terkini Prestasi Unit Trust Terbaik Malaysia - Patuh Shariah bagi May 2018 (Total Return & Annualised Return) berdasarkan sumber maklumat sahih lagi diyakini di Morningstar dan akhbar The Edge, Edisi 1214 (May 14 - May 20, 2018).
======================

Pelbagai artikel khusus berkaitan unit trust yang TERBARU lagi TERKINI di http://rosyaidiradzi.blogspot.my

Buat pelabur baru / bakal pelabur, adalah digalakkan untuk mendapatkan maklumat Asas dan Tips Pelaburan Unit Trust  melalui pautan ini (KLIK).


=======================

UNIT TRUST DI MALAYSIA

Unit Trust = Unit Amanah = Amanah Saham. Konsep mudah: kita minta orang lain (fund manager) uruskan dan laburkan duit kita dalam saham terpilih. Anda tak perlu monitor hari-hari harga NAV unit trust. Berikan 'trust' anda kepada Fund Manager untuk kembangkan duit anda. Konsep sama seperti ASB (ASB juga adalah unit trust). Unit trust adalah medium pelaburan jangkamasa sederhana dan panjang.

Fund / Dana = Tabung (seperti Eastspring Dana Ilham, PMB Shariah Aggresive, Amanah Saham Bumiputra, Amanah Hartanah Bumiputra). Setakat 31 March 2018, terdapat sebanyak 655 dana ditawarkan di Malaysia. Namun, hanya 226 dana (35%) adalah dana Patuh Syariah - Islamic Fund. Data ini dipetik daripada Suruhanjaya Sekuriti (KLIK).

Syarikat unit trust (Unit Trust Management Company, UTMC) = syarikat kewangan berlesen (Bank Negara, Suruhanjaya Sekuriti) yang menguruskan pelaburan ahli dalam fund yang dipilih. Setakat 31March 2018, terdapat 36 syarikat unit trust. Antaranya adalah PMB Investment Berhad, Phillip Mutual Berhad, Public Mutual Berhad, CIMB Principal, Kenanga, Manulife, RHB Asset Management, Eastspring Investment dan banyak lagi. Sumber : FIMM (Federation of Investment Managers Malaysia)-(KLIK)

PRESTASI DANA UNIT TRUST

Data ini merangkumi prestasi Annualised Return dan Total Return ...gabungan bagi semua sector / kategori - Equity, Mixed Asset/ Balanced, Bond/ Sukuk dan Money Market. Ia juga disusun mengikut return tertinggi bagi mana-mana dana baik dana tempatan (Malaysia) mahupun dana yang melabur di luar negara. 

Prestasi dana unit trust boleh diukur berdasarkan:


Total Return / Cumulative Return
  • Total rise in the value of a fund’s investments over time, assuming that income and capital gains distributions were reinvested.
  • Bahasa mudahnya adalah Jumlah Pulangan Terkumpul untuk suatu tempoh masa.
Contohnya, Eastspring Investment Dinasti Equity telah mencatatkan 95.53% untuk tempoh 5 tahun setakat 4/5/2018. Jika tuan-puan melabur RM10,000 pada 3/5/2013, maka sekarang (4/5/2018) anda telah mendapat kenaikan pelaburan = untung sebanyak 95.53% (bersamaan RM9,553). Maka nilai pelaburan anda sekarang berjumlah RM19,553 (Modal RM10,000 + Untung RM9,553).

Rujukan utama bagi Total Return ini adalah melalui akhbar mingguan ekonomi terkenal, The Edge - Lipper Fund Table. Jadual di bawah menunjukkan 80 dana terbaik Total Return bagi tempoh 5 tahun.






Total Return Unit Trust bagi tempoh 5 tahun. KLIK gambar untuk lebih jelas. Sumber : Lipper Fund Table - The Edge #1214 (May 14 - May 20, 2018)


Eastspring Dinasti Equity berjaya mengungguli 226 dana patuh shariah yang lain dari segi Total Return, dengan 95.53% bagi tempoh 5 tahun. Dana ini adalah daripada kategori Equity Greater China, yang fokuskan pelaburan di negara China, Hong Kong dan Taiwan. Perkembangan pesat ekonomi kuasa besar China membantu melonjakkan prestasi dana ini. Antara syarikat utama pelaburan dana ini adalah AlibabaTaiwan Semiconductor, Tencent,  dan China Mobile. Sector Allocation terbesar dana ini adalah Technology.

Public China Ittikal mencatatkan prestasi yang sangat baik, dengan mencatatkan keuntungan terkumpul sebanyak 75.28% bagi tempoh 5 tahun (3/5/2013 - 4/5/2018). PMB Shariah Aggresive pula mencatatkan prestasi 65.62% bagi tempoh yang sama.

Dana Ekuiti terbaik bagi tempoh 5 tahun ini (29 March 2013 - 30 March 2018) adalah:
  1. Eastspring Dinasti Equity (95.53%)
  2. Public China Ittikal (75.28%)
  3. PMB Shariah Aggressive (65.62%)
  4. Public Islamic Asia Leaders Equity (63.32%)
  5. CIMB Islamic Asia Pacific Equity (61.95%)
Dana Balanced / Mixed Asset juga tak kurang bagus prestasinya. Ada antara dana2 ini yang mencatatkan prestasi yang setanding (malah ada yang lebih baik) dana Equity yang lain.
  1. Dana Makmur Pheim (62.17%)
  2. Eastspring Dana Dinamik (55.23%)
  3. Public islamic Asia Tactical Allocation (50.06%)
  4. Manuife HW Shariah Flexi (42.61%)
  5. Libra Syariah Extra (38.40%)
Dapatan menarik daripada data statistik ini:
  1. Terdapat hanya 2 dana yang mencatatkan prestasi Total Return >75% bagi tempoh 5 tahun, iaitu Eastspring Dinasti Equity dan Public China Ittikal.
  2. Terdapat 15 dana sahaja (6.6%) yang mencatatkan prestasi Total Return >50% bagi tempoh 5 tahun.
  3. Daripada senarai Top 10, sebanyak 7 dana adalah dana yang melabur di luar Malaysia (Greater China & Asia Pacific).
  4. Terdapat 1 dana Balanced yang berjaya mencatatkan return setanding Equity dan berada dalam Top 10, iaitu Dana Makmur Pheim.
  5. Dana Equity Terbaik setakat ini : Eastspring Dinasti Equity.
  6. Dana Balanced / Mixed Asset terbaik setakat ini : Dana Makmur Pheim
  7. Dana Bond / Sukuk terbaik setakat ini : RHB Islamic Bond
  8. Dana terbaik yang melabur dalam Malaysia sepenuhnya : PMB Shariah Aggresive.
  9. Dana terbaik yang melabur di luar Malaysia : Eastspring Dinasti Equity
  10. Dana yang boleh dilabur dengan KWSP (EPF Approved Fund) terbaik : Eastspring Dinasti Equity
Data ini sekadar menunjukkan prestasi Top 80 (35%) sahaja berbanding keseluruhan dana Islamik, iaitu sebanyak 226 dana. Terdapat 3 kemungkinan jika sesuatu dana itu tidak tersenarai dalam Top 80 ini:
1) Prestasinya berkedudukan antara 81-226, iaitu prestasi Total Return semasa adalah <20.24% bagi tempoh 5 tahun.
2) Sesuatu dana itu belum cukup umur (kurang daripada 5 tahun sejak ia dilancarkan)
3) Sesuatu dana itu tidak tersenarai dalam list Lipper (Rujukan prestasi ini berpandukan list daripada Lipper, keluaran di akhbar The Edge sepenuhnya)

.
Bagaimanakah pencapaian dana anda?

Annualized Return

Annualized return is year-over-year growth rate of an investment over a specified period of time and calculated as:

Umumnya atau bahasa mudahnya, ia adalah Purata Pulangan Setahun. Biasanya ia diukur untuk tempoh 3 tahun, 5 tahun dan 10 tahun. Pelabur boleh menyemaknya dengan beberapa langkah mudah seperti yang ditunjukkan melalui artikel ini - Morningstar (KLIK). Jadual di bawah menunjukkan 80 dana terbaik Total return bagi tempoh 5 tahun.




   Annualised Return Unit Trust bagi tempoh 5 tahun. KLIK gambar untuk lebih jelas. Sumber : Morningstar as 30/4/2018

Eastspring Dinasti Equity cemerlang unggul dengan pencapaian 14.16% purata setahun bagi tempoh 5 tahun setakat 30/4/2018. Public China Ittikal pula mencatatkan 11.74% bagi tempoh masa yang sama diikuti oleh Public Islamic Asia Leaders Equity (10.43%).

Dana Ekuiti terbaik bagi tempoh yang sama adalah:
  1. Eastspring Dinasti Equity (14.16%)
  2. Public China Ittikal (11.74%)
  3. Public Islamic Asia Leaders Equity (10.43%)
  4. PMB Shariah Aggressive (10.16%)
  5. CIMB Islamic Asia Pacific Equity (10.15%)
Dana Balanced / Mixed Asset juga tak kurang bagus prestasinya. Ada antara dana2 ini yang mencatatkan prestasi yang setanding (malah ada yang lebih baik) Equity.
  1. Dana Makmur Pheim (9.95%)
  2. Eastspring Dana Dinamik (8.95%)
  3. Public islamic Asia Tactical Allocation (8.63%)
  4. Manuife HW Shariah Flexi (7.19%)
  5. Libra Syariah Extra (6.69%)
Dapatan menarik daripada prestasi 5 tahun bagi data ini:
  1. Terdapat 6 dana yang mencatatkan prestasi purata >10% setahun.
  2. Terdapat 19 dana sahaja (8.4%) yang mencatatkan prestasi purata >7.5% setahun.
  3. Daripada senarai Top 10, sebanyak 7 dana adalah dana yang melabur di luar Malaysia (Greater China & Asia Pacific).
  4. Dana Equity terbaik setakat ini : Eastspring Dinasti Equity
  5. Dana Balanced / Mixed Asset terbaik setakat ini : Dana Makmur Pheim
  6. Dana Bond / Sukuk terbaik setakat ini : RHB Islamic Bond
  7. Dana terbaik yang melabur dalam Malaysia sepenuhnya : PMB Shariah Aggresive.
  8. Dana terbaik yang melabur di luar Malaysia : Eastspring Dinasti Equity
  9. Dana yang boleh dilabur dengan KWSP (EPF Approved Fund) terbaik : Eastspring Dinasti Equity
Data ini sekadar menunjukkan prestasi Top 80 sahaja (35%) berbanding keseluruhan dana Islamik, iaitu sebanyak 226 dana. Terdapat 3 kemungkinan jika sesuatu dana itu tidak tersenarai dalam Top 80 ini:
1) Prestasinya berkedudukan antara 81-226, iaitu prestasi semasa adalah <3.67% secara purata setahun, bagi tempoh 5 tahun.
2) Sesuatu dana itu belum cukup umur (kurang daripada 5 tahun sejak ia dilancarkan)

3) Sesuatu dana itu tidak tersenarai dalam list Morningstar (Rujukan prestasi dana ini adalah berdasarkan apa yang tersenarai di laman web Morningstar).

Maka, Diversify pelaburan anda dalam beberapa dana terbaik untuk pulangan yang lebih baik. Adakah anda sedang melabur dalam dana yang bagus prestasinya?

TREND PELABURAN

Apakah trend pelaburan sekarang?
Sector manakah yang sedang perform dan mencatatkan prestasi yang bagus?


Total Return Unit Trust bagi tempoh 5 tahun. KLIK gambar untuk lebih jelas. Sumber : Lipper Fund Table - The Edge #1214 (May 14 - May 20, 2018)


Senarai dana di atas ini menunjukkan Top 30 dana unit trust terbaik daripada keseluruhan 655 dana (Islamic Fund & Conventional Fund).  Penyenaraian Top 30 ini adalah berdasarkan 30 dana yang mencatatkan Total Return tertinggi bagi tempoh 5 tahun (3/5/2013 - 4/5/2018). Ia mencampurkan semua sector sekaligus - Equity, Balanced...

Dapatan data ini jelas menunjukkan:
1. Sector yang membuat pelaburan di luar Malaysia (Rujuk Column Sector - warna biru) menguasai sebahagian besar (83%) dana terbaik Top 30 ini. Maksudnya, sebanyak 25 dana Top 30 ini adalah terdiri antaranya daripada sector Equity Asia Pacific, Equity Greater China dan Equity Global.
2. Sebanyak 13 dana (43%) Top 30 ini adalah dana yang mempunyai pelaburan yang besar di negara China (Rujuk Column % Return - warna merah). Malah, dana terbaik juga adalah dana yang fokuskan 100% pada market China. Ini membuktikan bahawa China adalah negara yang anda tak boleh untuk anda abaikan dalam pelaburan masa kini.
3. Tidak ada satu pun company unit trust yang kelihatan begitu dominan (Rujuk Column Company). Setiap company mempunyai dana2 yang bagus. Maka, seharusnya juga anda pecahkan (Diversify) pelaburan ke beberapa dana yang bagus tanpa fokuskan pada satu2 company sahaja.

Total Return Unit Trust (By Sector) bagi tempoh 5 tahun. KLIK gambar untuk lebih jelas. Sumber : Lipper Fund Table - The Edge #1214 (May 14 - May 20, 2018)

Senarai di atas ini pula menunjukkan Prestasi By Sector unit trust (Islamic) bagi beberapa julat masa - 3 bulan, 6 bulan, 1 tahun, 3 tahun dan 5 tahun. Ia adalah PURATA Prestasi Dana Unit Trust (Islamic Fund sahaja) bagi beberapa Sector utama setakat 4/5/2018.

Dapatan data ini jelas menunjukkan:


1. Sector Equity dan Mixed Asset bagi tempoh short term (3 bulan & 6 bulan) sedang mengalami prestasi yang tidak menentu. Yang paling terkesan adalah dana2 daripada Sector Equity Malaysia SM & Mid Cap seperti dana Public Islamic Opportunities, CIMB Islamic Small Cap, PMB Shariah Small Cap, Eastspring Islamic Small Cap, Public Islamic Select Treasures, RHB Islamic Emerging Opportunity, PMB Shariah Mid Cap. Dana Equity Malaysia yang strategi pelaburannya mirip2 Equity SM & Mid Cap turut sama terkesan seperti PMB Shariah Aggresive dan BIMB i Growth.
2. Sector Equity Asia Pacific dan Equity Greater China kelihatan lebih utuh dan konsisten bagi tempoh sederhana-panjang (3 Years & 5 Years). sector ini memberikan fokus pelaburan di luar Malaysia.
3.Sector Bond dan Money Market kekal utuh meskipun kebanyakan sector lain 'merah'. Ia bersesuaian dengan Faktor Risiko yang sangat rendah dan selamat. Tapi, jangan harapkan return yang tinggi daripada sector ini. Low Risk... Low return.
4. Yang merah (Negative Return) = harga murah? Boleh dikatakan begitulah. Ia adalah peluang untuk anda membeli unit pada harga yang lebih rendah. 
5. PENTING! Harga unit yang rendah bukanlah satu-satunya parameter dalam menentukan dana pilihan pelaburan kita. Harga unit insyaAllah akan naik dari masa ke semasa. Yang menentukan cepat lambat kenaikan harga sesuatu dana adalah POTENSI sesuatu dana tersebut. Dana yang bagus dan berpotensi pasti akan naik cepat dan banyak. 
.
Bagaimana nak lihat Potensi sesuatu dana?
.
Cuba bincangkan dengan agen / konsultan anda. InsyaAllah mereka dapat membantu anda dalam memilih dana yang bagus, berkualiti dan mempunyai Potensi yang besar untuk meningkat pada kadar yang lebih cepat dan lebih tinggi pulangan berbanding yang lain.

NASIHAT PELABURAN

1. Objektif Pelaburan. Tetapkan objektif pelaburan yang jelas. 
  • Unit trust adalah medium pelaburan untuk tempoh sederhana-panjang.
  • Pelaburan unit trust adalah untuk mendapatkan return yang baik, dan bukan melabur untuk mendapatkan takaful. Kalau kebetulan dapat FREE takaful, ia adalah BONUS. Namun, ia sepatutnya tidak menyebabkan Fokus Pelaburan anda terganggu. Kena tahu keutamaan dan sebab apa anda melabur.
  • Apakah objektif dana unit trust anda? Setiap dana mempunyai Objektif yang tersendiri. Ianya tercatat di Fund Fact Shet / Annual Report / Product Highlight Sheet ataupun Prospectus.
  • Adakah Objektif Pelaburan anda seiring dengan Objektif Dana Pelaburan anda?
2. Jika berhajat untuk melabur untuk tempoh long term, adalah digalakkan untuk refer data2 prestasi long term juga (biasanya data 5 tahun). Jangan pula... plan nak invest 5 tahun, tapi refer prestasi data yang 6 bulan... sudah pasti ianya tidak tepat dan mungkin meningkatkan potensi kerugian.

3. Sebaiknya, selidik data prestasi yang lepas-lepas.... Total Return, Annualized Return dan Calendar Return. Bagaimanakah prestasi dana tersebut 5 tahun yang lepas? Prestasi 2017? Prestasi 2016? Prestasi 2015? Prestasi 2014? Prestasi 2013?
  • Sila KLIK artikel ini, yang menunjukkan prestasi dana unit trust (Calendar Return) untuk hampir semua dana patuh shariah di Malaysia bagi tahun 2013, 2014, 2015, 2016 dan 2017.
  • Cuba kenal pasti, berapa kali (berapa tahun) dana tersebut mencatatkan prestasi melebihi prestasi tahunan KWSP / Tabung Haji / ASB bagi tempoh 5 tahun sebelum ini?
4. Setiap dana mempunyai faktor risiko yang berbeza. Ada yang High Risk... Ada yang Moderate Risk... Kenalilah risiko sesuatu dana dengan mendapatkan nilai Fund Volatility Factor dan tahu juga Fund Volatility Classification (FVC) dana tersebut. 
  • FVF is basically the annualized Standard Deviation of the fund over the past 3 years.
  • FVC (Risk Classification) : Very High, High, Moderate, Low, Very Low
  • Nilai ini biasanya tercatat dalam Fund Fact Sheet (Monthly Report)... atau anda boleh tanya sahaja daripada agen / konsultan anda.
5. Setiap dana mempunyai penanda aras (Benchmark) masing2. Ia adalah kayu ukur kepada prestasi sesuatu dana tersebut. Jika dana anda berprestasi 7% (ok juga kan?) sedangkan benchmark dana tersebut berprestasi 8%.... bermakna dana anda belum lagi betul2 perform. 
.
Berapa bagus prestasi dana anda berbanding Benchmark? Bagaimanakah cara untuk kita mengukurnya?
  • Alpha, bahasa mudahnya adalah parameter yang digunakan bagi menilai prestasi dana berbanding Benchmark.
  • It represent the excess return of an investment relative to the return of a benchmark index.
  • Generally, the greater the value, the more attractive the risk-return profile of an investment.
  • Cara-cara untuk mendapatkan nilai Alpha.
    • Buka laman web Morningstar (KLIK)
    • Search (Local Representative) - pilih mana-mana syarikat unit trust. Contohnya, Eastspring Investments Berhad
    • Pilih dan KLIK mana-mana dana yang diingini. Contohnya, Eastspring Dinasti Equity
    • Klik pada bahagian Rating & Risk
    • Semak nilai Alpha di bahagian Modern Portfolio Statistic.
  • Antara nilai Alpha bagi dana utama adalah:
    • Dana Makmur Pheim : 6.94
    • Eastspring Dinasti Equity : 5.71
    • PMB Shariah Premier : 4.07
    • PMB Shariah Growth : 2.83
    • Manulife Shariah Progress : 2.22
    • Eastspring Dana Dinamik : 2.04
    • CIMB Islamic Asia Pacific Equity : 2.01
    • Public Islamic Opportunities : 1.91
    • PMB Shariah Aggressive : 1.68
    • Affin Hwang Aiiman Growth : 1.20
    • Public Asia Ittikal : 0.66
    • Public China Ittikal : 0.65
    • Kenanga Syariah Growth : 0.51
    • Manulife HW Shariah Flexi : 0.45
    • CIMB Islamic DALI Equity : 0.30
    • CIMB Islamic DALI Asia Pacific Equity Growth : -0.05
    • Eastspring Dana Al-Ilham : -0.31
    • InterPac Dana Safi : -0.43
    • Public Ittikal Sequel : -0.91
    • Public Ittikal -1.18
    • CIMB Islamic DALI Equity Growth : -2.97
    • CIMB Islamic DALI Equity Theme : -3.82
6. Benarkah istilah High Risk High Return, Low Risk Low Return
Sebenarnya ianya tidak tepat kerana dalam market, ada jer dana yang Moderate Risk, tapi High Return.... mahupun dana yang High Risk, tapi Low Return. 
Bagaimanakah caranya untuk menilai dan mengenal pasti dana2 ini?
  • Sharpe Ratio - Nilai ini membolehkan kita mengenalpasti kualiti sesuatu dana berdasarkan (i) Return dan (ii) faktor Risiko.
  • It is the average return earned in excess of the risk-free rate per unit of volatility or total risk.
  • Generally, the greater the value of the Sharpe Ratio, the more attractive the risk-adjusted return.
  • Artikel ini menyenaraikan beberapa dana utama bersama dengan beberapa parameter penting termasuk Sharpe Ratio. Sila KLIK.
  • Cara-cara untuk mendapatkan nilai Sharpe Ratio.
    • Buka laman web Morningstar (KLIK)
    • Search (Local Representative) - pilih mana-mana syarikat unit trust. Contohnya, Eastspring Investments Berhad
    • Pilih dan KLIK mana-mana dana. Contohnya, Eastspring Dinasti Equity
    • Klik pada bahagian Rating & Risk
    • Semak nilai Sharpe Ratio di bahagian Volatility Measurement.
  • Antara nilai Sharpe Ratio bagi dana utama adalah:
    • Eastspring Dinasti Equity : 0.75
    • Public Asia Ittikal : 0.52
    • Dana Makmur Pheim : 0.46
    • CIMB Islamic Asia Pacific Equity : 0.46
    • PMB Shariah Premier : 0.45
    • Public China Ittikal : 0.36
    • Eastspring Dana Dinamik : 0.28
    • CIMB Islamic DALI Asia Pacific Equity Growth : 0.26
    • Manulife HW Shariah Flexi : 0.06
    • Public Islamic Opportunities : 0.02
    • CIMB Islamic DALI Equity : 0.02
    • PMB Shariah Growth : 0.00
    • Manulife Shariah Progress : 0.00
    • InterPac Dana Safi : -0.02
    • Affin Hwang Aiiman Growth -0.04
    • Eastspring Dana Al-Ilham : -0.07
    • PMB Shariah Aggressive : -0.08
    • Kenanga Syariah Growth : -0.14
    • Public Ittikal Sequel : -0.18
    • Public Ittikal -0.24
    • CIMB Islamic DALI Equity Growth : -0.44
    • CIMB Islamic DALI Equity Theme : -0.53
7. Diversify - Pecahkan pelaburan anda... jangan longgokkan setempat!
  • Jangan la semua dana yang sama jer (meskipun ianya dana terbaik).
  • Jangan la hanya pilih dana yang invest pada sector yang sama sahaja. Contohnya, semua dana anda invest di sector Equity Small & Mid Cap sahaja. Bila Equity Small & Mid Cap jatuh, semua ikut jatuh.
  • Mungkin boleh juga invest dalam dana yang melabur di luar negara. Pelabur boleh manfaatkan kepesatan dan kemakmuran ekonomi negara lain untuk sama-sama meraih keuntungan. Contohnya, market Asia Pacific, Greater China dan Global.
  • Kadang-kala, bagus juga untuk pecahkan company. Contohnya, 1 dana invest di Eastspring, 1 dana invest di Pheim, 1 dana invest di CIMB.. lain management, lain strategi, dan mungkin lain result. Tapi, jangan la pula terlalu pecahkan... takut susah pula nak monitor.
8. Equity tak semestinya menjanjikan return yang lebih tinggi berbanding Mixed Asset. Asasnya, Equity adalah lebih tinggi risikonya berbanding Mixed Asset. Namun, beberapa dana Mixed Asset telah mencatatkan prestasi yang jauh lebih baik berbanding dana equity yang lain, seperti Dana Makmur Pheim dan Eastspring Dana Dinamik.


9. Invest dengan knowledge! Semak dan sahkan semua maklumat yang diberikan oleh mana2 agen.... Yup, termasuk info daripada blog ini. Anda boleh semak melalui link atau sumber rujukan yang diberikan.


🟩🟥🟩🟥🟩🟥🟩🟥🟩🟥

Consultant Pelaburan Anda
Mohd Rosyaidi (Adi)
📞 012-5588680 (Wassap (KLIK)

*******************************

🔴🔵🔴🔵🔴🔵🔴🔵🔴🔵


ARTIKEL POPULAR
============

🔴 HOME


PELUANG TAMBAH INCOME 
===================
💙 Bisnes ini boleh dilakukan secara Part Time mahupun Full Time. 
💙 Terbuka pada sesiapa yang nak tambah income.
💙 Saya juga open untuk collaborate dengan mana2 leader.



================================
DISCLAIMER :
Past performance does not reflect future performance. All information in this article / blog is for educational purposes only and should NOT be taken as investment advise, nor as a recommendation or endorse.
Please refer to your agent for details explanation. Thanks.
================================