13 March 2016

26 PEKERJAAN GAJI TINGGI DI MALAYSIA TANPA PERLUKAN IJAZAH

Perkara yang sering kali diterapkan dalam benak minda sejak dari awal seseorang itu mendapatkan pendidikan adalah dengan," belajar rajin-rajin... biar dapat masuk Universiti (lulusan ijazah) barulah boleh hidup senang (gaji tinggi)". Di Malaysia, setiap belia yang mahukan pekerjaan dengan gaji yang lumayan perlu memiliki lulusan ijazah dari mana-mana institusi-institusi tinggi (Universiti). Tidak kiralah pemohonan di agensi kerajaan mahupun swasta.

Biarpun betul, namun terapan itu ternyata meleset sama sekali. Sebenarnya, tanpa ada kelulusan ijazah seseorang itu juga mampu berjaya mendapatkan masa depan yang cerah. Kelulusan ijazah dari Universiti bukanlah ukuran bagi seseorang itu mendapatkan pekerjaan yang tinggi dan lumayan gajinya. Yang ada ijazah pun ramai yang menganggur kini.

Bagi anda yang mempunyai kelulusan setakat SPM sahaja, usah risau gundah gulana. Sebenarnya, pekerjaan dengan gaji lumayan yang ada diluar sana, bukanlah semata-mata untuk mereka yang berkelulusan tinggi. Terdapat banyak peluang-peluang pekerjaan yang boleh kita ceburi dan terokai.

Berikut adalah 26 kerjaya yang yang boleh memberi pulangan yang lumayan kepada yang berminat, walaupun anda tidak mempunyai ijazah dari universiti.

1. Ahli Politik
Terdapat ahli politik Malaysia yang berjawatan tinggi dalam parti dan kerajaan dengan hanya berbekalkan sijil SPM. Walaupun demikian, pengalaman berpuluh tahun dalam politik dan pentadbiran sudah cukup mematangkan mereka untuk menjadi Pemimpin Berjiwa Rakyat 1 Malaysia. Malah, sudah ada yang berjaya menjawat jawatan tertinggi di peringkat negeri. 

2. Penasihat Kewangan
Juga dikenali sebagai ‘wealth advisor’ merupakan individu yang mengurus dan memberi khidmat nasihat terhadap pelaburan kewangan anda, sebagai contoh dalam unit trust / unit amanah. Terdapat 36 bank dan institusi kewangan yang menawarkan banyak pilihan kepada pengguna untuk melaburkan wang mereka. Pulangan return (Dividen dan Kenaikan harga saham) biasanya 10%-15% setahun. 

**Berminat : Hubungi Adi 012-5588680.
3. Konsultan Takaful / Insurans
Cara untuk menjadi konsultan Takaful ialah pemohon perlu lulus ujian berkaitan (http://www.takafuleexam.com/tbe/introduction). Antara syarikat yang diluluskan oleh Bank Negara Malaysia dan popular di Malaysia adalah AIA Takaful, Great Eastern Takaful, Takaful Ikhlas, Prudential BSN Takaful, Etiqa Takaful dan lain-lain. Terbukti telah ramai yang berjaya malah menjadi jutawan selepas menceburi bidang ini..

4. Agen Hartanah
Salah satu kerjaya yang menawarkan pulangan yang lumayan adalah sebagai agen hartanah. Hartanah adalah terdiri dari rumah teres, kondo, flat, tanah kosong, tanah pertanian, lot kedai, pejabat, kilang dan pelbagai lagi. Pelbagai hartanah ini memberi peluang untuk agen menjual apa sahaja malah kalau anda lihat di laman web hartanah ada sahaja pelbagai hartanah ini untuk dijual setiap hari. Ada yang menjangkau angka RM50,000 untung atas angin selepas satu jualan yang telah dihasilkan. Contohnya melalui laman web http://www.transasia.my/, http://www.hartanahhot.com/

5. Konsultan Perancang dan Pengurusan Harta Pusaka, Hibah dan Wasiat
Juga dikenali sebagai ‘wealth distribution / estate planning’ merupakan individu yang mengurus dan memberi khidmat nasihat terhadap perancangan dan pengurusan harta pusaka. Bidang ini masih memerlukan ramai konsultan untuk membantu umat Islam merancang harta pusaka agar tidak menyusahkan dan memberi mudarat kepada waris.
**Khidmat Nasihat Harta Pusaka, Hibah, Wasiat : Hubungi Adi 012-5588680 

6. Juruterbang
Kerjaya ini memerlukan modal yang besar kerana kursus yang ditawarkan sebelum anda menjadi seorang juruterbang bertauliah boleh sampai ke ratusan ribu ringgit. Walaubagaimanapun, gaji yang bakal anda terima juga amat lumayan sekali. 

7. Safety & Health Officer (SHO)
Bidang tugas ialah untuk memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja di sesuatu premis pekerjaan / organisasi itu mengikut standard DOSH. (Jangan lupa, gaji besar tetapi tanggungjawab juga besar). SHO kalau ada certificate green book income boleh mencapai 5 angka sebulan. Untuk mendapatkan Green Book ini, anda perlu lulus 4 paper ujian selepas kursus SHO (http://www.niosh.com.my/) dan mempunyai pengalaman >3 tahun dalam bidang safety.

8. Sales Executive/ Marketing Consultant

Pekerjaan sales atau marketing biasanya dianggap remeh padahal memiliki potensi pendapatan yang besar. Meskipun pekerjaan ini adalah pekerjaan level bawah, jika anda bijak mencari pelanggan dan mendapatkan jualan, maka anda pasti memperolehi pendapatan lumayan. Contohnya jurujual kereta.

9. Peniaga Online (Dropship)
Ramai orang sangka bahawa untuk memulakan sesuatu perniagaan online memerlukan modal besar, namun anda silap kerana anda mampu berjaya dalam bidang ini tanpa menggunakan modal yang besar. Anda boleh bermula dengan konsep dropship, di mana anda tidak perlu mengeluarkan modal untuk stok barang. Cukup dengan mengeluarkan kos iklan dan pemasaran. Anda hanya perlu mengambil order sahaja. Pos barang dan produk semua diurus pemilik produk. Mudah bukan? Ramai yang sudah berjaya menambahkan pendapatan mereka dengan hanya berusaha keras sebagai ejen dropship.

10. Pemandu teksi Uber 
Anda mempunyai kereta sendiri dan mempunyai masa lapang? Apa kata anda gunakan kereta anda untuk mendapatkan pendapatan tambahan dengan hanya memandu. Tahukah anda, syarikat teksi terbesar di dunia, iaitu UBER membayar gaji kepada pemandu mereka pada setiap minggu. UBER hanya mengenakan caj sebanyak 20% daripada bayaran penumpang sebagai caj mereka. Contohnya, dalam seminggu, pendapatan adalah sebanyak RM100, UBER akan mengenakan caj sebanyak RM20. Jadi, pemandu UBER akan menerima bayaran sebanyak RM80 terus ke akaun mereka. Details di https://www.uber.com/cities/kuala-lumpur/

11. Multi Level Marketing (MLM )
Network marketing juga satu pekerjaan legal yang telah melahirkan ratusan jutawan. Kelayakan hanya lah rajin promote, rajin datang function, training, coaching. Untuk menyertai MLM, anda hendaklah melihat produk yang berkualiti dan berpotensi serta status nama dan kewangan syarikat di peringkat global. Selalunya, jika syarikat tersebut mengeluarkan produk terbaru, dalam jangka masa 8 bulan -1.5 tahun sahaja produk itu meletup di pasaran. Dalam tempoh 1-2 bulan pengenalan produk terbaru, jika anda buat kerja ini betul-betul, anda bakal bergelar jutawan. Bukan sahaja menjadi jutawan, tetapi bagus personaliti dan bijak berkata-kata.

12. Blogger 
Memang tidak dinafikan, kerjaya sebagai seorang blogger mampu memperoleh pendapatan (gaji) yang amat lumayan dan tinggi. Menjadi seorang blogger itu, sememangnya tidak memerlukan sebarang kelulusan kerana dia adalah boss dan dia juga adalah pekerja. Lebih menguntungkan, pendapatan blogger (benar-benar berjaya & berpengaruh) boleh dikatakan mampu menyaingi pendapatan mereka yang bekerja dengan kelulusan yang tinggi. Dengan blog itu terdapat berbagai cara untuk mereka mengaut pendapatan yang sangat-sangat menguntungkan. Antara medium utama pendapatan blogger diperoleh adalah dengan pengiklanan. 

13. Pemain Bola Sepak
Siapa sangka, pemain bolasepak tempatan yang beraksi dalam liga tempatan kini mampu bergelar jutawan. Kalau sebelum ini, kerap juga kita dengar mengenai gaji pemain bolasepak yang terlalu rendah. Namun kini rata-rata mendapat gaji yang lumayan. Ada yang mendapat gaji melebihi RM100,000 sebulan.

14. Artis
Kini ramai yang berlumba-lumba mahu menjadi artis. Pelbagai program realiti menjadi pentas dan jalan pintas buat mereka mengecapi dunia glamour. Pelakon  mendapat pendapatan yang lumayan berbekalkan wajah yang cantik / hensem dan bakat yang dipunyai mereka.

15. Pemetik Buah Kelapa
Macam tak percaya kan petik kelapa boleh dapat gaji tinggi? Tapi berdasarkan iklan ni korang kena percaya.

16. Wireman
Untuk melaksanakan pemasangan elektrik dan pengujian di tapak. Wireman ini juga mempunyai pelbagai peringkat membolehkan mereka mengendalikan litar satu fasa atau tiga fasa untuk kawasan kediaman atau komersil.

17. Chargeman
Mengendalikan sistem elektrikal Voltan Melebihi Voltan Rendah (Tanpa Talian Aerial dan Stesen Janakuasa Voltan Melebihi Voltan Rendah)

18. RoHS officer
RoHS atau Restriction of Hazardous Substances Directive adalah satu arahan untuk menyekat penggunaan daripada bahan-bahan berbahaya tertentu dalam peralatan elektrik dan elektronik. Di Malaysia, banyak syarikat pembuatan antarabangsa memerlukan pegawai RoHS untuk memeriksa dan mengesahkan barangan mereka memenuhi standard RoHS.

19. Rig Operator / Operator pelantar minyak
Pekerja am yang membantu kerja-kerja di atas pelantar minyak. Kebanyakkan latihan diperolehi dari masa ke semasa semasa menjalankan tugas. Elaun harian yang diterima pastinya dapat menambahkan pendapatan. namun perlu ingat bahawa kerjaya sebegini perlu berkorban untuk berjauhan dengan keluarga.

20. Welding Inspector
21. Welding QC Co-ordinator
22. Plant Inspector
23. Offshore Inspection
24. Non-destructive Testing
25. Plastics Welders
26. Welder (ini juga terdapat pelbagai-bagai pengkhususan)

+++++++++++++++++++++++++++
PELBAGAI KURSUS DITAWARKAN 

3. Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia (www.dsd.gov.my)

+++++++++++++++++++++++++++

Sebenarnya Sijil, Diploma, Ijazah bukan la penentu kejayaan hidup seseorang. Yg paling penting DISIPLIN, USAHA, KERJA KERAS, TIDAK MUDAH PUTUS ASA dan TAWAKAL kpd ALLAH S.W.T adalah kunci yg membawa anda kepada kejayaan. Ada PHD pun kalau pemalas tetap jadi sampah masyarakat.  


🟩🟥🟩🟥🟩🟥🟩🟥🟩🟥

Consultant Pelaburan Anda
Mohd Rosyaidi (Adi)
📞 012-5588680 (Wassap (KLIK)

*******************************

🔴🔵🔴🔵🔴🔵🔴🔵🔴🔵


ARTIKEL POPULAR
============

🔴 HOME


PELUANG TAMBAH INCOME 
===================
💙 Bisnes ini boleh dilakukan secara Part Time mahupun Full Time. 
💙 Terbuka pada sesiapa yang nak tambah income.
💙 Saya juga open untuk collaborate dengan mana2 leader.



================================
DISCLAIMER :
Past performance does not reflect future performance. All information in this article / blog is for educational purposes only and should NOT be taken as investment advise, nor as a recommendation or endorse.
Please refer to your agent for details explanation. Thanks.
================================