06 September 2015

CARA MELABUR DI UNIT TRUST

Berikut adalah masalah yang mungkin anda hadapi…
>> Anda ingin memulakan pelaburan untuk mendapat kebebasan kewangan bersama keluarga, tetapi tidak tahu landasan yang betul oleh kerana terlalu banyak SCAM yang bertujuan untuk menipu wang anda.
>> Anda ingin memulakan pelaburan, tetapi tidak tahu hendak menyertai pelaburan apa yang menguntungkan.
>> Anda ingin melabur tetapi takut anda akan kehilangan modal pelaburan anda.
>> Anda ingin memulakan pelaburan tetapi anda risaukan modal pelaburan adalah tinggi.
>> Anda ingin memulakan pelaburan tetapi anda risau anda tidak boleh mengeluarkan wang pelaburan anda di saat anda memerlukan wang
Anda pastinya sentiasa inginkan pulangan pelaburan yang tinggi, tetapi sudahkan anda menemui atau sudahkan anda memulakannya?
Pelabur di dalam pelaburan Unit Trust biasanya terdiri daripada mereka yang hanya mempunyai jumlah yang sedikit untuk dilaburkan, mereka yang tidak mempunyai masa atau kepakaran untuk melabur secara terus di dalam pasaran saham.
Sebaliknya, mereka lebih suka melabur di dalam pelaburan yang dikawal selia oleh kerajaan. Pelaburan Unit Trust membenarkan pelabur kecil untuk melabur di dalam skop pelaburean yang sangat luas yang mana biasanya di luar jangkauan mereka.
Memandangkan pelabur mahukan pulangan yang tinggi, pelaburan Unit Trust menyediakan cara yang sesuai kepada mereka untuk mendapat pendedahan kepada pelaburan, yang mana pada tempoh yang lama, boleh menghasilkan pulangan yang sangat besar berbanding akaun simpanan biasa dan akaun simpanan tetap.
Terdapat pelbagai cara untuk membuat pelaburan iaitu:
1 – Melalui potongan EPF (Akaun 1)
Pelaburan KWSP ke unit amanah – Satu Langkah Bijak
Antara cara paling mudah untuk membuat pelaburan dalam unit amanah ialah melalui Skim Pengeluaran KWSP (Akaun 1). Skim ini memberi kemudahan kepada pemegang akaun KWSP yang layak untuk melabur sebahagian daripada amaun akaun 1 dalam dana-dana unit amanah yang diluluskan oleh pihak KWSP.

Baru-baru ini, pihak KWSP mengumumkan dividen bagi tahun kewangan 2014 sebanyak 6.75% kepada semua pencarum. Ini adalah kadar dividen tertinggi dalam tempoh 10 tahun. Secara purata kadar dividen simpanan KWSP bagi 10 tahun iaitu sejak 2004 ialah 5.72% sahaja. Perlu diingat bahawa kadar inflasi di Malaysia ialah di sekitar 3% setahun. Dari segi nilai sebenar, simpanan KWSP anda hanya tumbuh sekitar 2.7% peratus setahun.

Dividen KWSP hingga 2014
Persoalannya adakah pulangan sebanyak ini memadai bagi membolehkan anda mempunyai satu jumlah simpanan yang mencukupi apabila bersara pada usia 55 tahun kelak?
Jawapannya, secara purata jumlah simpanan KWSP bagi pesara di Malaysia ialah hanya RM114,000 sahaja dan lebih membimbangkan mengikut satu kajian yang dijalankan oleh pihak KWSP, majoriti pesara habis menggunakan simpanan mereka hanya dalam tempoh kurang daripada 3 tahun!
Akibatnya pesara terpaksa kembali bekerja untuk menampung kehidupan manakala golongan pesara yang uzur kerana masalah kesihatan terpaksa membebankan anak-anak atau mengharapkan belas ikhsan badan-badan kebajikan.
Secara umumnya, pelaburan unit amanah untuk satu jangka masa panjang (10 tahun ke atas) berpotensi memberikan pulangan di antara 12% – 17% setahun. Satu perbezaan yang amat ketara berbanding dividen yang diagihkan oleh pihak KWSP, namun adalah tidak adil untuk membuat perbandingan begini kerana objektif simpanan KWSP ialah pengekalan/simpanan manakala objektif pelaburan unit amanah ialah pertumbuhan modal dan keuntungan jangka panjang.
Tidak ada pilihan lain, langkah paling bijak bagi setiap pemegang akaun KWSP untuk memperolehi pertumbuhan kepada simpanan persaraan yang agak “beku” dalam akaun KWSP ialah dengan melabur dalam unit amanah.
Alangkah amat rugi sekiranya seseorang pencarum tidak berbuat apa-apa terhadap akaun KWSPnya, sedangkan pihak KWSP sendiri melihat kaedah membenarkan pencarum membuat pelaburan ke unit amanah sebagai satu keadah terbaik bagi meningkatkan jumlah simpanan persaraan pencarum.
Dana-dana unit amanah yang mendapat kelulusan pihak KWSP ialah dana-dana terpilih yang memenuhi kriteria tertentu dan tidak “membahayakan” simpanan pencarum. Dana-dana yang diluluskan ini secara umumnya mempunyai rekod pulangan yang baik dan tidak terlalu mendedahkan simpanan pencarum kepada tahap risiko yang terlalu tinggi.
Menerusi Skim Pengeluaran KWSP, pencarum boleh membuat pelaburan ke dana amanah sekali dalam setiap 3 bulan manakala amaun yang dibenarkan ialah sebanyak 20% daripada lebihan Amaun Simpanan Asas seseorang pencarum.
 Untuk Mengetahui Sama Ada Anda Layak atau tidak, sila ikuti langkah berikut:
  •       Semak penyata akaun KWSP anda yang terkini atau; 
  •       Semak baki akaun anda di mana-mana Smart Kiosk KWSP di seluruh negara dengan       menggunakan Mykad anda atau;
  • Melayari http://www.kwsp.gov.my sekiranya anda adalah pendaftar 1-akaun 
2 – Pelaburan Secara Tunai
Pelaburan tunai dalam unit trust swasta adalah kurang menjadi fokus masyarakat kita. Di dalam pasaran melayu, menyimpan duit dalam dana unit trust selain daripada Amanah Saham Bumiputra (ASB) adalah kurang popular. Sebenarnya tidak semua orang faham bahawa ASB itu sebenarnya ialah satu dana unit trust.
Oleh kerana kemudahan ASB dan jaminan yang diberikan seakan-akan bank, maka orang melayu menjadikan ASB sebagai tempat simpanan mereka yang utama. Bagi golongan yang teliti dalam aplikasi muamalah Islam, mereka mungkin memilih instrumen lain yang jelas taraf halalnya mengikut pengiktirafan Majlis Fatwa Kebangsaan iaitu tabung haji atau unit trust berasaskan syariah.
Di kalangan ejen unit trust pun pelaburan tunai unit trust kurang dipromosikan kerana bukannya mudah nak mencari pelabur berpotensi yang ada banyak lebihan wang.
Berbanding dengan pelaburan melalui simpanan KWSP, mencari pelaburan tunai unit trust memerlukan usaha yang lebih. Namun, jika ada yang melabur secara tunai ejen akan dapat komisen yang lebih banyak. Jika melabur menggunakan simpanan KWSP, pelabur tidak perlu mengeluarkan duit poket. Tambahan pula mereka faham potensi keuntungan di dalam dana ekuiti adalah lebih baik dalam jangka panjang dibandingkan jika dibiarkan sahaja simpanan mereka di dalam KWSP.
Ramai juga yang tidak mahu membuat pelaburan tunai dalam unit trust kerana pernah ada pengalaman rugi. Cuba bayangkan jika ada pelabur yang masuk ke dana unit trust pada bulan Ogos yang lepas, ketika pasaran tinggi dan menunggu masa sahaja untuk jatuh. Kini nilai pelaburan itu susut hampir 15% jika diambil kira caj jualan.
Kalau orang itu melabur lump-sum berjumlah RM100,000 maka kini dia mengalami rugi atas kertas sebanyak RM15,000. Walaupun pelaburan tunai unit trust ini untuk objektif jangkapanjang, ia tetap ambil masa yang lama untuk kembali balik modal dan seterusnya menjana keuntungan. Faktor ‘timing’ adalah sangat kritikal jika kita mahu membuat pelaburan tunai dalam unit trust.
Kaedah yang lebih baik ialah mengaplikasikan strategi ‘ringgit cost averaging’ dalam pelaburan tunai unit trust. Ia tetap boleh diaplikasikan samaada kita melabur secara lump-sum atau membuat simpanan berkala bulanan / suku tahunan.
1) Pelaburan Tunai Unit Trust – Lump Sum
Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, faktor timing adalah sangat kritikal bila kita membuat pelaburan tunai dalam unit trust. Masalahnya kita tidak mampu untuk membuat timing yang baik. Jika sesekali menjadi, itu sebenarnya nasib.
Jika kita membuat pelaburan tunai secara lump sum, maka sebaiknya kita masukkan amaun itu ke dalam dana money market atau bond dahulu. Dana-dana ini adalah lebih selamat kerana tidak volatile. Jadikan dana ini sebagai akaun parking sahaja, dan pelabur buat arahan ‘switching’ secara berkala samaada bulanan atau suku tahunan. Melalui cara ini, pelabur tidak perlu risau masalah timing pasaran. Bila sampai tempoh masa yang ditetapkan, duit daripada dana akaun money market akan dipindahkan ke dana ekuiti.
2) Pelaburan Tunai Unit Trust – Berkala Bulanan atau Suku Tahunan
Ini konsep yang hampir sama dengan orang yang menggunakan produk insurans sebagai instrumen simpanan mereka. Bila dilakukan secara tetap dan berjadual, maka bila sampai masa mereka akan tetap melabur tanpa risaukan harga seunit dana ketika itu. Mereka yakin akan potensi dana itu dan istiqamah dengan objektif pelaburan jangka panjang sedari awal.
Kesimpulan.
Jika anda ada lebihan wang untuk dilaburkan, sebaiknya pilihlah dana unit trust yang berlandaskan syariah. Berbincang dengan ejen unit trust anda, tetapkan objektif pelaburan berdasarkan kemampuan dan profil risiko anda. Jangan lupa pastikan strategi ringgit cost averaging (RCA) memihak kepada anda. 
 


🟩🟥🟩🟥🟩🟥🟩🟥🟩🟥

Consultant Pelaburan Anda
📞 012-5588680 (Wassap (KLIK)

*******************************
Jemput join untuk Pelbagai Info Kewangan & Pelaburan

🔴🔵🔴🔵🔴🔵🔴🔵🔴🔵


ARTIKEL POPULAR


================================
DISCLAIMER :
Past performance does not reflect future performance. All information in this article / blog is for educational purposes only and should NOT be taken as investment advise, nor as a recommendation or endorse.
Please refer to your agent for details explanation. Thanks.
================================  

04 April 2015

INVEST UNIT TRUST

3 LANGKAH MUDAH UNTUK MELABUR UNIT TRUST

1. Terjemahkan hasrat anda untuk melabur Unit Trust melalui mana-mana 5 cara ini: 


Pilihan 1


Pilihan 2

Anda boleh mengisi Borang 'INVEST UNIT TRUST' di bahagian bawah page ini.

Pilihan 3

Call / SMS / Whatsapp saya (Adi) di 0125588680 

Pilihan 4




Email saya (Adi) di syaidisegi77@gmail.com

Pilihan 5

PM (Massage) atau komen di Page Facebook saya di https://www.facebook.com/BijakAmanahSaham/ ATAU di https://www.facebook.com/BijakMelaburUnitTrust/

2. Isi Borang Pelaburan dengan saya. Pastikan anda berurusan dengan Perunding Unit Amanah Berlesen sahaja. Whatsapp SMS Call SEGERA 012-558 8680  untuk sesi temujanji. Bagi yang tinggal di luar Lembah Klang, saya akan poskan Borang Pelaburan untuk diisi.
3- Buat Bayaran (Ke akaun syarikat pelaburan - Bukan Akaun Agen!): Terdapat 3 kaedah pembayaran:
  1. Cash Lump Sum
    • Sekali melabur dalam satu jumlah dan biarkan sehingga ia berganda.
    • Anda boleh melabur secara tunai bermula RM1,000.
    • Pelaburan dilakukan melalui Cek/ Bank Draf/ Bank Transfer/ Online Transfer (Maybank/ CIMB/ Public Bank/ Ambank).
    • Jika anda memulakan pelaburan dengan modal RM10,000 dan mendapat return pulangan (Dividen + Kenaikan harga)  sebanyak 15%/ setahun selama 20 tahun (dilaburkan semula setiap tahun Ã  compounding), maka modal RM 10,000 tadi akan menjadi RM163,665.37 selepas 20 tahun.
  2. Cash Lump Sum + Regular Saving Plan (Recommended!)
    • Labur lump sump (minimum RM1000) dan buat deposit bulanan secara tetap dan konsisten/regular saving (minimum RM100).
    • Ia boleh dilakukan dengan membuat arahan kepada bank (AutoDebit) untuk transfer duit dari Akaun Bank anda ke Akaun Pelaburan anda.
    • Ia adalah cara yang ideal, berdisiplin dan berguna bagi tujuan mengumpul wang untuk digunakan pada masa yang diperlukan.
    • Teknik ini kebal dengan turun naik harga untuk tempoh masa panjang.
    • Ini juga adalah strategi 'Ringgit Cost Averaging' untuk mendapatkan nilai unit yang lebih rendah dan menguntungkan.
    • RM200 simpanan tetap bulanan di Saving Account Bank dgn kadar keuntungan average 4% tiap-tiap tahun membolehkan anda mengumpul RM73,354 dalam masa 20 tahun.
    • RM200 simpanan tetap bulanan di pelaburan ASB dgn kadar keuntungan 8% average tiap-tiap tahun membolehkan anda mengumpul RM117,804 dalam masa 20 tahun.
    • RM200 simpanan tetap bulanan di pelaburan Unit Amanah terpilih dengan anggaran 15% average tiap-tiap tahun (saya akan hanya akan syorkan unit trust yang mampu memberikan return pulangan >15% setahun secara purata) membolehkan anda mengumpul RM299,448 dalam masa 20 tahun.
  3. Pelaburan KWSP 
    • Skim ini membolehkan ahli memindahkan sebahagian Simpanan Akaun 1 untuk membuat pelaburan bagi menambah dan meningkatkan simpanan persaraan.
    • Pelaburan minima adalah RM1,000 
    • Pelaburan ini boleh dilakukan setiap 3 bulan selepas tarikh pelaburan sebelumnya, tertakluk kepada baki yang ditetapkan dalam Akaun 1.

6 LANGKAH MELABUR  UNIT TRUST TANPA MODAL MELALUI KWSP


1) Saya akan berikan penerangan berkenaan pelaburan unit trust. Saya akan syorkan fund yang sesuai dengan anda - fund terbaik yang mampu memberikan return pulangan >12% setahun.
2) Anda perlu dapatkan nombor akaun KWSP anda. Semak berapa jumlah simpanan anda dalam akaun 1. CARA MENYEMAK CARUMAN KWSP terkini:
      • Penyata KWSP (yang dipos oleh KWSP)
      • i-Akaun (online KWSP)
      • Pusat Panggilan KWSP 03-8922 6000
      • Pejabat KWSP berhampiran
      • Kiosk KWSP  (termasuk RHB Easy/ Maybank)
3) Amaun yang layak dilaburkan adalah 20% daripada jumlah simpanan yang melebihi  Simpanan Asas (mengikut umur) dalam Akaun 1.
o Formula: (Akaun 1—Simpanan Asas) x 20% 
o Contoh, En Ahmad berusia 30 tahun dan mempunyai RM60,000 dalam Akaun 1.
o Amaun yang boleh dilaburkan oleh En Ahmad: (RM60,000 — RM27,000)  X  20%  =  RM6,600.
o Maksudnya, hanya RM6,600 daripada RM60,000 sahaja yang boleh dilaburkan.
4) Setelah anda pastikan kelayakan pengeluaran anda dan jumlah yang boleh dikeluarkan, fotokopi IC anda di atas kertas putih size A4. Jangan SCAN ye. Snap handphone pun tak boleh. Fotostat dengan kemas dan tidak boleh berwarna. Mesti hitam putih sahaja. KWSP sangat strict! Salah sikit, REJECT...
5) Langkah seterusnya, kita jumpa. Jika anda berada di Lembah Klang, InsyaAllah tak jadi masalah. Tapi kalau jauh dan tak sempat, NO PROBLEM...saya boleh poskan borang. Dah ramai yang saya URUSKAN...semua puas hati.
Saya akan tandakan bahagian nak isi, sign dan cap jari. Senang sahaja... Kemudian anda pos semula kepada saya bersama 2 salinan IC.
* Pastikan alamat anda ada orang yang boleh ambil pos laju ye. Saya nasihatkan guna alamat pejabat. Confirm ada orang ambil.
6) Ini part PALING PENTING. Apabila anda telah memulangkan borang kepada saya. Saya akan memulakan proses MONITOR dan TIMING. Hampir setiap hari saya akan monitor harga NAV. Dan apabila sampai masa dan ketika yang BETUL dan TERBAIK, saya akan akan submit (1) borang pelaburan Unit Trust, (2) salinan IC dan (3) bukti pembayaran pelaburan anda anda keesokan hari!
Inilah yang dinamakan TIMING untuk memaksimakan keuntungan, iaitu dengan cara membeli pada masa harga terendah yang boleh.

NEXT....

Anda akan menerima notification daripada Phillip Mutual dalam tempoh 1-3 hari selepas borang anda diterima dengan selamatnya untuk diproses.

Dalam tempoh 1-3 minggu, anda juga akan menerima 2 surat yang mengandungi Username dan Password bagi membolehkan anda mengakses FAME Platform Online. Ini membolehkan anda melihat prestasi pelaburan anda dan jumlah keuntungan yang telah diperolehi.

Bagi pelabur yang melabur melalui KWSP, berikan tempoh 1-3 minggu bagi pihak KWSP menyemak dan meluluskan permohonan pelaburan anda. Anda akan dimaklumkan status permohonan pelaburan anda melalui SMS / Email. Sesudah berjaya, barulah kemudiannya anda akan menerima surat yang mengandungi Username dan Password bagi FAME Platform Online.

SESUDAH MELABUR UNIT TRUST…

Tahniah kerana anda sudah melabur! Sebagai pelabur, anda akan menerima Penyata Pelaburan anda secara berkala daripada syarikat pelaburan unit trust anda. Simpan dan rekodkan transaksi anda dengan kemas sebagai rujukan. 

Anda boleh menambahkan jumlah pelaburan sekiranya mempunyai lebihan wang. Saya akan membantu anda memilih fund terbaik yang akan memaksimakan keuntungan anda. Saya juga akan dedahkan strategi ampuh yang lain dalam pelaburan unit trust ini.

Tiada tempoh matang dalam pelaburan unit trust. Maka, anda boleh menjual/ redeem unit trust anda dengan mudahnya. Tiada penalty.  Proses ini mengambil masa tidak lebih 10 hari bekerja. Anda boleh menjual keseluruhan atau hanya sebahagian sahaja dikeluarkan.

10 Soalan untuk Pelabur Unit trust


  1. Anda tahu nama fund pelaburan Unit Trust anda?
  2. Apakah prestasi fund pelaburan Unit Trust anda pada 2015?
  3. Bagaimanakah prestasinya sejak anda mula melabur Unit Trust beberapa tahun sebelum ini?
  4. Adakah prestasi fund anda sentiasa melebihi prestasi Piawai / Penanda Aras / Benchmark yang telah ditetapkan bagi setiap fund?
  5. Adakah prestasi fund anda melebihi prestasi KWSP?
  6. Anda tahu prestasi semasa fund anda ketika ini?
  7. Adakah fund anda mempunyai potensi untuk melonjak tinggi ketika Market Uptrend?
  8. Anda tahu kualiti fund anda seperti yang dilaporkan oleh Lipper, Morningstar dan Novagni? Adakah fund anda adalah fund terbaik?
  9. Sejauh mana anda tahu bahawa fund anda itu sesuai dengan tahap penerimaan risiko kerugian anda?
  10. Anda yakin fund anda pilih itu mampu mencapai goal / matlamat pelaburan yang telah anda tetapkan sebelum mula melabur?

🟩🟥🟩🟥🟩🟥🟩🟥🟩🟥

Consultant Pelaburan Anda
Mohd Rosyaidi (Adi)
📞 012-5588680 (Wassap (KLIK)

*******************************

🔴🔵🔴🔵🔴🔵🔴🔵🔴🔵


ARTIKEL POPULAR
============

🔴 HOME


PELUANG TAMBAH INCOME 
===================
💙 Bisnes ini boleh dilakukan secara Part Time mahupun Full Time. 
💙 Terbuka pada sesiapa yang nak tambah income.
💙 Saya juga open untuk collaborate dengan mana2 leader.



================================
DISCLAIMER :
Past performance does not reflect future performance. All information in this article / blog is for educational purposes only and should NOT be taken as investment advise, nor as a recommendation or endorse.
Please refer to your agent for details explanation. Thanks.
================================