27 June 2026

ASB FINANCING: BETUL KE BOLEH DAPAT DIVIDEN 'ADVANCE' 1 BULAN? INI PENJELASAN YANG RAMAI MASIH KELIRU (EDISI 2026)

Betul Ke ASB Financing (ASBf) Boleh Dapat Dividen ASB 'Advance' 1 Bulan?


Ini antara soalan yang paling kerap saya terima daripada bakal pelanggan.

"Betul ke orang kata ASB Financing (ASBf) boleh dapat dividen ASB 1 bulan walaupun belum mula bayar ansuran bulanan?"

Jawapan ringkasnya...
Ya, konsep itu memang wujud.

Tetapi ramai yang salah faham.
❌ Ia bukan dividen percuma, dan bukan juga "trick" bank.

✅ Sebaliknya, ia berlaku kerana cara sistem ASB Financing (ASBf) berfungsi, khususnya melibatkan tarikh disbursement pembiayaan dan tarikh ansuran bayaran pertama.

Apabila anda memahami konsep ini, anda akan sedar bahawa MASA membuat permohonan juga merupakan sebahagian daripada strategi kewangan.


ASB FINANCING: BETUL KE BOLEH DAPAT DIVIDEN 'ADVANCE' 1 BULAN? INI PENJELASAN YANG RAMAI MASIH KELIRU (EDISI 2026)

Ramai Fokus Pada Kadar Dividen ASB...

Tetapi Terlepas Pandang Faktor Masa

Kebanyakan orang hanya bertanya:
  • Berapa kadar dividen ASB tahun ini?
  • Berapa kadar pembiayaan (Interest Rate) bank?
  • Berapa ansuran bayaran bulanan?
Semua itu penting.

Tetapi ramai tidak sedar satu perkara yang lebih menarik...
Tarikh disburse pembiayaan  juga boleh memberi kelebihan kepada pelabur.

Inilah antara perkara yang jarang diterangkan secara terperinci.


Bagaimana Konsep Ini Berlaku?


Mari kita lihat contoh mudah.

Langkah 1

Anda membuat permohonan ASB Financing (ASBf) pada awal Julai 2026.

Sekiranya semua dokumen lengkap, proses kelulusan lazimnya mengambil masa sekitar 1 hingga 3 minggu.

Langkah 2

Pembiayaan diluluskan dan disburse ke dalam akaun ASB antara 16 hingga 31 Julai 2026.

Pada ketika ini...
Wang pembiayaan sudah berada di dalam akaun ASB anda.


Langkah 3

Walaupun duit sudah berada dalam ASB...
Ansuran pertama lazimnya hanya bermula sekitar: Awal September 2026.

Ini bermaksud terdapat sedikit jurang masa di antara:
✅ Duit sudah dilaburkan, dan
✅ Bayaran ansuran pertama.

Bilakah Dividen ASB Mula Dikira?


Di sinilah ramai yang keliru.
💜 Dividen ASB dikira berdasarkan tempoh wang berada di dalam akaun ASB.

Dalam contoh di atas...
Pembiayaan telah disburse pada bulan Julai 2026.

💜 Oleh itu, dividen ASB mula dikira bermula: Ogos 2026
Sehingga hujung tahun...

Anda layak menerima dividen ASB bagi:
  • Ogos 2026
  • September 2026
  • Oktober 2026
  • November 2026
  • Disember 2026
Jumlah keseluruhan: 5 bulan dividen ASB (Prorated).

Tetapi Anda Baru Bayar Berapa Kali?

Ansuran pertama bermula sekitar September 2026.

Jadi, Anda hanya membuat bayaran bagi:
  • September 2026
  • Oktober 2026
  • November 2026
  • Disember 2026
Jumlahnya: 4 kali ansuran sahaja.

Yang Ramai Maksudkan Sebagai...

"Advance Dividen ASB 1 Bulan"


Mari lihat contoh sebenar.
  • Pembiayaan ASB : RM200,000
  • Andaian Dividen ASB5.75%
  • Dividen Setahun : RM11,500
  • Jika dikira bagi tempoh 5 bulan (Prorated): RM11,500 ÷ 12 × 5 RM4,792

Pada 1 Januari 2027...
Anda berpotensi menerima sekitar: RM4,792
walaupun sepanjang tahun 2026 anda baru membuat: 4 kali bayaran ansuran.

Sebab itulah ramai menyebutnya sebagai: "Dividen ASB advance 1 bulan."

Adakah Ini Bermaksud Dividen ASB Itu Percuma?

Tidak. 
Perkara ini perlu dijelaskan dengan betul.

Bank tetap mengenakan keuntungan (profit rate) bermula apabila pembiayaan (ASB Financing) telah disburse.

Tiada apa yang benar-benar "FREE".

Apa yang berlaku ialah...
susunan masa pembayaran dan pengiraan dividen ASB memberikan kelebihan kepada pelabur.

Ia adalah kelebihan daripada timing, bukannya bonus percuma.

Jangan Lupa...

Masih Ada Satu Lagi Pulangan Yang Ramai Terlepas Pandang

Selain dividen ASB...
ASB Financing (ASBf) juga membina: Surrender Value (KLIK)

Ramai hanya melihat dividen ASB setiap tahun. 
Tetapi nilai sebenar ASB Financing (ASBf) sebenarnya datang daripada gabungan:
Apabila kedua-duanya digabungkan... 
Barulah kita melihat gambaran sebenar pulangan ASB Financing (ASBf).

Jadi, Bila Masa Terbaik Untuk Mohon?

Secara umumnya... 
Semakin awal anda membuat permohonan...
Semakin tinggi peluang pembiayaan sempat disburse mengikut jadual yang memberi kelebihan kepada anda bagi tahun tersebut.

Sebab itu saya sentiasa menggalakkan pelanggan:

Jangan tunggu hujung tahun baru mula merancang.

Dalam kewangan...
Timing juga adalah sebahagian daripada strategi.

 

Kesimpulan

Ramai orang melihat ASB Financing (ASBf) hanya dari sudut:
  • kadar pembiayaan (Interest Rate)
  • ansuran bulanan
  • kadar dividen ASB
Sedangkan pelabur yang lebih berpengalaman turut mengambil kira:
  • tarikh disbursement
  • tarikh ansuran pertama
  • tempoh layak dividen ASB
  • pembinaan Surrender Value
  • strategi jangka panjang
Inilah bezanya antara...
Sekadar membeli produk dengan Membina strategi kewangan.

Siri Bijak ASB Financing. Jom jadi pelabur yang Pro!


Keputusan kecil hari ini bakal jadi titik perubahan besar dalam hidup anda. Klik & hubungi saya sekarang....
👉 012-5588680 (Wassap (KLIK)
👉 012-5588680 (Wassap (KLIK)
👉 012-5588680 (Wassap (KLIK)

Jom saya bantu anda.....

🟥⬛️🟨🟦🟥⬛️🟨🟦🟥⬛️🟨🟦

ASB Financing Strategist,
ASB Financing | Unit Trust | Invest Saham US guna Acc KWSP 


Disclaimer:
Perkongsian ini berdasarkan kiraan telus & pengalaman peribadi untuk tujuan pendidikan. Dividen dan kadar pembiayaan adalah tidak dijamin serta tertakluk kepada pihak bank dan ASNB dari semasa ke semasa. Sila buat penilaian kesesuaian peribadi sebelum membuat keputusan.

No comments:

Post a Comment