Artikel ini bertujuan untuk memberikan maklumat akan Keperluan dan Kepentingan Takaful untuk ASB Financing (ASB Loan).
TAKAFUL UNTUK ASB FINANCING (ASB LOAN)
- ASB Financing (ASB Loan) dan Takaful adalah 2 produk berbeza.
- ASB Financing (ASB Loan) adalah produk bank.
- Term Takaful ni pula adalah produk syarikat Takaful (Panel bank tu). Contoh:
- Maybank (Takaful: Etiqa)
- Ambank (Takaful: AmMetlife Takaful)
- RHB : (Takaful: Takaful Malaysia)
- Fungsi takaful dalam ASB Financing (ASB Loan) adalah untuk melindungi BAKI PEMBIAYAAN jika anda :
- Meninggal dunia (Death)
- Lumpuh / Cacat kekal (Total Permanent Disability).
- Takaful ni ada kosnya yang seterusnya akan mempengaruhi MODAL dan HASIL AKHIR anda.
KESAN TAKAFUL KEPADA ASB FINANCING (ASB LOAN)
- Takaful ni tak FREE. Takaful akan menyebabkan modal menjadi sedikit tinggi
- Nilai bayaran takaful akan dimasukkan ke dalam jumlah pembiayaan.
- Jika pembiayaan ASB 200k, Maka tambahan bayaran takaful adalah lebih kurang 7k (Umur 25... Takaful cover selama 30 tahun), menjadikan jumlah keseluruhan 207k.
- Jadi, pengiraan bayaran balik ASB Financing adalah berdasarkan hutang RM207k (Lumpsum terus RM7k bayaran takaful tu dalam loan)
- Jika melanggan takaful, hutang keseluruhan ASB Financing anda adalah bermula dengan RM207k (nilai sijil ASB hanyalah RM200k).
- Untuk 2-3 tahun pertama, bayaran installment yang dijelaskan kebanyakannya adalah untuk membayar hutang takaful ini sahaja.
- Jika ASB Financing dibatalkan sebelum 2 tahun, maka pelabur terpaksa membayar baki nilai bayaran takaful kepada bank.
JIKA ADA TAKAFUL UNTUK ASB FINANCING
- Fungsi takaful dalam ASB Financing (ASB Loan) adalah untuk melindungi BAKI PEMBIAYAAN jika anda Meninggal dunia (Death) / Lumpuh Cacat Kekal (Total Permanent Disability).
- Tetapi, takaful ini hanya akan melindungi baki Pembiayaan secara penuh jika tempoh perlindungan takaful dilanggan adalah sama seperti tempoh pembiayaan ASB.
- Contohnya, ASB Financing anda adalah 20 tahun, dan Takaful anda juga cover untuk tempoh pembiayaan 20 tahun tersebut.
- Jika berlaku kematian atau cacat kekal, syarikat takaful akan membuat bayaran penuh baki pembiayaan ASB kepada bank.
- Maka, hutang anda dengan bank akan dilangsaikan dan waris akan mendapat sejumlah nilai ASB (Mengikut baki pembiayaan).
JIKA TIADA TAKAFUL UNTUK ASB FINANCING
- Jika tiada takaful, dan ditakdirkan anda meninggal dunia / Lumpuh Cacat Kekal (Total Permanent Disability, maka account pembiayaan ASB anda akan dibatalkan oleh pihak bank.
- Ia adalah sama macam situasi pelabur menamatkan pembiayaan secara sukarela / tak bayar installment selama lebih 60 hari.
- Bank akan 'cairkan' sijil ASB anda untuk langsaikan baki pembiayaan anda.
- So, waris tak perlu tanggung untuk jelaskan hutang yang masih ada.
- Waris akan dapat menerima sejumlah wang, iaitu Nilai Prinsipal.
JIKA ADA TAKAFUL... DAN ANDA TERMINATE ASB FINANCING SELEPAS BEBERAPA TAHUN
- ASB Financing (ASB Loan) dan Takaful adalah 2 produk berbeza.
- Jika anda 'terminate' ASB Financing, Takaful anda tidak automatic 'terminated'.
- Anda ada pilihan untuk biar jer (sambung) atau terminate takaful tu.
- Jika anda terminate ASB Financing dan terminate Takaful juga, maka syarikat takaful akan memberikan pulangan Rebate Takaful.
- Tapi jumlahnya adalah kecil berbanding caruman asal. Tapi OK la kan daripada tiada.
- Jika anda terminate ASB Financing tetapi maintain Takaful tu, maka coverage anda untuk Death / TPD tu masih berjalan.
- Andai anda mohon semula ASB Financing dengan bank lain, anda sebenarnya dah tak perlu nak ambil takaful lagi.
KELEBIHAN TAKAFUL DALAM ASB FINANCING (ASB LOAN)
1. Perlindungan pembiayaan ASB
- jika berlaku Kematian / Lumpuh Cacat Kekal
- Waris akan terima 'sejumlah duit ASB' kita
2. Better Rate
- Bank biasanya menawarkan better rate bagi pakej ASB Financing dengan takaful
KEKURANGAN TAKAFUL DALAM ASB FINANCING (ASB LOAN)
1. Kos / Bayaran installment akan sedikit tinggi
- Lagi berusia, ianya makin mahal harganya.
- Lagi panjang tempoh pembiayaan, lagi mahal harganya.
2. Sum covered Takaful di ASB Financing adalah semakin menurun mengikut baki pembiayaan.
TIPS TAKAFUL DALAM ASB FINANCING (ASB LOAN)
1. Jika anda nak takaful, tapi tak nak bayar banyak, maka anda boleh jer request untuk pendekkan tempoh Takaful.
- Semakin pendek tempoh, semakin murah bayaran takaful.
- Ianya sesuai bagi anda yang plan nak buat ASB Financing hanya bagi tempoh pendek, sekitar 5 tahun jer.
2. Sebaiknya, dapatkan perlindungan penuh takaful personal kepada anda (bukan kepada loan) secara berasingan
- Life Takaful - disyorkan 10 kali ganda daripada gaji tahunan.
- Critical Illness (Major Disease & Early Stage Critical Illness) - disyorkan 3-5 kali ganda daripada gaji tahunan.
- Takaful personal ni, Jumlah Perlindungan (Sum covered) adalah kekal sepanjang tempoh polisi (Tidak berkurangan mengikut tempoh).
- Ianya juga boleh dihibahkan.
PILIHAN ANDA
1. ASB Financing sahaja
2. ASB Financing + Takaful (Loan = Reducing Term)
3. ASB Financing + Hibah Takaful
4. ASB Financing + Famili Takaful (Critical Illness)
Contoh Plan Takaful ( ASB Financing + Famili Takaful (Critical Illness)
Attach antara AB Financing dan Takaful seperti di bawah.
Kos bayaran takaful included dalam bayaran bulanan ASB Financing.
i) Cover si Ayah
- Early Critical Illness (20 penyakit): Pampasan RM25,000 (boleh claim 2 kali)
- Major Critical Illness (36 penyakit): Pampasan RM100,000
- Kematian: Pampasan RM100,000
- Plan Takaful jadi FREE.
- Early Critical Illness (20 penyakit): Pampasan RM25,000 (boleh claim 2 kali)
- Major Critical Illness (36 penyakit): Pampasan RM100,000
- Kematian: Pampasan RM100,000
- Plan Takaful jadi FREE.
Untuk setiap anak:
- Early Critical Illness (20 penyakit): Pampasan RM25,000 (boleh claim 2 kali)
- Major Critical Illness (36 penyakit): Pampasan RM100,000
- Jika si ayah meninggal (Policy owner): Tambahan pampasan RM20,000
- Ahli keluarga kena Covid (pasangan, anak, ibubapa) : Pampasan RM5,000
- Jika si ayah (Policy owner) admitted hospital (disebabkan Covid): Saguhati RM200 / sehari (maksima 60 hari).
:white_check_mark:*Ilustrasi ini berdasarkan Lelaki/ 29 tahun/ tak merokok/ 2 anak/ 1 isteri
**Umur berbeza, kiraan juga akan sedikit berbeza
**Umur berbeza, kiraan juga akan sedikit berbeza
🟪🟥🟪🟥🟪🟥🟪🟥🟪
💛 HOME
🟩🟨🟩🟨🟩🟨🟩🟨🟩🟨
Mohd Rosyaidi (Adi)Konsultan Pelaburan Bertauliah (SC & FIMM)
📞 012-5588680 (Wassap (KLIK)📞 012-5588680 (Wassap (KLIK)📞 012-5588680 (Wassap (KLIK)
Unit Trust | Saham | FCPO | ETF | Crypto & Bitcoin | IPO | ASB Financing✅ Approved by Suruhanjaya Sekuriti (SC) Malaysia✅ Approved by Bursa Malaysia ✅ Patuh Shariah
*******************************Jemput join untuk Pelbagai Info Kewangan & Pelaburan
🟪🟥🟪🟥🟪🟥🟪🟥🟪
💛 HOME
🟩🟨🟩🟨🟩🟨🟩🟨🟩🟨
Mohd Rosyaidi (Adi)
Konsultan Pelaburan Bertauliah (SC & FIMM)
📞 012-5588680 (Wassap (KLIK)
📞 012-5588680 (Wassap (KLIK)
📞 012-5588680 (Wassap (KLIK)
Unit Trust | Saham | FCPO | ETF | Crypto & Bitcoin | IPO | ASB Financing
✅ Approved by Suruhanjaya Sekuriti (SC) Malaysia
✅ Approved by Bursa Malaysia
✅ Patuh Shariah
*******************************
Jemput join untuk Pelbagai Info Kewangan & Pelaburan
Hi..boleh atau tidak langganan takaful dalam asb loan sahaja dibatalkan sebelum tempohnya?
ReplyDeleteboleh
DeleteAssalamualaikum... is3 sy ada buat loan asb dgn maybank... baru2 ni 1 jari tgn is3 sy dipotong disebabkan masalah darah & oksigen tak sampai ke jari...boleh claim pampasan insuran tak kes mcm ni?
ReplyDelete