10 December 2016

PELABURAN UNIT TRUST MELALUI AKAUN 1 KWSP 2017 (TERKINI)

Bermula 1 Januari 2017, Pelaburan Unit Trust melalui Akaun 1 KWSP akan menggunakan Jadual Simpanan Asas yang baru seperti di bawah.


Dapatkan artikel saya yang TERBARU lagi TERKINI di http://rosyaidiradzi.blogspot.my/



Kelayakan pengeluaran yang melebihi Simpanan Asas daripada Akaun 1 untuk melabur di bawah Skim Pelaburan Ahli akan meningkat kepada 30% daripada 20% sebelumnya.
Formula Pelaburan KWSP Acc 1 (menurut Jadual Simpanan Asas 2017)

Jumlah Acc 1 - Jadual Simpanan Asas (mengikut umur) x 30%

Contoh Kiraan:
1) En Ahmad, umur 30 tahun, Jumlah Akaun 1 : RM50k.
- Jumlah simpanan asas umur 30 tahun: RM29k.
- Lebihan (Jumlah Akaun 1 - Simpanan Asas Umur 30 tahun) : RM50k - RM29k = RM21k
- 30% daripada lebihan : 30% daripada RM21k = RM6300
- Pelaburan yang dibenarkan = Minima RM1,000 dan Maksima RM6300
2) En Aziz, umur 33 tahun, Jumlah Akaun 1 : RM44k.
- Jumlah simpanan asas umur 33 tahun: RM41k.
- Lebihan (Jumlah Akaun 1 - Simpanan Asas Umur 33 tahun) : RM44k - RM41k = RM3k
- 30% daripada lebihan : 30% daripada RM3k = RM900
- Pelaburan yang dibenarkan = RM0. *Minima pelaburan adalah RM1,000.
3) En Azman, umur 35 tahun, Jumlah Akaun 1 : RM45k.
- Jumlah simpanan asas umur 35 tahun: RM50k.
- Lebihan (Jumlah Akaun 1 - Simpanan Asas Umur 35 tahun) : RM45k - RM50k = Belum layak.
- Pelaburan yang dibenarkan = RM0. *Belum layak untuk melabur menggunakan Akaun 1 KWSP.
Jadual di bawah menunjukkan perbezaan jumlah pengeluaran antara Simpanan Asas 2014 dengan Simpanan Asas 2017.

Beza sangatkah antara kedua2 jadual ini?

Jadual di atas menunjukkan contoh perbezaan keduanya. Melalui Jadual Simpanan Asas KWSP 2017 terbaru, En Ali boleh melabur lebih banyak berbanding jika menggunakan Jadual Simpanan Asas 2014. namun sebaliknya terjadi kepada Pn Aini. Ini kerana Pn Aini belum boleh melabur Unit Trust jika mengikut Jadual Simpanan Asas 2017. Pn Aini boleh melabur RM1,000 jika menggunakan Jadual Simpanan Asas 2014.

Anda boleh mendapatkan maklumat jumlah Acc 1 KWSP anda melalui:

🟩🟥🟩🟥🟩🟥🟩🟥🟩🟥

Consultant Pelaburan Anda
📞 012-5588680 (Wassap (KLIK)

*******************************
Jemput join untuk Pelbagai Info Kewangan & Pelaburan

🔴🔵🔴🔵🔴🔵🔴🔵🔴🔵


ARTIKEL POPULAR


================================
DISCLAIMER :
Past performance does not reflect future performance. All information in this article / blog is for educational purposes only and should NOT be taken as investment advise, nor as a recommendation or endorse.
Please refer to your agent for details explanation. Thanks.
================================