"Banyak udang.. banyak garam,
Banyak orang... banyak ragam"
Setiap orang mempunyai kegemaran, kemahuan, dan pendapat yang tidak sama. Ramai yang mempunyai tafsiran dan takrifan tersendiri. Ia berlaku dalam setiap inci kehidupan termasuklah hal berkaitan Kewangan dan Pelaburan. Artikel ini akan membawa kita semua menyorot dan menelusuri perkembangan dunia pelaburan Unit Amanah (Unit Trust) dari kaca mata penulis.
Dapatkan artikel saya yang TERBARU lagi TERKINI di http://rosyaidiradzi.blogspot.my/
15 perkara penting Istimewa untuk pembaca artikel ini, iaitu:
- Top 5 Dana Terbaik Islamik untuk tempoh 3 bulan
- Top 5 Dana Terbaik Islamik untuk tempoh 6 bulan
- Top 5 Dana Terbaik Islamik untuk tempoh 1 tahun
- Top 5 Dana Terbaik Islamik untuk tempoh 3 tahun (Total return)
- Top 10 Dana Terbaik Islamik untuk tempoh 5 tahun (Total return)
- Top 5 Dana Terbaik Islamik untuk tempoh 3 tahun (Annualised return)
- Top 5 Dana Terbaik Islamik untuk tempoh 5 tahun (Annualised return)
- Top 5 Dana Terbaik Islamik sejak 1 Jan 2016 (Year To Date)
- Prestasi semasa dana utama bagi Eastspring Investment, PMB Investment, Manulife, Kenanga, RHB Asset Management, CIMB Principal (CWA), Public Mutual, Pheim Unit Trust, Affin Hwang, AmFunds, BIMB Investment, Amanah Mutual Berhad, dan Aberdeen.
- Prestasi setiap suku tahun (Quarterly Return) dana utama untuk 1st Quarter 2016, 2nd Quarter 2016 dan 3rd Quarter 2016
- Rekod Income Distribution / Dividen untuk tempoh 5 tahun bagi dana utama.
- Calendar Return dana Utama Malaysia bagi tempoh 5 tahun antara 2011-2015.
- Rating kualiti dana terkini berdasarkan Morningstar dan Lipper.
- Harga NAV terkini unit trust utama setakat 3 Nov 2016.
- Cadangan fund terbaik untuk pelabur.
======================
ASAS
* Unit Trust = Unit Amanah = Amanah Saham. Konsep mudah: kita minta orang lain (fund manager) uruskan dan laburkan duit kita dalam saham terpilih. Anda tak perlu monitor hari-hari harga NAV unit trust. Berikan 'trust' anda kepada Fund Manager untuk kembangkan duit anda. Konsep sama seperti ASB (ASB juga adalah unit trust). Unit trust adalah medium pelaburan jangkamasa sederhana dan panjang.
* Fund / Dana = Tabung (seperti Eastspring Dana Ilham, PMB Shariah Aggresive, Amanah Saham Bumiputra, Amanah Hartanah Bumiputra). Setakat 31 Ogos 2016, terdapat sebanyak 638 funds ditawarkan di Malaysia. Namun, hanya 199 funds (30%) adalah Islamic Fund - patuh syariah.
* Syarikat unit trust (Unit Trust Management Company, UTMC) = syarikat kewangan berlesen (bank Negara, Suruhanjaya Sekuriti) yang menguruskan pelaburan ahli dalam fund yang dipilih. Setakat Sept 2016, terdapat 37 syarikat unit trust. Antaranya adalah PMB Investment Berhad, Phillip Mutual Berhad, Public Mutual Berhad, CIMB Principal, Kenanga, Manulife, RHB Asset Management, Eastspring Investment dan banyak lagi.
* Pelaburan ahli dalam unit trust adalah dilindungi oleh Trustee (Pemegang Amanah) yang dilantik oleh syarikat unit trust masing-masing. Trustee setiap fund ini dicatatkan dalam Prospectus, Annual Report dan Product Highlight Sheet (PHS)
* Setiap fund yang patuh syariah mempunyai Panel Penasihat Syariah masing-masing. Senarai panel / ahli penasihat syariah fund ini dicatatkan dalam Prospectus dan Annual Report fund tersebut.
* Selain cash, pelabur juga boleh melabur menggunakan sebahagian dari Akaun 1 KWSP. Namun ia hanya tertakluk kepada fund yang diluluskan dan dibenarkan oleh KWSP sahaja. Terdapat kiraan tertentu dalam menentukan jumlah yang boleh dikeluarkan dari Akaun 1. KLIK SINI untuk maklumat lanjut.
* Terdapat Sales Charge yang dikenakan untuk setiap pelaburan. Ia adalah antara 5%-6.5% bagi fund Equity dan 3% bagi pelaburan melalui KWSP. Jumlah Sales Charge yang dikenakan terpapar di Fund Factsheet, Annual Report, Product Highlight Sheet dan Prospectus setiap fund.
Bacaan tambahan Asas dan Tips Pelaburan Unit Trust.
Artikel ini hanya akan membincangkan fund YANG PATUH SYARIAH SAHAJA setakat 7 November 2016. Anda digalakkan untuk merujuk artikel lepas untuk prestasi terdahulu.
- Prestasi unit trust terbaik - Oktober 2016
- Prestasi unit trust terbaik - September 2016
- Prestasi unit trust Terbaik - August 2016
- Prestasi unit trust Terbaik - July 2016
- Prestasi unit trust Terbaik - June 2016
- Prestasi unit trust Terbaik - 2015
=======================
TOTAL / CUMULATIVE RETURN
Total return/cumulative return
Contohnya, PMB Shariah Aggresive mencatatkan 91.09% untuk tempoh 5 tahun. Jika tuan-puan melabur RM10,000 pada 28/10/2011, maka sekarang (28/10/2016) anda telah mendapat kenaikan pelaburan = untung sebanyak 91.09% (bersamaan RM9,109). Maka nilai pelaburan anda sekarang berjumlah RM19,109 (Modal RM10,000 + Untung RM9,109).
- total rise in the value of a fund’s investments over time, assuming that income and capital gains distributions were reinvested.
- Bahasa mudahnya adalah Jumlah Pulangan Terkumpul untuk suatu tempoh masa.
Contohnya, PMB Shariah Aggresive mencatatkan 91.09% untuk tempoh 5 tahun. Jika tuan-puan melabur RM10,000 pada 28/10/2011, maka sekarang (28/10/2016) anda telah mendapat kenaikan pelaburan = untung sebanyak 91.09% (bersamaan RM9,109). Maka nilai pelaburan anda sekarang berjumlah RM19,109 (Modal RM10,000 + Untung RM9,109).
Data yang disediakan ini diperolehi daripada Lipper Fund Table yang terdapat dalam akhbar The Edge #1135, November 7 - November 13, 2016.
Eastspring Dinasti Equity kekal unggul mencatatkan 46.95% Total Return bagi tempoh 3 tahun (28/10/2016 - 28/10/2016). Dana ini memberikan fokus pelaburan di rantau China, Taiwan dan Hong Kong. Rantau ini mencatatkan prestasi yang sangat baik selepas Brexit (UK keluar dari Kesatuan Eropah) dan kekuatan ekonomi China. Public China Ittikal juga mencatatkan return yang baik 37.43%.
Manulife Shariah Progress mencatatkan 97.13% total return bagi tempoh 5 tahun (28/10/2011 - 28/10/2016). Dana ini adalah dana tempatan yang memfokuskan investment dalam saham syarikat kecil dan sederhana di Bursa Malaysia. PMB Shariah Aggresive pula mencatatkan 91.09% total return bagi tempoh yang sama. Dana ini merupakan dana terbaik return pada tahun 2015 dengan 41.26% bagi tempoh 1 tahun (1/1/2015 - 31/12/2015). Eastspring Dana Ilham mencatatkan 79.88% untuk berada dalam Top 3 Dana Terbaik bagi tempoh 5 tahun.
Sejauh mana prestasi dana Unit Trust Malaysia bagi tempoh singkat?
Precious Metals Securities (dahulunya AmPrecious Metal) adalah dana dibawah kelolaan AmFunds Management Berhad. Dana ini melabur dalam syarikat2 berkaitan emas dan Precious metal yang berpengkalan di luar negeri. Harga NAV dana ini sangat volatile bergantung kepada harga emas dunia. Dana ini mencatatkan 53.38% bagi tempoh antara 1/1/2016 - 3/11/2016. 'Very High Risk... Very High Return" adalah ungkapan yang paling sesuai dan tepat bagi menggambarkan dana ini.
RHB Global Food Islamic Equity mencatatkan 10.37% dan diikuti Eastspring Dinasti Equity 8.10% bagi tempoh yang sama. Yang paling mencuri tumpuan adalah RHB Islamic Bond. Dana ini adalah bond / sukuk yang rendah risikonya tetapi mampu memberikan return yang lebih baik daripada kebanyakan Equity yang lain.
Data di atas merujuk kepada prestasi dana untuk tempoh 1 tahun (28/10/2015 - 28/10/2016). Precious Metals Securities mencatatkan 24.44% diikuti RHB Islamic Bond 8.52%.
Rantau Asia menerima impak yang sangat baik kesan daripada Brexit (UK keluar daripada Kesatuan Eropah pada 23/6/2016). Eastspring Dinasti Equity adalah dana terbaik bagi tempoh 6 bulan (28/4/2016 - 28/10/2016) dengan catatan 22%. Ia dituruti oleh Public China Ittikal (17.22%), PB Islamic Asia Strategic Sector (16.70%), RHB Islamic ASEAN Megatrend (16.48%) dan Public Islamic Asia Leaders Equity (16.36%).
Eastspring Dinasti Equity terbukti sebagai fund yang sangat konsisten return untuk jangka masa pendek - sederhana - panjang dengan mencatatkan 9.66% return bagi tempoh 3 bulan (28/1/2016 0 28/10/2016). BIMB-i Growth mencatatkan 5.88%.
ANNUALISED RETURN
Annualized return is year-over-year growth rate of an investment over a specified period of time and calculated as:
Umumnya, ia adalah Purata Pulangan Setahun. Biasanya ia diukur untuk tempoh 1 tahun, 3 tahun, 5 tahun dan 10 tahun. Data yang disediakan ini diperolehi daripada Morningstar setakat 3 November 2016. Anda boleh mendapatkan maklumat ini secara PERCUMA melalui SINI.
Eastspring Dinasti Equity mencatatkan prestasi yang paling cemerlang dengan mencatatkan 12.17% Annualised Return bagi tempoh 3 tahun (3/11/2013 - 3/11/2016).
PMB Shariah Aggresive merupakan dana terbaik bagi Annualised Return 5 tahun (3/11/2016 - 3/11/2016) dengan mencatatkan 15.22%. Manulife Shariah Progress mencatatkan 14.77%, Public Islamic Oppurtunities (14.00%) dan Eastspring Dana Ilham (13.55%).
UNIT TRUST ISLAMIK
PMB Investment Berhad adalah syarikat unit trust di bawah MARA. Data di atas diperolehi daripada beberapa sumber yang diyakini seperti yang dicatatkan dan hanya tertakluk setakat tarikh tersebut.
PMB Shariah Aggresive adalah dana terbaik Tahun 2015dengan return 41.26%. Dana ini juga pernah mencatatkan prestasi yang sangat cemerlang pada tahun 2013 dengan 47.91%. Secara purata, ia mencatatkan 15.22% Setahun (berdasarkan Annualised Return 5 tahun). Namun, prestasi 2016 nyata masih tidak memihak kepada dana ini setakat ini. Namun, harga NAV yang rendah kini adalah peluang yang baik untuk pelaburan bagi jangka masa sederhana - panjang.
PMB Shariah Growth juga adalah fund yang mencatatkan prestasi yang bagus tahun 2015 dengan 30.54%. Namun, keadaan ekonomi yang tidak menentu memberikan kesan yang besar kepada dasna ini untuk mengekalkan momentum seperti tahun 2015.
Eastspring Investment adalah syarikat unit trust di bawah Prudential. Eastspring Investment adalah penerima anugerah Lipper bagi kategori Equity Terbaik 2015. Banyak dana Equity daripada syarikat ini yang mencatatkan prestasi yang sangat cemerlang.
Eastspring Dana Ilham adalah antara dana yang paling stabil dan konsisten return tahunannya. Untuk rekod, dana ini mencatatkan prestasi return setiap tahunyang lebih baik daripada ASB. Annualised Return 5 tahun dan 10 tahun bagi dana ini hampir melebihi 13% setahun. Dana ini juga memberikan Income Distribution / Dividen yang konsisten tinggi setiap tahun. Menariknya, badan bebas bertaraf antarabangsa seperti Morningstar mengkelaskan dana ini sebagai salah satu dana 5 Star.
Eastspring Dana Dinamik adalah dana dari kelas Mixed Asset. Ia melabur dalam Equity market dan juga sebahagian dalam Bond / Money Market. Meskipun demikian, prestasinya adalah lebih baik daripada banyak dana Equity lain dengan return purata 11.50% setahun (berdasarkan Annuallised Return 5 tahun).
Eastspring Dinasti Equity kekal cemerlang untuk tempoh jangka masa singkat - sederhana - panjang. Dana ini mencatatkan 12.17% setahun (berdasarkan Annualised Return 3 tahun) dan mengungguli carta Top 5 bagi beberapa kategori setakat 3/11/2016 seperti didedahkan dalam beberapa perenggan di atas.
Kenanga Investor Berhad mempunyai beberapa dana yang baik return berdasarkan Annualised Return, Total Return dan Calendar Return.
Kenanga Syariah Growth adalah dana yang Boom beberapa tahun lepas. Dengan prestasi yang stabil dan konsisten, ia mampu mengekalkan return melebihi 10% setahun (berdasarkan Annualised Return 5 tahun). Income Distribution / Dividen dana ini juga tinggi.
Kenanga Shariah Growth Oppurtunities, Kenanga Islamic dan Kenanga Ekuiti Islam adalah antara dana yang baik prestasinya bagi sektor Equity.
Manulife Asset Management mempunyai beberapa dana yang sangat baik dan berpotensi memberikan return pulangan yang baik.
Manulife Shariah Progress mencatatkan return 14.77% setahun berdasarkan Annualised Return 5 tahun. Dana ini pernah mencatatkan return tahunan sebanyak 47.34% pada tahun 2013. Ia mencatatkan 97.13% bagi tempoh 5 tahun. Income Distribution / Dividen bagi tempoh 3 tahun terdahulu juga tinggi.
Manulife Dana Ekuiti mencuri tumpuan ramai sebagai antara dana terbaik bagi tahun 2016. Dana ini juga mendapat penarafan 5 Star daripada Morningstar. Lipper juga memberikan Skor yang tinggi kepada dana ini.
Manulife Al-Fauzan adalah dana daripada sector Equity Malaysia Income. Dana ini antara dana yang stabil dan konsisten return saban tahun.
Pheim Asset Management dianugerahkan sebagai syarikat terbaik bagi sector Mixed Asset untuk tahun 2015.
Dana Makmur Pheim adalah antara dana terbaik bagi sector Mixed Asset Malaysia. Prestasi return dana ini melebihi banyak dana Equity yang lain meskipun sebahagian pelaburannya ditempatkan di bond / Money Market. Dana ini mencatatkan 11.50% setahun (berdasarkan Annualised Return 5 tahun). Morningstar juga memberikan penarafan tertinggi 5 Star kepada dana ini sebagai mana Lipper yang tuurut memberikan Skor Rating yang tinggi.
Affin Hwang Asset Management mempunyai banyak dana Islamic dan Conventional.
Affin Hwang Aiiman Growth adalah dana Islamik terbaik bagi syarikat ini. Dana ini mencatatkan >10% setahun berdasarkan Annualised Return 5 tahun dan 10 tahun.
AmFunds Management Berhad mempunyai banyak dana buat pelabur. Antara yang baik prestasinya (Islamik) adalah AmIttikal, AmIslamic Growth, AmOasis Global Equity dan Precious Metals Securities.
Aberdeen Asset Management masih baru untuk pasaran Malaysia. Dua dana yang mula meniti di bibir pelabur adalah Aberdeen Islamic Malaysia Equity dan Aberdeen Islamic Global Equity.
Amanah Mutual Berhad adalah di bawah Amanah Saham Basional Berhad (ASNB) dan Perbadanan Nasional Berhad (PNB). Syarikat ini dianugerahkan sebagai syarikat terbaik bagi kelas Bond / Sukuk untuk tahun 2015. Meskipun terkenal dengan Bond / Sukuk, syarikat ini masih mempunyai beberapa dana Equity dan Mixed Asset yang baik seperti AMB Dana Yakin dan AMB Dana Ikhlas.
BIMB Investment Management adalah di bawah Bank Islam.
CIMB Principal Asset Management antara syarikat yang besar dalam Unit Trust Malaysia.
CIMB Islamic Dali Equity, CIMB Islamic Equity Growth, CIMB Islamic Equity Theme dan CIMB Islamic Dali Asia Pacific melengkapkan kumpulan Dali yang kukuh di pasaran CWA.
CIMB Islamic Greater China dan CIMB Islamic Asia Pacific mencuri tumpuan dengan mancatatkan return yang baik untuk Quarter 2 dan Quarter 3 bagi tahun 2016. Brexit memberikan kesan yang sangat baik kepada kedua-dua dana ini.
RHB Asset Management mempunyai beberapa dana yang baik prestasinya.
RHB Islamic Bond unggul sebagai Bond Terbaik Malaysia kini dengan return melebihi banyak dana Equity yang lain. Dengan purata >6% setahun, ia di kategorikan sebagai dana yang sangat baik dan tinggi retrun bagi sector Bond / Sukuk. Penarafan 5 Star oleh Morningstar adalah skor tinggi oleh Lipper menjadikannya sebagai dana pilihan sebagai alternatif kepada Fixed Deposit.
Public Mutual Berhad merupakan syarikat unit trust yang glamour dengan pilihan dana yang banyak conventional dan Islamik.
Umumnya, sector Asia Pacific dan Greater China mencatatkan prestasi yang baik untuk tempoh masa singkat - 3 bulan dan 6 bulan, Antaranya disumbangkan oleh Brexit. China, Hong Kong, Singapore, Indonesia, Thailand, India adalah antara negara yang mencatatkan prestasi yang baik untuk tempoh masa ini. Ramai penganalisis ekonomi menjangkakan sector Asia Pacific (termasuk Greater China) ini akan meneruskan momentum positif ini sehingga 2018.
Namun begitu, Equity Malaysia bukanlah teruk sangat jika dibandingkan dengan yang lain. Untung jangkamasa panjang, Equity Malaysia masih baik. Harga NAV yang rendah kini adalah peluang yang sangat baik buat pelabur meningkatkan jumlah unit pelaburan.
===============================
STRATEGI PELABURAN
Kebanyakan dana menunjukkan tanda pemulihan bermula 3rd Quarter 2016. Diharapkan trend ini akan berterusan dan memberikan momentum kepada dana untuk terus memberikan return yang lebih baik.
Bajet 2017 sedikit sebanyak memberikan impak kepada pelaburan Unit Trust ini. Sejauh manakah impak Pemilihan Presiden US kepada ekonomi global?
Dalam keadaan ekonomi negara yang statik, pelaburan unit trust masih lagi merupakan medium yang baik untuk mengembangkan duit simpanan kita. Namun, pemilihan dana adalah sangat sangat sangat penting.
Setiap pelaburan ada risikonya. High Risk High Return. Kita kena bijak merancang untuk menguruskan risiko. Strategi terbaik sekarang adalah DIVERSIFY - pecahkan pelaburan unit trust kita dalam beberapa sector.
- Equity Malaysia masih baik untuk laburkan duit kita. Masih ada saham-saham dan unit trust tertentu yang mampu memberikan return yang baik.
- Equity Asia Pacific / Equity Asia Pacific Ex Japan / Equity Greater China / Equity Global - pasaran luar negara ini berpotensi memberikan return yang baik tempias daripada Brexit Jun lepas. Pelabur dari UK, Eropah banyak yang mengalihkan pelaburan ke rantau Asia dan melonjakkan ekonomi rantau ini.
Satu lagi strategi terbaik adalah SWITCHING FUND. Pelabur boleh memindahkan pelaburan dari satu fund ke fund yang lain bergantung kepada PELUANG/ POTENSI yang ada dan ia juga salah satu strategi PENGURUSAN RISIKO yang ampuh.
Switching biasanya melibatkan kos.
Apatah lagi jika ingin transfer dari satu syarikat ke syarikat unit trust yang lain.
Namun begitu....
Anda kini boleh menikmati FREE SWITCHING*...
FREE SWITCHING* kepada mana2 dana meskipun melibatkan syarikat berlainan...
dan yang lagi best...
FREE SWITCHING* UNLIMITED!
Anda jimat banyak...
Penjimatan ini akan meningkatkan keuntungan bersih anda.
Switching biasanya melibatkan kos.
Apatah lagi jika ingin transfer dari satu syarikat ke syarikat unit trust yang lain.
Namun begitu....
Anda kini boleh menikmati FREE SWITCHING*...
FREE SWITCHING* kepada mana2 dana meskipun melibatkan syarikat berlainan...
dan yang lagi best...
FREE SWITCHING* UNLIMITED!
Anda jimat banyak...
Penjimatan ini akan meningkatkan keuntungan bersih anda.
==================================
DANA PILIHAN
=================================
KESIMPULAN
DANA PILIHAN
Eastspring Dinasti Equity
- Dana Terbaik bagi tempoh 3 bulan dengan 9.66%
- Dana Terbaik bagi tempoh 6 bulan dengan 22.00%
- Dana Terbaik Quarter 3 dengan 15.12%
- Top 3 Dana Terbaik bagi YTD Return dengan 8.10%
- Dana Terbaik Total Return 3 tahun dengan 46.95%
- Dana Terbaik Annualised Return 3 tahun dengan 12.17%
- Mencatatkan 59.68% Total Return bagi tempoh 5 tahun
- Mendapat Skor 5 bagi Total Return oleh Lipper
- Memperolehi Skor 5 bagi Konsisten Return oleh Lipper
- ** Tidak boleh melabur melalui KWSP**
Eastspring Dana Ilham
- Dana yang sangat stabil dan konsisten
- Return tahunan yang melebihi ASB - tahun 2011(9.03%), 2012 (17.47%), 2013 (23.29%), 2014 (7.20%) dan 2015 (10.67%).
- Top 3 Dana Terbaik Total Return 5 tahun dengan 79.88%.
- Top 5 Dana Terbaik Annualised Return 5 tahun dengan 13.55%
- Top 3 Dana Terbaik Annualised Return 10 tahun dengan 12.95%
- Income Distribution / Dividen konsisten setiap tahun
- Mendapat penarafan 5 Star daripada Morningstar
- Mendapat Skor 5 bagi Total Return oleh Lipper
- Memperolehi Skor 5 bagi Konsisten Return oleh Lipper
Mengapa anda perlu melabur dengan saya? (KLIK)
Anda ingin mendapat manfaat berpanjangan dengan Pelaburan Unit Trust? (KLIK)
KESIMPULAN
- Data yang ada ini dapat membantu pelabur membuat keputusan untuk melabur dalam dana yang terbaik.
- Ukuran sekarang adalah FUND/DANA dan bukannya syarikat unit trust. Penilaian kita adalah dana terbaik. Dalam sesuatu syarikat, ada dana yang bagus dan ada juga dana yang tak 'performed'.
- Past performance not indicate of future results. Tetapi at least kita dapat tahu sama ada fund manager susuatu dana tu 'buat kerja atau tidak'.
- Sila rujuk Fund Factsheet, Product Highlight Sheet (PHS) atau Prospectus untuk maklumat lanjut. Kebanyakannya boleh di 'download' melalui SINI.
- Strategi pelaburan terbaik ketika ini adalah : DIVERSIFICATION.
- Harga NAV yang masih rendah ketika ini umpama Sales. Ia pasti menguntungkan untuk tempoh masa sederhana dan panjang. Namun, lain dana lain pula potensi pulangannya.
- Berdasarkan prestasi terkini, banyak peluang yang tercipta untuk segment di luar negara seperti Asia Pacific dan Greater China.
- Keutamaan sekarang adalah mencari dana yang berpotensi untuk melonjak tinggi ketika ekonomi kembali pecut. Ia boleh dinilai berdasarkan Asset Allocation dan Top Holding Share bagi sesuatu dana.
- Setiap individu berbeza matlamat pelaburan dan tahap penerimaan risiko masing-masing. Maka pilihan dana juga mungkin tidak sama antara satu sama lain.
- Adalah disyorkan agar anda mendapatkan nasihat agen bagi membantu anda membuat pilihan dana. Anda inginkan saya membantu anda?
🟩🟥🟩🟥🟩🟥🟩🟥🟩🟥
Consultant Pelaburan AndaMohd Rosyaidi (Adi)📞 012-5588680 (Wassap (KLIK)
*******************************
🔴🔵🔴🔵🔴🔵🔴🔵🔴🔵
ARTIKEL POPULAR============
🔴 HOME
PELUANG TAMBAH INCOME ===================💙 Bisnes ini boleh dilakukan secara Part Time mahupun Full Time. 💙 Terbuka pada sesiapa yang nak tambah income.💙 Saya juga open untuk collaborate dengan mana2 leader.
================================DISCLAIMER : Past performance does not reflect future performance. All information in this article / blog is for educational purposes only and should NOT be taken as investment advise, nor as a recommendation or endorse. Please refer to your agent for details explanation. Thanks.================================
🟩🟥🟩🟥🟩🟥🟩🟥🟩🟥
Consultant Pelaburan Anda
Mohd Rosyaidi (Adi)
📞 012-5588680 (Wassap (KLIK)
*******************************
🔴🔵🔴🔵🔴🔵🔴🔵🔴🔵
ARTIKEL POPULAR
============
🔴 HOME
PELUANG TAMBAH INCOME
===================
💙 Bisnes ini boleh dilakukan secara Part Time mahupun Full Time.
💙 Terbuka pada sesiapa yang nak tambah income.
💙 Saya juga open untuk collaborate dengan mana2 leader.
================================
DISCLAIMER :
Past performance does not reflect future performance. All information in this article / blog is for educational purposes only and should NOT be taken as investment advise, nor as a recommendation or endorse.
Please refer to your agent for details explanation. Thanks.
================================