13 October 2016

UNIT TRUST ISLAMIC TERBAIK - OCT 2016

Dapatkan artikel saya yang TERBARU lagi TERKINI di http://rosyaidiradzi.blogspot.my/

7 perkara penting yang anda akan ketahui setelah membaca dan memahami artikel ini, iaitu:
  1. Top 10 Fund Terbaik (Total Return) untuk tempoh 5 tahun
  2. Top 10 Fund Terbaik (Annualised Return) untuk tempoh 5 tahun
  3. Top 10 Fund Terbaik - Year To Date (YTD)
  4. Prestasi fund utama untuk 1st Quarter, 2nd Quarter dan 3rd Quarter 2016
  5. Perbandingan Prestasi Fund mengikut Sector
  6. Calendar Return Fund Utama Malaysia
  7. Cadangan fund terbaik untuk pelabur. 
======================
ASAS

Unit Trust = Amanah Saham. Konsep mudah: kita minta orang lain (fund manager) uruskan dan laburkan duit kita dalam saham terpilih. Anda tak perlu monitor hari-hari harga NAV unit trust. Berikan 'trust' anda kepada Fund Manager untuk kembangkan duit anda. Konsep sama seperti ASB (ASB juga adalah unit trust). Unit trust adalah medium pelaburan jangkamasa sederhana dan panjang.

Fund = Tabung (seperti Eastspring Dana Ilham, PMB Shariah Aggresive, Amanah Saham Bumiputra, Amanah Hartanah Bumiputra). Setakat 31 Ogos 2016, terdapat sebanyak 638 funds ditawarkan di Malaysia. Namun, hanya 199 funds (30%) adalah Islamic Fund - patuh syariah.

Syarikat unit trust (Unit Trust Management Company, UTMC) = syarikat kewangan berlesen (bank Negara, Suruhanjaya Sekuriti) yang menguruskan pelaburan ahli dalam fund yang dipilih. Setakat Sept 2016, terdapat 37 syarikat unit trust. Antaranya adalah PMB Investment Berhad, Phillip Mutual Berhad, Public Mutual Berhad, CIMB Principal, Kenanga, Manulife, RHB Asset Management, Eastspring Investment dan banyak lagi.

* Pelaburan ahli dalam unit trust adalah dilindungi oleh Trustee (Pemegang Amanah) yang dilantik oleh syarikat unit trust masing-masing. Trustee setiap fund ini dicatatkan dalam Prospectus, Annual Report dan Product Highlight Sheet (PHS)

* Setiap fund yang patuh syariah mempunyai Panel Penasihat Syariah masing-masing. Senarai panel / ahli penasihat syariah fund ini dicatatkan dalam Prospectus dan Annual Report fund tersebut.

* Selain cash, pelabur juga boleh melabur menggunakan sebahagian dari Akaun 1 KWSP. Namun ia hanya tertakluk kepada fund yang diluluskan dan dibenarkan oleh KWSP sahaja. Terdapat kiraan tertentu dalam menentukan jumlah yang boleh dikeluarkan dari Akaun 1. KLIK SINI untuk maklumat lanjut.

* Terdapat Sales Charge yang dikenakan untuk setiap pelaburan. Ia adalah antara 5%-6.5% bagi fund Equity dan 3% bagi pelaburan melalui KWSP. Jumlah Sales Charge yang dikenakan terpapar di Fund Factsheet, Annual Report, Product Highlight Sheet dan Prospectus setiap fund.

Bacaan tambahan Asas dan Tips Pelaburan Unit Trust.


Artikel ini hanya akan membincangkan fund YANG PATUH SYARIAH SAHAJA setakat 12 October 2016. Anda digalakkan untuk merujuk artikel lepas untuk prestasi terdahulu seperti:

=======================

CUMULATIVE  / TOTAL RETURN


Total return/cumulative return 

  • total rise in the value of a fund’s investments over time, assuming that income and capital gains distributions were reinvested.
  • Bahasa mudahnya adalah Jumlah Pulangan Terkumpul untuk suatu tempoh masa.

Contohnya, PMB Shariah Aggresive mencatatkan 95.33% untuk tempoh 5 tahun. Jika tuan-puan melabur RM10,000 pada 5/8/2011, maka sekarang (5/8/2016) anda telah mendapat kenaikan pelaburan = untung sebanyak 95.33% (bersamaan RM9,533). Maka nilai pelaburan anda sekarang berjumlah RM19,533 (Modal RM10,000 + Untung RM9,533).

Data yang disediakan ini diperolehi daripada Lipper Fund Table yang terdapat dalam akhbar The Edge, October 10 - October 16, 2016. Ia menunjukkan Total Return untuk 5 tahun (30/9/2011 - 30/9/2016).

PMB Shariah Aggresive masih mengungguli carta Top 10 dengan Total Return 103.08%. Fund ini ditawarkan oleh PMB Investment (anak syarikat MARA) dan merupakan fund terbaik 2015 (Return 2015 = 41.26%). Ia dalam sector Equity Malaysia - melabur dalam Bursa Saham Malaysia.

ANNUALISED RETURN

Annualized return is year-over-year growth rate of an investment over a specified period of time and calculated as:

Umumnya, ia adalah Purata Pulangan Setahun. Biasanya ia diukur untuk tempoh 1 tahun, 3 tahun, 5 tahun,10 tahun dan YTD (Year To Date). Data yang disediakan ini diperolehi daripada Morningstar setakat 12 October 2016Anda boleh mendapatkan maklumat ini secara PERCUMA melalui SINI.  

Annualised Return PMB Shariah Aggresive adalah 15.22% setahun untuk tempoh 5 tahun (11/10/2011 - 11/10/2016). Ia adalah Annualised return tertinggi berbanding 199 Islamic fund yang lain. 

Bagaimana pula dengan prestasi semasa?
Adakah fund terbaik ini masih 'on track'?
Fund mana yang cemerlang, gemilang dan terbilang?

YTD Return (tempoh antara 1/1/2016 - 11/10/2016) menunjukkan AmPrecious Metal Fund mencatatkan prestasi yang cemerlang, iaitu 46.48% untuk jangkamasa 9 bulan. Fund ini ditawarkan oleh AmInvest (anak syarikat AmBank). Ia melabur dalam syarikat antarabangsa yang berkaitan Gold & Precious Metal. Kenaikan harga emas sejak Januari memberikan tempias positif kepada fund ini.

Eastspring Dinasti Equity mencatatkan (12.06%) dan RHB Global Food Islamic Equity (11.87%) antara fund yang cemerlang prestasinya sejak 1 Januari 2016.

 Sila KLIK jika anda berminat untuk melabur dalam mana-mana fund terbaik ini.

PRESTASI FUND UTAMA -ISLAMIC


Rata-rata fund PMB Investment berkeadaan 'negative YTD Return'. PMB Shariah Aggresive adalah fund yang paling terkesan dengan -12.59%. Tatkala semua fund PMB Investment mencatatkan 'positive Return' untuk 3rd Quarter (July-Sept 2016), PMB Shariah Aggresive masih lagi berkeadaan negatif. 

Namun demikian, untuk jangkamasa panjang, PMB Shariah Aggresive dan PMB Shariah Growth masih merupakan fund yang bagus dengan mencatatkan Annualised Return 5 years yang tinggi. High Risk ---> High Return.

Fund Eastspring Investment juga terkena tempias YTD negative Return. Namun, fund ini mula mencatatkan Return Positive pada 3rd Quarter 2016 (July-Sept 2016). Eastspring Dinasti Equity begitu menonjol dengan mencatatkan YTD Return 12.06%. Ia dibantu oleh prestasi yang amat cemerlang pada 3rd Quarter dengan mencatatkan  15.12% return bagi tempoh July-Sept.  Fund ini fokuskan pelaburan di Greater China - China, Hong Kong dan Taiwan

Eastspring Dana Ilham, Eastspring Dana Dinamik dan Eastspring Dinasti Equity terbukti sebagai fund yang sangat baik prestasinya untuk jangkamasa panjang. Ini dibuktikan dengan Annualised Return yang tinggi untuk tempoh 3 tahun, 5 tahun dan 10 tahun.


Prestasi fund Kenanga adalah seperti yang ditunjukkan dalam gambar di atas. Kenanga Syariah Growth merupakan fund terbaik untuk jangkamasa panjang - 5 tahun dan 10 tahun. untuk jangka masa pendek, Kenanga Ekuiti Islam menunjukkan prestasi lebih baik berbanding fund Kenanga yang lain.

Affin Hwang Aiiman Growth pula adalah antara fund terbaik bagi Affin Hwang Asset Management. Ia juga adalah fund yang baik untuk jangkamasa panjang.


Manulife Dana Ekuiti mencatatkan prestasi yang lebih baik berbanding fund Manulife yang lain bagi jangka masa pendek (YTD). Untuk jangka masa panjang, Manulife Al-Fauzan, Manulife Shariah Progress dan Manulife Al-Faid antara pilihan terbaik di kalangan fund Manulife yang lain.

Kebanyakan fund RHB mencatatkan prestasi negative untuk 3rd Quarter (July - Sept 2016). Ini secara langsung menyebabkan fund RHB ini masih YTD Return Negative. Namun, RHB Islamic Bond langsung tidak terkesan. Ia adalah fund Bond / Sukuk terbaik Malaysia setakat ini. Prestasi fund ini adalah lebih baik berbanding fund Equity yang lain.


AmPrecious Metal begitu menonjol berbanding fund AmInvest yang lain. Kenaikan harga Gold meningkatkan prestasinya untuk 1st quarter dan 2nd quarter 2016. Namun fund ini sangat tinggi risikonya. Very High Risk --> Very High Return.

BIMB Arabesque I Global Dividen merupakan fund yang paling menonjol bagi BIMB Investment. Ia mencatatkan prestasi memberangsangkan untuk 2nd Quarter dan 3rd Quarter 2016. Fund ini bijak ' membuat duit' tatkala ekonomi dunia berada dalam keadaan 'tidak ketahuan'.


Rata-rata fund CIMB Princial menunjukkan prestasi yang amat baik untuk 3rd Quarter 2016 terutamanya fund yang fokuskan pelaburan di Asia Pacific dan Greater China seperti CIMB Islamic Asia Pacific Equity dan CIMB Islamic Greater China Equity. Semua fund di senaraikan dalam gambar di atas mencatatkan prestasi >7% Annualised Return untuk tempoh 5 tahun. 

Dana Makmur Pheim merupakan antara fund Mixed Asset terbaik di Malaysia. Pheim Asia Ex Japan Islamic mencatatkan prestasi yang amat baik untuk 3rd Quarter 2016.


Fund yang fokuskan pelaburan di pasaran Asia Pacific begitu menonjol prestasinya untuk 3rd Quarter 2016. Ia seterusnya meningkatan YTD Return fund tersebut. PB Islamic Asia Strategic Sector adalah fund yang terbaik berbanding fund Public Mutual yang lain.

Untuk jangkamasa panjang, Public Islamic Opportunities merupakan fund terbaik dengan catatan 14.0% (Annualised Return 5 tahun) dan 12.67% (Annualised Return 10 tahun).

 Sila KLIK jika anda berminat untuk melabur dalam mana-mana fund terbaik ini.

CALENDAR RETURN

Amat menarik untuk kita mengkaji patern sesuatu fund berdasarkan Calendar Return / Annual Return. Ia dinilai bagi prestasi tahunan bermula 2009 sehingga 2015. Maklumat ini boleh diakses di Morningstar.





Bagi tempoh 7 tahun antara 2009 -2015, terdapat HANYA 7 fund yang mencatatkan Prestasi Positif setiap tahun, iaitu:

  1. Eastspring Dana Al-Ilham
  2. Eastpring Dana Dinamik
  3. Manulife Al-Fauzan
  4. Pheim Dana Makmur
  5. Public Islamic Asia Dividen
  6. Public Islamic Equity
  7. Public Islamic Select Enterprises


Bagi pelabur yang inginkan fund yang stabil dan tidak boleh menerima kerugian, anda boleh pertimbangkan fund ini. Namun tiada jaminan fund ini akan terus mencatatkan prestasi menguntungkan pada masa akan datang. 

 Sila KLIK jika anda berminat untuk melabur dalam mana-mana fund terbaik ini.

KUALITI FUND 


Dalam membicarakan akan kualiti prestasi sesuatu fund Unit Trust, kita tidak dapat lari daripada mengaitkan Lipper dan Morningstar. Ini kerana kedua-dua institusi ini telah membuat 'Audit' dan penilaian berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan. Mereka akan mengeluarkan Result yang boleh dijadikan panduan pelaburan kepada pelabur. Mereka ini adalah Badan Audit Bebas Bertaraf Antarabangsa. Data mereka digunakan secara meluas oleh semua syarikat Unit Trust Malaysia.

1) Lipper : Ia menilai kepada Total Return, Consistern Return dan PreservationMaklumat dan skor setiap fund boleh didapati melalui SINI atau akhbar The Edge (dikeluarkan secara mingguan). Ia mengeluarkan skor rating antara 1-5 yang mana skor tertinggi adalah 5 atau juga dilabelkan sebagai Leader. 

Total Return
The Lipper Rating for Total Return denotes a fund that has provided superior total returns (income from dividends and interest as well as capital appreciation) when compared to a group of similar funds.

Consistent Return
The Lipper Rating for Consistent Return identifies a fund that has provided relatively superior consistency and risk-adjusted returns when compared to a group of similar funds. Funds which achieve high ratings for Consistent Return may be the best fit for investors who value a fund's year-to-year consistency relative to other funds in a particular peer group.

Preservation
The Lipper Rating for Preservation is a fund that has demonstrates a superior ability to preserve capital in a variety of markets when compared with other funds in its asset class.

Setakat 11/10/2016, hanya 5 funds (daripada 199 Islamic fund) yang mendapat Perfect Skor 5-Total Return, Skor 5 - Consistent Return dan Skor 5 - Preservation, iaitu:

  1. Aberdeen Islamic World Equity Fund
  2. Eastspring Dana Ilham
  3. Kenanga Syariah Growth
  4. Manulife Al-Faid
  5. Manulife Al-Fauzan

2) Morningstar : Pelabur boleh menyemak status skor setiap fund melalui SINI. Ia mengeluarkan skor rating antara 1-5 yang mana skor tertinggi adalah 5. maknanya, Fund yang mendapat taraf 5 Star memang fund terbaik/ cemerlang / paling berpotensi.

Setakat 11/10/2016, hanya 8 funds (daripada 199 Islamic Fund) mendapat penarafan 5 Star, iaitu:
  1. Dana Makmur Pheim
  2. Eastspring Dana Ilham
  3. Libra Dana Safa
  4. Manulife Shariah Progress
  5. Manulife Dana Ekuiti
  6. Public Islamic Opportunities
  7. Public Ittikal Sequel
  8. RHB Islamic Bond
# Hanya Eastspring Dana Ilham (daripada 199 Islamic fund) mendapat penarafan tertinggi daripada Lipper (Perfect Skor 5-Total Return, Skor 5 - Consistent Return dan Skor 5 - Preservation) dan Morningstar (5 Star).

======================

Ini adalah data yang diperolehi daripada Lipper. Jelas menunjukkan pelaburan dalam unit trust Equity berasaskan Asia Pacific, Greater China dan ASEAN menunjukkan prestasi yang sangat menguntungkan (Warna Pink adalah sector 3 terbaik dalam sesuatu tempoh masa). Selepas BREXIT, rantau Asia menerima kesan yang sangat positif. Beberapa negara mencatatkan perkembangan yang baik seperti India, China, Japan, Hong Kong, Indonesia, Filifina, Thailand dan Malaysia.

Namun begitu, Equity Malaysia bukanlah teruk sangat jika dibandingkan dengan yang lain. Untung jangkamasa panjang, Equity Malaysia masih baik. Data ini hanyalah menunjukkan purata pulangan. Terdapat banyak fund yang mencatatkan return setanding malah lebih baik berbanding fund berasaskan luar negara.

===============================
STRATEGI PELABURAN

Kebanyakan fund menunjukkan tanda pemulihan sejak 3rd Quarter 2016. Diharapkan trend ini akan berterusan dan memberikan momentum kepada fund untuk terus memberikan return yang lebih baik.

Dalam keadaan ekonomi negara yang statik, pelaburan unit trust masih lagi merupakan medium yang baik untuk mengembangkan duit simpanan kita. Namun, pemilihan fund adalah sangat sangat sangat penting.

Setiap pelaburan ada risikonya. High Risk High Return. Kita kena bijak merancang untuk menguruskan risiko. Strategi terbaik sekarang adalah DIVERSIFY - pecahkan pelaburan unit trust kita dalam beberapa sector.
  • Equity Malaysia masih baik untuk laburkan duit kita. Masih ada saham-saham dan unit trust tertentu yang mampu memberikan return yang baik. 
  • Equity Asia Pacific / Equity Asia Pacific Ex Japan / Equity Greater China / Equity Global - pasaran luar negara ini berpotensi memberikan return yang baik tempias daripada Brexit Jun lepas. Pelabur dari UK, Eropah banyak yang mengalihkan pelaburan ke rantau Asia dan melonjakkan ekonomi rantau ini.
  • Elakkan melabur dalam fund yang tinggi 'volatility' nya
Satu lagi strategi terbaik adalah SWITCHING FUND. Pelabur boleh memindahkan pelaburan dari satu fund ke fund yang lain bergantung kepada PELUANG/ POTENSI yang ada dan ia juga salah satu strategi PENGURUSAN RISIKO yang ampuh.

==================================
  1. Data yang ada ini dapat membantu pelabur membuat keputusan untuk melabur dalam fund yang terbaik. 
  2. Ukuran sekarang adalah FUND dan bukannya syarikat unit trust. Penilaian kita adalah fund terbaik. Dalam sesuatu syarikat, ada fund yang bagus dan ada juga fund yang tak 'performed'.
  3. Past performance not indicate of future results. Tetapi at least kita dapat tahu sama ada fund manager susuatu fund tu 'buat kerja atau tidak'.
  4. Sila rujuk Fund Factsheet, Product Highlight Sheet (PHS) atau Prospectus untuk maklumat lanjut. Kebanyakannya boleh di 'download' di SINI.
  5. Strategi pelaburan terbaik ketika ini adalah : DIVERSIFICATION.
  6. Harga NAV yang masih rendah ketika ini umpama Sales. Ia pasti menguntungkan untuk tempoh masa sederhana dan panjang. Namun, lain fund lain pula potensi pulangannya.
  7. Berdasarkan prestasi terkini, banyak peluang yang tercipta untuk segment di luar negara seperti Asia Pacific, China, Indonesia
  8. Keutamaan sekarang adalah mencari fund yang berpotensi untuk melonjak tinggi ketika ekonomi kembali pecut. Ia boleh dinilai berdasarkan Asset Allocation dan Top Holding Share bagi sesuatu fund.
  9. Setiap individu berbeza matlamat pelaburan dan tahap penerimaan risiko masing-masing. Maka pilihan fund juga mungkin tidak sama antara satu sama lain.
  10. Adalah disyorkan agar anda mendapatkan nasihat agen bagi membantu anda membuat pilihan fund. Anda inginkan saya membantu anda?



🟩🟥🟩🟥🟩🟥🟩🟥🟩🟥

Consultant Pelaburan Anda
Mohd Rosyaidi (Adi)
📞 012-5588680 (Wassap (KLIK)

*******************************

🔴🔵🔴🔵🔴🔵🔴🔵🔴🔵


ARTIKEL POPULAR
============

🔴 HOME


PELUANG TAMBAH INCOME 
===================
💙 Bisnes ini boleh dilakukan secara Part Time mahupun Full Time. 
💙 Terbuka pada sesiapa yang nak tambah income.
💙 Saya juga open untuk collaborate dengan mana2 leader.



================================
DISCLAIMER :
Past performance does not reflect future performance. All information in this article / blog is for educational purposes only and should NOT be taken as investment advise, nor as a recommendation or endorse.
Please refer to your agent for details explanation. Thanks.
================================