17 September 2016

UNIT TRUST TERBAIK MALAYSIA - SEPTEMBER 2016

Dipersembahkan pretasi Unit Trust Malaysia terkini (setakat 15 September 2016). 

Dapatkan artikel saya yang TERBARU lagi TERKINI di http://rosyaidiradzi.blogspot.my/

AMARAN: Artikel ini agak panjang dan mempunyai banyak info bernombor yang boleh membuatkan anda pening dan naik juling. Ambil masa secukupnya untuk memahami sebaiknya setiap info yang diberikan. Dapatkan nasihat agen unit trust untuk maklumat lanjut dan terperinci.

======================

12 perkara penting yang anda akan ketahui setelah membaca dan memahami artikel ini, iaitu:
  1. terdapat banyak syarikat unit trust yang beroperasi di Malaysia (Keseluruhannya 37 syarikat unit trust) bukan sahaja yang biasa kita dengar seperti Public Mutual Berhad dan CWA (CIMB Principal Asset Management).
  2. unit trust ini mempunyai beberapa kelas asset - umumnya adalah Equity, Mixed Asset / Balanced, Bond/ Sukuk, Money Market 
  3. kita sebenarnya boleh melabur dalam saham di luar negara hanya dengan membeli unit trust yang ditawarkan syarikat unit trust Malaysia.
  4. perbandingan prestasi unit trust sector Malaysia dan prestasi unit trust sector luar Malaysia seperti sector Asia Pacific, Greater China dan lain-lain.
  5. Top 10 fund Equity Malaysia terbaik prestasinya - Total Return untuk tempoh masa 1 tahun, 3 tahun dan 5 tahun.
  6. Top 10 fund Equity Non Malaysia terbaik prestasinya - Total Return untuk tempoh masa 1 tahun, 3 tahun dan 5 tahun.
  7. Top 10 fund Mixed Asset / Balanced Malaysia terbaik prestasinya - Total Return untuk tempoh masa 1 tahun, 3 tahun dan 5 tahun.
  8. prestasi fund utama yang diukur berdasarkan Total / Cumulative Return (Pulangan Terkumpul) bagi sesuatu tempoh masa - 1 Tahun, 3 Tahun, 5 Tahun
  9. prestasi fund utama yang diukur  berdasarkan Annualised Return (Purata Pulangan Setahun) untuk tempoh 1 tahun, 3 tahun, 5 tahun,10 tahun dan YTD (Year To Date) - sejak 1 Jan 2016.
  10. fund yang mencatatkan prestasi yang memberangsangkan dalam tempoh masa 3 bulan ini (Post Brexit).
  11. kualiti fund (cemerlang / bagus atau menghampakan) yang dinilai oleh badan bebas berkecuali bertaraf antarabangsa seperti Lipper dan Morningstar. Skor rating ini disunakan secara meluas oleh semua syarikat unit trust Malaysia
  12. Cadangan fund terbaik untuk pelabur. 
======================
ASAS

* Unit Trust = Amanah Saham. Konsep mudah: kita minta orang lain (fund manager) uruskan dan laburkan duit kita dalam saham terpilih. Anda tak perlu monitor hari-hari harga NAV unit trust. Berikan 'trust' anda kepada Fund Manager untuk kembangkan duit anda. Konsep sama seperti ASB (ASB juga adalah unit trust). Unit trust adalah medium pelaburan jangkamasa sederhana dan panjang.
* Fund = Tabung (seperti Eastspring Dana Ilham, PMB Shariah Aggresive, Amanah Saham Bumiputra, Amanah Hartanah Bumiputra)
* Syarikat unit trust (Unit Trust Management Company, UTMC) = syarikat kewangan berlesen (bank Negara, Suruhanjaya Sekuriti) yang menguruskan pelaburan ahli dalam fund yang dipilih. Contohnya adalah PMB Investment Berhad, Phillip Mutual Berhad, Public Mutual Berhad
* Simpanan dan insurans/takaful anda dilindngi oleh PIDM. Pelaburan ahli dalam unit trust pula dilindungi oleh Trustee (Pemegang Amanah) yang dilantik oleh syarikat unit trust masing-masing.
* Setiap fund yang patuh syariah mempunyai Panel Penasihat Syariah masing-masing.
* Selain cash, pelabur juga boleh melabur menggunakan sebahagian dari Akaun 1 KWSP. Namun ia hanya tertakluk kepada fund yang diluluskan dan dibenarkan oleh KWSP sahaja. Terdapat kiraan tertentu dalam menentukan jumlah yang boleh dikeluarkan dari Akaun 1. KLIK SINI untuk maklumat lanjut.
* Terdapat Sales Charge yang dikenakan untuk setiap pelaburan. Ia antara 5%-6.5% bagi fund Equity (berbeza menikut fund) dan 3% bagi pelaburan melalui KWSP. Jadi, pilihlah fund yang terbaik dan sesuai dengan anda bagi memastikan bayaran 'Sales Charge' anda berbaloi dengan pulangan yang akan anda kecapi bagi mencapai matlamat pelaburan anda.


======================

Market Malaysia masih dalam keadaan sideway - tidak menunjukkan kenaikan dan penurunan secara ketara. FBM KLCI masih mencuba untuk melepas paras 1700 mata. 

Untuk mengatakan ekonomi meleset adalah sangat tidak tepat. Data ekonomi Malaysia masih menunjukkan ekonomi yang masih baik dan berdaya maju. Saya masih melihat ramai yang berebut2 mendapatkan dan menukar kepada handphone terbaru sebaik dilancarkan. Shopping mall masih dipenuhi manusia baik ketika Sales mahupun weekend untuk berbelanja.

Harga rata2 unit trust adalah rendah. Pembelian ketika ini adalah sangat digalakkan. Ia umpama Sales / Promotion / Diskaun. Namun, pelabur kenalah sedikit memilih agar mendapat fund yang lebih bernilai dan lebih menguntungkan. Alangkah bagusnya jika kita dapat membuat belian 'barangan' berkualiti pada harga yang murah. Dan jangan pula kita terbeli 'barangan' murah yang tidak berkualiti.Ia sangat merugikan.

Setakat 31 July 2016, terdapat sebanyak 636 funds ditawarkan kepada pelabur. Namun hanya 199 funds adalah yang patuh syariah seperti yang dilaporkan oleh FIMMYang akan diulas hanyalah sebahagian besar daripada fund YANG PATUH SYARIAH SAHAJA. Ini adalah prestasi terkini - September 2016. Anda juga boleh merujuk artikel lepas untuk prestasi terdahulu seperti:

=======================

CUMULATIVE  / TOTAL RETURN


Total return/cumulative return 

  • total rise in the value of a fund’s investments over time, assuming that income and capital gains distributions were reinvested.
  • Bahasa mudahnya adalah Jumlah Pulangan Terkumpul untuk suatu tempoh masa.

Contohnya, PMB Shariah Aggresive mencatatkan 95.33% untuk tempoh 5 tahun. Jika tuan-puan melabur RM10,000 pada 5/8/2011, maka sekarang (5/8/2016) anda telah mendapat kenaikan pelaburan = untung sebanyak 95.33% (bersamaan RM9,533). Maka nilai pelaburan anda sekarang berjumlah RM19,533 (Modal RM10,000 + Untung RM9,533).

Data yang disediakan ini diperolehi daripada Lipper Fund Table yang terdapat dalam akhbar The Edge Edisi #1127, September 12 - September 18, 2016

Di bawah adalah Best of The Best Unit Trust Fund - Equity (Malaysia) bagi tempoh, 3 bulan, 6 bulan, 1 tahun, 3 tahun dan 5 tahun. 

Equity adalah kelas asset yang Tinggi Risikonya dan berpeluang juga mendapat Tinggi Pulangannya. Ia melabur dalam kaunter saham Bursa Saham Malaysia FBM KLCI. Namun, risikonya tidaklah setinggi pelaburan / trading saham atau forex. Ini adalah segment tumpuan agen unit trust dalam memasarkan produk unit trust masing-masing atas kapasiti ia mampu memberikan pulangan yang lebih tinggi berbanding ASB, Tabung Haji dan selainnya.

Aberdeen Islamic Malaysia Equity mencatatkan 7.04% bagi tempoh 3 bulan (2/6/2016 - 2/9/2016). Ini adalah 10 fund terbaik 'Post Brexit' bagi segment Malaysia. Namun, unit trust adalah pelaburan medium jangkamasa sederhana dan panjang. Adalah bagus bagi kita mendapatkan fund yang tinggi dan konsisten pulangannya,

RHB Islamic Asean Megatrend mencatatkan 12.64% bagi tempoh 6 bulan (2/3/2016 - 2/9/2016). Fund ini baru dilancarkan pada April 2016. Ia fokus melabur dalam saham di negara Malaysia, Indonesia, Filifina, Vietnam, China dan Japan. Oleh kerana ia adalah fund yang baru, tiada rekod prestasi yang boleh digunakan sebagai asas penilaian kualiti dan potensi fund ini. Eastspring Dinasti Equity mencatatkan 10.99% dan merupakan fund terbaik yang melabur di Greater China.

Manulife Shariah Dana Ekuiti mencatatkan 13.03% bagi tempoh 1 tahun (2/9/2015 - 2/9/2016). 

PMB Shariah Aggresive mencatatkan 34.36% bagi tempoh 3 tahun (2/9/2013 - 2/9/2016).Maknanya, bagi yang invest pada 2/9/2013..... sekarang sedang menikmati pulangan sebanyak 34.36% daripada pelaburan asalnya.



PMB Shariah Aggresive mencatatkan 92.42% bagi tempoh 5 tahun (2/9/2011 - 2/9/2016). 

Sila KLIK jika anda berminat untuk melabur dalam mana-mana fund terbaik ini.

======================

Selain Equity, ramai juga pelabur yang melabur dalam Mixed Asset / Balanced fund. Di bawah adalah Best of The Best Unit Trust Fund - Mixed Asset (Malaysia) bagi tempoh, 3 bulan, 6 bulan, 1 tahun, 3 tahun dan 5 tahun. 

Mixed Asset / Balanced Fund adalah pelaburan yang mempunyai ratio tertentu dalam pelaburan di Equity, Bond, Sukuk, Money Market, Cash. Contohnya, fund ini melabur 70% dalam equity dan 30% dalam Money Market. Ia adalah lebih rendah risikonya berbanding Equity. 

Risiko  (> lebih tinggi risikonya), umumnya
  • Equity > Mixed Asset / Balanced > Bond /Sukuk > Money Market
  • Luar negara > Malaysia
Public Ehsan Mixed Asset Growth (PESMAGF) mencatatkan 13.58% bagi tempoh 1 tahun (2/9/2015 - 2/9/2016). Dana Makmur Pheim juga mencatatkan prestasi yang baik dengan mencatatkan 13.58%.


Eastspring Dana Dinamik mencatatkan 30.37% bagi tempoh 3 tahun (2/9/2013 - 2/9/2016). 


Easpring Dana Dinamik mencatatkan 63.71% bagi tempoh 5 tahun (2/9/2011 - 2/9/2016). Dana Makmur Pheim juga mencatatkan prrestasi yang baik, 61.93%.

Sila KLIK jika anda berminat untuk melabur dalam mana-mana fund terbaik ini.

======================

Pelabur digalakkan untuk 'diversify' investment. Antaranya dengan melabur unit trust di pasaran luar negara melalui fund Unit Trust yang ditawarkan oleh syarikat unit trust Malaysia. Lanskap perkembangan ekonomi dunia sentiasa berubah. Tidak ada negara / region yang selama-lamanya terbaik dan menguntungkan. 


Ini adalah data yang diperolehi daripada Lipper. Jelas menunjukkan pelaburan dalam unit trust Equity berasaskan Asia Pacific, Greater China dan ASEAN menunjukkan prestasi yang sangat menguntungkan (Warna Pink adalah sector 3 terbaik dalam sesuatu tempoh masa). Selepas BREXIT, rantau Asia menerima kesan yang sangat positif. Beberapa negara mencatatkan perkembangan yang baik seperti India, China, Japan, Hong Kong, Indonesia, Filifina, Thailand dan Malaysia.

Namun begitu, Equity Malaysia bukanlah teruk sangat jika dibandingkan dengan yang lain. Untung jangkamasa panjang, Equity Malaysia masih baik. Data ini hanyalah menunjukkan purata pulangan. Terdapat banyak fund yang mencatatkan return setanding malah lebih baik berbanding fund berasaskan luar negara.

Data di bawah menunjukkan secara jelas prestasi market Malaysia berbanding luar negara untuk tempoh 10 tahun (2006 - 2015).



Walaupun tahun lepas market Malaysia mencatatkan -3.8%, namun masih ada fund Malaysia yang sangat baik prestasinya. Contohnya PMB Shariah Aggresive yang mencatatkan >40% untuk  tempoh 1 Jan 2015 - 1 Jan 2016.


Di bawah adalah Best of The Best Unit Trust Fund (Non Malaysia) bagi tempoh 1 tahun, 3 tahun dan 5 tahun. Fund ini ditawarkan oleh syarikat unit trust Malaysia. Ia melabur dalam segment tertentu di luar negara.

AmPrecious Metals mencatatkan 53.85% bagi tempoh 1 tahun (2/9/2015 - 2/9/2016). Ia adalah fund berasaskan Gold, Silver dan Precious Metal. High Risk High return!

Eastspring Dinasti Equity mencatatkan 38.84% bagi tempoh 3 tahun (2/9/2013 - 2/9/2016). Fund ini menumpukan pelaburan di Greater China.

AmOasis Global Islamic Equity mencatatkan 59.25% bagi tempoh 5 tahun (2/9/2011 - 2/9/2016). 

Sila KLIK jika anda berminat untuk melabur dalam mana-mana fund terbaik ini.

=======================

Di senaraikan prestasi fund utama bagi syarikat unit trust utama Malaysia. Ia hanya menunjukkan fund yang patuh shariah sahaja. Anda boleh:
  • membandingkan prestasi sesuatu fund dalam syarikat unit trust yang sama
  • membandingkan prestasi sesuatu fund berbanding fund dari syarikat unit trust yang lain
  • melihat prestasi fund mengikut tempoh masa pendek (1 tahun) dan 5 tahun (sederhana panjang)
  • mengetahui sama ada fund ini boleh dilabur melalui Akaun 1 KWSP. Rujukan dari laman web KWSP (KLIK)







Sila KLIK jika anda berminat untuk melabur dalam mana-mana fund terbaik ini.

=======================

ANNUALISED RETURN


Annualized return is year-over-year growth rate of an investment over a specified period of time and calculated as:

Umumnya, ia adalah Purata Pulangan Setahun. Ia diukur untuk tempoh 1 tahun, 3 tahun, 5 tahun,10 tahun dan YTD (Year To Date) - sejak 1 Jan 2016 sehingga 15/9/2016.

Data yang disediakan ini diperolehi daripada Morningstar setakat 31 July 2016. Anda boleh mendapatkan maklumat ini secara PERCUMA melalui SINI.  

Maklumat Annualised Return ini boleh dilihat bersama-sama dengan maklumat Total / Cumulative Return dalam menentukan prestasi fund sebenar. Kedua-dua maklumat ini adalah sama sahaja cuma dilihat dari perspektif berbeza - Total / Cumulative Return (Pulangan Terkumpul) dan Annualised Return (Purata Pulangan Setahun).








Sila KLIK jika anda berminat untuk melabur dalam mana-mana fund terbaik ini.

======================

Bagi yang mempunyai i-Akaun KWSP, anda diberikan satu access yang sangat bermanfaat. Portal Pelaburan Ahli KWSP disediakan secara PERCUMA dan menggunakan base Novagni bagi menunjukkan prestasi unit trust yang dibenarkan oleh KWSP. 

KLIK SINI untuk maklumat lanjut. 


======================

KUALITI FUND 


Dalam membicarakan akan kualiti prestasi sesuatu fund Unit Trust, kita tidak dapat lari daripada mengaitkan Lipper dan Morningstar. Ini kerana kedua-dua institusi ini telah membuat 'Audit' dan penilaian berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan. Mereka akan mengeluarkan Result yang boleh dijadikan panduan pelaburan kepada pelabur. Mereka ini adalah Badan Audit Bebas Bertaraf Antarabangsa. Data mereka digunakan secara meluas oleh semua syarikat Unit Trust Malaysia.

1) Lipper : Ia menilai kepada Total Return, Consistern Return dan PreservationMaklumat dan skor setiap fund boleh didapati melalui SINI atau akhbar The Edge (dikeluarkan secara mingguan). Ia mengeluarkan skor rating antara 1-5 yang mana skor tertinggi adalah 5 atau juga dilabelkan sebagai Leader. 

Total Return
The Lipper Rating for Total Return denotes a fund that has provided superior total returns (income from dividends and interest as well as capital appreciation) when compared to a group of similar funds.

Consistent Return
The Lipper Rating for Consistent Return identifies a fund that has provided relatively superior consistency and risk-adjusted returns when compared to a group of similar funds. Funds which achieve high ratings for Consistent Return may be the best fit for investors who value a fund's year-to-year consistency relative to other funds in a particular peer group.

Preservation
The Lipper Rating for Preservation is a fund that has demonstrates a superior ability to preserve capital in a variety of markets when compared with other funds in its asset class.

2) Morningstar : Pelabur boleh menyemak status skor setiap fund melalui SINI. Ia mengeluarkan skor rating antara 1-5 yang mana skor tertinggi adalah 5. maknanya, Fund yang mendapat taraf 5 Star memang fund terbaik/ cemerlang / paling berpotensi.








Hanya 7 fund sahaja tersenarai sebagai fund yang 5 star oleh Morningstar, iaitu:
  • Eastspring Dana Al-Ilham
  • Manulife Shariah - Dana ekuiti
  • Manulife Shariah Progress
  • Pheim Dana Makmur
  • Kenanga Syariah Growth
  • Public Ittikal Sequel (PITSEQ)
  • RHB Islamic Bond
Terdapat 4 Fund yang mendapat Perfect skor 5 untuk Total Return, Skor 5 untuk Consistern Return dan Skor 5 untuk Preservation daripada Lipper iaitu:
  • Manulife Al-Fauzan
  • Kenanga Syariah Growth
  • Public Ittikal Sequel (PITSEQ)
  • Affin Hwang Aiiman Select Income

=======================

KESIMPULAN

  1. Data yang ada ini dapat membantu pelabur membuat keputusan untuk melabur dalam fund yang terbaik. 
  2. Ukuran sekarang adalah FUND dan bukannya syarikat unit trust. Penilaian kita adalah fund terbaik. Dalam sesuatu syarikat, ada fund yang bagus dan ada juga fund yang tak 'performed'.
  3. Past performance not indicate of future results. Tetapi at least kita dapat tahu sama ada fund manager susuatu fund tu 'buat kerja atau tidak'.
  4. Sila rujuk Fund Factsheet, Product Highlight Sheet (PHS) atau Prospectus untuk maklumat lanjut. Kebanyakannya boleh di 'download' di SINI.
  5. Strategi pelaburan terbaik ketika ini adalah : DIVERSIFICATION.
  6. Harga NAV yang masih rendah ketika ini umpama Sales. Ia pasti menguntungkan untuk tempoh masa sederhana dan panjang. Namun, lain fund lain pula potensi pulangannya.
  7. Berdasarkan prestasi terkini, banyak peluang yang tercipta untuk segment di luar negara seperti Asia Pacific, China, Indonesia
  8. Keutamaan sekarang adalah mencari fund yang berpotensi untuk melonjak tinggi ketika ekonomi kembali pecut. Ia boleh dinilai berdasarkan Asset Allocation dan Top Holding Share bagi sesuatu fund.
  9. Setiap individu berbeza matlamat pelaburan dan tahap penerimaan risiko masing-masing. Maka pilihan fund juga mungkin tidak sama antara satu sama lain.
  10. Adalah disyorkan agar anda mendapatkan nasihat agen bagi membantu anda membuat pilihan fund. Anda inginkan saya membantu anda?

🟪🟥🟪🟥🟪🟥🟪🟥🟪

🟩🟥🟩🟥🟩🟥🟩🟥🟩🟥


Adakah anda mempunyai isu2 ini...

🔷 Anda dah invest lama, tapi masih tak untung banyak / masih rugi / tak tahu status pelaburan anda
🔷 Anda keliru nak buat apa dengan pelaburan anda sekarang sama ada nak maintain atau buat pertukaran (nak tukar ke mana?)
🔷 Pelaburan anda tidak diuruskan dengaan baik, berterabur dan tidak tersusun
🔷 Anda tak tahu nak invest mana kerana takut terkena Scam / Pernah kena scam
🔷 Anda tak sure bagaimana nak uruskan duit Persaraan anda sebaiknya untuk mendapat Regular Income secara Konsisten 


Izinkan saya bantu anda dengan Kepakaran saya (> 14 tahun pengalaman dalam bidang kewangan) untuk...

🔶 Susun portfolio Pelaburan Premium yang berpotensi memberikan pulangan yang tinggi melalui pelaburan Equity, ETF, FCPO, Crypto & Bitcoin yang Sah di sisi Undang2 & Patuh Shariah.
🔶 Sediakan Plan Investment yang Sederhana-Rendah Risiko pada Unit Trust yang memberikan High Distribution (Dividend) KONSISTEN SETIAP TAHUN (+ FREE Takaful Death & TPD)
🔶 Gabungkan kombinasi beberapa instrumen pelaburan untuk sesuaikan Portfolio yang Manageable Risk yang sesuai untuk Retirement Plan.



Mohd Rosyaidi (Adi)
Konsultan Pelaburan Bertauliah (SC & FIMM)

📞 012-5588680 (Wassap (KLIK)
📞 012-5588680 (Wassap (KLIK)
📞 012-5588680 (Wassap (KLIK)

Unit Trust | Equity | ETF | Crypto & Bitcoin | FCPO 
✅ Approved by Suruhanjaya Sekuriti (SC) Malaysia
✅ Approved by Bursa Malaysia 
✅ Patuh Shariah 
❌ Scam


*******************************
Jemput join untuk Pelbagai Info Kewangan & Pelaburan