1. Apa itu Unit Trust?
Unit Trust ialah instrumen pelaburan kolektif di mana wang pelabur dikumpulkan dan diuruskan oleh pengurus dana profesional (Fund Manager) untuk dilaburkan dalam portfolio seperti saham, sukuk, pasaran wang atau aset lain untuk menjana pulangan.
Setiap pelabur memiliki “unit” yang mewakili pegangan mereka dalam dana tersebut.
2. Unit Trust berbeza dengan ASB ke?
Ya, sangat berbeza.
Unit Trust
- Nilai (Harga unit) berubah2 ikut pasaran
- Pulangan tidak tetap
- Tiada jaminan modal
- Lebih berisiko
- Terbuka kepada semua untuk invest
ASB
|
ASB lebih mirip produk simpanan berdividen, manakala Unit Trust adalah pelaburan pasaran modal.
3. Unit Trust itu risiko tinggi atau rendah?
Bergantung pada jenis dana.
-
Dana Pasaran Wang (Money Market) → Risiko rendah
-
Dana Sukuk / Bond → Risiko sederhana rendah
-
Dana Ekuiti → Risiko tinggi
Secara umum, risiko Unit Trust adalah lebih rendah risiko berbanding melabur terus ke dalam saham individu kerana faktor kepelbagaian (diversification).
4. Bagaimana Unit Trust sebenarnya berfungsi?
-
Pelabur beli unit pada harga NAV (Net Asset Value).
-
Dana melabur dalam aset mengikut mandat pelaburan.
-
Nilai dana naik atau turun ikut prestasi aset.
-
Pelabur boleh jual semula unit dan realisasikan untung atau rugi.
Pulangan datang daripada:
-
Kenaikan harga unit (capital appreciation)
-
Agihan pendapatan / Dividen (dividen jika ada)
5. Apakah manfaat utama melabur dalam Unit Trust?
✔ Diversifikasi - Mengurangkan risiko dengan melabur dalam puluhan syarikat serentak
✔ Diurus oleh pengurus profesional yang sentiasa memantau pasaran.
✔ Modal permulaan rendah & Mampu Milik: Boleh bermula dengan modal yang kecil atau melalui potongan KWSP (Akaun Persaraan).
✔ Kecairan : Mudah dicairkan (boleh dijual balik) pada bila-bila masa.
✔ Akses kepada pasaran global
✔ Sesuai untuk pelaburan berkala (DCA)
6. Unit Trust sesuai untuk siapa?
Sesuai untuk :
-
Individu bekerja yang Mempunyai matlamat kewangan jangka sederhana hingga panjang (3–10 tahun atau lebih).
- Tiada masa atau kepakaran untuk memantau pasaran saham setiap hari.
- Ingin mempelbagaikan portfolio pelaburan selain daripada simpanan tetap atau hartanah. Mereka yang mahu diversifikasi global
Tidak sesuai untuk :
-
Mereka yang mahukan jaminan pulangan tetap
-
Pelabur jangka pendek spekulatif
7. Perlukah saya faham pasaran saham untuk mula Unit Trust?
Tidak wajib. Itulah fungsi pengurus dana. Namun, adalah baik untuk memahami asas seperti :
-
Risiko & pulangan
-
Horizon pelaburan
-
Kitaran pasaran
akan membantu membuat keputusan lebih baik.
8. Berapa pulangan yang boleh jangka bila melabur Unit Trust?
Bergantung kepada jenis dana dan tempoh masa. Secara purata dan mengikut sejarah pasaran :
- Dana Ekuiti : 8% hingga 12% setahun (jangka panjang).
- Dana Bon / Sukuk : 4% hingga 6% setahun.
9. Adakah pulangan Unit Trust dijamin?
Tidak. Unit Trust adalah produk pelaburan pasaran modal. Nilai boleh naik dan turun. Pulangan bergantung sepenuhnya kepada prestasi pasaran dan kecekapan pengurus dana.
Mana-mana pihak yang menjanjikan “confirm return” untuk Unit Trust adalah tidak beretika.
10. Bolehkah saya rugi dalam Unit Trust?
Ya, boleh. Jika pasaran jatuh dan anda jual pada harga lebih rendah daripada harga beli, anda akan mengalami kerugian.
Namun kerugian selalunya berlaku jika :
-
Horizon terlalu pendek
-
Salah pilih dana
-
Tiada strategi diversifikasi
11. Apa risiko paling besar dalam Unit Trust?
Risiko utama :
-
Risiko pasaran (market volatility)
-
Risiko sektor (contoh terlalu fokus teknologi)
-
Risiko mata wang (untuk dana USD)
-
Risiko kadar faedah (untuk bond fund)
Risiko terbesar biasanya adalah keputusan pelabur sendiri (panic selling).
12. Risiko Unit Trust vs pelaburan lain – macam mana?
- vs Simpanan Bank : Unit Trust lebih berisiko tetapi pulangan lebih tinggi.
- vs Saham Terus : Unit Trust lebih rendah risiko kerana kepelbagaian aset.
- vs Hartanah : Unit Trust lebih cair (senang dijual) dan memerlukan modal lebih kecil.
13. Bila Unit Trust biasa turun nilainya?
Biasanya ketika :
-
Krisis ekonomi
-
Kejatuhan pasaran saham global
-
Kenaikan kadar faedah agresif
-
Ketidakstabilan geopolitik
-
Recession
Contoh sejarah: 2008 (GFC), 2020 (Covid), 2022 (kadar faedah global naik mendadak).
14. Adakah Unit Trust dilindungi seperti simpanan bank (PIDM)?
Tidak. PIDM hanya melindungi simpanan di bank, insurans, dan takaful. Pelaburan dalam Unit Trust dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC), di mana aset pelabur disimpan secara berasingan oleh Pemegang Amanah (Trustee) untuk tujuan keselamatan sekiranya syarikat Unit Trust muflis.
15. Apakah caj yang ada dalam Unit Trust?
Antara caj utama :
-
Sales Charge (Front-end Fee)
-
Annual Management Fee
-
Trustee Fee
-
Switching Fee (jika tukar dana)
-
Redemption Fee (jarang, bergantung dana)
Semua caj dinyatakan dalam Prospectus & Product Highlight Sheet (PHS).
16. Apa itu sales Charge / Front-end Fee?
Ini adalah yuran pendahuluan yang dikenakan ke atas modal pelaburan anda. Ia digunakan untuk menampung kos pemasaran, pentadbiran syarikat, dan komisen ejen. Biasanya, ia dipotong terus daripada jumlah pelaburan sebelum unit dibeli.
Caj sekali sahaja ketika pelaburan dibuat.
Contoh: Jika sales charge 5%, dan labur RM10,000 → RM500 adalah caj, RM9,500 dilaburkan.
17. Adakah ada Caj Tahunan?
Ya. Ia dipanggil Annual Management Fee (Yuran Pengurusan Tahunan) dan Trustee Fee (Yuran Pemegang Amanah). Walau bagaimanapun, caj ini sudah ditolak daripada Nilai Aset Bersih (NAV) setiap hari, jadi harga unit yang anda lihat adalah harga bersih.
18. Berapa jumlah Caj minimum yang perlu saya tahu?
Secara umum:
- Sales Charge : Antara 0% hingga 6.5% (bergantung kepada dana dan saluran pembelian).
- Annual Management Fee : Antara 1% – 1.8% setahun (Purata 1.5%)
- Trustee Fee : ±0.05% – 0.08% setahun
- Switching Fee : Biasanya RM25 - RM50 atau Percuma (untuk tukar dana).
- Redemption Fee : Kebanyakan dana adalah 0% (tiada caj jualan balik).
Rujuk dokumen rasmi setiap dana.
19. Adakah caj tinggi 'makan' pulangan saya?
Secara matematik, Ya. Caj yang tinggi bermakna pelaburan anda perlu "bekerja lebih keras" untuk balik modal. Namun, dana dengan caj sedikit tinggi kadangkala dibenarkan jika prestasi pulangan bersihnya (selepas tolak caj) tetap konsisten mengatasi penanda aras (benchmark) dan dana pesaing.
20. Kos Unit Trust berbaloi ke?
Berbaloi, sekiranya anda menghargai :
- Kepakaran pengurus dana bertauliah.
- Akses ke pasaran global yang sukar dicapai oleh pelabur individu.
- Sistem pemantauan risiko yang sistematik. Jika anda melabur sendiri tanpa ilmu, risiko kerugian modal akibat kesilapan strategi selalunya jauh lebih besar daripada kos caj Unit Trust.
Tidak berbaloi jika sering keluar masuk dana (trading jangka pendek).
21. Berapa modal minimum untuk mula Unit Trust?
Sangat fleksibel. Kebanyakan syarikat membenarkan :
- Pelaburan awal : RM100 / RM1,000.
- Pelaburan tambahan : RM100.
- Sesetengah platform digital (Contohnya eunittrust) kini membolehkan permulaan serendah RM10 - RM100.
22. Boleh ke saya labur Unit Trust guna KWSP?
Boleh, melalui Skim Pelaburan Ahli KWSP (MIS) di bawah skim i-Invest . Anda boleh mengeluarkan sebahagian daripada simpanan Akaun Persaraan (Akaun 1) untuk dilaburkan ke dalam dana yang diluluskan oleh KWSP sekiranya baki simpanan anda mencukupi syarat simpanan asas.
Info Tambahan di website KWSP (KLIK)
23. Perlukah saya gunakan ejen atau boleh terus online?
Kedua-duanya boleh.
- Guna Ejen : Sesuai jika anda memerlukan khidmat nasihat peribadi, analisis portfolio, perancangan menyeluruh dan pemantauan berkala.
- Online (DIY) : Sesuai jika anda faham risiko, mahir membuat kajian sendiri dan tahu pilih dana sendiri. Kelebihannya ialah Sales Charge biasanya jauh lebih rendah (0% - 2%). Antara platform Online yang boleh anda gunakan adalah eunittrust (KLIK)
24. Cara pilih Unit Trust yang sesuai ikut matlamat?
Gunakan formula T-R-P :
- T (Time Horizon) : Berapa lama anda ingin melabur? (3 tahun, 5 tahun, 10 tahun atau lebih).
- R (Risk Profile) : Berapa banyak kejatuhan harga yang anda sanggup lihat tanpa panik?
- P (Purpose) : Adakah untuk persaraan, pendidikan anak, atau dana kecemasan?
25. Bolehkah saya tambah pelaburan bila-bila masa?
Boleh. Anda boleh menambah secara berkala (Regular Savings Plan (RSP) / Dollar Cost Averaging (DCA) melalui potongan bank automatik atau menambah secara lump-sum bila-bila masa anda mempunyai lebihan tunai.
26. Boleh ke saya semak dana sendiri tanpa ejen?
Boleh dan sangat digalakkan. Setiap syarikat Unit Trust menyediakan portal pelanggan dan aplikasi mudah alih. Anda juga boleh menyemak prestasi dana melalui pihak ketiga yang bebas seperti Lipper, Morningstar, Bloomberg, Investing.com, Novagni, eunittrust, FSM mahupun KWSP i-invest.
Artikel ini (KLIK) mungkin sangat membantu anda untuk membuat semakan.
27. Perlukah saya bandingkan fund house dulu?
Wajib. Jangan hanya melihat kepada satu syarikat (Terdapat 42 syarikat Unit Trust berdaftar dengan kesluruhan >780 dana Unit Trust). Bandingkan :
- Prestasi konsisten (3, 5, dan 10 tahun)
- Kepakaran pengurus dana
- Struktur yuran yang kompetitif
- Kualiti perkhidmatan digital dan khidmat pelanggan
Fokus bukan pada “return tertinggi setahun”, tetapi track record jangka panjang & pengurusan risiko.
28. Bila masa terbaik nak mula Unit Trust?
Masa terbaik ialah sebaik sahaja ada matlamat kewangan dan dana kecemasan mencukupi (3 - 6 bulan perbelanjaan). Dalam pelaburan, "Time in the market" adalah lebih penting daripada "Timing the market". Semakin awal anda bermula, semakin besar kesan kuasa kompaun (compounding interest) terhadap modal anda.
29. Unit Trust sesuai untuk jangka masa pendek atau panjang?
Jangka panjang (3 hingga 5 tahun ke atas). Unit Trust melibatkan kos kemasukan (caj jualan) dan turun naik pasaran jangka pendek. Tempoh yang lebih lama diperlukan untuk mengatasi kos tersebut dan memberi ruang kepada aset untuk berkembang secara organik.
30. Adakah kena tunggu market turun baru nak mula?
Tidak perlu. Menunggu pasaran "sempurna" adalah mustahil kerana tiada siapa dapat meramal masa depan dengan tepat. Strategi terbaik adalah bermula dengan jumlah kecil secara konsisten dan berperingkat seperti Dollar Cost Averaging (DCA) membantu mengurangkan risiko teknikal.
31. Bolehkah saya beli pada masa market jatuh?
Sangat digalakkan. Ini dipanggil strategi "Buy on Dip". Apabila pasaran jatuh, harga seunit (NAV) menjadi lebih murah. Anda akan mendapat lebih banyak unit dengan jumlah modal yang sama, yang akan memberikan keuntungan besar apabila pasaran pulih semula. Pastikan tempoh pelaburan adalah panjang.
32. Kena labur setiap bulan atau satu bayaran besar?
Kedua-duanya boleh :
-
Lump Sum → Sesuai jika mempunyai tunai lebihan dan pasaran sedang berada di fasa penilaian rendah (undervalued).
-
Bulanan (DCA) → Lebih stabil dan disiplin. Ringgit Cost Averaging (RCA) / Dollar Cost Averaging (DCA) dapat mengurangkan kesan turun naik pasaran.
Saranan: Gabungan kedua-duanya adalah yang terbaik.
33. Kalau market naik tinggi, patut jual ke tambah?
Bergantung :
- Jika matlamat belum tercapai : Teruskan melabur atau lakukan rebalancing.
- Jika matlamat sudah tercapai : Anda boleh pertimbangkan untuk mengambil keuntungan (Profit Taking) dan pindahkan ke dana yang lebih stabil (risiko rendah).
34. Bagaimana saya tahu prestasi Unit Trust itu baik?
Nilai berdasarkan :
-
Konsisten 3 - 5 tahun
-
Banding dengan benchmark
-
Prestasi relatif berbanding dana kategori sama
-
Volatiliti (risiko) terkawal
Fokus pada risk-adjusted return, bukan return tertinggi semata.
35. Apa indikator penting sebelum invest?
Antara indikator utama :
-
Objektif dana
-
Asset allocation
-
Penarafan dari agensi seperti Morningstar dan Lipper
- Sharpe Ratio - Mengukur pulangan berbanding risiko (lagi tinggi lagi bagus).
- Standard Deviation - Mengukur tahap turun naik harga (volatiliti).
- Reputasi Pengurus Dana - Pengalaman dan rekod prestasi mereka.
36. Bolehkah saya bandingkan prestasi Unit Trust lain?
Wajib. Anda boleh menggunakan platform seperti Morningstar, Lipper, atau beberapa yang lain untuk membuat perbandingan apple-to-apple antara dana dalam kategori yang sama (contoh: Equity Malaysia vs Equity Malaysia). Elakkan banding equity dengan money market.
Artikel ini (KLIK) mungkin sangat membantu anda untuk membuat semakan.
37. Adakah prestasi lepas penanda prestasi masa depan?
Bukan jaminan, tetapi indikator. Prestasi masa lalu menunjukkan bagaimana pengurus dana mengendalikan krisis dan peluang sebelum ini. Walau bagaimanapun, keadaan ekonomi sentiasa berubah, jadi pemantauan berterusan tetap diperlukan.
38. Perlu ke saya monitor portfolio setiap bulan?
Tidak perlu terlalu kerap. Memantau setiap hari atau bulan boleh menyebabkan tekanan emosi yang membawa kepada keputusan panik. Memadai untuk menyemak portfolio secara mendalam setiap 6 bulan hingga setahun sekali untuk memastikan pelaburan masih selari dengan matlamat asal anda.
39. Boleh ke Unit Trust lindungi nilai duit saya bila inflasi tinggi?
Ya. Secara sejarah, aset pertumbuhan seperti ekuiti (saham) dalam Unit Trust berpotensi memberikan pulangan yang mengatasi kadar inflasi (3% - 4%). Simpanan tunai biasa selalunya kalah kepada inflasi, menyebabkan kuasa beli anda mengecil.
40. Bolehkah saya buat redemptions bila saya perlukan cash?
Boleh. Unit Trust adalah aset yang cair. Anda boleh menjual sebahagian atau kesemua unit anda pada bila-bila masa. Proses pengkreditan wang ke akaun bank biasanya mengambil masa 3 hingga 7 hari bekerja (T+3 hingga T+7).
41. Ada tempoh “lock-in” bila saya melabur?
Tiada. Secara amnya, Unit Trust tidak mempunyai tempoh lock-in seperti deposit tetap (FD) atau insurans hayat. Walau bagaimanapun, pelaburan melalui KWSP mempunyai syarat pengeluaran yang tertakluk kepada peraturan KWSP.
42. Bila patut saya review pelaburan?
Saranan profesional adalah setiap 6 hingga 12 bulan. Semakan ini bertujuan untuk melihat jika prestasi dana masih selari dengan penanda aras dan jika profil risiko anda telah berubah (contoh: sudah berkahwin atau hampir bersara).
43. Bolehkah saya invest dalam lebih dari satu fund?
Ya. Malah digalakkan untuk diversifikasi – contoh gabungan Equity Malaysia, Global dan sukuk untuk mengimbangi risiko.
44. Macam mana nak atasi takut rugi dulu?
- Gunakan modal kecil : Bermula dengan jumlah yang anda "selesa" jika hilang.
- Fahami profil risiko : Jangan melabur dalam dana agresif jika anda tidak sanggup melihat kejatuhan harga 20%.
- Fokus jangka panjang (5 tahun ke atas untuk equity)
- Pendidikan : Semakin anda faham bagaimana pasaran berfungsi, semakin kurang rasa takut anda. Banyak ilmu dan info dikongsikan di blog ini (KLIK)
45. Apa yang agent tak beritahu tentang Unit Trust?
Secara telus :
-
Nilai pelaburan boleh turun naik
-
Return tidak dijamin (kecuali dana pasaran wang tertentu)
-
Caj memberi kesan kepada pulangan
-
Prestasi lepas bukan jaminan masa depan
- Risiko Pengurus -Jika pengurus dana utama meletak jawatan, prestasi dana mungkin berubah.
- Kepentingan Diversifikasi - Ejen mungkin fokus kepada dana syarikat mereka sahaja, sedangkan anda perlu membandingkan dengan syarikat lain.
46. Unit Trust atau simpan saja dalam bank?
- Bank : Untuk dana kecemasan (6 bulan belanja) kerana modal dijamin dan cair serta-merta.
- Unit Trust : Untuk pertumbuhan kekayaan jangka panjang (pendidikan, persaraan) di mana anda sanggup menerima risiko untuk pulangan lebih tinggi.
Strategi bijak: Gunakan kedua-duanya mengikut fungsi.
47. Unit Trust vs ETF / indeks – apa beza?
- Unit Trust : Diuruskan secara aktif oleh pengurus (cuba "lawan" pasaran). Kos lebih tinggi.
- ETF / Indeks : Diuruskan secara pasif (ikut pergerakan pasaran). Kos pengurusan biasanya jauh lebih rendah dan dijual beli seperti saham di bursa.
48. Bolehkah saya keluarkan duit bila perlu?
Ya, anda mempunyai hak penuh untuk mengeluarkan modal atau keuntungan anda pada bila-bila masa mengikut harga NAV semasa. Namun elakkan pengeluaran jika pasaran sedang rendah dan matlamat masih jauh.
49. Saya dah rugi, patutkah saya teruskan?
Jangan panik. Dalam pelaburan, kerugian hanya "atas kertas" sehinggalah anda menjualnya. Jika fundamental ekonomi masih baik, strategi terbaik biasanya adalah menunggu atau menambah pelaburan untuk puratakan kos (averaging down).
Tanya 3 soalan :
-
Adakah asas dana masih kukuh?
-
Adakah tempoh pelaburan masih panjang?
-
Adakah penurunan kerana pasaran keseluruhan?
Jika jawapan “ya”, biasanya lebih baik kekal dan disiplin.
50. Bila saya boleh anggap pelaburan itu “berjaya”?
Apabila :
- Anda mencapai objektif kewangan (Contoh: Dana pendidikan anak cukup RM50k).
- Pulangan tahunan bersih anda konsisten mengatasi inflasi dan penanda aras pasaran.
- Anda mempunyai ketenangan minda (peace of mind) tanpa perlu risau tentang turun naik harian.
Di bawah ni sebahagian perkongsian Ilmu 'mahal' dalam bahasa yang mudah khas buat anda...
💜 Mantapkan KWSP Akaun 1 - invest portfolio saham2 hebat dan padu - Apple, Tesla, Meta (FB, Insta, Whatsapp), Google
💚 Takaful bayar guna KWSP - Tanpa guna duit poke - Khas buat anda yang masih belum ada takaful, coverage tak cukup, atau cashflow bulanan ketat
⚫️ HOME
Di bawah ni sebahagian perkongsian Ilmu 'mahal' dalam bahasa yang mudah khas buat anda...
💜 Mantapkan KWSP Akaun 1 - invest portfolio saham2 hebat dan padu - Apple, Tesla, Meta (FB, Insta, Whatsapp), Google
💚 Takaful bayar guna KWSP - Tanpa guna duit poke - Khas buat anda yang masih belum ada takaful, coverage tak cukup, atau cashflow bulanan ketat
⚫️ HOME
🟥⬛️🟨🟦🟥⬛️🟨🟦🟥⬛️🟨🟦
🟥⬛️🟨🟦🟥⬛️🟨🟦🟥⬛️🟨🟦
Penulis,
Mohd Rosyaidi (KLIK untuk lebih mengenali saya)
Group Financial ConsultantGroup Agency Manager📞 012-5588680 (KLIK untuk Whatsapp - Tanya jer apapun)
Saya membantu individu bekerjaya, usahawan dan syarikat2 SME mengurus dan mengembangkan kewangan secara strategik melalui solusi patuh Shariah. Kepakaran saya :
📌 Membina portfolio pelaburan yang kukuh dan seimbang melalui beberapa instrumen yang legit dan Patuh Shariah.
📌 Maksimumkan Compounding Dividen ASB
📌 Pengoptimuman Akaun 1 KWSP (Pelaburan) & Akaun 2 KWSP (Perlindungan Takaful)
Mohd Rosyaidi (KLIK untuk lebih mengenali saya)
Group Financial Consultant
Group Financial Consultant
Group Agency Manager
📞 012-5588680 (KLIK untuk Whatsapp - Tanya jer apapun)
Saya membantu individu bekerjaya, usahawan dan syarikat2 SME mengurus dan mengembangkan kewangan secara strategik melalui solusi patuh Shariah. Kepakaran saya :
📌 Membina portfolio pelaburan yang kukuh dan seimbang melalui beberapa instrumen yang legit dan Patuh Shariah.
📌 Maksimumkan Compounding Dividen ASB
📌 Pengoptimuman Akaun 1 KWSP (Pelaburan) & Akaun 2 KWSP (Perlindungan Takaful)
================================DISCLAIMER : Past performance does not reflect future performance. All information in this article / blog is for educational purposes only and should NOT be taken as investment advise, nor as a recommendation or endorse. Please refer to your agent for details explanation. Thanks.===============================
================================
DISCLAIMER :
Past performance does not reflect future performance. All information in this article / blog is for educational purposes only and should NOT be taken as investment advise, nor as a recommendation or endorse.
Please refer to your agent for details explanation. Thanks.
===============================

No comments:
Post a Comment