12 December 2021

TOP 10 UNIT TRUST TERBAIK - HIGH DIVIDEND (INCOME DISTRIBUTION) FUND 2022

Pendedahan EKSLUSIF ini adalah berkaitan Income Distribution (ID) atau popular disebut sebagai Dividend dalam pelaburan Unit Trust yang sering menarik minat, pertikaian dan perbincangan di kalangan para Agen Unit Trust mahupun para pelabur untuk tahu akan kedudukan sebenar.

UNIT TRUST DENGAN INCOME DISTRIBUTION (DIVIDEND) TERBAIK 2022



Opss sekejap...

Sekadar makluman. Sebenarnya TIADA COMPARISON fund Unit Trust terbaik dari segi Income Distribution (ID) ni.
  • Bloomberg tak paparkan / compare fund Unit Trust based on Income Distribution / Dividend ni
  • Lipper juga tak pernah tunjukkan / compare fund Unit Trust based on Income Distribution / Dividend
  • Morningstar juga tak tekankan akan Income Distribution / Dividend dalam data statistik fund Unit Trust.
  • Laman web KWSP i-Akaun juga tak senaraikan fund Unit Trust berdasarkan Income Distribution / Dividend
  • Lipper Fund Awards yang memberikan pengiktirafan kepada Unit Trust Terbaik setiap tahun dan bertaraf Global ini juga tak pernah menobatkan fund Unit Trust terbaik dari segi Income Distribution / Dividend
  • Morningstaar Awards, satu lagi Awards dalam dunia pelaburan Unit Trust juga langsung tak pernah memberikan Awards Fund Unit Trust Terbaik dari segi Income Distribution / Dividend
Kenapa tiada comparison / Awards pengiktirafan kepada fund Unit Trust Terbaik dari segi Income Distribution / Dividend?

Tidakkah Income Distribution / Dividend ini menunjukkan bagus / tidak bagus / untung / rugi sesuatu fund sebagaimana yang anda dan ramai orang (termasuk ramai agen Unit Trust) fahami?

Adakah Bloomberg, Morningstar, Lipper, i-Akaun KWSP semua ni tak tahu akan kepentingan maklumat Income Distribution / Dividend ni sebagaimana anda yang merasakan bahawa ianya sangat penting?

Gaiss.... anda nak tahu kenapa Income Distribution / Dividend dalam Unit Trust ni langsung tak dipandang / diketepikan oleh penyedia data statistik rujukan ramai seperti Bloomberg, Morningstar, Lipper hatta KWSP ni?

Kerana....

Income Distribution / Dividend bukanlah takrifan sebenar Prestasi / Keuntungan dalam pelaburan Unit Trust.

Keuntungan dalam Unit Trust disebut RETURN. 

Return ini adalah hasil gabungan:
  1. CAPITAL GAIN (kenaikan Harga Unit NAV) 
  2. DAN Income Distribution / Dividend.
So, ada 2 Faktor Penentu akan kecemerlangan / keuntungan fund Unit Trust (Bukan semata2 Income Distribution sahaja).

  • That why, Bloomberg, Morningstar, Lipper, even i-Akaun menunjukkan bacaan pelbagai jenis Return. 
  • Awards fund Unit Trust Terbaik juga adalah based on Return. 
  • Data pada Fund Fact Sheet, Quarterly Fund Review (QFR), Annual Report juga menggunakan istilah Return dalam laporan yang disediakan.

FORMULA KIRAAN KEUNTUNGAN DALAM UNIT TRUST

Keuntungan = [(Harga NAV BELIAN Unit Trust) x (Jumlah Unit Yang Dibeli)] TOLAK [(Harga NAV JUALAN Unit Trust) x (Jumlah Unit Terkini)]

FAKTA: Jumlah Unit dalam Unit Trust TIDAK AKAN BERKURANGAN (kecuali jika anda jual). Ia sama ada maintain jumlah Unit-nya sejak anda beli atau meningkat jumlah Unit-nya disebabkan oleh:
  1. Income Distribution / Dividend
  2. Unit Split
OK, nak bagi anda lebih faham...
  • Ada Income Distribution / Dividend & Harga NAV naik = Anda memang sedang Untung
  • Tiada Income Distribution / Dividend & Harga NAV naik = Anda masih Untung
  • Tiada Income Distribution / Dividend & Harga NAV menurun = Anda sedang rugi
  • Ada Income Distribution / Dividend & Harga NAV menurun = Anda belum tentu Untung. Mungkin Untung / Rugi / Tiada perubahan. Ini kerana, kita nak kena buat kira2 berdasarkan Harga NAV terkini.
So, berdasarkan kenyataan di atas, yang menentukan anda Untung / Rugi dalam Unit Trust adalah Perubahan Harga (dan bukan Income Distribution / Dividend).

Income Distribution / Dividend hanya boleh dikatakan sebagai keuntungan HANYA JIKA fund Unit Trust tersebut BERHARGA TETAP
  • Contohnya adalah fund ASB, ASB 2, ASB 3.
  • Untuk fund ASB, Harga Belian dan Harga Jualan adalah tetap pada harga RM1.00.
  • Kalau modal anda adalah RM1,000. Maka anda akan menerima 1,000 unit ASB. (RM1,0000 x RM1/unit)
  • Katakan Dividen ASB diumumkan adalah 6%. 
  • Keuntungan =  CAPITAL GAIN (kenaikan Harga Unit NAV) + Income Distribution / Dividend.
  • Dalam ASB, tiada elemen perubahan naik turun harga (Tiada Capital Gain).
  • So dalam hal ini, Income Distribution / Dividend adalah satu-satunya Faktor penentu  keuntungan dalam ASB.
  • Maka, kiraan keuntungan anda adalah 6% daripada 1,000 unit, iaitu 60 unit.
  • 1 unit ASB = RM1. So keuntungan ASB anda adalah RM60.
Faham ke faham?

Jika fund Unit Trust tu harganya Berubah-ubah, maka faktor penting penentu keuntungan adalah Capital Gain.

FUND UNIT TRUST YANG BERIKAN INCOME DISTRIBUTION ADALAH LEBIH BAGUS DARIPADA FUND UNIT TRUST YANG TIDAK MEMBERIKAN INCOME DISTRIBUTION?


Cuba lihat Contoh ini.

Fund Unit Trust 'A'
  • Harga NAV: RM1/unit
  • Modal anda katakan RM1,000.
  • Dengan modal ini, anda akan menerima 1,000 unit Fund 'A'
  • Katakan pada 20 Dec, Fund 'A' declare Income Distribution / Dividend sebanyak 5%.
  • Maka, jumlah Unit Fund 'A' anda akan meningkat (1,000 + 5% = 1050 Unit)
  • Serentak dengan 'declaration Income distribution' itu, harga NAV juga menurun secara berkadaran, iaitu 5%.
  • Harga NAV baru adalah RM1 - 5% = RM0.95
  • Value terkini anda sekarang (Selepas Income Distribution 5%) adalah RM997.50 (Jumlah Unit terbaru, 1050 unit x harga NAV Terbaru, RM0.95.
  • Katakan selepas 6 bulan, harga NAV naik 8% (Capital Gain).
  • Harga NAV terkini adalah RM0.95 x 8% = RM1.026
  • Maka, Value terkini anda sekarang (Selepas kenaikan 8%) adalah RM1,077.30 (Jumlah Unit terbaru, 1050 unit x harga NAV Terbaru, RM1.026).
Fund Unit Trust 'B'
  • Harga NAV: RM1/unit
  • Modal anda katakan RM1,000.
  • Dengan modal ini, anda akan menerima 1,000 unit Fund 'B'
  • Fund 'B' ini TIADA Income Distribution / Dividend.
  • Katakan selepas 6 bulan, harga NAV naik 8% (Capital Gain).
  • Harga NAV terkini adalah RM1 x 8% = RM1.080
  • Maka, Value terkini anda sekarang (Selepas kenaikan 8%) adalah RM1,080 (Jumlah Unit, 1,00 unit x harga NAV Terbaru, RM1.080).
So, dapatan daripada contoh ini:
  • TIADA PERBEZAAN YANG SIGNIFICANT pun sama ada Fund A (ada Income Distribution / Dividend) dan Fund B (TIADA Income Distribution / Dividend).
  • Kalau anda yakin bahawa anda memang untung apabila Income Distribution diumumkan 5% (dan anda tak percaya akan penurunan harga unit selepas declare Income Distribution), sila lah jual unit trust anda itu sejurus urusniaga dibuka semula. Cuba tengok, betul ke anda untung 5%..... (Tiada tempoh lock in dalam pelaburan unit trust).
Lihat pula senarai antara fund terbaik di bawah dengan Record Income Distribution / Dividend bagi tempoh 3 tahun terkini.
  • Interpac Dana Safi
    • 2021: Tiada
    • 2020: Tiada
    • 2019: Tiada
  • PMB Shariah Growth
    • 2021: 17 sen/unit
    • 2020: 6 sen /unit
    • 2019: Tiada
  • Public Islamic Opportunities
    • 2021: 2.0 sen/unit
    • 2020: Tiada
    • 2019: 0.5 sen/unit
  • Kenanga Shariah Growth Opportunities
    • 2021: Tiada
    • 2020: Tiada
    • 2019: Tiada
  • Principal Islamic Asia Pacific Dynamic Equity
    • 2021 (March): 1.28 sen/unit
    • 2020 (Sept): 1.28 sen/unit
    • 2020 (March): 1.28 sen/unit
Untuk pengetahuan, senarai di atas adalah antara fund yang tinggi RETURN-nya (meskipun banyak yang Tiada Income distribution).

Bagus invest SEBELUM declare Income Distribution / Dividend atau SELEPAS Income Distribution / Dividend?
  • Kalau anda faham Konsep Income Distribution / Dividend, anda pasti dah boleh jawab.
  • Actually TIADA PERBEZAAN YANG SIGNIFICANT pun sama ada anda invest SEBELUM atau SELEPAS declare Income Distribution / Dividend.
Thats why, MAJORITI Semua Fund Unit Trust Equity TIDAK MEMBERIKAN Income Distribution / Dividend secara konsisten setiap tahun.

Kalau betul anda nak cari fund yang konsisten memberikan Income Distribution / dividen setiap tahun, ada caranya.
  • Fund Unit Trust yang ada perkataan 'Dividen / Savings / Income' dalam nama fund tersebut. Contohnya PMB Shariah Dividend, Public Islamic Savings, BSN Dana Dividen Al-Ifrah.
  • Dalam Fund Objective (Stated pada Fund Fact Sheet / Product Highligh Sheet / Annual Report) bahawa fund tersebut ingin berikan Income Distribution. Contoh : DMP aims to provide its unit holders with steady income and some prospects for capital appreciation in the longer term. All investments will be made in accordance to Shariah requirements.
OK ke prestasi fund2 Dividen ni?
Ini anda kena tengok pada RETURN fund tersebut. Income Distribution / Dividen yang konsisten tidak menjamin prestasinya mantap jika harga NAV fund tersebut tak naik.

Ada satu kategori khas di Lipper yang menghimpunkan dana Equity Malaysia yang fokuskan pada Dividend, iaitu Equity Malaysiaa Income.

FUND UNIT TRUST YANG BERIKAN 2 KALI INCOME DISTRIBUTION ADALAH LEBIH BAGUS DARIPADA FUND UNIT TRUST YANG HANYA MEMBERIKAN SEKALI SAHAJA?


Pasti anda pernah jumpa fund Unit Trust yang memberikan 2 kali Income Distribution / Dividend, kan?

Contohnya, sekali pada bulan March sebanyak 3% manakala Oct lagi 3%.

Tujuan 2 kali Income Distribution / Dividend adalah untuk memberi peluang bagi pelabur yang terlepas Income Distribution / Dividend pertama (Katakan pada bulan March) untuk join investment dan menikmati Income Distribution / Dividend kedua (pada bulan Oct).

Meskipun fund ini memberikan 2 kali  Income Distribution / Dividend (3% + 3%), jumlahnya biasanya bersamaan dengan fund yang hanya memberikan sekali jer Income Distribution / Dividend (6%).

Oh ya, sebenarnya ada jer fund Unit Trust yang memberikan 4 kali Income Distribution / Dividend setahun. Tapi jumlah keseluruhannya tetap lebih kurang sama jer (1.5% + 1.5% + 1.5% + 1.5%, dan BUKAN 6% + 6% + 6% + 6%).

Kalau anda memang nak 'enjoy' Income Distribution / Dividend sebanyak mungkin dalam setahun, boleh jer anda cari mana2 fund Money Market. Income Distribution / Dividend bagi fund money Market adalah 12 kali setahun.

So kesimpulannya, jumlah berapa kali Income Distribution / Dividend dalam setahun ni sebenarnya tak memberikan sebarang significant impact pun.

Sekali lagi, The Real Profit adalah daripada Capital Gain (Kenaikan harga Unit), dan bukan daripada jumlah unit.
  • Katakan selepas 20 tahun anda melabur Unit Trust, pasti anda seronok nak tahu berapa Jumlah Keuntungan yang anda dapat. 
  • ATAU, anda hanya berminat nak tahu berapa jumlah unit yang telah anda kumpul selama 20 tahun?
  • Anda yang mana satu?
  • Saya pasti, anda pasti teruja nak tahu Jumlah Keuntungan anda waima berapa pun jumlah unit yang terkumpul. Betul tak?

HARGA UNIT MAHAL vs HARGA UNIT MURAH


Nak saya bagi TIPS?

Bagi anda yang memang gemar kumpulkan Unit sebanyak mungkin, maka carilah fund yang berharga paling rendah / murah. 
  • Contohnya, fund yang harga NAV adalah RM0.05/unit.
  • Dengan modal RM1,000, anda akan terima 20,000 unit. Banyak tu...
Tapi sebenarnya, harga NAV paling murah / rendah ni bukanlah penentu keuntungan dalam Unit Trust. Keuntungan Unit Trust antaranya bergantung kepada:
  • Country Allocation (Contoh, prospek saham Malaysia dan saham US adalah berbeza)
  • Asset Allocation (contohnya ia focus pada Technology, Industri...)
  • Pemilihan Saham (lain saham lain potensi keuntungannya)
  • Harga Saham (Harga belian saham, harga jualan saham)
Cuba perhatikan contoh di bawah ini pula.

Fund 'C' - Harga Mahal
  • Harga NAV RM2/unit
  • Katakan modal RM1,000. So jumlah unit yang dibeli adalah 500.
  • Jika harga naik 12%, maka harga NAV terkini adalah RM2.24 (RM2.00 x 12%).
  • Value semasa (dengan kenaikan 12%) adalah 500 unit x RM2.24 = RM1,120.    
Fund 'D' - Harga Murah
  • Harga NAV RM0.20/unit
  • Katakan modal RM1,000. So jumlah unit yang dibeli adalah 5,000.
  • Jika harga naik 12%, maka harga NAV terkini adalah RM0.224 (RM0.20 x 12%).
  • Value semasa (dengan kenaikan 12%) adalah 5,000 unit x RM0.224 = RM1,120.   
So, anda nampak tak?
  • sama jer kan.
  • Keuntungan dalam Unit Trust bukan berdasarkan harga yang anda rasakan terlalu mahal atau terlalu murah.
Saya kongsikan pula harga NAV terkini fund terbaik ini (as 10 Dec 2021)... 
  • Hong Leong Dana Makmur : RM0.81
  • PB Islamic Small Cap : RM0.44
  • RHB Shariah China Focus : RM2.15
  • Interpac Dana Safi : RM0.91
  • PMB Shariah Growth : RM1.99
  • Public Islamic Opportunities : RM0.68
  • public Islamic Global Equity : RM0.39
  • kenanga Shariah Growth Opportunities : RM1.43
So, berdasarkan contoh harga NAV fund terbaik di atas, apa definisi harga murah / mahal bagi anda? Adakah harga RM2.15 dah tak boleh perform (beri keuntungan)?
  • Kita boleh mendapat sedikit gambaran apabila kita melihat kepada range harga 1 tahun terkini (52 weeks) seperti yang dipaparkan oleh Bloomberg.
  • Tapi, meskipun katakan ia kini berada pada harga tertinggi dalam 52 weeks ni, ia tidak bermaksud bahawa harga kini berada pada paras siling. 
    • Akan ada 2 kemungkinan. Harga NAV ini mungkin akan naik dan naik lagi ATAU harga akan start menurun.
  • Begitu juga, katakan ia kini berada pada harga terendah dalam 52 weeks ni, ia tidak bermaksud bahawa harga kini berada pada paras lantai. 
    • Akan ada 2 kemungkinan. Harga NAV ini mungkin akan turun dan turun lagi ATAU harga akan start melantun naik.

Technical Analysis (TA) dalam Unit Trust


Ramai juga yang tanyakan saya sama ada boleh tak apply Technical Analysis (TA) dalam Unit Trust. Antara TA yang famous adalah:
  • Moving Average (MA)
  • Resistance Strength Index (RSI)
  • Stochastic
  • Bollinger Band (BB)
Boleh ke guna TA untuk menilai arah pergerakan harga unit?

OK. Sebenarnya, TA ni tak valid untuk diaplikasi kan dalam Unit Trust.
  • Berbeza dengan saham (yang boleh apply TA), Unit Trust adalah gabungan banyak saham. Kalau memang nak buat juga TA, kena la buat TA pada semua saham. Nak?
  • Yang paling susah adalah kita tak tahu latest stock dalam Unit Trust tersebut. Ini kerana, report Fund Unit Trust itu hanya akan diterbitkan 1-2 bulan mendatang.
  • Dalam tempoh ini, Fund Manager mungkin dah pun melakukan beberapa perubahan pada pegangan saham .

KESIMPULAN


  1. Keuntungan bagi Unit Trust yang harganya berubah-ubah ditentukan oleh Capital Gain & Income Distribution.
  2. Capital gain lebih penting berbanding Income Distribution.
  3. Tiada perbezaan yang significant antara fund yang memberikan Income Distribution dan juga fund yang tidak memberikan Income Distribution.
  4. Keuntungan bagi Unit Trust yang berharga tetap (Seperti ASB) ditentukan hanya oleh Income Distribution / dividend.
  5. Keuntungan Unit Trust antaranya bergantung kepada:
    • Country Allocation (Contoh, prospek saham Malaysia dan saham US adalah berbeza)
    • Asset Allocation (contohnya ia focus pada Technology, Industri...)
    • Pemilihan Saham (lain saham lain potensi keuntungannya)
    • Harga Saham (Harga belian saham, harga jualan saham)


==============

🔵 Anda tak sure nak invest yang mana? Meh saya bantu anda...Anda just bagi tahu kriteria keinginan anda, saya akan cadangkan pilihan terbaik untuk anda... Adi 012-5588680 (Wassap (KLIK)

🔵 Saya juga mempunyai solution Simpanan / Pelaburan yang sangat sesuai untuk mana2 Koperasi, NGO, Persatuan, GLC, syarikat2, SME dan organisasi anda.... Adi 012-5588680 (Wassap (KLIK)

⚠️ Apa akan jadi dengan segala simpanan / pelaburan anda jika anda meninggal dunia? Waris / pasangan anda faham dan tahu tak bagaimana nak uruskan segalanya? Jom kita permudahkan urusan dengan menyediakan Wasiat / Hibah... Ini pelengkap kepada Pengurusan Kewangan anda... Adi 012-5588680 (Wassap (KLIK)



🟪🟥🟪🟥🟪🟥🟪🟥🟪



🟩🟨🟩🟨🟩🟨🟩🟨🟩🟨


Konsultan Pelaburan Bertauliah (SC & FIMM)
Unit Trust | Equity | FCPO | ETF | Crypto | IPO | Pre-IPO | ASB Financing

📞 012-5588680 (Wassap (KLIK)
📞 012-5588680 (Wassap (KLIK)
📞 012-5588680 (Wassap (KLIK)


*******************************
Jemput join untuk Pelbagai Info Kewangan & Pelaburan

No comments:

Post a Comment