02 April 2026

SIRI BIJAK UNIT TRUST 2 : KONSEP PELABURAN UNIT TRUST

KONSEP PELABURAN UNIT TRUST


"Bayangkan anda ingin melabur dalam puluhan syarikat terbaik dunia, tetapi tidak mempunyai masa untuk mengkaji laporan kewangan, memantau pasaran setiap hari atau memilih saham satu per satu."

Di sinilah Unit Trust memainkan peranannya.

Unit Trust diwujudkan untuk membolehkan pelabur biasa menikmati manfaat pelaburan profesional yang sebelum ini hanya dinikmati oleh institusi besar dan golongan berpendapatan tinggi.


KONSEP PELABURAN UNIT TRUST

BAGAIMANA UNIT TRUST BERFUNGSI


Konsepnya sebenarnya sangat mudah.

1️⃣ Langkah 1
Ramai pelabur mengumpulkan wang mereka ke dalam satu dana (Fund).

2️⃣ Langkah 2
Dana tersebut diuruskan oleh Fund Manager profesional yang mempunyai kepakaran dalam pasaran kewangan.

3️⃣ Langkah 3
Fund Manager melaburkan wang tersebut ke dalam pelbagai aset seperti:

• Saham Malaysia
• Saham Amerika Syarikat
• Saham Global
• Sukuk (Bond)
• Pasaran Wang (Money Market)
• Emas
• REITs (Hartanah)

4️⃣ Langkah 4
Keuntungan atau kerugian dana akan dikongsi secara adil mengikut jumlah unit yang dimiliki oleh setiap pelabur.

Untuk Dana Patuh Shariah


Selain Fund Manager, dana juga dipantau oleh Panel Penasihat Shariah bagi memastikan pelaburan mematuhi prinsip-prinsip Syariah.

5 cara untuk mengetahui sesuatu Unit Trust itu adalah Patuh Shariah (Islamic Fund)


✅ Nama fund tersebut mempunyai perkataan 'Islamic' / Shariah
✅ Merujuk maklumat di Fund Fact Sheet (Laporan Bulanan)
✅ Merujuk maklumat di Prospectus
✅ Merujuk maklumat di Product Highlight Sheet (PHS)
✅ Merujuk maklumat di Annual Report

ADAKAH UNIT TRUST INI SELAMAT?


Soalan ini ditanya hampir setiap kali saya mengendalikan kelas pelaburan.

Jawapannya:

YA. Unit Trust adalah instrumen pelaburan yang sah dan dikawal selia.

✅ Diluluskan dan dipantau oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) 
✅ Diuruskan oleh syarikat pengurusan dana yang berlesen
Mempunyai Pemegang Amanah (Trustee) yang bebas
✅ Tertakluk kepada pelbagai garis panduan dan audit yang ketat
✅ Ditawarkan oleh banyak institusi kewangan terkemuka di Malaysia

Antaranya:

Maybank Asset Management
RHB Asset Management
Principal Asset Management
Hong Leong Asset Management
Kenanga Investors
PMB Investment
Phillip Mutual
dan banyak lagi.

Jika Syarikat Unit Trust Tutup, Apa Jadi Duit Saya?


Inilah perkara yang ramai tidak tahu.

Ramai menyangka duit pelabur disimpan oleh syarikat Unit Trust.

Sebenarnya tidak.

Duit pelabur disimpan secara berasingan oleh Trustee (Pemegang Amanah).

Fungsi Trustee adalah:

✅ Menjaga aset dana bagi pihak pelabur
✅ Memastikan Fund Manager mematuhi mandat pelaburan
✅ Melindungi kepentingan pelabur

Antara Trustee yang terkenal di Malaysia:

AmanahRaya Trustees Berhad
Maybank Trustees Berhad
• CIMB Islamic Trustee Berhad
RHB Trustees Berhad
• HSBC (Malaysia) Trustee Berhad
dan lain-lain.

📌 Ini senarai penuh dana Unit Trust dan Trustee masing2 (KLIK).

Adakah Unit Trust Dilindungi PIDM?


Tidak.
Unit Trust bukan produk deposit seperti akaun simpanan atau FD.

Oleh itu ia tidak dilindungi oleh PIDM.

Namun begitu...

💙 Aset dana disimpan oleh Trustee yang bebas daripada syarikat pengurusan dana.
💙 Ini bermaksud aset pelabur tidak bercampur dengan aset syarikat Unit Trust.
💙 Terdapat struktur perlindungan yang berbeza tetapi bertujuan menjaga kepentingan pelabur.

Sejauh Mana Besarnya Industri Unit Trust Malaysia?


Ramai menyangka Unit Trust hanya untuk golongan tertentu.
Hakikatnya, ia merupakan antara industri pelaburan terbesar di Malaysia.

Statistik Industri Unit Trust Malaysia (as 31 Mac 2026) (KLIK)


Statistik Industri Unit Trust Malaysia (as 31 Mac 2026)


❤️ 39 syarikat pengurusan Unit Trust yang diluluskan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia
❤️ 779 dana Unit Trust ditawarkan kepada pelabur
❤️ 307 dana (39%) adalah Dana Patuh Shariah
❤️ 27.65 juta akaun pelaburan Unit Trust telah dibuka
❤️ Nilai pelaburan Unit Trust mencecah RM591.27 Bilion
❤️ Saiz industri Unit Trust Malaysia bersamaan hampir 28.36% daripada nilai keseluruhan pasaran Bursa Malaysia


Apa Yang Menjadikan Unit Trust Menarik?


✅ Modal permulaan yang rendah (serendah RM10)
✅ Diversifikasi automatik
✅ Diuruskan oleh pakar pelaburan - Fund Manager
✅ Akses kepada pasaran global
✅ Terdapat pilihan Patuh Shariah
✅ Sesuai untuk pelaburan jangka panjang
✅ Boleh melabur menggunakan tunai atau Akaun 1 KWSP (tertakluk kepada syarat kelayakan) (KLIK

"Ramai orang bekerja keras untuk mendapatkan pendapatan.
Tetapi hanya segelintir yang belajar bagaimana membuatkan wang mereka turut bekerja."


Unit Trust bukan jalan cepat kaya.

Ia adalah alat yang digunakan oleh jutaan pelabur di seluruh dunia untuk membina kekayaan secara konsisten, sistematik dan berdisiplin.

Persoalan sebenar bukan: "Perlu ke saya melabur?"

Tetapi: 
"Berapa lama lagi saya mahu biarkan wang saya tidak berkembang?"


"Jika RM100 yang anda laburkan hari ini boleh menjadi benih kepada kebebasan kewangan masa depan, persoalannya bukan sama ada anda mampu melabur... tetapi sama ada anda sanggup menunggu lebih lama untuk bermula."

SIRI BIJAK UNIT TRUST













SIRI BIJAK UNIT TRUST 12 : ANALISA UNIT TRUST - LEVEL PRO - PLATFORM KWSP i-INVEST




🟩🟩🟩🟩🟩🟩🟩🟩🟩

Pakar Strategi Pelaburan Multi-Asset
Unit Trust | Invest Saham US guna Acc KWSP | ASB Financing
📞 012-5588680 (KLIK untuk Wassap)


===============================
DISCLAIMER :
Past performance does not reflect future performance. All information in this article / blog is for educational purposes only and should NOT be taken as investment advise, nor as a recommendation or endorse.
Please refer to your agent for details explanation. Thanks.
===============================

No comments:

Post a Comment