03 May 2020

UKURAN KEUNTUNGAN DAN PRESTASI UNIT TRUST

Artikel ini berkongsikan maklumat  berkenaan Harga Unit NAV, Jenis2 keuntungan pelaburan Unit Trust, Dividend (Income Distribution) Unit Trust dan 3 Jenis Pulangan Return Keuntungan Pelaburan Unit Trust.



HARGA UNIT TRUST (NAV)


  • Dana unit trust mempunyai harga tertentu yang disebut sebagai NAV (Net Asset Value) = nilai per unit.
  • Harga ini berubah-ubah naik turunnya setiap hari seperti saham 
  • Umumnya, jika harga terkini adalah lebih tinggi daripada harga ketika ia mula membeli, maknanya anda sedang untung. 
  • Jumlah sebenar keuntungan anda = Jumlah unit X Harga NAV

7 tempat untuk anda semak Harga Terkini NAV Unit Trust


  1. Website company Unit Trust 
  2. Bloomberg (KLIK)
  3. Morningstar (KLIK)
  4. Lipper Leaders (KLIK)
  5. KWSP i-Akaun i-Invest (KLIK
  6. Investing.com (KLIK)
  7. Fund Fact Sheet (as Report date)


2 JENIS KEUNTUNGAN PELABURAN UNIT TRUST



  1. Perubahan Harga NAV - Harga NAV meningkat, anda untung (Capital Growth)
    • Perubahan harga adalah dipengaruhi oleh prestasi saham2 yang dimilikinya.
    • Jika banyak saham2 ini mencatatkan keuntungan, maka harga NAV akan meningkat
    • Jika banyak saham2 ini rugi, maka harga NAV akan menurun
  2. Jumlah Unit - Jumlah unit bertambah melalui Income Distribution (Dividend)


Adakah Modal kita Terjamin (Capital Guaranteed) dalam Pelaburan Unit Trust?


Tidak. Modal anda boleh berkurangan jika sedang rugi (On paper Loss)


Adakah Return Keuntungan Pelaburan Unit Trust ni tetap setiap tahun?


Tidak. Prestasi Unit trust ada naik turunnya mengikut prestasi ekonomi. Boleh jadi prestasinya tinggi, prestasi sederhana atau prestasi negative.


DIVIDEND (INCOME DISTRIBUTION) DALAM UNIT TRUST



  • Ia adalah proses tukaran Keuntungan (RM) kepada pertambahan Unit.
  • AGAIN, Income Distribution = Pertambahan Unit
  • Tetapi ia disusuli dengan pengurangan harga NAV.
  • Maklumat pemberian Dividend tahun2 sebelumnya dinyatakan dalam Fund Fact Sheet (Laporan bulanan fund Unit Trust)

Adakah semua fund Unit Trust memberikan Dividend (Income Distribution)?
  • Tidak semua
  • Banyak fund Unit Trust yang tidak memberikan Dividend (Income Distribution). Ia focus hanya kepada Capital gain (Kenaikan Harga NAV)

Fund Unit Trust yang bagaimana biasanya memberikan Dividend (Income Distribution)?
Banyaknya adalah fund yang namanya ada perkataan Dividend atau Income. Contohnya :
  • PMB Shariah Dividend
  • Public Islamic Dividend
  • Eastspring Islamic Equity Income
  • Public Islamic Savings

Apakah Fund Unit Trust yang bagus itu mesti memberikan Dividend (Income Distribution)?
  • Tak semestinya. 
  • Bagus prestasinya sesuatu fund disebabkan oleh Capital Gain (kenaikan harga unit NAV).


Fund Unit Trust yang memberikan Dividend (Income Distribution) ni lebih banyak keuntungannya berbanding fund Unit Trust yang tidak memberikan Dividend (Income Distribution)?
  • Salah tanggapan tu. 
  • Dividend (Income Distribution) akan meningkatkan Jumlah Unit sedia ada.
  • Namun, harga unit NAV akan turun secara serentak. 
  • Contoh, jika fund Unit Trust tersebut memberikan Dividend (Income Distribution) sebanyak 4%, maka harga unit NAV  tersebut juga akan turun sebanyak 4% secara serentak. 

Jikalau Dividend (Income Distribution) tinggi, so tinggi jugalah Return Keuntungan  fund Unit Trust  tersebut?
  • Tidak semestinya. 
  • Anda akan untung jika harga unit NAV meningkat.
  • Jumlah sebenar keuntungan = Jumlah unit X Harga NAV

Adakah Dividend (Income Distribution) diberikan setahun sekali?
  • Bergantung 
  • Ada fund Unit trust yang memberikannya sekali (Contohnya 4%), pemberian 2 kali (2% + 2%) atau pemberian 4 kali setahun (1% + 1% + 1% + 1%)

Just to share, Hong Leong Dana Makmur (KLIK) adalah fund Unit Trust yang KONSISTEN memberikan Agihan Dividend (Income Distribution) dengan Purata 8.41% dalam 5 tahun terkini.
  • Tahun 2022 : 5.62%
  • Tahun 2021 : 6.51%
  • Tahun 2020 : 11.92%
  • Tahun 2019 : 11.10%
  • Tahun 2018 : 6.70%

3 JENIS PRESTASI RETURN KEUNTUNGAN PELABURAN UNIT TRUST


  1. Annualised Return
  2. Total Return / Cumulative Return
  3. Calendar Return

Annualised Return dalam Pelaburan Unit Trust


  • Ia adalah PURATA Prestasi Return Keuntungan dalam SETAHUN
  • Biasanya ia diukur untuk tempoh 3 tahun, 5 tahun, 10 tahun 

9 tempat untuk anda ketahui Annualised Return Unit Trust


  1. Website company Unit Trust 
  2. Bloomberg (KLIK)
  3. Morningstar (KLIK)
  4. KWSP i-Akaun (KLIK
  5. Investing.com (KLIK)
  6. Fund Fact Sheet (as Report date)
  7. Annual Report
  8. eunittrust (KLIK)
  9. FSMone (KLIK)

* Always refer to the latest 6 Months data (data 6 bulan terkini)
* Ini adalah Past Data - prestasi yang lepas. 
* Tiada jaminan prestasi ini akan berulang untuk masa sekarang atau masa akan datang. 


Total Return dalam Pelaburan Unit Trust


  • Juga disebut sebagai Cumulative Return atau Return Of Investment (ROI)
  • Ia adalah Jumlah Return Keuntungan TERKUMPUL untuk suatu tempoh masa.
  • Total Return = Capital Gain + Income Distribution (Dividend)
  • Biasanya ia diukur untuk tempoh 3 tahun, 5 tahun, 10 tahun 


Prestasi 3 Tahun Hong Leong Dana Makmur (KLIK) (24 March 2020 - 24 March 2023)


8 tempat untuk anda ketahui Total Return Unit Trust


  1. Website company Unit Trust 
  2. Lipper website (KLIK)
  3. Lipper - sisipan dalam akhbar mingguan The Edge 
  4. KWSP i-Akaun (KLIK
  5. Fund Fact Sheet (as Report date)
  6. Annual Report
  7. eunittrust (KLIK)
  8. FSMone (KLIK)


* Always refer to the latest 6 Months data (data 6 bulan terkini)
* Ini adalah Past Data - prestasi yang lepas. 
* Tiada jaminan prestasi ini akan berulang untuk masa sekarang atau masa akan datang. 


Calendar Return dalam Pelaburan Unit Trust


  • Calendar Return adalah ukuran prestasi bagi tempoh 1 tahun antara 1 Jan - 31 Dec sesuatu tahun.
  • Data di bawah adalah untuk prestasi Calendar Return 2022 (Lebih banyak data Calendar Return 2022 di artikel ini - KLIK)
  • Calendar Return ini telahpun merangkumi kedua-dua Income Distribution (Dividend) + Capital Gain (kenaikan harga unit NAV).


Prestasi Return Keuntungan Unit Trust (Islamic Fund) untuk Tahun 2018 - 2022
Sumber : Morningstar
Full article di SINI (KLIK)


7 tempat untuk anda ketahui Calendar Return Unit Trust


  1. Website company Unit Trust 
  2. Morningstar (KLIK)
  3. KWSP i-Akaun (KLIK
  4. Fund Fact Sheet (as Report date)
  5. Annual Report
  6. eunittrust (KLIK)
  7. FSMone (KLIK)


* Always refer to the latest data
* Ini adalah Past Data - prestasi yang lepas. 
* Tiada jaminan prestasi ini akan berulang untuk masa sekarang atau masa akan datang. 



SOALAN LAZIM PRESTASI RETURN UNIT TRUST



Prestasi fund Unit Trust ni sama jer jika daripada company yang sama?
  • Tidak sama
  • Ada fund Unit Trust yang perform... dan ada juga yang tak berapa nak menjadi

Equity Unit Trust boleh memberikan Return Keuntungan yang lebih tinggi berbanding kategori yang lain?
  • Tidak semestinya 
  • Jika market saham jatuh, Equity boleh berprestasi negative sedangkan fund Bond Sukuk maintain 3%-5%.

Fund Unit Trust 'A' sangat glamour. Mesti ia fund Unit Trust yang paling bagus prestasinya, kan?


Adakah semua fund Unit Trust berprestasi konsisten? Sentiasa perform?
  • Prstasi fund Unit Trust ada masanya naik, dan ada masanya sedikit menurun.
  • Itu sebabnya kita biasanya melihat kepada PURATA Prestasi Return Keuntungan bagi tempoh 3 tahun atau 5 tahun.


Perlukah kita Diversify... pecahkan pelaburan ke beberapa kategori / region / sector tertentu?
  • Ada masa, Equity Malaysia lebih baik... ada masanya Equity Asia Pacific adalah lebih baik... ada masanya Equity Greater China lebih baik... ada masanya Bond / Sukuk adalah lebih baik. 
  • Maka, sebaiknya kita DIVERSIFY... pecahkan pelaburan kita kepada beberapa segment.

Fund Unit Trust di sector / negara / region yang sama mesti mempunyai prestasi  yang sama, kan?
  • Meskipun invest tempat yang sama, prestasi adalah sedikit berbeza disebabkan perbezaan pada Asset Allocation, Top Holdings dan harga jual / beli stock.

Macam mana nak tahu sama ada prestasi sesuatu fund Unit Trust tu OK atau tidak?
  • Setiap fund Unit Trust mempunyai KPI masing-masing dalam mengukur prestasinya, yang disebut sebagai Benchmark (Penanda Aras). 
  • Umumnya, Fund Unit Trust tersebut dikatakan  berprestasi baik jika prestasinya melebihi prestasi Benchmark.

Kalau fund Unit Trust tu berprestasi 10% (Annualised Return) untuk 5 tahun yang lepas, adakah saya berpeluang untuk mendapat pulangan 10% (Annualised Return) bagi tempoh 5 tahun akan datang?
  • Tiada jaminan.
  • 'Prestasi Lampau'  ini bukanlah cerminan prestasi akan datang.
  • But at least, ia dah prove kan ia fund Unit Trust yang baik.

Ada fund Unit Trust yang tawarkan FREE Takaful. OK kan kalau saya invest fund Unit Trust tersebut?
  • OK jer... dah orang nak bagi.
  • Tapi back to basic.... Always remember, tujuan kita invest adalah untuk mendapatkan Pulangan Return Keuntungan yang baik.

==============

🔵 Anda tak sure nak invest yang mana? Meh saya bantu anda...Anda just bagi tahu kriteria keinginan anda, saya akan cadangkan pilihan terbaik untuk anda... Adi 012-5588680 (Wassap (KLIK)

🔵 Saya juga mempunyai solution Simpanan / Pelaburan yang sangat sesuai untuk mana2 Koperasi, NGO, Persatuan, GLC, syarikat2, SME dan organisasi anda.... Adi 012-5588680 (Wassap (KLIK)

⚠️ Apa akan jadi dengan segala simpanan / pelaburan anda jika anda meninggal dunia? Waris / pasangan anda faham dan tahu tak bagaimana nak uruskan segalanya? Jom kita permudahkan urusan dengan menyediakan Wasiat / Hibah... Ini pelengkap kepada Pengurusan Kewangan anda... Adi 012-5588680 (Wassap (KLIK)



🟪🟥🟪🟥🟪🟥🟪🟥🟪



🟩🟨🟩🟨🟩🟨🟩🟨🟩🟨


Konsultan Pelaburan Bertauliah (SC & FIMM)
Unit Trust | Equity | FCPO | ETF | Crypto | IPO | Pre-IPO | ASB Financing

📞 012-5588680 (Wassap (KLIK)
📞 012-5588680 (Wassap (KLIK)
📞 012-5588680 (Wassap (KLIK)


*******************************
Jemput join untuk Pelbagai Info Kewangan & Pelaburan

No comments:

Post a Comment