04 May 2020

STEP BY STEP MELABUR UNIT TRUST TERBAIK

Artikel ini memberikan petunjuk untuk melakukan Pelaburan Unit Trust dengan beberapa Step seperti Clear Direction, Kaedah pelaburan, Analisa pelaburan Sedia ada, Perancangan Portfolio Pelaburan Unit Trust, Pemilihan Fund Unit Trust dan Mulakan Pelaburan 

STEP 1 : Clear Direction


Anda kena tetapkan tujuan pelaburan ini.... untuk apa? Retirement Planning (KLIK)? Education planning? nak kumpul modal untuk deposit beli rumah? nak kumpul duit hantaran kahwin?....

Anda juga faham dan boleh terima bahawa Pelaburan Unit Trust ni ada risikonya... tak macam ASB, Tabung Haji... Unit Trust ni mampu memberikan anda pulangan yang tinggi... tapi pada masa yang sama juga berpotensi untuk mengurangkan modal anda.

Unit trust adalah pelaburan untuk tempoh Medium - Long Term.

Apakah definisi long Term? Berapa lama tu?
Sila rujuk Prospectus. Ada fund yang mention 3 tahun, 5 tahun, 7 Tahun...

Adakah unit trust ni sesuai untuk tempoh pelaburan short term?
Tidak sesuai. Unit trust adalah medium pelaburan untuk medium - long term. Sila rujuk Prospectus fund pelaburan unit trust.

Ada lock in period / tempoh terikat dengan kontrak pelaburan?
Tiada lock in period. Tiada ikatan / sekatan.

Berapa tempoh minimum untuk invest?
Tiada tempoh ditetapkan. Tapi disyorkan melabur melebihi 3 tahun.

Ada tempoh maksima untuk invest?
Tiada.

Boleh buat loan untuk invest unit trust.... macam ASB Loan?
Tiada. 

Ada tempoh bertenang selepas invest? Kot2 la rasa nak cancel kan.... Ada tak?
Yup. Ada tempoh bertenang (Cooling-Off period) dalam 6 hari pertama untuk fully refund buat pelabur untuk pelaburan pertama di syarikat unit trust tersebut. 

Berapakah umur minimum untuk invest?
18 tahun

Saya nak buka Acc untuk anak saya. Tapi dia belum 18 tahun. Boleh ke?
Boleh. Buka Joint Account. Dia sebagai pemilik kedua acc tersebut.

Berapakah modal minima untuk mulakan pelaburan unit trust ni?
Setiap fund berbeza modal permulaannya. Ada yang RM50, RM100, RM200, RM500, RM1,000 malah ada yang setinggi RM10,000, RM20,000 mahupun RM100,000. Sila rujuk prospektus setiap fund untuk details.

Umumnya adalah RM1,000.

Minima pelaburan memang sama setiap fund? setiap company?
Tak semestinya sama. Fund dari company yang sama mungkin berbeza minima pelaburannya. Sila rujuk Prospektus atau Fund Fact Sheet.

Bukan warganegara boleh invest?
Boleh jika mempunyai document yang ditetapkan. Senang cakap, kalau dia ada acc mana2 bank Malaysia, kira dia boleh invest la. Coz document yang bank minta masa dia buka acc bank  tu sama jer document nya untuk invest unit trust ni.

Bankrupt boleh invest?
Maaf, tak boleh. Tapi boleh invest atas nama keluarga yang lain.

Kalau ada rekod SAA, AKPK, CCRIS CTOS tak cantik... boleh invest ke?
Boleh jer.

Saya tak bekerja / tiada income tetap / tiada payslip. Boleh invest juga?
Boleh jer.

STEP 2 : Kaedah Pelaburan


1) Cash Lump Sum (KLIK untuk details)
  • Anda boleh melabur secara tunai serendah RM1,000.
  • Pelaburan dilakukan melalui Cek / Bank Draf / Online Transfer (Akaun syarikat).
  • Jika anda memulakan pelaburan dengan modal RM10,000 dan jangkaan mendapat return pulangan (Dividen + Kenaikan harga)  sebanyak 9% setahun selama 20 tahun (dilaburkan semula setiap tahun ---> compounding), maka modal RM 10,000 tadi akan berganda menjadi RM56,044 selepas 20 tahun.
Memang kena modal permulaan RM1,000 ke?
Saya syorkan RM1,000 untuk memudahkan pelabur untuk apply Switching (tukar fund) kelak. 

2) Simpanan Tetap Bulanan = Regular Saving Plan (KLIK untuk Details)
  • Simpanan tetap boleh dilakukan seminimum RM100 sebulan.
  • Ia boleh dilakukan dengan membuat arahan kepada bank (AutoDebit) atau anda juga boleh transfer (bank in ke Account Pelaburan anda) secara manual.
  • Ia adalah cara yang ideal, berdisiplin dan berguna bagi tujuan mengumpul wang untuk digunakan pada masa yang diperlukan
  • Ini adalah strategi 'Ringgit Cost Averaging' untuk mendapatkan nilai unit yang lebih rendah dan menguntungkan untuk jangka masa sederhana-panjang.
  • RM200 simpanan tetap bulanan dengan kadar keuntungan purata 9% tiap-tiap tahun membolehkan anda mengumpul RM139,439 dalam masa 20 tahun. 
Adakah pelaburan unit trust ini memang mewajibkan Simpanan tetap Bulanan ni?
Tidak wajib. Terpulang kepada anda.

Bank mana yang boleh buat AutoDebit ni?
Semua bank boleh jer

Kalau dah buat autoDebit ni, boleh ke kalau kita nak stop?
Boleh jer. Ada yang mudah dengan melakukannya secara online sahaja.

Kalau nak buat AutoDebit, saya kena ke bank ke?
Tak perlu. Kalau ada agen unit trust, boleh buat melalui mereka. Online jer semua.


3) Pengeluaran KWSP Account 1 (KLIK untuk Details)

  • Pelaburan minima adalah RM1,000 
  • Pelaburan ini boleh dilakukan setiap 3 bulan selepas tarikh pelaburan sebelumnya, tertakluk kepada baki yang ditetapkan dalam Akaun 1.
  • Formula Pelaburan KWSP Acc 1 : [Jumlah Acc 1 KWSP - Jadual Simpanan Asas (mengikut umur)] x 30%
Contoh Kiraan:

1) En Ahmad, umur 30 tahun, Jumlah Akaun 1 : RM50k.
Jumlah simpanan asas umur 30 tahun: RM35k.
Lebihan (Jumlah Akaun 1 - Simpanan Asas Umur 30 tahun) : RM50k - RM35k = RM15k
30% daripada lebihan = 30% daripada RM15k = RM4,500
Maka, Pelaburan yang dibenarkan = Minima RM1,000 dan Maksima RM4,500
2) En Aziz, umur 33 tahun, Jumlah Akaun 1 : RM50k.
Jumlah simpanan asas umur 33 tahun: RM47k.
Lebihan (Jumlah Akaun 1 - Simpanan Asas Umur 33 tahun) : RM50k - RM47k = RM3k
30% daripada lebihan = 30% daripada RM3k = RM900
Maka, Pelaburan yang dibenarkan = RM0. *Minima pelaburan adalah RM1,000.
3) En Azman, umur 35 tahun, Jumlah Akaun 1 : RM50k.
Jumlah simpanan asas umur 35 tahun: RM57k.
Lebihan (Jumlah Akaun 1 - Simpanan Asas Umur 35 tahun) : RM50k - RM57k = Belum layak.
Pelaburan yang dibenarkan = RM0. *Belum layak untuk melabur menggunakan Akaun 1 KWSP.

Apakah syarat kelayakan untuk invest menggunakan Acc 1 KWSP?
Syarat kelayakan (KLIK)
Kalau nak guna Acc 2 KWSP boleh?
Tak boleh. Hanya dari Account 2

STEP 3 : Analisa Pelaburan Sedia Ada

Sebelum melabur, cuba ambil tahu dahulu pelaburan sedia ada.

Anda sedang invest dalam mana2 fund unit trust?
Fund2 tersebut dari kategori mana? Focus investment tu ke mana? 
Bagaimanakah prestasi ketika ini?
Adakah ianya mempunyai potensi untuk terus perform pada masa akan datang?

Jika anda invest melalui agen, biasanya agen ini akan selidik dan membuat analisa pelaburan anda sedia ada. 

Mungkin perlu buat switching kepada mana2 fund yang lebih berpotensi.
Switching = Maksudnya, pelabur boleh tukar dari Fund X ke Fund Y.

Saya dah invest fund X dari company A secara cash. Boleh saya buat switching ke fund Y dari company A juga?
Boleh jer.

Saya dah invest fund G dari company A menggunakan KWSP. Boleh saya buat switching ke fund H dari company A juga?
Boleh asalkan fund H juga fund yang dibenarkan pelaburannya oleh KWSP.

Saya dah invest fund K dari company A secara cash. Boleh saya buat switching ke fund L dari company B?
Umumnya, Tak boleh. Anda kena jual dulu fund K. Kemudian re-invest ke Fund L. Ini melibatkan 2 company yang berlainan. Namun demikian, Phillip Mutual Berhad membolehkan pelabur melakukan switching ke company yang berlainan.

Nak saya buat analisa pelaburan anda ketika ini?

STEP 4 : Perancangan Portfolio Pelaburan Unit Trust

Perancangan Portfolio pelaburan unit trust ini bersesuaian dengan Objektif Pelaburan anda dan Tahap Penerimaan Risiko anda.

Jika anda target long term, berusia muda dan boleh menerima risiko... mungkin Equity adalah pilihan yang sesuai.

Jika anda menghampiri usia pencen dan mahukan pelaburan yang seakan2 ASB, mungkin Mixed Asset Balanced boleh menjadi pilihan.

Jika anda mempunyai sejumlah wang pelaburan yang besar... mungkin RM100,000... mungkin boleh gabungkan Equity, Mixed Asset atau Bond mengikut komposisi yang sesuai.

Jika anda mencari pelaburan yang sangat selamat, hampir tiada risiko, mungkin alternatif kepada Fixed Deposit (FD) bank, mungkin Bond / Sukuk boleh menjadi pilihan.

Kalau pelaburan sedia ada banyak di ASB, Tabung Haji... mungkin boleh explore Equity pula. ASB Tabung Haji ni mirip kepada konsep Mixed Asset Balanced.

Atau boleh minta agen unit trust membuat analisa dan merancang untuk pelaburan unit trust anda.

STEP 5 : Pilihan Fund Unit Trust

Bila sebut Equity... ada beratus2 fund Equity... Nah, nak pilih yang mana satu / dua / tiga?

Nak invest fund yang fokuskan pelaburan dalam Malaysia ke luar Malaysia? Ok ke sekarang ni nak invest ke situ / sana?

Kalau luar Malaysia, region  / negara mana? Asia Pacific? Global? China? Mana yang ada potensi untuk naik lagi?

Nak yang fokus pada Small Cap atau Large Cap? Risko lain2..

Anda boleh dapatkan gambaran akan market yang berpotensi dengan banyak membaca dan mengikuti berita2 Ekonomi di Bloomberg, CNBC, Investing.com, akhbar mingguan The Edge, akhbar Financial Daily..

Agen unit trust boleh membantu anda dalam mencadangkan fund unit trust yang sesuai dengan anda. Seharusnya agen ini mengetahui akan keadaan market dan mengetahui akan potensi yang ada bagi sesuatu pelaburan.

Tips Pemilihan Fund yang Berpotensi
1. Objektif - clear akan strategi umum fund tersebut
2. Right Sector / Market = Consistent & Potential
2. Asset Allocation - Focus investment yang sesuai
3. Cash portion - Pengurusan yang baik mampu memaksimakan keuntungan
4. Past performance - track record Fund Manager
5. Diversified. Create a portfolio - Don't invest all in only 1 sector... Too Risky.

Artikel ini (KLIK) insyaAllah akan membantu anda membentuk Portfolio Pelaburan Unit Trust yang padu!

Dah jumpa fund yang sesuai, dapatkan dan baca Prospectus fund tersebut. Prospectus ni macam 'Surat beranak' fund tersebut. Antara kandungannya:
1. Maklumat berkenaan company
2. Risk factors
3. Maklumat berkenaan Fund
4. Pembelian Unit
5. Fees, Charges, Expenses
6. Fund Manager
7. Trustee
8. Shariah Advisor

Kalau rasa banyak sangat kandungan Prospectus tu, boleh juga try baca Product Highlights Sheet (PHS). Ini kiranya ringkasan kepada Prospectus tadi tu.

Kedua document Prospectus dan PHS ni memang tersedia di website company tersebut. Kalau ada hardcopy, pastikan ianya yang latest.

STEP 6 : Mulakan Pelaburan

1. Invest sendiri (Tanpa Agen Unit Trust)

i. Kelebihan
Sales Charge rendah. 

ii. Kekurangan
A to Z semuanya sendiri... pembelian, switching, penjualan unit
Analisa dan membuat Pemilihan fund sendiri
Pemantauan sendiri prestasi dan potensi pelaburan sedia ada

Memang kena invest melalui agen ke?
Tak semestinya. Anda boleh jer invest sendiri jika anda ada knowledge untuk pilih fund sendiri, mampu monitor prestasi dari masa ke semasa dan mampu melakukan sesuatu untuk lock profit / cut loss. Kalau rasa serabut, pakai jer agen yang bertauliah.

Kawan saya invest Fund A, so saya follow jer la. Boleh tak?
Invest dengan knowledge! Jangan invest kerana ikut kawan. Objektif, Time Horizon pelaburan dan Tahap Penerimaan Risiko dia mungkin berbeza dengan kita.

Kalau saya invest sendiri, boleh ke kalau saya nak minta mana2 agen untuk access dan monitor account pelaburan saya tu?
Tak boleh. Tiada agen yang boleh access account pelaburan anda.

Bagaimana nak invest secara sendiri?
Boleh online jer...
FAME (KLIK)
eunittrust (KLIK)
FSM (KLIK)
EPF i -Account (KLIK)

Nak kena ke bank atau mana2 office?
Tak perlu. Online jer

2. Invest melalui Agen Unit Trust

i. Kelebihan
Agen akan menganalisa pelaburan sedia ada anda.
Agen akan merancang Portfolio pelaburan yang bersesuaian dengan Objektif anda
Agen akan menganalisa market dan kesesuai pelaburan bersesuaian dengan Tahap penerimaan Risiko anda
Agen akan update dari masa ke semasa pelaburan anda sedia ada dan bersedia untuk melakukan sebarang transaksi Top up, switching atau penjualan unit.

ii. Kekurangan
Ada Sales Charge

Agent ni memang ada lesen ye?
Yup. Agent unit trust ni berlesen setelah pass exam yang disediakan. Agent juga tertakluk kepada peraturan2 tertentu yang telah ditetapkan untuk melindungi pelabur. Kalau nak check status agent anda sama ada berlesen atau tidak, boleh semak di SINI (KLIK)

Sales charge ni dah termasuk dalam modal kita (katakan RM1,000)?
Company akan kirakan untuk penolakan Sales charge ini.

Sales charge ni every year ke kena bayar?
Tidak. Ia hanya dikenakan semasa transaksi belian sahaja. 

Saya dah invest dengan Agen Z dari company A. Tapi atas sebab tertentu, sekarang saya nak invest melalui Agen Y dari company A juga. Boleh tak?
Boleh jer. Itu hak anda untuk invest dengan sesiapa yang anda suka.

Saya dah invest pada fund X dari Company A. Sekarang saya plan nak invest fund Y dari Company B. Adakah saya kena jual fund X itu?
Tak semestinya. Anda boleh maintain jer jika fund tu bagus dan mempunyai potensi untuk terus naik. Ditambah pula kalau ianya well managed by agent sedia ada.

Sebelum ini saya invest sendiri. Now plan nak minta agen uruskan. Boleh?
Boleh bincang dengan agen tersebut. Mungkin kena jual dulu unit sedia ada dan re-invest melalui agen tersebut.

Saya nak tukar agen. Boleh?
Boleh bincang dengan agen tersebut. Mungkin kena jual dulu unit sedia ada dan re-invest melalui agen tersebut.

Nak invest melalui saya?

Alhamdulillah... Dah Invest

Pastikan anda mendapat notification dan receipt akan pelaburan anda. Kebanyakannya by email. So pastikan alamat email anda tepat!

Sila semak maklumat details lain agar tiada kesilapan.... seperti Nama penuh, No IC, alamat rumah / surat menyurat, email dan no phone.

Pastikan juga bahawa fund yang dipilih utuk invest itu adalah sebagaimana yang anda kehendaki.

Jika ada kesilapan, sila maklumkan pada agent / company.

Statement

Company biasanya akan menghantar Statement dari masa ke semasa secara berkala akan kedudukan pelaburan unit trust and. Ada yang hantar setiap bulan, 3 bulan, 6 bulan atau 12 bulan. Ianya berbeza antara company. Kebanyakannya menghantarnya melalui email.

Antara maklumat penting dalam Statement tersebut adalah:
1. Jumlah unit semasa
2. Harga unit semasa
3. Profit / loss semasa

Sila simpan statement2 ini sebagai rujukan kelak.

Report Pelaburan

1. Fund Fact Sheet
Company akan menyediakan Report secara bulanan untuk semua fund.

Antara maklumat tersedia (as per date):
i. Objektif Fund
ii. Country Allocation
iii. Asset Allocation / Sector Allocation
iv. Cash portion
v. Total Return (3 Years, 5 Year, Since inception)
vi. Annualised Return (3 Year, 5 year, Since Inception)
vii. Income Distribution
viii. Short Term performance (3 month, 6 Month, 1 Year, Year To Date/ YTD)
ix. Fund Volatility (Risk)
x. Fund Managers Report

Download Fund Fact Sheet Unit Trust anda. Jusk KLIK company unit trust di bawah.
  1. Aberdeen Islamic Asset Management
  2. Affin Hwang Asset Management Berhad
  3. Aiiman Asset Management Sdn Bhd
  4. AmanahRaya Investment Management Sdn Bhd
  5. Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB)
  6. Amanah Saham Sarawak Berhad
  7. AmFunds Management Berhad
  8. Apex Investment Services Berhad
  9. Areca Capital Sdn Bhd
  10. BIMB Investment Management Berhad
  11. BOS Wealth Management Malaysia Berhad
  12. Eastspring Investments Berhad
  13. Franklin Templeton Asset Management Sdn Bhd
  14. Hong Leong Asset Management Berhad
  15. Inter-Pacific Asset Management Sdn Bhd
  16. KAF Investment Funds Berhad
  17. Kedah Islamic Asset Management Berhad
  18. Kenanga Investors Berhad
  19. Libra Invest Berhad
  20. Manulife Asset Management Services Berhad
  21. Maybank Asset Management Sdb Bhd
  22. MIDF Amanah Asset Management Berhad
  23. Muamalat Invest Sdn Bhd
  24. Nomura Islamic Asset Management Sdn Bhd
  25. Opus Asset Management Sdn Bhd
  26. Pengurusan Kumipa Berhad
  27. Permodalan BSN Berhad
  28. Pheim Unit Trusts Berhad
  29. Phillip Mutual Berhad
  30. PMB Investment Berhad
  31. Principal Asset Management Berhad
  32. PTB Unit Trust Berhad
  33. Public Mutual Berhad
  34. RHB Asset Management Sdn Bhd
  35. RHB Islamic International Asset Management Berhad
  36. Saham Sabah Berhad
  37. Saturna Sdn Bhd
  38. TA Investment Management Berhad
  39. UOB Asset Management (Malaysia) Sdn Bhd
2. Annual Report / Semi-Annual Report

Company akan menyediakan Annual Report sesudah mendapat kelulusan Suruhanjaya Sekuriti. Pelabur akan diberikan Annual Report. Biasanya melalui email (PDF version).

Antara maklumat tersedia dalam Annual Report:
i. Fund information
ii. Fund performance data
iii. Manager's Report
iv. Trustee Report
v. Shariah Adviser's Report

Pemantauan - Monitoring

1. Online Platform

Ada company yang menyediakan Online Platform kepada pelaburnya. Ini membolehkan pemantauan terus prestasi semasa tanpa perlu menantikan statement.

Antara company yang menyediakan Online platform adalah Phillip Mutual Berhad dengan platform yang diberi nama FAME.

Melalui FAME, pelabur juga boleh melakukan transaksi belian unit, switching unit mahupun jualan unit yang melibatkan >450 funds daripada 28 company unit trust.

2. Portal KWSP i-Account (KLIK)

Pencarum KWSP yang melabur menggunakan Acc 1 ke mana2 fund unit trust mampu melihat progress pelaburan mereka melalui platform KWSP ini.

KWSP berkalaborasi dengan Lipper bagi menyediakan pelbagai data dan info kepada pelabur.

Melalui platform ini, pelabur juga boleh melakukan transaksi belian unit, switching unit mahupun jualan unit secara terus.

3. Morningstar

Boleh rujuk artikel ini untuk maklumat lengkap berkaitan Morningstar (KLIK)

4. Bloomberg

Boleh rujuk artikel ini untuk maklumat lengkap berkaitan Bloomberg (KLIK)

5. Lipper

Boleh rujuk artikel ini untuk maklumat lengkap berkaitan Lipper (KLIK)

*******************************

Untuk memahami dengan baik akan pelaburan, and a disarankan untuk melengkapkan bacaan dengan artikel artikel ini:


==============

🔵 Anda tak sure nak invest yang mana? Meh saya bantu anda...Anda just bagi tahu kriteria keinginan anda, saya akan cadangkan pilihan terbaik untuk anda... Adi 012-5588680 (Wassap (KLIK)

🔵 Saya juga mempunyai solution Simpanan / Pelaburan yang sangat sesuai untuk mana2 Koperasi, NGO, Persatuan, GLC, syarikat2, SME dan organisasi anda.... Adi 012-5588680 (Wassap (KLIK)

⚠️ Apa akan jadi dengan segala simpanan / pelaburan anda jika anda meninggal dunia? Waris / pasangan anda faham dan tahu tak bagaimana nak uruskan segalanya? Jom kita permudahkan urusan dengan menyediakan Wasiat / Hibah... Ini pelengkap kepada Pengurusan Kewangan anda... Adi 012-5588680 (Wassap (KLIK)



🟪🟥🟪🟥🟪🟥🟪🟥🟪



🟩🟨🟩🟨🟩🟨🟩🟨🟩🟨


Konsultan Pelaburan Bertauliah (SC & FIMM)
Unit Trust | Equity | FCPO | ETF | Crypto | IPO | Pre-IPO | ASB Financing

📞 012-5588680 (Wassap (KLIK)
📞 012-5588680 (Wassap (KLIK)
📞 012-5588680 (Wassap (KLIK)


*******************************
Jemput join untuk Pelbagai Info Kewangan & Pelaburan

No comments:

Post a Comment