16 May 2020

INVEST SECARA KONSISTEN... MULAKAN SEKARANG!

Artikel ini menunjukkan bahawa seseorang itu perlulah mula menyimpan / melabur seawal yang mungkin pada usia muda agar simpanannya itu dapat berkembang-biak (Compounding Effect) menjadi lebih banyak bagi memenuhi Objektif simpanan/ pelaburan seperti Retirement Plan, Education Plan atau apa sahaja melalui medium pelaburan seperti Pelaburan Unit Trust.


Secara purata, usia rakyat Malaysia adalah sehingga 75 tahun.

Usia persaraan adalah umur 55 tahun.

Maknanya, secara umumnya seseorang itu akan berada di usia persaraan selama 20 tahun. 

Adakah kita sudah menyediakan Plan Persaraan sebaiknya bagi memastikan 20 tahun usia persaraan kita ini tidak menjadi mimpi ngeri ?


Antara isu yang membelenggu para pesara....huhu

Ayuh, rancangkan Persaraan anda sekarang!


Data di atas ini diambil daripada EPF Annual Report 2018 (Rujukan di SINI. Annual Report 2019 belum tersedia).

Kajian ini bertujuan untuk melihat sejauh mana persediaan (dari segi simpanan) ahli / pencarum KWSP yang berusia 54 tahun bagi menghadapi tahun persaraan ketika berusia 55 tahun kelak, yakni dalam tempoh 1 tahun yang akan datang.

Secara purata, ahli KWSP yang berusia 54 tahun (sejumlah 94,260 orang ahli ketika 2018) mempunyai simpanan KWSP sebanyak RM209,861.71. Nampak macam banyak, kan?

Tahukah Anda!

Jika anda mengeluarkan sejumlah RM1,749 sebulan, ianya hanya mampu bertahan selama 10 tahun.
Jika anda mengeluarkan sejumlah RM874 sebulan, ianya hanya mampu bertahan selama 20 tahun.

Jika RM874 sebulan, adakah ianya mencukupi bagi anda?


Apa yang anda dapat simpulkan daripada gambarajah di atas?

Target nak kumpulkan RM1,000,000?

Dalam contoh ini, Jika anda bermula menyimpan lebih awal seusia 25 tahun, anda hanya perlu menyimpan sebanyak RM882 sebulan secara konsisten sehingga umur 55 tahun (menyimpan selama 30 tahun) untuk target simpanan RM1 juta (anggapan pulangan simpanan adalah 7% setahun).

Namun berbeza jika anda hanya mula menyimpan ketika usia 40 tahun, maka anda perlukan jumlah yang lebih besar yakni sebanyak RM3,316 sebulan secara konsisten selama 15 tahun untuk mencapai target RM1 juta ketika umur 55 tahun.

Kesimpulannya, mulakan simpanan ketika usia masih muda. Lagi lewat anda bermula, maka lagi besar jumlah simpanan yang perlu anda peruntukkan.

Data di atas menunjukkan bagaimana duit simpanan RM10,000 anda boleh berkembang-biak. Hasil akhir duit simpanan anda bergantung kepada 2 perkara, iaitu Tempoh Pelaburan dan Return Keuntungan Pelaburan / Rate of Return (%).

1. Lagi lama anda menyimpan, maka lagi banyak lah simpanan pelaburan anda.
2. Lagi tinggi Return keuntungan, maka lebih banyak simpanan anda. 

Hatta, perbezaan 1% return keuntungan akan memberikan kesan yang significant bagi tempoh masa panjang.

Gandaan kembang-biak duit pelaburan anda adalah disebabkan oleh kesan Compounding.


Usahlah bertangguh lagi. Ayuh, mulakan simpanan anda sekarang!

Lihat contoh jadual di gambarajah di atas.

Jadual KIRI
  • Katakan anda mula menyimpan RM200 sebulan secara konsisten bermula usia 25 tahun selama 10 tahun sahaja.
  • RM200 sebulan = RM2,400 setahun
  • Anggapan Rate of Return (ROR) adalah 7% setahun
  • Sesudah 10 tahun, anda telahpun mempunyai simpanan sebanyak RM35,480.
  • Now, katakan anda stop menyimpan sesudah 10 tahun. Namun anda biarkan sahaja wang simpanan anda (RM35k tadi) dalam simpanan yang memberikan 7% pulangan setahun itu.
  • Pada usia 55 tahun, anda kini telahpun mempunyai simpanan sebanyak RM146,909.
  • Anda hanya bayar pada 10 tahun pertama sahaja sejumlah RM24,000 (RM200 sebulan = RM2,400 setahun... selama 10 tahun).
  • Anda menikmati keuntungan sebanyak RM122,910.
Jadual KANAN
  • Katakan anda mula menyimpan RM200 sebulan secara konsisten bermula usia 36 tahun selama 10 tahun sahaja.
  • RM200 sebulan = RM2,400 setahun
  • Anggapan Rate of Return (ROR) adalah 7% setahun
  • Sesudah 10 tahun, anda telahpun mempunyai simpanan sebanyak RM35,480.
  • Now, katakan anda stop menyimpan sesudah 10 tahun. Namun anda biarkan sahaja wang simpanan anda (RM35k tadi) dalam simpanan yang memberikan 7% pulangan setahun itu.
  • Pada usia 55 tahun, anda kini telahpun mempunyai simpanan sebanyak RM69,795.
  • Anda hanya bayar pada 10 tahun pertama sahaja sejumlah RM24,000 (RM200 sebulan = RM2,400 setahun... selama 10 tahun).
  • Anda menikmati keuntungan sebanyak RM45,796.
Kesimpulannya;
1. Lebih awal anda menyimpan, lebih banyak yang akan dapat anda kumpulkan.
2. Lebih lama anda menyimpan, Kesan Compounding adalah lagi besar yang akan membolehkan simpanan anda berkembang-biak dengan sihatnya.
3. Dalam contoh kes di atas, jika anda mula lewat 11 tahun (pada usia 36 tahun), anda kerugian sebanyak RM77,114 (Opportunity Cost).
4. Jumlah simpanan akhir anda bergantung kepada 3, iaitu Jumlah Simpanan sebulan, Tempoh Simpanan dan Rate of Return.


Start Small... konsisten... jauh lebih baik.

Lihat contoh jadual di gambarajah di atas.

Jadual KIRI
  • Katakan anda mula menyimpan RM200 sebulan secara konsisten bermula usia 25 tahun selama 10 tahun sahaja.
  • RM200 sebulan = RM2,400 setahun
  • Anggapan Rate of Return (ROR) adalah 7% setahun
  • Sesudah 10 tahun, anda telahpun mempunyai simpanan sebanyakRM35,480.
  • Now, katakan anda stop menyimpan sesudah 10 tahun. Namun anda biarkan sahaja wang simpanan anda (RM35k tadi) dalam simpanan yang memberikan 7% pulangan setahun itu.
  • Pada usia 55 tahun, anda kini telahpun mempunyai simpanan sebanyak RM146,909.
  • Anda hanya bayar pada 10 tahun pertama sahaja sejumlah RM24,000 (RM200 sebulan = RM2,400 setahun... selama 10 tahun).
  • Anda menikmati keuntungan sebanyak RM122,910.
Jadual KANAN
  • Oleh kerana anda bermula lewat (yakni hanya pada usia 36 tahun), maka anda gandakan simpanan anda kepada RM400 sebulan secara konsisten selama 10 tahun sahaja.
  • RM400 sebulan = RM4,800 setahun
  • Anggapan Rate of Return (ROR) adalah 7% setahun
  • Sesudah 10 tahun, anda telahpun mempunyai simpanan sebanyak RM70,961.
  • Now, katakan anda stop menyimpan sesudah 10 tahun. Namun anda biarkan sahaja wang simpanan anda (RM71k tadi) dalam simpanan yang memberikan 7% pulangan setahun itu.
  • Pada usia 55 tahun, anda kini telahpun mempunyai simpanan sebanyak RM139,591.
  • Anda hanya bayar pada 10 tahun pertama sahaja sejumlah RM48,000 (RM400 sebulan = RM4,800 setahun... selama 10 tahun).
  • Anda menikmati keuntungan sebanyak RM91,592.
Kesimpulannya;
1. Lebih awal anda menyimpan, lebih banyak yang akan dapat anda kumpulkan.
2. Lebih lama anda menyimpan, Kesan Compounding adalah lagi besar yang akan membolehkan simpanan anda berkembang-biak dengan sihatnya.
3. Dalam contoh kes di atas, jika anda mula lewat 11 tahun (pada usia 36 tahun), anda kerugian sebanyak RM7,318 (Opportunity Cost) meskipun anda DOUBLE kan simpanan anda kepada RM400 sebulan.
4. Jumlah simpanan akhir anda bergantung kepada 3, iaitu Jumlah Simpanan sebulan, Tempoh Simpanan dan Rate of Return.


Dapatan daripada graf ini:

Jika anda mula menyimpan RM200 sebulan secara konsisten bermula usia 25 tahun, maka anda akan mempunyai sejumlah RM226,706 ketika berusia 55 tahun (anggapan simpanan ini memberikan return 7% setahun - dan ianya compounded).

Jika anda mula menyimpan RM200 sebulan secara konsisten bermula usia 30 tahun, maka anda akan mempunyai sejumlah RM151,798 ketika berusia 55 tahun (anggapan simpanan ini memberikan return 7% setahun - dan ianya compounded).

Jika anda mula menyimpan RM200 sebulan secara konsisten bermula usia 35 tahun, maka anda akan mempunyai sejumlah RM98,389 ketika berusia 55 tahun (anggapan simpanan ini memberikan return 7% setahun - dan ianya compounded)

Kesimpulannya, 
1. Lebih awal anda mula menyimpan, maka lagi banyak jumlah simpanan yang akan anda perolehi.
2. Lebih lama anda menyimpan, lebih besar kesan 'Compounding' nya yang akan meningkatkan simpanan anda.
3. Lebih tinggi return, maka lebih banyaklah duit simpanan / pelaburan anda.


Jadual di atas adalah anggaran jumlah simpanan yang akan anda perolehi dengan simpanan sebanyak RM100 sebulan secara konsisten. Contohnya:

Anda akan mempunyai simpanan sejumlah RM143,183 jika anda menyimpan RM100 secara konsisten selama 35 tahun pada medium simpanan / pelaburan yang memberikan Return  6% setahun.

Anda akan mempunyai simpanan sejumlah RM18,417 jika anda menyimpan RM100 secara konsisten selama 10 tahun pada medium simpanan / pelaburan yang memberikan Return  8% setahun.

Bagaimana pula kalau saya menyimpan RM200 sebulan?

Anda akan mempunyai simpanan sejumlah RM286,366 jika anda menyimpan RM200 secara konsisten selama 35 tahun pada medium simpanan / pelaburan yang memberikan Return  6% setahun.

Anda akan mempunyai simpanan sejumlah RM36,834 jika anda menyimpan RM200 secara konsisten selama 10 tahun pada medium simpanan / pelaburan yang memberikan Return  8% setahun.

Kesimpulannya, Jumlah simpanan akhir anda bergantung kepada 3, iaitu Jumlah Simpanan sebulan, Tempoh Simpanan dan Rate of Return.

STEP 1 : JOM MULAKAN SIMPANAN KONSISTEN ANDA

Anda mempunyai target dan objektif yang jelas serta keazaman untuk menyimpan secara konsisten.

Boleh bermula dengan jumlah sekecil RM100 sebulan.

Nak mudah, buat auto-debit jer daripada akaun bank anda... Tetap dan konsisten!

Saya boleh bantu anda menyimpan di medium pelaburan Unit Trust yang mampu memberikan pulangan yang kompetitif.

STEP 2 : BUKA ACCOUNT

Online jer... mudah dan terus siap account nya. 

Step by step ditunjukkan di artikel ini (KLIK).

Kalau anda dah ada account investment dengan saya, terus jer ke Step 3 di bawah.

STEP 3 : CREATE AUTO-DEBIT

Sesudah Account pelaburan Unit Trust anda tersedia, saya akan bantu anda untuk create transction Auto-debit. 

Auto-debit ini direct dari Account Bank anda ke Account Pelaburan anda.

Semuanya Online jer. Saya akan guide anda. Simple jer.

Lepas ni, jika anda nak stop atau nak tukar amount atau nak tukar (switching) fund unit trust, kita buat semuanya secara online jer... Mudah.


==============

🔵 Anda tak sure nak invest yang mana? Meh saya bantu anda...Anda just bagi tahu kriteria keinginan anda, saya akan cadangkan pilihan terbaik untuk anda... Adi 012-5588680 (Wassap (KLIK)

🔵 Saya juga mempunyai solution Simpanan / Pelaburan yang sangat sesuai untuk mana2 Koperasi, NGO, Persatuan, GLC, syarikat2, SME dan organisasi anda.... Adi 012-5588680 (Wassap (KLIK)

⚠️ Apa akan jadi dengan segala simpanan / pelaburan anda jika anda meninggal dunia? Waris / pasangan anda faham dan tahu tak bagaimana nak uruskan segalanya? Jom kita permudahkan urusan dengan menyediakan Wasiat / Hibah... Ini pelengkap kepada Pengurusan Kewangan anda... Adi 012-5588680 (Wassap (KLIK)



🟪🟥🟪🟥🟪🟥🟪🟥🟪



🟩🟨🟩🟨🟩🟨🟩🟨🟩🟨


Konsultan Pelaburan Bertauliah (SC & FIMM)
Unit Trust | Equity | FCPO | ETF | Crypto | IPO | Pre-IPO | ASB Financing

📞 012-5588680 (Wassap (KLIK)
📞 012-5588680 (Wassap (KLIK)
📞 012-5588680 (Wassap (KLIK)


*******************************
Jemput join untuk Pelbagai Info Kewangan & Pelaburan

No comments:

Post a Comment