11 April 2023

PULANGAN RETURN KEUNTUNGAN PRESTASI PELABURAN UNIT TRUST TERBAIK

Artikel ini berkongsikan maklumat  berkenaan Harga Unit NAV, Jenis2 keuntungan pelaburan Unit Trust, Dividend (Income Distribution) Unit Trust dan 3 Jenis Pulangan Return Keuntungan Pelaburan Unit Trust.


PULANGAN RETURN KEUNTUNGAN PRESTASI PELABURAN UNIT TRUST TERBAIK


HARGA UNIT TRUST (NAV)


๐Ÿ’œ Dana unit trust mempunyai harga tertentu yang disebut sebagai NAV (Net Asset Value) = nilai per unit.
๐Ÿ’œ Harga ini berubah-ubah naik turunnya setiap hari seperti saham 
๐Ÿ’œ Umumnya, jika harga terkini adalah lebih tinggi daripada harga ketika ia mula membeli, maknanya anda sedang untung. 
๐Ÿ’œ Jumlah sebenar keuntungan anda = [Jumlah unit] X [Harga NAV]


7 tempat untuk anda semak Harga Terkini NAV Unit Trust


❤️ Website company Unit Trust 
❤️ Bloomberg
❤️ Morningstar
❤️ Lipper Leaders
❤️ KWSP i-Akaun i-Invest
❤️ Investing.com 
❤️ Fund Fact Sheet (as Report date)


2 JENIS KEUNTUNGAN PELABURAN UNIT TRUST



Perubahan Harga NAV 
๐Ÿ’› Jika harga NAV meningkat, anda untung (Capital Growth)
๐Ÿ’› Perubahan harga adalah dipengaruhi oleh prestasi saham2 yang dimilikinya.
๐Ÿ’› Jika banyak saham2 ini mencatatkan keuntungan, maka harga NAV akan meningkat
๐Ÿ’› Jika banyak saham2 ini rugi, maka harga NAV akan menurun


Jumlah Unit 
๐Ÿ’š Jumlah unit bertambah melalui Income Distribution (Dividend)



Adakah Modal kita Terjamin (Capital Guaranteed) dalam Pelaburan Unit Trust?


❌ Tidak. Modal anda boleh berkurangan jika sedang rugi (On paper Loss)



Adakah Return Keuntungan Pelaburan Unit Trust ni tetap setiap tahun?


❌ Tidak. Prestasi Unit trust ada naik turunnya mengikut prestasi ekonomi. Boleh jadi prestasinya tinggi, prestasi sederhana atau prestasi negative.

✅ Sebaiknya kita dapatkan PURATA iaitu Annualised Return


DIVIDEND (INCOME DISTRIBUTION) DALAM UNIT TRUST



❤️ Ia adalah proses tukaran Keuntungan (RM) kepada pertambahan Unit.
❤️ AGAIN, Income Distribution = Pertambahan Unit
❤️ Tetapi ia disusuli dengan pengurangan harga NAV.
❤️ Maklumat pemberian Dividend tahun2 sebelumnya dinyatakan dalam Fund Fact Sheet (Laporan bulanan fund Unit Trust)



Adakah SEMUA fund Unit Trust memberikan Dividend (Income Distribution)?

๐Ÿ’› Tidak semua
๐Ÿ’› Banyak fund Unit Trust yang tidak memberikan Dividend (Income Distribution). Ia focus hanya kepada Capital gain (Kenaikan Harga NAV)



Fund Unit Trust yang bagaimana biasanya memberikan Dividend (Income Distribution)?

Banyaknya adalah fund yang namanya ada perkataan Dividend atau Income. Contohnya :

๐Ÿ’œ PMB Shariah Dividend
๐Ÿ’œ Public Islamic Dividend
๐Ÿ’œ Eastspring Islamic Equity Income
๐Ÿ’œ Public Islamic Savings

2 Fund Unit Trust yang konsisten memberikan Income Distribution (Dividend) :

Hong Leong Dana Makmur - KONSISTEN memberikan Agihan Dividend (Income Distribution) SETIAP TAHUN.... Purata 8.41% dalam 5 tahun terkini.
Hong Leong Dana Maa'rof - KONSISTEN memberikan Agihan Dividend (Income Distribution) SETIAP TAHUN.... Purata 6.48% dalam 5 tahun terkini.



Apakah Fund Unit Trust yang bagus itu mesti memberikan Dividend (Income Distribution)?

❤️ Tak semestinya. 
❤️ Bagus prestasinya sesuatu fund disebabkan oleh Capital Gain (kenaikan harga unit NAV).



Fund Unit Trust yang memberikan Dividend (Income Distribution) ni lebih banyak keuntungannya berbanding fund Unit Trust yang tidak memberikan Dividend (Income Distribution)?

๐Ÿ’™ Salah tanggapan tu. 
๐Ÿ’™ Dividend (Income Distribution) akan meningkatkan Jumlah Unit sedia ada.
๐Ÿ’™ Namun, harga unit NAV akan turun secara serentak. 
๐Ÿ’™ Contoh, jika fund Unit Trust tersebut memberikan Dividend (Income Distribution) sebanyak 4%, maka harga unit NAV  tersebut juga akan turun sebanyak 4% secara serentak. 



Jikalau Dividend (Income Distribution) tinggi, so tinggi jugalah Return Keuntungan  fund Unit Trust  tersebut?

๐Ÿ’œ Tidak semestinya. 
๐Ÿ’œ Anda akan untung jika harga unit NAV meningkat.
๐Ÿ’œ Jumlah sebenar keuntungan = [Jumlah unit]  X  [Harga NAV]

๐Ÿ’œ Namun ada jer fund Unit Trust yang memberikan Income Distribution dan juga berprestasi yang sangat baik. Contohnya:


Adakah Dividend (Income Distribution) diberikan setahun sekali?

๐Ÿงก Bergantung 
๐Ÿงก Ada fund Unit trust yang memberikannya sekali (Contohnya 4%), pemberian 2 kali (2% + 2%) atau pemberian 4 kali setahun (1% + 1% + 1% + 1%)



3 JENIS PRESTASI RETURN KEUNTUNGAN PELABURAN UNIT TRUST


✅ Annualised Return
✅ Total Return / Cumulative Return
✅ Calendar Return


ANNUALISED RETURN DALAM PELABURAN UNIT TRUST


๐Ÿ’› Ia adalah PURATA Prestasi Return Keuntungan dalam SETAHUN
๐Ÿ’› Biasanya ia diukur untuk tempoh 3 tahun, 5 tahun, 10 tahun 

9 tempat untuk anda ketahui Annualised Return Unit Trust


๐Ÿ“Œ Website company Unit Trust 
๐Ÿ“Œ Bloomberg
๐Ÿ“Œ Morningstar
๐Ÿ“Œ KWSP i-Akaun i-Invest
๐Ÿ“Œ Investing.com 
๐Ÿ“Œ Fund Fact Sheet (as Report date)
๐Ÿ“Œ Annual Report
๐Ÿ“Œ eunittrust
๐Ÿ“Œ FSMone 

* Always refer to the latest 6 Months data (data 6 bulan terkini)
* Ini adalah Past Data - prestasi yang lepas. 
* Tiada jaminan prestasi ini akan berulang untuk masa sekarang atau masa akan datang. 



TOTAL RETURN DALAM PELABURAN UNIT TRUST


๐Ÿ’™ Juga disebut sebagai Cumulative Return atau Return Of Investment (ROI)
๐Ÿ’™ Ia adalah Jumlah Return Keuntungan TERKUMPUL untuk suatu tempoh masa.
๐Ÿ’™ Total Return = Capital Gain + Income Distribution (Dividend)
๐Ÿ’™ Biasanya ia diukur untuk tempoh 3 tahun, 5 tahun, 10 tahun 


Equity Malaysia Unit Trust Terbaik - Nov 2023

8 tempat untuk anda ketahui Total Return Unit Trust



๐Ÿ“Œ Website company Unit Trust 
๐Ÿ“Œ Lipper website 
๐Ÿ“Œ Lipper - sisipan dalam akhbar mingguan The Edge 
๐Ÿ“Œ KWSP i-Akaun i-Invest
๐Ÿ“Œ Fund Fact Sheet (as Report date)
๐Ÿ“Œ Annual Report
๐Ÿ“Œ eunittrust 
๐Ÿ“Œ FSMone 


* Always refer to the latest 6 Months data (data 6 bulan terkini)
* Ini adalah Past Data - prestasi yang lepas. 
* Tiada jaminan prestasi ini akan berulang untuk masa sekarang atau masa akan datang. 


CALENDAR RETURN DALAM PELABURAN UNIT TRUST 


๐Ÿ’š Calendar Return adalah ukuran prestasi bagi tempoh 1 tahun antara 1 Jan - 31 Dec sesuatu tahun.
๐Ÿ’š Data di bawah adalah untuk prestasi Calendar Return 2022 (Lebih banyak data Calendar Return 2022 di artikel ini)
๐Ÿ’š Calendar Return ini telahpun merangkumi kedua-dua Income Distribution (Dividend) + Capital Gain (kenaikan harga unit NAV).


Calendar Return Unit Trust

7 tempat untuk anda ketahui Calendar Return Unit Trust


๐Ÿ“Œ Website company Unit Trust 
๐Ÿ“Œ Morningstar
๐Ÿ“Œ KWSP i-Akaun i-Invest
๐Ÿ“Œ Fund Fact Sheet (as Report date)
๐Ÿ“Œ Annual Report
๐Ÿ“Œ eunittrust
๐Ÿ“Œ FSMone 

* Always refer to the latest data
* Ini adalah Past Data - prestasi yang lepas. 
* Tiada jaminan prestasi ini akan berulang untuk masa sekarang atau masa akan datang. 



SOALAN LAZIM PRESTASI RETURN UNIT TRUST



Prestasi fund Unit Trust ni sama jer jika daripada company yang sama?

❤️ Tidak sama
❤️ Ada fund Unit Trust yang perform... dan ada juga yang tak berapa nak menjadi



Equity Unit Trust boleh memberikan Return Keuntungan yang lebih tinggi berbanding kategori yang lain?

๐Ÿ’› Tidak semestinya 
๐Ÿ’› Jika market saham jatuh, Equity boleh berprestasi negative sedangkan fund Bond Sukuk maintain 3%-5%.



Fund Unit Trust 'A' sangat glamour. Mesti ia fund Unit Trust yang paling bagus prestasinya, kan?

๐Ÿ’™ Tidak semestinya. Sila buat semakan terlebih dahulu untuk kepastian. 
๐Ÿ’™ Mungkin juga fund Unit Trust tersebut glamour suatu masa dahulu, tetapi bukan lagi sekarang.....
๐Ÿ’™ Artikel berkenaan Prestasi Return Keuntungan Unit Trust Terbaik Malaysia - June 2024



Adakah semua fund Unit Trust berprestasi konsisten? Sentiasa perform?

๐Ÿ’œ Prstasi fund Unit Trust ada masanya naik, dan ada masanya sedikit menurun.
๐Ÿ’œ Itu sebabnya kita biasanya melihat kepada PURATA Prestasi Return Keuntungan bagi tempoh 3 tahun atau 5 tahun.



Perlukah kita Diversify... pecahkan pelaburan ke beberapa kategori / region / sector tertentu?

❤️ Ada masa, Equity Malaysia lebih baik... ada masanya Equity Asia Pacific adalah lebih baik... ada masanya Equity Greater China lebih baik... ada masanya Bond / Sukuk adalah lebih baik. 
❤️ Maka, sebaiknya kita DIVERSIFY... pecahkan pelaburan kita kepada beberapa segment.
❤️ Nak senang, anda boleh ambil jer servis Private Mandate Unit Trust... Terus dapat set  beberapa fund unit Trust terbaik... dan diuruskan sepenuhnya oleh Fund Manager.


Fund Unit Trust di sector / negara / region yang sama mesti mempunyai prestasi  yang sama, kan?

❌ Meskipun invest tempat yang sama, prestasi adalah sedikit berbeza disebabkan perbezaan pada Asset Allocation, Top Holdings dan harga jual / beli stock.



Macam mana nak tahu sama ada prestasi sesuatu fund Unit Trust tu OK atau tidak?

๐Ÿ’œ Setiap fund Unit Trust mempunyai KPI masing-masing dalam mengukur prestasinya, yang disebut sebagai Benchmark (Penanda Aras). 
๐Ÿ’œ Umumnya, Fund Unit Trust tersebut dikatakan  berprestasi baik jika prestasinya MELEBIHI prestasi Benchmark.



Kalau fund Unit Trust tu berprestasi 10% (Annualised Return) untuk 5 tahun yang lepas, adakah saya berpeluang untuk mendapat pulangan 10% (Annualised Return) bagi tempoh 5 tahun akan datang?

๐Ÿ’› Tiada jaminan.
๐Ÿ’› 'Prestasi Lampau'  ini bukanlah cerminan prestasi akan datang.
๐Ÿ’› But at least, ia dah prove kan ia fund Unit Trust yang baik.



Ada fund Unit Trust yang tawarkan FREE Takaful. OK kan kalau saya invest fund Unit Trust tersebut?

๐Ÿ’™ OK jer... dah orang nak bagi.
๐Ÿ’™ Tapi back to basic.... Always remember, tujuan kita invest adalah untuk mendapatkan Pulangan Return Keuntungan yang baik.

๐Ÿ’™ Tapi ada fund Unit Trust yang memberikan FREE Talaful dan juga berprestasi yang sangat baik. Ini BONUS! Contohnya:



๐Ÿ”†๐Ÿ”†๐Ÿ”†๐Ÿ”†๐Ÿ”†๐Ÿ”†๐Ÿ”†๐Ÿ”†๐Ÿ”†


OK. Dah selesai Bab 3. Dah baca perkongsian sebelumnya?




==============

๐Ÿ”ต Anda tak sure nak invest yang mana? Meh saya bantu anda...Anda just bagi tahu kriteria keinginan anda, saya akan cadangkan pilihan terbaik untuk anda... Adi 012-5588680 (Wassap (KLIK)

๐Ÿ”ต Saya juga mempunyai solution Simpanan / Pelaburan yang sangat sesuai untuk mana2 Koperasi, NGO, Persatuan, GLC, syarikat2, SME dan organisasi anda.... Adi 012-5588680 (Wassap (KLIK)

⚠️ Apa akan jadi dengan segala simpanan / pelaburan anda jika anda meninggal dunia? Waris / pasangan anda faham dan tahu tak bagaimana nak uruskan segalanya? Jom kita permudahkan urusan dengan menyediakan Wasiat / Hibah... Ini pelengkap kepada Pengurusan Kewangan anda... Adi 012-5588680 (Wassap (KLIK)



๐ŸŸช๐ŸŸฅ๐ŸŸช๐ŸŸฅ๐ŸŸช๐ŸŸฅ๐ŸŸช๐ŸŸฅ๐ŸŸช



๐ŸŸฉ๐ŸŸจ๐ŸŸฉ๐ŸŸจ๐ŸŸฉ๐ŸŸจ๐ŸŸฉ๐ŸŸจ๐ŸŸฉ๐ŸŸจ


Konsultan Pelaburan Bertauliah (SC & FIMM)
Unit Trust | Equity | FCPO | ETF | Crypto | IPO | Pre-IPO | ASB Financing

๐Ÿ“ž 012-5588680 (Wassap (KLIK)
๐Ÿ“ž 012-5588680 (Wassap (KLIK)
๐Ÿ“ž 012-5588680 (Wassap (KLIK)


*******************************
Jemput join untuk Pelbagai Info Kewangan & Pelaburan

No comments:

Post a Comment