10 April 2018

UNIT TRUST TERBAIK MALAYSIA - APRIL 2018

Artikel ini insyaAllah memberikan maklumat terkini Prestasi Unit Trust Terbaik Malaysia - Patuh Shariah bagi April 2018 (Total Return & Annualised Return) berdasarkan sumber maklumat sahih lagi diyakini di Morningstar dan akhbar The Edge, Edisi 1209 (April 9 - April 15, 2018).
======================

Pelbagai artikel khusus berkaitan unit trust yang TERBARU lagi TERKINI di http://rosyaidiradzi.blogspot.my

Buat pelabur baru / bakal pelabur, adalah digalakkan untuk mendapatkan maklumat Asas dan Tips Pelaburan Unit Trust  melalui pautan ini (KLIK).


=======================

UNIT TRUST DI MALAYSIA

Unit Trust = Unit Amanah = Amanah Saham. Konsep mudah: kita minta orang lain (fund manager) uruskan dan laburkan duit kita dalam saham terpilih. Anda tak perlu monitor hari-hari harga NAV unit trust. Berikan 'trust' anda kepada Fund Manager untuk kembangkan duit anda. Konsep sama seperti ASB (ASB juga adalah unit trust). Unit trust adalah medium pelaburan jangkamasa sederhana dan panjang.

Fund / Dana = Tabung (seperti Eastspring Dana Ilham, PMB Shariah Aggresive, Amanah Saham Bumiputra, Amanah Hartanah Bumiputra). Setakat 28 February 2018, terdapat sebanyak 653 dana ditawarkan di Malaysia. Namun, hanya 220 dana (34%) adalah dana Patuh Syariah - Islamic Fund. Data ini dipetik daripada Suruhanjaya Sekuriti (KLIK).

Syarikat unit trust (Unit Trust Management Company, UTMC) = syarikat kewangan berlesen (Bank Negara, Suruhanjaya Sekuriti) yang menguruskan pelaburan ahli dalam fund yang dipilih. Setakat 28 February 2018, terdapat 36 syarikat unit trust. Antaranya adalah PMB Investment Berhad, Phillip Mutual Berhad, Public Mutual Berhad, CIMB Principal, Kenanga, Manulife, RHB Asset Management, Eastspring Investment dan banyak lagi. Sumber : FIMM (Federation of Investment Managers Malaysia)-(KLIK)

PRESTASI DANA UNIT TRUST

Data ini merangkumi prestasi Annualised Return dan Total Return ...gabungan bagi semua sector / kategori - Equity, Mixed Asset/ Balanced, Bond/ Sukuk dan Money Market. Ia juga disusun mengikut return tertinggi bagi mana-mana dana baik dana tempatan (Malaysia) mahupun dana yang melabur di luar negara. 

Prestasi dana unit trust boleh diukur berdasarkan:


Total Return / Cumulative Return
  • Total rise in the value of a fund’s investments over time, assuming that income and capital gains distributions were reinvested.
  • Bahasa mudahnya adalah Jumlah Pulangan Terkumpul untuk suatu tempoh masa.
Contohnya, Eastspring Investment Dinasti Equity telah mencatatkan 98.96% untuk tempoh 5 tahun setakat 30/3/2018. Jika tuan-puan melabur RM10,000 pada 29/3/2013, maka sekarang (30/3/2018) anda telah mendapat kenaikan pelaburan = untung sebanyak 98.96% (bersamaan RM9,896). Maka nilai pelaburan anda sekarang berjumlah RM19,896 (Modal RM10,000 + Untung RM9,896).

Rujukan utama bagi Total Return ini adalah melalui akhbar mingguan ekonomi terkenal, The Edge - Lipper Fund Table. Jadual di bawah menunjukkan 80 dana terbaik Total Return bagi tempoh 5 tahun.






Total Return Unit Trust bagi tempoh 5 tahun. KLIK gambar untuk lebih jelas. Sumber : Lipper Fund Table - The Edge #1209 (April 9 - April 15, 2018)


Eastspring Dinasti Equity berjaya mengungguli 220 dana patuh shariah yang lain dari segi Total Return, dengan 98.96% bagi tempoh 5 tahun. Dana ini adalah daripada kategori Equity Greater China, yang fokuskan pelaburan di negara China, Hong Kong dan Taiwan. Perkembangan pesat ekonomi kuasa besar China membantu melonjakkan prestasi dana ini. Antara syarikat utama pelaburan dana ini adalah AlibabaTaiwan Semiconductor, Tencent,  dan China Mobile. Sector Allocation terbesar dana ini adalah Technology.

Public China Ittikal mencatatkan prestasi yang sangat baik, dengan mencatatkan keuntungan terkumpul sebanyak 77.16% bagi tempoh 5 tahun (29/3/2013 - 30/3/2018). PMB Shariah Aggresive pula mencatatkan prestasi 69.00% bagi tempoh yang sama.

Dana Ekuiti terbaik bagi tempoh 5 tahun ini (29 March 2013 - 30 March 2018) adalah:
  1. Eastspring Dinasti Equity (98.96%)
  2. Public China Ittikal (77.16%)
  3. PMB Shariah Aggressive (69.00%)
  4. Public Islamic Asia Leaders Equity (64.66%)
  5. Manulife shariah Progress (64.41%)
Dana Balanced / Mixed Asset juga tak kurang bagus prestasinya. Ada antara dana2 ini yang mencatatkan restasi yang lebih baik berbanding dana Equity yang lain.
  1. Dana Makmur Pheim (66.28%)
  2. Eastspring Dana Dinamik (58.97%)
  3. Public islamic Asia Tactical Allocation (51.64%)
  4. Manuife HW Shariah Flexi (45.46%)
  5. Libra Syariah Extra (40.74%)
Dapatan menarik daripada data statistik ini:
  1. Terdapat hanya 2 dana yang mencatatkan prestasi Total Return >75% bagi tempoh 5 tahun, iaitu Eastspring Dinasti Equity dan Public China Ittikal.
  2. Terdapat 16 dana yang mencatatkan prestasi Total Return >50% bagi tempoh 5 tahun.
  3. Daripada senarai Top 10, sebanyak 6 dana adalah dana yang melabur di luar Malaysia (Greater China & Asia Pacific).
  4. Terdapat 2 dana Balanced yang berjaya mencatatkan return setanding Equity dan berada dalam Top 10, iaitu Dana Makmur Pheim dan Eastspring Dana Dinamik.
  5. Dana Equity Terbaik setakat ini : Eastspring Dinasti Equity.
  6. Dana Balanced / Mixed Asset terbaik setakat ini : Dana Makmur Pheim
  7. Dana Bond / Sukuk terbaik setakat ini : RHB Islamic Bond
  8. Dana terbaik yang melabur dalam Malaysia sepenuhnya : PMB Shariah Aggresive.
  9. Dana terbaik yang melabur di luar Malaysia : Eastspring Dinasti Equity
  10. Dana yang boleh dilabur dengan KWSP (EPF Approved Fund) terbaik : Eastspring Dinasti Equity
Data ini sekadar menunjukkan prestasi Top 80 sahaja berbanding keseluruhan dana Islamik, iaitu sebanyak 220 dana. Terdapat 3 kemungkinan jika sesuatu dana itu tidak tersenarai dalam Top 80 ini:
1) Prestasinya berkedudukan antara 81-220, iaitu prestasi Total Return semasa adalah <21.78% bagi tempoh 5 tahun.
2) Sesuatu dana itu belum cukup umur (kurang daripada 5 tahun sejak ia dilancarkan)
3) Sesuatu dana itu tidai tersenarai dalam list Lipper.

.Bagaimanakah pencapaian dana anda?

Annualized Return

Annualized return is year-over-year growth rate of an investment over a specified period of time and calculated as:

Umumnya atau bahasa mudahnya, ia adalah Purata Pulangan Setahun. Biasanya ia diukur untuk tempoh 3 tahun, 5 tahun dan 10 tahun. Pelabur boleh menyemaknya dengan beberapa langkah mudah seperti yang ditunjukkan melalui artikel ini - Morningstar (KLIK). Jadual di bawah menunjukkan 80 dana terbaik Total return bagi tempoh 5 tahun.




   Annualised Return Unit Trust bagi tempoh 5 tahun. KLIK gambar untuk lebih jelas. Sumber : Morningstar as 31/3/2018

Eastspring Dinasti Equity cemerlang unggul dengan pencapaian 14.75% purata setahun bagi tempoh 5 tahun setakat 31/3/2018. Public China Ittikal pula mencatatkan 12.12% bagi tempoh masa yang sama diikuti oleh PMB Shariah Aggresive (11.07%)

Dana Ekuiti terbaik bagi tempoh yang sama adalah:
  1. Eastspring Dinasti Equity (14.75%)
  2. Public China Ittikal (12.12%)
  3. PMB Shariah Aggressive (11.07%)
  4. Public Islamic Asia Leaders Equity (10.49%)
  5. Manulife shariah Progress (10.47%)
Dana Balanced / Mixed Asset juga tak kurang bagus prestasinya. Ada antara dana2 ini yang mencatatkan restasi yang lebih baik berbanding Equity.
  1. Dana Makmur Pheim (10.70%)
  2. Eastspring Dana Dinamik (9.71%)
  3. Public islamic Asia Tactical Allocation (8.68%)
  4. Manuife HW Shariah Flexi (7.78%)
  5. Libra Syariah Extra (7.07%)
Dapatan menarik daripada prestasi 5 tahun bagi data ini:
  1. Terdapat 8 dana yang mencatatkan prestasi purata >10% setahun.
  2. Terdapat 21 dana yang mencatatkan prestasi purata >7.5% setahun.
  3. Daripada senarai Top 10, sebanyak 6 dana adalah dana yang melabur di luar Malaysia (Greater China & Asia Pacific).
  4. Dana Equity terbaik setakat ini : Eastspring Dinasti Equity
  5. Dana Balanced / Mixed Asset terbaik setakat ini : Dana Makmur Pheim
  6. Dana Bond / Sukuk terbaik setakat ini : RHB Islamic Bond
  7. Dana terbaik yang melabur dalam Malaysia sepenuhnya : PMB Shariah Aggresive.
  8. Dana terbaik yang melabur di luar Malaysia : Eastspring Dinasti Equity
  9. Dana yang boleh dilabur dengan KWSP (EPF Approved Fund) terbaik : Eastspring Dinasti Equity
Data ini sekadar menunjukkan prestasi Top 80 sahaja berbanding keseluruhan dana Islamik, iaitu sebanyak 220 dana. Terdapat 3 kemungkinan jika sesuatu dana itu tidak tersenarai dalam Top 80 ini:
1) Prestasinya berkedudukan antara 81-220, iaitu prestasi semasa adalah <4.15% setahun, bagi tempoh 5 tahun.
2) Sesuatu dana itu belum cukup umur (kurang daripada 5 tahun sejak ia dilancarkan)

3) Sesuatu dana itu tidai tersenarai dalam list Morningstar. 

Maka, Diversify pelaburan anda dalam beberapa dana terbaik untuk pulangan yang lebih baik. Adakah anda sedang melabur dalam dana yang bagus prestasinya?

Calendar Return

Ia mengukur prestasi bagi tempoh 1 tahun, dan biasanya antara 1 January sehingga 31 December bagi satu2 tahun. Contohnya, prestasi 2017 bagi:
  1. Dividen Amanah Saham Bumiputera (ASB) : 8.25% (Dividen = 7.00%, *Bonus = 0.25% dan **Bonus Khas 1.00%)
  2. Hibah Tabung Haji : 6.25% (Hibah Tahunan 4.5%, Hibah Haji = 1.75%)
  3. Dividen KWSP : 6.40% (Patuh Shariah)
Tak terkecuali adalah unit trust. Artikel penuh Prestasi 2013 - 2017 bagi hampir semua syarikat unit trust di Malaysia seperti PMB Investment, Eastspring Investment, CIMB Principal, Kenanga, Manulife Investment, Public Mutual, BIMB Investment, RHB Asset Management dan banyak lagi di SINI (KLIK).





Prestasi 2017 (Return 1 tahun) dana Unit Trust bagi  tempoh antara 1/1/2017 - 31/12/2017. KLIK gambar untuk lebih jelas. Sumber : Morningstar as 31/12/2017

Daripada dapatan ini, secara umumnya prestasi unit trust patuh shariah untuk tahun 2017 adalah sangat baik.
  1. Dana terbaik untuk tahun 2017 adalah InterPac Dana Safi (40.12%)
  2. Dana Equity tidak semestinya memberikan return tertinggi berbanding Asset Class yang lain.Buktinya, dua dana terbaik adalah dari Asset Class Mixed Asset / Balanced  (InterPac Dana Safi dan BIMB i Flexi)
  3. Dana Equity terbaik untuk tahun 2017 adalah Eastspring Dinasti Equity (34.25%)
  4. Terdapat 6 dana yang mencatatkan prestasi >30% untuk tahun 2017.
  5. Terdapat 29 dana yang mencatatkan prestasi >20% untuk tahun 2017.
  6. Terdapat 46 dana yang mencatatkan prestasi >15% untuk tahun 2017.
  7. Terdapat 81 dana yang mencatatkan prestasi >10% untuk tahun 2017.
Anda dah tahu prestasi unit trust anda untuk tahun 2017?

NASIHAT PELABURAN

1. Objektif Pelaburan. Tetapkan objektif pelaburan yang jelas. 
  • Unit trust adalah medium pelaburan untuk tempoh sederhana-panjang.
  • Pelaburan unit trust adalah untuk mendapatkan return yang baik, dan bukan melabur untuk mendapatkan takaful. Kena tahu keutamaan dan sebab apa anda melabur.
  • Apakah objektif dana unit trust anda?
2. Jika berhajat untuk melabur untuk tempoh long term, adalah digalakkan untuk refer data2 prestasi long term juga (biasanya data 5 tahun). Jangan pula... plan nak invest 5 tahun, tapi refer prestasi data yang 6 bulan... takut lain jadinya nanti.

3. Sebaiknya, selidik data prestasi yang lepas-lepas.... Total Return, Annualized Return dan Calendar Return. Bagaimanakah prestasi dana tersebut 5 tahun yang lepas? Prestasi 2017? Prestasi 2016? Prestasi 2015? Prestasi 2014? Prestasi 2014?
  • Artikel ini menunjukkan prestasi dana unit trust (Calendar Return) untuk hampir semua dana patuh shariah di Malaysia bagi tahun 2013, 2014, 2015, 2016 dan 2017 (Sila KLIK)
  • Cuba kenal pasti, berapa kali (berapa tahun) dana tersebut mencatatkan prestasi melebihi prestasi tahunan KWSP / Tabung Haji / ASB?
4. Setiap dana mempunyai faktor risiko yang berbeza. Ada yang High Risk... Ada yang Moderate Risk... Kenalilah risiko sesuatu dana dengan mendapatkan nilai Fund Volatility Factor dan tahu juga Fund Volatility Classification (FVC) dana tersebut. 
  • FVF is basically the annualized Standard Deviation of the fund over the past 3 years.
  • FVC (Risk Classification) : Very High, High, Moderate, Low, Very Low
  • Nilai ini biasanya teratat dalam Fund Fact Sheet (Monthly Report)... atau tanya sahaja daripada agen / konsultan anda.
5. Setiap dana mempunyai penanda aras (Benchmark) masing2. Ia adalah kayu ukur kepada prestasi sesuatu dana tersebut. Jika dana anda berprestasi 7% (ok juga kan?) sedangkan benchmark dana tersebut berprestasi 8%.... bermakna dana anda belum lagi betul2 perform. Berapa bagus dana anda berbanding Benchmark?
  • Alpha, bahasa mudahnya adalah parameter yang digunakan bagi menilai prestasi dana berbanding Benchmark.
  • It represent the excess return of an investment relative to the return of a benchmark index.
  • Generally, the greater the value, the more attractive the risk-return profile of an investment.
  • Artikel ini menyenaraikan beberapa dana utama bersama dengan beberapa parameter penting termasuk Alpha. Sila KLIK.
  • Cara-cara untuk mendapatkan nilai Alpha.
    • Buka laman web Morningstar (KLIK)
    • Search (Local Representative) - pilih mana-mana syarikat unit trust. Contohnya, Eastspring Investments Berhad
    • Pilih dan KLIK mana-mana dana. Contohnya, Eastspring Dinasti Equity
    • Klik pada bahagian Rating & Risk
    • Semak nilai Alpha di bahagian Modern Portfolio Statistic.
  • Antara nilai Alpha bagi dana utama adalah:
    • Dana Makmur Pheim : 6.59
    • Eastspring Dinasti Equity : 6.02
    • PMB Shariah Premier : 5.15
    • PMB Shariah Growth : 2.77
    • Eastspring Dana Dinamik : 2.46
    • CIMB Islamic Asia Pacific Equity : 1.90
    • Public Islamic Opportunities : 1.89
    • InterPac Dana Safi : 1.44
    • PMB Shariah Aggressive : 1.41
    • Manulife Shariah Progress : 1.20
    • Affin Hwang Aiiman Growth : 1.09
    • CIMB Islamic DALI Equity : 0.47
    • Kenanga Syariah Growth : 0.38
    • Eastspring Dana Al-Ilham : 0.32
    • Public Asia Ittikal : 0.27
    • CIMB Islamic DALI Asia Pacific Equity Growth : 0.12
    • Manulife HW Shariah Flexi : 0.04
    • Public China Ittikal : 0.01
    • Public Ittikal Sequel : -1.05
    • Public Ittikal -1.92
    • CIMB Islamic DALI Equity Growth : -2.86
    • CIMB Islamic DALI Equity Theme : -3.77
6. Benarkah istilah High Risk High Return, Low Risk Low Return? Sebenarnya ianya tidak tepat kerana dalam market, ada jer dana yang Moderate Risk, tapi High Return.... mahupun dana yang High Risk, tapi Low Return. Bagaimanakah caranya untuk menilai dan mengenalpasti dana2 ini?
  • Sharpe Ratio - Nilai ini membolehkan kita mengenalpasti kualiti sesuatu dana berdasarkan (i) Return dan faktor (ii) Risiko.
  • It is the average return earned in excess of the risk-free rate per unit of volatility or total risk.
  • Generally, the greater the value of the Sharpe Ratio, the more attractive the risk-adjusted return.
  • Artikel ini menyenaraikan beberapa dana utama bersama dengan beberapa parameter penting termasuk Sharpe Ratio. Sila KLIK.
  • Cara-cara untuk mendapatkan nilai Sharpe Ratio.
    • Buka laman web Morningstar (KLIK)
    • Search (Local Representative) - pilih mana-mana syarikat unit trust. Contohnya, Eastspring Investments Berhad
    • Pilih dan KLIK mana-mana dana. Contohnya, Eastspring Dinasti Equity
    • Klik pada bahagian Rating & Risk
    • Semak nilai Sharpe Ratio di bahagian Volatility Measurement.
  • Antara nilai Sharpe Ratio bagi dana utama adalah:
    • Eastspring Dinasti Equity : 0.91
    • PMB Shariah Premier : 0.62
    • Dana Makmur Pheim : 0.51
    • Public Asia Ittikal : 0.51
    • CIMB Islamic Asia Pacific Equity : 0.44
    • Public China Ittikal : 0.43
    • Eastspring Dana Dinamik : 0.39
    • CIMB Islamic DALI Asia Pacific Equity Growth : 0.27
    • InterPac Dana Safi : 0.14
    • Public Islamic Opportunities : 0.11
    • PMB Shariah Growth : 0.10
    • Manulife HW Shariah Flexi : 0.08
    • CIMB Islamic DALI Equity : 0.06
    • Affin Hwang Aiiman Growth : 0.04
    • Eastspring Dana Al-Ilham : 0.04
    • Manulife Shariah Progress : 0.01
    • PMB Shariah Aggressive : 0.00
    • Kenanga Syariah Growth : -0.05
    • Public Ittikal Sequel : -0.17
    • Public Ittikal -0.34
    • CIMB Islamic DALI Equity Growth : -0.39
    • CIMB Islamic DALI Equity Theme : -0.49
7. Diversify - Pecahkan pelaburan anda... jangan longgokkan setempat!
  • Jangan la semua dana yang sama jer (meskipun ianya dana terbaik).
  • Jangan la hanya pilih dana yang invest pada sector yang sama sahaja. Contohnya, semua dana yang invest di Equity Small & Mid Cap. Bila Equity Small & Mid Cap jatuh, semua ikut jatuh.
  • Mungkin boleh juga invest dalam dana yang melabur di luar negara. Pelabur boleh manfaatkan kepesatan dan kemakmuran ekonomi negara lain untuk sama-sama meraih keuntungan. Contohnya, market Asia Pacific, Greater China dan Global.
  • Kadang-kala, bagus juga untuk pecahkan company. Contohnya, 1 dana invest di Eastspring, 1 dana invest di Pheim, 1 dana invest di CIMB.. lain management, lain strategi, dan mungkin lain result.
8. Equity tak semestinya menjanjikan return yang lebih tinggi berbanding Mixed Asset. Asasnya, Equity adalah lebih tinggi risikonya berbanding Mixed Asset. Namun, beberapa dana Mixed Asset telah mencatatkan prestasi yang jauh lebih baik berbanding dana equity yang lain, iaitu Dana Makmur Pheim dan Eastspring Dana Dinamik.


9. Invest dengan knowledge! Semak dan sahkan semua maklumat yang diberikan oleh mana2 agen.... Yup, termasuk info daripada blog ini. Anda boleh semak melalui link atau sumber rujukan yang diberikan.


🟩🟥🟩🟥🟩🟥🟩🟥🟩🟥

Consultant Pelaburan Anda
Mohd Rosyaidi (Adi)
📞 012-5588680 (Wassap (KLIK)

*******************************

🔴🔵🔴🔵🔴🔵🔴🔵🔴🔵


ARTIKEL POPULAR
============

🔴 HOME


PELUANG TAMBAH INCOME 
===================
💙 Bisnes ini boleh dilakukan secara Part Time mahupun Full Time. 
💙 Terbuka pada sesiapa yang nak tambah income.
💙 Saya juga open untuk collaborate dengan mana2 leader.



================================
DISCLAIMER :
Past performance does not reflect future performance. All information in this article / blog is for educational purposes only and should NOT be taken as investment advise, nor as a recommendation or endorse.
Please refer to your agent for details explanation. Thanks.
================================  

No comments:

Post a Comment