12 March 2018

BEST OF THE BEST UNIT TRUST MALAYSIA - MARCH 2018

Artikel ini insyaAllah memberikan maklumat terkini Prestasi Unit Trust Malaysia bagi March 2018 (Total Return, Annualised Return dan Prestasi 2017) berdasarkan sumber maklumat sahih lagi diyakini di Morningstar dan akhbar The Edge, Edisi 1205 (March 12 - March 18, 2018).

Pelbagai artikel khusus berkaitan unit trust yang TERBARU lagi TERKINI di http://rosyaidiradzi.blogspot.my

======================

Buat pelabur baru / bakal pelabur, adalah digalakkan untuk mendapatkan maklumat Asas dan Tips Pelaburan Unit Trust  melalui pautan ini (KLIK).


=======================

UNIT TRUST DI MALAYSIA

Unit Trust = Unit Amanah = Amanah Saham. Konsep mudah: kita minta orang lain (fund manager) uruskan dan laburkan duit kita dalam saham terpilih. Anda tak perlu monitor hari-hari harga NAV unit trust. Berikan 'trust' anda kepada Fund Manager untuk kembangkan duit anda. Konsep sama seperti ASB (ASB juga adalah unit trust). Unit trust adalah medium pelaburan jangkamasa sederhana dan panjang.

Fund / Dana = Tabung (seperti Eastspring Dana Ilham, PMB Shariah Aggresive, Amanah Saham Bumiputra, Amanah Hartanah Bumiputra). Setakat 31 December 2017, terdapat sebanyak 657 dana ditawarkan di Malaysia. Namun, hanya 220 dana (33%) adalah dana Patuh Syariah - Islamic Fund. Data ini dipetik daripada Suruhanjaya Sekuriti (KLIK) dan FIMM (KLIK).

Syarikat unit trust (Unit Trust Management Company, UTMC) = syarikat kewangan berlesen (Bank Negara, Suruhanjaya Sekuriti) yang menguruskan pelaburan ahli dalam fund yang dipilih. Setakat 31 January 2018, terdapat 36 syarikat unit trust. Antaranya adalah PMB Investment Berhad, Phillip Mutual Berhad, Public Mutual Berhad, CIMB Principal, Kenanga, Manulife, RHB Asset Management, Eastspring Investment dan banyak lagi. Sumber : FIMM (Federation of Investment Managers Malaysia) (KLIK)

PRESTASI DANA UNIT TRUST

Data ini merangkumi prestasi Annualised Return dan Total Return ...gabungan bagi semua sector / kategori - Equity, Mixed Asset/ Balanced, Bond/ Sukuk dan Money Market. Ia juga disusun mengikut return tertinggi bagi mana-mana dana baik dana tempatan (Malaysia) mahupun dana yang melabur di luar negara. Pelabur boleh sahkan dan dapatkan maklumat lebih terperinci melalui sumber yang diyakini - Lipper dan Morningstar.

Prestasi dana unit trust boleh diukur berdasarkan:


(i) Total Return / Cumulative Return
  • Total rise in the value of a fund’s investments over time, assuming that income and capital gains distributions were reinvested.
  • Bahasa mudahnya adalah Jumlah Pulangan Terkumpul untuk suatu tempoh masa.
Contohnya, Eastspring Investment Dinasti Equity telah mencatatkan 98.27% untuk tempoh 5 tahun setakat 2/3/2018. Jika tuan-puan melabur RM10,000 pada 1/3/2013, maka sekarang (2/3/2018) anda telah mendapat kenaikan pelaburan = untung sebanyak 98.27% (bersamaan RM9,827). Maka nilai pelaburan anda sekarang berjumlah RM19,827 (Modal RM10,000 + Untung RM9,827).

Rujukan utama bagi Total Return ini adalah melalui akhbar mingguan ekonomi terkenal, The Edge - Lipper Fund Table. Jadual di bawah menunjukkan 80 dana terbaik Total return bagi tempoh 5 tahun.




Total Return Unit Trust bagi tempoh 5 tahun. KLIK gambar untuk lebih jelas. Sumber : Lipper Fund Table - The Edge #1205 (March 12 - March 18, 2018)


Eastspring Dinasti Equity mengekori rapat dengan pencapaian 98.27% bagi tempoh yang sama. Dana ini adalah daripada kategori Equity Greater China. Dana ini fokuskan pelaburan di negara China, Hong Kong dan Taiwan. Perkembangan pesat ekonomi kuasa besar China membantu melonjakkan prestasi dana ini. Antara syarikat utama pelaburan dana ini adalah AlibabaTaiwan Semiconductor, Tencent,  dan China Mobile. Sector Allocation terbesar dana ini adalah Technology.

PMB Shariah Aggresive mencatatkan prestasi yang sangat baik, dengan mencatatkan keuntungan terkumpul sebanyak 94.07% bagi tempoh 5 tahun (1/3/2013 - 2/3/2018). Manulife Shariah Progress pula mencatatkan prestasi 79.06% bagi tempoh yang sama.

Dana Ekuiti terbaik bagi tempoh yang sama adalah:
  1. Eastspring Dinasti Equity (98.27%)
  2. PMB Shariah Aggressive (94.07%)
  3. Manulife shariah Progress (79.06%)
  4. Public China Ittikal (73.99%)
  5. PMB Shariah Growth (73.05%)
Dana Balanced / Mixed Asset juga tak kurang bagus prestasinya. Ada antara dana2 ini yang mencatatkan restasi yang lebih baik berbanding dana Equity yang lain.
  1. Dana Makmur Pheim (78.94%)
  2. Eastspring Dana Dinamik (64.01%)
  3. Manuife HW Shariah Flexi (56.83%)
  4. Public islamic Asia Tactical Allocation (50.49%)
  5. Libra Syariah Extra (45.59%)
Dapatan daripada data statistik ini:
  1. Terdapat 4 dana yang mencatatkan prestasi Total Return >75% bagi tempoh 5 tahun.
  2. Terdapat 18 dana yang mencatatkan prestasi Total Return >50% bagi tempoh 5 tahun.
  3. Daripada keseluruhan 36 syarikat unit trust, hanya 5 syarikat unit trust yang berjaya tempatkan dana mereka dalam Top 10. Wow, Eastspring Investment ada 3 dana dalam Top 10!
  4. Dana Equity Terbaik setakat ini : Eastspring Dinasti Equity.
  5. Dana Balanced / Mixed Asset terbaik setakat ini : Dana Makmur Pheim
  6. Dana Bond / Sukuk terbaik setakat ini : RHB Islamic Bond
  7. Dana terbaik yang melabur dalam Malaysia sepenuhnya : PMB Shariah Aggresive.
  8. Dana terbaik yang melabur di luar Malaysia : Eastspring Dinasti Equity
  9. Dana yang boleh dilabur dengan KWSP (EPF Approved Fund) terbaik : Eastspring Dinasti Equity
Data ini sekadar menunjukkan prestasi Top 80 sahaja berbanding keseluruhan dana Islamik, iaitu sebanyak 220 dana. Terdapat 3 kemungkinan jika sesuatu dana itu tidak tersenarai dalam Top 80 ini:
1) Prestasinya berkedudukan antara 81-220, iaitu prestasi Total Return semasa adalah <24.13% bagi tempoh 5 tahun.
2) Sesuatu dana itu belum cukup umur (kurang daripada 5 tahun sejak ia dilancarkan)
3) Sesuatu dana itu tidai tersenarai dalam list Lipper.

Bagaimanakah pencapaian dana anda?

(ii) Annualized Return

Annualized return is year-over-year growth rate of an investment over a specified period of time and calculated as:

Umumnya atau bahasa mudahnya, ia adalah Purata Pulangan Setahun. Biasanya ia diukur untuk tempoh 3 tahun, 5 tahun dan 10 tahun. Pelabur boleh menyemaknya dengan beberapa langkah mudah seperti uyang ditunjukkan melalui artikel ini - Morningstar (KLIK). Jadual di bawah menunjukkan 80 dana terbaik Total return bagi tempoh 5 tahun.




   Annualised Return Unit Trust bagi tempoh 5 tahun. KLIK gambar untuk lebih jelas. Sumber : Morningstar as 28/2/2018

Eastspring Dinasti Equity cemerlang unggul dengan pencapaian 15.01% purata setahun bagi tempoh 5 tahun setakat 28/2/2018. PMB Shariah Aggresive pula mencatatkan 14.76% bagi tempoh masa yang sama diikuti oleh Manulife Shariah Progress (12.66%)

Dana Ekuiti terbaik bagi tempoh yang sama adalah:
  1. Eastspring Dinasti Equity (15.01%)
  2. PMB Shariah Aggressive (14.76%)
  3. Manulife shariah Progress (12.66%)
  4. Public China Ittikal (12.46%)
  5. PMB Shariah Growth (12.11%)
Dana Balanced / Mixed Asset juga tak kurang bagus prestasinya. Ada antara dana2 ini yang mencatatkan restasi yang lebih baik berbanding Equity.
  1. Dana Makmur Pheim (12.50%)
  2. Eastspring Dana Dinamik (10.58%)
  3. Manuife HW Shariah Flexi (9.68%)
  4. Public islamic Asia Tactical Allocation (8.90%)
  5. Libra Syariah Extra (7.85%)
Sepuluh Dapatan daripada prestasi 5 tahun bagi data ini:
  1. Terdapat hanya 1 dana yang mencatatkan prestasi purata melebihi 15% setahun iaitu Eastspring Dinasti Equity.
  2. Terdapat 11 dana yang mencatatkan prestasi purata >10% setahun.
  3. Terdapat 30 dana yang mencatatkan prestasi purata >7.5% setahun.
  4. Daripada keseluruhan 36 syarikat unit trust, hanya 5 syarikat unit trust yang berjaya tempatkan dana mereka dalam Top 10. Wow, Eastspring Investment ada 3 dana dalam Top 10.
  5. Dana Equity terbaik setakat ini : Eastspring Dinasti Equity
  6. Dana Balanced / Mixed Asset terbaik setakat ini : Dana Makmur Pheim
  7. Dana Bond / Sukuk terbaik setakat ini : RHB Islamic Bond
  8. Dana terbaik yang melabur dalam Malaysia sepenuhnya : PMB Shariah Aggresive.
  9. Dana terbaik yang melabur di luar Malaysia : Eastspring Dinasti Equity
  10. Dana yang boleh dilabur dengan KWSP (EPF Approved Fund) terbaik : Eastspring Dinasti Equity
Data ini sekadar menunjukkan prestasi Top 80 sahaja berbanding keseluruhan dana Islamik, iaitu sebanyak 220 dana. Terdapat 3 kemungkinan jika sesuatu dana itu tidak tersenarai dalam Top 80 ini:
1) Prestasinya berkedudukan antara 81-220, iaitu prestasi semasa adalah <4.4% setahun, bagi tempoh 5 tahun.
2) Sesuatu dana itu belum cukup umur (kurang daripada 5 tahun sejak ia dilancarkan)
3) Sesuatu dana itu tidai tersenarai dalam list Morningstar. 

Maka, Diversify pelaburan anda dalam beberapa dana terbaik untuk pulangan yang lebih baik. Adakah anda sedang melabur dalam dana yang bagus prestasinya?

(iii) Calendar Return

Ia mengukur prestasi bagi tempoh 1 tahun, dan biasanya antara 1 January sehingga 31 December bagi satu2 tahun. Contohnya, prestasi 2017 bagi:
  1. Dividen Amanah Saham Bumiputera (ASB) : 8.25% (Dividen = 7.00%, *Bonus = 0.25% dan **Bonus Khas 1.00%)
  2. Hibah Tabung Haji : 6.25% (Hibah Tahunan 4.5%, Hibah Haji = 1.75%)
  3. Dividen KWSP : 6.40% (Patuh Shariah)
Tak terkecuali adalah unit trust. Artikel penuh Prestasi 2013 - 2017 bagi hampir semua syarikat unit trust di Malaysia seperti PMB Investment, Eastspring Investment, CIMB Principal, Kenanga, Manulife Investment, Public Mutual, BIMB Investment, RHB Asset Management dan banyak lagi di SINI (KLIK).





Prestasi 2017 (Return 1 tahun) dana Unit Trust bagi  tempoh antara 1/1/2017 - 31/12/2017. KLIK gambar untuk lebih jelas. Sumber : Morningstar as 31/12/2017

Daripada dapatan ini, secara umumnya prestasi unit trust patuh shariah untuk tahun 2017 adalah sangat baik.
  1. Dana terbaik untuk tahun 2017 adalah InterPac Dana Safi (40.12%)
  2. Dana Equity tidak semestinya memberikan return tertinggi berbanding Asset Class yang lain.Buktinya, dua dana terbaik adalah dari Asset Class Mixed Asset / Balanced  (InterPac Dana Safi dan BIMB i Flexi)
  3. Dana Equity terbaik untuk tahun 2017 adalah Eastspring Dinasti Equity (34.25%)
  4. Terdapat 6 dana yang mencatatkan prestasi >30% untuk tahun 2017.
  5. Terdapat 29 dana yang mencatatkan prestasi >20% untuk tahun 2017.
  6. Terdapat 46 dana yang mencatatkan prestasi >15% untuk tahun 2017.
  7. Terdapat 81 dana yang mencatatkan prestasi >10% untuk tahun 2017.
Anda dah tahu prestasi unit trust anda untuk tahun 2017?

NAK PILIH DANA YANG MANA?

Ini yang selalu saya cadangkan!

Salah satu strategi dalam memilih dana unit trust terbaik adalah dengan melihat akan nilai Sharpe Ratio sesuatu dana bagi memastikan dana tersebut seimbang antara Return dan Risk.

Definisi The Sharpe ratio is the average return earned in excess of the risk-free rate per unit of volatility or total risk ~ Investopedia (KLIK) 

Tujuan : Untuk mengenalpasti dana unit trust yang bagus berdasarkan maklumat Return dan Risk (Kita bukan menilai sesuatu dana sekadar daripada maklumat Return sahaja). 



Cara Bacaan : Generally, the greater the value of the Sharpe ratio, the more attractive the risk-adjusted returnLebih tinggi nilai Sharpe Ratio = makin bagus sesuatu danaNilai Sharpe Ratio adalah lebih tinggi bagi dana yang High Return, Moderate / Low Risk berbanding dana yang High Return, High Risk



Merujuk kepada Morningstar (as 28 February 2017), maklumat Sharpe ratio bagi dana-dana utama adalah seperti berikut:
  • Eastspring Dinasti Equity : 1.17
  • PMB Shariah Premier : 0.79
  • Dana Makmur Pheim : 0.74
  • Public Asia Ittikal : 0.69
  • CIMB Islamic Asia Pacific Equity : 0.64
  • Public China Ittikal : 0.64
  • Public Islamic Opportunities : 0.55
  • PMB Shariah Growth : 0.51
  • Eastspring Dana Dinamik : 0.49
  • InterPac Dana Safi : 0.42
  • CIMB Islamic DALI Asia Pacific Equity Growth : 0.42
  • PMB Shariah Aggressive : 0.34
  • Manulife HW Shariah Flexi : 0.32
  • CIMB Islamic DALI Equity : 0.18
  • Manulife Shariah Progress : 0.19
  • Affin Hwang Aiiman Growth : 0.16
  • Eastspring Dana Al-Ilham : 0.15
  • Kenanga Syariah Growth : 0.09
  • Public Ittikal Sequel : -0.08
  • Public Islamic Dividend : -0.11
  • CIMB Islamic DALI Equity Growth : -0.32
  • Public Ittikal -0.34
  • CIMB Islamic DALI Equity Theme : -0.39
Senarai ini sekadar memaparkan sebahagian dana dengan nilai Shape Ratio masing2. Anda boleh menyemak nilai Sharpe ratio ini sendiri seperti yang ditunjukkan Step By Step di artikel ini (KLIK). Rujukan : Morningstar (KLIK)

STRATEGI PELABURAN 2018
  1. Pilih dana yang terbaik... yang paling sesuai dengan Tahap Penerimaan Risiko anda (bukan sekadar Return). Bagi saya, nilai Sharpe Ratio insyaAllah dapat membantu anda memilih dana yang sesuai.
  2. Dalam iklim yang sangat mencabar untuk tahun 2018 ini, sebaiknya anda pecahkan portfolio (Diversify) kepada beberapa sector - Malaysia, Asia Pacific, Global
  3. Dana yang bagus antara cirinya adalah mendapat Skor 4 / Skor 5 bagi penilaian Lipper untuk kategori Consistent Return dan Preservation. Maklumat ini boleh diperolehi melalui Lipper.
  4. Invest dengan knowledge! Semak dan sahkan semua maklumat yang diberikan oleh mana2 agen.... Yup, termasuk info daripada blog ini. Anda boleh semak melalui link atau sumber rujukan yang diberikan.



🟩🟥🟩🟥🟩🟥🟩🟥🟩🟥

Consultant Pelaburan Anda
Mohd Rosyaidi (Adi)
📞 012-5588680 (Wassap (KLIK)

*******************************

🔴🔵🔴🔵🔴🔵🔴🔵🔴🔵


ARTIKEL POPULAR
============

🔴 HOME


PELUANG TAMBAH INCOME 
===================
💙 Bisnes ini boleh dilakukan secara Part Time mahupun Full Time. 
💙 Terbuka pada sesiapa yang nak tambah income.
💙 Saya juga open untuk collaborate dengan mana2 leader.



================================
DISCLAIMER :
Past performance does not reflect future performance. All information in this article / blog is for educational purposes only and should NOT be taken as investment advise, nor as a recommendation or endorse.
Please refer to your agent for details explanation. Thanks.
================================  

No comments:

Post a Comment