09 November 2017

THE BEST ISLAMIC UNIT TRUST FUND - NOVEMBER 2017

Artikel ini insyaAllah memberikan maklumat terkini Prestasi Unit Trust Malaysia bagi November 2017 (1 Year Return, Total Return & Annualised Return) berdasarkan sumber maklumat sahih lagi diyakini di Morningstar dan akhbar The Edge, Edisi 1187 (November 6 - November 12, 2017).

Pelbagai artikel khusus berkaitan unit trust yang TERBARU lagi TERKINI di http://rosyaidiradzi.blogspot.my

======================

Buat pelabur baru / bakal pelabur, adalah digalakkan untuk mendapatkan maklumat Asas dan Tips Pelaburan Unit Trust  melalui pautan ini (KLIK).


=======================

UNIT TRUST DI MALAYSIA

Unit Trust = Unit Amanah = Amanah Saham. Konsep mudah: kita minta orang lain (fund manager) uruskan dan laburkan duit kita dalam saham terpilih. Anda tak perlu monitor hari-hari harga NAV unit trust. Berikan 'trust' anda kepada Fund Manager untuk kembangkan duit anda. Konsep sama seperti ASB (ASB juga adalah unit trust). Unit trust adalah medium pelaburan jangkamasa sederhana dan panjang.

Fund / Dana = Tabung (seperti Eastspring Dana Ilham, PMB Shariah Aggresive, Amanah Saham Bumiputra, Amanah Hartanah Bumiputra). Setakat 31 September 2017, terdapat sebanyak 655 dana ditawarkan di Malaysia. Namun, hanya 216 dana (33%) adalah dana Patuh Syariah - Islamic Fund. Data ini dipetik daripada Suruhanjaya Sekuriti dan FIMM.

Syarikat unit trust (Unit Trust Management Company, UTMC) = syarikat kewangan berlesen (Bank Negara, Suruhanjaya Sekuriti) yang menguruskan pelaburan ahli dalam fund yang dipilih. Setakat 31 October 2017, terdapat 36 syarikat unit trust. Antaranya adalah PMB Investment Berhad, Phillip Mutual Berhad, Public Mutual Berhad, CIMB Principal, Kenanga, Manulife, RHB Asset Management, Eastspring Investment dan banyak lagi. Sumber : FIMM (Federation of Investment Managers Malaysia)

PRESTASI DANA UNIT TRUST

Data ini merangkumi prestasi Annualised Return dan Total Return ...gabungan bagi semua sector / kategori - Equity, Mixed Asset/ Balanced, Bond/ Sukuk dan Money Market. Ia juga disusun mengikut return tertinggi bagi mana-mana dana baik dana tempatan (Malaysia) mahupun dana yang melabur di luar negara. Pelabur boleh sahkan dan dapatkan maklumat lebih terperinci melalui sumber yang diyakini - Lipper dan Morningstar.

Prestasi dana unit trust boleh diukur berdasarkan:


(i) Calendar Return - Artikel penuh Prestasi 2009 - 2016 di SINI (KLIK)

(ii) Total Return / Cumulative Return
  • Total rise in the value of a fund’s investments over time, assuming that income and capital gains distributions were reinvested.
  • Bahasa mudahnya adalah Jumlah Pulangan Terkumpul untuk suatu tempoh masa.
Contohnya, Eastspring Investment Dinasti Equity telah mencatatkan 113.38% untuk tempoh 5 tahun setakat 27/10/2017. Jika tuan-puan melabur RM10,000 pada 26/10/2012, maka sekarang (27/10/2017) anda telah mendapat kenaikan pelaburan = untung sebanyak 113.38% (bersamaan RM11,338). Maka nilai pelaburan anda sekarang berjumlah RM21,338 (Modal RM10,000 + Untung RM11,338).

Rujukan utama bagi Total Return ini adalah melalui akhbar mingguan ekonomi terkenal, The Edge - Lipper Fund Table.

Total Return Unit Trust bagi tempoh 5 tahun. KLIK gambar untuk lebih jelas. Sumber : Lipper Fund Table - The Edge #1187 (November 6 - November 12, 2017)

Eastspring Dinasti Equity cemerlang unggul dengan pencapaian 113.38% total return. Dana ini adalah daripada kategori Equity Greater China.

Eastspring Dinasti Equity ini fokuskan pelaburan di negara China, Hong Kong dan Taiwan. Perkembangan pesat ekonomi kuasa besar China membantu melonjakkan prestasi dana ini. Antara syarikat utama pelaburan dana ini adalah AlibabaTaiwan Semiconductor, Tencent,  dan China Mobile. Sector Allocation terbesar dana ini adalah Technology.

Objective, Asset Allocation, Country Allocation dan Top Holdings bagi dana Eastspring Dinasti Equity. KLIK gambar untuk lebih jelas. Sumber : Eastsring Investments Berhad

Prestasi semasa Dana Eastspring Dinasti Equity. Ia mencatatkan 39.60% setahun bagi tempoh antara 7/11/2016 - 7/11/2017. Menarik tak prestasi dana ini? KLIK gambar untuk lebih jelas. Sumber : Morningstar

Prestasi graf bagi tempoh 1 tahun. Cantik tak pattern graf ni? KLIK gambar untuk lebih jelas. Sumber : Bloomberg


PM saya jika anda berminat dengan dana ini (KLIK). 

FAKTA:

1) Berdasarkan data ini, terdapat dana unit trust yang mampu gandakan wang pelabur sekali ganda (Return >100%) hanya dalam tempoh 5 tahun. Ia adalah Eastspring Dinasti Equity dan PMB Shariah Aggresive.
2) Dalam Top 5, terdapat 3 dana yang fokuskan pelaburan di Greater China.
3) Dalam Top 10, terdapat 5 dana yang fokuskan pelaburan keluar Malaysia (3 dana Greater China dan 2 dana Asia Pacific).
4) Terdapat 22 dana yang mencatatkan total Return sekurang-kurangnya 50% bagi tempoh 5 tahun.
5) Walaupun dana Mixed Asset / Balanced tidak mempunyai exposure banyak dalam sector Equity, namun ia masih mampu memberikan return setanding dengan dana Equity yang lain. Contohnya : Dana Makmur Pheim dan InterPac Dana Safi

Data ini sekadar menunjukkan 30 dana Islamic terbaik daripada keseluruhan 216 dana patuh shariah.
* Adakah dana pelaburan anda berada dalam Top 30 ini?
** Banyak bezanya prestasi antara dana No 1 dengan prestasi dana No 30 (apatah lagi prestasi dana No 50 dan seterusnya).
*** Anda ingin melabur dalam dana terbaik dan menjadi pilihan ramai pelabur ketika ini? 

Top 30 Equity yang fokuskan pelaburan di Malaysia sahaja (5 Years Total Return). KLIK gambar untuk lebih jelas. Sumber : Lipper Fund Table - The Edge #1187 (November 6 - November 12, 2017)

Equity Malaysia menghimpunkan dana-dana yang menumpukan pelaburan di Malaysia sahaja, dengan pemilikan saham dalam syarikat-syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia.

Dana PMB Shariah Aggresive unggul teratas dengan catatan Total Return 108.30% bagi tempoh antara 26/10/2012 - 27/10/2017. PMB Shariah Growth pula mencatatkan Total Return 74.65% manakala Eastspring Dana Ilham mencatatkan Total Return 49.83%.

Top 5 Equity Malaysia Small & Mid Cap (5 Years Total Return). KLIK gambar untuk lebih jelas. Sumber : Lipper Fund Table - The Edge #1187 (November 6 - November 12, 2017)

Equity Malaysia Small & Mid Cap menghimpunkan dana-dana yang menumpukan pelaburan di Malaysia, dengan pemilikan saham dalam syarikat-syarikat kecil dan sederhana yang tersenarai di Bursa Malaysia.

Dana Manulife Shariah Progress unggul teratas dengan catatan Total Return 93.66% bagi tempoh antara 26/10/2012 - 27/10/2017. Public Islamic Opportunities pula mencatatkan Total Return 71.99% manakala CIMB Islamic Small Cap mencatatkan Total Return 60.19%.

Top 10 Equity Asia Pacific (5 Years Total Return). KLIK gambar untuk lebih jelas. Sumber : Lipper Fund Table - The Edge #1187 (November 6 - November 12, 2017)


Dana CIMB Islamic Asia Pacific Equity unggul teratas dengan catatan Total Return 81.35% bagi tempoh antara 26/10/2012 - 27/10/2017.  PB Islamic Asia Equity  pula mencatatkan Total Return 71.98% manakala Public Asia Ittikal  mencatatkan Total Return 71.32%.


Prestasi semasa Dana CIMB Islamic Asia Pacific Equity. Ia mencatatkan 29.54% setahun bagi tempoh antara 7/11/2016 - 7/11/2017. Menarik tak prestasi dana ini? KLIK gambar untuk lebih jelas. Sumber : Morningstar

Prestasi graf bagi tempoh 1 tahun. Cantik tak pattern graf ni? KLIK gambar untuk lebih jelas. Sumber : Bloomberg





PM saya jika anda berminat dengan dana ini (KLIK). 


Top 3 Equity Greater China (5 Years Total Return). KLIK gambar untuk lebih jelas. Sumber : Lipper Fund Table - The Edge #1187 (November 6 - November 12, 2017)

Equity Greater China menghimpunkan dana-dana yang melabur / pemilikan saham dalam syarikat-syarikat yang tersenarai di Bursa Saham negara-negara di Greater China seperti negara China, Hong Kong dan Taiwan.

Dana Eastspring Dinasti Equity unggul teratas dengan catatan Total Return 113.38%. CIMB Islamic Greater China Equity  pula mencatatkan Total Return 85.52% manakala Public China Ittikal mencatatkan Total Return 83.19%.

Kenapa 3 dana sahaja yang disenaraikan di atas?
Kerana sememangnya hanya terdapat 3 sahaja dana patuh shariah yang membuat pelaburan di rantau Greater China.


(iii) Annualized Return

Annualized return is year-over-year growth rate of an investment over a specified period of time and calculated as:

Umumnya atau bahasa mudahnya, ia adalah Purata Pulangan Setahun. Biasanya ia diukur untuk tempoh 3 tahun, 5 tahun dan 10 tahun. Pelabur boleh menyemaknya dengan beberapa langkah mudah seperti uyang ditunjukkan melalui artikel ini - Morningstar (KLIK).

Annualised Return Unit Trust bagi tempoh 5 tahun. KLIK gambar untuk lebih jelas. Sumber : Morningstar as 31/10/2017

Eastspring Dinasti Equity cemerlang unggul dengan pencapaian 16.55% purata setahun bagi tempoh 5 tahun setakat 31/10/2017. PMB Shariah Aggresive pula mencatatkan 16.20% bagi tempoh masa yang sama diikuti oleh Manulife Shariah Progress (14.33%)

1) Terdapat dana unit trust yang terbukti mencatatkan prestasi Annualised Return >15% setahun. Ia adalah Eastspring Dinasti Equity dan PMB Shariah Aggresive.
2) Terdapat hanya 20 dana yang mencatatkan prestasi purata melebihi 10% setahun.
3) Top 30 ini bukan hanya datang daripada 1 syarikat unit trust (UTMC) yang sama. Maka, Diversify pelaburan anda dalam dana terbaik daripada beberapa syarikat.

Data ini sekadar menunjukkan 30 dana Islamic terbaik daripada total 216 fund.
* Adakah anda mengambil tahu akan prestasi semasa dana pelaburan anda?
** Prestasi KWSP antara 5% - 7% (Tahun 2016 : 5.70%).  
*** Anda ingin melabur dalam dana terbaik yang terbukti berprestasi melebihi 10% setahun?

PM saya untuk maklumat terperinci dana-dana terbaik ini (KLIK). 

 Return 1 tahun dana Unit Trust bagi  tempoh antara 2/11/2016 - 2/11/2017. KLIK gambar untuk lebih jelas. Sumber : Morningstar as 2/11/2017

InterPac Dana Safi cemerlang unggul dengan pencapaian 56.83% return dalam tempoh 1 tahun (2/11/2016 - 2/11/2017)CIMB Islamic Greater China Equity  pula mencatatkan 42.67% bagi tempoh masa yang sama diikuti oleh Eastspring Dinasti Equity (37.20%).

Take point:
1) Terdapat 27 dana yang mencatatkan >20% return bagitempoh 1 tahun ini.
2) Dana tak glamour bukannya tak bagus. Walaupun dana-dana Top 30 ini jarang-jarang disebut, namun ia gah mencatatkan prestasi yang mengagumkan.
3) Umumnya, dana yang melabur dalam sector Equity Greater China, Equity Malaysia Small & Mid Cap dan Equity Asia Pacific telah mencatatkan prestasi yang sangat memberangsangkan.

Data ini sekadar menunjukkan 30 dana Islamic terbaik daripada total 216 fund.
Unit trust terbukti mampu memberikan return yang sangat memberangsangkan. Return 20% setahun kelihatan tidak mustahil.
** Berapakah prestasi semasa dana pelaburan anda?
*** Anda ingin mempelbagaikan dan mengembangkan pelaburan anda ke Sector yang mencatatkan prestasi memberangsangkan seperti Equity Greater China dan Equity Asia Pacific?

PM saya jika anda berminat dengan dana-dana ini (KLIK). 

Return 1 tahun dana Unit Trust  bagi  tempoh antara 2/11/2016 - 2/11/2017 untuk Islamic dan Conventional Unit Trust. KLIK gambar untuk lebih jelas. Sumber : Morningstar as 2/11/2017

Data di atas menunjukkan Top 30 dana terbaik untuk tempoh 1 tahun ini berbanding keseluruhan lebih 655 dana patuh shariah DAN dana conventional dalam market.

FAKTA:

1) InterPac Dana Safi adalah dana terbaik dengan prestasi YTD 56.83% mengalahkan semua dana conventional yang lain.
2) Terdapat 2 dana Islamic dalam Top 5. Not bad kan?
3) Dalam Top 10 ini, ada 5 dana yang melabur ke negara China / Greater China.
4) Penguasaan 3 sector utama = Malaysia, Greater China dan Asia Pacific. Lets diversify.
5) Paling menarik... InterPac mempunyai 2 dana terbaik = InterPac Dana Safi (Terbaik Islamik & Terbaik keseluruhan) dan Interpac Dynamic Equity (Terbaik conventional). Bravo  untuk Fund Manager InterPac!

*** Anda ingin melabur dalam dana terbaik dan menjadi pilihan ramai pelabur ketika ini?

PM saya untuk maklumat terperinci dana-dana terbaik ini (KLIK). 

7 TIPS PELABURAN UNIT TRUST
  1. DIVERSIFICATION - Melihat kepada prestasi semasa (1 Year Return) dan prestasi 5 tahun (Total Return & Annualised Return), jelas ia menunjukkan bahawa Sector Greater China dan Sector Asia Pacific mencatatkan prestasi yang sangat bagus. Maka, pelbagaikan pelaburan anda untuk maksimakan keuntungan.
  2. Dalam satu-satu syarikat, prestasi setiap DANA adalah berbeza-beza. Bukan semuanya berprestasi bagus. Jangan tersilap pilih dana! Buat research!
  3. Ambil tahu PRESTASI SEMASA (RETURN) dana pelaburan anda (Total Return, Annualised Return, Calendar Return). Data dan nombor tak pernah menipu. Pastikan prestasi semasa anda 'on track' untuk mencapai objektif pelaburan anda.
  4. Setiap pelaburan mempunyai RISIKO. Ketahui risiko pelaburan dana unit trust anda. 
  5. Yang mana lebih penting dan perlu diutamakan antara Return dan Risk? Pada saya, kedua-duanya adalah sama penting untuk diketahui dan dinilai. Paling mudah, kita boleh menilai sesuatu dana berdasarkan RETURN RISK RATIOTips: Minta agen anda explain Return Risk Ratio dana yang beliau cadangkan untuk pelaburan anda.
  6. Untuk memaksimakan keuntungan, pastikan anda memilih dana yang mempunyai POTENSI. Macam mana nak tahu? Tips: Minta agen anda berikan hujah akan potensi (peluang untuk menikmati keuntungan) dana yang beliau cadangkan.
  7. Jika perlu, gunakan peluang untuk buat SWITCHING untuk mengurangkan kerugian atau/dan meningkatkan keuntungan. Dapatkan nasihat dan buat research.  


🟩🟥🟩🟥🟩🟥🟩🟥🟩🟥

Consultant Pelaburan Anda
Mohd Rosyaidi (Adi)
📞 012-5588680 (Wassap (KLIK)

*******************************

🔴🔵🔴🔵🔴🔵🔴🔵🔴🔵


ARTIKEL POPULAR
============

🔴 HOME


PELUANG TAMBAH INCOME 
===================
💙 Bisnes ini boleh dilakukan secara Part Time mahupun Full Time. 
💙 Terbuka pada sesiapa yang nak tambah income.
💙 Saya juga open untuk collaborate dengan mana2 leader.



================================
DISCLAIMER :
Past performance does not reflect future performance. All information in this article / blog is for educational purposes only and should NOT be taken as investment advise, nor as a recommendation or endorse.
Please refer to your agent for details explanation. Thanks.
================================  

No comments:

Post a Comment