Artikel ini menunjukkan prestasi Total Return bagi dana Unit Trust Islamic (Patuh Shariah) bagi tempoh 5 tahun (28 Dec 2018 - 29 Dec 2017) yang melibatkan >20 buah syarikat unit trust utama di Malaysia, dengan merujuk data yang dikeluarkan di Lipper Fund Table - The Edge #1196 (January 8 - January 14,2018).
Pelbagai artikel khusus berkaitan unit trust yang TERBARU lagi TERKINI di http://rosyaidiradzi.blogspot.my
======================
Buat pelabur baru / bakal pelabur, adalah digalakkan untuk mendapatkan maklumat Asas dan Tips Pelaburan Unit Trust melalui pautan ini (KLIK).
=======================
PRESTASI DANA UNIT TRUST
Total Return / Cumulative Return
- Total rise in the value of a fund’s investments over time, assuming that income and capital gains distributions were reinvested.
- Bahasa mudahnya adalah Jumlah Pulangan Terkumpul untuk suatu tempoh masa.
Contohnya, Eastspring Investment Dinasti Equity telah mencatatkan 101.56% untuk tempoh 5 tahun setakat 29/12/2017. Jika tuan-puan melabur RM10,000 pada 28/12/2012, maka sekarang (29/12/2017) anda telah mendapat kenaikan pelaburan = untung sebanyak 101.56% (bersamaan RM10,156). Maka nilai pelaburan anda sekarang berjumlah RM20,156 (Modal RM10,000 + Untung RM10.156).
Dapatan daripada data ini:
1) Data ini juga hanya mengambil kira dana dari Asset Class Equity dan Mixed Asset (Balanced) sahaja... kerana inilah kebanyakan dana pelaburan yang dibuat oleh seseorang individu datangnya dari Asset class ini.
2) Data ini adalah jumlah pulangan terkumpul untuk 5 tahun (sejak 28 Dec 2012). Tiada jaminan prestasi ini akan berulang untuk tempoh 5 tahun yang akan datang. Mungkin ada dana yang akan lebih baik prestasinya... dan mungkin ada dana yang akan merudum prestasinya... wallahua'lam.
3) Sebenarnya, terdapat banyak lagi dana unit trust patuh shariah yang tidak disenaraikan di sini. Ia bukanlah bermakna ianya tidak bagus.... cuma dana2 tersebut 'belum cukup umur' (belum cukup 5 tahun untuk ukuran prestasi ini).
4) Prestasi dana adalah berbeza2 meskipun daripada syarikat unit trust yang sama. Ada yang perform... dan ada juga yang tak berapa nak menjadi... Adalah penting untuk memilih DANA yang bagus dan berpotensi... bukannya membeli atas nama syarikat semata2.
5) Equity tidak menjanjikan prestasi yang lebih baik berbanding Asset Class yang lain (seperti Balanced / Mixed Asset, Bond / Sukuk mahupun Money Market). Jadi, konsep High Rish High Return tidak semestinya betul pada semua keadaan.
6) Prestasi dana juga tidak dipengaruhi oleh 'glamour' nya seseatu dana. Ada beberapa dana otai (pernah perform suatu masa dulu) yang berprestasi sederhana sahaja.
🟩🟥🟩🟥🟩🟥🟩🟥🟩🟥
Consultant Pelaburan Anda
Mohd Rosyaidi (Adi)
📞 012-5588680 (Wassap (KLIK)
*******************************
🔴🔵🔴🔵🔴🔵🔴🔵🔴🔵
ARTIKEL POPULAR
============
🔴 HOME
PELUANG TAMBAH INCOME
===================
💙 Bisnes ini boleh dilakukan secara Part Time mahupun Full Time.
💙 Terbuka pada sesiapa yang nak tambah income.
💙 Saya juga open untuk collaborate dengan mana2 leader.
================================
DISCLAIMER :
Past performance does not reflect future performance. All information in this article / blog is for educational purposes only and should NOT be taken as investment advise, nor as a recommendation or endorse.
Please refer to your agent for details explanation. Thanks.
================================
No comments:
Post a Comment