Artikel ini akan mengupas dengan terperinci akan Prestasi Unit Trust Malaysia untuk June - July Tahun 2017 = (Total Return & Annualised Return) yang melibatkan dana unit trust.patuh shariah sahaja (Equity, Mixed Asset / Balanced, Bond).
Buat pelabur baru / bakal pelabur, adalah digalakkan untuk mendapatkan maklumat Asas dan Tips Pelaburan Unit Trust melalui pautan ini (KLIK). Pelbagai artikel khusus berkaitan unit trust yang TERBARU lagi TERKINI di http://rosyaidiradzi.blogspot.my
Buat pelabur baru / bakal pelabur, adalah digalakkan untuk mendapatkan maklumat Asas dan Tips Pelaburan Unit Trust melalui pautan ini (KLIK). Pelbagai artikel khusus berkaitan unit trust yang TERBARU lagi TERKINI di http://rosyaidiradzi.blogspot.my
=======================
PRESTASI DANA UNIT TRUST
Data ini merangkumi prestasi Annualised Return dan Total Return ...gabungan bagi semua sector / kategori - Equity, Mixed Asset/ Balanced, Bond/ Sukuk dan Money Market. Ia juga disusun mengikut return tertinggi bagi mana-mana dana baik dana tempatan (Malaysia) mahupun dana yang melabur di luar negara.
Prestasi dana unit trust boleh diukur berdasarkan:
(i) Calendar Return - Artikel penuh Prestasi Unit Trust 2009-2016 (KLIK)
(ii) Total Return / Cumulative return
(iii) Annualized Return
Total Return / Cumulative Return
- Total rise in the value of a fund’s investments over time, assuming that income and capital gains distributions were reinvested.
- Bahasa mudahnya adalah Jumlah Pulangan Terkumpul untuk suatu tempoh masa.
Contohnya, PMB Shariah Aggresive telah mencatatkan 107.29% untuk tempoh 5 tahun setakat 30/6/2017. Maknanya, Jika tuan-puan melabur RM10,000 pada 30/6/2012, maka sekarang (30/6/2017) anda telah mendapat kenaikan pelaburan (keuntungan) sebanyak 107.29% (bersamaan RM10,729). Maka nilai pelaburan anda sekarang berjumlah RM20,729 (Modal RM10,000 + Untung RM10,729).
Rujukan utama bagi Total Return ini adalah melalui akhbar The Edge, Fund Factsheet atau KWSP (Novagni)
Rujukan utama bagi Total Return ini adalah melalui akhbar The Edge, Fund Factsheet atau KWSP (Novagni)
Total Return Unit Trust bagi tempoh 5 tahun. KLIK gambar untuk lebih jelas. Sumber : Lipper Fund Table - The Edge #1170 (July 10 - July 16, 2017)
PMB Shariah Aggresive cemerlang unggul dengan pencapaian 107.29% total return bagi tempoh 5 tahun (30/6/2012 - 30/6/2017). Eastspring Dinasti Equity pula mencatatkan 95.53% bagi tempoh masa yang sama diikuti oleh Manulife Shariah Progress (92.48%).
Daripada senarai Top 10 ini, 50% (5 dana) adalah dana yang pelaburannya fokus ke luar negara. Terdapat 3 dana pelaburannya di Greater China manakala 2 lagi dana pelaburannya di Asia Pacific.
Take point:
1) Terdapat dana unit trust yang mampu gandakan wang pelabur sekali ganda (Return >100%) hanya dalam tempoh 5 tahun seperti dibuktikan oleh dana PMB Shariah Aggresive.
2) Walaupun dana Mixed Asset / Balanced tidak mempunyai exposure yang banyak kepada sector Equity, namun ia masih mampu memberikan return setanding dengan dana Equity yang lain seperti yang dibuktikan oleh Dana Makmur Pheim.
3) Dana yang pelaburannya di luar negara (Greater China dan Asia Pacific) juga boleh menjadi pilihan pelabur untuk diversify pelaburan seperti dana Eastspring Dinasti Equity dan CIMB Islamic Asia Pacific Equity.
Total Return Unit Trust bagi tempoh 3 tahun. KLIK gambar untuk lebih jelas. Sumber : Lipper Fund Table - The Edge #1170 (July 10 - July 16, 2017)
Eastspring Dinasti Equity cemerlang unggul dengan pencapaian 63.37% total return bagi tempoh 3 tahun (30/6/2014 - 30/6/2017). CIMB Islamic Greater China Equity pula mencatatkan 45.80% bagi tempoh masa yang sama diikuti oleh CIMB Islamic Asia Pacific Equity (38.27%).
Daripada senarai Top 10 ini, 80% (8 dana) adalah dana yang pelaburannya fokus ke luar negara. Ia terdiri daripada 3 dana pelaburannya di Greater China manakala 5 lagi dana pelaburannya di Asia Pacific.
Take point:
1) Dana yang fokuskan pelaburan ke pasaran Greater China unggul Top 3 terbaik diterajui oleh Eastspring Dinasti Equity.
2) Terdapat 5 dana yang fokuskan pelaburan di rantau Asia Pacific dalam Top 10 ini diketuai oleh CIMB Islamic Asia Pacific Equity.
3) Dana yang pelaburannya di luar negara (Greater China dan Asia Pacific) juga boleh menjadi pilihan pelabur untuk diversify pelaburan.
Annualized Return
Annualized return is year-over-year growth rate of an investment over a specified period of time and calculated as:
Umumnya atau bahasa mudahnya, ia adalah Purata Pulangan Setahun. Biasanya ia diukur untuk tempoh 3 tahun, 5 tahun dan 10 tahun. Pelabur boleh menyemaknya dengan beberapa langkah mudah seperti yang ditunjukkan melalui artikel ini (KLIK). Selain Morningstar, pelabur juga boleh menyemaknya pada Fund Factsheet atau KWSP (Novagni).
Annualised Return Unit Trust bagi tempoh 5 tahun. KLIK gambar untuk lebih jelas. Sumber : Morningstar as 30/6/2017
PMB Shariah Aggresive cemerlang unggul dengan pencapaian 15.69% Annualised Return setahun bagi tempoh 5 tahun (30/6/2012 - 30/6/2017). Eastspring Dinasti Equity pula mencatatkan 14.35% bagi tempoh masa yang sama diikuti oleh Manulife Shariah Progress (14.01%).
Take point:
1) Terdapat dana unit trust yang terbukti mencatatkan prestasi Annualised Return >15% setahun seperti dibuktikan oleh dana PMB Shariah Aggresive.
2) Pelaburan unit trust untuk tempoh masa panjang mampu memberikan return yang stabil dan lebih baik.
3) Dana Top 10 ini bukan hanya datang daripada 1 syarikat unit trust (UTMC) yang sama sahaja. Maka, Diversify pelaburan anda dalam dana terbaik daripada beberapa syarikat unit trust.
Annualised Return Unit Trust bagi tempoh 3 tahun. KLIK gambar untuk lebih jelas. Sumber : Morningstar as 30/6/2017
Eastspring Dinasti Equity cemerlang unggul dengan pencapaian 17.78% Annualised Return setahun bagi tempoh 3 tahun (30/6/2014 - 30/6/2017). CIMB Islamic Greater China Equity pula mencatatkan 13.39% bagi tempoh masa yang sama diikuti oleh CIMB Islamic Asia Pacific Equity (11.41%).
Take point:
1) Purata 17.78% setahun. Wow! Dana Eastspring Dinasti Equity memang terbaik!
2) Terdapat hanya 8 dana yang mencatatkan >10% setahun Annualised Return.
3) Dana yang pelaburannya di luar negara (Greater China dan Asia Pacific) juga boleh menjadi pilihan pelabur untuk diversify pelaburan seperti dana Eastspring Dinasti Equity dan CIMB Islamic Asia Pacific Equity.
Return Unit Trust bagi tempoh 1 tahun. KLIK gambar untuk lebih jelas. Sumber : Morningstar as 7/7/2017
InterPac Dana Safi cemerlang unggul dengan pencapaian 48.98% return bagi tempoh 1 tahun (7/7/2016 - 7/7/2017). Eastspring Dinasti Equity pula mencatatkan 36.27% bagi tempoh masa yang sama diikuti oleh CIMB Islamic Greater China Equity (29.12%).
Daripada senarai Top 10 ini, 60% (6 dana) adalah dana yang pelaburannya fokus ke luar negara. Ia meliputi 3 dana pelaburannya di Greater China manakala 3 lagi dana pelaburannya di Asia Pacific.
Take point:
1) Unit trust terbukti mampu memberikan return yang sangat memberangsangkan. Return 20% setahun kelihatan tidak mustahil.
2) Pelaburan dalam Malaysia menunjukkan peningkatan ketara prestasinya.
3) Dana yang pelaburannya di luar negara (Greater China dan Asia Pacific) juga boleh menjadi pilihan pelabur untuk diversify pelaburan seperti dana Eastspring Dinasti Equity dan CIMB Islamic Asia Pacific Equity.
Return Unit Trust sejak 1/1/ 2017 (sehingga 7/7/2017). KLIK gambar untuk lebih jelas. Sumber : Morningstar as 7/7/2017
InterPac Dana Safi cemerlang unggul dengan pencapaian 50.85% return dalam tempoh 6 bulan++ (1/1/2017 - 7/7/2017). PMB Shariah Small Cap pula mencatatkan 26.87% bagi tempoh masa yang sama diikuti oleh PMB Shariah Aggresive (25.24%).
Take point:
1) Terdapat 7 dana yang mencatatkan >20% return hanya dalam tempoh 6 bulan ++.
2) Dana tak glamour bukannya tak bagus. Walaupun dana-dana Top 10 ini jarang-jarang disebut, namun ia gah mencatatkan prestasi yang mengagumkan. Anda biasa dengar nama dana InterPac Dana Safi, BIMB i Growth dan BIMB i Flexi?
3) Umumnya, dana yang melabur banyak dalam syarikat kecil dan sederhana (small & mid cap) telah mencatatkan prestasi yang sangat memberangsangkan.
PRESTASI RETURN BY SECTOR
Data ini merangkumi prestasi Total Return bagi semua sector / kategori utama - Equity, Mixed Asset / Balanced dan Bond / Sukuk. Ia hanya menyenaraikan dana terbaik sahaja mengikut ranking (return tertinggi).
Top 5 Equity Malaysia (5 Years Total Return). KLIK gambar untuk lebih jelas. Sumber : Lipper Fund Table - The Edge #1170 (July 10 - July 16, 2017)
Equity Malaysia menghimpunkan dana-dana yang menumpukan pelaburan di Malaysia, dengan pemilikan saham dalam syarikat-syarikat besar yang tersenarai di Bursa Malaysia.
Dana PMB Shariah Aggresive unggul teratas dengan catatan Total Return 107.29%. PMB Shariah Growth pula mencatatkan Total Return 68.02% manakala Eastspring Dana Ilham mencatatkan Total Return 59.47%.
Top 5 Equity Malaysia Small & Mid Cap (5 Years Total Return). KLIK gambar untuk lebih jelas. Sumber : Lipper Fund Table - The Edge #1170 (July 10 - July 16, 2017)
Equity Malaysia Small & Mid Cap menghimpunkan dana-dana yang menumpukan pelaburan di Malaysia, dengan pemilikan saham dalam syarikat-syarikat kecil dan sederhana yang tersenarai di Bursa Malaysia.
Dana Manulife Shariah Progress unggul teratas dengan catatan Total Return 92.48%. Public Islamic Opportunities pula mencatatkan Total Return 75.04% manakala CIMB Islamic Small Cap mencatatkan Total Return 54.76%.
Top 5 Equity Asia Pacific (5 Years Total Return). KLIK gambar untuk lebih jelas. Sumber : Lipper Fund Table - The Edge #1170 (July 10 - July 16, 2017)
Dana CIMB Islamic Asia Pacific Equity unggul teratas dengan catatan Total Return 67.42%. Public Asia Ittikal pula mencatatkan Total Return 64.15% manakala PB Islamic Asia Equity mencatatkan Total Return 62.73%.
Top 3 Equity Greater China (5 Years Total Return). KLIK gambar untuk lebih jelas. Sumber : Lipper Fund Table - The Edge #1170 (July 10 - July 16, 2017)
Equity Greater China menghimpunkan dana-dana yang melabur / pemilikan saham dalam syarikat-syarikat yang tersenarai di Bursa Saham negara-negara di Greater China seperti negara China, Hong Kong dan Taiwan.
Dana Eastspring Dinasti Equity unggul teratas dengan catatan Total Return 95.53%. Public China Ittikal pula mencatatkan Total Return 76.01% manakala CIMB Islamic Greater China Equity mencatatkan Total Return 65.41%.
Top 5 Mixed Asset / Balanced (5 Years Total Return). KLIK gambar untuk lebih jelas. Sumber : Lipper Fund Table - The Edge #1170 (July 10 - July 16, 2017)
Mixed Asset / Balanced adalah kombinasi antara Equity dan Money Market / Bond.
Dana Makmur Pheim unggul teratas dengan catatan Total Return 68.07%. Eastspring Dana Dinamik mencatatkan Total Return 63.41%. InterPac Dana Safi pula mencatatkan Total Return 60.52%.
Top 5 Bond / Sukuk (5 Years Total Return). KLIK gambar untuk lebih jelas. Sumber : Lipper Fund Table - The Edge #1170 (July 10 - July 16, 2017)
Bond / Sukuk adalah instrumen pelaburan yang sangat rendah risiko.
Dana RHB Islamic Bond unggul teratas dengan catatan Total Return 53.76%. Libra Asnita Bond mencatatkan Total Return 27.10%. PB Islamic Bond pula mencatatkan Total Return 23.92%.
2) Terdapat ruang yang sangat besar bagi ekonomi kita untuk terus berkembang dan ini semestinya akan menguntungkan pelabur terutamanya bagi tempoh masa yang lebih lama.
ANALISIS MARKET MALAYSIA
Naik turun harga NAV unit trust dipengaruhi oleh prestasi syarikat yang dipegang sahamnya oleh sesuatu dana terutamanya syarikat 'Top Holding' yang besar percentage (%) nya.. Hampir semua syarikat-syarikat ini didagangkan dan diapungkan dalam Bursa Malaysia Index.
Syarikat-syarikat ini dikelaskan mengikut pelbagai sector seperti Healthcare, Construction, Plantation, Industrial Product, Oil & Gas, Power & Utilities, Technology dan banyak lagi. Naik turun harga saham syarikat-syarikat ini saling mempengaruhi prestasi Bursa Malaysia Index selain faktor lain seperti Kadar tukaran wang Ringgit - Dollar dan beberapa lagi...
Kaitan umum:
Harga NAV Unit Trust ~ Harga Saham Syarikat ~ Prestasi Bursa Malaysia Index
Kebanyakan dana unit trust patuh shariah menggunakan Bursa Malaysia EMAS Shariah Index sebagai benchmark atau petunjuk aras prestasi sesuatu dana. Dana yang bagus prestasinya semestinya mempunyai prestasi yang lebih baik berbanding benchmark ini.
Prestasi Bursa Malaysia KLCI. KLIK gambar untuk lebih jelas. Sumber : Bursa Malaysia
Prestasi Bursa Malaysia KLCI sedang menunjukkan pemulihan (2017) setelah mengalami pertumbuhan negatif selama 3 tahun berturut-turut (2014-2016) sebelum ini. Momentum posotif ini kelihatan kukuh untuk meneruskan prestasi yang lebih baik bagi tahun-tahun yang akan datang, InsyaAllah. Prestasi 10 tahun Bursa Malaysia adalah seperti berikut:
Tahun 2007 : 31.82%
Tahun 2008 : -39.33%
Tahun 2009 : 45.17%
Tahun 2010 : 19.34%
Tahun 2011 : 0.78%
Tahun 2012 : 10.34%
Tahun 2013 : 10.54%
Tahun 2014 : -5.66%
Tahun 2015 : -3.90%
Tahun 2016 : -3.00%
Tahun 2017 : 6.91% (Setakat 17/7/2017. Sumber : Bloomberg)
Local Economy to do better in 2H17 (July - Dec 2017)
Stronger economic growth for 2017
Ekonomi terus kukuh separuh kedua 2017 (Julai - Dec 2017)
Ringgit Outlook will become more positive --> $4.00
Take point:
1) Berdasarkan kepada keadaan dan pertumbuhan ekonomi semasa, negara sedang dalam proses pemulihan ke arah yang lebih positif. 2) Terdapat ruang yang sangat besar bagi ekonomi kita untuk terus berkembang dan ini semestinya akan menguntungkan pelabur terutamanya bagi tempoh masa yang lebih lama.
PRESTASI MARKET LUAR MALAYSIA
Bagaimanakah prestasi Index Malaysia - Bursa Malaysia Index berbanding dengan index negara luar?
Prestasi Index dunia(Total Return). KLIK gambar untuk lebih jelas. Sumber : FTSE Index
Index USA menunjukkan prestasi yang sangat konsisten. Ia mencatatkan 18.19% setahun bagi tempoh May 2016 - May 2017. Untuk jangka masa sederhana dan panjang, ia juga mencatatkan prestasi yang meyakinkan dengan prestasi 30.84% (3 tahun) dan 97.61% (5 tahun).
Greater China menggabungkan China, Taiwan dan Hong Kong. Jika dilihat data di atas, ketiga-tiga negara mencatatkan prestasi stabil double digit bagi tempoh masa YTD, 1 tahun, 3 tahun dan 5 tahun. Inilah sebabnya dana unit trust bagi sector Greater China mencatatkan prestasi yang meletup-letup.
Prestasi negara utama Asia juga tidak kurang bagusnya. Negara Japan, China, India, Hong Kong, Taiwan, Korea Selatan, Indonesia, Thailand, New Zealand, Australia rata-ratanya mencatatkan prestasi yang sangat baik. Ini juga antara sebab dana unit trust sector Asia Pacific mencatatkan prestasi yang bagus.
Cuba anda bandingkan prestasi index Malaysia dengan jiran tetangga - Indonesia, Thailand dan Singapore. Hmmmm...
Take point:
1) Antara Unit Trust sector Equity Global yang fokus pelaburannya di US adalah RHB Islamic Global Developed Markets, Aberdeen Islamic World, AmOasis Global Islamic Equity
2) Antara Unit trust sector Equity Greater China yang banyak pelaburannya di China, Hong Kong dan Taiwan adalah Eastspring Dinasti Equity
3) Antara Unit Trust sector Equity Asia Pacific adalah CIMB Islamic Asia Pacific Equity, Pheim Asia (Ex Japan) Islamic dan Maybank Bosera Greater China ASEAN Equity Fund.
China's economy stays robust
DANA PILIHAN
Ramai yang whatsapp saya bertanyakan akan dana pilihan saya. Hihi... semestinya pemilihan dana ini bergantung kepada beberapa perkara seperti Objektif Pelaburan, Tahap Penerimaan Risiko seseorang, dan Tempoh pelaburan serta Jumlah Pelaburan. Hubungi saya untuk perbincangan.
TIPS. Bagi yang ingin melabur menggunakan KW5P, paling kurang, pilihlah dana yang mempunyai prestasi yang lebih baik berbanding KW5P. Prestasi KW5P untuk 5 tahun terkini adalah seperti berikut:
Tahun 2012 : 6.15%
Tahun 2013 : 6.35%
Tahun 2014 : 6.75%
Tahun 2015 : 6.40%
Tahun 2016 : 5.70%
Bandingkan dengan data prestasi Unit Trust di bawah....
Top 30 Islamic Unit Trust Fund - Approved EPF (5 Years Annualized Return). KLIK gambar untuk lebih jelas. Sumber : Novagni (July 17, 2017)
Dapatan daripada statistik di atas:
- Terdapat hanya SATU dana yang mencatatkan Annualized Return >15% setahun iaitu dana Eastspring Dinasti Equity
- Hanya 10 (SEPULUH) dana mencatatkan Annualized Return >10% setahun.
- Sebanyak 70% (7 dana) dana Top 10 ini adalah dana yang melabur ke luar negara.
- Dua dana yang fokus pelaburannya ke Equity Greater China berada dalam Top 3 iaitu Eastspring Dinasti Equity dan Public China Ittikal.
- Dana tempatan (Malaysia) terbaik adalah PMB Shariah Aggresive (Annualized Return 13.39%).
- Dana Balanced / Mixed Asset terbaik adalah Dana Makmur Pheim.
- Dana Bond / Sukuk terbaik adalah RHB Islamic Bond.
# Data ini hanya melibatkan Approved Fund yang aktif sahaja (Not suspended).
# Data adalah Annualized Return 5 Years.
# Data berdasarkan prestasi pada tarikh 17/7/2017
# Data bersumberkan Novagni. Anda boleh semak sendiri.. Ikuti step ini (KLIK)
Saya tinggalkan persoalan di bawah ini untuk anda mencari jawapannya...
- Apakah nama dana2 unit trust pelaburan anda?
- Berapakah prestasi (Annualized Return / Total Return) dana pelaburan anda sekarang sejak mula anda melabur?
- Adakah prestasi dana pelaburan anda berprestasi lebih baik berbanding KW5P?
- Adakah pencapaian dana pelaburan anda selari dengan objektif pelaburan yang anda telah tetapkan ketika awal2 memulakan pelaburan?
- Apakah anda yakin bahawa anda sedang melabur dalam dana yang 'betul'?
APAKAH STRATEGI TERBAIK SEKARANG?
- Diversification - pelbagaikan pelaburan di beberapa sector (Equity Malaysia, Equity Greater China, Equity Asia Pacific...). Jangan tertumpu hanya pada satu sector sahaja.
- Melabur dalam sector Equity secara umumnya masih lagi relevan - Namun, pemilihan dana adalah sangat penting.
- Equity luar Malaysia (Equity Asia Pacific, Equity Greater China dan Equity Global) merupakan pasaran yang berpotensi.
- Pasaran Malaysia juga menarik - harga NAV secara relatifnya masih rendah. Fund yang bagus pasti memberikan anda untung untuk jangka masa sederhana-panjang.
- Bagi yang tidak mahu pendedahan kepada dana yang sedikit tinggi risikonya (Equity), maka pelabur boleh beralih dan memilih dana Mixed Asset / Balanced atau Bond / Sukuk.
- Risk vs Rewards (Return). Umumnya, High Risk... High Return.
- Dengan strategy khas, saya boleh tunjukkan cara untuk Min Risk... but potential High Return... interested to know?
🟩🟥🟩🟥🟩🟥🟩🟥🟩🟥
Consultant Pelaburan AndaMohd Rosyaidi (Adi)📞 012-5588680 (Wassap (KLIK)
*******************************
🔴🔵🔴🔵🔴🔵🔴🔵🔴🔵
ARTIKEL POPULAR============
🔴 HOME
PELUANG TAMBAH INCOME ===================💙 Bisnes ini boleh dilakukan secara Part Time mahupun Full Time. 💙 Terbuka pada sesiapa yang nak tambah income.💙 Saya juga open untuk collaborate dengan mana2 leader.
================================DISCLAIMER : Past performance does not reflect future performance. All information in this article / blog is for educational purposes only and should NOT be taken as investment advise, nor as a recommendation or endorse. Please refer to your agent for details explanation. Thanks.================================
🟩🟥🟩🟥🟩🟥🟩🟥🟩🟥
Consultant Pelaburan Anda
Mohd Rosyaidi (Adi)
📞 012-5588680 (Wassap (KLIK)
*******************************
🔴🔵🔴🔵🔴🔵🔴🔵🔴🔵
ARTIKEL POPULAR
============
🔴 HOME
PELUANG TAMBAH INCOME
===================
💙 Bisnes ini boleh dilakukan secara Part Time mahupun Full Time.
💙 Terbuka pada sesiapa yang nak tambah income.
💙 Saya juga open untuk collaborate dengan mana2 leader.
================================
DISCLAIMER :
Past performance does not reflect future performance. All information in this article / blog is for educational purposes only and should NOT be taken as investment advise, nor as a recommendation or endorse.
Please refer to your agent for details explanation. Thanks.
================================
No comments:
Post a Comment