Artikel ini akan mengupas dengan terperinci akan Prestasi Unit Trust Malaysia untuk separuh pertama Tahun 2017 (June 2017) = (Total Return & Annualised Return) yang melibatkan dana unit trust patuh shariah sahaja (Equity, Mixed Asset / Balanced, Bond) bagi syarikat unit trust utama seperti Aberdeen, Affin Hwang, Amanah Mutual, AmanahRaya, AmFunds (AmInvest), Apex, BIMB, CIMB Principal (CWA), Eastspring, Hong Leong, Kenanga, Libra, Manulife, Pacific, Permodalan BSN, Pheim, PMB, Public Mutual, RHB dan TA Investment yang bersumberkan data daripada Morningstar dan Lipper.
Pelbagai artikel khusus berkaitan unit trust yang TERBARU lagi TERKINI di http://rosyaidiradzi.blogspot.my
======================
Buat pelabur baru / bakal pelabur, adalah digalakkan untuk mendapatkan maklumat Asas dan Tips Pelaburan Unit Trust melalui pautan ini (KLIK).
=======================
UNIT TRUST DI MALAYSIA
* Unit Trust = Unit Amanah = Amanah Saham. Konsep mudah: kita minta orang lain (fund manager) uruskan dan laburkan duit kita dalam saham terpilih. Anda tak perlu monitor hari-hari harga NAV unit trust. Berikan 'trust' anda kepada Fund Manager untuk kembangkan duit anda. Konsep sama seperti ASB (ASB juga adalah unit trust). Unit trust adalah medium pelaburan jangkamasa sederhana dan panjang.
* Fund / Dana = Tabung (seperti Eastspring Dana Ilham, PMB Shariah Aggresive, Amanah Saham Bumiputra, Amanah Hartanah Bumiputra). Setakat 31 April 2017, terdapat sebanyak 642 dana ditawarkan di Malaysia. Namun, hanya 204 dana (31.7%) adalah dana Patuh Syariah - Islamic Fund. Data ini adalah daripada Suruhanjaya Sekuriti.
* Syarikat unit trust (Unit Trust Management Company, UTMC) = syarikat kewangan berlesen (bank Negara, Suruhanjaya Sekuriti) yang menguruskan pelaburan ahli dalam fund yang dipilih. Setakat 31 March 2017, terdapat 36 syarikat unit trust. Antaranya adalah PMB Investment Berhad, Phillip Mutual Berhad, Public Mutual Berhad, CIMB Principal, Kenanga, Manulife, RHB Asset Management, Eastspring Investment dan banyak lagi.
Statistic Unit Trust di Malaysia. KLIK gambar untuk lebih jelas. Sumber : FIMM (Federation of Investment Managers Malaysia)
Setakat 30 April 2017, terdapat 203 (32%) dana Patuh Shariah dalam pasaran untuk dicapai dan digapai oleh pelabur.
Daripada 18 juta akaun unit trust melalui 36 syarikat unit trust, hanya 15% atau sejumlah 2,870,739 adalah akaun dana Patuh Shariah. Selebihnya adalah Akaun pelaburan dana conventional.
Take point:
1) Umat Islam mempunyai banyak pilihan dana untuk melabur dalam dana unit trust patuh shariah.
2) Jelas terbukti bahawa pelaburan unit trust ini begitu dominan dan diyakini oleh masyarakat bukan Islam.
3) Mengapa orang Islam kurang melabur unit trust? Lebih percayakan Skim Cepat Kaya?
PRESTASI DANA UNIT TRUST
Data ini merangkumi prestasi Annualised Return dan Total Return ...gabungan bagi semua sector / kategori - Equity, Mixed Asset/ Balanced, Bond/ Sukuk dan Money Market. Ia juga disusun mengikut return tertinggi bagi mana-mana dana baik dana tempatan (Malaysia) mahupun dana yang melabur di luar negara.
Prestasi dana unit trust boleh diukur berdasarkan:
(i) Calendar Return - Artikel penuh Prestasi 2009 - 2016 di SINI (KLIK)
(ii) Total Return / Cumulative Return
Total return/cumulative return
- Total rise in the value of a fund’s investments over time, assuming that income and capital gains distributions were reinvested.
- Bahasa mudahnya adalah Jumlah Pulangan Terkumpul untuk suatu tempoh masa.
Contohnya, PMB Shariah Aggresive telah mencatatkan 104.89% untuk tempoh 5 tahun setakat 2/6/2017. Jika tuan-puan melabur RM10,000 pada 1/6/2012, maka sekarang (2/6/2017) anda telah mendapat kenaikan pelaburan = untung sebanyak 104.89% (bersamaan RM10,489). Maka nilai pelaburan anda sekarang berjumlah RM20,489 (Modal RM10,000 + Untung RM10,489).
Rujukan utama bagi Total Return ini adalah melalui akhbar The Edge.
Rujukan utama bagi Total Return ini adalah melalui akhbar The Edge.
Lipper Fund Table - The Edge #1166 (June 12 - June 18, 2017)
Total Return Unit Trust bagi tempoh 5 tahun. KLIK gambar untuk lebih jelas. Sumber : Lipper Fund Table - The Edge #1166 (June 12 - June 18, 2017)
PMB Shariah Aggresive cemerlang unggul dengan pencapaian 104.89% total return bagi tempoh 5 tahun (1/6/2012 - 2/6/2017). Manulife Shariah Progress pula mencatatkan 97.87% bagi tempoh masa yang sama diikuti oleh Eastspring Dinasti Equity (95.18%).
Daripada senarai Top 10 ini, 50% (5 dana) adalah dana yang pelaburannya fokus ke luar negara. 2 dana pelaburannya di Greater China manakala 3 lagi dana pelaburannya di Asia Pacific.
Take point:
1) Terdapat dana unit trust yang mampu gandakan wang pelabur sekali ganda hanya dalam tempoh 5 tahun.
2) Walaupun dana Mixed Asset / Balanced tidaklah expose banyak kepada Equity, ia masih mampu memberikan return setanding dengan dana Equity yang lain.
3) Dana yang pelaburannya di luar negara (Greater China dan Asia Pacific) juga boleh menjadi pilihan pelabur untuk diversify pelaburan.
Total Return Unit Trust bagi tempoh 3 tahun. KLIK gambar untuk lebih jelas. Sumber : Lipper Fund Table - The Edge #1166 (June 12 - June 18, 2017)
Eastspring Dinasti Equity cemerlang unggul dengan pencapaian 63.88% total return bagi tempoh 3 tahun (2/6/2014 - 2/6/2017). CIMB Islamic Greater China Equity pula mencatatkan 45.29% bagi tempoh masa yang sama diikuti oleh Public China Ittikal (42.25%).
Daripada senarai Top 10 ini, 80% (8 dana) adalah dana yang pelaburannya fokus ke luar negara. 3 dana pelaburannya di Greater China manakala 5 lagi dana pelaburannya di Asia Pacific.
Take point:
1) Dana yang fokuskan pelaburan ke pasaran Greater China unggul Top 3 terbaik.
2) Terdapat 5 dana yang fokuskan pelaburan di rantau Asia Pacific dalam Top 10 ini.
3) Dana yang pelaburannya di luar negara (Greater China dan Asia Pacific) juga boleh menjadi pilihan pelabur untuk diversify pelaburan.
(iii) Annualized Return
Annualized return is year-over-year growth rate of an investment over a specified period of time and calculated as:
Umumnya atau bahasa mudahnya, ia adalah Purata Pulangan Setahun. Biasanya ia diukur untuk tempoh 3 tahun, 5 tahun dan 10 tahun. Pelabur boleh menyemaknya dengan beberapa langkah mudah seperti uyang ditunjukkan melalui artikel ini (KLIK).
Annualised Return Unit Trust bagi tempoh 5 tahun. KLIK gambar untuk lebih jelas. Sumber : Morningstar as 31/5/2017
PMB Shariah Aggresive cemerlang unggul dengan pencapaian 15.01% setahun Annualised Return bagi tempoh 5 tahun (31/5/2012 - 31/5/2017). Manulife Shariah Progress pula mencatatkan 14.43% bagi tempoh masa yang sama diikuti oleh Eastspring Dinasti Equity (13.94%).
Take point:
1) Terdapat dana unit trust yang terbukti mencatatkan prestasi Annualised Return >15% setahun.
2) Pelaburan unit trust untuk tempoh masa panjang mampu memberikan return stabil yang lebih baik.
3) Top 10 ini bukan hanya datang daripada 1 syarikat unit trust (UTMC) yang sama. Maka, Diversify pelaburan anda dalam dana terbaik daripada beberapa syarikat.
Annualised Return Unit Trust bagi tempoh 3 tahun. KLIK gambar untuk lebih jelas. Sumber : Morningstar as 31/5/2017
Eastspring Dinasti Equity cemerlang unggul dengan pencapaian 17.50% setahun Annualised Return bagi tempoh 3 tahun (31/5/2014 - 31/5/2017). CIMB Islamic Greater China Equity pula mencatatkan 13.18% bagi tempoh masa yang sama diikuti oleh Public China Ittikal (12.15%).
Take point:
1) Purata 17.50% setahun. Wow!
2) Terdapat 9 dana yang mencatatkan >10% setahun Annualised Return.
3) Dana yang pelaburannya di luar negara (Greater China dan Asia Pacific) juga boleh menjadi pilihan pelabur untuk diversify pelaburan.
Return Unit Trust bagi tempoh 1 tahun. KLIK gambar untuk lebih jelas. Sumber : Morningstar as 16/6/2017
InterPac Dana Safi cemerlang unggul dengan pencapaian 41.19% return bagi tempoh 1 tahun (16/6/2016 - 16/6/2017). Eastspring Dinasti Equity pula mencatatkan 33.36% bagi tempoh masa yang sama diikuti oleh CIMB Islamic Greater China Equity (28.18%).
Daripada senarai Top 10 ini, 60% (6 dana) adalah dana yang pelaburannya fokus ke luar negara. 3 dana pelaburannya di Greater China manakala 3 lagi dana pelaburannya di Asia Pacific.
Take point:
1) Unit trust terbukti mampu memberikan return yang sangat memberangsangkan. Return 20% setahun kelihatan tidak mustahil.
2) Pelaburan dalam Malaysia menunjukkan peningkatan ketara prestasinya.
3) Dana yang pelaburannya di luar negara (Greater China dan Asia Pacific) juga boleh menjadi pilihan pelabur untuk diversify pelaburan.
Return Unit Trust sejak 1/1/ 2017 (sehingga 16/6/2017). KLIK gambar untuk lebih jelas. Sumber : Morningstar as 16/6/2017
InterPac Dana Safi cemerlang unggul dengan pencapaian 43.27% return dalam tempoh 6 bulan (1/1/2017 - 16/6/2017). PMB Shariah Small Cap pula mencatatkan 24.33% bagi tempoh masa yang sama diikuti oleh PMB Shariah Aggresive (22.13%).
Take point:
1) Terdapat 5 dana yang mencatatkan >20% return hanya dalam tempoh 6 bulan.
2) Dana tak glamour bukannya tak bagus. Walaupun dana-dana Top 10 ini jarang-jarang disebut, namun ia gah mencatatkan prestasi yang mengagumkan.
3) Umumnya, dana yang melabur banyak dalam syarikat kecil dan sederhana (small & mid cap) telah mencatatkan prestasi yang sangat memberangsangkan.
PRESTASI RETURN BY SECTOR
Data ini merangkumi prestasi Total Return bagi semua sector / kategori utama - Equity, Mixed Asset / Balanced dan Bond / Sukuk. Ia hanya menyenaraikan dana terbaik sahaja mengikut ranking (return tertinggi).
Total Return Unit Trust mengikut sector. KLIK gambar untuk lebih jelas. Sumber : Lipper Fund Table - The Edge #1166 (June 12 - June 18, 2017)
Bagi tempoh 1 tahun (2/6/2014 - 2/6/2017), Equity Greater China dan Equity Asia Pacific telah mencatatkan prestasi yang sangat baik, iaitu >20% setahun. Kedua-dua sector ini juga secara konsisten mencatatkan prestasi terbaik bagi tempoh 3 tahun dan 5 tahun.
Take point:
1) Dana daripada Equiti Malaysia Small & Mid Cap umumnya mencatatkan prestasi lebih baik daripada Equity Large Cap.
2) Equity Greater China secara konsisten muncul sebagai sector terbaik bagi tempoh pelaburan singkat dan tempoh panjang pelaburan.
3) Dana yang pelaburannya di luar negara (Greater China dan Asia Pacific) juga boleh menjadi pilihan pelabur untuk diversify pelaburan.
Top 5 Equity Malaysia (5 Years Total Return). KLIK gambar untuk lebih jelas. Sumber : Lipper Fund Table - The Edge #1166 (June 12 - June 18, 2017)
Equity Malaysia menghimpunkan dana-dana yang menumpukan pelaburan di Malaysia, dengan pemilikan saham dalam syarikat-syarikat besar yang tersenarai di Bursa Malaysia.
Dana PMB Shariah Aggresive unggul teratas dengan catatan Total Return 104.89%. PMB Shariah Growth pula mencatatkan Total Return 70.04% manakala Eastspring Dana Ilham mencatatkan Total Return 65.21%.
Top 5 Equity Malaysia Small & Mid Cap (5 Years Total Return). KLIK gambar untuk lebih jelas. Sumber : Lipper Fund Table - The Edge #1166 (June 12 - June 18, 2017)
Equity Malaysia Small & Mid Cap menghimpunkan dana-dana yang menumpukan pelaburan di Malaysia, dengan pemilikan saham dalam syarikat-syarikat kecil dan sederhana yang tersenarai di Bursa Malaysia.
Dana Manulife Shariah Progress unggul teratas dengan catatan Total Return 97.87%. Public Islamic Opportunities pula mencatatkan Total Return 78.18% manakala CIMB Islamic Small Cap mencatatkan Total Return 63.66%.
Top 5 Equity Asia Pacific (5 Years Total Return). KLIK gambar untuk lebih jelas. Sumber : Lipper Fund Table - The Edge #1166 (June 12 - June 18, 2017)
Dana Public Asia Ittikal unggul teratas dengan catatan Total Return 69.24%. CIMB Islamic Asia Pacific Equity pula mencatatkan Total Return 67.16% manakala PB Islamic Asia Equity mencatatkan Total Return 66.90%.
Top 3 Equity Greater China (5 Years Total Return). KLIK gambar untuk lebih jelas. Sumber : Lipper Fund Table - The Edge #1166 (June 12 - June 18, 2017)
Equity Greater China menghimpunkan dana-dana yang melabur / pemilikan saham dalam syarikat-syarikat yang tersenarai di Bursa Saham negara-negara di Greater China seperti negara China, Hong Kong dan Taiwan.
Dana Eastspring Dinasti Equity unggul teratas dengan catatan Total Return 95.18%. Public China Ittikal pula mencatatkan Total Return 74.25% manakala CIMB Islamic Greater China Equity mencatatkan Total Return 65.04%.
Top 5 Mixed Asset / Balanced (5 Years Total Return). KLIK gambar untuk lebih jelas. Sumber : Lipper Fund Table - The Edge #1166 (June 12 - June 18, 2017)
Mixed Asset / Balanced adalah kombinasi antara Equity dan Money Market / Bond.
Dana Makmur Pheim unggul teratas dengan catatan Total Return 69.40%. Eastspring Dana Dinamik mencatatkan Total Return 65.30%. Public Islamic Asia Tactical Allocation pula mencatatkan Total Return 61.27%.
Top 5 Bond / Sukuk (5 Years Total Return). KLIK gambar untuk lebih jelas. Sumber : Lipper Fund Table - The Edge #1166 (June 12 - June 18, 2017)
Bond / Sukuk adalah instrumen pelaburan yang sangat rendah risiko.
Dana RHB Islamic Bond unggul teratas dengan catatan Total Return 54.27%. Libra Asnita Bond mencatatkan Total Return 27.34%. PB Islamic Bond pula mencatatkan Total Return 24.34%.
ANALISIS MARKET MALAYSIA
Naik turun harga NAV unit trust dipengaruhi oleh prestasi syarikat yang dipegang sahamnya oleh sesuatu dana terutamanya syarikat 'Top Holding' yang besar percentage (%) nya.. Hampir semua syarikat-syarikat ini didagangkan dan diapungkan dalam Bursa Malaysia Index.
Syarikat-syarikat ini dikelaskan mengikut pelbagai sector seperti Healthcare, Construction, Plantation, Industrial Product, Oil & Gas, Power & Utilities, Technology dan banyak lagi. Naik turun harga saham syarikat-syarikat ini saling mempengaruhi prestasi Bursa Malaysia Index selain faktor lain seperti Kadar tukaran wang Ringgit - Dollar dan beberapa lagi...
Kaitan umum:
Harga NAV Unit Trust ~ Harga Saham Syarikat ~ Prestasi Bursa Malaysia Index
Prestasi Bursa Malaysia Emas Index (Total Return). KLIK gambar untuk lebih jelas. Sumber : FTSE Russell
Kebanyakan dana unit trust patuh shariah menggunakan Bursa Malaysia EMAS Shariah Index sebagai benchmark atau petunjuk aras prestasi sesuatu dana. Dana yang bagus prestasinya semestinya mempunyai prestasi yang lebih baik berbanding benchmark ini. Data di atas menunjukkan prestasi YTD, Year to Date (duration 1/1/2017 - 31/5/2017) Bursa Malaysia EMAS Shariah Index yang agak baik dengan 6.57%.
Bursa Malaysia Mids Cap Shariah Index biasanya menjadi penanda aras prestasi dana unit trust bagi sector Equity Malaysia Small & Mid Cap. Ia mencatatkan 19.20% bagi YTD, Year to Date (duration 1/1/2017 - 31/5/2017). Untuk tempoh 5 tahun, ia juga paling cemerlang dengan 47.87%.
Prestasi Bursa Malaysia KLCI. KLIK gambar untuk lebih jelas. Sumber : Bursa Malaysia
Prestasi Bursa Malaysia KLCI sedang menunjukkan pemulihan (2017) setelah mengalami pertumbuhan negatif selama 3 tahun berturut-turut (2014-2016) sebelum ini. Momentum posotif ini kelihatan kukuh untuk meneruskan prestasi yang lebih baik bagi tahun-tahun yang akan datang, InsyaAllah. Prestasi 10 tahun Bursa Malaysia adalah seperti berikut:
Tahun 2007 : 31.82%
Tahun 2008 : -39.33%
Tahun 2009 : 45.17%
Tahun 2010 : 19.34%
Tahun 2011 : 0.78%
Tahun 2012 : 10.34%
Tahun 2013 : 10.54%
Tahun 2014 : -5.66%
Tahun 2015 : -3.90%
Tahun 2016 : -3.00%
Tahun 2017 : 9.11% (Setakat 16/6/2017. Sumber : Bloomberg)
Prestasi Bursa Malaysia KLCI. KLIK gambar untuk lebih jelas. Sumber : Yahoo Finance
Prestasi Bursa Malaysia KLCI menunjukkan peningkatan ketara sejak January 2017. Setakat 16/6/2017, ia telah melepasi aras 1790 mata dan menuju ke aras 1800 mata. Momentum positif ini antara lain disebabkan oleh Election Rally, pengukuhan nilai Ringgit dan kestabilan harga minyak dunia.
Prestasi Ringgit Malaysia. KLIK gambar untuk lebih jelas. Sumber : Yahoo Finance
Prestasi matawang Ringgit Malaysia / Dollar US menunjukkan pengukuhan ketara sejak March 2017. Setakat 16/6/2017, ia menghampiri nilai Rm4.10 bagi setiap $1 Dollar.
Antara berita positif daripada sumber Bank Negara Malaysia (BNM) - Monthly Highlight April 2017:
- The equity market continued to receive non-resident inflows amid improved domestic sentiments following better-than-expected corporate earnings.
- Optimism about the Malaysian economy, given the improving current account surplus and trade outlook resulted in a resumption of non-resident inflows into the domestic bond market during the month.
- The ringgit was the best performer in the region in April - The ringgit appreciated by 1.8% against the US dollar in April following inflows into both the bond and equity markets.
Sumber yang lain - Fund Focus
- BNM expects the growth momentum of Malaysia’s economy since 2H16 to strengthen further in 2Q17, mainly driven by domestic demand amid continued wage and employment growth, with exports continuing to contribute positively to GDP growth in 2017.
- Domestically, we are neutral on the equity market as there is no near-term catalyst for the market except for the general election. This is speculated to be held in 2H17 vs. a deadline of May18. Regardless, we think that the Malaysian market could run, thanks to potential fund inflows back to emerging markets from developed countries.
Take point:
1) Berdasarkan kepada keadaan dan pertumbuhan ekonomi semasa, negara sedang dalam proses pemulihan ke arah yang lebih positif. 2) Terdapat ruang yang sangat besar bagi ekonomi kita untuk terus berkembang dan ini semestinya akan menguntungkan pelabur terutamanya bagi tempoh masa yang lebih lama.
3) Bursa Malaysia = Positif. Ringgit Malaysia = Positif.
PRESTASI MARKET LUAR MALAYSIA
Bagaimanakah prestasi Index Malaysia - Bursa Malaysia Index berbanding dengan index negara luar?
Prestasi Index dunia(Total Return). KLIK gambar untuk lebih jelas. Sumber : FTSE Russell
Index USA menunjukkan prestasi yang sangat konsisten. Ia mencatatkan 17.72% setahun bagi tempoh May 2016 - May 2017. Untuk jangka masa sederhana dan panjang, ia juga mencatatkan prestasi yang meyakinkan dengan prestasi 32.78% (3 tahun) dan 104.26% (5 tahun).
Greater China menggabungkan China, Taiwan dan Hong Kong. Jika dilihat data di atas, ketiga-tiga negara mencatatkan prestasi stabil double digit bagi tempoh masa YTD, 1 tahun, 3 tahun dan 5 tahun. Inilah sebabnya dana unit trust bagi sector Greater China mencatatkan prestasi yang meletup-letup.
Prestasi negara utama Asia juga tidak kurang bagusnya. Negara Japan, China, India, Hong Kong, Taiwan, Korea Selatan, Indonesia, Thailand, New Zealand, Australia rata-ratanya mencatatkan prestasi yang sangat baik. Ini juga antara sebab dana unit trust sector Asia Pacific mencatatkan prestasi yang bagus.
Cuba anda bandingkan prestasi index Malaysia dengan jiran tetangga - Indonesia, Thailand, Singapore dan Philippines. Hmmmm... Sebaiknya kita diversify pelaburan kita ke luar negara yang mempunyai prestasi yang lebih baik dan konsisten.
Take point:
1) Unit Trust sector Global banyak pelaburannya fokus di US. Contoh : RHB Islamic Global Developed Markets, Aberdeen Islamic World, AmOasis Global Islamic Equity
2) Unit trust sector Greater China banyak pelaburannya di China, Hong Kong dan Taiwan. Contoh : Eastspring Dinasti Equity
3) Unit Trust sector Asia Pacific. Contohnya CIMB Islamic Asia Pacific Equity, Pheim Asia (Ex Japan) Islamic
DANA YANG SAYA SUKA?
Ramai yang whatsapp saya bertanyakan akan dana pilihan saya. Hihi... semestinya pemilihan dana ini bergantung kepada beberapa perkara seperti Objektif Pelaburan, Tahap Penerimaan Risiko seseorang, dan Tempoh pelaburan serta Jumlah Pelaburan.
TIPS. Saya memilih sesuatu dana unit trust antaranya berdasarkan:
Tips pilih dana Unit Trust
"There are two key rules to be a successful investor.
The First Rule - ensure that you understand the products that you are investing in. The Second Rule - never forget Rule no. 1"~ Adi
Homework! Jika anda serius mencari dana yang bagus, sila study dan buat research dana-dana ini:
APAKAH STRATEGI TERBAIK SEKARANG?
- Diversification - pelbagaikan pelaburan di beberapa sector. Jangan tertumpu hanya pada satu sector sahaja.
- Melabur dalam Equity masih lagi relevan - pemilihan dana adalah sangat penting.
- Equity luar Malaysia (Equity Asia Pacific, Equity Greater China dan Equity Global) merupakan pasaran yang sangat berpotensi.
- Pasaran Malaysia juga menarik - harga NAV yang rendah. Fund yang bagus pasti memberikan anda untung untuk jangka masa sederhana-panjang.
- Risk vs Rewards (Return). Umumnya, High Risk... High Return.
- Dengan strategy khas, saya boleh tunjukkan cara untuk Min Risk... but potential High Return... interested to know?
🟩🟥🟩🟥🟩🟥🟩🟥🟩🟥
Consultant Pelaburan AndaMohd Rosyaidi (Adi)📞 012-5588680 (Wassap (KLIK)
*******************************
🔴🔵🔴🔵🔴🔵🔴🔵🔴🔵
ARTIKEL POPULAR============
🔴 HOME
PELUANG TAMBAH INCOME ===================💙 Bisnes ini boleh dilakukan secara Part Time mahupun Full Time. 💙 Terbuka pada sesiapa yang nak tambah income.💙 Saya juga open untuk collaborate dengan mana2 leader.
================================DISCLAIMER : Past performance does not reflect future performance. All information in this article / blog is for educational purposes only and should NOT be taken as investment advise, nor as a recommendation or endorse. Please refer to your agent for details explanation. Thanks.================================
🟩🟥🟩🟥🟩🟥🟩🟥🟩🟥
Consultant Pelaburan Anda
Mohd Rosyaidi (Adi)
📞 012-5588680 (Wassap (KLIK)
*******************************
🔴🔵🔴🔵🔴🔵🔴🔵🔴🔵
ARTIKEL POPULAR
============
🔴 HOME
PELUANG TAMBAH INCOME
===================
💙 Bisnes ini boleh dilakukan secara Part Time mahupun Full Time.
💙 Terbuka pada sesiapa yang nak tambah income.
💙 Saya juga open untuk collaborate dengan mana2 leader.
================================
DISCLAIMER :
Past performance does not reflect future performance. All information in this article / blog is for educational purposes only and should NOT be taken as investment advise, nor as a recommendation or endorse.
Please refer to your agent for details explanation. Thanks.
================================
No comments:
Post a Comment