12 December 2021

TOP 10 UNIT TRUST TERBAIK - HIGH DIVIDEND (INCOME DISTRIBUTION) FUND 2022

Pendedahan EKSLUSIF ini adalah berkaitan Income Distribution (ID) atau popular disebut sebagai Dividend dalam pelaburan Unit Trust yang sering menarik minat, pertikaian dan perbincangan di kalangan para Agen Unit Trust mahupun para pelabur untuk tahu akan kedudukan sebenar.

UNIT TRUST DENGAN INCOME DISTRIBUTION (DIVIDEND) TERBAIK 2022



Opss sekejap...

Sekadar makluman. Sebenarnya TIADA COMPARISON fund Unit Trust terbaik dari segi Income Distribution (ID) ni.
  • Bloomberg tak paparkan / compare fund Unit Trust based on Income Distribution / Dividend ni
  • Lipper juga tak pernah tunjukkan / compare fund Unit Trust based on Income Distribution / Dividend
  • Morningstar juga tak tekankan akan Income Distribution / Dividend dalam data statistik fund Unit Trust.
  • Laman web KWSP i-Akaun juga tak senaraikan fund Unit Trust berdasarkan Income Distribution / Dividend
  • Lipper Fund Awards yang memberikan pengiktirafan kepada Unit Trust Terbaik setiap tahun dan bertaraf Global ini juga tak pernah menobatkan fund Unit Trust terbaik dari segi Income Distribution / Dividend
  • Morningstaar Awards, satu lagi Awards dalam dunia pelaburan Unit Trust juga langsung tak pernah memberikan Awards Fund Unit Trust Terbaik dari segi Income Distribution / Dividend
Kenapa tiada comparison / Awards pengiktirafan kepada fund Unit Trust Terbaik dari segi Income Distribution / Dividend?

Tidakkah Income Distribution / Dividend ini menunjukkan bagus / tidak bagus / untung / rugi sesuatu fund sebagaimana yang anda dan ramai orang (termasuk ramai agen Unit Trust) fahami?

Adakah Bloomberg, Morningstar, Lipper, i-Akaun KWSP semua ni tak tahu akan kepentingan maklumat Income Distribution / Dividend ni sebagaimana anda yang merasakan bahawa ianya sangat penting?

Gaiss.... anda nak tahu kenapa Income Distribution / Dividend dalam Unit Trust ni langsung tak dipandang / diketepikan oleh penyedia data statistik rujukan ramai seperti Bloomberg, Morningstar, Lipper hatta KWSP ni?

Kerana....

Income Distribution / Dividend bukanlah takrifan sebenar Prestasi / Keuntungan dalam pelaburan Unit Trust.

Keuntungan dalam Unit Trust disebut RETURN. 

Return ini adalah hasil gabungan:
  1. CAPITAL GAIN (kenaikan Harga Unit NAV) 
  2. DAN Income Distribution / Dividend.
So, ada 2 Faktor Penentu akan kecemerlangan / keuntungan fund Unit Trust (Bukan semata2 Income Distribution sahaja).

  • That why, Bloomberg, Morningstar, Lipper, even i-Akaun menunjukkan bacaan pelbagai jenis Return. 
  • Awards fund Unit Trust Terbaik juga adalah based on Return. 
  • Data pada Fund Fact Sheet, Quarterly Fund Review (QFR), Annual Report juga menggunakan istilah Return dalam laporan yang disediakan.

FORMULA KIRAAN KEUNTUNGAN DALAM UNIT TRUST

Keuntungan = [(Harga NAV BELIAN Unit Trust) x (Jumlah Unit Yang Dibeli)] TOLAK [(Harga NAV JUALAN Unit Trust) x (Jumlah Unit Terkini)]

FAKTA: Jumlah Unit dalam Unit Trust TIDAK AKAN BERKURANGAN (kecuali jika anda jual). Ia sama ada maintain jumlah Unit-nya sejak anda beli atau meningkat jumlah Unit-nya disebabkan oleh:
  1. Income Distribution / Dividend
  2. Unit Split
OK, nak bagi anda lebih faham...
  • Ada Income Distribution / Dividend & Harga NAV naik = Anda memang sedang Untung
  • Tiada Income Distribution / Dividend & Harga NAV naik = Anda masih Untung
  • Tiada Income Distribution / Dividend & Harga NAV menurun = Anda sedang rugi
  • Ada Income Distribution / Dividend & Harga NAV menurun = Anda belum tentu Untung. Mungkin Untung / Rugi / Tiada perubahan. Ini kerana, kita nak kena buat kira2 berdasarkan Harga NAV terkini.
So, berdasarkan kenyataan di atas, yang menentukan anda Untung / Rugi dalam Unit Trust adalah Perubahan Harga (dan bukan Income Distribution / Dividend).

Income Distribution / Dividend hanya boleh dikatakan sebagai keuntungan HANYA JIKA fund Unit Trust tersebut BERHARGA TETAP
  • Contohnya adalah fund ASB, ASB 2, ASB 3.
  • Untuk fund ASB, Harga Belian dan Harga Jualan adalah tetap pada harga RM1.00.
  • Kalau modal anda adalah RM1,000. Maka anda akan menerima 1,000 unit ASB. (RM1,0000 x RM1/unit)
  • Katakan Dividen ASB diumumkan adalah 6%. 
  • Keuntungan =  CAPITAL GAIN (kenaikan Harga Unit NAV) + Income Distribution / Dividend.
  • Dalam ASB, tiada elemen perubahan naik turun harga (Tiada Capital Gain).
  • So dalam hal ini, Income Distribution / Dividend adalah satu-satunya Faktor penentu  keuntungan dalam ASB.
  • Maka, kiraan keuntungan anda adalah 6% daripada 1,000 unit, iaitu 60 unit.
  • 1 unit ASB = RM1. So keuntungan ASB anda adalah RM60.
Faham ke faham?

Jika fund Unit Trust tu harganya Berubah-ubah, maka faktor penting penentu keuntungan adalah Capital Gain.

FUND UNIT TRUST YANG BERIKAN INCOME DISTRIBUTION ADALAH LEBIH BAGUS DARIPADA FUND UNIT TRUST YANG TIDAK MEMBERIKAN INCOME DISTRIBUTION?


Cuba lihat Contoh ini.

Fund Unit Trust 'A'
  • Harga NAV: RM1/unit
  • Modal anda katakan RM1,000.
  • Dengan modal ini, anda akan menerima 1,000 unit Fund 'A'
  • Katakan pada 20 Dec, Fund 'A' declare Income Distribution / Dividend sebanyak 5%.
  • Maka, jumlah Unit Fund 'A' anda akan meningkat (1,000 + 5% = 1050 Unit)
  • Serentak dengan 'declaration Income distribution' itu, harga NAV juga menurun secara berkadaran, iaitu 5%.
  • Harga NAV baru adalah RM1 - 5% = RM0.95
  • Value terkini anda sekarang (Selepas Income Distribution 5%) adalah RM997.50 (Jumlah Unit terbaru, 1050 unit x harga NAV Terbaru, RM0.95.
  • Katakan selepas 6 bulan, harga NAV naik 8% (Capital Gain).
  • Harga NAV terkini adalah RM0.95 x 8% = RM1.026
  • Maka, Value terkini anda sekarang (Selepas kenaikan 8%) adalah RM1,077.30 (Jumlah Unit terbaru, 1050 unit x harga NAV Terbaru, RM1.026).
Fund Unit Trust 'B'
  • Harga NAV: RM1/unit
  • Modal anda katakan RM1,000.
  • Dengan modal ini, anda akan menerima 1,000 unit Fund 'B'
  • Fund 'B' ini TIADA Income Distribution / Dividend.
  • Katakan selepas 6 bulan, harga NAV naik 8% (Capital Gain).
  • Harga NAV terkini adalah RM1 x 8% = RM1.080
  • Maka, Value terkini anda sekarang (Selepas kenaikan 8%) adalah RM1,080 (Jumlah Unit, 1,00 unit x harga NAV Terbaru, RM1.080).
So, dapatan daripada contoh ini:
  • TIADA PERBEZAAN YANG SIGNIFICANT pun sama ada Fund A (ada Income Distribution / Dividend) dan Fund B (TIADA Income Distribution / Dividend).
  • Kalau anda yakin bahawa anda memang untung apabila Income Distribution diumumkan 5% (dan anda tak percaya akan penurunan harga unit selepas declare Income Distribution), sila lah jual unit trust anda itu sejurus urusniaga dibuka semula. Cuba tengok, betul ke anda untung 5%..... (Tiada tempoh lock in dalam pelaburan unit trust).
Lihat pula senarai antara fund terbaik di bawah dengan Record Income Distribution / Dividend bagi tempoh 3 tahun terkini.
  • Interpac Dana Safi
    • 2021: Tiada
    • 2020: Tiada
    • 2019: Tiada
  • PMB Shariah Growth
    • 2021: 17 sen/unit
    • 2020: 6 sen /unit
    • 2019: Tiada
  • Public Islamic Opportunities
    • 2021: 2.0 sen/unit
    • 2020: Tiada
    • 2019: 0.5 sen/unit
  • Kenanga Shariah Growth Opportunities
    • 2021: Tiada
    • 2020: Tiada
    • 2019: Tiada
  • Principal Islamic Asia Pacific Dynamic Equity
    • 2021 (March): 1.28 sen/unit
    • 2020 (Sept): 1.28 sen/unit
    • 2020 (March): 1.28 sen/unit
Untuk pengetahuan, senarai di atas adalah antara fund yang tinggi RETURN-nya (meskipun banyak yang Tiada Income distribution).

Bagus invest SEBELUM declare Income Distribution / Dividend atau SELEPAS Income Distribution / Dividend?
  • Kalau anda faham Konsep Income Distribution / Dividend, anda pasti dah boleh jawab.
  • Actually TIADA PERBEZAAN YANG SIGNIFICANT pun sama ada anda invest SEBELUM atau SELEPAS declare Income Distribution / Dividend.
Thats why, MAJORITI Semua Fund Unit Trust Equity TIDAK MEMBERIKAN Income Distribution / Dividend secara konsisten setiap tahun.

Kalau betul anda nak cari fund yang konsisten memberikan Income Distribution / dividen setiap tahun, ada caranya.
  • Fund Unit Trust yang ada perkataan 'Dividen / Savings / Income' dalam nama fund tersebut. Contohnya PMB Shariah Dividend, Public Islamic Savings, BSN Dana Dividen Al-Ifrah.
  • Dalam Fund Objective (Stated pada Fund Fact Sheet / Product Highligh Sheet / Annual Report) bahawa fund tersebut ingin berikan Income Distribution. Contoh : DMP aims to provide its unit holders with steady income and some prospects for capital appreciation in the longer term. All investments will be made in accordance to Shariah requirements.
OK ke prestasi fund2 Dividen ni?
Ini anda kena tengok pada RETURN fund tersebut. Income Distribution / Dividen yang konsisten tidak menjamin prestasinya mantap jika harga NAV fund tersebut tak naik.

Ada satu kategori khas di Lipper yang menghimpunkan dana Equity Malaysia yang fokuskan pada Dividend, iaitu Equity Malaysiaa Income.

FUND UNIT TRUST YANG BERIKAN 2 KALI INCOME DISTRIBUTION ADALAH LEBIH BAGUS DARIPADA FUND UNIT TRUST YANG HANYA MEMBERIKAN SEKALI SAHAJA?


Pasti anda pernah jumpa fund Unit Trust yang memberikan 2 kali Income Distribution / Dividend, kan?

Contohnya, sekali pada bulan March sebanyak 3% manakala Oct lagi 3%.

Tujuan 2 kali Income Distribution / Dividend adalah untuk memberi peluang bagi pelabur yang terlepas Income Distribution / Dividend pertama (Katakan pada bulan March) untuk join investment dan menikmati Income Distribution / Dividend kedua (pada bulan Oct).

Meskipun fund ini memberikan 2 kali  Income Distribution / Dividend (3% + 3%), jumlahnya biasanya bersamaan dengan fund yang hanya memberikan sekali jer Income Distribution / Dividend (6%).

Oh ya, sebenarnya ada jer fund Unit Trust yang memberikan 4 kali Income Distribution / Dividend setahun. Tapi jumlah keseluruhannya tetap lebih kurang sama jer (1.5% + 1.5% + 1.5% + 1.5%, dan BUKAN 6% + 6% + 6% + 6%).

Kalau anda memang nak 'enjoy' Income Distribution / Dividend sebanyak mungkin dalam setahun, boleh jer anda cari mana2 fund Money Market. Income Distribution / Dividend bagi fund money Market adalah 12 kali setahun.

So kesimpulannya, jumlah berapa kali Income Distribution / Dividend dalam setahun ni sebenarnya tak memberikan sebarang significant impact pun.

Sekali lagi, The Real Profit adalah daripada Capital Gain (Kenaikan harga Unit), dan bukan daripada jumlah unit.
  • Katakan selepas 20 tahun anda melabur Unit Trust, pasti anda seronok nak tahu berapa Jumlah Keuntungan yang anda dapat. 
  • ATAU, anda hanya berminat nak tahu berapa jumlah unit yang telah anda kumpul selama 20 tahun?
  • Anda yang mana satu?
  • Saya pasti, anda pasti teruja nak tahu Jumlah Keuntungan anda waima berapa pun jumlah unit yang terkumpul. Betul tak?

HARGA UNIT MAHAL vs HARGA UNIT MURAH


Nak saya bagi TIPS?

Bagi anda yang memang gemar kumpulkan Unit sebanyak mungkin, maka carilah fund yang berharga paling rendah / murah. 
  • Contohnya, fund yang harga NAV adalah RM0.05/unit.
  • Dengan modal RM1,000, anda akan terima 20,000 unit. Banyak tu...
Tapi sebenarnya, harga NAV paling murah / rendah ni bukanlah penentu keuntungan dalam Unit Trust. Keuntungan Unit Trust antaranya bergantung kepada:
  • Country Allocation (Contoh, prospek saham Malaysia dan saham US adalah berbeza)
  • Asset Allocation (contohnya ia focus pada Technology, Industri...)
  • Pemilihan Saham (lain saham lain potensi keuntungannya)
  • Harga Saham (Harga belian saham, harga jualan saham)
Cuba perhatikan contoh di bawah ini pula.

Fund 'C' - Harga Mahal
  • Harga NAV RM2/unit
  • Katakan modal RM1,000. So jumlah unit yang dibeli adalah 500.
  • Jika harga naik 12%, maka harga NAV terkini adalah RM2.24 (RM2.00 x 12%).
  • Value semasa (dengan kenaikan 12%) adalah 500 unit x RM2.24 = RM1,120.    
Fund 'D' - Harga Murah
  • Harga NAV RM0.20/unit
  • Katakan modal RM1,000. So jumlah unit yang dibeli adalah 5,000.
  • Jika harga naik 12%, maka harga NAV terkini adalah RM0.224 (RM0.20 x 12%).
  • Value semasa (dengan kenaikan 12%) adalah 5,000 unit x RM0.224 = RM1,120.   
So, anda nampak tak?
  • sama jer kan.
  • Keuntungan dalam Unit Trust bukan berdasarkan harga yang anda rasakan terlalu mahal atau terlalu murah.
Saya kongsikan pula harga NAV terkini fund terbaik ini (as 10 Dec 2021)... 
  • Hong Leong Dana Makmur : RM0.81
  • PB Islamic Small Cap : RM0.44
  • RHB Shariah China Focus : RM2.15
  • Interpac Dana Safi : RM0.91
  • PMB Shariah Growth : RM1.99
  • Public Islamic Opportunities : RM0.68
  • public Islamic Global Equity : RM0.39
  • kenanga Shariah Growth Opportunities : RM1.43
So, berdasarkan contoh harga NAV fund terbaik di atas, apa definisi harga murah / mahal bagi anda? Adakah harga RM2.15 dah tak boleh perform (beri keuntungan)?
  • Kita boleh mendapat sedikit gambaran apabila kita melihat kepada range harga 1 tahun terkini (52 weeks) seperti yang dipaparkan oleh Bloomberg.
  • Tapi, meskipun katakan ia kini berada pada harga tertinggi dalam 52 weeks ni, ia tidak bermaksud bahawa harga kini berada pada paras siling. 
    • Akan ada 2 kemungkinan. Harga NAV ini mungkin akan naik dan naik lagi ATAU harga akan start menurun.
  • Begitu juga, katakan ia kini berada pada harga terendah dalam 52 weeks ni, ia tidak bermaksud bahawa harga kini berada pada paras lantai. 
    • Akan ada 2 kemungkinan. Harga NAV ini mungkin akan turun dan turun lagi ATAU harga akan start melantun naik.

Technical Analysis (TA) dalam Unit Trust


Ramai juga yang tanyakan saya sama ada boleh tak apply Technical Analysis (TA) dalam Unit Trust. Antara TA yang famous adalah:
  • Moving Average (MA)
  • Resistance Strength Index (RSI)
  • Stochastic
  • Bollinger Band (BB)
Boleh ke guna TA untuk menilai arah pergerakan harga unit?

OK. Sebenarnya, TA ni tak valid untuk diaplikasi kan dalam Unit Trust.
  • Berbeza dengan saham (yang boleh apply TA), Unit Trust adalah gabungan banyak saham. Kalau memang nak buat juga TA, kena la buat TA pada semua saham. Nak?
  • Yang paling susah adalah kita tak tahu latest stock dalam Unit Trust tersebut. Ini kerana, report Fund Unit Trust itu hanya akan diterbitkan 1-2 bulan mendatang.
  • Dalam tempoh ini, Fund Manager mungkin dah pun melakukan beberapa perubahan pada pegangan saham .

KESIMPULAN


  1. Keuntungan bagi Unit Trust yang harganya berubah-ubah ditentukan oleh Capital Gain & Income Distribution.
  2. Capital gain lebih penting berbanding Income Distribution.
  3. Tiada perbezaan yang significant antara fund yang memberikan Income Distribution dan juga fund yang tidak memberikan Income Distribution.
  4. Keuntungan bagi Unit Trust yang berharga tetap (Seperti ASB) ditentukan hanya oleh Income Distribution / dividend.
  5. Keuntungan Unit Trust antaranya bergantung kepada:
    • Country Allocation (Contoh, prospek saham Malaysia dan saham US adalah berbeza)
    • Asset Allocation (contohnya ia focus pada Technology, Industri...)
    • Pemilihan Saham (lain saham lain potensi keuntungannya)
    • Harga Saham (Harga belian saham, harga jualan saham)


🟥⬛️🟨🟦🟥⬛️🟨🟦🟥⬛️🟨🟦

Pakar Strategi Pelaburan Multi-Asset
Unit Trust | Private Mandate | Bitcoin & Crypto | ETF | FCPO

👉 Facebook

✅ Saya bukan sekadar bantu anda melabur. Saya bantu anda buat keputusan yang betul — terutamanya bila market tak menentu. Masalah pelabur bukan tak tahu cari keuntungan. Masalah sebenar... mereka tak tahu mengurus kerugian dan emosi. Pelaburan bukan sekadar pilih fund. Pelaburan adalah tentang mengurus emosi sendiri. 

🟥⬛️🟨🟦🟥⬛️🟨🟦🟥⬛️🟨🟦

================================
DISCLAIMER :
Past performance does not reflect future performance. All information in this article / blog is for educational purposes only and should NOT be taken as investment advise, nor as a recommendation or endorse.
Please refer to your agent for details explanation. Thanks.
===============================

07 December 2021

CARA MENJADI EJEN UNIT TRUST BERJAYA DI MALAYSIA (2026): JANGAN PILIH SYARIKAT. PILIH EKOSISTEM YANG MEMBINA KERJAYA ANDA.

Cara Membina Income Kedua Dalam Industri Kewangan Tanpa Berhenti Kerja... 

Ramai Orang Bertanya Saya...
"Company Unit Trust mana paling best?"

Sebenarnya... Itu soalan yang salah.

Berdasarkan pengalaman lebih 10 tahun dalam industri pelaburan, menguruskan portfolio pelaburan melebihi RM100 juta merangkumi Unit Trust, ASB Financing, Saham US, Saham Malaysia, Bitcoin, FCPO serta penyelesaian pelaburan GLC & korporat (Mandate), saya berpendapat bahawa Soalan yang lebih tepat ialah:

"Syarikat dan Agensi mana yang memberi saya peluang paling besar untuk berjaya?"

Kerana hakikatnya...
Ramai ejen gagal bukan sebab mereka tidak pandai menjual.
Mereka gagal kerana mereka berada dalam ekosistem yang salah.

Saya Pernah Lihat Dua Jenis Ejen

💙 Ejen A
Setiap pagi fikir... "Hari ini nak jual produk apa?"

💙 Ejen B
Setiap pagi fikir... "Hari ini client saya perlukan solusi apa?"

Nampak macam sama.

Tetapi selepas 5 tahun...
Seorang masih mengejar komisen bulanan.
Seorang lagi sudah mempunyai:

🩷 Portfolio bernilai jutaan ringgit
🩷 Pendapatan berulang (Recurring Income)
🩷 Team sendiri
🩷 Jenama profesional
🩷 Kebebasan masa

Bezanya bukan kerja lebih kuat.
Tetapi memilih platform yang lebih jelas dan berpotensi.

Selepas lebih 10 tahun dalam industri kewangan... Saya sedar satu perkara.

👉 Saya tidak mahu terikat kepada satu syarikat pengurusan dana (syarikat Unit Trust) sahaja.
👉 Saya mahu kebebasan memilih dana Unit Trust terbaik untuk pelanggan.
👉 Saya juga mahukan beberapa produk / servis tambahan sebagai solution kepada keperluan pelanggan.



SATU LESEN ---> 37 SYARIKAT UNIT TRUST & LEBIH 700 DANA UNIT TRUST PRS


Kenapa nak jadi agent unit trust satu kompeni sahaja?

Sedangkan anda ada pilihan untuk jadi agent yang boleh pasarkan >85% unit trust di Malaysia daripada 37 syarikat pengurusan dana terkemuka di Malaysia dan antarabangsa.

Antaranya:

🔹 Maybank 
🔹 RHB 
🔹 Principal 
🔹 Kenanga 
🔹 Manulife
🔹 TA Investment 
🔹 PMB Investment
🔹 Hong Leong 
🔹 Nomura 
🔹 AHAM
🔹 AmFunds 
🔹 Astute
🔹 Eastspring
🔹 Halogen 
🔹 KAF 
🔹 Dan banyak lagi

Ini bermaksud...
Anda tidak lagi terikat kepada satu jenama / brand

Sebaliknya...
Anda bebas membina portfolio terbaik mengikut:
◾️ Profil risiko pelanggan
◾️ Objektif kewangan
◾️ Tempoh pelaburan
◾️ Keadaan pasaran semasa

👉 Inilah cara seorang Financial Consultant bekerja.
Bukan sekadar Product Seller.

Hubungi saya untuk sesi 1 to 1 (Online or Physical Meeting) untuk maklumat lanjut dan ketahui bagaimana anda boleh bermula.

Rosyaidi 012-5588680 (KLIK untuk Wassap)
Rosyaidi 012-5588680 (KLIK untuk Wassap)
Rosyaidi 012-5588680 (KLIK untuk Wassap)

PELUANG PASARAN YANG SANGAT BESAR


Ramai orang fikir industri Unit Trust sudah tepu.
Hakikatnya... Market masih sangat besar.

Rakyat Malaysia mempunyai ratusan bilion Ringgit (RM) dalam:

📌 ASB
📌 ASM, ASN
📌 Simpanan Tetap (FD)
📌 Tabung Haji
📌 KWSP
📌 Simpanan tunai
    Sebahagian besar rakyat Malaysia masih belum mempunyai:

    💙 Portfolio pelaburan yang tersusun
    💙 Diversifikasi aset
    💙 Perancangan persaraan
    💙 Pelan pendidikan anak
    💙 Strategi pengurusan kekayaan
      Ini bukan sekadar peluang menjual produk.
      Ini peluang membantu masyarakat membuat keputusan kewangan yang lebih baik.

      Dan

      ❌ Anda tidak menjual produk
      Anda Menyelesaikan Masalah.

      Hari ini pelanggan mencari jawapan kepada soalan seperti:
      ◾️ Dana mana paling sesuai?
      ◾️ Bila masa terbaik untuk melabur?
      ◾️ Bagaimana hendak guna KWSP i-Invest?
      ◾️ Bagaimana hendak bina portfolio global?
      ◾️ Patut pilih dana Malaysia atau luar negara?
      ◾️ Bagaimana hendak melawan inflasi?
        Di sinilah nilai sebenar seorang perunding.

        Semakin tinggi ilmu anda...
        Semakin tinggi nilai anda di mata pelanggan.

        KENAPA RAMAI AGENT BERHENTI DALAM TAHUN PERTAMA?


        Bukan kerana industri ini susah.

        Tetapi kerana mereka tiada:
        ◾️ Mentor
        ◾️ Sistem
        ◾️ Training 
        ◾️ Sales Framework
        ◾️ Komuniti yang aktif

        Ramai masuk industri...
        Tetapi dibiarkan mencari jalan sendiri.

        MENGAPA SAYA BERBEZA?


        Sepanjang perjalanan kerjaya ini...

        ♥️ Pengalaman industri melebihi 10 tahun
        ♥️ Portfolio pelaburan yang diuruskan melebihi RM100 juta
        ♥️ Dipercayai oleh lebih 1,000 pelabur di seluruh Malaysia
        ♥️ Berpengalaman dalam Unit Trust, ASB Financing, ETF, Saham Global, Saham Malaysia, Bitcoin & Crypto, FCPO serta penyelesaian pelaburan korporat
        ♥️ Membimbing banker, agent takaful, penjawat awam, usahawan dan profesional membina kerjaya sebagai konsultan kewangan

        Saya tidak mencari agent semata-mata.
        Saya lebih berminat membina sekumpulan kecil konsultan kewangan yang benar-benar mahir memberi nasihat kepada pelanggan.

        Sebab itu latihan yang saya tekankan bukan sekadar teknik closing atau skrip jualan.

        Anda akan belajar bagaimana memahami ekonomi, membaca trend pasaran, membina portfolio pelanggan, mengurus risiko, menggunakan AI untuk meningkatkan produktiviti serta membina jenama profesional yang boleh bertahan dalam industri untuk jangka panjang.

        ❌ Matlamat saya bukan melahirkan "salesman".

        ✅ Matlamat saya ialah melahirkan Wealth Strategist yang dihormati pelanggan kerana ilmu, integriti dan kemampuan memberi solusi.



        Saya percaya, produk mungkin sama. Tetapi strategi, ilmu dan cara berfikir itulah yang membezakan keputusan seseorang dalam jangka panjang.

        SIAPA YANG SESUAI MENJADI KONSULTAN KEWANGAN - AGENT UNIT TRUST PRS?


        💙 Agen Unit Trust yang nak aktif semula (buat comeback)
        💙 Takaful Consultant
        💙 Pegawai bank / Loan advisor
        💙 Agent hartanah
        💙 Akauntan / Engineer / Profesional
        💙 Guru / Pensyarah
        💙 Eksekutif / Manager
        💙 Usahawan / Sales Advisor
        💙 Fresh Grade
        💙 Kakitangan Kerajaan / swasta
        💙 Mereka yang mahu membina pendapatan kedua
        💙 Mereka yang bercita-cita membina pasukan dan agensi sendiri

        ✅ Full Time
        ✅ Part Time
        ✅ Seluruh Malaysia

        BAYANGKAN 5 TAHUN AKAN DATANG 


        Orang lain masih mengejar target bulanan.
        Tetapi anda sudah mempunyai:

        🩷 Ratusan pelanggan setia
        🩷 Portfolio bernilai jutaan ringgit
        🩷 Pendapatan berulang setiap bulan (Passive Income)
        🩷 Team yang berkembang di seluruh Malaysia
        🩷 Personal branding yang kukuh

        Itulah bezanya apabila anda membina aset, bukan sekadar mengejar komisen.

        PENUTUP


        Ilmu, sistem dan ekosistem yang betul akan menentukan sejauh mana anda boleh pergi dalam industri ini.




        Jika anda benar-benar serius untuk membina kerjaya sebagai Perunding Unit Trust & PRS yang profesional, beretika dan berprestasi tinggi... Saya sedia berkongsi roadmap, sistem dan pengalaman lebih sedekad dalam industri ini.

        Peluang tidak mengubah hidup sesiapa. Hanya 'Tindakan' yang mampu mengubahnya.  Kalau tak buat tindakan sekarang, next 5 years juga anda masih di tempat yang sama... exactly sama macam 5 tahun lepas...

        28 November 2021

        DIVERSIFY INVESTMENT UNIT TRUST - PORTFOLIO PELABURAN YANG PADU!

        Antara strategi dalam pelaburan Unit Trust adalah Diversification atau pelbagaikan pelaburan atau membentuk Portfolio Pelaburan Unit Trust yang padu.

        Portfolio Pelaburan Unit Trust

        Dalam keadaan market (Index saham) dunia yang tak menentu kini, kita dituntut untuk mempelbagaikan pelaburan bertujuan:
        1. mengurangkan risiko kerugian
        2. mendapat manfaat (keuntungan) bagi kenaikan market2 tertentu.

        Jika anda hanya fokuskan investment hanya pada satu segmen (Katakan anda hanya invest dalam pasaran Market Malaysia):
        1. anda sebenarnya meletakkan diri anda pada kedudukan berisiko besar. Jika rugi segmen tersebut, maka anda akan rugi besar.
        2. anda mungkin kerugian peluang (Opportunity loss) andaikata market lain (Katakan market Global / China / India / Asia) mencanak naik prestasinya.

        So, sebaiknya anda diversify. Ini contoh Formula-nya, anda boleh bentukkan Portfolio Pelaburan dengan melabur pada market2 ini:
        1. Malaysia - Index KLCI masih pada paras rendah. InsyaAllah long term gain. 
        2. Asia Pacific - potensi kenaikan market Post Covid daripada negara industri Asia.
        3. Global - market US (especially sector Technology) yang masih 'Strong Bullish'
        4. China / India - invest pada negara yang bakal menguasai ekonomi dunia

        Ada banyak pilihan fund Unit Trust Berkualiti dan Berpotensi dalam market. Untuk mudahkan anda, saya telah sediakan Analisa Kekuatan dan Kelebihan Top Unit Trust fund... Now everyone can invest in the best fund.

        >>> KATEGORI / GEOGRAFI / REGION INVESTMENT>>>










        Oh ya... Ini bukanlah nasihat pelaburan! Ini sekadar panduan. Banyak faktor perlu diambil kira sebelum melabur. Bagi yang belum mahir (atau yang tak nak pening2 kepala), digalakkan untuk attach dengan mana2 agen Unit Trust untuk ;

        1. Guide pembentukan portfolio (Pembahagian % untuk each segmen/ kategori pelaburan)
        2. Pemilihan fund Unit Trust yang sesuai dengan Tahap Penerimaan Risiko anda.
        3. Mungkin ada fokus pelaburan pada mana2 segmen / kategori sesuai dengan perancangan / Objektif pelaburan anda.

        Anda nak saya bantu bentukkan Portfolio Pelaburan Unit Trust anda?


        🟥⬛️🟨🟦🟥⬛️🟨🟦🟥⬛️🟨🟦

        Penulis,

        Cikgu Adi  (KLIK untuk lebih mengenali saya) 
        Group Financial Consultant,
        Group Agency Manager.
        Unit Trust | Private Mandate | Takaful KWSP | ASB Financing 

        👉 Facebook (Follow FB ini supaya tak terlepas perkongsian Eksklusif yang bermanfaat & strategi kewangan terkini tentang simpanan & pelaburan)

        🟥⬛️🟨🟦🟥⬛️🟨🟦🟥⬛️🟨🟦

        PERKONGSIAN 'MAHAL' - RUGI TAK AMBIL TAHU!

        ✅ Instrumen = sama (ASB)
        ✅ Modal anda = sama
        ✅ Tempoh masa = sama
        ✅ Dividen ASB = sama (5.75%)
        ♥️ Hasil akhir (untung & ROI) = Sangat berbeza 


        JOM TAMBAH INCOME


        ================================
        DISCLAIMER :
        Past performance does not reflect future performance. All information in this article / blog is for educational purposes only and should NOT be taken as investment advise, nor as a recommendation or endorse.
        Please refer to your agent for details explanation. Thanks.
        ===============================