01 April 2019

LIPPER AWARDS 2019 & UPDATE PRESTASI UNIT TRUST

Artikel ini insyaAllah memberikan maklumat terkini berkenaan Anugerah Lipper 2019 dan Prestasi Terkini dana Unit Trust Islamik setakat 28 March 2019.

LIPPER FUND AWARDS



Pada 25 March yang lalu telah berlangsungnya satu majlis yang mengiktiraf dana-dana unit trust terbaik. Sebanyak 74 anugerah disampaikan kepada para pemenang. Public Mutual Berhad muncul sebagai penerima anugerah terbanyak diiukuti oleh Eastspring Investment.

Anugerah ini mengiktiraf prestasi terbaik sesuatu dana sepanjang 2018. 

Umumnya, anugerah ini melibatkan 3 kategori besar:


Awards Fund melibatkan dana-dana conventional sahaja. Anugerah ini diberikan untuk 20 sub-kategori. Public Mutual unggul dengan 14 anugerah diikuti oleh Areca dengan 3 anugerah. Group Awards untuk Equity dimenangi oleh Maybank Asset Management.


Islamic Funds melibatkan dana-dana patuh shariah sahaja. Anugerah ini diberikan untuk 18 sub-kategori. Public Mutual berjaya menggondol 9 anugerah diikuti oleh PMB Investment, RHB Asset Management, Pheim Unit Trust dan Eastspring Investment dengan masing-masing 2 anugerah. Group Awards untuk Equity dimenangi oleh Public Mutual.




Providend Funds (Pension Funds) melibatkan dana-dana unit trust yang boleh dilaburkan terus menggunakan Acc 1 KWSP. Anugerah diberikan untuk 36 kategori tanpa mengira sama ada ianya Islamic fund mahupun conventional fund (which one the best). Eastspring Investment mengungguli 10 kategori, Affin Hwang Asset Management dengan 6 anugerah manakala Public Mutual dengan 5 anugerah. Group Award untuk Equity diungguli oleh Eastspring Investment. Affin Hwang Asset Management pula menerima Group Awards untuk Mixed Asset manakala RHB Asset Management untuk Group Awards Bond.



PRESTASI DANA UNIT TRUST


Tahniah kepada dana Maybank AsiaPac Ex-Japan Equity i, yang telah dinobatkan sebagai dana unit trust Islamic terbaik bagi kategori Equity Asia Ex-Japan - Islamic Fund (3 Years). 


Akhbar The Edge keluaran #1248 (Jan 7 - Jan 13, 2019) menunjukkan prestasi dana unit trust setakat 28 Dec 2018. Tiga dana unit trust terbaik bagi Equity Asia Pacific Ex-Japan - Islamic Fund (3 Years Total Return) as 28 Dec 2018:
1. Affin Hwang Aiiman Asia (Ex-Japan) Growth : 20.59%
2. Maybank AsiaPac Ex-Japan Equity i : 14.17%
3. Maybank Greater China Asean Equity i : 11.23%

Yang terkini...... as 15 March 2019.....tiga dana unit trust terbaik bagi Equity Asia Pacific Ex-Japan (3 Years Total Return) dengan merujuk kepada Akhbar The Edge keluaran #1259 (March 25 - March 31, 2019) adalah:
1. Maybank AsiaPac Ex-Japan Equity i : 34.12%
2. Maybank Greater China Asean Equity i : 29.89%
3. Manulife Investment Shariah Asia Pacific : 26.94%

Bagi tempoh 3 bulan mutakhir ini (28 Dec 2018 - 28 March 2019), rata-ratanya dana unit trust bagi kategori ini mencatatkan prestasi yang sangat memberangsangkan. 3 dana terbaik berdasarkan rujukan di Morningstar adalah:
1. Maybank AsiaPac Ex-Japan Equity i : 11.05%
2. Pheim Asia Ex-Japan Islamic : 11.03%
3. Public Islamic Asia Leaders Equity : 9.52%

Wow! 11% dalam masa 3 bulan! 
Amacam, menarik?


Tahniah kepada dana Public Islamic Asia Leaders Equity, yang telah dinobatkan sebagai dana unit trust Islamic terbaik bagi kategori Equity Asia Ex-Japan - Islamic Fund (5 Years). 

Akhbar The Edge keluaran #1248 (Jan 7 - Jan 13, 2019) menunjukkan prestasi dana unit trust setakat 28 Dec 2018. Tiga dana unit trust terbaik bagi Equity Asia Pacific Ex-Japan (5 Years Total Return) as 28 Dec 2018:
1. Public Islamic Asia Leaders Equity : 31.96%
2. CIMB Islamic Asia Pacific Equity : 31.58%
3. Public Islamic Asia Dividend : 24.63%

Yang terkini...... as 15 March 2019.....tiga dana unit trust terbaik bagi Equity Asia Pacific Ex-Japan (5 Years Total Return) dengan merujuk kepada Akhbar The Edge keluaran #1259 (March 25 - March 31, 2019) adalah:
1. CIMB Islamic Asia Pacific Equity  : 49.54%
2. Public Islamic Asia Leaders Equity : 45.96%
3. Manulife Investment Shariah Asia Pacific : 34.98%

Wow! hampir 50% bagi tempoh 5 tahun.
Ia adalah Total Return / Cumulative Return... compounded.
Jumlah keuntungan yang terkumpul...
OK tak?


Tahniah kepada dana PMB Shariah Premier, yang telah dinobatkan sebagai dana unit trust Islamic terbaik bagi kategori Equity Malaysia - Islamic Fund (3 Years). 

Akhbar The Edge keluaran #1248 (Jan 7 - Jan 13, 2019) menunjukkan prestasi dana unit trust setakat 28 Dec 2018. Tiga dana unit trust terbaik bagi Equity Malaysia (3 Years Total Return) as 28 Dec 2018:
1. PMB Shariah Premier : 12.22%
2. Public Islamic Advantage Growth Equity : 7.49%
3. Affin Hwang Aiiman Equity : 4.18%

Yang terkini...... as 15 March 2019.....tiga dana unit trust terbaik bagi Equity Malaysia (3 Years Total Return) dengan merujuk kepada Akhbar The Edge keluaran #1259 (March 25 - March 31, 2019) adalah:
1. PMB Shariah Premier  : 12.85%
2. Hong Leong Dana Makmur : 10.10%
3. Public Islamic Advantage Growth Equity : 10.08%

Siapa kata dana unit trust yang invest dalam Malaysia belum start naik?
Belum masanya untuk naik?
Slow naiknya?

Ni ha...
Bagi tempoh 3 bulan mutakhir ini (28 Dec 2018 - 28 March 2019), terdapat beberapa dana unit trust bagi kategori ini mencatatkan prestasi yang sangat memberangsangkan. 3 dana terbaik berdasarkan rujukan di Morningstar adalah:
1. Hong Leong Dana Makmur : 11.68%
2. TA Islamic : 10.24%
3. TA Dana Fokus : 10.20%

Wow! 11% dalam masa 3 bulan! 
Amacam, menarik?


Tahniah sekali lagi kepada dana PMB Shariah Premier, yang telah dinobatkan sebagai dana unit trust Islamic terbaik bagi kategori Equity Malaysia - Islamic Fund (5 Years). 

Akhbar The Edge keluaran #1248 (Jan 7 - Jan 13, 2019) menunjukkan prestasi dana unit trust setakat 28 Dec 2018. Tiga dana unit trust terbaik bagi Equity Malaysia (5 Years Total Return) as 28 Dec 2018:
1. PMB Shariah Premier : 23.06%
2. Eastspring Investment Dana Al-Ilham : 17.88%
3. Hong Leong Dana Makmur : 8.23%

Yang terkini...... as 15 March 2019.....tiga dana unit trust terbaik bagi Equity Malaysia (5 Years Total Return) dengan merujuk kepada Akhbar The Edge keluaran #1259 (March 25 - March 31, 2019) adalah:
1. PMB Shariah Premier  : 24.53%
2. Eastspring Investment Dana Al-Ilham : 18.81%
3. Hong Leong Dana Makmur : 18.79%

Overall, rata-rata dana unit trust Malaysia ini dah mencatatkan prestasi yang positif bagi 3 bulan mutakhir ini.

Ada yang naik banyak!
Ada yang naik sedikit.... hmmm.


Tahniah kepada dana Public Islamic Dividend, yang telah dinobatkan sebagai dana unit trust Islamic terbaik bagi kategori Equity Malaysia Income - Islamic Fund (3 Years). 

Akhbar The Edge keluaran #1248 (Jan 7 - Jan 13, 2019) menunjukkan prestasi dana unit trust setakat 28 Dec 2018. Tiga dana unit trust terbaik bagi Equity Malaysia Income (3 Years Total Return) as 28 Dec 2018:
1. Public Islamic Dividend : 0.89%
2. Public Islamic Savings : -1.53%
3. Public Islamic Growth & Income : -7.06%

Yang terkini...... as 15 March 2019.....tiga dana unit trust terbaik bagi Equity Malaysia Income (3 Years Total Return) dengan merujuk kepada Akhbar The Edge keluaran #1259 (March 25 - March 31, 2019) adalah:
1. Public Islamic Dividend  : 3.92%
2. PMB Shariah Dividend : 2.33%
3. Public Islamic Savings : 1.88%

Bagi tempoh 3 bulan mutakhir ini (28 Dec 2018 - 28 March 2019), terdapat beberapa dana unit trust bagi kategori ini mencatatkan prestasi yang sangat memberangsangkan. 3 dana terbaik berdasarkan rujukan di Morningstar adalah:
1. BIMB i Dividend : 4.59%
2. PMB Shariah TNB Employees : 3.80%
3. PMB Shariah Dividend : 2.92%

Umumnya, kenaikan dana unit trust bagi sector ini bagi 3 bulan terakhir adalah agak slow... huhu


Tahniah kepada dana Public Islamic Select Treasures, yang telah dinobatkan sebagai dana unit trust Islamic terbaik bagi kategori Equity Malaysia Small & Mid Cap - Islamic Fund (3 Years). 

Akhbar The Edge keluaran #1248 (Jan 7 - Jan 13, 2019) menunjukkan prestasi dana unit trust setakat 28 Dec 2018. Tiga dana unit trust terbaik bagi Equity Malaysia Small & Mid Cap (3 Years Total Return) as 28 Dec 2018:
1. Manulife Investment Shariah Progress : 1.40%
2. Public Islamic Select Treasures : -9.43%
3. Public Islamic Treasures Growth : -11.27%

Yang terkini...... as 15 March 2019.....tiga dana unit trust terbaik bagi Equity Malaysia Income (3 Years Total Return) dengan merujuk kepada Akhbar The Edge keluaran #1259 (March 25 - March 31, 2019) adalah:
1. Manulife Investment Shariah Progress  : 7.59%
2. Public Islamic Select Treasures : -1.02%
3. Public Islamic Opportunities : -1.49%

Bagi tempoh 3 bulan mutakhir ini (28 Dec 2018 - 28 March 2019), rata-ratanya dana unit trust bagi kategori ini mencatatkan prestasi yang sangat memberangsangkan. 3 dana terbaik berdasarkan rujukan di Morningstar adalah:
1. CIMB Islamic Small Cap : 14.49%
2. MIDF Amanah Strategic : 7.12%
3. Public Islamic Select Treasures : 6.76%

Di bawah ini ditunjukkan table prestasi Total Return as 28 Dec 2018, as 15 March 2019 dan prestasi 3 bulan yang mutakhir bagi kategori:
1. Mixed Asset Balanced
2. Mixed Asset Conservative
3. Mixed Asset Flexible





BEST OF THE BEST


Kenaikan market sejak awal Januari 2019 memberikan impak yang sangat positif kepada prestasi dana unit trust. Kebanyakan dana sedang mencatatkan prestasi yang amat baik berbanding prestasi yang sangat mengecewakan pada tahun 2018 yang lalu.


Eastspring Dinasti Equity (bukan Award fund pun) sedang unggul mendahalui 224 dana Islamic yang lain dengan prestasi 43.99% Total Return bagi tempoh 3 tahun (15/3/2016 - 15/3/2019). Dana yang fokuskan pelaburan ke negara-negara Greater China ini menerima impak yang sangat positif hasil peningkatan stock yang masih 'under value'.

Maybank AsiaPac Ex-Japan Equity i pula mencatatkan prestasi 34.12% diikuti oleh TA BRIC & Emerging Markets (30.05%). Umumnya, prestasi dana unit trust yang melabur di luar Malaysia rata-ratanya mencatatkan prestasi yang baik bagi tempoh 3 tahun ini.


Peningkatan prestasi market Asia terutamanya di Greater China sekali lagi berjaya mengangkat dana Eastspring Dinasti Equity gah tertinggi Total Return 5 tahunnya dengan prestasi 77.31% (14/3/2014 - 15/3/2019). Public China Ittikal mencatatkan 52.64% diikuti dengan CIMB Islamic Asia Pacific Equity dengan 49.54%.

Umumnya, prestasi dana unit trust yang melabur di luar Malaysia rata-ratanya mencatatkan prestasi yang baik bagi tempoh 5 tahun ini.


CIMB Islamic Small Cap  unggul dengan prestasi Year To Date (YTD) tertinggi dengan 14.41% bagi tempoh antara 1 Jan 2019 - 28 March 2019. Dana ini adalah daripada kategori Equity Malaysia Small & Mid Cap. RHB Shariah China Focus pula mencatatkan 13.55% diikuti dengan Eastspring Dinasti Equity dengan prestasi 11.80% bagi tempoh yang sama.

NASIHAT PELABURAN


1. Follow Trend! Tahu arah trend. Kenal pasti trend yang sedang naik / berpotensi untuk naik.
2. Regional diversification. bagus jika anda juga mempunyai dana unit trust yang fokuskan pelaburan di luar Malaysia - Asia Pacific/ Greater China
3. Invest bagi tempoh masa Medium-long Term.
4. Review semula dana unit trust. Adakah dana tersebut masih mempunyai momentum?  
.
.
Sifir saya mudah.
.
.
Market naik.... prestasi dana unit trust juga patutnya naik.
Tapi, jika market naik, prestasi dana unit trust tak naik / naik slow sangat.... hmmm.... something wrong somewhere..
.
.
Prestasi dana unit trust dalam kategori yang sama biasanya tak jauh bezanya...
Kalau dana lain 'biasa-biasa' sahaja prestasinya, tetapi ada dana yang tetiba tinggi prestasinya,..... memang hebat lah dana tersebut:-)
Dan...

Kalau hampir semua dana berprestasi positif, tetapi ada dana lain yang berprestasi negatif ..... hmmm... something wrong somewhere...


Penulis,
Group Financial Consultant,

📞 012-5588680 (Wassap (KLIK)
📞 012-5588680 (Wassap (KLIK)
📞 012-5588680 (Wassap (KLIK)

Unit Trust | Private Mandate | Bitcoin & Crypto | ASB Financing 



ARTIKEL POPULAR
================================
DISCLAIMER :
Past performance does not reflect future performance. All information in this article / blog is for educational purposes only and should NOT be taken as investment advise, nor as a recommendation or endorse.
Please refer to your agent for details explanation. Thanks.
===============================

18 February 2019

UNIT TRUST TERBAIK MALAYSIA - FEBRUARI 2019

Artikel ini insyaAllah memberikan maklumat terkini Prestasi Unit Trust Terbaik Malaysia - Patuh Shariah bagi Februari 2019 (Annualized Return) berdasarkan rujukan di Morningstar. Data Morningstar ini adalah berdasarkan tarikh 31 Jan 2019 dan dirujuk oleh saya pada tarikh 18 Feb 2019.



PRESTASI DANA UNIT TRUST


"Agen saya pernah mengatakan bahawa prestasi semasa dana pelaburan saya adalah 50% untuk tempoh 5 tahun ni... 
Jadi, secara puratanya ia mencatatkan 10% setahun la kan? 
Betul tak En Adi? 
Betul tak?"
.
.
Sebenarnya, cara kiraan sebegitu disebut sebagai Simple Return, iaitu dengan cara membahagikan secara mudah, prestasi 50% / 5 tahun pelaburan = 10%. Cara kiraan ini adalah KURANG TEPAT. Ia tidak menunjukkan prestasi purata sebenar sesuatu dana.

Untuk mendapatkan Prestasi Pulangan Setahun dana secara purata bagi sesuatu tempoh (3 tahun / 5 tahun / 10 tahun), terdapat formula tertentu yang lebih spesifik dan tepat yang digunakan secara meluas di seluruh dunia. Annualized return is year-over-year growth rate of an investment over a specified period of time and calculated as:

3 Years Annualised Return


Jadual di bawah menunjukkan 20 dana terbaik Annualized Return bagi tempoh 3 tahun. 
  • Tempoh penilaian : 3 Tahun (1/2/2016 - 1/2/2019)
  • Sector : Unit Trust Patuh shariah sahaja (Equity, Balanced, Bond)
  • Jenis Pelaburan : Pelaburan di Malaysia & Luar Malaysia (ASEAN, Asia Pacific, Asia Pacific Ex Japan, Greater China, Global, Emerging Countries, Property & REIT, Commodities, Gold & Precious Metals)
  • Syarikat unit trust : Semua = tiada pengecualian 
  • Cara susunan : Berdasarkan 20 Annualized Return yang tertinggi.
   Annualized Return Unit Trust bagi tempoh 3 tahun. KLIK gambar untuk lebih jelas.  
Sumber : Morningstar as 18/2/2019.
**Past Performance Is Not Indicative Of Future Results

Dengan prestasi Annualized Return (3 Tahun) setinggi 13.25%, maka bukan sesuatu yang aneh kenapa dana Eastspring Dinasti Equity menjadi pilihan ramai pelabur untuk mengembangkan pelaburan masing2. Dana ini juga disenaraikan sebagai salah satu dana yang boleh dilabur menggunakan Akaun 1 KWSP.

Dana unit trust terbaik bagi tempoh 3 tahun ini (1/2/2016 - 1/2/2019) adalah:
  1. Eastspring Dinasti Equity (13.25%)
  2. Precious Metal Securities (12.83%)
  3. Manulife Shariah Asia Pacific (9.79%)
  4. TA BRIC & Emerging Markets (9.47%)
  5. Maybank Greater China Asean Equity i (9.00%)

    5 Years Annualised Return


    Jadual di bawah ini pula menunjukkan 20 dana terbaik Annualized Return bagi tempoh 5 tahun. 
    • Tempoh penilaian : 5 Tahun (1/2/2014 - 1/2/2019)
    • Sector : Unit Trust Patuh shariah sahaja (Equity, Balanced, Bond)
    • Jenis Pelaburan : Pelaburan di Malaysia & Luar Malaysia (ASEAN, Asia Pacific, Asia Pacific Ex Japan, Greater China, Global, Emerging Countries, Property & REIT, Commodities, Gold & Precious Metals)
    • Syarikat unit trust : Semua = tiada pengecualian 
    • Cara susunan : Berdasarkan 20 Annualized Return yang tertinggi.
       Annualized Return Unit Trust bagi tempoh 5 tahun. KLIK gambar untuk lebih jelas. 
    Sumber : Morningstar as 18/2/2019.
    **Past Performance Is Not Indicative Of Future Results

    Eastspring Dinasti Equity mencatatkan prestasi terbaik dengan prestasi purata 10.68% (Annualised Return) bagi tempoh 5 tahun. Dana unit trust ini fokuskan kepada saham syarikat berpotensi yang didagangkan di market Hong Kong, China dan Taiwan. 

    Dana unit trust terbaik bagi tempoh 5 tahun ini (1/2/2014 - 1/2/2019) adalah:
    1. Eastspring Dinasti Equity (10.68%)
    2. Public China Ittikal (8.14%)
    3. CIMB Islamic Asia Pacific Equity (7.87%)
    4. Public Islamic Asia Leaders Equity (7.57%)
    5. PB Islamic Asia Strategic Sector(7.46%)

      10 Years Annualised Return


      Jadual di bawah ini pula menunjukkan 20 dana terbaik Annualized Return bagi tempoh 10 tahun. 
      • Tempoh penilaian : 10 Tahun (1/2/2009 - 1/2/2019)
      • Sector : Unit Trust Patuh shariah sahaja (Equity, Balanced, Bond)
      • Jenis Pelaburan : Pelaburan di Malaysia & Luar Malaysia (ASEAN, Asia Pacific, Asia Pacific Ex Japan, Greater China, Global, Emerging Countries, Property & REIT, Commodities, Gold & Precious Metals)
      • Syarikat unit trust : Semua = tiada pengecualian 
      • Cara susunan : Berdasarkan 20 Annualized Return yang tertinggi.
         Annualized Return Unit Trust bagi tempoh 10 tahun. KLIK gambar untuk lebih jelas. Sumber : Morningstar as 18/2/2019.
      **Past Performance Is Not Indicative Of Future Results

      Eastspring Investment Dana Al-Ilham adalah dana unit trust terbaik bagi tempoh 10 tahun, dengan mencatatkan prestasi purata 12.23% (Annualised Return). Dana unit trust ini fokuskan kepada saham syarikat berpotensi yang didagangkan di Bursa Saham Kuala Lumpur (KLCI).

      Dana unit trust terbaik bagi tempoh 10 tahun ini (1/2/2009 - 1/2/2019) adalah:
      1. Eastspring Dana Al-Ilham (12.23%)
      2. Public Islamic opportunities (10.96%)
      3. Affin Hwang Aiiman Growth (10.82%)
      4. Dana Makmur Pheim (10.65%)
      5. Kenanga Syariah Growth (10.63%)
        Data ini sekadar menunjukkan prestasi Top 20 sahaja berbanding keseluruhan dana Islamik, iaitu sebanyak 229 dana. Terdapat 3 kemungkinan jika sesuatu dana itu tidak tersenarai dalam Top 20 ini:
        1) Prestasinya berkedudukan antara 21-229.
        2) Sesuatu dana itu belum cukup umur (kurang daripada 3 tahun / 5 tahun / 10 tahun sejak ia dilancarkan)


        3) Sesuatu dana itu tidak tersenarai dalam list Morningstar 


        Year To Date (YTD) Return


        Bermula Januari 2019, kebanyakan dana unit trust telahpun menunjukkan prestasi yang sangat memberangsangkan. Kebanyakan dana2 yang mencatatkan prestasi baik ini melibatkan pelaburan di pasaran luar Malaysia:
        • Asia Pacific - China, India, Indonesia, Hong Kong, Taiwan, Malaysia dan banyak lagi 
        • Greater China - China, Hong Kong & Taiwan
        • Global - US, Germany, France, China, Malaysia dan banyak lagi
        Jadual di bawah ini pula menunjukkan 20 dana terbaik Year To Date (YTD) Return bagi tempoh antara 1 Januari 2019 - 17 Februari 2019 (1 bulan setengah sahaja). 
        • Tempoh penilaian : Year To Date (YTD) return (1/1/2019 - 17/2/2019)
        • Sector : Unit Trust Patuh shariah sahaja (Equity, Balanced, Bond)
        • Jenis Pelaburan : Pelaburan di Malaysia & Luar Malaysia (ASEAN, Asia Pacific, Asia Pacific Ex Japan, Greater China, Global, Emerging Countries, Property & REIT, Commodities, Gold & Precious Metals)
        • Syarikat unit trust : Semua = tiada pengecualian 
        • Cara susunan : Berdasarkan 20 prestasi yang tertinggi.
           Year To Date (YTD) Return Unit Trust bagi tempoh antara 1 Jan 2019 - 17 Feb 2019. KLIK gambar untuk lebih jelas. Sumber : Morningstar as 18/2/2019.
        **Past Performance Is Not Indicative Of Future Results

        Pheim Asia Ex-Japan Islamic mencatatkan prestasi yang paling mengujakan.... 12.12% hanya bagi tempoh 1 bulan setengah... Dana ini adalah dari sector Equity Asia Pacific Ex-Japan, yang melabur dalam saham2 terpilih dan berpotensi dari pasaran Asia terutamanya Malaysia.

        Dana unit trust terbaik bagi Year To Date (YTD) return (1/1/2019 - 17/2/2019) adalah:
        1. Pheim Asia Ex-Japan Islamic (12.12%)
        2. Maybank AsiaPac Ex-Japan Equity i (9.57%)
        3. Manulife Shariah Asia Pacific (9.35%)
        4. Dana Makmur Pheim (9.25%)
        5. CIMB Islamic Small Cap (9.06%)
          Ini hanyalah permulaan. InsyaAllah dana-dana ini akan meneruskan momentum dan prestasi positif ini. Harga NAV unit trust masih lagi pada paras yang rendah bagi sesiapa yang ingin memulakan / menambah  pelaburan.


          Ringkasan - Prestasi dana terbaik mengikut UTMC


          Year To Date (YTD) Return dan prestasi Annualized Return bagi tempoh 3 tahun untuk dana Unit Trust mengikut syarikat unit trust. KLIK gambar untuk lebih jelas. 
          Sumber : Morningstar as 18/2/2019.
          **Past Performance Is Not Indicative Of Future Results

          Jadual di atas menunjukkan Dana unit trust islamic terbaik bagi syarikat2 unit trust. CIMB Islamic Small Cap merupakan dana terbaik bagi CIMB Principal (Islamic fund) untuk Year To Date Return dengan prestasi 9.06%. Eastspring Dinasti Equity pula berprestasi 8.08% untuk bergelar dana terbaik Eastspring (Islamic fund) untuk YTD Return.

          Dengan prestasi YTD Return sebanyak 6.29%, dana Kenanga Shariah Growth Opportunities mengatasi dana Kenanga (Islamic fund) yang lain. Manulife Shariah Asia Pacific terbaik di Manulife (Islamic fund) dengan prestasi 9.35% bagi YTD Return.

          Pheim Asia Ex-Japan Islamic adalah dana yang paling banyak lonjakan bagi tempoh antara 1 Januari 2019 - 17 Februari 2019.... sebulan setengah jer dah mencapai 12.12%. PMB Shariah Small Cap pula adalah dana terbaik YTD Return bagi PMB Investment dengan prestasi 6.12%. 

          Dengan prestasi 7.06%, dana Public Islamic Asia Leaders Equity berjaya mendahalui dana2 di Public Mutual (Islamic fund). RHB Islamic Regional Balanced berprestasi 3.68% sambil RHB Islamic Global Developed Markets dengan YTD return 6.62% bagi RHB (Islamic Fund).

          3 Years Annualized Return


          CIMB Islamic Asia Pacific Equity merupakan dana terbaik bagi CIMB Principal (Islamic fund) untuk tempoh 3 tahun dengan prestasi purata 7.08%. Eastspring Dinasti Equity pula berprestasi purata 13.25% untuk bergelar dana terbaik Eastspring (Islamic fund) untuk 3 tahun ini. Dana ini juga adalah dana terbaik keseluruhan dana Islamic bagi tempoh 3 tahun.

          Dengan prestasi purata 3 tahun sebanyak 3.37%, dana Kenanga Islamic Cash mengatasi dana Kenanga (Islamic fund) yang lain. Manulife Shariah Asia Pacific terbaik di Manulife (Islamic fund) dengan prestasi purata 9.79% bagi 3 years Annualized Return.

          Pheim Asia Ex-Japan Islamic berprestasi purata 6.02%. PMB Shariah Premier pula adalah dana terbaik bagi tempoh 3 tahun untuk PMB Investment dengan prestasi purata 3.52%. 

          Dengan prestasi purata 8.80%, dana Public China Ittikal berjaya mendahalui dana2 di Public Mutual (Islamic fund). RHB Islamic Bond berprestasi purata 4.92% sambil RHB Islamic Global Developed Markets dengan prestasi purata 3 tahun sebanyak 5.90% bagi RHB (Islamic Fund).

          Prestasi Annualized Return bagi tempoh 5  tahun dan 10 tahun untuk dana Unit Trust mengikut syarikat unit trust. KLIK gambar untuk lebih jelas. 
          Sumber : Morningstar as 18/2/2019.
          **Past Performance Is Not Indicative Of Future Results

          CIMB Islamic Asia Pacific Equity merupakan dana terbaik bagi CIMB Principal (Islamic fund) untuk 5 Years Annualized Return dengan prestasi purata 7.87%. Eastspring Dinasti Equity pula berprestasi purata 10.68% untuk bergelar dana terbaik Eastspring (Islamic fund) untuk tempoh 5 tahun ini. Dana ini juga unggul sebagai dana terbaik keseluruhan Islamic fund bagi tempoh 5 tahun.

          Dengan prestasi purata 5 tahun sebanyak 2.94%, dana Kenanga Islamic Money Market mengatasi dana Kenanga (Islamic fund) yang lain. Manulife Shariah Asia Pacific terbaik di Manulife (Islamic fund) dengan prestasi purata 5.90% bagi 5 years Annualized Return.

          Dana Makmur Pheim mencatatkan purata 6.06% bagi tempoh 5 tahun ini. PMB Shariah Premier pula adalah dana terbaik bagi tempoh 5 tahun untuk PMB Investment dengan prestasi purata 4.57%. 

          Dengan prestasi purata 8.14%, dana Public China Ittikal berjaya mendahalui dana2 di Public Mutual (Islamic fund). RHB Islamic Bond berprestasi purata 5.83 sambil RHB Global Food Islamic dengan prestasi purata 10 tahun sebanyak 2.57% bagi RHB (Islamic Fund).

          10 Years Annualized Return


          CIMB Islamic DALI Asia Pacific Equity Growth merupakan dana terbaik bagi CIMB Principal (Islamic fund) untuk tempoh 10 tahun dengan prestasi purata 9.62%. Eastspring Investment Dana Al-Ilham pula berprestasi 12.23% untuk bergelar dana terbaik Eastspring (Islamic fund) untuk 10 tahun ini. Dana ini juga adalah dana terbaik keseluruhan dana Islamic bagi tempoh 10 tahun.

          Dengan prestasi purata 10 tahun sebanyak 10.63%, dana Kenanga Syariah Growth mengatasi dana Kenanga (Islamic fund) yang lain. Manulife CM Shariah Flexi terbaik di Manulife (Islamic fund) dengan prestasi purata 9.32% bagi 10 years Annualized Return.

          Dana Makmur Pheim berprestasi purata 10.65%. PMB Shariah Premier pula adalah dana terbaik bagi tempoh 10 tahun untuk PMB Investment dengan prestasi purata 8.72%. 

          Dengan prestasi purata 10.96%, dana Public Islamic Opportunities berjaya mendahalui dana2 di Public Mutual (Islamic fund). RHB Islamic Bond berprestasi purata 6.60% bagi tempoh 10 tahun sebanyak untuk RHB (Islamic Fund).

          PANDUAN PELABURAN

          1. Market baru mula nak naik... baru nak comfirmkan trend menaik. Biasanya market akan naik bagi tempoh sedehana - panjang. Ini adalah Peluang / OPPORTUNITY bagi pelabur bijak.
          2. Invest into The Right Sector / Market = Consistent & Potential. Ini bagi memastikan bahawa pelaburan anda mampu mencatatkan prestasi yang memberangsangkan.
          3. Apply  Investment Portfolio / Asset Allocation based on the risk profile (are you a High Risk taker?), Time horizon (long term? 5 year? 20 year?) and specific goal / objective (Retirement planning?)
          4. Invest dengan knowledge! Jangan invest kerana ikut kawan. Jangan lepaskan semua tanggungjawab pelaburan kepada agen anda. Bincang, Semak dan Sahkan semua maklumat.


          Penulis,
          Group Financial Consultant,

          📞 012-5588680 (Wassap (KLIK)
          📞 012-5588680 (Wassap (KLIK)
          📞 012-5588680 (Wassap (KLIK)

          Unit Trust | Private Mandate | Bitcoin & Crypto | ASB Financing 



          ARTIKEL POPULAR
          ================================
          DISCLAIMER :
          Past performance does not reflect future performance. All information in this article / blog is for educational purposes only and should NOT be taken as investment advise, nor as a recommendation or endorse.
          Please refer to your agent for details explanation. Thanks.
          ===============================