10 April 2022

TOP 20 UNIT TRUST TERBAIK MALAYSIA (PATUH SHARIAH) - APRIL 2022

 Artikel perkongsian ini adalah berkenaan Prestasi Unit Trust Terbaik Malaysia - Patuh Shariah (April 2022) untuk tempoh 3 Tahun. 

Unit Trust Terbaik April 2022


PRESTASI UNIT TRUST TERBAIK - 3 TAHUN 
(TOTAL RETURN)

Di bawah ini adalah data Top 20 Unit Trust Patuh Shariah Paling Perform.
  • Untuk tempoh terkini 3 tahun (1/4/2019 sehingga 1/4/2022)
  • Sumber: Lipper (Akhbar The Edge #1416 keluaran Mingguan bertarikh April 11 - April 17, 2022)
  • Prestasi ni adalah Total Return iaitu 'Capital Gain' (Kenaikan / Penurunan harga unit) + Income Distribution (Dividend)
Top 20 Unit Trust Terbaik April 2022

Dapatan daripada data ini, senarai 10 dana paling tinggi return dalam 3 tahun adalah:
  1. Hong Leong Dana Makmur : 111.07%
  2. PMB Shariah Equity : 93.17%
  3. Interpac Dana Safi : 87.70%
  4. TA Dana Fokus : 82.45%
  5. PB Islamic Small Cap : 75.39%
  6. PMB Shariah Growth : 73.77%
  7. Public Islamic Opportunities : 66.39%
  8. Manulife Shariah Progress Plus : 65.18%
  9. Public Islamic Global Equity : 62.23%
  10. Hong Leong Dana Maarof : 62.20%
Maksudnya, katakan anda melabur fund Interpac Dana Safi pada 1 April 2019 sebanyak RM10,000, maka anda kini sedang untung sebanyak RM8,770 selama 3 tahun pelaburan setakat 1April 2022. Nilai pelaburan terkini anda adalah RM18,770 (Modal RM10,000 + Keuntungan RM8,770).


UNIT TRUST TERBAIK - EQUITY MALAYSIA

Unit Trust Terbaik - Malaysia April 2022

Fund Unit Trust Equity Malaysia Terbaik dalam 3 tahun:
  1. Hong Leong Dana Makmur : 111.07%
  2. PMB Shariah Equity : 93.17%
  3. TA Dana Fokus : 82.45%
  4. PB Islamic Small Cap : 75.39%
  5. PMB Shariah Growth : 73.77%

UNIT TRUST TERBAIK - EQUITY ASIA PACIFIC & ASEAN

Unit Trust Terbaik - Asia Pacific & ASEAN April 2022

Fund Unit Trust Equity Asia Pacific & Equity ASEAN Terbaik dalam 3 tahun:
  1. Principal Islamic Asia Pacific Dynamic Equity : 38.12%
  2. Public Islamic ASEAN Growth : 35.30%
  3. Public Islamic Optimal Equity : 33.31%
  4. Pheim Asia Ex-Japan Islamic : 31.63%
  5. Principal DALI Asia Pacific Equity Growth : 30.83%

UNIT TRUST TERBAIK - EQUITY CHINA & GLOBAL

Unit Trust Terbaik - China & Global April 2022

Fund Unit Trust Equity China & Equity Global Terbaik dalam 3 tahun:
  1. Public Islamic Global Equity : 62.23%
  2. RHB Islamic Global Developed Markets : 53.75%
  3. Aberdeen Standard Islamic World Equity : 44.57%
  4. Principal DALI Global Equity : 39.14%
  5. RHB Shariah China Focus : 32.86%

UNIT TRUST TERBAIK - BALANCED / MIXED ASSET


Unit Trust Terbaik - Balanced Mixed Asset April 2022

Fund Unit Trust Balanced Mixed Asset Terbaik dalam 3 tahun:
  1. Interpac Dana Safi : 87.70%
  2. Hong Leong Dana Maarof : 62.20%
  3. BIMB i Flexi : 45.80%
  4. TA Dana Optimix : 39.68%
  5. Kenanga SyariahEXTRA : 39.66%

NAK INVEST UNIT TRUST?


Persoalannya, OK ke nak invest sekarang? 
Ada yang kata, bagus invest sekarang... harga consider rendah sangat.

Tapi, kalau nak invest, fund mana nak kita pilih? 

Meh saya kongsikan trick untuk pilih fund yang bagus pada ketika ini.
  • Tapi, ini bukanlah nasihat pelaburan ye!
  • Saya juga tidak menjamin bahawa ianya akan memberikan pulangan yang lumayan.
  • Apapun, cuba anda fahami hujah saya dahulu seperti jadual dan penerangan di bawah.
Unit Trust Potential - April 2022


Jadual di atas menunjukkan fund Unit Trust dengan Kualiti Terbaik sebagaimana ditentusahkan oleh Lipper dan Morningstar.

Apa maksud Kualiti Fund ini?
  • Total Return - Prestasi Return Unit Trust yang tinggi bagi tempoh 3 tahun terkini. Score antara 1 sehingga Score 5 (Terbaik). Analisa by Lipper Leaders.
  • Consistent Return - Prestasi Return Unit Trust yang consistent bagi tempoh 3 tahun terkini. Score antara 1 sehingga Score 5 (Terbaik). Analisa by Lipper Leaders.
  • Morningstar - Rating fund terbaik bagi tempoh 3 tahun terkini. Penilaian 'rating' adalah antara 1 star sehingga 5 star (Terbaik).
Gais.... Jadual ini menyenaraikan fund Unit Trust yang terbaik dan berkualiti. Bukan saya saja2 (sengaja claim) mengatakan bahawa ianya fund berkualiti. Tetapi kualiti ini adalah berdasarkan 'rating' dan score yang diberikan oleh Lipper & Morningstar.

Lipper & Morningstar ini adalah badan bebas Professional bertaraf antarabangsa yang memberikan Pelbagai Data statistik, Score & Rating yang mana ianya juga digunakan secara rasmi oleh semua syarikat Unit Trust / PRS). 

Cuba anda perhatikan jadual tersebut...
  • RHB Shariah China Focus.... Quality Terbaik dengan score 5 untuk Total Return & Consistent Return.... dan diklasifikasikan sebagai fund 5 Star.... sedang discount 'kaw2'.... -24.73%. 
  • PB Islamic Small Cap.... Quality Terbaik dengan score 5 untuk Total Return & Consistent Return.... dan diklasifikasikan sebagai fund 5 Star.... sedang discount 'kaw2'.... -20.73%. 
  • Eastspring Dinasti Equity.... Qualiti yang sangat baik dengan Score 4 untuk Total Return & Consistent Return.... dan diklasifikasikan sebagai fund 4 Star.... sedang discount 'kaw2'.... -18.07%. 
  • PMB Shariah Growth... Qualiti yang sangat baik dengan Score 5 dan Score 4 untuk Total Return & Consistent Return.... dan diklasifikasikan sebagai fund 4 Star.... sedang discount 'kaw2'.... -17.47%. 

AKHIR KATA

  1. Data yang dipaparkan adalah past performance.... dan ini bukan lah satu nasihat pelaburan.
  2. Tiada jaminan prestasi sebegini akan berulang pada masa akan datang. 
  3. Pelaburan unit Trust adalah bersifat sederhana panjang. Sebaiknya seminima 3 tahun tempoh pelaburan.
  4. Jangan terlalu obses dengan sesebuah fund unit Trust. Sebaiknya, diversify (pecah-pecahkan) untuk rendahkan risiko.
  5. Jika perlukan bantuan, mohon bantuan agen untuk melabur dan bentukkan portfolio pelaburan yang bersesuaian dengan Objektif dan Tahap Penerimaan Risiko anda.


🟩🟥🟩🟥🟩🟥🟩🟥🟩🟥

Consultant Pelaburan Anda
📞 012-5588680 (Wassap (KLIK)

*******************************
Jemput join untuk Pelbagai Info Kewangan & Pelaburan

🔴🔵🔴🔵🔴🔵🔴🔵🔴🔵


ARTIKEL POPULAR


================================
DISCLAIMER :
Past performance does not reflect future performance. All information in this article / blog is for educational purposes only and should NOT be taken as investment advise, nor as a recommendation or endorse.
Please refer to your agent for details explanation. Thanks.
================================  

No comments:

Post a Comment