14 March 2022

TOP 20 UNIT TRUST PATUH SHARIAH TERBAIK MALAYSIA - MARCH 2022

Artikel perkongsian ini adalah berkenaan Prestasi semasa Unit Trust Terbaik Malaysia - Patuh Shariah (March 2022) untuk tempoh 3 Tahun. Saya hanya kumpulkan data2 daripada sumber yang diyakini seperti Lipper dan Morningstar seterusnya susunkan semula dalam bentuk jadual dan bahasa yang mudah difahami semua.


PRESTASI UNIT TRUST TERBAIK - 3 TAHUN 
(TOTAL RETURN)

Di bawah ini adalah data Top 20 Unit Trust Patuh Shariah Paling Perform.
  • Untuk tempoh terkini 3 tahun (4/3/2019 sehingga 4/3/2022)
  • Sumber: Lipper (Akhbar The Edge #1412 keluaran Mingguan bertarikh March 14 - March 20, 2022)
  • Prestasi ni adalah Total Return iaitu 'Capital Gain' (Kenaikan / Penurunan harga unit) + Income Distribution (Dividend)
Top 20 Islamic unit Trust Terbaik Malaysia - March 2022

Dapatan daripada data ini, senarai 10 dana paling tinggi return dalam 3 tahun adalah:
  1. Hong Leong Dana Makmur : 98.87%
  2. PMB Shariah TNB Employees : 89.90%
  3. Interpac Dana Safi : 86.16%
  4. TA Dana Fokus : 75.28%
  5. PB Islamic Small Cap : 73.26%
  6. Manulife Shariah Progress Plus : 66.40%
  7. PMB Shariah Shariah : 61.30%
  8. Public Islamic Opportunities : 59.82%
  9. Hong Leong Dana Maarof : 58.92%
  10. Public Islamic Global Equity : 56.67%
Maksudnya, katakan anda melabur fund Interpac Dana Safi pada 4 March 2019 sebanyak RM10,000, maka anda kini sedang untung sebanyak RM8,616 selama 3 tahun pelaburan setakat 4 March 2022. Nilai pelaburan terkini anda adalah RM18,616 (Modal RM10,000 + Keuntungan RM8,616).

UNIT TRUST TERBAIK - EQUITY ASIA PACIFIC & ASEAN

Top 20 Islamic unit Trust Terbaik Malaysia (Equity Asia Pacific & ASEAN) - March 2022

Fund Unit Trust Equity Asia Pacific & Equity ASEAN Terbaik dalam 3 tahun:
  1. Principal Islamic Asia Pacific Dynamic Equity : 38.94%
  2. Public Islamic ASEAN Growth : 36.24%
  3. Public Islamic Optimal Equity : 36.07%
  4. Public Islamic Asia Leaders Equity : 32.58%
  5. Principal DALI Asia Pacific Equity Growth : 31.72%

UNIT TRUST TERBAIK - EQUITY CHINA & GLOBAL

Top 20 Islamic unit Trust Terbaik Malaysia (Equity China & Global) - March 2022

Fund Unit Trust Equity China & Equity Global Terbaik dalam 3 tahun:
  1. Public Islamic Global Equity : 56.67%
  2. RHB Shariah China Focus : 54.27%
  3. RHB Islamic Global Developed Markets : 48.39%
  4. Aberdeen Standard Islamic World Equity : 38.01%
  5. Principal DALI Global Equity : 35.73%

UNIT TRUST TERBAIK - EQUITY MALAYSIA

Top 20 Islamic unit Trust Terbaik Malaysia (Equity Malaysia) - March 2022

Fund Unit Trust Equity Malaysia Terbaik dalam 3 tahun:
  1. Hong Leong Dana Makmur : 98.87%
  2. PMB Shariah TNB Employees : 89.90%
  3. TA Dana Fokus : 75.28%
  4. PB Islamic Small Cap : 73.26%
  5. Manulife Shariah Progress Plus : 66.40%

UNIT TRUST TERBAIK - BALANCED / MIXED ASSET


Top 20 Islamic unit Trust Terbaik Malaysia (Balanced Mixed Asset) - March 2022

Fund Unit Trust Balanced Mixed Asset Terbaik dalam 3 tahun:
  1. Interpac Dana Safi : 86.16%
  2. Hong Leong Dana Maarof : 58.92%
  3. Public Islamic Asia Tactical Allocation : 44.73%
  4. TA Dana Optimix : 39.23%
  5. Public e-Islamic Flexi Allocation : 37.88%
KESAN PRESTASI UNIT TRUST TERKINI - PERANG RUSSIA UKRAINE

Seperti yang ramai sedia maklum, prestasi Unit Trust juga menerima impak yang teruk selari dengan kejatuhan market seluruh dunia dek kerana Perang Russia - Ukraine. 

Sebenarnya, sebelum itu lagi market (dan Unit Trust) mengalami kejatuhan prestasi dek kerana kejatuhan market utama di US (Dow Jones & Nasdaq) seawal minggu pertama January 2022 didorong antaranya oleh tindakan 'Take Profit' oleh pelabur2 utama.

Top 20 The Worst Performance Islamic unit Trust Malaysia - March 2022

Fund Unit Trust Paling Teruk prestasinya dalam 3 bulan terkini (4 December 2021 - 4 March 2022):
  1. RHB i Global Sustainable Disruptors : -22.78%
  2. BIMB i Growth : -19.10%
  3. RHB Shariah China Focus : -18.71%
  4. PMB Shariah Growth : -18.66%
  5. PB Islamic Small Cap : -18.56%
Persoalannya, OK ke nak invest sekarang?
  • Ada yang kata, tunggu dulu biar ia naik sedikit baru naik.
  • Ada pula yang kata, bagus invest sekarang... harga dah rendah sangat.
Kalau nak invest, fund mana nak kita pilih? Takut terpilih fund yang salah...

Meh saya kongsikan sebahagian trick untuk pilih fund yang bagus pada ketika ini.
  • Tapi, ini bukanlah nasihat pelaburan ye!
  • Saya juga tidak menjamin bahawa ianya akan memberikan pulangan yang lumayan.
  • Apapun, cuba anda fahami hujah saya dahulu seperti jadual dan penerangan di bawah.
Top 20 Potential Islamic unit Trust Malaysia - March 2022

Apa beza jadual biru ni dengan jadual oren sebelum tu?
  • Objektif utama Jadual Oren sebelum ni adalah untuk menunjukkan senarai fund Unit Trust yang paling teruk prestasinya. 
  • Manakala Objektif utama jadual Biru di atas adalah untuk menunjukkan fund Unit Trust dengan Kualiti Terbaik sebagaimana ditentusahkan oleh Lipper dan Morningstar.
Apa maksud Kualiti Fund ini?
  • Total Return - Prestasi Return yang tinggi bagi tempoh 3 tahun terkini. Score antara 1 sehingga Score 5 (Terbaik). Analisa by Lipper Leaders.
  • Consistent Return - Prestasi return yang consistent bagi tempoh 3 tahun terkini. Score antara 1 sehingga Score 5 (Terbaik). Analisa by Lipper Leaders.
  • Morningstar - Rating fund terbaik bagi tempoh 3 tahun terkini. 'rating' antara 1 star sehingga 5 star (Terbaik).
Gais.... Jadual biru ini menyenaraikan fund2 yang terbaik dan berkualiti. Bukan saya saja2 (sengaja claim) katakan ianya fund berkualiti. Tetapi kualiti ini adalah rating dan score yang diberikan oleh Lipper & Morningstar .

Lipper & Morningstar ini adalah badan bebas Professional bertaraf antarabangsa yang memberikan Pelbagai Data statistik, Score & Rating yang mana ianya juga digunakan secara rasmi oleh semua syarikat Unit Trust / PRS). 

Cuba anda perhatikan sekali lagi jadual biru tersebut...
  • RHB Shariah China Focus.... Perfect score untuk Total Return & Consistent Return.... dan diklasifikasikan sebagai fund 5 Star.... sedang discount 'kaw2'.... -18.71%. 
  • PB Islamic Small Cap.... Perfect score untuk Total Return & Consistent Return.... dan diklasifikasikan sebagai fund 5 Star.... sedang discount 'kaw2'.... -18.56%. 
  • Public Islamic Opportunities.... Perfect score untuk Total Return & Consistent Return.... dan diklasifikasikan sebagai fund 5 Star.... sedang discount 'kaw2'.... -17.10%. 
  • Hong Leong Dana Makmur.... Perfect score untuk Total Return & Consistent Return.... dan diklasifikasikan sebagai fund 5 Star.... sedang discount 'kaw2'.... -12.61%. 
OK, just saja nak tanya anda... antara 2 fund di bawah, anda pilih yang mana?
  • BIMB i  Growth - prestasi -19.10% untuk 3 bulan (Total Return = Score 4, Consistent Return = Score 2, Morningstar Rating = 2 Star)
  • RHB Shariah China Focus - prestasi -18.71% untuk 3 bulan (Total Return = Score 5, Consistent Return = Score 5, Morningstar Rating = 5 Star)
Actually, kedua2nya OK jer. Cuma fund RHB Shariah China Focus lebih menjadi pilihan disebabkan kualiti yang ada sebagaimana dilaporkan oleh badan professional seperti Lipper & Morningstar.

Again, ini bukanlah nasihat pelaburan. Saya sekadar 'membocorkan' salah satu cara saya dalam memilih fund unit Trust terbaik..

AKHIR KATA

  1. Data yang dipaparkan adalah past performance.... dan ini bukan lah satu nasihat pelaburan.
  2. Tiada jaminan prestasi sebegini akan berulang pada masa akan datang. 
  3. Pelaburan unit Trust adalah bersifat sederhana panjang. Sebaiknya seminima 3 tahun pelaburan.
  4. Jangan terlalu obses dengan sesebuah fund unit Trust. Sebaiknya, diversify (pecah-pecahkan) untuk rendahkan risiko.
  5. Jika perlukan bantuan, mohon bantuan agen untuk melabur dan bentukkan portfolio pelaburan yang bersesuaian dengan Objektif dan Tahap Penerimaan Risiko anda.
  6. Mungkin juga Private Mandate Unit Trust adalah lebih sesuai untuk anda berbanding Unit Trust


==============

🔵 Anda tak sure nak invest yang mana? Meh saya bantu anda...Anda just bagi tahu kriteria keinginan anda, saya akan cadangkan pilihan terbaik untuk anda... Adi 012-5588680 (Wassap (KLIK)

🔵 Saya juga mempunyai solution Simpanan / Pelaburan yang sangat sesuai untuk mana2 Koperasi, NGO, Persatuan, GLC, syarikat2, SME dan organisasi anda.... Adi 012-5588680 (Wassap (KLIK)

⚠️ Apa akan jadi dengan segala simpanan / pelaburan anda jika anda meninggal dunia? Waris / pasangan anda faham dan tahu tak bagaimana nak uruskan segalanya? Jom kita permudahkan urusan dengan menyediakan Wasiat / Hibah... Ini pelengkap kepada Pengurusan Kewangan anda... Adi 012-5588680 (Wassap (KLIK)



🟪🟥🟪🟥🟪🟥🟪🟥🟪



🟩🟨🟩🟨🟩🟨🟩🟨🟩🟨


Konsultan Pelaburan Bertauliah (SC & FIMM)
Unit Trust | Equity | FCPO | ETF | Crypto | IPO | Pre-IPO | ASB Financing

📞 012-5588680 (Wassap (KLIK)
📞 012-5588680 (Wassap (KLIK)
📞 012-5588680 (Wassap (KLIK)


*******************************
Jemput join untuk Pelbagai Info Kewangan & Pelaburan

No comments:

Post a Comment