12 January 2020

PRESTASI UNIT TRUST TERBAIK - RETURN 2019

Prestasi Unit Trust Terbaik Malaysia - Best of The Best - Patuh Shariah (Islamic Unit Trust Fund) 2019 berdasarkan rujukan di Morningstar

Buat pelabur baru / bakal pelabur, adalah digalakkan untuk membaca artikel ini sebagai pengenalan kepada Unit Trust,  Asas dan Tips Pelaburan Unit Trust (KLIK).



Prestasi (Return) 2019


Prestasi dana unit trust BUKANnya diukur semata-mata pada Income distribution (Dividen) sahaja.

Data Return 2019 ini telahpun merangkumi kedua-dua Income Distribution (Dividen) + Capital Gain (kenaikan harga unit NAV).

Data di bawah ini adalah rujukan prestasi bagi tempoh antara 1 Jan 2019 - 31 Dec 2019.

Ia menunjukkan dana unit trust terbaik patuh shariah (Islamic Unit Trust Fund) yang berprestasi 5.50% dan ke atas (Equity, Mixed Asset, Bond sahaja)

Prestasi (Return) 2019 Unit Trust (Islamic Fund)
Sumber : Morningstar as Jan 2020


Umumnya, tahun 2019 merupakan tahun yang agak cemerlang bagi majoriti dana unit trust.

Sebanyak 97.8% daripada keseluruhan 180 dana unit trust Islamic (Islamic Equity, Balanced dan Bond sahaja) lulus dengan mencatatkan prestasi positif (tidak negatif)

Alhamdulillah, 10.6% berprestasi >20% untuk tahun 2019 ini.

1. Kenanga Shariah Growth Opportunities = 33.78%
2. CIMB Islamic Small Cap = 29.00%
3. Hong Leong Dana Makmur = 28.19%
4. Precious Metals Securities = 25.22%
5. PMB Dana Mutiara = 25.07%
6. Public Islamic Global Equity = 24.86%
7. TA Dana Fokus = 24.76%
8. Eastspring Dinasti Equiti = 24.74%
9. PB Islamic Small Cap = 23.85%
10. Aberdeen Standard Islamic World Equity = 23.79%

Sebanyak 36.7% daripada keseluruhan dana unit trust terbaik patuh shariah (Islamic Unit Trust) [Equity, Balanced dan Bond sahaja] mencatatkan prestasi >10% untuk tahun 2019.

Umumnya, 1 daripada 3 dana berprestasi >10%. Ok tak?

Dan sebanyak 73.9% dana unit trust Patuh Shariah ini mencatatkan prestasi >5.5%. Alhamdulillah...

Meskipun KLCI mencatatkan prestasi yang agak menghampakan untuk 2019, namun rata-rata dana unit trust yang melabur dalam Malaysia telah berjaya mencatatkan prestasi yang cemerlang. 

Boleh dikatakan, prestasi KLCI tidak berkadar langsung dengan prestasi dana unit trust Malaysia untuk tahun 2019 yang lalu.

Dana Unit Trust Patuh Shariah (Islamic Unit Trust Fund) terbaik:

Equity Malaysia (Large Cap)

1. Kenanga Shariah Growth Opportunities = 33.78%
2. Hong Leong Dana Makmur = 28.19%
3. PMB Dana Mutiara = 25.07%

Equity Malaysia Income

1. PMB Shariah TNB Employees = 19.40%
2. KAF Islamic Dividend Income = 10.41%
3. RHB Dana Hikmah = 7.26%

Equity Malaysia Small & Mid Cap

1. CIMB Islamic Small Cap = 29.00%
2. PB Islamic Small Cap = 23.85%
3. PMB Shariah Mid Cap = 21.28%


Tahun 2019 telah menyaksikan beberapa isu geopolitik yang memberikan impak besar kepada lanskap ekonomi serantau dan dunia seperti isu Trade War, brexit, Protest di Hong Kong dan beberapa lagi. 

Namun, hampir semua dana unit trust terbaik Patuh Shariah (Islamic Unit Trust Fund) masih mampu memberikan pulangan (Return) yang amat baik sekali untuk tahun 2019.

Equity Greater China

1. Eastspring Dinasti Equity = 24.74%
2. Public China Ittikal = 16.45%
3. RHB Shariah china Focus = 22.88%

Equity Asia Pacific Ex-Japan


1. Pheim Asia Ex-Japan Islamic = 22.62%
2. Manuife Shariah Asia Pacific = 18.51%
3. Public Islamic Asia Leaders Equity = 18.40%

Equity Asia Pacific 


1. Public Asia Ittikal = 19.94%
2. PB Islamic Asia Strategic Sector = 14.89%
3. PB Islamic Asia Equity = 14.77%

Equity Global 

1. Public Islamic Global Equity= 24.86%
2. Aberdeen Standards Islamic World Equity = 23.79%
3. RHB Islamic Global developed Markets  = 23.20%

KESIMPULAN

1. Tahun 2019 adalah tahun yang awesome untuk unit trust.
2. Hampir semua dana outperform benchmark masing-masing.
3. Setiap sector / region mempunyai dana yang cemerlang prestasinya.
4. Prestasi dana islamic dan conventional adalah lebih kurang sama jer.
5. Prestasi dana dalam Malaysia dan luar Malaysia juga lebih kurang sama jer.
6. Istilah 'High Risk High Return' tak semestinya tepat pada setiap keadaan. Ada jer dana yang Medium Risk, tapi High Return... dan ada juga yang High Risk, tapi Return biasa jer.
7. Prestasi Return 2019 tidak memadai untuk menentukan kualiti sesuatu dana. Ia tidak boleh dijadikan panduan utama dalam pemilihan dana untuk tahun 2020 ini.
8. Unit trust adalah medium pelaburan medium - long term. Bukan short term.
9. Pelaburan unit trust mempunyai risiko. Kenali Tahap Penerimaan Risiko anda. Dan ketahui juga level risk dana yang anda ingin labur itu. Sesuai tak?
10. Kalau ada ilmu, Apply 'Buy Low, Sell High'. Jika lagi pandai, boleh juga ambil risk untuk apply ' Buy High, Sell Higher'. Anda?

Lengkapkan bacaan anda dengan tambahan Data Analisis TERKINI - Khas buat anda:-)

1. Data lengkap Prestasi Dana Unit Trust 2010 sehingga 2019 (KLIK)
2. Annualised Return Unit Trust Terbaik Jan 2020 (KLIK)
3. Prestasi Top 100 Dana Unit Trust 2019 (KLIK)
4. ROI (Return Of Investment) Unit Trust as Jan 2020 (KLIK)
5. Prestasi ASB 1990 - 2019 (KLIK)

==============

🔵 Anda tak sure nak invest yang mana? Meh saya bantu anda...Anda just bagi tahu kriteria keinginan anda, saya akan cadangkan pilihan terbaik untuk anda... Adi 012-5588680 (Wassap (KLIK)

🔵 Saya juga mempunyai solution Simpanan / Pelaburan yang sangat sesuai untuk mana2 Koperasi, NGO, Persatuan, GLC, syarikat2, SME dan organisasi anda.... Adi 012-5588680 (Wassap (KLIK)

⚠️ Apa akan jadi dengan segala simpanan / pelaburan anda jika anda meninggal dunia? Waris / pasangan anda faham dan tahu tak bagaimana nak uruskan segalanya? Jom kita permudahkan urusan dengan menyediakan Wasiat / Hibah... Ini pelengkap kepada Pengurusan Kewangan anda... Adi 012-5588680 (Wassap (KLIK)



🟪🟥🟪🟥🟪🟥🟪🟥🟪



🟩🟨🟩🟨🟩🟨🟩🟨🟩🟨


Konsultan Pelaburan Bertauliah (SC & FIMM)
Unit Trust | Equity | FCPO | ETF | Crypto | IPO | Pre-IPO | ASB Financing

📞 012-5588680 (Wassap (KLIK)
📞 012-5588680 (Wassap (KLIK)
📞 012-5588680 (Wassap (KLIK)


*******************************
Jemput join untuk Pelbagai Info Kewangan & Pelaburan

No comments:

Post a Comment