Artikel ini insyaAllah memberikan maklumat terkini Prestasi Unit Trust Malaysia setakat July / August 2017 (Total Return & Annualised Return) yang melibatkan dana unit trust patuh shariah sahaja bagi syarikat unit trust utama seperti Aberdeen, Affin Hwang, Amanah Mutual, AmanahRaya, AmFunds (AmInvest), Apex, BIMB, CIMB Principal (CWA), Eastspring, Hong Leong, Kenanga, Libra, Manulife, Pacific, Permodalan BSN, Pheim, PMB, Public Mutual, RHB dan TA Investment yang bersumberkan data daripada Morningstar dan Lipper.
Pelbagai artikel khusus berkaitan unit trust yang TERBARU lagi TERKINI di http://rosyaidiradzi.blogspot.my
======================
Buat pelabur baru / bakal pelabur, adalah digalakkan untuk mendapatkan maklumat Asas dan Tips Pelaburan Unit Trust melalui pautan ini (KLIK).
=======================
UNIT TRUST DI MALAYSIA
* Unit Trust = Unit Amanah = Amanah Saham. Konsep mudah: kita minta orang lain (fund manager) uruskan dan laburkan duit kita dalam saham terpilih. Anda tak perlu monitor hari-hari harga NAV unit trust. Berikan 'trust' anda kepada Fund Manager untuk kembangkan duit anda. Konsep sama seperti ASB (ASB juga adalah unit trust). Unit trust adalah medium pelaburan jangkamasa sederhana dan panjang.
* Fund / Dana = Tabung (seperti Eastspring Dana Ilham, PMB Shariah Aggresive, Amanah Saham Bumiputra, Amanah Hartanah Bumiputra). Setakat 30 June 2017, terdapat sebanyak 647 dana ditawarkan di Malaysia. Namun, hanya 210 dana (32.5%) adalah dana Patuh Syariah - Islamic Fund. Data ini adalah daripada Suruhanjaya Sekuriti.
* Syarikat unit trust (Unit Trust Management Company, UTMC) = syarikat kewangan berlesen (Bank Negara, Suruhanjaya Sekuriti) yang menguruskan pelaburan ahli dalam fund yang dipilih. Setakat 31 July 2017, terdapat 36 syarikat unit trust. Antaranya adalah PMB Investment Berhad, Phillip Mutual Berhad, Public Mutual Berhad, CIMB Principal, Kenanga, Manulife, RHB Asset Management, Eastspring Investment dan banyak lagi. Sumber : FIMM (Federation of Investment Managers Malaysia)
PRESTASI DANA UNIT TRUST
Data ini merangkumi prestasi Annualised Return dan Total Return ...gabungan bagi semua sector / kategori - Equity, Mixed Asset/ Balanced, Bond/ Sukuk dan Money Market. Ia juga disusun mengikut return tertinggi bagi mana-mana dana baik dana tempatan (Malaysia) mahupun dana yang melabur di luar negara. Pelabur boleh sahkan dan dapatkan maklumat lebih terperinci melalui sumber yang diyakini.
Prestasi dana unit trust boleh diukur berdasarkan:
(i) Calendar Return - Artikel penuh Prestasi 2009 - 2016 di SINI (KLIK)
(ii) Total Return / Cumulative Return
- Total rise in the value of a fund’s investments over time, assuming that income and capital gains distributions were reinvested.
- Bahasa mudahnya adalah Jumlah Pulangan Terkumpul untuk suatu tempoh masa.
Contohnya, Eastspring Investment Dinasti Equity telah mencatatkan 115.11% untuk tempoh 5 tahun setakat 4/8/2017. Jika tuan-puan melabur RM10,000 pada 3/8/2012, maka sekarang (4/8/2017) anda telah mendapat kenaikan pelaburan = untung sebanyak 115.11% (bersamaan RM11,511). Maka nilai pelaburan anda sekarang berjumlah RM21,511 (Modal RM10,000 + Untung RM11,511).
Rujukan utama bagi Total Return ini adalah melalui akhbar The Edge - Lipper Fund Table.
Rujukan utama bagi Total Return ini adalah melalui akhbar The Edge - Lipper Fund Table.
Total Return Unit Trust bagi tempoh 5 tahun. KLIK gambar untuk lebih jelas. Sumber : Lipper Fund Table - The Edge #1175 (Aug 14 - Aug 20, 2017)
Eastspring Dinasti Equity cemerlang unggul dengan pencapaian 115.11% total return bagi tempoh 5 tahun (3/8/2012 - 4/8/2017). PMB Shariah Aggresive pula mencatatkan 100.48% bagi tempoh masa yang sama diikuti oleh Manulife Shariah Progress (89.94%)
Dapatan daripada senarai 10 dana yang terbaik ini, 50% (5 dana) adalah dana yang pelaburannya fokus ke luar negara. Terdapat 3 dana pelaburannya di Greater China manakala 2 lagi dana pelaburannya di Asia Pacific.
1) Terdapat dana unit trust yang mampu gandakan wang pelabur sekali ganda hanya dalam tempoh 5 tahun. Ia adalah Eastspring Dinasti Equity dan PMB Shariah Aggresive.
2) Walaupun dana Mixed Asset / Balanced tidak mempunyai exposure banyak dalam sector Equity, namun ia masih mampu memberikan return setanding dengan dana Equity yang lain. Contohnya : Dana Makmur Pheim dan InterPac Dana Safi
3) Dana yang pelaburannya di luar negara (Greater China dan Asia Pacific) juga boleh menjadi pilihan pelabur untuk diversify pelaburan.
Data ini sekadar menunjukkan 20 dana Islamic terbaik daripada total 210 fund.
* Adakah dana pelaburan anda berada dalam Top 20 ini?
** Banyak bezanya prestasi antara dana No 1 dengan dana No 20 (apatah lagi No 50 dan seterusnya).
*** Anda ingin melabur dalam dana terbaik dan menjadi pilihan ramai pelabur ketika ini? Dapatkan nasihat pendapat pelaburan daripada agen terdekat anda (KLIK)
(iii) Annualized Return
Annualized return is year-over-year growth rate of an investment over a specified period of time and calculated as:
Umumnya atau bahasa mudahnya, ia adalah Purata Pulangan Setahun. Biasanya ia diukur untuk tempoh 3 tahun, 5 tahun dan 10 tahun. Pelabur boleh menyemaknya dengan beberapa langkah mudah seperti uyang ditunjukkan melalui artikel ini - Morningstar (KLIK).
Annualised Return Unit Trust bagi tempoh 5 tahun. KLIK gambar untuk lebih jelas. Sumber : Morningstar as 31/7/2017
Eastspring Dinasti Equity cemerlang unggul dengan pencapaian 16.48% purata setahun bagi tempoh 5 tahun setakat 31/7/2017. PMB Shariah Aggresive pula mencatatkan 15.11% bagi tempoh masa yang sama diikuti oleh Manulife Shariah Progress (13.41%)
1) Terdapat dana unit trust yang terbukti mencatatkan prestasi Annualised Return >15% setahun. Ia adalah Eastspring Dinasti Equity dan PMB Shariah Aggresive.
2) Terdapat hanya 15 dana yang mencatatkan prestasi purata melebihi 10% setahun.
3) Top 10 ini bukan hanya datang daripada 1 syarikat unit trust (UTMC) yang sama. Maka, Diversify pelaburan anda dalam dana terbaik daripada beberapa syarikat.
Data ini sekadar menunjukkan 20 dana Islamic terbaik daripada total 210 fund.
* Adakah anda mengambil tahu akan prestasi semasa dana pelaburan anda?
** Prestasi KWSP antara 5% - 7% (Tahun 2016 : 5.70%).
*** Anda ingin melabur dalam dana terbaik yang terbukti berprestasi melebihi 10% setahun? Dapatkan nasihat pendapat pelaburan daripada agen terdekat anda (KLIK)
Return Unit Trust sejak 1/1/ 2017 (sehingga 10/8/2017). KLIK gambar untuk lebih jelas. Sumber : Morningstar as 10/8/2017
InterPac Dana Safi cemerlang unggul dengan pencapaian 47.81% return dalam tempoh antara 1/1/2017 - 10/8/2017). CIMB Islamic Greater China Equity pula mencatatkan 35.05% bagi tempoh masa yang sama diikuti oleh Eastspring Dinasti Equity (28.61%).
Take point:
1) Terdapat 9 dana yang mencatatkan >20% return hanya dalam tempoh 8 bulan.
2) Dana tak glamour bukannya tak bagus. Walaupun dana-dana Top 20 ini jarang-jarang disebut, namun ia gah mencatatkan prestasi yang mengagumkan.
3) Umumnya, dana yang melabur dalam sector Equity Malaysia SM & Mid Cap dan Equity Asia Pacific telah mencatatkan prestasi yang sangat memberangsangkan.
Data ini sekadar menunjukkan 20 dana Islamic terbaik daripada total 210 fund.
* Unit trust terbukti mampu memberikan return yang sangat memberangsangkan. Return 20% setahun kelihatan tidak mustahil.
** Berapakah prestasi semasa dana pelaburan anda?
*** Anda ingin mempelbagaikan dan mengembangkan pelaburan anda ke Sector yang mencatatkan prestasi memberangsangkan seperti Equity Greater China dan Equity Asia Pacific? Dapatkan nasihat pendapat pelaburan daripada agen terdekat anda (KLIK)
PRESTASI RETURN BY SECTOR
Data ini merangkumi prestasi Total Return bagi semua sector / kategori utama - Equity, Mixed Asset / Balanced dan Bond / Sukuk. Ia hanya menyenaraikan dana terbaik sahaja mengikut ranking (return tertinggi). Pelabur boleh sahkan dan dapatkan maklumat yang lebih terperinci melalui akhbar mingguan The Edge (Lipper Fund Table).
Total Return Unit Trust mengikut sector. KLIK gambar untuk lebih jelas. Sumber : Lipper Fund Table - The Edge #1175 (Aug 14 - Aug 20, 2017)
Bagi tempoh 1 tahun (4/8/2016 - 4/8/2017), Equity Greater China dan Equity Asia Pacific telah mencatatkan prestasi yang sangat baik, iaitu >20% setahun. Kedua-dua sector ini juga secara konsisten mencatatkan prestasi terbaik bagi tempoh 3 tahun dan 5 tahun.
Take point:
1) Dana daripada Equiti Malaysia Small & Mid Cap umumnya mencatatkan prestasi lebih baik daripada Equity Large Cap.
2) Equity Greater China secara konsisten muncul sebagai sector terbaik bagi tempoh pelaburan singkat dan tempoh panjang pelaburan.
3) Dana yang pelaburannya di luar negara (Greater China dan Asia Pacific) juga boleh menjadi pilihan pelabur untuk diversify pelaburan.
Top 30 Equity Malaysia (5 Years Total Return). KLIK gambar untuk lebih jelas. Sumber : Lipper Fund Table - The Edge #1175 (Aug 14 - Aug 20, 2017)
Equity Malaysia menghimpunkan dana-dana yang menumpukan pelaburan di Malaysia, dengan pemilikan saham dalam syarikat-syarikat besar yang tersenarai di Bursa Malaysia.
Dana PMB Shariah Aggresive unggul teratas dengan catatan Total Return 100.48% bagi tempoh antara 3/8/2012 - 4/8/2017. PMB Shariah Growth pula mencatatkan Total Return 62.98% manakala Eastspring Dana Ilham mencatatkan Total Return 51.07%.
Top 5 Equity Malaysia Small & Mid Cap (5 Years Total Return). KLIK gambar untuk lebih jelas. Sumber : Lipper Fund Table - The Edge #1175 (Aug 14 - Aug 20, 2017)
Equity Malaysia Small & Mid Cap menghimpunkan dana-dana yang menumpukan pelaburan di Malaysia, dengan pemilikan saham dalam syarikat-syarikat kecil dan sederhana yang tersenarai di Bursa Malaysia.
Dana Manulife Shariah Progress unggul teratas dengan catatan Total Return 89.94% bagi tempoh antara 3/8/2012 - 4/8/2017. Public Islamic Opportunities pula mencatatkan Total Return 69.61% manakala CIMB Islamic Small Cap mencatatkan Total Return 52.60%.
Top 10 Equity Asia Pacific (5 Years Total Return). KLIK gambar untuk lebih jelas. Sumber : Lipper Fund Table - The Edge #1175 (Aug 14 - Aug 20, 2017)
Dana CIMB Islamic Asia Pacific Equity unggul
teratas dengan catatan Total Return 77.73% bagi tempoh antara
3/8/2012 - 4/8/2017. Public Asia Ittikal pula
mencatatkan Total Return 66.98% manakala PB Islamic Asia Equity mencatatkan Total
Return 66.84%.
Top 3 Equity Greater China (5 Years Total Return). KLIK gambar untuk lebih jelas. Sumber : Lipper Fund Table - The Edge #1175 (Aug 14 - Aug 20, 2017)
Equity Greater China menghimpunkan dana-dana yang melabur / pemilikan saham dalam syarikat-syarikat yang tersenarai di Bursa Saham negara-negara di Greater China seperti negara China, Hong Kong dan Taiwan.
Dana Eastspring Dinasti Equity unggul teratas dengan catatan Total Return 115.11%. Public China Ittikal pula mencatatkan Total Return 85.89% manakala CIMB Islamic Greater China Equity mencatatkan Total Return 85.53%.
Top 10 Mixed Asset / Balanced (5 Years Total Return). KLIK gambar untuk lebih jelas. Sumber : Lipper Fund Table - The Edge #1175 (Aug 14 - Aug 20, 2017)
Mixed Asset / Balanced adalah kombinasi antara Equity dan Money Market / Bond.
Dana Makmur Pheim unggul teratas dengan catatan Total Return 67.74%. InterPac Dana Safi mencatatkan Total Return 66.85%. Public Islamic Asia Tactical Allocation pula mencatatkan Total Return 64.71%.
RISK MANAGEMENT
Pelaburan unit trust adalah pelaburan yang sah dan urusniaganya di kawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Duit pelaburan pelabur juga dilindungi oleh Pemegang manah (Trustee) seperti Amanahraya Trustee Berhad, CIMB Islamic Trustee Berhad, Maybank Trustee Berhad, HSBC (Malaysia) Trustee Berhad dan banyak lagi.
Meskipun demikian, pelabur diingatkan akan risiko pelaburannya tersendiri. Pelaburan unit trust mampu memberikan pelabur untung yang banyak dan pada masa yang sama boleh juga membawa kepada kerugian (tapi tak de la sampai habis modal pelaburan). Namun demikian, Risiko ini boleh dikawal jika pelabur faham dan tahu akan pelaburan unit trust ini. Low Financial Education equates to High Risk.
Setiap dana dinilai kepada prestasi (return) dan juga tahap risiko (volatility). Pemilihan fund bukan sekadar memilih dana yang paling tinggi return. Antara kaedah yang boleh digunakan adalah dengan mengetahui Return Risk Ratio / Risk Rewards Ratio.
Many investors use a risk/reward ratio to compare the expected returns of an investment to the amount of risk undertaken to capture these returns. The optimal risk/reward ratio differs widely among trading strategies. In many cases, market strategists find the ideal risk/reward ratio for their investments to be 1:3. Read more: Risk/Reward Ratio (CLICK)
Return / Risk ratio. KLIK gambar untuk lebih jelas. Sumber : Phillip Fund Focus (July 2017)
Berdasarkan maklumat tersedia di Phillip Fund Focus (July 2017), adalah didapati dana Eastspring Dinasti Equity bukan sahaja mencatatkan prestasi terbaik ketika ini, malah dana ini juga mencatatkan Return / Risk ratio antara terbaik dengan catatan 3.92.
* Lagi besar nilai Return / Risk ratio sesuatu dana, maka lebih tinggi peluang untuk beroleh keuntungan berbanding risikonya.
** Berapakah Return / Risk ratio dana pelaburan anda?
*** Anda ingin melabur dalam dana yang mempunyai Return / Risk ratio yang tinggi? Dapatkan nasihat pendapat pelaburan daripada agen terdekat anda (KLIK)
DANA PILIHAN SAYA?
Ramai yang whatsapp saya bertanyakan akan dana pilihan saya. Hihi... semestinya pemilihan dana ini bergantung kepada beberapa perkara seperti Objektif Pelaburan, Tahap Penerimaan Risiko seseorang, dan Tempoh pelaburan serta Jumlah Pelaburan.
TIPS. Saya memilih sesuatu dana unit trust antaranya berdasarkan:
Tips pilih dana Unit Trust
APAKAH STRATEGI TERBAIK SEKARANG?
- Diversification - pelbagaikan pelaburan di beberapa sector. Jangan tertumpu hanya pada satu sector sahaja.
- Pasaran luar Malaysia (Asia Pacific, Greater China dan Global) merupakan pasaran yang berpotensi.
- Pasaran Malaysia juga menarik - harga NAV yang rendah. Fund yang bagus pasti memberikan anda untung untuk jangka masa sederhana-panjang.
- Return / Risk ratio
🟩🟥🟩🟥🟩🟥🟩🟥🟩🟥
Consultant Pelaburan AndaMohd Rosyaidi (Adi)📞 012-5588680 (Wassap (KLIK)
*******************************
🔴🔵🔴🔵🔴🔵🔴🔵🔴🔵
ARTIKEL POPULAR============
🔴 HOME
PELUANG TAMBAH INCOME ===================💙 Bisnes ini boleh dilakukan secara Part Time mahupun Full Time. 💙 Terbuka pada sesiapa yang nak tambah income.💙 Saya juga open untuk collaborate dengan mana2 leader.
================================DISCLAIMER : Past performance does not reflect future performance. All information in this article / blog is for educational purposes only and should NOT be taken as investment advise, nor as a recommendation or endorse. Please refer to your agent for details explanation. Thanks.================================
🟩🟥🟩🟥🟩🟥🟩🟥🟩🟥
Consultant Pelaburan Anda
Mohd Rosyaidi (Adi)
📞 012-5588680 (Wassap (KLIK)
*******************************
🔴🔵🔴🔵🔴🔵🔴🔵🔴🔵
ARTIKEL POPULAR
============
🔴 HOME
PELUANG TAMBAH INCOME
===================
💙 Bisnes ini boleh dilakukan secara Part Time mahupun Full Time.
💙 Terbuka pada sesiapa yang nak tambah income.
💙 Saya juga open untuk collaborate dengan mana2 leader.
================================
DISCLAIMER :
Past performance does not reflect future performance. All information in this article / blog is for educational purposes only and should NOT be taken as investment advise, nor as a recommendation or endorse.
Please refer to your agent for details explanation. Thanks.
================================
No comments:
Post a Comment