02 April 2017

PRESTASI UNIT TRUST - 2017 QUARTER 1

Artikel ini berkisarkan prestasi Unit Trust bagi suku tahun pertama 2017 (Quarter 1, 2017) yang melibatkan pelbagai syarikat unit trust seperti Public Mutual, CIMB Principal (CWA), PMB Investment, Kenanga, Manulife, Eaastspring, BIMB, AmInvest (AmFunds) dan banyak lagi bersumberkan data daripada Morningstar.

Dapatkan artikel saya yang TERBARU lagi TERKINI di http://rosyaidiradzi.blogspot.my/

======================

ASAS

Unit Trust = Amanah Saham. Konsep mudah: kita minta orang lain (fund manager) uruskan dan laburkan duit kita dalam saham terpilih. Anda tak perlu monitor hari-hari harga NAV unit trust. Berikan 'trust' anda kepada Fund Manager untuk kembangkan duit anda. Konsep sama seperti ASB (ASB juga adalah unit trust). Unit trust adalah medium pelaburan jangkamasa sederhana dan panjang.
Fund / Dana = Tabung (seperti Eastspring Dana Ilham, PMB Shariah Aggresive, Amanah Saham Bumiputra, Amanah Hartanah Bumiputra)
Syarikat unit trust (Unit Trust Management Company, UTMC) = syarikat kewangan berlesen (bank Negara, Suruhanjaya Sekuriti) yang menguruskan pelaburan ahli dalam fund yang dipilih. Contohnya adalah PMB Investment Berhad, Public Mutual Berhad
* Simpanan dan insurans/takaful anda dilindngi oleh PIDM. Pelaburan ahli dalam unit trust pula dilindungi oleh Trustee (Pemegang Amanah) yang dilantik oleh syarikat unit trust masing-masing.


======================

PRESTASI UNIT TRUST MENGIKUT SECTOR


Untuk suku pertama tahun 2017 (Quarter 1, 2017), sector Equity Asia Pacific Ex Japan (Shariah) unggul mencatatkan 8.25%. Ini bermaksud, PURATA SEMUA DANA bagi sector Equity Asia Pacific Asia Pacific Ex Japan (Shariah) adalah 8.25%.

Ia diikuti oleh Equity Malaysia Income (7.94%) dan Equity Greater China (7.46%). Kebanyakan dana unit trust yang selalu di 'promote' oleh agen unit trust adalah dari kategori Equity Malaysia Large Cap (shariah) yang mencatatkan 5.54%. Equity Malaysia Small & Mid Caps pula mencatatkan 7.06%.

BURSA MALAYSIA KLCI

The Edge #1156 (April 3 - April 9, 2017)


Saya suka melihat prestasi KLCI sebagai cermin prestasi unit trust Malaysia. Ini kerana unit trust terutamanya Equity sememangnya melabur/ membeli saham yang diniagakan di KLCI. Umumnya, peningkatan KLCI akan juga memberikan kenaikan kepada dana unit trust. Tinggi atau rendah kenaikan prestasi sesuatu dana bergantung kepada saham yang dipegang / dibeli / dijual pada sesuatu harga.

Melihat kepada Weekly Chart di atas, 
  1. KLCI gagal melepasi Resistance pada nilai 1560 mata
  2. Stochastic melepas 90% - Overbought
  3. RSI (Resistance Strength Index) juga tinggi
  4. Weekly Candlestick yang baru terbentuk untuk last week - Shooting Star
Apa maksudnya semua ini? 



Candlestick Shooting Star KLCI Weekly Chart


Characteristic of Candlestick : Shooting Star

Ini pula adalah chart Bursa Malaysia EMAS Shariah

PRESTASI QUARTER 1 2017 (MALAYSIA SHARIAH)

Senarai Top 120 ini diambil secara terus dari laman web Morningstar. Ia disusun mengikut Return tertinggi bagi tempoh suku pertama tahun 2017 (1/1/2017 - 31/3/2017). Susunan ini adalah campuran bagi semua kelas aset (Equity, Mixed Asset / Balanced, Bond, Money Market) bagi dana unit trust Patuh Shariah sahaja.

Prestasi semasa ini tidak menggambarkan prestasi yang akan datang. Harga dan prestasi unit trust ada turun dan naiknya. Dana yang kurang menyerlah Quarter 1 ini mungkin akan mula 'perform' pada Quarter 2. 

Adalah penting untuk kita melabur dengan objektif yang sesuai untuk tempoh masa sederhana-panjang. Ketahui risiko (Risk vs Potential Return) bagi setiap pelaburan anda!


PMB Shariah Growth unggul tertinggi return dengan pencapaian 14.55% setakat 3 bulan pertama 2017. Ia diikuti oleh InterPac Dana Safi (14.43%) dan CIMB Islamic Greater China Equity (13.74%).

PMB Shariah Aggresive pula mencatatkan 11.88% manakala Manulife Shariah Progress mencatatkan 11.71%.


Affin Hwang Aiiman Equity mencatatkan 11.58% diikuti oleh Pheim Asia Pacific Ex Japan Islamic (11.47%) dan Eastspring Dinasti Equity (11.39%).


Affin Hwang Aiiman Growth mencatatkan 9.67% manakala Manulife Shariah - Dana Ekuiti mencatatkan 9.38%.


Manulife Asia Pasific Shariah mencatatkan 8.85% diikuti oleh Public Islamic Asia Tactical Allocation (8.82%) dan Public Islamic Asia Dividend (8.77%).


Dana Makmur Pheim mencatatkan 7.92% diikuti Public Islamic Optimal Equity (7.91%) dan Public Asia Ittikal (7.87%).


CIMB Islamic Asia Pacific Equity pula mencatatkan 6.81% diikuti oleh Manulife Al-Fauzan (6.77%) dan AmIslamic Growth (6.66%).


Manulife Al-Faid mencatatkan 6.38% diikuti oleh RHB Dana Hazeem dengan 6.38%.
Eastspring Dana Dinamik pula mencatatkan 6.17%.


CIMB Islamic Equity Aggresive mencatatkan 5.86% diikuti oleh Public Islamic Alpha 40 Growth (5.81%) dan CIMB Islamic Al-Azzam Equity (5.81%).


CIMB Islamic DALI Equity Growth mencatatkan 5.51%. RHB Islamic Global Developed Market pula mencatatkan 5.49%. BIMB Arabesque i Global Dividend mencapai 5.34%.


Kenanga Syariah Growth mencatatkan 5.25%. Public Ittikal pula mencatatkan 5.17%. CIMB Islamic DALI Equity Theme mencatatkan 4.96%.


Public Ittikal Sequel mencatatkan 4.59% diikuti oleh Public Islamic Growth & Income (4.49%) dan Precious Metal Securities (4.45%).


Aberdeen Islamic World Equity mencatatkan 3.68%. Eastspring Dana Al-Ilham mencatatkan 3.07%. RHB Islamic ASEAN Megatrend mencatatkan 3.03%.

5 PANDUAN

  1. Objektif pelaburan unit trust adalah untuk jangkamasa SEDERHANA - PANJANG.
  2. Data tersedia di atas (diambil daripada laman web Morningstar) sekadar memaparkan prestasi semasa. Ia tidak menggambarkan ramalan prestasi akan datang yang sama. 
  3. Pelaburan unit trust mempunyai RISIKO tersendiri. Ketahui Tahap Penerimaan Risiko masing-masing. Fund Volatility mungkin membantu mengenalpasti dana yang sesuai.
  4. Diversification. Pelbagaikan medium pelaburan dalam beberapa sector - Malaysia, Asia Pacific, Greater China dan Global. Ia adalah cara untuk mengawal risiko dan pada masa yang sama berpeluang menjana return yang lebih baik.
  5. Pemilihan dana adalah sangat penting. Agen boleh membantu pelabur memilih dana yang sesuai melalui analisis dan dapatan daripada seperti:
    • Objektif, Sector Allocation dan Top Holding sesuatu fund
    • Annualised Return (Prestasi 3 tahun, 5 tahun, 10 tahun) berbanding Benchmark
    • Total Return (Prestasi 3 tahun, 5 tahun) berbanding benchmark
    • Calendar Return - pretasi tahunan + dividen bagi tahun-tahun sebelum ini.
    • Penarafan kualiti dana - Total Return, Consistent Return dan Preservation oleh Lipper.
    • Fund Volatility - lagi tinggi nilainya, maka relatifnya lagi tinggi risiko pelaburannya.
The Edge #1156 (April 3 - April 9, 2017)



🟩🟥🟩🟥🟩🟥🟩🟥🟩🟥

Consultant Pelaburan Anda
Mohd Rosyaidi (Adi)
📞 012-5588680 (Wassap (KLIK)

*******************************

🔴🔵🔴🔵🔴🔵🔴🔵🔴🔵


ARTIKEL POPULAR
============

🔴 HOME


PELUANG TAMBAH INCOME 
===================
💙 Bisnes ini boleh dilakukan secara Part Time mahupun Full Time. 
💙 Terbuka pada sesiapa yang nak tambah income.
💙 Saya juga open untuk collaborate dengan mana2 leader.



================================
DISCLAIMER :
Past performance does not reflect future performance. All information in this article / blog is for educational purposes only and should NOT be taken as investment advise, nor as a recommendation or endorse.
Please refer to your agent for details explanation. Thanks.
================================