16 June 2016

TOP 10 BEST PERFORMING UNIT TRUST FUND (ISLAMIC) MALAYSIA - JUNE 2016

AWAS! Perkongsian ini agak panjang dan melibatkan banyak image bernombor ;-)

Artikel ini sangat significant sebagai sebahagian analisis bagi tempoh hampir setengah tahun pertama 2016 - sejauh mana prestasi bagi sesuatu fund. Ia juga sebagai panduan untuk beberapa temoh akan datang.

Artikel kali ini SANGAT SESUAI bagi:
1) Yang telah ada basic Unit Trust dan bercadang untuk melabur/ yang ingin menambahkan pelaburan.. tetapi buntu nak melabur fund yang mana... (Terdapat hampir 200 Fund yang patuh syariah yang ditawarkan oleh 37 syarikat Unit Trust di Malaysia. Sila KLIK SINI untuk maklumat lanjut).
2) Yang telah melabur.... tetapi ingin tahu akan prestasi semasa fund yang dilabur. Adakah fund anda mencapai kualiti prestasi yang baik?

# Bagi yang tidak ada basic berkenaan Unit Trust, sila baca artikel ini dulu... (KLIK SINI)


Dapatkan artikel saya yang TERBARU lagi TERKINI di http://rosyaidiradzi.blogspot.my/

PRESTASI UNIT TRUST MALAYSIA 2015

Sebelum kita membincangkan prestasi semasa Unit Trust Malaysia, elok rasanya kita mengimbas kembali Prestasi Unit Trust pada tahun 2015 yang berakhir 31 Dec 2015. Terdapat 2 perkara yang semua pelabur Unit Trust ingin ketahui iaitu:

1) Prestasi / Performance Return : Saya merujuk kepada prestasi yang disediakan oleh Lipper yang dipaparkan dalam The Edge, Edisi 1092. 
2) Income Distribution / Dividen. Saya merujuk kepada Distribution Yield (%) yang disediakan oleh syarikat unit trust masing-masing. Public Mutual hanya menyatakan Distribution dalam bentuk sen/unit. Semua data ini dicatatkan dengan jelas dalam Fund Factsheet (Bagaimana untuk membaca Fund Factsheet?).

The distribution yield of a security is calculated by dividing the distributions paid - in Sen/NAV (yearly, monthly, etc.) by its cost or net asset value (NAV).



Prestasi fund utama PMB Investment dan Eastspring pada tahun 2015. Fund terbaik bagi PMB adalah PMB Shariah Aggresive dengan 41.26%. Income distribution / dividen bagi PMB Shariah Aggresive juga sangat tinggi dengan 8.30%. Eastspring Dinasti Equity merupakan fund terbaik bagi Eastspring dengan 19.01%. 

Prestasi fund utama Affin Hwang, AmFund dan RHB pada tahun 2015. Fund daripada RHB menunjukkan prestasi yang baik iaitu RHB Dana Hazeem (20.04%) dan RHB Dana Islam (25.01%). Kedua-duanya juga memberikan Income Distribution / dividen yang tinggi.


Prestasi fund utama Manulife dan Kenanga pada tahun 2015. Fund terbaik bagi Manulife adalah Manulife Shariah Dana Ekuiti dengan 15.48%. Kenanga Syariah Growth merupakan fund terbaik bagi Kenanga dengan 9.49%. 


Prestasi fund utama Pheim dan CIMB Principal (CWA) pada tahun 2015. Fund terbaik bagi Pheim adalah Dana Makmur Pheim dengan 12.09%CIMB Islamic Greater China Equity merupakan fund terbaik bagi CIMB Principal (CWA) dengan 17.63%. 


Prestasi fund utama Public Mutual pada tahun 2015. Antara fund yang mencatatkan prestasi yang baik adalah Public Islamic Oppurtunities (PIOF)(18.70%), Public Ehsan Mixed Asset Growth (PESMAGF) (18.61%) dan Public Islamic Select Treasures (PISTF) (18.37%)

Top 10 Top Performer Fund - Unit trust Malaysia (Shariah) 2015


PRESTASI SEMASA UNIT TRUST M'SIA


Secara umumnya, prestasi Unit Trust Malaysia menunjukkan prestasi yang hambar sejak Jan 2016. Ia diterjemahkan dengan penurunan harga NAV unit trust masing-masing. Meskipun demikian, ia merupakan berita yang baik bagi pelabur 'tegar' unit trust untuk menambahkan bilangan unit tatkala harga NAV yang rendah.

Data yang disediakan ini melibatkan:
1) Prestasi 1 year (3/3/2016 - 3/6/2016) yang disediakan oleh Lipper dalam The Edge Edisi 1114. 
2) Prestasi 5 years - Cummulative Return / Total Return (3/6/2011 - 3/6/2016) juga disediakan oleh Lipper dalam The Edge Edisi 1114. Inilah prestasi keuntungan pelaburan anda jika anda melabur sejak 5 tahun yang lepas dan biarkan ia compounded / berkembang.
3) Prestasi 5 years - Annualised Return (as 14/6/2016). Maklumat ini disediakan oleh Morningstar (Maklumat lanjut di SINI).
4) Sharpe Ratio as 14/6/2016. Maklumat ini juga disediakan oleh Morningstar (Maklumat lanjut di SINI) dan Novagni (Pelabur KWSP boleh melayari Novagni secara PERCUMA melalui Portal Pelaburan Ahli KWSP. Panduannya di SINI).

The Sharpe ratio is the average return earned in excess of the risk-free rate per unit of volatility or total risk. The greater a portfolio's Sharpe ratio, the better its risk-adjusted performance has been.



Prestasi semasa fund utama dari PMB Investment dan Eastspring. PMB Shariah Aggresive masih merupakan fund terbaik untuk tempoh 5 tahun. Cummulative Return fund ini adalah 87.79% dan 13.36% bagi Annualised Return. Eastspring Dana Ilham pula merupakan fund terbaik bagi Eastspring untuk tempoh 5 tahun dengan 67.93% (Cummulative Return) dan 10.92% (Annualised Return). Sharpe Ratio bagi Eastspring Dana Ilham juga tinggi dengan bacaan 1.00.


Prestasi semasa fund utama dari Affin Hwang, AmFund dan RHB. Affin Hwang Aiiman Growth merupakan fund terbaik untuk tempoh 5 tahun bagi Affin Hwang dengan rekod 46.82% Cummulative Return untuk tempoh 5 tahun. AmPrecious Metal setakat ni merupakan fund yang paling tinggi return untuk tempoh setahun engan 18.65%. AmOasis Global Islamic Equity fund pula mencatatkan Sharpe ratio tertinggi dengan 1.61.


Prestasi semasa fund utama dari Manulife dan Kenanga. Manulife Shariah Progress masih merupakan fund terbaik untuk tempoh 5 tahun bagi Manulife. Cummulative Return fund ini adalah 89.49% dan 13.61% bagi Annualised Return. Kenanga Syariah Growth pula merupakan fund terbaik bagi Kenanga untuk tempoh 5 tahun dengan 51.07% (Cummulative Return) dan 8.52% (Annualised Return). 


Prestasi semasa fund utama dari Pheim dan CIMB Principal (CWA). Dana Makmur Pheim mencatatkan prestasi 50.50% (Cummulative Return) dan 8.43% (Annualised Return) untuk tempoh 5 tahun. Sharpe Ratio fund ini juga tinggi iaitu 1.08CIMB Islamic Small Cap pula merupakan fund terbaik bagi CIMB Principal untuk tempoh 5 tahun dengan 41.42% (Cummulative Return).



Prestasi semasa fund utama dari Public Mutual. Public Islamic Oppurtunities (PIOF) merupakan fund terbaik untuk tempoh 5 tahun. Cummulative Return fund ini adalah 57.72% dan 9.26% bagi Annualised Return. 

KESIMPULAN:


Secara umumnya, Manulife Shariah Progress adalah fund terbaik untuk tempoh 5 tahun dengan mencatatkan 89.49% Cummulative Return. Fund ini adalah fund Equity SM & Mid Cap. PMB Shariah Aggresive juga mencatatkan prestasi yang baik dengan 87.79%. Fund ini adalah fund Equity Malaysia bersama-sama dengan Eastspring Dana Ilham dengan catatan 67.93%. Fund terbaik daripada segment Mixed Asset adalah Eastspring Dana Dinamik dengan 59.54%.


Annualised Return untuk tempoh 5 tahun juga ditunjangi oleh Manulife Shariah Progress dengan13.61%PMB Shariah Aggresive  memberikan saingan yang hebat dengan 13.36%Eastspring Dana Ilham pula mencatatkan 10.92% dan diikuti dengan Eastspring Dana Dinamik dengan 9.81%.


KUALITI PRESTASI FUND 

Dalam membicarakan akan kualiti prestasi sesuatu fund Unit Trust, kita tidak dapat lari daripada mengaitkan Lipper, Morningstar dan Novagni. Ini kerana ketiga-tiga institusi ini telah membuat 'Audit' dan penilaian berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan. Mereka akan mengeluarkan Result yang boleh dijadikan panduan pelaburan kepada pelabur. 

1) Lipper : Ia menilai kepada Total Return, Consistern Return dan Preservation. Maklumat dan skor setiap fund boleh didapati melalui SINI atau akhbar The Edge (dikeluarkan secara mingguan). Ia mengeluarkan skor rating antara 1-5 yang mana skor tertinggi adalah 5 atau juga dilabelkan sebagai Leader.


Total Return
The Lipper Rating for Total Return denotes a fund that has provided superior total returns (income from dividends and interest as well as capital appreciation) when compared to a group of similar funds.

Consistent Return
The Lipper Rating for Consistent Return identifies a fund that has provided relatively superior consistency and risk-adjusted returns when compared to a group of similar funds. Funds which achieve high ratings for Consistent Return may be the best fit for investors who value a fund's year-to-year consistency relative to other funds in a particular peer group.


Preservation
The Lipper Rating for Preservation is a fund that has demonstrates a superior ability to preserve capital in a variety of markets when compared with other funds in its asset class.

2) Morningstar : Pelabur boleh menyemak status skor setiap fund melalui SINI. Ia mengeluarkan skor rating antara 1-5 yang mana skor tertinggi adalah 5.

3) Novagni: Pencarum KWSP dapat melayari Novagni secara PERCUMA melalui i-Akaun KWSP. Panduan dan step by step adalah seperti ditunjukkan di SINI. Ia juga mengeluarkan skor rating antara 1-5 yang mana skor tertinggi adalah 5. Layari laman web KWSP sekarang melalui pautan INI.

TOTAL SCORE adalah jumlah score yang diperolehi oleh setiap fund hasil tambah skor yang diperolehi melalui Lipper, Morningstar dan Novagni. Secara umumnya, ia mampu menunjukkan pelabur secara lebih jelas akan kualiti prestasi sesuatu fund. Sudah semestinya fund yang tinggi TOTAL SCORE nya adalah fund yang bagus.


Skor by Morningstar, Lipper dan Novagni bagi fund utama PMB Investment dn Eastspring. PMB Shariah Growth dan PMB Shariah Aggresive mencatatkan Total Score yang tinggi. Eastspring Dana Ilham mencatatkan prestasi terbaik dalam kalangan islamic fund dengan mencatatkan Total Score tertinggi dengan score 24/25. Fund ini mendapat skor 5 Star masing-masing daripada Morningstar dan Novagni. Fund ini juga memperolehi skor 5 untuk Total Return dan Consistern Return melalui Lipper.



Skor by Morningstar, Lipper dan Novagni bagi fund utama Affin, AmFund dan RHB. Affin Hwang Aiiman Growth mencatatkan Total Score yang tertinggi bagi Affin Hwang. AmIslamic Balanced pula dilihat sebagai fund terbaik bagi AmFund. RHB Dana Hazeem mencatatkan 5 Star melalui Morningstar. Fund ini juga memperolehi 5 Star bagi Total Return dan Consistern Return by Lipper.



Skor by Morningstar, Lipper dan Novagni bagi fund utama Manulife dan Kenanga. Manulife Shariah Progress mencatatkan 5 Star dari Morningstar. Manulife Shariah Dana Ekuiti dan Kenanga Syariah Growth pula berjaya memperolehi Skor 5 bagi kesemua kategori Lipper - Total Return, Consistern Return dan Preservation.


Skor by Morningstar, Lipper dan Novagni bagi fund utama Pheim dan CIMB Principal. Pheim Dana Makmur mencatatkan Total Score yang tinggi. Fund ini memperolehi Skor 5 bagi Morningstar serta Lipper melalui Total Return dan Consistern Return. CIMB Dali Equity Growth mencatatkan skor 5 Star melalui Morningstar. 


Skor by Morningstar, Lipper dan Novagni bagi fund utama Public Mutual. Public Ittikal Sequel (PITSEQ) berjaya mencatatkan skor 5 Star melalui Morningstar. Public Asia Ittikal (PAIF) merupakan fund yang paling tinngi Total Score dalam banyak-banyak fund Public Mutal dengan score 22/25. Fund ini mencatatkan Skor 5 bagi semua kategori Lipper - Total Return, Consistern Return dan Preservation.

Kesimpulan Skor Rating - Fund Terbaik

i. Lipper (Skor 5-5-5 bagi Total Return, Consistern Return dan Preservation)
  1. Manulife Shariah Dana Ekuiti
  2. Kenanga Syariah Growth
  3. Pheim Dana Makmur
  4. CIMB Islamic DALI Equity Growth
  5. Public Asia Ittikal (PAIF)
ii. Morningstar (Skor 5)
  1. Eastspring Dana Ilham
  2. RHB Dana Hazeem
  3. Manulife Shariah Progress
  4. Public Ittikal Sequel
iii. Novagni (Skor 5)
  1. Eastspring Dana Ilham
Eastspring Dana Ilham merupakan fund tertinggi skornya jika digabungkan kesemua skor oleh Lipper, Morningstar dan Novagni. Fund ini berjaya mencapai 24/25 skor. Ini juga satu indicator dan fakta penting bahawa fund ini adalah antara fund yang terbaik. Namun, dapatan skor yang tertinggi tidak semestinya akan memberikan return yang tertinggi juga.

PRESTASI YANG AKAN DATANG

Tempoh yang mencabar sepanjang hampir separuh masa pertama 2016 memberikan pelbagai rasa dan perisa di kalangan pelabur. Ada yang gundah-gulana.... ada yang berduka-lara... ada yang tersenyum girang... dan mungkin ramai yang tak merasa apa-apa.

Oleh kerana kebanyakan fund unit trust melabur dalam Bursa Malaysia (FBM KLCI), maka sebarang kenaikan dan penurunan pasaran saham Busa Malaysia semestinya mempengaruhi naik turun harga NAV unit trust. Untuk rekod, Bursa Malaysia mencatatkan prestasi -5.66% pada tahun 2014 dan -3.90 pada tahun 2015.

Bagimana pula dengan tahun 2016?


Gambarajah di atas menunjukkan prestasi Bursa Malaysia bermula 1 Jan 2016  sehingga pertengahan Jun 2016. Patern Uptrend bermula Pertengahan Jan 2016 sehingga pertengahan April 2016. Ia disusuli dengan Downtrend. Bermula Jun 2016, pasaran kelihatan seolah-olah side way... naik sekejap dan turun sekejap. Kelihatan harga Bursa Malaysia agak sukar untuk memecah harga Resistance (SMA 50) untuk terus naik. 

Apa yang menarik adalah indikator RSI (Resistance Strength Index) menunjukkan bahawa trend berikutnya adalah Uptrend. Candlestick menunjukkan 'Hammer'... yang mana ia juga satu lagi petanda kepada Uptrend. Ramai pakar ekonomi meramalkan pasaran kembali pulih bermula 3rd Quarter 2016, yakni bermula Julai 2016.


Gambarajah di atas pula menunjukkan prestasi Bursa Malaysia 5 tahun terdahulu bermula Jun 2011 sehingga Jun 2016. Bursa Malaysia kelihatan membentuk Symmetrical Triangle yang mana jika ia mampu melepasi paras resistance 1675 mata, ia akan mampu memulakan trend yang baru iaitu Uptrend. Indikator RSI (Resistance Strength Index) juga menunjukkan pasaran sudah bersedia untuk memulakan trend baru ini. 

Kesimpulannya, Analisis Teknikal menunjukkan perubahan trend kepada Uptend akan bermula tidak lama lagi, insyaAllah ;-)



Analisis Fundamental juga tidak kurang pentingnya. Ia juga mampu memberikan kesan yang significant dan mempengaruhi naik turun pasaran Bursa Malaysia. Ada yang bersifat global dan ada juga yang bersifat local. Apa berita yang amat penting sehingga boleh mempengaruhi pasaran dunia dan pasaan Malaysia?

1) Referendum Brexit UK. Adakah UK akan keluar daripada Euro? Apa kesannya? Setakat  ini, tinjauan menunjukkan rakyat UK masih berbelah-bagi untuk membuat keputusan.  Ratio 50%-50% bagi yang inginkan UK kekal dalam Euro dan yang mahukan Euro keluar dari UK.
  • Jika UK keluar Euro, ia mampu melumpuhkan Euro. Ini kerana UK akan menjadi pemula kepada beberapa negara lain juga yang akan keluar dari Euro. Jika ini terjadi, ia akan mengganggu-gugat ekonomi Euro seterusnya mampu memberikan kesan global.
  • Jika UK kekal dalam Euro, ia sedikit sebanyak akan memastikan ekonomi Euro terus berkembang mapan dan mampu menyeimbangkan ekonomi dunia.
Oleh kerana ketidak-tentuan ini, ramai pelabur di UK dan Euro membeli emas sebagai medium simpanan menggantikan Pound Sterling dan matawang Euro. Sedikit sebanyak ia melonjakkan harga emas dunia bermula Jan 2016 lalu. Ramai pemerhati mengatakan bahawa rakyat UK akan memilih untuk kekal dalam Euro dan ekonomi kekal stabil.

2) Pemilihan Presiden US. Rakyat US akan memilih presiden baru pada Nov 2016. Maka kerajaan Presiden Obama akan cuba sedaya mungkin memastikan ekonomi US berkembang baik. Ia juga sebagai bekal dan modal kempen yang berkesan. Kestabilan ekonomi US boleh juga diterjemahkan sebagai kestabilan ekonomi global kerana US adalah kuasa ekonomi dunia. US juga akan pastikan Brexit UK tidak akan mengganggu kestabilan ekonomi US dan dunia.

3) Pilihanraya Umum (PRU) 14 pada hujung tahun 2016. Pasca Pilihanraya Negeri Sarawak baru -baru ini menunjukkan bahawa BN semakin kuat. Ia mengesahkan bahawa sekali lagi Sabah dan Sarawak akan menjadi pembekal utama kerusi parlimen kepada kerajaan BN. Kerajaan BN juga yakin bahawa mereka mampu mengekalkan kerusi Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

DS Najib nampaknya semakin hampir untuk membubarkan Parlimen untuk mendapatkan mandat baru yang lebih gemilang. BN yakin bahawa meraka akan menang lagi malah mampu merampas kembali negeri Selangor, Pulau Pinang malah Kelantan. Ia bukan disebabkan BN semakin kuat, tetapi disebabkan Pakatan Rakyat yang tidak kuat dan berpecah-belah. DS Najib semestinya akan mengambil kesempatan ketidakstabilan pakatan pembangkang untuk menang. Penangguhan pemilihan MIC dan MCA menguatkan lagi desas-desus ini.

Apa kaitannya? Jika DS Najib umumkan pilihanraya umum bakal dilangsungkan pada hujung tahun ini, semestinya ekonomi Malaysia akan kekal stabil dan kondusif. DS Najib akan pastikan faktor ekonomi ini sebagai senjata sulit untuk memenangi hati pengundi. Kita akan dapati pada masa ini Bursa Saham mencatatkan keuntungan... berada pada harga tertinggi... Ringgit mengukuh dan stabil.. dan banyak lagi. 

Kesimpulannya
1. Jika, Ekonomi US /UK stabil = ekonomi dunia stabil  = ekonomi Malaysia stabil. 
2. Jika Pilihanraya Umum 2016 = ekonomi Malaysia akan kekal positif dan stabil malah mungkin mencatatkan prestasi terbaik dalam sejarah.
3. Secara tidak langsung, pelabur Unit Trust juga akan beroleh keuntungan.

SEKARANG ANDA MAHUKAN FUND YANG MANA?

Nah... analisis telah diberikan. Pilihan sudah di tangan anda. Cuma...... nak pilih fund yang mana?

1. Persediaan sebelum melabur (KLIK) - 
  • Needs and goal (matlamat) pelaburan anda
  • Risk Appetite (Tahap penerimaan Risiko) 
  • Time Horizon (Tempoh pelaburann)
2. Tips Melabur Unit Trust (KLIK)
  • When is the Best time to Invest?
    • First: The last 10 years
    • Second: Now! Now! Now!
    • Sekarang harga unit adalah murah. Kumpulkan unit sekarang.
  • Global & local review
  • Ringgit Cost Averaging (RCA)
  • The Power of Compounding
  • Swithching fund - Kalau boleh switching inter-company lagi bagus.
  • Timing market
3. Tips memilih fund (KLIK)
  • Islamic - Shariah Compliance fund
  • Fund performance - Prestasi semasa dan Prestasi Yang lepas (esp 5 years). Past performance not indicates future performance. Tetapi sekurang-kurangnya kita dapat tahu bahawa Fund Manager nya bijak melaburkan duit pelabur sehingga dapat memberikan return pulangan yang tinggi.
  • Risk rating - Fund Volatility. Lagi tinggi nilainya, lagi tinggi risiko pelaburannya. Tetapi, kata orang... High Risk, high Return.
  • Skor rating - Lipper, Morningstar dan Novagni.


🟪🟥🟪🟥🟪🟥🟪🟥🟪

🟩🟥🟩🟥🟩🟥🟩🟥🟩🟥


Adakah anda mempunyai isu2 ini...

🔷 Anda dah invest lama, tapi masih tak untung banyak / masih rugi / tak tahu status pelaburan anda
🔷 Anda keliru nak buat apa dengan pelaburan anda sekarang sama ada nak maintain atau buat pertukaran (nak tukar ke mana?)
🔷 Pelaburan anda tidak diuruskan dengaan baik, berterabur dan tidak tersusun
🔷 Anda tak tahu nak invest mana kerana takut terkena Scam / Pernah kena scam
🔷 Anda tak sure bagaimana nak uruskan duit Persaraan anda sebaiknya untuk mendapat Regular Income secara Konsisten 


Izinkan saya bantu anda dengan Kepakaran saya (> 14 tahun pengalaman dalam bidang kewangan) untuk...

🔶 Susun portfolio Pelaburan Premium yang berpotensi memberikan pulangan yang tinggi melalui pelaburan Equity, ETF, FCPO, Crypto & Bitcoin yang Sah di sisi Undang2 & Patuh Shariah.
🔶 Sediakan Plan Investment yang Sederhana-Rendah Risiko pada Unit Trust yang memberikan High Distribution (Dividend) KONSISTEN SETIAP TAHUN (+ FREE Takaful Death & TPD)
🔶 Gabungkan kombinasi beberapa instrumen pelaburan untuk sesuaikan Portfolio yang Manageable Risk yang sesuai untuk Retirement Plan.



Mohd Rosyaidi (Adi)
Konsultan Pelaburan Bertauliah (SC & FIMM)

📞 012-5588680 (Wassap (KLIK)
📞 012-5588680 (Wassap (KLIK)
📞 012-5588680 (Wassap (KLIK)

Unit Trust | Equity | ETF | Crypto & Bitcoin | FCPO 
✅ Approved by Suruhanjaya Sekuriti (SC) Malaysia
✅ Approved by Bursa Malaysia 
✅ Patuh Shariah 
❌ Scam


*******************************
Jemput join untuk Pelbagai Info Kewangan & Pelaburan