17 May 2022

TOP 10 UNIT TRUST TERBAIK MALAYSIA (MAY 2022) - PRESTASI SEMASA DAN SOLUSI PELABURAN

Artikel perkongsian kali ini adalah Sangat Ekslusif dan Special yang jarang2 diceritakan oleh mana2 agen pelaburan / agen unitTrust. 

Artikel ini sangat sesuai buat anda yang:
  • SEDANG invest Unit Trust 
  • berkira-kira MAHU INVEST Unit Trust (First time / pernah invest dulu / nak buat DCA (Dollar Cost Averaging) / nak diversify investment)
Saya jamin bahawa artikel ini pasti akan memuaskan hati anda dari segi ilmu dan info yang disampaikan. namun perkongsian ini agak panjang. Basically, ia boleh dibahagikan kepada 3 bahagian...
  • Prestasi Unit Trust Terbaik Malaysia
  • Prestasi Semasa Unit Trust - Apa dah jadi ni?
  • Solusi dan cadangan pelaburan

Pelaburan May 2022


PRESTASI UNIT TRUST TERBAIK - 3 TAHUN 
(TOTAL RETURN)


Di bawah ini adalah data Top 10 Unit Trust Patuh Shariah Paling Perform.
  • Untuk tempoh terkini 3 tahun (6/5/2019 sehingga 6/5/2022)
  • Sumber: Lipper (Akhbar The Edge #1421 keluaran Mingguan bertarikh May 16 - May 21, 2022)
  • Prestasi ni adalah Total Return iaitu 'Capital Gain' (Kenaikan / Penurunan harga unit) + Income Distribution (Dividend)

senarai 10 fund unit Trust Paling Tinggi Return dalam 3 tahun


Dapatan daripada  data ini, senarai 10 fund unit Trust Paling Tinggi Return dalam 3 tahun adalah:
  1. Hong Leong Dana Makmur : 92.81%
  2. PMB Shariah Equity : 85.60%
  3. PMB Shariah Growth : 70.31%
  4. Interpac Dana Safi : 68.22%
  5. TA Dana Fokus : 66.70%
  6. PB Islamic Small Cap : 64.88%
  7. Manulife Shariah Progress Plus : 61.14%
  8. Hong Leong Dana Maarof : 52.97%
  9. Public Islamic US Equity : 52.22%
  10. Public Islamic Opportunities : 51.13%
Maksudnya, katakan anda melabur fund PMB Shariah Growth pada 6 May 2019 sebanyak RM10,000, maka anda kini sedang untung sebanyak RM7,031 selama 3 tahun pelaburan setakat 6 May 2022. Nilai pelaburan terkini anda adalah RM17,031 (Modal RM10,000 + Keuntungan RM7,031).


UNIT TRUST TERBAIK - EQUITY MALAYSIA


Unit Trust Equity Malaysia Terbaik


Fund Unit Trust Equity Malaysia Terbaik dalam 3 tahun:
  1. Hong Leong Dana Makmur : 92.81%
  2. PMB Shariah Equity : 85.60%
  3. PMB Shariah Growth : 70.31%
  4. TA Dana Fokus : 66.70%
  5. PB Islamic Small Cap : 64.88%

UNIT TRUST TERBAIK - EQUITY ASIA PACIFIC 


Unit Trust Equity Asia Pacific Terbaik


Fund Unit Trust Equity Asia Pacific Terbaik dalam 3 tahun:
  1. Pheim Asia Ex-Japan Islamic : 32.49%
  2. Principal Islamic Asia Pacific Dynamic Equity : 31.31%
  3. Principal DALI Asia Pacific Equity Growth : 24.97%
  4. Manulife Shariah Asia Pacific Ex-Japan : 23.57%
  5. RHB Shariah Asia Ex-Japan Growth : 21.94%

UNIT TRUST TERBAIK - EQUITY GLOBAL


Unit Trust Equity Global Terbaik


Fund Unit Trust Equity Global Terbaik dalam 3 tahun:
  1. Public Islamic Global Equity : 47.59%
  2. RHB Islamic Global Developed Markets : 39.93%
  3. Principal DALI Global Equity : 32.36%
  4. Aberdeen Standard Islamic World Equity : 28.97%
  5. Global Islamic Equity : 24.51%

UNIT TRUST TERBAIK - BALANCED / MIXED ASSET



Unit Trust Balanced Mixed Asset Terbaik


Fund Unit Trust Balanced Mixed Asset Terbaik dalam 3 tahun:
  1. Interpac Dana Safi : 68.22%
  2. Hong Leong Dana Maarof : 52.97%
  3. Kenanga SyariahEXTRA : 33.55%
  4. BIMB i Flexi : 31.98%
  5. Public e-Islamic Flexi Allocation : 31.81%


APA YANG SEDANG BERLAKU KETIKA INI? PRESTASI SEMUA FUND UNIT TRUST SEMAKIN MERUDUM?


Prestasi unit trust untuk tahun ini - Year To Date (YTD) Performance bagi tempoh antara 1 Jan 2022 sehingga 12 May 2022 adalah 'sangat menyedihkan'.

Rata2 Unit Trust memang sedang 'negative performance'.

EQUITY GLOBAL


Unit Trust Equity Global (Fund Conventional)


Fund Unit Trust Equity Global (Fund Conventional) sedang mengalami kejatuhan yang banyak kini... Prestasi YTD (1/1/2022- 12/5/2022) Paling teruk adalah:
  1. Affin Hwang World Series - Global Disruptive Innovation : -57.18%
  2. United Global Technology : -52.66%
  3. Affin Hwang World Series - Long Term Global Growth : -47.11%


Unit Trust Equity Global (Fund Islamic)


Fund Unit Trust Equity Global (Fund Islamic) sedang mengalami kejatuhan yang banyak kini... Prestasi YTD (1/1/2022- 12/5/2022) Paling teruk adalah:
  1. RHB i-Global Sustainable Disruptors : -32.93%
  2. Public e-Islamic Pioneer Entrepreneur 40 : -26.77%
  3. Affin Hwang Aiiman Global Multi Thematic : -26.59%

Index Utama Global


Pelaburan unit trust adalah sangat berkait rapat dengan Index & Saham. Umumnya, jika...  
  • Index naik, insyaAllah fund Unit Trust yang berkaitan juga akan turut naik.
  • Index turun, maka UnitTrust yang berkaitan juga akan turut turun.
Index ini sering kali dijadikan sebagai Benchmark (penanda aras) kepada Unit Trust.

Jika dilihat daripada gambar di atas, market US (yang merupakan 'perumah' kepada banyak saham global) berprestasi negative:
  • Nasdaq : -24.54%
  • S&P 500 : -15.57%
  • Dow Jones : -11.40%

Prestasi Saham Global


Prestasi sesuatu Index umumnya ditentukan oleh prestasi saham2 utama.

So far, memang saham2 Global juga berprestasi negative. Saham yang ok prestasinya setakat ini adalah saham yang berkaitan minyak dek kerana lonjakan harga minyak yang ketika ini melebihi $100/ barrel. 


==========


So, Umumnya boleh la dianggap bahawa kini:
  • Pelaburan Unit Trust di market Global : negative performance
  • Pelaburan Private Mandate di market Global : negative performance
  • Pelaburan Saham di market Global : negative performance

EQUITY ASIA PACIFIC


Unit Trust Equity Asia Pacific (Fund Conventional)


Fund Unit Trust Equity Asia Pacific (Fund Conventional) sedang mengalami kejatuhan yang banyak juga... Prestasi YTD (1/1/2022- 12/5/2022) Paling teruk adalah:
  1. Manulife Asia Pacific Opportunities : -26.30%
  2. Public Optimal Equity : -24.20%
  3. Manulife Asian Small Cap Equity : -24.05%


Unit Trust Equity Asia Pacific (Fund Islamic)


Fund Unit Trust Equity Asia Pacific (Fund Islamic) sedang mengalami kejatuhan yang banyak juga... Prestasi YTD (1/1/2022- 12/5/2022) Paling teruk adalah:
  1. Public Islamic Optimal Equity : -26.73%
  2. PB Islamic Asia Strategic Sector : -23.32%
  3. Public Asia Ittikal : -22.58%

Index utama Asia Pacific


Pelaburan unit trust bagi market Asia Pacific majoritinya fokuskan pelaburan pada market China, Hong Kong,dan Korea Selatan.

Prestasi semasa Index utama Asia Pacific ini adalah sangat kurang memuaskan...
  • China: -15.26%
  • Hong Kong : -14.95%
  • Korea Selatan: -12.54%  

==========


So, Umumnya boleh la dianggap bahawa kini:
  • Pelaburan Unit Trust di market Asia Pacific : negative performance
  • Pelaburan Private Mandate di market Asia Pacific : negative performance
  • Pelaburan Saham di market Asia Pacific : negative performance

EQUITY CHINA


Unit Trust Equity China (Fund Conventional & Islamic)


Fund Unit Trust Equity China (Fund Conventional & Islamic) sedang mengalami kejatuhan yang sangat banyak... Prestasi YTD (1/1/2022- 12/5/2022) Paling teruk adalah:
  1. RHB Shariah China Focus : -30.35%
  2. RHB China-A Fund : -30.12%
  3. Affin Hwang World Series - China Growth : -28.95%

Prestasi YTD bagi Shanghai Index adalah -15.26% 
Prestasi ini adalah prestasi paling teruk di kalangan negara rantau Asia Pacific.


==========


So, Umumnya boleh la dianggap bahawa kini:
  • Pelaburan Unit Trust di market China : negative performance
  • Pelaburan Private Mandate di market China : negative performance
  • Pelaburan Saham di market China : negative performance

EQUITY MALAYSIA


Unit Trust Equity Malaysia (Fund Conventional)


Fund Unit Trust Equity Malaysia (Fund Conventional) sedang mengalami kejatuhan yang banyak ... Prestasi YTD (1/1/2022- 12/5/2022) Paling teruk adalah:
  1. Areca Dynamic Growth 3.0 : -43.96%
  2. Kenanga EquityExtra : -30.15%
  3. Kenanga TacticalExtra : -28.75%


Unit Trust Equity Malaysia (Fund Islamic)


Fund Unit Trust Equity Malaysia (Fund Islamic) sedang mengalami kejatuhan yang banyak ... Prestasi YTD (1/1/2022- 12/5/2022) Paling teruk adalah:
  1. PB Islamic Small Cap : -27.28%
  2. BIMB i-Tactical : -25.47%
  3. BIMB i-Growth : -24.80%

Prestasi YTD bagi KLCI adalah -1.47% 
Prestasi ini tidak la seteruk prestasi Index utama US/ Global/ Asia Pacific.
Tetapi, prestasi Unit Trust Malaysia nampak seperti 'sama teruk' nya dengan Unit Trust yang invest pada market yang sedang jatuh banyak....hmmmmm


==========

So, Umumnya boleh la dianggap bahawa kini:
  • Pelaburan Unit Trust di market Malaysia : negative performance
  • Pelaburan Private Mandate di market Malaysia : negative performance
  • Pelaburan Saham di market Malaysia : negative performance

BALANCED / MIXED ASSET


Unit Trust Balanced Mixed Asset (Fund Conventional)


Fund Unit Trust Balanced Mixed Asset (Fund Conventional) sedang mengalami kejatuhan yang banyak (dah macam Equity dah) ... Prestasi YTD (1/1/2022- 12/5/2022) Paling teruk adalah:
  1. Areca Dragon Technology : -28.83%
  2. Affin Hwang Multi Asset : -30.15%
  3. Public Tactical Allocation : -25.46%


Unit Trust Balanced Mixed Asset (Fund Islamic)


Fund Unit Trust Balanced Mixed Asset (Fund Islamic) sedang mengalami kejatuhan yang banyak (dah macam Equity dah) ... Prestasi YTD (1/1/2022- 12/5/2022) Paling teruk adalah:
  1. InterPac Dana Safi : -24.84%
  2. BIMB i-Flexi : -23.51%
  3. Public Islamic Asia Tactical Allocation : -22.88%

APA PULA NASIBNYA DENGAN PELABURAN YANG LAIN?


Prestasi CryptoCurrency


Pelaburan CryptoCurrency lagi hebat dilanda badai.... Prestasi semasa YTD (1/1/2022- 12/5/2022) bagi Crypto utama adalah...
  1. Bitcoin : -37.3%
  2. Ethereum : -46.2%
  3. Ripple: -51.2%
Ada antara Cypto ni yang dah nyawa2 ikan, yakni kerugian >90%....


Gold Chart


Emas mengalami naik dan turun untuk tahun ini....
  • Pada 3 Jan 2022, harga emas adalah $1829 per Ounce.
  • Harganya melonjak sehingga $2,070 pada 8 March 2022 (Perang Russia - Ukraine bermula sejak Feb 2022 sehingga kini)
  • Pada 15 May 2022, harga emas kembali susut ke paras $1811.
Prestasi YTD Unit Trust berkaitan Gold adalah:
  • Affin Hwang Shariag Gold Tracker (Islamic) : 7.34%
  • MAMG Gold fund : 6.11%
  • Public e-EMAS Gold fund : 4.54%
  • RHB Gold fund : 1.21%
  • Precious Metals Securities : 0.96%
  • RHB Gold & General : 0.22%
  • TA Gold & Silver : -10.59%

APA MAKSUDNYA?


Secara kesimpulannya....
  • Hampir SEMUA MARKET (Global / US / Eropah / Asia / Malaysia) sedang berprestasi negative.
  • Ia disebabkan oleh kerana 'most' SAHAM juga berprestasi negative....
  • Ia seterusnya menyebabkan 'most' UNIT TRUST Equity dan Balanced Mixed Asset juga berprestasi negative.
  • Crpto  juga terpalit sama - prestasi menjunam.
  • Commodities ok la skit... Gold mengalami naik turun.... tidak jelas trend (UpTrend atau DownTrend)... Yang naik adalah yang berkaitan dengan minyak.

Bagi yang invest Unit Trust / Private Mandate...
  • Fund Manager yang mengawal pelaburan (Bukan agen Unit  Trust / agen Private Mandate).
  • JIKA kejatuhan ini disebabkan oleh kegagalan Fund Manager yang tak bagus, mungkin hanya sebahagian kecil sahaja Unit Trust yang terkesan. 
  • Tetapi apabila melibatkan hampir semua fund Unit Trust Equity / Private Mandate, maka tak kan la kita nak katakan semua Fund Manager tak bagus, kan? Ia sememangnya disebabkan kejatuhan market.
  • Tatkala kejatuhan mula melanda, Fund Manager telahpun sehabis baik adjust portfolio agar impak kejatuhannya diperlahankan (Itu memang kerja Fund Manager dalam Pengurusan Risiko). 
  • Tiada siapa yang mahukan atau jangkakan kejatuhan seperti sekarang yang berlaku sangat cepat dan sangat teruk kesannya.


Sampai bila kejatuhan ini? Bila ia akan naik semula?
  • Wallahua'lam... 
  • Ada yang kata sekarang ni 'Good time to buy'... but at Low level...
  • Tetapi, Tiada siapa yang tahu...
  • Ia mungkin akan naik kembali lagi 1 bulan/ atau lagi 3 bulan / atau lagi 6 bulan / atau lagi 1 tahun / atau lagi 2 tahun....
  • Atau ia mungkin juga akan turun lagi... dan lagi... dan lagi sebelum naik semula..

SOLUSI & CADANGAN PELABURAN


1. Bagi yang baru nak invest (atau nak average down/ Dollar Cost Averaging)...  saya syorkan anda persiapkan mental bahawa Pelaburan Unit Trust adalah pelaburan untuk medium to long term (lebih 3 tahun). 

Prestasi pelaburan Unit Trust ada Up & Down dan sangat berkait rapat dengan pergerakan market (Index) dan saham. Untuk tempoh masa panjang, pelaburan Unit Trust/ Private Mandate insyaAllah mampu memberikan pulangan yang baik.

Ini bukan pelaburan yang bersifat Short Term. 


2. Andai anda sedang invest Unit Trust / Private Mandate / pelaburan lain.... dan sedang rugi, maka anda mempunyai 2 pilihan:
  • Just maintain di 'situ' dan tunggu ianya naik semula (at least balik modal)... ATAU
  • Cut loss (keluar dari pelaburan dengan kerugian) dan buat RECOVERY. 
Katakan anda melabur RM65,000 dan sedang kerugian 20%, maka anda akan 'realize'kan kerugian RM13,000. Anda hanya akan terima semula RM52,000.


Apa PILIHAN RECOVERY yang ada dengan modal katakan RM50,000 (untuk dapatkan semula modal RM65,000 anda tadi)?


Antaranya...
  • ASB (Amanah Saham Bumiputera). Pelaburan yang rendah risiko dengan dividen sekitar 5% setahun. Jika anda melabur RM50,000, hanya pada Tahun ke 6 anda dapat kumpulkan semula modal anda sekitar RM65,000 tadi (anggapan dividen 5% setahun).
  • Redeemable Preference Shares (RPS). Pelaburan yang rendah risiko dengan dividen MINIMUM 24% setahun. Jika anda melabur RM50,000, pada bulan ke 15 anda dapat kumpulkan semula modal anda sekitar RM65,000 tadi (anggapan dividen 24% setahun).

Adakah MASALAH2 ini membelenggu hidup anda sekarang ini?

  • Emosi anda yang sering terganggu dengan prestasi semasa pelaburan yang negative.
  • Penat nak monitor market / prestasi pelaburan yang tak stabil naik dan turun (turun jer memanjang).
  • Boleh sakit jantung dek penangan pelaburan yang High Risk (Very High Risk?)
  • Kerisauan, tak senang duduk dan tidur tak lena mengenangkan Modal yang dilaburkan semakin berkurangan (Capital not protected) yang mengganggu perancangan Persaraan/ perancangan untuk anak2 dan famili/ mencapai impian yang ditetapkan.

Bagaimanakah konsep pelaburan yang anda mahukan kini?



🟥⬛️🟨🟦🟥⬛️🟨🟦🟥⬛️🟨🟦

Pakar Strategi Pelaburan Multi-Asset
Unit Trust | Private Mandate | Bitcoin & Crypto | ETF | FCPO

👉 Facebook

✅ Saya bukan sekadar bantu anda melabur. Saya bantu anda buat keputusan yang betul — terutamanya bila market tak menentu. Masalah pelabur bukan tak tahu cari keuntungan. Masalah sebenar... mereka tak tahu mengurus kerugian dan emosi. Pelaburan bukan sekadar pilih fund. Pelaburan adalah tentang mengurus emosi sendiri. 

🟥⬛️🟨🟦🟥⬛️🟨🟦🟥⬛️🟨🟦

================================
DISCLAIMER :
Past performance does not reflect future performance. All information in this article / blog is for educational purposes only and should NOT be taken as investment advise, nor as a recommendation or endorse.
Please refer to your agent for details explanation. Thanks.
===============================

20 April 2022

EASTSPRING DINASTI EQUITY - MASIH BERPOTENSI UNTUK PERFORM?

Eastspring Dinasti Equity ini adalah fund Islamic Equity yang invest pada market Greater China (Hong Kong, China dan Taiwan). Ia dilancarkan pada 26 Oct 2009. Setakat 28 Feb 2022, jumlah pelaburan pada fund ini adalah sebanyak RM1.4 Billion.

 PRESTASI SEMASA EASTSPRING DINASTI EQUITY


Total Return (Pulangan Terkumpul)
  • 3 Tahun : 11.30%
  • 5 Tahun : 24.76%
  • 10 Tahun : 116.32%
Annualize Return (Prestasi Purata)
  • 3 Tahun : 0.89%
  • 5 Tahun : 3.14%
  • 10 Tahun : 7.36%
Calendar Return (Prestasi Tahunan):
  • Tahun 2021 : -11.38%
  • Tahun 2020 : 38.40%
  • Tahun 2019 : 24.74%
  • Tahun 2018 : -17.99%
  • Tahun 2017 : 34.25%
Prestasi Short Term:
  • Year To Date (YTD) : -22.82%
  • 3 Bulan : -22.42%
Fund Volatility : 17.2 (Very High Risk)


KUALITI FUND EASTSPRING DINASTI EQUITY


Lipper Scoring :
  • Total Return ; Skor 3 / Skor 5
  • Consistent Return : Skor 4 / Skor 5
Morningstar Rating : 3 Star

ASSET ALLOCATAION FUND EASTSPRING DINASTI EQUITY?

Asset allocation Eastspring Dinasti Equit

Berdasarkan Asset Allocation Eastspring Dinasti Equity setakat 28 February 2022, fund ini focuskan pelaburan pada sector Technology (44.78%).

Top Holdings hare fund ini adalah pada Taiwan Semiconductor, Tencent dan Alibaba.

MASIH ADA YANG INVEST EASTSPRING DINASTI EQUITY?


Eastspring Dinasti Equity Sales

As 31 March 2022, fund Eastspring Dinasti Equity masih menjadi favorite investor  (Berkedudukan Top 3) yang melabur melalui Phillip Mutual, mengatasi beratus2 fund yang lain walaupun sedang berprestasi negative.

Logiknya, jika investor tak yakin bahawa fund ini akan kembali naik, tak kan la ia menjadi pilihan ramai investor untuk invest sekarang ini? Kan?

ADAKAH INI SEBABNYA KENAPA RAMAI INVEST KE FUND EASTSPRING DINASTI EQUITY KINI?

Perubahan harga Eastspring Dinasti Equity

Pada Feb 2021, fund Eastspring ini berada pada paras harga tertinggi iaitu sekitar RM0.945 sebelum drop. Dan kini ianya berharga RM0.525 seunit. 

Saya percaya, ramai yang mengambil peluang invest ke fund ini pada masa kini disebabkan kerana mahu dapatkan harga terendah untuk apply konsep asas pelaburan iaitu ' Buy Low and Sell High'. 

Diskaun! Diskaun! Diskaun!

Sebagai makluman, harga terendah dalam sejarah fund Eastspring Dinasti Equity adalah pada harga sekitar RM0.490 pada 24 Dec 2018. Kemudiannya, fund ini naik ke paras sekitar RM0.945 pada 8 Feb 2021. Dalam tempoh sekitar 25 bulan, fund ini naik sebanyak 92.86%.

Adakah sejarah ini akan berulang?

MASIH ADA PELUANG DAN HARAPAN KAH FUND EASTSPRING DINASTI EQUITY UNTUK KEMBALI NAIK?


FSM Star Rating

Ini pula adalah FSM Star Rating.

Dapatan daripada FSM Star Rating ini, negara China, Hong Kong dan Taiwan (3 negara Conutry Allocation fund Eastspring Dinasti Equity) disenaraikan sebagai market yang 'Very Attractive'.

In our Star Rating exercise, we look at key valuation metrics like PE and PB ratios, expected earnings growth, along with excess earnings yield to determine how attractive a particular market is. In addition, we consider the economic outlook, generational reforms as well as fiscal and monetary policies in a particular market and tie those stories with our estimates. The Star Rating reflects the upside potential of a market, which is inclusive of valuation expansion, expected earnings as well as expected dividends (KLIK).

KESIMPULAN (PERSONAL VIEW SAYA)


  1. Antara faktor yang menyebabkan jatuhnya fund Eastspring Dinasti Equity adalah disebabkan faktor China, Hong Kong dan Technology Sector.
  2. Ini adalah fund yang Very High Risk dan High Volatility. Sememangnya ia adalah fund yang berpotensi naik banyak dalam masa yang singkat dan juga berpotensi untuk turun banyak juga pada masa yang singkat.
  3. Fund Eastspring Dinasti Equity sedang berada pada paras Terendah, sekitar  RM0.525 seunit.
  4. Harga Terendah dalam sejarah fund ini adalah pada harga sekitar RM0.490 sebelum naik ke paras sekitar RM0.945 (kenaikan 92.86%) dalam tempoh sekitar 25 bulan.
  5. Fund ini akan kembali naik apabila market China (antara negara ekonomi terbesar dunia), Hong Kong (negara ekonomi utama Asia Pacific) dan Sector Technology (Sector yang sentiasa relevan dan berpotensi pada masa kini dan masa akan datang) kembali naik dan perform.
  6. Yang masih mencari2 fund unit trust untuk invest, maka Eastspring Dinasti equity merupakan antara pilihan yang anda boleh pertimbangkan. Buy at low level.... and Sell at High Level.
  7. Yang sedang invest (dan sedang rugi), anda boleh jer maintain invest pada fund ini. insyaAllah ia akan naik kembali. Kalau anda jual/ switch pada ketika ini, anda sebenarnya sedang 'comfirm'kan nilai kerugian anda (on paper loss).
  8. Malangnya, fund ini tidak boleh dilaburkan menggunakan KWSP lagi bermula 1 April 2022 yang lalu.

Rujukan:


🟥⬛️🟨🟦🟥⬛️🟨🟦🟥⬛️🟨🟦

Pakar Strategi Pelaburan Multi-Asset
Unit Trust | Private Mandate | Bitcoin & Crypto | ETF | FCPO

👉 Facebook

✅ Saya bukan sekadar bantu anda melabur. Saya bantu anda buat keputusan yang betul — terutamanya bila market tak menentu. Masalah pelabur bukan tak tahu cari keuntungan. Masalah sebenar... mereka tak tahu mengurus kerugian dan emosi. Pelaburan bukan sekadar pilih fund. Pelaburan adalah tentang mengurus emosi sendiri. 

🟥⬛️🟨🟦🟥⬛️🟨🟦🟥⬛️🟨🟦

================================
DISCLAIMER :
Past performance does not reflect future performance. All information in this article / blog is for educational purposes only and should NOT be taken as investment advise, nor as a recommendation or endorse.
Please refer to your agent for details explanation. Thanks.
===============================

ASAS AMANAH SAHAM BUMIPUTERA (ASB) DAN ASB FINANCING (ASB LOAN)

Amanah Saham Bumiputera (ASB) ini adalah Unit Trust yang berharga tetap. Maksudnya, Harga Belian ASB seunit adalah RM1 dan ianya sama dengan Harga Jualan (RM1). Tiada perubahan harga.

ASB ini adalah daripada kategori Balanced Mixed Asset (Gabungan Equity & Fixed Income). 


PENDAFTARAN ASB

Dokumen yang diperlukan:
  • Borang Pendaftaran (ASNB DF)
  • Kad Pengenalan
  • Wang Tunai
  • Cawangan ASNB setiap negeri
  • Agen2 ASNB:
    • Affin Bank
    • Alliance
    • Ambank
    • Bank Islam
    • Bank Muamalat
    • BSN
    • CIMB
    • Hong Leong Bank
    • Maybank
    • RHB
    • Pos Malaysia

KEMUDAHAN PERBANKAN ONLINE
  • Servis:
    1. AffinOnline.com - Pelaburan tambahan sahaja
    2. AmOnine - Pelaburan Permulaan, Pelaburan tambahan, Semak baki pelaburan, dan semak rekod urusniaga
    3. CIMB Clicks - Pelaburan tambahan sahaja
    4. HLB Connect - Pelaburan tambahan, Semak baki pelaburan, dan semak rekod urusniaga
    5. Maybank2u - Pelaburan tambahan, Semak baki pelaburan, dan semak rekod urusniaga
    6. HLB Connect - Pelaburan tambahan, Semak baki pelaburan, dan semak rekod urusniaga
  • Fund ASNB
    1. AffinOnline.com - ASB dan Amanah Saham Malaysia (ASM) sahaja
    2. AmOnine - ASB dan Amanah Saham Malaysia (ASM), Amanah Saham Nasional (ASN), ASN Imbang dan ASN Sara
    3. CIMB Clicks - ASB dan Amanah Saham Malaysia (ASM) sahaja
    4. HLB Connect - ASB dan Amanah Saham Malaysia (ASM), Amanah Saham Nasional (ASN), ASN Imbang dan ASN Sara
    5. Maybank2u - ASB dan Amanah Saham Malaysia (ASM), Amanah Saham Nasional (ASN), ASN Imbang dan ASN Sara
    6. HLB Connect - ASB dan Amanah Saham Malaysia (ASM), Amanah Saham Nasional (ASN), ASN Imbang dan ASN Sara

HUKUM PELABURAN ASB/ ASN


Fatwa ASB ASN

Maklumat terperinci di SINI (KLIK)

Penasihat Shariah PNB

Penasihat shariah PNB (KLIK)

SEJARAH DIVIDEN ASB


Sejarah Dividen ASB 1990 - 2021


PEMBIAYAAN ASB - ASB FINANCING (ASB LOAN)



Selain tunai, pelabur juga boleh melabur melalui pembiayaan (loan) yang ditawarkan untuk:
  • ASB - Maksima RM200k
  • ASB 2 - Maksima RM200k (Tetapi tiada kuota buat masa ini).
Antara bank yang menawarkan Pembiayaan ini adalah:
  • Affin Bank
  • Alliance
  • Ambank
  • Bank Islam
  • Bank Muamalat
  • BSN
  • CIMB
  • Hong Leong Bank
  • Maybank
  • RHB
Lain bank, lain 'Pakej' yang di tawarkan seperti:
  • Interest rate
  • Tempoh pembiayaan
  • Umur maksima loan
  • Keperluan takaful (untuk cover loan)
  • Lock-in period & klausa Penalti jika terminate awal
  • Proses permohonan dan dokumen yang diperlukan
  • Aplikasi Perbankan online (Connection Bank dan ASNB)

SIMPANAN BIASA ASB vs ASB FINANCING (ASB LOAN)


ASB menjadi pilihan ramai sebagai medium pelaburan kerana ia mampu memberikan pulangan yang baik hasil daripada Compounding Dividend. Pelaburan ASB juga adalah pelaburan yang sah dan selamat serta hampir tiada risiko.

Namun, dengan ASB Financing, anda berpeluang untuk mendapat lebih banyak pulangan. Contohnya:

1. Anda membuat ASB Financing RM51k dengan bayaran bulanan RM198 bermula Jan 2022. Pada hujung December 2022, pihak PNB (Permodalan Nasional Berhad) akan mengumumkan dividen ASB untuk Tahun 2022. Katakan dividen adalah 5.00%. Maka jumlah dividen yang anda akan terima adalah RM51k (Total loan) x 5% = RM2,550.

2. Secara perbandingan. Anda menyimpan sendiri di ASB secara konsisten setiap bulan sebanyak RM198 bermula Jan 2022. Pada hujung December 2022, pihak PNB (Permodalan Nasional Berhad) akan mengumumkan dividen ASB untuk Tahun 2022. Katakan dividen adalah 5.00%. Maka jumlah dividen yang anda akan terima adalah (Jumlah simpanan = RM198 x 12 bulan) x 5% = RM119 jer.

Nah.... bajet bulanan adalah sama. Tetapi pulangan pelaburan adalah berbeza. So, yang mana yang menjadi pilihan anda?

Perbezaan Simpanan Sendiri ASB dan ASB Financing (ASB Loan)

Perbezaan Simpanan Sendiri ASB dan ASB Financing (ASB Loan)

Jelas, Pembiayaaan ASB mampu memberikan pulangan yang banyak dengan modal yang sama. Contohnya:
  • Jumlah pendapatan terkumpul sebanyak RM200k setelah 30 tahun, dengan simpanan (bayaran pembiayaan) RM198* sebulan (ASB Financing RM51k).
  • Jumlah pendapatan terkumpul hampir RM400k setelah 30 tahun, dengan simpanan (bayaran pembiayaan) RM385* sebulan (ASB Financing RM101k).
  • Jumlah pendapatan terkumpul hampir RM600k setelah 30 tahun, dengan simpanan (bayaran pembiayaan) RM573* sebulan (ASB Financing RM150k).

17 April 2022

AMANAH SAHAM NASIONAL (ASN)

Amanah Saham Nasional (ASN) ini adalah Unit Trust yang Harganya Berubah-ubah.

Contoh konsep Unit Trust Harga Berubah-ubah ini adalah:
💜 anda Beli (invest) unit ASN adalah pada harga RM1.00 seunit, dan 
💜 anda Jual (redeem) unit ASN apabila harganya RM1.10 seunit. 
Maka kenaikan harganya adalah 10%.

Dan 1 lagi Contoh konsep Unit Trust Harga Berubah-ubah ini adalah:
💜 anda Beli (invest) unit ASN adalah pada harga RM1.00 seunit, dan 
💜 anda Jual (redeem) unit ASN apabila harganya RM0.90 seunit. 
Maka Penurunan harganya adalah 10%.


So, Keuntungan anda adalah datangnya daripada:
✅ Capital Gain (kenaikan harga Unit)
✅ Agihan Pendapatan (Income Distribution) yang juga disebut Dividend (Jika ada).


Kelebihan Utama Pelaburan Unit Trust Harga Berubah-Ubah adalah:
💛 anda berpeluang menikmati Pulangan Capital Gain (yang mungkin double digit, >10%) ketika market cantik
💛 anda mengetahui Update pelaburan secara kerap dan berkala melalui Monthly Fact Sheet yang membolehkan anda membuat penjualan ketika harga naik tinggi atau anda berpeluang untuk tambah unit ketika harga rendah.


Kekurangan Utama Pelaburan Unit Trust Harga Berubah-Ubah adalah:
❤️ Capital (Modal pelaburan) anda adalah boleh berkurangan (jika harga unit menurun)
❤️ Tiada jaminan anda memperoleh Pulangan Income Distribution (Dividend) setiap tahun


Amanah Saham Nasional (ASN) ini adalah daripada kategori Equity
💙 ada Portfolio Saham seminimum 80%
💙 ada sedikit Bond (Sukuk)
💙 dan/ atau ada sedikit Simpanan Cash / Money Market

⚠️ Jadinya, Equity ini adalah lebih berisiko berbanding kategori Balanced atau Fixed Income.


Terdapat 5 dana Amanah Saham Nasional (ASN) iaitu:

💜 Amanah Saham Nasional (ASN)
💜 ASN 2 - Dahulunya dikenali sebagai Amanah Saham Nasional 2 (ASN 2)
💜 ASN 3 - Dahulunya dikenali sebagai Amanah Saham Kesihatan (ASG -Kesihatan)
💜 ASN 5
💜 ASN Global


Sales Caj dikenakan adalah:

✅ Pelaburan Tunai: 5.00%
✅ Pelaburan menggunakan KWSP: 3.00% 
✅ Pelaburan secara Online: 2.00%


AMANAH SAHAM NASIONAL (ASN)
























AMANAH SAHAM NASIONAL (ASN)
























Prestasi pulangan 5 Tahun ASN bagi tempoh 30 June 2020 - 30 June 2025 adalah: 

🔵 Amanah Saham Nasional (ASN) : 39.29% Cumulative Return
🔵 ASN 2 : 6.78% Cumulative Return
🔵 ASN 3 : 32.57% Cumulative Return
🔵 ASN 5 : 41.20% Cumulative Return

Maksudnya, jika anda melabur RM10,000 ASN sejak 30 June 2020 sehingga 30 June 2025, maka nilainya kini adalah RM13,929 (Modal RM10,000 + Untung RM3,929)

Umumnya, ASN ini adalah sama seperti Unit Trust Equity yang lain umpamanya fund Unit Trust dari Public Mutual, PMB Investment (MARA), Kenanga, RHB, Maybank, BIMB Investment, Pheim, Manulife, Hong Leong dan banyak lagi.

15 April 2022

ASN SARA

ASN Sara ini adalah Unit Trust yang Harganya Berubah-ubah.

Contoh konsep Unit Trust Harga Berubah-ubah ini adalah:
💜 anda Beli (invest) unit ASN Sara 1 adalah pada harga RM1.00 seunit, dan 
💜 anda Jual (redeem) unit ASN Sara 1 apabila harganya RM1.10 seunit. 
Maka kenaikan harganya adalah 10%.

Dan 1 lagi Contoh konsep Unit Trust Harga Berubah-ubah ini adalah:
💜 anda Beli (invest) unit ASN Sara 1 adalah pada harga RM1.00 seunit, dan 
💜 anda Jual (redeem) unit ASN Sara 1 apabila harganya RM0.90 seunit. 
Maka Penurunan harganya adalah 10%.


So, Keuntungan anda adalah datangnya daripada:
✅ Capital Gain (kenaikan harga Unit)
✅ Agihan Pendapatan (Income Distribution) yang juga disebut Dividend (Jika ada).


Kelebihan Utama Pelaburan Unit Trust Harga Berubah-Ubah adalah:
💛 anda berpeluang menikmati Pulangan Capital Gain (yang mungkin double digit, >10%) ketika market cantik
💛 anda mengetahui Update pelaburan secara kerap dan berkala melalui Monthly Fact Sheet yang membolehkan anda membuat penjualan ketika harga naik tinggi atau anda berpeluang untuk tambah unit ketika harga rendah.


Kekurangan Utama Pelaburan Unit Trust Harga Berubah-Ubah adalah:
❤️ Capital (Modal pelaburan) anda adalah boleh berkurangan (jika harga unit menurun)
❤️ Tiada jaminan anda memperoleh Pulangan Income Distribution (Dividend) setiap tahun


ASN Sara ini adalah daripada kategori Mixed Asset Conservative 
💙 ada Portfolio Saham 
💙 ada Bond (Sukuk)
💙 ada Simpanan Cash / Money Market


Terdapat 2 dana ASN Sara iaitu:

💜 ASN Sara 1 - Dahulunya dikenali sebagai Amanah Saham Persaraan (ASG - Persaraan)
💜 ASN Sara 2 


Sales Caj dikenakan adalah:

✅ Pelaburan Tunai: 3.50%
✅ Pelaburan menggunakan KWSP: 3.00% 
✅ Pelaburan secara Online: 1.50%


ASN SARA
























Prestasi pulangan 5 Tahun ASN Sara bagi tempoh 30 June 2020 - 30 June 2025 adalah: 

🔵 ASN Sara 1 : 18.28% Cumulative Return
🔵 ASN Sara 2 : 16.98% Cumulative Return

Maksudnya, jika anda melabur RM10,000 ASN Sara 1 sejak 30 June 2020 sehingga 30 June 2025, maka nilainya kini adalah RM11,828 (Modal RM10,000 + Untung RM1,828)


Umumnya, ASN Sara ini adalah sama seperti Unit Trust Mixed Asset lain umpamanya fund Unit Trust dari Public Mutual, PMB Investment (MARA), Kenanga, RHB, Maybank, BIMB Investment, Pheim, Manulife dan banyak lagi.


Fund Fact Sheet (Download)