09 December 2020

PRESTASI UNIT TRUST ISLAMIK TERBAIK MALAYSIA - DEC 2020

Artikel perkongsian ini adalah berkenaan dengan Prestasi semasa Unit Trust Terbaik Malaysia - Patuh Shariah (Dec 2020) yang melibatkan fund unit trust daripada syarikat unit trust seperti Public Mutual, Kenanga, Principal (CIMB / CWA), PMB Investment, Manulife dan banyak lagi berpandukan rujukan data di akhbar The Edge #1347 (November 30 - Dec 6, 2020) dan di Morningstar. 


PRESTASI UNIT TRUST TERBAIK

1. Total Return / Cumulative Return

  • Total rise in the value of a fund’s investments over time, assuming that income(i) and capital gains (ii) distributions were reinvested.
  • Bahasa mudahnya adalah Jumlah Pulangan Terkumpul (Compounded) untuk suatu tempoh masa.
Total Return = Capital Gain + Income Distribution
atau bahasa mudahnya..
Total Return = Kenaikan Harga Unit + Dividend

Contohnya, 

Total Return 5 Years Eastspring Dinasti Equity adalah 91.71%.
Maksudnya, jumlah Pelaburan permulaan, katakan RM10,000 pada 20/11/2015... kini ianya telah berkembang kepada RM19,171 pada 20/11/2020.
Modal (RM10,000) + keuntungan (RM9,171) = RM19,171.

TOP 30 PRESTASI UNIT TRUST FUND - PATUH SHARIAH 5 YEARS TOTAL RETURN (Dec 2020)

Total Return Unit Trust bagi tempoh 5 tahun.
Total Return Unit Trust bagi tempoh 5 tahun. 
Sumber : Lipper Fund Table - The Edge #1348 (December 7 - December 13, 2020)

Top 10 prestasi Unit Trust Patuh Shariah 5 Years Total Return (Dec 2020):

1. Eastspring Dinasti Equity = 91.71%
2. Interpac Dana Safi = 89.06%
3. Precious Metals Securities = 81.08%
4. Kenanga Shariah Growth Opportunities = 69.04%
5. PB Islamic Asia Strategic Sector = 67.24%
6. Kenanga Syariah Extra = 65.84%
7. Public Islamic Asia Leaders Equity = 65.64%
8. Public China Ittikal = 61.82%
9. Public Asia Ittikal = 60.79%
10. Public Islamic Asia Tactical Allocation = 56.72%

TOP 30 PRESTASI UNIT TRUST FUND - PATUH SHARIAH 3 YEARS TOTAL RETURN (Dec 2020)

Total Return Unit Trust bagi tempoh 3 tahun.
Total Return Unit Trust bagi tempoh 3 tahun. 
Sumber : Lipper Fund Table - The Edge #1348 (December 7 - December 13, 2020)

Top 10 prestasi Unit Trust Patuh Shariah 3 Years Total Return (Dec 2020):

1. Kenanga Shariah Growth Opportunities = 57.16%
2. PMB Shariah TNB Employees = 56.23%
3. Kenanga Syariah Extra = 46.74%
4. Public Islamic Global Equity = 42.37%
5. Precious Metals Securities = 37.53%
6. Public Islamic Opportunities = 36.57%
7. Hong Leong Dana Makmur = 35.97%
8. Eastspring Dinasti Equity = 32.47%
9. TA Islamic = 30.98%
10. RHB Islamic Global Developed Markets = 30.15%

Annualized Return

Annualized return is year-over-year growth rate of an investment over a specified period of time and calculated as:

Dengan kata lain, Ia adalah Purata Pulangan Setahun. 
Biasanya ia diukur untuk tempoh 3 tahun, 5 tahun dan 10 tahun. 
Data di bawah berdasarkan rujukan di Morningstar.

TOP 30 PRESTASI UNIT TRUST FUND - PATUH SHARIAH 5 YEARS ANNUALISED RETURN (Dec 2020)

Annualised Return Unit Trust bagi tempoh 5 tahun.
 Annualised Return Unit Trust bagi tempoh 5 tahun. 
Sumber : Morningstar as 30 November 2020

Top 10 prestasi Unit Trust Patuh Shariah 5 Years Annualised Return (Dec 2020):

1. Eastspring Dinasti Equity = 14.66%
2. Interpac Dana Safi = 14.11%
3. PB Islamic Asia Strategic Sector = 12.22%
4. Precious Metals Securities = 12.10%
5. Public Islamic Asia Leaders Equity = 11.96%
6. Hong Leong Dana Makmur = 11.37%
7. Public Asia Ittikal = 11.24%
8. Maybank AsiaPac Ex-Japan Islamic Equity = 10.99%
9. Kenanga Shariah Growth Opportunities = 10.93%
10. Public Islamic Asia Tactical Allocation = 10.78%

TOP 30 PRESTASI UNIT TRUST FUND - PATUH SHARIAH 3 YEARS ANNUALISED RETURN (Dec 2020)

Annualised Return Unit Trust bagi tempoh 3 tahun.
  Annualised Return Unit Trust bagi tempoh 3 tahun. 
Sumber : Morningstar as 30 November 2020

Top 10 prestasi Unit Trust Patuh Shariah 3 Years Annualised Return (Dec 2020):

1. PMB Shariah TNB Employees = 17.41%
2. Kenanga Shariah Growth Opportunities = 16.23%
3. Hong Leong Dana Makmur = 14.64%
4. Public Islamic Global Equity = 13.96%
5. Kenanga Syariah Extra = 13.67%
6. Precious Metals Securities = 13.12%
7. Public Islamic Opportunities = 12.55%
8. InterPacific Dana Safi = 12.43%
9. Public Islamic Asia Leaders Equity = 12.40%
10. Eastspring Dinasti Equity = 12.03%

TOP 30 PRESTASI UNIT TRUST FUND - PATUH SHARIAH YEAR TO DATE (YTD) RETURN (Dec 2020)

Year To Date (YTD) = Prestasi sejak 1 Januari bagi sesuatu tahun.
Ia menunjukkan prestasi semasa unit trust.
Data di bawah berdasarkan rujukan di Morningstar.

Year To Date (YTD) Return Unit Trust.
  Year To Date (YTD) Return Unit Trust.
Sumber : Morningstar as 7 Dec 2020

Top 10 prestasi Unit Trust Patuh Shariah Year To Date (YTD) Return (Dec 2020):

1. Interpac Dana Safi = 78.32%
2. PMB Shariah TNB Employees = 65.10%
3. BIMB i Flexi = 63.50%
4. BIMB i Growth = 57.66%
5. PMB Shariah Growth = 52.82%
6. Public Islamic Treasures Growth = 47.90%
7. Kenanga Shariah Growth Opportunities = 43.84%
8. Public Islamic Optimal Equity = 43.50%
9. RHB Shariah China Focus = 42.13%
10. Public Islamic Emerging Opportunities = 41.10%

KESIMPULAN

1. Ini adalah 'Past performance'. Tiada jaminan:
  • Dana ranking No 1 akan kekal No 1
  • Total Return 50% untuk 5 tahun akan kekal 50% next 5 tahun.
  • Annualised Return 10% 3 tahun akan kekal 10% next 3 tahun
2. Prestasi ini hanya menunjukkan Top 30 daripada keseluruhan dana Islamik (sekitar 240 dana). Kalau sesuatu dana tu tak de dalam list Top 30 ni, boleh semak prestasinya di:
  • akhbar mingguan The Edge 
  • Morningstar
  • Bloomberg
  • Portal i-Akaun KWSP (Investment - Fund Tools) 
  • Fact Sheet (Monthly Report)
  • Website company Unit Trust
3. Total Return & Annualised Return. Nak pakai yang mana? Mana yang lebih tepat?
  • Boleh pakai mana2 pun.
  • Total Return: Prestasi terkumpul (Compounded)
  • Annualised Return: Prestasi purata
  • Pastikan ianya yang TERKINI 

10 KESILAPAN SERING DILAKUKAN PELABUR (& AGEN)

1. Teruja melabur pada dana ranking No 1, 2, 3, 4, 5 secara semborono.
Hakikatnya: Tiada jaminan prestasi ini akan berulang pada masa akan datang. 

2. Melabur berdasarkan data prestasi Short Term (3 Month / 6 Month / Year To Date) semata-mata
Hakikatnya: Pelaburan Unit trust adalah bersifat sederhana - panjang. Prestasi short - term ini perlulah dilihat dan dinilai bersama-sama dengan prestasi 3 Years & 5 Years.

3. Majoriti pelabur membuat keputusan melabur hanya berdasarkan Prestasi Unit Trust (Fund Peformance) semata-mata.
Hakikatnya: Fund performance ini adalah sekadar report.... mereka yang invest 5 tahun lalu (contohnya) pada dana ABC, sepatutnya berprestasi XX%.

4. Melabur pada 'pucuk'. Ramai kan begini? bila start invest jer, harga terus jatuh...
Hakikatnya: Konsep asas kepada mana - mana pelaburan adalah 'Buy Low & Sell High'. Tapi macam mana nak tahu Low dan High ni, kan? aha... kena ada additional knowledge..

5. Tak ambil peduli akan dana yang dilabur kerana beranggapan semua dana Company XYZ ni bagus...
Hakikatnya: Dalam company XYZ tu, ada dana yang bagus dan 'menjadi'... dan ada yang tidak 'menjadi'. So, bukan semuanya sama ye.

6. Melabur pada dana yang tak sesuai dengan Risk masing-masing.
Hakikatnya: Setiap dana ada bacaan Risiko nya. Ada yang Very High Risk, High Risk, Moderate Risk, Low Risk.... dan Very High Risk ni pula ada yang Very High Risk yang biasa2... dan ada yang extremely High Risk.

7. Terlalu banyak dana yang menumpu pada kategori / segmen yang sama. Contohnya, seseorang tu invest sampai 5 dana hanya pada Equity Malaysia.
Hakikatnya: Pada saya, just pilih 2-3 dana terbaik sahaja (bergantung pada modal) bagi sesuatu segmen.... Senang nak pantau. Ini kerana, dana dari kategori sama ini biasanya juga invest pada saham company yg sama jer.

8. Tak diversify investment dalam unit trust.
Hakikatnya: Kalau nak apply diversification, baiknya jika ada exposure pada market Malaysia, Asia Pacific, China, Global....

9. 'Terbeli' dana conventional (Tidak patuh shariah) kerana mahukan return tinggi.
Hakikatnya: Banyak jer dana Patuh Shariah yang sangat baik prestasinya.

10. Nak melabur short term.... setahun jer...
Hakikatnya: Unit trust ni bersifat medium - long term (Boleh semak prospectus)... 3 - 5 tahun atau lebih... Tapi, kalau 1 tahun dah profit, alhamdulillah... 

BONUS

11. Saya nak cari unit yang harga murah lah... dapat banyak unit nanti....
Hakikatnya: Prestasi keuntungan unit trust tidak dipengaruhi oleh jumlah unit. Kalau diperhatikan senarai Top 30 di atas tu, kebanyakannya memang harganya agak tinggi... Tapi mencanak tinggi prestasinya. Walaupun jumlah unit sikit, tapi still boleh dapat keuntungan yang banyak...

12. Saya nak invest pada dana yang bagi dividen jer....
Hakikatnya: Betul, tak semua dana unit trust memberikan dividen (Income Distribution) secara konsisten setiap tahun. Tapi, perasan tak... semua medium melaporkan prestasi dalam bentuk Total Return (Income Distribution + Capital Gain). Inilah prestasi sebenar unit trust, bukan sekadar dividen sahaja.


🟥⬛️🟨🟦🟥⬛️🟨🟦🟥⬛️🟨🟦

Penulis,

Cikgu Adi  (KLIK untuk lebih mengenali saya) 
Group Financial Consultant,
Group Agency Manager.

Unit Trust | Private Mandate | Bitcoin & Crypto | ASB Financing 
👉 Facebook (Follow FB ini supaya tak terlepas perkongsian Eksklusif yang bermanfaat & strategi kewangan terkini tentang simpanan & pelaburan)

🟥⬛️🟨🟦🟥⬛️🟨🟦🟥⬛️🟨🟦


PERKONGSIAN 'MAHAL' - RUGI TAK AMBIL TAHU!



================================
DISCLAIMER :
Past performance does not reflect future performance. All information in this article / blog is for educational purposes only and should NOT be taken as investment advise, nor as a recommendation or endorse.
Please refer to your agent for details explanation. Thanks.
===============================

08 December 2020

MASIH RELEVAN KAH TEKNIK ROLLING ASB FINANCING?

Artikel ini membicarakan samada Teknik Rolling ASB Financing, iaitu cara biasa yang diamalkan oleh sebahagian besar pelabur ASB Financing masih lagi relevan dan sesuai dipraktiskan berdasarkan dividen ASB terkini.

TEKNIK ROLLING ASB FINANCING MASIH RELEVAN?


Teknik Rolling ni secara amnya adalah:
  • Bayar untung tahun pertama ASB Financing sahaja
  • Contohnya, start bayar Jan 2021 sehingga Dec 2021.
  • Apabila dividen ASB diumumkan, wang 'durian runtuh' dividen ASB ini akan digunakan untuk bayaran ASB Financing Tahun 2022.
  • So, bayaran bulanan ASB Financing 2022 (Jan 2022 - Dec 2022) dibayar menggunakan wang Dividen 2021 tadi.
  • Dan ianya berterusan...
  • Bayaran bulanan ASB Financing 2023 (Jan 2023 - Dec 2023) dibayar menggunakan wang Dividen 2022 tadi.... dan seterusnya
Masalah yang sering terjadi adalah;
  • Apabila diumumkan dividen rate ASB rendah jer.
  • Jumlah dividen yang diperolehi ini tak mampu menyelesaikan keseluruhan bayaran ASB untuk tahun berikutnya.
  • Maka, terpaksalah kita mengeluarkan 'duit poket' untuk menambah baki bayaran bulanan yang kurang ini.
  • kalau sikit yang perlu ditambah, tak pe la juga. Tapi kalau banyak, maka ramai la yang mula batalkan ASB Financing masing-masing.
Mari kita lihat kes studi dibawah bagi seseorang yang apply ASB Financing RM100,000 dan Pengiraannya berdasarkan Dividen ASB antara 4.00% sehingga 7.50%

JIKA DIVIDEN ASB 4.00%


Jadual di atas menunjukkan jumlah yang perlu di 'top up' jika Dividen ASB adalah 4.00% untuk Pembiayaan ASB RM100,000 yang berbeza Rate Bank (antara 3.50% - 4.00%) dan tempoh pembiayaan (10 Tahun - 40 Tahun).

Jika rate bank anda adalah 3.50% untuk Pembiayaan selama 40 tahun, maka anda perlu top-up RM644 (setahun):
  • Bayaran Bulanan (Rate bank : 3.50% & Tempoh : 40 tahun) : RM387
  • Bayaran Tahunan (RM387 x 12 bulan) : RM4,644 
  • Dividen ASB : 4.00% (Anda akan terima RM4,000)
  • Maka, anda kekurangan RM644

JIKA DIVIDEN ASB 4.50%


Jadual di atas menunjukkan jumlah yang perlu di 'top up' jika Dividen ASB adalah 4.50% untuk Pembiayaan ASB RM100,000 yang berbeza Rate Bank (antara 3.50% - 4.00%) dan tempoh pembiayaan (10 Tahun - 40 Tahun).

Jika rate bank anda adalah 3.50% untuk Pembiayaan selama 40 tahun, maka anda perlu top-up RM144 (setahun):
  • Bayaran Bulanan (Rate bank : 3.50% & Tempoh : 40 tahun) : RM387
  • Bayaran Tahunan (RM387 x 12 bulan) : RM4,644 
  • Dividen ASB : 4.50% (Anda akan terima RM4,500)
  • Maka, anda kekurangan RM144

JIKA DIVIDEN ASB 5.00%



Jadual di atas menunjukkan jumlah yang perlu di 'top up' / lebihan jika Dividen ASB adalah 5.00% untuk Pembiayaan ASB RM100,000 yang berbeza Rate Bank (antara 3.50% - 4.00%) dan tempoh pembiayaan (10 Tahun - 40 Tahun).

Jika rate bank anda adalah 3.50% untuk Pembiayaan selama 40 tahun, maka anda akan menerima lebihan RM356 (setahun):
  • Bayaran Bulanan (Rate bank : 3.50% & Tempoh : 40 tahun) : RM387
  • Bayaran Tahunan (RM387 x 12 bulan) : RM4,644 
  • Dividen ASB : 5.00% (Anda akan terima RM5,000)
  • Maka, anda ada lebihan RM356.

JIKA DIVIDEN ASB 5.50%



Jadual di atas menunjukkan jumlah yang perlu di 'top up' / lebihan jika Dividen ASB adalah 5.50% untuk Pembiayaan ASB RM100,000 yang berbeza Rate Bank (antara 3.50% - 4.00%) dan tempoh pembiayaan (10 Tahun - 40 Tahun).

Jika rate bank anda adalah 3.50% untuk Pembiayaan selama 40 tahun, maka anda akan ada lebihan sebanyak RM856 (setahun):
  • Bayaran Bulanan (Rate bank : 3.50% & Tempoh : 40 tahun) : RM387
  • Bayaran Tahunan (RM387 x 12 bulan) : RM4,644 
  • Dividen ASB : 5.50% (Anda akan terima RM5,500)
  • Maka, anda ada lebihan sebanyak RM856

JIKA DIVIDEN ASB 6.00%



Jadual di atas menunjukkan jumlah yang perlu di 'top up' / lebihan jika Dividen ASB adalah 6.00% untuk Pembiayaan ASB RM100,000 yang berbeza Rate Bank (antara 3.50% - 4.00%) dan tempoh pembiayaan (10 Tahun - 40 Tahun).

Jika rate bank anda adalah 3.50% untuk Pembiayaan selama 40 tahun, maka anda akan mempunyai lebihan sebanyak RM1,356 (setahun):
  • Bayaran Bulanan (Rate bank : 3.50% & Tempoh : 40 tahun) : RM387
  • Bayaran Tahunan (RM387 x 12 bulan) : RM4,644 
  • Dividen ASB : 6.00% (Anda akan terima RM6,000)
  • Maka, anda akan mempunyai lebihan sebanyak RM1,356

JIKA DIVIDEN ASB 6.50%



Jadual di atas menunjukkan jumlah yang perlu di 'top up' / lebihan jika Dividen ASB adalah 6.50% untuk Pembiayaan ASB RM100,000 yang berbeza Rate Bank (antara 3.50% - 4.00%) dan tempoh pembiayaan (10 Tahun - 40 Tahun).

Jika rate bank anda adalah 3.50% untuk Pembiayaan selama 40 tahun, maka anda akan menerima lebihan sebanyak RM1,856 (setahun):
  • Bayaran Bulanan (Rate bank : 3.50% & Tempoh : 40 tahun) : RM387
  • Bayaran Tahunan (RM387 x 12 bulan) : RM4,644 
  • Dividen ASB : 6.50% (Anda akan terima RM6,500)
  • Maka, anda akan mempunyai lebihan RM1,856

JIKA DIVIDEN ASB 7.00%



Jadual di atas menunjukkan jumlah yang perlu di 'top up' / lebihan jika Dividen ASB adalah 7.00% untuk Pembiayaan ASB RM100,000 yang berbeza Rate Bank (antara 3.50% - 4.00%) dan tempoh pembiayaan (10 Tahun - 40 Tahun).

Jika rate bank anda adalah 3.50% untuk Pembiayaan selama 40 tahun, maka anda akan menerima lebihan sebanyak RM2,356 (setahun):
  • Bayaran Bulanan (Rate bank : 3.50% & Tempoh : 40 tahun) : RM387
  • Bayaran Tahunan (RM387 x 12 bulan) : RM4,644 
  • Dividen ASB : 7.00% (Anda akan terima RM7,000)
  • Maka, anda akan menerima lebihan sebanyak RM2,356

JIKA DIVIDEN ASB 7.50%



Jadual di atas menunjukkan jumlah yang perlu di 'top up' / lebihan jika Dividen ASB adalah 7.50% untuk Pembiayaan ASB RM100,000 yang berbeza Rate Bank (antara 3.50% - 4.00%) dan tempoh pembiayaan (10 Tahun - 40 Tahun).

Jika rate bank anda adalah 3.50% untuk Pembiayaan selama 40 tahun, maka anda akan menerima lebihan sebanyak RM2,856 (setahun):
  • Bayaran Bulanan (Rate bank : 3.50% & Tempoh : 40 tahun) : RM387
  • Bayaran Tahunan (RM387 x 12 bulan) : RM4,644 
  • Dividen ASB : 7.50% (Anda akan terima RM7,500)
  • Maka, anda kekurangan RM2,856

KESIMPULAN

1. Umumnya,
  • Anda akan menerima lebihan dividen / Top-up sedikit jika Pembiayaan anda :
    • kadar rate yang rendah 
    • Tempoh pembiayaan yang panjang
  • Anda perlu 'top-up' banyak jika Pembiayaan anda :
    • kadar rate yang tinggi 
    • Tempoh pembiayaan yang pendek
2.Teknik Rolling ASB ini sesuai diamalkan (menguntungkan) jika bayaran bulanan ASB Financing anda adalah rendah.

3. Bayaran bulanan yang rendah bergantung kepada:
  • Rate bank
  • Tempoh pembiayaan
  • Bayaran Takaful (Jika ada)
4. Teknik Rolling ASB Financing ini tidak sesuai diamalkan jika:
  • Tempoh pembiayaan yang pendek
  • Dividen rate yang terlalu rendah

07 December 2020

15 FAKTA PENTING BERKAITAN AMANAH SAHAM BUMIPUTERA (ASB)

1. Amanah Saham Bumiputera (ASB) ini adalah Unit Trust yang berharga tetap. Maksud Harga Tetap ini adalah:
💜 anda Beli (invest) unit ASB adalah pada harga RM1.00 seunit, dan 
💜 anda Jual (redeem) unit ASB juga pada harga RM1.00 seunit. 
Tiada perubahan harga.

2. So, Keuntungan simpanan ASB anda adalah datangnya daripada:
✅ Agihan Pendapatan (Income Distribution) yang ramai sebut sebagai Dividend.
❌ bukannya daripada Capital Gain (kenaikan harga Unit)

3. Kelebihan Utama Pelaburan Unit Trust Berharga Tetap seperti ASB ini adalah:
💛 Capital (Modal pelaburan) anda adalah secured (Terjamin) / tak berkurangan
💛 Pulangan Income Distribution (Dividend) adalah stabil dan konsisten

4. Kekurangan Utama Pelaburan Unit Trust Berharga Tetap seperti ASB ini adalah:
❤️ Anda tidak berpeluang menikmati Pulangan Capital Gain (kenaikan harga) yang mungkin double digit, >10%) ketika market cantik
❤️ Tidak mengetahui Update pelaburan secara kerap dan berkala kerana tiada Monthly Fact Sheet dikeluarkan. 

5. Amanah Saham Bumiputera (ASB) ini adalah Unit Trust daripada kategori Balanced Mixed Asset yang menggabungkan komposisi:
💙 Equity (Portfolio Saham)
💙 Bond (Sukuk)
💙 Simpanan Cash / Money Market

6. Actually ramai tak tahu ni. Terdapat 3 dana Amanah Saham Bumiputera (ASB) iaitu:
💜 Amanah Saham Bumiputera (ASB)
💜 Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB 2) 
💜 Amanah Saham Bumiputera 3 - Didik (Dahulunya dikenali sebagai Amanah Saham Didik - ASD)

7. ASB ini dikhaskan hanya untuk Bumiputera, Keturunan Siam, Keturunan Portugis dan Mualaf sahaja.

8. ❌ Tiada Sales Caj dikenakan semasa membeli unit ASB ini. 


15 FAKTA PENTING BERKAITAN AMANAH SAHAM BUMIPUTERA (ASB)























ASB cumulative Return 5 Years

























9. Prestasi pulangan 5 Tahun ASB sejak 2020 sehingga 2024 adalah: 
🔵 Amanah Saham Bumiputera (ASB) : 27.44% Cumulative Return
🔵 Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB 2) : 25.87% Cumulative Return
🔵 Amanah Saham Bumiputera 3 - Didik : 25.21% Cumulative Return

10. Maksudnya, jika anda melabur RM10,000 ASB sejak 2020 sehingga 2024, maka nilainya kini adalah RM12,744 (Modal RM10,000 + Untung RM2,744)

11. Prestasi pulangan 10 Tahun ASB sejak 2015 sehingga 2024 adalah sebanyak 79.96% Cumulative Return. 

12. Prestasi ASB Terbaik dalam 10 tahun terkini adalah pada tahun 2017 (8.00% + 1.25%)


ASB cumulative Return 10 Years




























13. Prestasi pulangan 20 Tahun ASB sejak 2005 sehingga 2024 adalah sebanyak 316.36% Cumulative Return. 

14. Prestasi ASB Terbaik dalam 20 tahun terkini adalah pada tahun 2005 & 2007, iaitu masing2 mencatatkan 9.00%


ASB cumulative Return 20 Years
























15.  Gambar di bawah menunjukkan Prestasi pulangan ASB sejak ia dilancarkan pada 1990 sehingga 2024 (35 Tahun).


Return ASB since Inception... 1990 - 2024

























16. Adakah anda berpuas hati dengan dividen ASB untuk 2024, iaitu 5.75%?

17. Anda tak teringin ke nak dapat Pulangan Prestasi seperti tahun 1990 sehingga tahun 2001?

18. Actually ada caranya. Meh saya bantu. Anda wassap saya di no 012-5588680 atau Tekan jer SINI.