23 November 2019

KELEBIHAN ASB FINANCING (ASB LOAN)

Artikel ini akan memperincikan kelebihan / kebaikan Simpanan / pelaburan ASB dan kelebihan ASB Financing (ASB Loan) keada para pelabur.

Kenapa Simpanan / Pelaburan ASB?
  1. ASB adalah medium simpanan / pelaburan unit trust Mixed Asset yang tidak dikenakan sebarang caj (Sales Charge & Redemption Charge).
  2. ASB merupakan satu bentuk simpanan bersifat pelaburan pada kadar risiko yang rendah.
  3. Proses pengeluaran Simpanan / Pelaburan ASB adalah serta-merta. Ia sangat liquid.
  4. Duit pelabur ASB adalah dijamin oleh kerajaan Malaysia (Capital Guaranteed).
  5. Dividen ASB (Agihan pendapatan) & Bonus ASB yang diperolehi adalah dikecualikan daripada cukai.
  6. Pelabur bebas melakukan transaksi top-up / redeem unit simpanan / pelaburan ASB pada bila-bila masa tanpa khuatir akan harga tinggi atau harga rendah kerana ia adalah unit trust yang berharga tetap, iaitu RM1.00. 
  7. Harga unit ASB adalah tetap RM1.00 meskipun selepas Dividen (Agihan Pendapatan) diumumkan yang nyata berbeza sifatnya jika dibandingkan dengan unit trust harga berubah-ubah yang akan jatuh harganya selepas Agihan Pendapatan diumumkan.
  8. Anda tidak perlu monitor pergerakan harga NAV sebab Simpanan / Pelaburan ASB adalah unit trust berkadaran tetap.
  9. Anda juga tidak perlu membuat kajian / research secara terperinci terhadap prestasi-prestasi ASB yang terdahulu.
  10. TIPS: Sijil Simpanan / Pelaburan ASB boleh digunakan sebagai medium Overdraft dengan mencagarkannya di bank untuk mendapatkan pinjaman.
  11. Dividen ASB (Agihan pendapatan) adalah sangat kompetitif dan konsisten saban tahun. Ia tak pernah mencatatkan prestasi negatif.
  12. TIPS: Terdapat kemudahan ASB Financing (ASB Loan) yang membolehkan pelabur mengaplikasikan konsep OPM (Other People's Money) untuk melabur pada nilai yang lebih besar.
  13. Banyak bank yang menyediakan kemudahan online transaction menggunakan platform masing-masing untuk urusan pertambahan unit Simpanan / Pelaburan ASB.
  14. ASNB telah menyediakan portal myASNB bagi membolehkan pelabur mendapat direct access kepada Simpanan / Pelaburan ASB mereka.
  15. TIPS: Pencarum KWSP boleh memindahkan sebahagian daripada Simpanan Akaun 1 KWSP ke Akaun ASB 2 untuk menikmati pulangan yang lebih baik.
  16. TIPS: ASNB memberikan bantuan khairat kematian kepada waris pendeposit di dalam akaun ASB/ ASN/ ASW 2020 atau apa sahaja amanah saham terbitan PNB.

ASB Financing (ASB Loan)


ASB Financing (ASB Loan) merupakan pembiayaan ASB bersama pihak bank yang mana pihak bank bantu anda untuk belikan sijil simpanan / pelaburan ASB anda seminimum RM10k sehingga semaksimum RM200k. 

Jadi, dengan sijil simpanan / pelaburan ASB yang anda peroleh ni, anda akan terima dividen ASB (Agihan pendapatan) setiap tahun berdasarkan nilai sijil ASB yang anda ambil.
Cumanya ianya adalah simpanan paksaan setiap bulan yang wajib anda lakukan.
  1. ASB Financing (ASB Loan) dapat membiasakan diri dengan komitmen - displin.
  2. ASB Financing (ASB Loan) mampu membina simpanan yang besar dalam waktu yang singkat.
  3. Teknik bayaran bulanan yang kecil tapi mampu buat ASB Financing (ASB Loan) yang besar.
  4. Dividen ASB (Agihan Pendapatan) yang diperoleh adalah hak mutlak pelabur. Hanya pelabur sahaja yang boleh keluarkan dividen tersebut (jika pelabur meninggal, waris penama boleh tuntut).
  5. TIPS: Makin tinggi ASB Financing (ASB Loan), makin tinggi dividen ASB (Agihan Pendapatan) tahunan.
  6. TIPS: Makin lama simpanan / pelaburan ASB dibuat, makin berganda dividen (Agihan pendapatan) dari ASB Financing (ASB Loan).
  7. TIPS: ASB Financing (ASB Loan) dapat membantu anda memendekkan tempoh pembiayaan kereta daripada 9 tahun ke 5 tahun dengan bayaran bulanan yang sama.
  8. TIPS: ASB Financing (ASB Loan) dapat membantu anda mengumpul deposit rumah dengan lebih cepat.
  9. TIPS: ASB Financing (ASB Loan) juga dapat membantu anda membeli kereta secara cash dalam tempoh yang munasabah singkat.
  10. TIPS: Anda boleh gunakan teknik Rolling Dividen, yang memerlukan pelabur hanya membayar installment ASB Financing (ASB Loan) pada tahun pertama sahaja. Tahun seterusnya gunalah duit dividen (Agihan Pendapatan) itu untuk membayar balik installment pada tahun seterusnya.
***************************************

ASB Financing (ASB Loan) lebih merujuk kepada OPM (other people's money) iaitu guna duit bank untuk dapat hasil keuntungan jauh lebih tinggi berbanding simpanan cara biasa.

Pelabur bijak akan leverage duit simpanan atau modal yang terperap dalam akaun simpanan / pelaburan ASB untuk dijadikan modal melabur di ASB Financing (ASB Loan).

Ruginya jika bumiputra tak rebut peluang keemasan ni.
Hanya simpanan / pelaburan ASB sahaja yang dibenarkan utk guna konsep meminjam utk melabur.

TIPS: Pelaburan ni kena start dari awal. Jangan dah berusia baru nak start melabur. Akibatnya nanti bayaran bulanan semakin tinggi.

Beza ASB Simpanan Biasa dan ASB Financing (ASB Loan)

:moneyba

1. ASB Simpanan Biasa


Anda BEBAS memasukkan duit ke akaun simpanan / pelaburan ASB anda pada BILA-BILA MASA SAHAJA dengan jumlah yang anda ingini. DIVIDEN (Agihan Pendapatan) akan diperoleh berdasarkan JUMLAH SIMPANAN yang ada dalam akaun anda pada tahun tersebut.

  • Simpanan Sebulan : RM945
  • Jumlah Simpanan Setahun : RM945 x 12 bulan = RM11,340
  • Dividen ASB tahun pertama (anggarkan 7%) : RM11,3400 x 7% = RM793.80
  • Jumlah simpanan ASB + Dividen ASB (Sehingga tahun ke-5 -Compounded): RM69,778
  • ROI (Return of Investment): 23.07%

2. ASB Financing (ASB Loan)


Anda membuka akaun simpanan / pelaburan ASB, kemudian membuat ASB Financing (ASB Loan) bagi tempoh tertentu. DIVIDEN (Agihan Pendapatan) akan diperoleh berdasarkan Jumlah ASB Financing (ASB Loan) anda.
  • ASB Financing (ASB Loan) RM200,000 bagi tempoh 40 tahun
  • Bayaran Sebulan : RM945
  • Jumlah Bayaran Setahun : RM945 x 12 bulan = RM11,340
  • Dividen tahun pertama (anggarkan 7%) : RM200,000 x 7% = RM14,000
  • Anggaran jumlah dividen terkumpul selama 5 tahun : RM80,511
  • Surrender value (Principal) selepas 5 tahun : RM9,232
  • Jumlah keuntungan = Dividen ASB + Surrender Value (Principal) = RM80,511 + RM9,232 = RM89,743
  • ROI (Return of Investment): 58.28%
Modal sama = RM945 sebulan
Invest tempat yang sama = ASB
Tetapi hasil akhir adalah berbeza.

Untuk mendapat hasil yang lebih kurang sama (RM89,000) bagi kaedah simpanan biasa, seseorang itu perlu menyimpan sebanyak RM1,225 secara konsisten setiap bulan selama 5 tahun.
Ia adalah tambahan sebanyak RM280 (daripada nilai asal RM945 sebulan).

TIPS: Maknanya, bayaran ASB Financing (ASB Loan) RM945/bulan bersamaan dengan simpanan biasa sebanyak RM1,225/bulan.

ROI juga sangat berbeza.

So, alang2 menyimpan tu baik simpan dengan cara ASB Financing (ASB Loan).

16 November 2019

TAKAFUL DALAM ASB FINANCING (ASB LOAN) : PERLU AMBIL ATAU TIDAK? RAMAI MASIH KELIRU.

Ramai fikir Takaful dalam ASB Financing (ASB Loan) itu "wajib".


Hakikatnya…
Yang wajib ialah anda faham apa yang anda tandatangani.

Sepanjang lebih sedekad saya membantu pelanggan menyusun strategi ASB Financing (ASB Loan), antara perkara yang paling kerap menjadi isu ialah takaful yang dimasukkan ke dalam pembiayaan tanpa pelanggan benar-benar memahami kesannya.

Ramai hanya melihat satu perkara.
"Bayaran bulanan masih mampu."
Tetapi mereka tidak melihat perkara yang jauh lebih penting.

💜 Berapa jumlah sebenar pinjaman?
💜 Berapa nilai perlindungan?
💜 Bagaimana kesannya jika terminate awal?
💜 Bagaimana kesannya kepada pulangan pelaburan?

Sebab itu saya selalu berpesan...
Produk yang baik tetap memerlukan strategi yang betul.
 
TAKAFUL DALAM ASB FINANCING (ASB LOAN) : PERLU AMBIL ATAU TIDAK? RAMAI MASIH KELIRU.

Tujuan ASB Financing (ASB Loan) Perlu Jelas Dahulu


Sebelum bercakap tentang takaful, kita perlu kembali kepada asas.

Apakah tujuan utama ASB Financing (ASB Loan)?

Bagi kebanyakan orang, jawapannya ialah:
💙 Membina aset
💙 Memanfaatkan kuasa leverage
💙 Mempercepatkan compounding
💙 Meningkatkan nilai kekayaan jangka panjang

Dengan kata lain...
ASB Financing (ASB Loan) ialah instrumen pelaburan.

Apabila bercakap tentang pelaburan, kita sentiasa melihat dua perkara:
📌 Modal
📌 Pulangan

Apa sahaja yang meningkatkan kos pembiayaan akan memberi kesan kepada kedua-duanya.

Ramai Tidak Sedar Siapa Yang Menanggung Risiko


Sebenarnya terdapat tiga pihak dalam pembiayaan ASB.
  • Bank
  • Pelanggan
  • Syarikat Takaful
Jika berlaku kematian atau TPD (Lumpuh & Hilang Upaya Kekal), bank sebenarnya ingin memastikan baki hutang mereka dijelaskan.

Di sinilah fungsi Takaful ASB Financing (ASB Loan).

❌ Bukan untuk menggandakan keuntungan pelaburan.
✅ Tetapi untuk memindahkan risiko pembayaran baki pembiayaan kepada syarikat takaful.

Apa Berlaku Apabila Takaful Dimasukkan Ke Dalam ASB Financing (ASB Loan)?


Inilah perkara yang ramai tidak diterangkan.

Contohnya:
  • ASB Financing (ASB Loan) : RM200,000
  • Takaful : RM7,000
  • Jumlah pembiayaan sebenar: RM207,000
Ramai menyangka mereka membuat pinjaman RM200,000.
👉 Sebenarnya hutang yang dikira oleh bank ialah RM207,000.

Ini menyebabkan:
✅ Bayaran bulanan meningkat
✅ Jumlah keuntungan bank meningkat
✅ Tempoh awal pembiayaan lebih perlahan mengurangkan baki hutang

Walaupun nilai sijil ASB masih RM200,000.

Kenapa Ramai Mengalami Shortfall Bila Terminate Awal?


Inilah salah satu salah faham paling besar.
Ramai menyangka mereka dikenakan penalti.

Sebenarnya...
❌ Bukan penalti.
✅ Tetapi Shortfall.

Formula mudah: Nilai Sijil ASB − Baki Pembiayaan

Jika baki pembiayaan masih lebih tinggi daripada nilai sijil ASB, anda perlu menambah wang sendiri untuk menyelesaikan baki tersebut.

Dan salah satu penyumbang terbesar kepada keadaan ini ialah:
👉 Jumlah takaful yang dimasukkan ke dalam pembiayaan.

Ramai Ingat Penalti.
👉 Hakikatnya Baki Hutang Masih Tinggi.

Sebagai contoh:
  • Jumlah pembiayaan ASB : RM207,000
  • Nilai sijil ASB : RM200,000
Walaupun anda sudah membayar selama setahun atau dua tahun...
Sebahagian daripada pembayaran awal masih digunakan untuk mengurangkan prinsipal pembiayaan yang termasuk kos takaful.

Akibatnya... 
Apabila terminate awal...
Baki hutang masih boleh melebihi nilai sijil.
Akan berlaku shortfall.

❌ Bukan kerana bank mengenakan penalti.
✅ 
Tetapi kerana baki hutang masih belum turun ke paras nilai sijil.

Lock-In Period Dan Shortfall Adalah Dua Perkara Berbeza


Ramai masih menyamakan kedua-duanya.

Hakikatnya:

💛 Lock-In Period = penalti kontrak jika tamat awal (bergantung kepada pakej bank).
💛 Shortfall = baki hutang lebih tinggi daripada nilai sijil.

Hari ini, banyak pakej ASB Financing (ASB Loan) sudah tidak mempunyai Lock-In Period.


Namun... Shortfall masih boleh berlaku sekiranya struktur pembiayaan tidak difahami sejak awal.

Adakah Saya Menolak Takaful?


Tidak sama sekali.
Saya sangat percaya kepada kepentingan perlindungan takaful.

Yang saya tekankan ialah:

👉 Perlindungan perlu disusun mengikut objektif kewangan, bukannya dimasukkan secara automatik tanpa penjelasan.

Ramai pelanggan sebenarnya sudah mempunyai:
🩷 Takaful hayat
🩷 Hibah
🩷 Medical Card
🩷 Perlindungan keluarga

Dalam keadaan tertentu, mereka mungkin tidak memerlukan perlindungan penuh melalui ASB Financing (ASB Loan).

Tetapi ada juga pelanggan yang memang sesuai mengambil perlindungan penuh.


Sebab itu...
Tiada satu jawapan yang sesuai untuk semua orang.

Bagaimana Jika Mahu Mengambil Takaful?


Pilihan ini bergantung kepada objektif kewangan anda.


Antara pendekatan yang sering dipertimbangkan ialah:

1️⃣ Full Tenure Takaful
  • Sesuai bagi mereka yang mengutamakan perlindungan penuh sepanjang tempoh pembiayaan.
  • Jika berlaku kematian atau hilang upaya kekal menyeluruh, baki pembiayaan akan diselesaikan mengikut terma sijil takaful dan waris berpotensi menerima nilai sijil ASB selepas penyelesaian pembiayaan.
  • Namun kos pembiayaan adalah lebih tinggi.
2️⃣Takaful Jangka Pendek
  • Ada pelanggan memilih perlindungan yang lebih pendek.
  • Kos lebih rendah.
  • Bayaran bulanan juga lebih rendah.
  • Tetapi... Jumlah perlindungan akan berkurangan mengikut tempoh perlindungan yang dipilih.
  • Jangan anggap perlindungan 5 tahun memberi perlindungan penuh sepanjang tempoh pembiayaan.
3️⃣ Perlindungan Berasingan
  • Bagi sesetengah pelanggan, mengambil takaful hayat atau hibah secara berasingan mungkin lebih fleksibel kerana perlindungan tersebut kekal walaupun pembiayaan ASB telah ditamatkan.
  • Pilihan terbaik bergantung kepada keperluan individu, umur, tanggungan keluarga dan pelan kewangan keseluruhan.

Takaful ASB Financing (ASB Loan) dan Takaful Peribadi Adalah Dua Perkara Berbeza


Ini perkara yang ramai langsung tidak tahu.

Ramai menyangka apabila mereka mengambil Takaful dalam ASB Financing (ASB Loan), bermaksud mereka sudah mempunyai perlindungan hayat yang lengkap.

Hakikatnya...
Tidak semestinya.

Takaful dalam ASB Financing (ASB Loan) diwujudkan untuk melindungi baki pembiayaan ASB, bukannya melindungi keseluruhan keperluan kewangan anda atau keluarga.

Manakala Takaful Peribadi pula bertujuan melindungi diri dan keluarga anda daripada risiko seperti:
📌 Kematian
📌 Hilang Upaya Menyeluruh & Kekal (TPD)
📌 Penyakit Kritikal
📌 Pendapatan keluarga
📌 Hibah kepada waris

Ringkasnya...
💙Satu melindungi loan.
💙Satu lagi melindungi kehidupan anda. 

Ramai pelanggan baru sedar perkara ini selepas bertahun-tahun.

Takaful Dalam ASB Financing (ASB Loan) Menggunakan Konsep "Reducing Term"


Ini juga ramai tidak pernah diterangkan.


Perlindungan takaful ASB Financing (ASB Loan) lazimnya menggunakan konsep Reducing Term Takaful.

Maksudnya...
  • Semakin baki pembiayaan berkurang
  • semakin rendah juga jumlah perlindungan.
Ini berbeza dengan kebanyakan Takaful Hayat Peribadi.
Yang biasanya memberikan jumlah perlindungan yang kekal sepanjang tempoh polisi.

Ramai tidak mengetahui perbezaan ini.

Rebate Takaful


Sekiranya pembiayaan ditamatkan lebih awal, syarikat takaful biasanya akan memberikan
rebate bagi baki tempoh perlindungan yang belum digunakan.

Namun jumlah rebate bergantung kepada struktur sijil dan lazimnya tidak menyamai jumlah caruman asal.


TAKAFUL DALAM ASB FINANCING (ASB LOAN) : PERLU AMBIL ATAU TIDAK? RAMAI MASIH KELIRU.

Soalan Yang Paling Kerap Ditanya


"Boleh tak terminate takaful sahaja?"


Jawapannya: Tidak boleh.
Kerana takaful tersebut telah menjadi sebahagian daripada pembiayaan.

Jika ingin menamatkan takaful tersebut, pembiayaan ASB Financing (ASB Loan) juga perlu ditamatkan mengikut syarat bank.

Better Rate Tidak Semestinya Lebih Murah 


Kadang-kadang bank menawarkan:
  • Tanpa Takaful : Rate 4.10%
  • Dengan Takaful : Rate 4.05%
Ramai terus memilih pakej kedua kerana nampak lebih murah.

Tetapi...
Apa yang perlu dikira bukan kadar sahaja.

Perlu juga dikira:
🩵 Kos takaful
🩵 Bayaran bulanan
🩵 Jumlah keseluruhan pembiayaan
🩵 Pulangan akhir

Ada keadaan ia benar-benar berbaloi.

Ada juga keadaan sebaliknya.

Sebab itu...
Rate bukan satu-satunya nombor yang perlu dibandingkan.

Formula Saya Sebelum Cadangkan Takaful 


Saya biasanya akan semak lima perkara dahulu.


🩷 Objektif pelanggan
Pelaburan jangka pendek atau panjang?

🩷 Cashflow
Mampu atau tidak?

🩷 Perlindungan sedia ada
  • Sudah ada Hibah atau belum?
  • Sudah ada Medical Card atau belum?
  • Sudah ada Life Takaful atau belum?
🩷 Umur
Semakin meningkat umur, kos takaful juga meningkat.

🩷 Strategi Exit
Ada pelanggan memang merancang terminate selepas 5 tahun.
Ada pula merancang simpan sehingga matang.
Pendekatan mereka tidak semestinya sama.

Kesilapan Yang Saya Selalu Lihat


Ramai pelanggan membuat keputusan berdasarkan:
🩵 Bayaran bulanan sahaja
🩵 Kadar keuntungan sahaja
🩵 Siapa cepat lulus

Sedangkan perkara yang lebih penting ialah:

✅ Struktur pembiayaan
✅ Jumlah pembiayaan sebenar
✅ Tempoh perlindungan
✅ Strategi exit
✅ Cashflow
✅ Objektif pelaburan

Inilah perkara yang membezakan pelabur yang sekadar "buat ASB Financing (ASB Loan)" dengan pelabur yang benar-benar memahami strategi.

KESIMPULAN


❌ Saya bukan anti takaful.
❌ Saya juga bukan menyuruh semua orang mengambil atau menolak takaful.

👉 Apa yang saya perjuangkan ialah pelanggan membuat keputusan berdasarkan ilmu, bukannya andaian.

Kerana dalam dunia pelaburan...
Strategi yang betul selalunya memberi impak lebih besar daripada memilih produk yang sama.

ASB Financing (ASB Loan) boleh menjadi instrumen yang sangat berkesan untuk membina kekayaan.

Tetapi seperti mana-mana strategi kewangan, ia perlu disusun mengikut matlamat, kemampuan dan tahap perlindungan yang benar-benar diperlukan.

15 November 2019

KELAYAKAN ASB FINANCING (ASB LOAN)

“Bukan dividen ASB yang kecil, tapi strategi ASB yang belum dimaksimakan.”

Setiap tahun, ramai lepaskan peluang yang sama — hanya sebab mereka fikir “ASB ni slow, dividen rendah.”

Sebenarnya, kalau mereka tahu teknik sebenar yang pelabur cerdik gunakan, pulangan 5.75% tu boleh jadi lebih 30% setahun atau lebih (KLIK), dengan modal tunai yang sama dan risiko yang masih terkawal.

✅ Instrumen yang sama = ASB
✅ Modal anda = sama
✅ Tempoh masa = sama
✅ Dividen ASB = sama (5.75%)
♥️ Hasil akhir (untung & ROI) = Sangat berbeza

Bunyinya macam mustahil, tapi inilah kuasa Leverage Bijak— guna duit bank untuk buat duit. 

 “Orang kaya tak tunggu ada duit baru melabur. Mereka guna duit orang (bank) untuk gandakan kekayaan. Anda pun boleh buat perkara sama.”

Pernah terfikir kenapa orang kaya makin kaya? Mereka faham kuasa leverage. Dalam dunia pelaburan, leverage bermaksud menggunakan modal pihak ketiga untuk menggandakan potensi keuntungan. 

ASB Financing (ASBf) bukan sekadar simpan duit, tapi memecutkan proses kumpul kekayaan dengan modal orang lain (bank).

Hakikat yang jelas : Bukan rajin menyimpan yang membezakan orang biasa dan orang berharta, tetapi 'strategi kewangan' yang mereka tahu ... dan orang lain tak tahu.

ASB FINANCING (ASB LOAN)



PAKEJ TERBAIK ASB FINANCING (ASB LOAN) RHB 2026 - RATE PALING RENDAH 4.05% JER

ASB Financing (ASBf) 2026 TERKINI - Rate Bank TERENDAH dalam pasaran!


✅ Rate rendah 4.05%
🔵 Bank : RHB
🔵 100% Islamic Financing (Patuh Syariah)
🔵 Instrumen : ASB 
  • Risiko sangat rendah
  • Modal terjamin
  • Dividen yang sangat stabil setiap tahun
❤️ Pembiayaan ASB RM200k = RM842 sebulan
❤️ Pembiayaan ASB RM150k = RM632 sebulan
❤️ Pembiayaan ASB RM120k = RM505 sebulan
❤️ Pembiayaan ASB RM100k = RM421 sebulan
❤️ Pembiayaan ASB RM80k = RM337 sebulan

✅ Legit & Selamat
✅ Document simple
✅ Tiada Lock-In
✅ Tiada Penalti penyelesaian awal


Loan Table - PAKEJ TERBAIK ASB FINANCING (ASB LOAN) RHB 2026 - RATE PALING RENDAH 4.05% JER

Nak tahu berapa jumlah pembiayaan yang sesuai mengikut bajet anda?

📲 WhatsApp saya:
👉 012-5588680 (Wassap (KLIK)
Semakan kelayakan & Analisis ROI adalah percuma.

SYARAT-SYARAT ASB FINANCING (ASB LOAN)


💙 Bumiputera 
💙 Kelayakan Umur : 18 tahun hingga 60 tahun
💙 Gaji Minimum RM1,000
💙 Baru start kerja tak sampai 3 bulan pun boleh apply


Prestasi ASB 10 Tahun 2016-2025
Prestasi ASB terkini 10 Tahun 2016-2025

DOCUMENT DIPERLUKAN


✅ Salinan IC ✅ Slip Gaji ✅ Penyata KWSP Terkini 2025 & 2026 ✅ Bank Statement Terkini (Gaji masuk)
:heart:

STEP NAK APPLY LOAN


💎 Anda just wassap ke nombor 012-5588680 (Wassap (KLIK)
💎 Berikan maklumat Nama, Umur dan Bajet bulanan anda
💎 Saya akan kirakan dan berikan anda Quotation Jumlah Loan yang sesuai dengan bajet bulanan anda.

*ASB Financing (ASBf) adalah The ONLY investment yang boleh buat loan / pembiayaan!
✅ Amanah Saham Bumiputera ----> ASB Financing
❌ Amanah Saham Nasional (ASN)
❌ Amanah Saham Malaysia (ASM)
❌ Amanah Saham MARA
❌ Amanah Hartanah Bumiputera (AHB)
❌ Unit Trust / Unit Amanah
❌ PRS (Private Retirement Scheme)
❌ Saham / IPO / RPS / ETF
❌ Private Mandate / Crypto / FCPO

04 November 2019

BUKA AKAUN UNIT TRUST ONLINE

Cara mudah invest Unit Trust secara online di 'one stop platform' eUnittrust (KLIK). Easy Simple and User Friendly.



Untuk membuka account secara PERCUMA, KLIK pada 'OPEN ACCOUNT'.

Anda akan menerima email Login ID dan Password anda.


Ikut arahan email untuk melakukan 'FIRST TIME LOGIN'.

Anda akan menerima SMS TAC verification untuk anda verify account anda.


Sila lihat (PLAY) untuk melihat step by step tatacara proses pembukaan account. 

Platform eUnit Trust


Anda boleh melakukan Online transaksi unit trust ini:

  1. PEMBELIAN (BUY) dana unit trust.
  2. Melakukan SWITCHING antara dana-dana unit trust ini.
  3. MENJUAL (REDEMPTION) dana unit trust anda.
Maklumat tersedia:

1. Ranking Top 5 dana unit trust berprestasi paling baik (Total Return) dan prestasi paling teruk bagi tempoh [FUNDS - PRICE & UPDATES]:

  • Daily
  • Weekly
  • Monthly
  • 3 Months
  • 6 Months
  • 1 Year
  • 2 Years
  • 3 Years
  • 5 Years
  • 10 years
2. Top performer fund (Annualized Return) dan prestasi paling teruk bagi tempoh [FUNDS - PRICE & UPDATES]:
  • 6 Months
  • 1 Year
  • 2 Years
  • 3 Years
  • 5 Years
  • 10 Years
3. Announcement Income Distribution (Dividend) [FUNDS - RESEARCH & BUY FUNDS].

4. Market Outlook & Review [RESEARCH & ARTICLES -  MARKET INFORMATION].


5. Analisis dana dan market - Phillip Fund Focus & Phillip Allocator [RESEARCH & ARTICLES -  PHILLIP FUND FOCUS & ALLOCATOR]


6. Adviser's article & Webcast RESEARCH & ARTICLES -  IDEA INFORMATION


Stop Waiting and Start Investing!


Buka account online anda di 'one stop platform' eUnittrust (KLIK). 
Easy Simple and User Friendly.

Anda dah buka account, tapi tanpa agen?
Nak saya pantau account pelaburan anda tu?
Whatsapp saya untuk langkah berikutnya.

Transaksi Berkaitan


🟥⬛️🟨🟦🟥⬛️🟨🟦🟥⬛️🟨🟦

Penulis,

Cikgu Adi  (KLIK untuk lebih mengenali saya) 
Group Financial Consultant,
Group Agency Manager.

Unit Trust | Private Mandate | Bitcoin & Crypto | ASB Financing 
👉 Facebook (Follow FB ini supaya tak terlepas perkongsian Eksklusif yang bermanfaat & strategi kewangan terkini tentang simpanan & pelaburan)

🟥⬛️🟨🟦🟥⬛️🟨🟦🟥⬛️🟨🟦


PERKONGSIAN 'MAHAL' - RUGI TAK AMBIL TAHU!



================================
DISCLAIMER :
Past performance does not reflect future performance. All information in this article / blog is for educational purposes only and should NOT be taken as investment advise, nor as a recommendation or endorse.
Please refer to your agent for details explanation. Thanks.
===============================