13 May 2019

UNIT TRUST TERBAIK MALAYSIA - MAY 2019

Artikel ini insyaAllah memberikan maklumat terkini Prestasi Unit Trust Terbaik Malaysia - Patuh Shariah bagi May 2019 berdasarkan rujukan di akhbar The Edge #1266 (May 13 - May 19, 2019) dan di Morningstar



UNIT TRUST DI MALAYSIA


Unit Trust = Unit Amanah = Amanah Saham. Konsep mudah: kita minta orang lain (fund manager) uruskan dan laburkan duit kita dalam saham terpilih. Anda tak perlu monitor hari-hari harga NAV unit trust. Berikan 'trust' anda kepada Fund Manager untuk kembangkan duit anda. Konsep sama seperti ASB (ASB juga adalah unit trust). Unit trust adalah medium pelaburan jangkamasa sederhana dan panjang.



Fund / Dana = Tabung (seperti Eastspring Dinasti Equity). Setakat 31 March 2019, terdapat sebanyak 658 dana ditawarkan di Malaysia. Namun, hanya 225 dana (34%) adalah dana Patuh Syariah - Islamic Fund. Data ini dipetik daripada FIMM (KLIK).

Syarikat unit trust (Unit Trust Management Company, UTMC) = syarikat kewangan berlesen (Bank Negara, Suruhanjaya Sekuriti) yang menguruskan pelaburan ahli dalam fund yang dipilih. Setakat 31 March 2019, terdapat 40 syarikat unit trust. Antaranya adalah Phillip Mutual Berhad, Public Mutual Berhad, CIMB Principal, PMB Investment Berhad, Kenanga, Manulife, RHB Asset Management, Eastspring Investment dan banyak lagi. Sumber : FIMM (Federation of Investment Managers Malaysia) (KLIK)

PRESTASI DANA UNIT TRUST


Data ini merangkumi prestasi Annualised Return dan Total Return ...gabungan bagi semua sector / kategori - Equity, Mixed Asset/ Balanced, Bond/ Sukuk dan Money Market. Ia juga disusun mengikut return tertinggi bagi mana-mana dana baik dana tempatan (Malaysia) mahupun dana yang melabur di luar negara. Pelabur boleh sahkan dan dapatkan maklumat lebih terperinci melalui sumber yang diyakini - Lipper dan Morningstar.

Prestasi dana unit trust boleh diukur berdasarkan:

(i) Year To Date (YTD) Return

  • Jumlah Pulangan sejak 1 January bagi sesuatu tahun.
Year To Date (YTD) Return Unit Trust bagi tempoh 5 tahun. KLIK gambar untuk lebih jelas. Sumber : Morningstar as 11 May 2019.

CIMB Islamic Small Cap mencatatkan prestasi yang sangat baik, dengan mencatatkan prestasi 19.97% bagi tempoh antara 1/1/2019 - 11/5/2019 (4 bulan ++). Dana ini fokuskan kepada pelaburan dalam stock Small & Medium size di market Malaysia.

TA Dana Fokus mengekori di belakang dengan pencapaian 14.82% bagi tempoh yang sama. Dana ini adalah dari kategori Equity Malaysia.

Top 10 prestasi Year To Date (YTD)
  1. CIMB Islamic Small Cap (19.97%)
  2. TA Dana Fokus (14.82%)
  3. TA Islamic (14.11%)
  4. Hong Leong Dana Makmur (13.20%)
  5. TA Dana Optimix (12.60%)
  6. Public Islamic Global Equity (12.52%)
  7. KAF Islamic Dividend Income (11.48%)
  8. Apex Dana Al-Sofi i (11.41%)
  9. RHB Islamic Global Developed Markets (11.32%)
  10. Manulife Shariah Progress + (11.25%)
Rata-ratanya, kebanyakan dana unit trust telah mencatatkan peningkatan prestasi sejak 1 Jan 2019.


(ii) Total Return / Cumulative Return
  • Total rise in the value of a fund’s investments over time, assuming that income and capital gains distributions were reinvested.
  • Bahasa mudahnya adalah Jumlah Pulangan Terkumpul untuk suatu tempoh masa.
Contohnya, Eastspring Investment Dinasti Equity telah mencatatkan 80.63% untuk tempoh 5 tahun setakat 3/5/2019. Jika tuan-puan melabur RM10,000 pada 2/5/2014, maka sekarang (3/5/2019) anda telah mendapat kenaikan pelaburan = untung sebanyak 80.63% (bersamaan RM8,063). Maka nilai pelaburan anda sekarang berjumlah RM18,063 (Modal RM10,000 + Untung RM8,063).

Total Return = Capital Gain + Income Gain

Rujukan utama bagi Total Return ini adalah melalui akhbar mingguan ekonomi terkenal, The Edge - Lipper Fund Table. Jadual di bawah menunjukkan 20 dana terbaik Total Return bagi tempoh 5 tahun.



Total Return Unit Trust bagi tempoh 5 tahun. KLIK gambar untuk lebih jelas. Sumber : Lipper Fund Table - The Edge #1266 (May 13 - May 19, 219)

Eastspring Dinasti Equity mencatatkan prestasi yang sangat baik, dengan mencatatkan keuntungan terkumpul sebanyak 80.63% bagi tempoh 5 tahun (2/5/2014 - 3/5/2019). Dana yang fokuskan pelaburan di market Greater China (China, Hong Kong dan China) ini jauh meninggalkan dana-dana lain.

Public China Ittikal mengekori di belakang dengan pencapaian 55.03% bagi tempoh yang sama. Dana ini juga daripada kategori Equity Greater China. 

Dana yang melabur di luar Malaysia terbaik bagi tempoh yang sama adalah:
  1. Eastspring Dinasti Equity (80.63%)
  2. Public China Ittikal (55.03%)
  3. CIMB Islamic Asia Pacific Equity (48.37%)
  4. Public Islamic Asia Leaders Equity (47.29%)
  5. Public Asia Ittikal (46.49%)
Dana yang melabur di dalam Malaysia terbaik bagi tempoh yang sama adalah:

  1. Dana Makmur Pheim (35.48%)
  2. RHB Islamic Bond (34.33%)
  3. KAF Sukuk (30.81%)
  4. Libra Asnita Bond (30.34%)
  5. PB Aiiman Sukuk (29.76%)
Jika diperhatikan, jauh bezanya prestasi antara kelompok yang atas dengan yang bawah, mahupun yang tidak tersenarai dalam Top 20 (keseluruhan terdapat sebanyak 225 dana Patuh Shariah). 


Total Return Equity Asia Pacific Ex-Japan bagi tempoh 5 tahun. KLIK gambar untuk lebih jelas. Sumber : Lipper Fund Table - The Edge #1266 (May 13 - May 19, 219)

CIMB Islamic Asia Pacific Equity mencatatkan prestasi 48.37% bagi tempoh 5 tahun (2/5/2014 - 3/5/2019). Public Islamic Asia Leaders Equity mengekori rapat dengan prestasi 47.29% bagi tempoh yang sama.

Top 5 Equity Asia pacific Ex-Japan

1. CIMB Islamic Asia Pacific Equity (48.37%)
2. Public Islamic Asia Leaders Equity (47.29%)
3. Maybank Asiapac Ex-Japan Equity i (39.99%)
4. Public Islamic Asia Dividend (35.87%)
5. Manulife Shariah Asia Pacific (32.49%)


Umumnya, prestasi dana Equity Asia Pacific mencatatkan prestasi yang sangat memberangsangkan bersama-sama dengan Equity Greater China.


 Total Return Equity Malaysia bagi tempoh 5 tahun. KLIK gambar untuk lebih jelas. Sumber : Lipper Fund Table - The Edge #1266 (May 13 - May 19, 219)

PMB Shariah Premier mencatatkan prestasi 25.30% bagi tempoh 5 tahun (2/5/2014 - 3/5/2019). Hong Leong Dana Makmur mengekori rapat dengan prestasi 20.60% bagi tempoh yang sama.

Top 5 Equity Malaysia 

1. PMB Shariah Premier (25.30%)
2. Hong Leong Dana Makmur (20.60%)
3. Eastspring Dana AL-Ilham (15.10%)
4. CIMB Islamic DALI Equity (12.04%)
5. MIDF Amanah Islamic (10.37%)

Umumnya, prestasi dana Equity Malaysia masih belum pulih setelah mengalami kejatuhan prestasi sejak May 2018. 

Total Return Equity Malaysia Income bagi tempoh 5 tahun. KLIK gambar untuk lebih jelas. Sumber : Lipper Fund Table - The Edge #1266 (May 13 - May 19, 2019)

PMB Shariah Dividend mencatatkan prestasi 14.30% bagi tempoh 5 tahun (2/5/2014 - 3/5/2019). Public Islamic Dividend mengekori di belakang dengan prestasi 5.93% bagi tempoh yang sama.

Top 3 Equity Malaysia Income

1. PMB Shariah Dividend (14.30%)
2. Public Islamic Dividend (5.93%)
3. Manulife Al-Fauzan (5.76%)

Umumnya, prestasi dana Equity Malaysia Income masih belum pulih setelah mengalami kejatuhan prestasi sejak May 2018. 


Total Return Equity Malaysia Small & Mid Cap bagi tempoh 5 tahun. KLIK gambar untuk lebih jelas. Sumber : Lipper Fund Table - The Edge #1266 (May 13 - May 19, 2019)

Public Islamic Select Treasures mencatatkan prestasi 14.08% bagi tempoh 5 tahun (2/5/2014 - 3/5/2019). Public Islamic Opportunities mengekori rapat dengan prestasi 13.91% bagi tempoh yang sama.

Top 3 Equity Malaysia Small & Mid Cap

1. Public Islamic Select Treasures (14.08%)
2. Public Islamic Opportunities (13.91%)
3. Manulife Shariah Progress (8.37%)

Umumnya, prestasi dana Equity Malaysia Small & Mid Cap masih belum pulih setelah mengalami kejatuhan prestasi sejak May 2018. 


(iii) Annualized Return


Annualized return is year-over-year growth rate of an investment over a specified period of time and calculated as:


Umumnya atau bahasa mudahnya, ia adalah Purata Pulangan Setahun. Biasanya ia diukur untuk tempoh 3 tahun, 5 tahun dan 10 tahun. Pelabur boleh menyemaknya dengan beberapa langkah mudah seperti uyang ditunjukkan melalui artikel ini - Morningstar (KLIK). Jadual di bawah menunjukkan 20 dana terbaik Annualized return bagi tempoh 5 tahun.

  Annualised Return Unit Trust bagi tempoh 5 tahun. KLIK gambar untuk lebih jelas. Sumber : Morningstar as 30 April 2019

Eastspring Dinasti Equity cemerlang unggul dengan pencapaian 15.58% purata setahun bagi tempoh 5 tahun setakat 30/4/2019. Public China Ittikal pula mencatatkan 11.77% bagi tempoh masa yang sama diikuti oleh PB Islamic Asia Strategic Sector (11.63%)

Top 10 terbaik adalah:
  1. Eastspring Dinasti Equity (15.58%)
  2. Public China Ittikal (11.77%)
  3. PB Islamic Asia Strategic Sector (11.63%)
  4. BIMB Arabesque i Global Dividend (11.52%)
  5. Maybank Greater China Asean Equity i (10.74%)
  6. Public Islamic Asia Leaders Equity (10.65%)
  7. Manulife Investment Shariah Asia Pacific (10.37%)
  8. TA BRIC & Emerging Markets (9.78%)
  9. Public Asia Ittikal (9.73%)
  10. Affin Hwang Aiiman Asia (Ex-Japan) Growth (9.35%)
Data ini sekadar menunjukkan 20 dana Islamic terbaik daripada total 225 dana. Umumnya, dana yang melabur di luar Malaysia mencatatkan prestasi yang lebih baik.


Annualized Return Equity Asia Pacific Ex-Japan bagi tempoh 5 tahun. KLIK gambar untuk lebih jelas. Sumber : Morningstar as 30 April 2019

CIMB Islamic Asia Pacific Equity mencatatkan prestasi 8.25% bagi tempoh 5 tahun (1/5/2014 - 30/4/2019). Public Islamic Asia Leaders Equity mengekori rapat dengan prestasi 7.97% bagi tempoh yang sama.

Top 5 Equity Asia pacific Ex-Japan

1. CIMB Islamic Asia Pacific Equity (8.25%)
2. Public Islamic Asia Leaders Equity (7.97%)
3. Maybank Asiapac Ex-Japan Equity i (6.19%)
4. Public Islamic Asia Dividend (5.78%)
5. Manulife Shariah Asia Pacific (5.78%)


Umumnya, prestasi dana Equity Asia Pacific mencatatkan prestasi yang sangat memberangsangkan.


Annualized Return Equity Malaysia bagi tempoh 5 tahun. KLIK gambar untuk lebih jelas. Sumber : Morningstar as 30 April 2019

PMB Shariah Premier mencatatkan prestasi 4.60% bagi tempoh 5 tahun (1/5/2014 - 30/4/2019). Hong Leong Dana Makmur mengekori rapat dengan prestasi 4.05% bagi tempoh yang sama.

Top 5 Equity Malaysia 

1. PMB Shariah Premier (4.60%)
2. Hong Leong Dana Makmur (4.05%)
3. Eastspring Dana AL-Ilham (2.93%)
4. TA Islamic (2.56%)
5. CIMB Islamic DALI Equity (2.38%)


Annualized Return Equity Malaysia Income bagi tempoh 5 tahun. KLIK gambar untuk lebih jelas. Sumber : Morningstar as 30 April 2019

PMB Shariah Dividend mencatatkan prestasi 2.84% bagi tempoh 5 tahun (1/5/2014 - 30/4/2019). Public Islamic Dividend mengekori di belakang dengan prestasi 1.22% bagi tempoh yang sama.

Top 3 Equity Malaysia Income

1. PMB Shariah Dividend (2.84%)
2. Public Islamic Dividend (1.22%)
3. Manulife Al-Fauzan (1.14%)

Umumnya, prestasi dana Equity Malaysia Income masih belum pulih setelah mengalami kejatuhan prestasi sejak May 2018. 


Annualized Return Equity Malaysia Small & Mid Cap bagi tempoh 5 tahun. KLIK gambar untuk lebih jelas. Sumber : Morningstar as 30 April 2019

Public Islamic Opportunities mencatatkan prestasi 2.82% bagi tempoh 5 tahun (1/5/2014 - 30/4/2019). Public Islamic Select Treasures mengekori di belakang dengan prestasi 2.72% bagi tempoh yang sama.

Top 3 Equity Malaysia Small & Mid Cap

1. Public Islamic Opportunities (2.82%)
2. Public Islamic Select Treasures (2.72%)
3. Manulife Shariah Progress (1.75%)

Umumnya, prestasi dana Equity Malaysia Small & Mid Cap masih belum pulih setelah mengalami kejatuhan prestasi sejak May 2018. 


PANDUAN PELABURAN

  1. Paparan data di atas hanyalah sebagai panduan. Ia adalah prestasi yang sudah berlalu. Jangan melabur hanya atas sebab 'Prestasi Lampau'. Tiada jaminan ianya akan berulang.
  2. Invest into The Right Sector / Market = Consistent & Potential. Ini bagi memastikan bahawa pelaburan anda mampu mencatatkan prestasi yang memberangsangkan.
  3. Apply  Investment Portfolio / Asset Allocation based on the risk profile (are you a High Risk taker?), Time horizon (long term? 5 year? 20 year?) and specific goal / objective (Retirement planning?)
  4. Invest dengan knowledge! Jangan invest kerana ikut kawan. Jangan lepaskan semua tanggungjawab pelaburan kepada agen anda. Bincang, Semak dan Sahkan semua maklumat.


==============

🔵 Anda tak sure nak invest yang mana? Meh saya bantu anda...Anda just bagi tahu kriteria keinginan anda, saya akan cadangkan pilihan terbaik untuk anda... Adi 012-5588680 (Wassap (KLIK)

🔵 Saya juga mempunyai solution Simpanan / Pelaburan yang sangat sesuai untuk mana2 Koperasi, NGO, Persatuan, GLC, syarikat2, SME dan organisasi anda.... Adi 012-5588680 (Wassap (KLIK)

⚠️ Apa akan jadi dengan segala simpanan / pelaburan anda jika anda meninggal dunia? Waris / pasangan anda faham dan tahu tak bagaimana nak uruskan segalanya? Jom kita permudahkan urusan dengan menyediakan Wasiat / Hibah... Ini pelengkap kepada Pengurusan Kewangan anda... Adi 012-5588680 (Wassap (KLIK)



🟪🟥🟪🟥🟪🟥🟪🟥🟪



🟩🟨🟩🟨🟩🟨🟩🟨🟩🟨


Konsultan Pelaburan Bertauliah (SC & FIMM)
Unit Trust | Equity | FCPO | ETF | Crypto | IPO | Pre-IPO | ASB Financing

📞 012-5588680 (Wassap (KLIK)
📞 012-5588680 (Wassap (KLIK)
📞 012-5588680 (Wassap (KLIK)


*******************************
Jemput join untuk Pelbagai Info Kewangan & Pelaburan

No comments:

Post a Comment