06 April 2021

THE BEST TOP 30 DANA UNIT TRUST TERBAIK MALAYSIA (APRIL 2021)

Artikel perkongsian ini adalah berkenaan 'keganasan' Prestasi semasa Unit Trust Terbaik Malaysia - Patuh Shariah (April 2021) untuk tempoh 1 Tahun, 3 Tahun & 5 Tahun yang melibatkan semua dana unit trust daripada semua syarikat unit trust seperti Public Mutual, Kenanga, Principal (CIMB / CWA), PMB Investment, Manulife, RHB dan banyak lagi berpandukan rujukan data dari akhbar The Edge keluaran #1364 (April 5 - April 11, 2021)

5 Maklumat Berharga yang anda akan perolehi melalui artikel ini?:

  1. Senarai Top 30 Return 1 Year Dana Unit Trust terbaik as April 2021
  2. Senarai Top 30 Total Return 3 Years Dana Unit Trust terbaik as April 2021
  3. Senarai Top 30 Total Return 5 Years Dana Unit Trust terbaik as April 2021
  4. Perbandingan prestasi Unit Trust Islamic vs Conventional
AMARAN:

Ini bukanlah panduan Pelaburan!
Artikel ini sekadar Laporan Prestasi...
Dinasihatkan untuk dapatkan nasihat agen unit trust berdaftar untuk maklumat lanjut.


PRESTASI UNIT TRUST TERBAIK (1 Year)

TOP 30 PRESTASI UNIT TRUST FUND - PATUH SHARIAH 1 YEAR RETURN (April 2021)

Anda masih sangsi dengan Pelaburan Unit Trust?
Ekonomi tak bagus... bukan masanya untuk invest unit trust?

Nah... saya simpulkan Top 30 prestasi terbaik bagi seluruuuuuuhhhhh dana unit trust untuk tempoh 1 tahun.

Return Unit Trust Terbaik Malaysia bagi tempoh 1 tahun (April 2021)
Return Unit Trust Terbaik Malaysia bagi tempoh 1 tahun (April 2021)
Return Unit Trust Terbaik Malaysia bagi tempoh 1 tahun (April 2021)
Sumber : Lipper Fund Table - The Edge #1364 (April 5 - April 11, 2021)

Top 10 prestasi Unit Trust Patuh Shariah 1 Year Return (as 19 March 2021):

1. BIMB-i Growth = 194.90%
2. Hong Leong Dana Makmur = 193.46%
3. PMB Shariah Growth = 158.07%
4. BIMB-i Flexi = 147.74%
5. Public Islamic Opportunities = 136.60%
6. Manulife Shariah Progress Plus = 133.65%
7. PMB Shariah TNB Employees = 130.78%
8. TA Dana Fokus = 130.03%
9. Interpac Dana Safi = 128.22%
10. PB Islamic Small Cap = 125.83%

En Adi.... Apa maksudnya % ni? Macam mana nak faham?

OK. Contoh BIMB i Growth... Pelabur yang invest RM10,000 pada dana unit trust ini pada 19/3/2020 lalu.... sekarang (setakat 19/3/2021 dalam tempoh 1 tahun) ianya berjumlah RM29,490 [Modal RM10,000 + Keuntungan (on paper) RM19,490].

Wow tak?
Dasyat tak?
Best tak?
Untung giler kan?
Anda masih sangsi dengan Pelaburan Unit Trust?
Ekonomi tak bagus... bukan masanya untuk invest unit trust?

En Adi, Adakah Conventional fund (Tak patuh shariah) lebih baik prestasinya?
Di bawah ini saya senaraikan Top 10 Terbaik keseluruhan bagi tempoh 1 tahun ini...

1. KAF Core Income (Conventional) : 209.23%
2. BIMB i-Growth (Islamic) : 194.90%
3. Hong Leong Dana Makmur (Islamic) : 193.46%
4. Hong Leong Dividend (Conventional) : 167.08%
5. PMB Shariah Growth (Islamic) : 158.07%
6. Maybank Malaysia Small Cap (Conventional) : 156.18%
7. RHB Global Artificial Intelligence (Conventional) : 154.46%
8. Hong Leong Value (Conventional) : 153.37%
9. Singular Value (Conventional) : 151.72%
10. BIMB i-Flexi (Islamic) : 147.74%

Dapatan maklumat ini -----> Islamic fund unit trust tak kurang hebatnya. Kenapa nak pilih Conventional fund juga (Mohon terasa)?

Tapi  En Adi.... adakah prestasi macam ni akan repeat lagi dalam 1 tahun akan datang?
Wallahua'lam...

En Adi, Dana unit trust mana yang berpotensi untuk perform sebegini pada masa ini dan masa akan datang?
<<<<< Senyum>>>>>
Bagi yang tak berapa arif, sebaiknya dapatkan nasihat agen2 yang berpengetahuan luas...

PRESTASI UNIT TRUST TERBAIK (3 Years)

TOP 30 PRESTASI UNIT TRUST FUND - PATUH SHARIAH 3 YEARS TOTAL RETURN (April 2021)

Bagaimanakah prestasi pelaburan anda 3 tahun terkini ini di ____________?
Anda berpuas hati dengan prestasi itu?

Atau anda ada juga melabur di unit trust?
Bagaimana pula prestasi unit trust anda untuk tempoh 3 tahun terkini ini?
Adakah prestasinya seperti dalam Jadual Top 30 Terbaik di bawah ini?

Total Return Unit Trust Terbaik Malaysia bagi tempoh 3 tahun (April 2021)
Total Return Unit Trust Terbaik Malaysia bagi tempoh 3 tahun (April 2021)
Total Return Unit Trust Terbaik Malaysia bagi tempoh 3 tahun (April 2021)
Sumber : Lipper Fund Table - The Edge #1364 (April 5 - April 11, 2021)

Top 10 prestasi Unit Trust Patuh Shariah 3 Years Total Return (April 2021):

1. Interpac Dana Safi = 97.71%
2. Hong Leong Dana Makmur = 93.41%
3. PMB Shariah TNB Employees = 71.91%
4. Kenanga Shariah Growth Opportunities = 65.60%
5BIMB-i Flexi = 65.52%
6. TA Dana Fokus = 62.13%
7. BIMB i-Growth : 58.87%
8. Hong Leong Dana Maarof 55.47%
9. PB Islamic Dynamic Allocation : 53.86%
10. Public Islamic Global Equity = 53.47%

Adakah anda sedang melabur dalam salah satu daripada dana2 terbaik ini?

En. Adi, banyak ke bezaya prestasi dana unit trust Islamic dan Conventional?
Nah.... saya senaraikan Top 10 Terbaik keseluruhan bagi tempoh 3 tahun ini...

1. Interpac Dana Safi (Islamic) = 97.71%
2. Hong Leong Dana Makmur (Islamic) = 93.41%
3. Singular Value (Conventional) : 85.41%
4. United Global Technology (Conventional) : 83.13%
5. Areca Equity Trust (Conventional): 80.99%
6. Hong Leong Dividend (Conventional) : 80.24%
7. TA Global Technology (Conventional) : 75.80%
8. AmChina A-Shares (Conventional) : 75.59%
9. Areca Dividend Income (Conventional) : 74.89%
10. Hong Leong Asia Pacific Dividend (Conventional) : 74.33%

Not bad kan prestasi Islamic fund? Top 2 tu....

Berdasarkan data Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (KLIK),  terdapat sebanyak 710 dana unit trust yang ada dalam pasaran setakat 28 Feb 2021 (KLIK - List semua dana unit trust). Banyak kan? Islamic fund sahaja ada sejumlah 244 kesemuanya.

Oh ya, jangan salah sangka ye... Saya bukan nak promosikan Conventional Fund. Cuma saya nak buktikan bahawa Islamic Fund juga tak kurang bagusnya.

Tapi En Adi... Tak pernah dengar pun nama2 syarikat unit trust macam Singular, Areca, TA.... memang ada ye? Sah dan berdaftar ke?
Untuk pengetahuan, terdapat sebanyak 38 syarikat unit trust berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (KLIK)

Ada yang glamour ada yang tak glamour. 
Ada yang kecil, ada yang besar..
Ada yang banyak fund, ada yang sikit jer fund...
Ada yang fokus Islamic fund sahaja, ada yang ada kedua2 Islamic & Conventional.
Ada company Malaysia, ada yang dari luar negara.
Ada yang induknya adalah bank, company insurans...
Apapun... semua ni adalah company yang sah... Tak perlu risau...

PRESTASI UNIT TRUST TERBAIK (5 Years)

TOP 30 PRESTASI UNIT TRUST FUND - PATUH SHARIAH 5 YEARS TOTAL RETURN (April 2021)

Total Return Unit Trust Terbaik Malaysia bagi tempoh 5 tahun (April 2021)
Total Return Unit Trust Terbaik Malaysia bagi tempoh 5 tahun (April 2021)
Total Return Unit Trust Terbaik Malaysia bagi tempoh 5 tahun (April 2021)
Sumber : Lipper Fund Table - The Edge #1364 (April 5 - April 11, 2021)

Top 10 prestasi Unit Trust Patuh Shariah 5 Years Total Return (April 2021):

1. Eastspring Dinasti Equity = 129.65%
2. Hong Leong Dana Makmur = 128.16%
3. Interpac Dana Safi = 123.88%
4. PB Islamic Asia Strategic Sector = 107.40%
5. Public Islamic Asia Leaders Equity = 103.81%
6. Public Islamic Asia Tactical Allocation = 95.78%
7. Public Asia Ittikal = 92.94%
8. Public China Ittikal = 91.09%
9. Public Islamic Asia Dividend = 84.76%
10. BIMB i-Flexi = 82.51%

En Adi, Sesuai tak kalau nak invest unit trust ni Short Term... 3 bulan ke.. 6 bulan ke?
Sebenarnya, ia amat tidak sesuai untuk invest bagi tempoh masa yang singkat. 
Pelaburan unit trust adalah bersifat sederhana panjang (Medium to Long Term).

Term 'Medium to Long Term' ini memang termaktub dan tertulis dalam Prospectus, Product Highlight Sheet (PHS), Fund Fact Sheet (FFS) dan Annual Report untuk setiap dana.

En Adi, Boleh spesifik kan tak... berapa tahun yang dimaksudkan 'Medium to Long Term' tu?
Anda boleh rujuk pada prospectus setiap dana.
Namun, secara umumnya... medium to long term ni kita refer sebagai 3 - 5 tahun...

Di bawah ini pula adalah senarai Top 10 keseluruhan dana unit trust terbaik untuk 5 tahun (Islamic & Conventional) dari semua company....

1. AmChina A-Shares (Conventional) : 172.98% - Invest market China
2. Areca Equity Trust (Conventional): 160.62% - Invest market Malaysia
3. TA Global Technology (Conventional) : 156.14% - Invest market Global (Technology Sector)
4. Principal Greater China Equity (Conventional) : 145.64% - Invest Market China, Hong Kong & Taiwan
5. Manulife Investment Greater China (Conventional) : 136.00% - Invest Market China, Hong Kong & Taiwan
6. 3. Singular Value (Conventional) : 134.82% - Invest market Malaysia
7. Franklin US Opportunities (Conventional) : 133.82% - Invest market US
8. KAF Tactical (Conventional) : 130.25 - Invest market Malaysia
9. Eastspring Dinasti Equity (Islamic) = 129.65% - Invest Market China, Hong Kong & Taiwan
10. Hong Leong Dana Makmur (Islamic) = 128.16% - Invest market Malaysia

Total Return / Cumulative Return

  • Total rise in the value of a fund’s investments over time, assuming that income(i) and capital gains (ii) distributions were reinvested.
  • Bahasa mudahnya adalah Jumlah Pulangan Terkumpul (Compounded) untuk suatu tempoh masa.
Total Return = Capital Gain + Income Distribution
atau bahasa mudahnya..
Total Return = Kenaikan Harga Unit + Dividend

Contohnya, 

Total Return 5 Years Eastspring Dinasti Equity adalah 129.65%.
Maksudnya, jumlah Pelaburan permulaan, katakan RM10,000 pada 19/3/2016... kini ianya telah berkembang kepada RM22,965 pada 19/3/2021.
Modal (RM10,000) + keuntungan (RM12,965) = RM22,965

KESIMPULAN

1. Ini adalah 'Past performance'. Tiada jaminan:
  • Dana ranking No 1 akan kekal No 1
  • Total Return 100% untuk 5 tahun akan kekal 100% next 5 tahun.
2. Prestasi ini hanya menunjukkan Top 30 daripada keseluruhan dana Islamik (sekitar 244 dana). Kalau sesuatu dana tu tak de dalam list Top 30 ni, boleh semak prestasinya di:
  • akhbar mingguan kewangan - The Edge 
  • Morningstar
  • Bloomberg
  • Portal i-Akaun KWSP (Investment - Fund Tools) 
  • Fact Sheet (Monthly Report)
  • Website company Unit Trust
3. Setiap pelaburan mempunyai risiko masing-masing termasuk pelaburan unit trust. Dapatkan nasihat dan faham sebaiknya sebelum melabur. 



==============

🔵 Anda tak sure nak invest yang mana? Meh saya bantu anda...Anda just bagi tahu kriteria keinginan anda, saya akan cadangkan pilihan terbaik untuk anda... Adi 012-5588680 (Wassap (KLIK)

🔵 Saya juga mempunyai solution Simpanan / Pelaburan yang sangat sesuai untuk mana2 Koperasi, NGO, Persatuan, GLC, syarikat2, SME dan organisasi anda.... Adi 012-5588680 (Wassap (KLIK)

⚠️ Apa akan jadi dengan segala simpanan / pelaburan anda jika anda meninggal dunia? Waris / pasangan anda faham dan tahu tak bagaimana nak uruskan segalanya? Jom kita permudahkan urusan dengan menyediakan Wasiat / Hibah... Ini pelengkap kepada Pengurusan Kewangan anda... Adi 012-5588680 (Wassap (KLIK)



🟪🟥🟪🟥🟪🟥🟪🟥🟪



🟩🟨🟩🟨🟩🟨🟩🟨🟩🟨


Konsultan Pelaburan Bertauliah (SC & FIMM)
Unit Trust | Equity | FCPO | ETF | Crypto | IPO | Pre-IPO | ASB Financing

📞 012-5588680 (Wassap (KLIK)
📞 012-5588680 (Wassap (KLIK)
📞 012-5588680 (Wassap (KLIK)


*******************************
Jemput join untuk Pelbagai Info Kewangan & Pelaburan

1 comment: