16 November 2019

TAKAFUL DALAM ASB FINANCING (ASB LOAN) : PERLU AMBIL ATAU TIDAK? RAMAI MASIH KELIRU.

Ramai fikir Takaful dalam ASB Financing (ASB Loan) itu "wajib".


Hakikatnya…
Yang wajib ialah anda faham apa yang anda tandatangani.

Sepanjang lebih sedekad saya membantu pelanggan menyusun strategi ASB Financing (ASB Loan), antara perkara yang paling kerap menjadi isu ialah takaful yang dimasukkan ke dalam pembiayaan tanpa pelanggan benar-benar memahami kesannya.

Ramai hanya melihat satu perkara.
"Bayaran bulanan masih mampu."
Tetapi mereka tidak melihat perkara yang jauh lebih penting.

πŸ’œ Berapa jumlah sebenar pinjaman?
πŸ’œ Berapa nilai perlindungan?
πŸ’œ Bagaimana kesannya jika terminate awal?
πŸ’œ Bagaimana kesannya kepada pulangan pelaburan?

Sebab itu saya selalu berpesan...
Produk yang baik tetap memerlukan strategi yang betul.
 
TAKAFUL DALAM ASB FINANCING (ASB LOAN) : PERLU AMBIL ATAU TIDAK? RAMAI MASIH KELIRU.

Tujuan ASB Financing (ASB Loan) Perlu Jelas Dahulu


Sebelum bercakap tentang takaful, kita perlu kembali kepada asas.

Apakah tujuan utama ASB Financing (ASB Loan)?

Bagi kebanyakan orang, jawapannya ialah:
πŸ’™ Membina aset
πŸ’™ Memanfaatkan kuasa leverage
πŸ’™ Mempercepatkan compounding
πŸ’™ Meningkatkan nilai kekayaan jangka panjang

Dengan kata lain...
ASB Financing (ASB Loan) ialah instrumen pelaburan.

Apabila bercakap tentang pelaburan, kita sentiasa melihat dua perkara:
πŸ“Œ Modal
πŸ“Œ Pulangan

Apa sahaja yang meningkatkan kos pembiayaan akan memberi kesan kepada kedua-duanya.

Ramai Tidak Sedar Siapa Yang Menanggung Risiko


Sebenarnya terdapat tiga pihak dalam pembiayaan ASB.
  • Bank
  • Pelanggan
  • Syarikat Takaful
Jika berlaku kematian atau TPD (Lumpuh & Hilang Upaya Kekal), bank sebenarnya ingin memastikan baki hutang mereka dijelaskan.

Di sinilah fungsi Takaful ASB Financing (ASB Loan).

❌ Bukan untuk menggandakan keuntungan pelaburan.
✅ Tetapi untuk memindahkan risiko pembayaran baki pembiayaan kepada syarikat takaful.

Apa Berlaku Apabila Takaful Dimasukkan Ke Dalam ASB Financing (ASB Loan)?


Inilah perkara yang ramai tidak diterangkan.

Contohnya:
  • ASB Financing (ASB Loan) : RM200,000
  • Takaful : RM7,000
  • Jumlah pembiayaan sebenar: RM207,000
Ramai menyangka mereka membuat pinjaman RM200,000.
πŸ‘‰ Sebenarnya hutang yang dikira oleh bank ialah RM207,000.

Ini menyebabkan:
✅ Bayaran bulanan meningkat
✅ Jumlah keuntungan bank meningkat
✅ Tempoh awal pembiayaan lebih perlahan mengurangkan baki hutang

Walaupun nilai sijil ASB masih RM200,000.

Kenapa Ramai Mengalami Shortfall Bila Terminate Awal?


Inilah salah satu salah faham paling besar.
Ramai menyangka mereka dikenakan penalti.

Sebenarnya...
❌ Bukan penalti.
✅ Tetapi Shortfall.

Formula mudah: Nilai Sijil ASB − Baki Pembiayaan

Jika baki pembiayaan masih lebih tinggi daripada nilai sijil ASB, anda perlu menambah wang sendiri untuk menyelesaikan baki tersebut.

Dan salah satu penyumbang terbesar kepada keadaan ini ialah:
πŸ‘‰ Jumlah takaful yang dimasukkan ke dalam pembiayaan.

Ramai Ingat Penalti.
πŸ‘‰ Hakikatnya Baki Hutang Masih Tinggi.

Sebagai contoh:
  • Jumlah pembiayaan ASB : RM207,000
  • Nilai sijil ASB : RM200,000
Walaupun anda sudah membayar selama setahun atau dua tahun...
Sebahagian daripada pembayaran awal masih digunakan untuk mengurangkan prinsipal pembiayaan yang termasuk kos takaful.

Akibatnya... 
Apabila terminate awal...
Baki hutang masih boleh melebihi nilai sijil.
Akan berlaku shortfall.

❌ Bukan kerana bank mengenakan penalti.
✅ 
Tetapi kerana baki hutang masih belum turun ke paras nilai sijil.

Lock-In Period Dan Shortfall Adalah Dua Perkara Berbeza


Ramai masih menyamakan kedua-duanya.

Hakikatnya:

πŸ’› Lock-In Period = penalti kontrak jika tamat awal (bergantung kepada pakej bank).
πŸ’› Shortfall = baki hutang lebih tinggi daripada nilai sijil.

Hari ini, banyak pakej ASB Financing (ASB Loan) sudah tidak mempunyai Lock-In Period.


Namun... Shortfall masih boleh berlaku sekiranya struktur pembiayaan tidak difahami sejak awal.

Adakah Saya Menolak Takaful?


Tidak sama sekali.
Saya sangat percaya kepada kepentingan perlindungan takaful.

Yang saya tekankan ialah:

πŸ‘‰ Perlindungan perlu disusun mengikut objektif kewangan, bukannya dimasukkan secara automatik tanpa penjelasan.

Ramai pelanggan sebenarnya sudah mempunyai:
🩷 Takaful hayat
🩷 Hibah
🩷 Medical Card
🩷 Perlindungan keluarga

Dalam keadaan tertentu, mereka mungkin tidak memerlukan perlindungan penuh melalui ASB Financing (ASB Loan).

Tetapi ada juga pelanggan yang memang sesuai mengambil perlindungan penuh.


Sebab itu...
Tiada satu jawapan yang sesuai untuk semua orang.

Bagaimana Jika Mahu Mengambil Takaful?


Pilihan ini bergantung kepada objektif kewangan anda.


Antara pendekatan yang sering dipertimbangkan ialah:

1️⃣ Full Tenure Takaful
  • Sesuai bagi mereka yang mengutamakan perlindungan penuh sepanjang tempoh pembiayaan.
  • Jika berlaku kematian atau hilang upaya kekal menyeluruh, baki pembiayaan akan diselesaikan mengikut terma sijil takaful dan waris berpotensi menerima nilai sijil ASB selepas penyelesaian pembiayaan.
  • Namun kos pembiayaan adalah lebih tinggi.
2️⃣Takaful Jangka Pendek
  • Ada pelanggan memilih perlindungan yang lebih pendek.
  • Kos lebih rendah.
  • Bayaran bulanan juga lebih rendah.
  • Tetapi... Jumlah perlindungan akan berkurangan mengikut tempoh perlindungan yang dipilih.
  • Jangan anggap perlindungan 5 tahun memberi perlindungan penuh sepanjang tempoh pembiayaan.
3️⃣ Perlindungan Berasingan
  • Bagi sesetengah pelanggan, mengambil takaful hayat atau hibah secara berasingan mungkin lebih fleksibel kerana perlindungan tersebut kekal walaupun pembiayaan ASB telah ditamatkan.
  • Pilihan terbaik bergantung kepada keperluan individu, umur, tanggungan keluarga dan pelan kewangan keseluruhan.

Takaful ASB Financing (ASB Loan) dan Takaful Peribadi Adalah Dua Perkara Berbeza


Ini perkara yang ramai langsung tidak tahu.

Ramai menyangka apabila mereka mengambil Takaful dalam ASB Financing (ASB Loan), bermaksud mereka sudah mempunyai perlindungan hayat yang lengkap.

Hakikatnya...
Tidak semestinya.

Takaful dalam ASB Financing (ASB Loan) diwujudkan untuk melindungi baki pembiayaan ASB, bukannya melindungi keseluruhan keperluan kewangan anda atau keluarga.

Manakala Takaful Peribadi pula bertujuan melindungi diri dan keluarga anda daripada risiko seperti:
πŸ“Œ Kematian
πŸ“Œ Hilang Upaya Menyeluruh & Kekal (TPD)
πŸ“Œ Penyakit Kritikal
πŸ“Œ Pendapatan keluarga
πŸ“Œ Hibah kepada waris

Ringkasnya...
πŸ’™Satu melindungi loan.
πŸ’™Satu lagi melindungi kehidupan anda. 

Ramai pelanggan baru sedar perkara ini selepas bertahun-tahun.

Takaful Dalam ASB Financing (ASB Loan) Menggunakan Konsep "Reducing Term"


Ini juga ramai tidak pernah diterangkan.


Perlindungan takaful ASB Financing (ASB Loan) lazimnya menggunakan konsep Reducing Term Takaful.

Maksudnya...
  • Semakin baki pembiayaan berkurang
  • semakin rendah juga jumlah perlindungan.
Ini berbeza dengan kebanyakan Takaful Hayat Peribadi.
Yang biasanya memberikan jumlah perlindungan yang kekal sepanjang tempoh polisi.

Ramai tidak mengetahui perbezaan ini.

Rebate Takaful


Sekiranya pembiayaan ditamatkan lebih awal, syarikat takaful biasanya akan memberikan
rebate bagi baki tempoh perlindungan yang belum digunakan.

Namun jumlah rebate bergantung kepada struktur sijil dan lazimnya tidak menyamai jumlah caruman asal.


TAKAFUL DALAM ASB FINANCING (ASB LOAN) : PERLU AMBIL ATAU TIDAK? RAMAI MASIH KELIRU.

Soalan Yang Paling Kerap Ditanya


"Boleh tak terminate takaful sahaja?"


Jawapannya: Tidak boleh.
Kerana takaful tersebut telah menjadi sebahagian daripada pembiayaan.

Jika ingin menamatkan takaful tersebut, pembiayaan ASB Financing (ASB Loan) juga perlu ditamatkan mengikut syarat bank.

Better Rate Tidak Semestinya Lebih Murah 


Kadang-kadang bank menawarkan:
  • Tanpa Takaful : Rate 4.10%
  • Dengan Takaful : Rate 4.05%
Ramai terus memilih pakej kedua kerana nampak lebih murah.

Tetapi...
Apa yang perlu dikira bukan kadar sahaja.

Perlu juga dikira:
🩡 Kos takaful
🩡 Bayaran bulanan
🩡 Jumlah keseluruhan pembiayaan
🩡 Pulangan akhir

Ada keadaan ia benar-benar berbaloi.

Ada juga keadaan sebaliknya.

Sebab itu...
Rate bukan satu-satunya nombor yang perlu dibandingkan.

Formula Saya Sebelum Cadangkan Takaful 


Saya biasanya akan semak lima perkara dahulu.


🩷 Objektif pelanggan
Pelaburan jangka pendek atau panjang?

🩷 Cashflow
Mampu atau tidak?

🩷 Perlindungan sedia ada
  • Sudah ada Hibah atau belum?
  • Sudah ada Medical Card atau belum?
  • Sudah ada Life Takaful atau belum?
🩷 Umur
Semakin meningkat umur, kos takaful juga meningkat.

🩷 Strategi Exit
Ada pelanggan memang merancang terminate selepas 5 tahun.
Ada pula merancang simpan sehingga matang.
Pendekatan mereka tidak semestinya sama.

Kesilapan Yang Saya Selalu Lihat


Ramai pelanggan membuat keputusan berdasarkan:
🩡 Bayaran bulanan sahaja
🩡 Kadar keuntungan sahaja
🩡 Siapa cepat lulus

Sedangkan perkara yang lebih penting ialah:

✅ Struktur pembiayaan
✅ Jumlah pembiayaan sebenar
✅ Tempoh perlindungan
✅ Strategi exit
✅ Cashflow
✅ Objektif pelaburan

Inilah perkara yang membezakan pelabur yang sekadar "buat ASB Financing (ASB Loan)" dengan pelabur yang benar-benar memahami strategi.

KESIMPULAN


❌ Saya bukan anti takaful.
❌ Saya juga bukan menyuruh semua orang mengambil atau menolak takaful.

πŸ‘‰ Apa yang saya perjuangkan ialah pelanggan membuat keputusan berdasarkan ilmu, bukannya andaian.

Kerana dalam dunia pelaburan...
Strategi yang betul selalunya memberi impak lebih besar daripada memilih produk yang sama.

ASB Financing (ASB Loan) boleh menjadi instrumen yang sangat berkesan untuk membina kekayaan.

Tetapi seperti mana-mana strategi kewangan, ia perlu disusun mengikut matlamat, kemampuan dan tahap perlindungan yang benar-benar diperlukan.


Strategi yang betul hari ini mampu mengubah kedudukan kewangan anda untuk 10, 20 malah 30 tahun akan datang. 

Setiap keputusan kewangan yang bijak bermula dengan satu perbualan yang betul.

Saya sedia membantu anda membina strategi yang sesuai dengan objektif, cash flow dan matlamat kewangan anda. Klik & hubungi saya sekarang....
πŸ‘‰ 012-5588680 (Wassap (KLIK)
πŸ‘‰ 012-5588680 (Wassap (KLIK)
πŸ‘‰ 012-5588680 (Wassap (KLIK)

Wealth Strategist | Pakar Strategi ASB Financing

πŸ‘‰ Berpengalaman menguruskan portfolio pelaburan bernilai >RM100 juta melibatkan ASB Financing, Unit Trust, Mandate Saham US, Bitcoin & FCPO, serta dipercayai oleh >1,000 pelabur di seluruh Malaysia.

TIPS ASB FINANCING (ASB LOAN) 2026


1. Rate & Offer- Kadar Pembiayaan Bank



5. Takaful dalam ASB Financing (ASB Loan)



Disclaimer:
Perkongsian ini berdasarkan kiraan telus & pengalaman peribadi untuk tujuan pendidikan. Dividen dan kadar pembiayaan adalah tidak dijamin serta tertakluk kepada pihak bank dan ASNB dari semasa ke semasa. Sila buat penilaian kesesuaian peribadi sebelum membuat keputusan.

3 comments:

  1. Hi..boleh atau tidak langganan takaful dalam asb loan sahaja dibatalkan sebelum tempohnya?

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum... is3 sy ada buat loan asb dgn maybank... baru2 ni 1 jari tgn is3 sy dipotong disebabkan masalah darah & oksigen tak sampai ke jari...boleh claim pampasan insuran tak kes mcm ni?

    ReplyDelete