12 January 2016

10 SEBAB MENGAPA ANDA PERLU MELABUR DI PMB SHARIAH AGGRESIVE

Dapatkan artikel saya yang TERBARU lagi TERKINI di http://rosyaidiradzi.blogspot.my/

Dana yang Paling Mencuri tumpuan pada tahun 2015 adalah PMB Shariah Aggresive.
Dalam keadaan ekonomi 2015 yang tidak memberangsangkan, harga minyak, emas dan komoditi yang jatuh dengan teruknya, dana PMB Shariah Aggresive berjaya memberikan prestasi yang sangat memberangsangkan.

http://www.pmbinvest.com.my/products/funds/PMB-Shariah-Aggressive-Fund-formerly-ASM-Shariah-Aggressive-Fund

PMB Investment dilesenkan di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan, 2007 (Capital Markets and Services Act, 2007). Syarikat ini mempunyai modal dibenarkan bernilai RM10 juta, yang mana RM5 juta adalah modal dibayar.

Adalah penting bagi kita untuk pastikan Pelaburan kita adalah Patuh Shariah agar mendapat keberkatan rezeki dan hidup. PMB Investment telah memperoleh kelulusan daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia untuk menukar aktiviti terkawal daripada Pengurusan Dana kepada Pengurusan Dana Islamik bermula dari 28 November 2014.


PMB Investment Berhad (256439-D), sebelum ini dikenali sebagai ASM Investment Services Berhad, adalah sebuah Syarikat Pengurusan Dana Islamik (IFMC). Ia menawarkan perkhidmatan pengurusan saham amanah dan dana yang juga adalah pengedar Skim Persaraan Swasta (PRS). Ia merupakan anak syarikat milik penuh Pelaburan MARA Berhad, salah satu daripada pelopor industri saham amanah di Malaysia dengan pengalaman melebihi empat dekad.


 Sejarah PMB Investment bermula pada 24 Jun 1967 apabila ketika itu Amanah Saham Mara Berhad, kini Pelaburan MARA telah ditubuhkan dan seterusnya telah melancarkan dana saham amanah pertama di tahun berikutnya pada  6 April - dana tersebut telah dinamakan Kumpulan Modal Bumiputera Yang Pertama dan kini dikenali sebagai PMB Dana Al-Aiman. 


Nama baru syarikat ini telah mula diguna pada 28 Februari 2014, ekoran daripada penjenamaan semula kumpulan tersebut.  Ia membayangkan penukaran nama syarikat induk iaitu Amanah Saham Mara Berhad kepada Pelaburan MARA Berhad.


Prestasi setahun adalah 40.2% setahun (1/1/2015 - 31/12/2015). Jika pada 1 Jan 2015 anda melabur RM1,000, maka pada 1 Jan 2016 ianya bernilai RM1,402. Untung RM402.


Prestasi 3 tahun adalah 92.4% setahun / 30.8% purata setahun (1/1/2012 - 31/12/2015). Jika pada 1 Jan 2012 anda melabur RM1,000, maka pada 1 Jan 2016 ianya bernilai RM1,924. Untung RM924 untuk tempoh 3 tahun.


Prestasi 5 tahun adalah 110.6% setahun / 22.12% purata setahun (1/1/2010 - 31/12/2015). Jika pada 1 Jan 2010 anda melabur RM1,000, maka pada 1 Jan 2016 ianya bernilai RM2,106. Untung RM110.60 untuk tempoh 5 tahun.

Lipper Leaders memberi penarafan 5 Star/Leader bagi Kategori 'Total return' merujuk kepada pendapatan prestasi dana yang cemerlang


Lipper Leaders memberi penarafan 5 Star/Leader bagi Kategori 'Consisten return' merujuk kepada prestasi dana yang konsisten dan stabil tinggi.

KWSP membenarkan ahlinya mengeluarkan sebahagian Akaun 1 untuk dilaburkan dalam Dana yang terpilih. Dana ini semestinya dana yang terbukti mampu memberikan pulangan yang lebih baik dan tinggi.



Penulis,
Group Financial Consultant,

πŸ“ž 012-5588680 (Wassap (KLIK)
πŸ“ž 012-5588680 (Wassap (KLIK)
πŸ“ž 012-5588680 (Wassap (KLIK)

Unit Trust | Private Mandate | Bitcoin & Crypto | ASB Financing 



ARTIKEL POPULAR
================================
DISCLAIMER :
Past performance does not reflect future performance. All information in this article / blog is for educational purposes only and should NOT be taken as investment advise, nor as a recommendation or endorse.
Please refer to your agent for details explanation. Thanks.
===============================

11 January 2016

PELABURAN UNIT TRUST TERBAIK

Artikel ini berkongsikan maklumat  Asas Pelaburan Unit trust seperti Definisi, Konsep Pelaburan Unit Trust, Statistik Pelaburan Unit Trust, Pengkelasan dan Kepelbagaian Unit Trust serta Kelebihan dan Kekurangan Pelaburan Unit Trust.


Asas Pelaburan Unit Trust


APA ITU UNIT TRUST?


Unit Trust = Unit Amanah = Amanah Saham

πŸ“Œ Ia merupakan suatu bentuk pelaburan kolektif 
πŸ“Œ yang membolehkan para pelabur yang mempunyai objektif pelaburan yang sama 
πŸ“Œ mengumpul wang mereka, dan kemudian dilaburkan ke dalam pelbagai portfolio sekuriti atau asset lain 
πŸ“Œ yang diuruskan oleh pengurus professional (Fund Manager)


Adakah Unit Trust ni sama dengan saham?


Tidak sama. Tetapi kedua-duanya ada kaitan. Unit Trust ni mengumpulkan 10-30 saham terpilih dalam sesuatu fund.

Unit Trust
πŸ’™ Risiko : sederhana - tinggi
πŸ’™ Sepertimana ASB, kita just invest dan biarkan ia grow.

Saham
πŸ’› Risiko : sangat tinggi (Sangat Volatile)
πŸ’› Kita trade (Buy and sell) saham sendiri


Apakah Persamaan & Perbezaan antara Unit Trust dan ASB?


⚠️ ASB juga sebenarnya adalah Unit Trust. 


Unit Trust

πŸ’š Harga Unit berubah-ubah (macam saham)
πŸ’šKeuntungan pelaburan adalah kombinasi Dividen (Income Distribution) dan Capital Gain (kenaikan harga unit)
πŸ’š Medium to High Risk
πŸ’š Ada pelbagai jenis fund (>700 dana unit trust) yang ditawarkan oleh 38 syarikat unit trust di Malaysia


ASB


πŸ’œ Harga unit adalah tetap (Beli dan jual pada harga RM1 jer)
πŸ’œ Keuntungan pelaburan datangnya daripada Dividen.
πŸ’œ Low Risk
πŸ’œ Ada hanya 3 dana - ASB 1, ASB 2 dan ASB 3


Amanah Saham Bumiputera (ASB)

KONSEP PELABURAN UNIT TRUST


Konsep Pelaburan Unit Trust




























πŸ“Œ Pelabur melabur dalam fund (dana unit trust). 
πŸ“Œ Pelaburan ini diuruskan oleh Fund Manager (FM). 
πŸ“Œ Bagi Islamic Fund, terdapat Panel Penasihat Shariah.


Adakah Pelaburan Unit Trust ini Selamat?


✅ Ya. Pelaburan ini adalah legal (sah) di sisi undang-undang Malaysia.
✅ Pelaburan unit trust ini dipantau oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia
✅ Banyak bank di Malaysia menawarkan pelaburan Unit Trust ini seperti Maybank, Hong Leong, RHB, Bank Islam dan banyak lagi.


Apakah Pelaburan Unit Trust ini dilindungi PIDM?


πŸ’™ Tidak. Tetapi ianya dilindungi oleh syarikat Pemegang Amanah (Trustee) yang berfungsi lebih kurang sama seperti PIDM.
πŸ’™ Syarikat Pemegang Amanah / Trustee ini (Download List Trustee) adalah AmanahRaya Trustees Berhad, Maybank Trustees Berhad, CIMB Islamic Trustees Berhad, RHB Trustees Berhad dan banyak lagi.


Berapa Banyak Fund Unit Trust di Malaysia?



Statistik Pelaburan Unit Trust di Malaysia


Data rujukan ini setakat 28 Feb 2025 (Download KLIK).

❤️ Terdapat 39 syarikat Unit Trust di Malaysia seperti Public Mutual, PMB Investment, Kenanga, Phillip Mutual, Principal, RHB Asset Management, Hong Leong Asset Management dan banyak lagi.
❤️ Ada sebanyak 785 fund Unit Trust dan 38.6% daripadanya adalah Patuh Shariah (Islamic Fund)
❤️ Jumlah pelaburan ke Unit Trust adalah sebanyak RM546.175 Billion 
❤️ Jumlah acc pelaburan unit Trust adalah 26.6 juta acc. Sangat ramai!



4 PENGKELASAN UTAMA UNIT TRUST (JENIS2 / KATEGORI)


Jenis2 Kategori Unit Trust


Equity

πŸ’œ >70% pelaburan adalah pada saham
πŸ’œ Berisiko tinggi - high Risk High Return (Saham dan Forex adalah jauh lebih tinggi risiko)
πŸ’œ Jangkaan pulangan 7% - 15% secara PURATA setahun
πŸ’œ Bersifat jangkamasa panjang (>3 tahun)
πŸ’œ Contoh Fund Unit Trust Equity adalah Hong Leong Dana Makmur


Mixed Asset / Balanced

πŸ’› Gabungan Equity dan Fixed Income (Bond Sukuk & Money Market)
πŸ’› Berisiko sederhana tinggi 
πŸ’› Jangkaan pulangan 5% - 8% secara PURATA setahun
πŸ’› Bersifat jangkamasa panjang (>3 tahun)
πŸ’› ASB juga adalah dalam kategori Mixed Asset
πŸ’› Contoh Fund Mixed Asset adalah Hong Leong Dana Maa'rof


Bond / Sukuk

πŸ’œ Government & Corporate Bond
πŸ’œ Berisiko Redah - Sederhana
πŸ’œ Jangkaan pulangan 3% - 5% secara purata setahun
πŸ’œ Sebagai alternatif kepada Fixed Deposit (FD)
πŸ’œ Contoh Fund Unit Trust Sukuk adalah AmanahRaya Syariah Trust


Money Market

πŸ’› To provide Regular Income
πŸ’› Very Low Risk 
πŸ’› Jangkaan pulangan 2% - 3% setahun
πŸ’› Sebagai alternatif kepada Savings Account
πŸ’› Contoh Fund Mixed Asset adalah Phillip Master Islamic Cash


4 sebab Equity adalah pilihan yang sesuai untuk anda


✅ Target pulangan yang tinggi (>8% setahun secara PURATA)
✅ Long term investment (> 5 tahun)
✅ Sanggup menerima Risiko - Tidak panik meskipun ada masanya  berprestasi -10% ke -20%
✅ Mempunyai pelaburan lain selain Equity Unit Trust ... contohnya ASB (Yang lain tu boleh dikeluarkan / dicairkan jika perlu tanpa perlu cairkan Equity ini)


Kepelbagaian Pelaburan Unit Trust


Kepelbagaian Pelaburan Unit Trust
























Terdapat kepelbagaian dalam pelaburan kesemua 785 fund Unit Trust.


✅ Ada yang invest pada market Malaysia sahaja
✅ Ada yang invest pada market ASEAN (Asia tenggara)
✅ Ada yang invest pada market Asia Pacific 
✅ Ada yang invest pada market China
✅ Ada yang invest pada market India
✅ Ada yang invest pada market Global
❤️ Ada yang invest pada market US sahaja
✅ Ada yang invest pada market Eropah

✅ Ada yang invest pada sektor berkaitan Property
❤️ Ada yang invest pada sektor berkaitan Ai (Artificial Intelligence)
✅ Ada yang invest pada sektor berkaitan Gold
❤️ Ada yang invest pada sektor berkaitan Crypto
✅ Ada yang lebihkan saham Small Cap
✅ Ada yang utamakan saham Dividen
✅ Ada yang bersifat Aggresive
✅ Ada yang fokuskan ESG
✅ Ada yang keuntungannya diwaqafkan

✅ Ada yang menggunakan matawang lain seperti US Dollar, Pound UK
✅ Ada yang Patuh Shariah
✅ Ada yang boleh melabur menggunakan duit KWSP kita (Account 1)


Adakah semua fund Unit Trust ini boleh dilabur menggunakan duit KWSP (Account 1)?


Tidak semua. 
Senarai lengkap fund yang boleh dilabur menggunakan Acc 1 KWSP (KLIK)


5 cara untuk mengetahui sesuatu Unit Trust itu adalah Patuh Shariah (Islamic Fund)


✅ Nama fund tersebut mempunyai perkataan 'Islamic' / Shariah
✅ Merujuk maklumat di Fund Fact Sheet (Laporan Bulanan)
✅ Merujuk maklumat di Prospectus
✅ Merujuk maklumat di Product Highlight Sheet (PHS)
✅ Merujuk maklumat di Annual Report


11 KELEBIHAN PELABURAN UNIT TRUST


Kelebihan Pelaburan Unit Trust
























Modal Rendah
❤️ Minima RM100 untuk pelaburan sekaligus (lumpsum) secara tunai - bergantung kepada fund UT
❤️ Minima RM50 untuk pelaburan secara tetap bulanan (Regular Savings) - bergantung kepada fund UT


Professional Management
πŸ’› Terdapat Team Fund Manager yang akan menguruskan portfolio fund Unit Trust.
πŸ’› Mereka SANGAT BERPENGALAMAN dalam bidang kewangan, ekonomi dan pelaburan.


Diversification 
❤️ Pelbagai sector seperti saham berkaitan Technology, construction, health care, oil and gas, telecommunication, consumer products dan sebagainya. 
❤️ Ia dapat mengurangkan risiko kerugian.


Investment Costs
πŸ’› Oleh kerana Fund Manager melabur saham di syarikat2 terpilih secara pukal (juta-juta), maka kos2 terlibat dapat dikurangkan


Capital Gains
❤️ Sama seperti saham, kenaikan harga unit memberikan keuntungan kepada pelabur.


Ease Of Transaction
πŸ’› Anda boleh invest sendiri (online) atau melalui agen.
πŸ’› Tunai atau menggunakan Akaun 1 KWSP.


Advantage Of Compounding
❤️ Duit pelaburan anda akan ‘beranak bercucu dan bercicit’ menjadi satu amaun yang besar untuk suatu tempoh sederhana panjang.


Ringgit Cost Averaging / Dollar Cost Averaging
πŸ’› Secara purata, harga unit yang dibeli akan menjadi lebih rendah dan menguntungkan untuk jangka masa panjang.


Liquidity (Kecairan)
❤️ Ia mudah untuk ditunaikan. Online pun boleh
❤️ Proses pengeluaran / jual unit / redeem / cash out biasanya mengambil masa tak lebih 10 hari.


Hedge Against Inflation
πŸ’› Dengan pulangan yang kompetitif, ia adalah instrumen pelaburan yang mampu MEMBERIKAN RETURN MELEBIHI INFLASI.


Pulangan Yang kompetitif
❤️ Terdapat banyak fund yang terbukti mampu memberikan return pulangan secara puratanya melebihi 7% setahun.


4 KEKURANGAN UNIT TRUST


✅ Risiko 
πŸ’› Setiap pelaburan mempunyai risikonya.
πŸ’› Pelaburan Unit trust boleh rugi (negative performance)
πŸ’› Tapi tidaklah sampai hilang modal
πŸ’› Untuk tempoh masa panjang, insyaAllah ia pasti akan untung semula.

 Loss of Control 
πŸ’› Anda tak boleh menentukan saham pilihan anda. 
πŸ’› Semuanya diuruskan oleh Fund Manager. 

 Fees dan Charges 

Sales Charge
πŸ’› Dikenakan sekali jer untuk setiap kali investment. 
πŸ’› Sekitar 5%-6% untuk cash (daripada jumlah modal) 
πŸ’› Dan 3% jika meng;abur melalui KWSP Acc 1.

Management Fee
πŸ’› Dikenakan sekali setahun. 
πŸ’› Sekitar 1.5% daripada jumlah pelaburan semasa.

Trustee Fee
πŸ’› Dikenakan sekali setahun. 
πŸ’› Sangat sedikit (sekitar 0.06%) dan hampir tak memberi kesan kepada investment anda.

 Opportunity Cost 
πŸ’› anda mungkin missed peluang melabur tempat lain.


9 SEBAB KENAPA ANDA PERLU INVEST UNIT TRUST 


πŸ’Ž Mencari pelaburan alternatif kepada ASB (pulangan 4% - 6% setahun)
πŸ’Ž Mencari simpanan patuh shariah alternatif kepada Tabung Haji (pulangan 2% - 4%)
πŸ’Ž Mahukan alternatif kepada Fixed Deposit (pulangan 2%-3% setahun)
πŸ’Ž Ingin mempelbagaikan pelaburan untuk Pulangan yang baik serta mengawal risiko
πŸ’Ž Nak kembangkan / gandakan simpanan KWSP 
πŸ’Ž Mahu wujudkan portfolio pelaburan di market luar Malaysia - Asia & Global
πŸ’Ž Mahukan pelaburan kita diuruskan oleh meraka yang expert dan berpengalaman
πŸ’Ž Unit Trust adalah pelaburan yang selamat (Approved by Suruhanjaya Sekuriti Malaysia)
πŸ’Ž Mahukan exposure secara terus kepada Urusniaga saham yang berpotensi memberikan keuntungan yang tinggi

5 sebab Unit Trust TIDAK sesuai untuk anda


πŸ’™ Target pulangan terlalu tinggi. Contohnya anda target >30% secara purata setiap tahun
πŸ’™ Mahukan Short Term investment (beberapa bulan)
πŸ’™ Mahukan Jaminan Modal (Capital Protected)
πŸ’™ Inginkan Guaranteed Return 
πŸ’™ Tak Sanggup menerima Risiko 

Penulis,
Group Financial Consultant,

πŸ“ž 012-5588680 (Wassap (KLIK)
πŸ“ž 012-5588680 (Wassap (KLIK)
πŸ“ž 012-5588680 (Wassap (KLIK)

Unit Trust | Private Mandate | Bitcoin & Crypto | ASB Financing 



ARTIKEL POPULAR
================================
DISCLAIMER :
Past performance does not reflect future performance. All information in this article / blog is for educational purposes only and should NOT be taken as investment advise, nor as a recommendation or endorse.
Please refer to your agent for details explanation. Thanks.
===============================

06 September 2015

CARA MELABUR DI UNIT TRUST

Berikut adalah masalah yang mungkin anda hadapi…
>> Anda ingin memulakan pelaburan untuk mendapat kebebasan kewangan bersama keluarga, tetapi tidak tahu landasan yang betul oleh kerana terlalu banyak SCAM yang bertujuan untuk menipu wang anda.
>> Anda ingin memulakan pelaburan, tetapi tidak tahu hendak menyertai pelaburan apa yang menguntungkan.
>> Anda ingin melabur tetapi takut anda akan kehilangan modal pelaburan anda.
>> Anda ingin memulakan pelaburan tetapi anda risaukan modal pelaburan adalah tinggi.
>> Anda ingin memulakan pelaburan tetapi anda risau anda tidak boleh mengeluarkan wang pelaburan anda di saat anda memerlukan wang
Anda pastinya sentiasa inginkan pulangan pelaburan yang tinggi, tetapi sudahkan anda menemui atau sudahkan anda memulakannya?
Pelabur di dalam pelaburan Unit Trust biasanya terdiri daripada mereka yang hanya mempunyai jumlah yang sedikit untuk dilaburkan, mereka yang tidak mempunyai masa atau kepakaran untuk melabur secara terus di dalam pasaran saham.
Sebaliknya, mereka lebih suka melabur di dalam pelaburan yang dikawal selia oleh kerajaan. Pelaburan Unit Trust membenarkan pelabur kecil untuk melabur di dalam skop pelaburean yang sangat luas yang mana biasanya di luar jangkauan mereka.
Memandangkan pelabur mahukan pulangan yang tinggi, pelaburan Unit Trust menyediakan cara yang sesuai kepada mereka untuk mendapat pendedahan kepada pelaburan, yang mana pada tempoh yang lama, boleh menghasilkan pulangan yang sangat besar berbanding akaun simpanan biasa dan akaun simpanan tetap.
Terdapat pelbagai cara untuk membuat pelaburan iaitu:
1 – Melalui potongan EPF (Akaun 1)
Pelaburan KWSP ke unit amanah – Satu Langkah Bijak
Antara cara paling mudah untuk membuat pelaburan dalam unit amanah ialah melalui Skim Pengeluaran KWSP (Akaun 1). Skim ini memberi kemudahan kepada pemegang akaun KWSP yang layak untuk melabur sebahagian daripada amaun akaun 1 dalam dana-dana unit amanah yang diluluskan oleh pihak KWSP.

Baru-baru ini, pihak KWSP mengumumkan dividen bagi tahun kewangan 2014 sebanyak 6.75% kepada semua pencarum. Ini adalah kadar dividen tertinggi dalam tempoh 10 tahun. Secara purata kadar dividen simpanan KWSP bagi 10 tahun iaitu sejak 2004 ialah 5.72% sahaja. Perlu diingat bahawa kadar inflasi di Malaysia ialah di sekitar 3% setahun. Dari segi nilai sebenar, simpanan KWSP anda hanya tumbuh sekitar 2.7% peratus setahun.

Dividen KWSP hingga 2014
Persoalannya adakah pulangan sebanyak ini memadai bagi membolehkan anda mempunyai satu jumlah simpanan yang mencukupi apabila bersara pada usia 55 tahun kelak?
Jawapannya, secara purata jumlah simpanan KWSP bagi pesara di Malaysia ialah hanya RM114,000 sahaja dan lebih membimbangkan mengikut satu kajian yang dijalankan oleh pihak KWSP, majoriti pesara habis menggunakan simpanan mereka hanya dalam tempoh kurang daripada 3 tahun!
Akibatnya pesara terpaksa kembali bekerja untuk menampung kehidupan manakala golongan pesara yang uzur kerana masalah kesihatan terpaksa membebankan anak-anak atau mengharapkan belas ikhsan badan-badan kebajikan.
Secara umumnya, pelaburan unit amanah untuk satu jangka masa panjang (10 tahun ke atas) berpotensi memberikan pulangan di antara 12% – 17% setahun. Satu perbezaan yang amat ketara berbanding dividen yang diagihkan oleh pihak KWSP, namun adalah tidak adil untuk membuat perbandingan begini kerana objektif simpanan KWSP ialah pengekalan/simpanan manakala objektif pelaburan unit amanah ialah pertumbuhan modal dan keuntungan jangka panjang.
Tidak ada pilihan lain, langkah paling bijak bagi setiap pemegang akaun KWSP untuk memperolehi pertumbuhan kepada simpanan persaraan yang agak “beku” dalam akaun KWSP ialah dengan melabur dalam unit amanah.
Alangkah amat rugi sekiranya seseorang pencarum tidak berbuat apa-apa terhadap akaun KWSPnya, sedangkan pihak KWSP sendiri melihat kaedah membenarkan pencarum membuat pelaburan ke unit amanah sebagai satu keadah terbaik bagi meningkatkan jumlah simpanan persaraan pencarum.
Dana-dana unit amanah yang mendapat kelulusan pihak KWSP ialah dana-dana terpilih yang memenuhi kriteria tertentu dan tidak “membahayakan” simpanan pencarum. Dana-dana yang diluluskan ini secara umumnya mempunyai rekod pulangan yang baik dan tidak terlalu mendedahkan simpanan pencarum kepada tahap risiko yang terlalu tinggi.
Menerusi Skim Pengeluaran KWSP, pencarum boleh membuat pelaburan ke dana amanah sekali dalam setiap 3 bulan manakala amaun yang dibenarkan ialah sebanyak 20% daripada lebihan Amaun Simpanan Asas seseorang pencarum.
 Untuk Mengetahui Sama Ada Anda Layak atau tidak, sila ikuti langkah berikut:
  •       Semak penyata akaun KWSP anda yang terkini atau; 
  •       Semak baki akaun anda di mana-mana Smart Kiosk KWSP di seluruh negara dengan       menggunakan Mykad anda atau;
  • Melayari http://www.kwsp.gov.my sekiranya anda adalah pendaftar 1-akaun 
2 – Pelaburan Secara Tunai
Pelaburan tunai dalam unit trust swasta adalah kurang menjadi fokus masyarakat kita. Di dalam pasaran melayu, menyimpan duit dalam dana unit trust selain daripada Amanah Saham Bumiputra (ASB) adalah kurang popular. Sebenarnya tidak semua orang faham bahawa ASB itu sebenarnya ialah satu dana unit trust.
Oleh kerana kemudahan ASB dan jaminan yang diberikan seakan-akan bank, maka orang melayu menjadikan ASB sebagai tempat simpanan mereka yang utama. Bagi golongan yang teliti dalam aplikasi muamalah Islam, mereka mungkin memilih instrumen lain yang jelas taraf halalnya mengikut pengiktirafan Majlis Fatwa Kebangsaan iaitu tabung haji atau unit trust berasaskan syariah.
Di kalangan ejen unit trust pun pelaburan tunai unit trust kurang dipromosikan kerana bukannya mudah nak mencari pelabur berpotensi yang ada banyak lebihan wang.
Berbanding dengan pelaburan melalui simpanan KWSP, mencari pelaburan tunai unit trust memerlukan usaha yang lebih. Namun, jika ada yang melabur secara tunai ejen akan dapat komisen yang lebih banyak. Jika melabur menggunakan simpanan KWSP, pelabur tidak perlu mengeluarkan duit poket. Tambahan pula mereka faham potensi keuntungan di dalam dana ekuiti adalah lebih baik dalam jangka panjang dibandingkan jika dibiarkan sahaja simpanan mereka di dalam KWSP.
Ramai juga yang tidak mahu membuat pelaburan tunai dalam unit trust kerana pernah ada pengalaman rugi. Cuba bayangkan jika ada pelabur yang masuk ke dana unit trust pada bulan Ogos yang lepas, ketika pasaran tinggi dan menunggu masa sahaja untuk jatuh. Kini nilai pelaburan itu susut hampir 15% jika diambil kira caj jualan.
Kalau orang itu melabur lump-sum berjumlah RM100,000 maka kini dia mengalami rugi atas kertas sebanyak RM15,000. Walaupun pelaburan tunai unit trust ini untuk objektif jangkapanjang, ia tetap ambil masa yang lama untuk kembali balik modal dan seterusnya menjana keuntungan. Faktor ‘timing’ adalah sangat kritikal jika kita mahu membuat pelaburan tunai dalam unit trust.
Kaedah yang lebih baik ialah mengaplikasikan strategi ‘ringgit cost averaging’ dalam pelaburan tunai unit trust. Ia tetap boleh diaplikasikan samaada kita melabur secara lump-sum atau membuat simpanan berkala bulanan / suku tahunan.
1) Pelaburan Tunai Unit Trust – Lump Sum
Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, faktor timing adalah sangat kritikal bila kita membuat pelaburan tunai dalam unit trust. Masalahnya kita tidak mampu untuk membuat timing yang baik. Jika sesekali menjadi, itu sebenarnya nasib.
Jika kita membuat pelaburan tunai secara lump sum, maka sebaiknya kita masukkan amaun itu ke dalam dana money market atau bond dahulu. Dana-dana ini adalah lebih selamat kerana tidak volatile. Jadikan dana ini sebagai akaun parking sahaja, dan pelabur buat arahan ‘switching’ secara berkala samaada bulanan atau suku tahunan. Melalui cara ini, pelabur tidak perlu risau masalah timing pasaran. Bila sampai tempoh masa yang ditetapkan, duit daripada dana akaun money market akan dipindahkan ke dana ekuiti.
2) Pelaburan Tunai Unit Trust – Berkala Bulanan atau Suku Tahunan
Ini konsep yang hampir sama dengan orang yang menggunakan produk insurans sebagai instrumen simpanan mereka. Bila dilakukan secara tetap dan berjadual, maka bila sampai masa mereka akan tetap melabur tanpa risaukan harga seunit dana ketika itu. Mereka yakin akan potensi dana itu dan istiqamah dengan objektif pelaburan jangka panjang sedari awal.
Kesimpulan.
Jika anda ada lebihan wang untuk dilaburkan, sebaiknya pilihlah dana unit trust yang berlandaskan syariah. Berbincang dengan ejen unit trust anda, tetapkan objektif pelaburan berdasarkan kemampuan dan profil risiko anda. Jangan lupa pastikan strategi ringgit cost averaging (RCA) memihak kepada anda. 
 


Penulis,
Group Financial Consultant,

πŸ“ž 012-5588680 (Wassap (KLIK)
πŸ“ž 012-5588680 (Wassap (KLIK)
πŸ“ž 012-5588680 (Wassap (KLIK)

Unit Trust | Private Mandate | Bitcoin & Crypto | ASB Financing 



ARTIKEL POPULAR
================================
DISCLAIMER :
Past performance does not reflect future performance. All information in this article / blog is for educational purposes only and should NOT be taken as investment advise, nor as a recommendation or endorse.
Please refer to your agent for details explanation. Thanks.
===============================