22 December 2020

PRESTASI KLCI DAN RAMALAN 2021

Artikel ini memberikan gambaran yang lebih jelas akan prestasi market KLCI serta keadaan ekonomi Malaysia ketika ini dan ramalan pertumbuhan untuk tahun 2021.

Awas... artikel ini agak 'Technical' dan Advanced;-)
Yang tak faham, just terus baca KESIMPULAN di bawah....


Pergerakan KLCI 2020


Pergerakan KLCI 2020


TECHNICAL ANALYSIS KLCI


Technical Analysis KLCI 2005 - 2020
Technical Analysis KLCI 2005 - 2020

Gambar di atas menunjukkan KLCI setakat 21 Sept 2020.

Dapatan daripada gambar ini:
  • Ini chart Monthly KLCI dari 2005 -2020 (15 tahun) - bersesuaian dengan pelaburan Unit Trust yang bersifat sederhana-panjang.
  • Indicator digunakan adalah Stochastic (modified) yang berfungsi untuk memberikan gabaran yang lebih jelas akan pergerakan chart.
  • Dalam tempoh 15 tahun ini, hanya 2 kali event terjadinya garisan stochastic (line merah di bawah) berada pada level Oversold (<10%) iaitu pada 2008 dan awal tahun 2020.
  • Ovesold area ini memberikan makna bahawa ia adalah  Good Buy area (Low level).
  • Untung la siapa yang sempat masuk sekitar March April lalu.
Technical Analysis KLCI (Weekly Chart)
Technical Analysis KLCI (Weekly Chart)

Berdasarkan gambar KLCI 1 sebentar tadi, jelas menunjukkan bahawa KLCI adalah market yang bagus untuk invest melalui dana-dana unit trust tersedia yang melabur ke market Malaysia.

Tapi tunggu sekejap abang/ kakak....

Gambar di atas ini pula menunjukkan KLCI setakat 18 Dec 2020.

Dapatan daripada gambar ini:
  • Ini adalah chart Weekly KLCI.
  • KLCI jelas berada dalam posisi Overbought area (Stochastic > 90%)
  • Indicator Stochastic (2 line di bawah) telah menunjukkan persilangan) - menandakan bahawa KLCI akan mengalami penurunan buat sementara.
  • Berdasarkan kiraan Fibonacci, KLCI dijangkakan akan turun sekitar parass antara 1,385 - 1,444 point.
  • Level2 ini adalah paras yang sangat baik (Enter point) jika kakak / abang ingin melabur ke Market Malaysia.
  • Bila nak sampai ke level ini? Wallahua'lam...
Technical Analysis KLCI (Monthly Chart)
Technical Analysis KLCI (Monthly Chart)

En Adi, sebenarnya market Malaysia (KLCI) ni masih boleh naik ke?

Baik. Gambar di atas memberikan gambaran yang lebih jelas, insyaAllah...

Dapatan daripada gambar ini:
  • Ini adalah chart Monthly KLCI.
  • KLCI secara umumnya jelas dalam posisi Uptrend.
  • Trend Uptrend ini bersifat sederhana - panjang (beberapa tahun).
  • Namun demikian, indicator Stochastic menunjukkan bahawa KLCI telah berada pada paras sekitar 50% (dah separuh perjalanan pun).
  • Itu sebabnya, prestasi Unit Trust (Terutamanya yang invest dalam Malaysia) mencanak naik prestasinya...
  • Paling kurang, KLCI dijangkakan akan naik menuju ke paras 1,850 - 1,900 (mungkin ambil masa beberapa tahun).
  • Paras 1,900 ini adalah paras tertinggi dalam sejarah KLCI. Ia pernah cuba sebanyak 2 kali untuk tembus paras ini (June 2014 dan April 2018) tetapi gagal.
  • Bila nak sampai ke level 1,900 point ni? Wallahua'lam... tapi, 'makan' tahun jugalah...

KAITAN MARKET & UNIT TRUST

  • KLCI: Top 30 largest companies (by Market Capitalization)
  • Bursa Malaysia EMAS Shariah: KLCI (Top 30 Large Cap) + Top 70 (Mid Cap) + Small Cap
  • Bursa Malaysia Mids CapTop 70 (Mid Cap) + Small Cap

Bursa Malaysia EMAS Shariah 2020

Gambar di atas adalah data prestasi Index Bursa Malaysia EMAS Shariah. 
  • Prestasi YTD (1/1/2020 - 30/11/2020) adalah 12.4%.
  • Umumnya, prestasi EMAS Shariah adalah lebih baik.
Index ini menjadi Penanda Aras / Benchmark kepada hampir kesemua dana unit trust Equity Malaysia (Large Cap). Antara dana unit trust-nya adalah:
  • BIMB i Growth [YTD (1/1/2020 - 7/12/2020): 57.66%]
  • PMB Shariah Growth [YTD (1/1/2020 - 7/12/2020): 52.82%]
  • Kenanga Shariah Growth Opportunities [YTD (1/1/2020 - 7/12/2020): 43.84%]
Bursa Malaysia Mids Cap Shariah 2020

Gambar di atas adalah data prestasi Index Bursa Malaysia Mids Cap Shariah. 
  • Prestasi YTD (1/1/2020 - 30/11/2020) adalah 24.7%.
  • Umumnya, prestasi Mids Cap Shariah adalah lebih baik.
Index ini menjadi Penanda Aras / Benchmark kepada hampir kesemua dana unit trust Equity Malaysia (Small & Mid Cap). Antara dana unit trust-nya adalah:
  • Public Islamic treasures Growth [YTD (1/1/2020 - 7/12/2020): 47.90%]
  • PMB Shariah Small Cap [YTD (1/1/2020 - 7/12/2020): 40.82%]
Bursa Malaysia EMAS Industries & Sector Indices Dec 2020
Bursa Malaysia EMAS Industries & Sector Indices Dec 2020

Gambar di atas adalah data prestasi Index Bursa Malaysia by industries & sector. Antara Industries yang paling baik prestasinya adalah:
  • Health Care
  • Technology
KERATAN AKHBAR


FBM KLCI diunjur capai paras 1,830 mata akhir tahun hadapan
Berita Harian, 15 December 2020

"Kami percaya 2021 akan menjadi tahun yang sangat kukuh dari segi ekonomi dan pertumbuhan pendapatan korporat"

"FBM KLCI diunjur capai paras 1,830 mata akhir tahun hadapan"


Ekonomi dijangka pulih 2021
Berita Harian, 16 December 2020

"Ekonomi dijangka pulih 2021"

Ringgit mampu cecah RM3.67 berbanding dolar AS
Berita Harian, 30 November 2020

"Ringgit mampu cecah RM3.67 berbanding dolar AS"

"Matawang dijangka mengukuh tahun hadapan ke paras belum pernah dicapai sejak 2015"

" Setelah meninjau pasaran global, lanskap matawang dan laporan kecerdasan pasaran strategik, kami tetap dengan pendirian Ringgit akan kekal stabil pada 2021"

Jangkaan Kadar Keluaran Negara Kasar 2020 - 2025

Kadar Keluaran Negara Kasar (KDNK) 1998 - 2019. Jangkaan Kadar Keluaran Negara Kasar 2020 - 2025

KESIMPULAN

1. Market Malaysia (KLCI) telah naik dengan sangat baik dari paras terendah sekitar March 2020 lalu dalam bentuk V-Shaped.
2. Kenaikan market Malaysia (KLCI) ini diterjemahkan dengan peningkatan dana unit trust.
3. Setakat 20 December 2020, KLCI dijangkakan akan mengalami penurunan sementara. Ini bukanlah cadangan untuk keluar market. Unit trust adalah pelaburan medium - long term.
4. KLCI jelas berada dalam posisi Uptrend untuk tempoh beberapa tahun lagi.
5. Technical Analysis yang dibuat juga disokong oleh banyak kenyataan media akan potensi 2021 yang lebih baik untuk Malaysia.
6. Kenaikan KLCI 2020 dipacu oleh 2 sector utama iaitu Health Care & Technology.
7. Untuk tahun 2021, banyak sector & industri lain dijangkakan akan melonjak prestasinya dipacu oleh pertumbuhan ekonomi yang lebih rancak.


🟥⬛️🟨🟦🟥⬛️🟨🟦🟥⬛️🟨🟦

Penulis,

Cikgu Adi  (KLIK untuk lebih mengenali saya) 
Group Financial Consultant,
Group Agency Manager.

Unit Trust | Private Mandate | Bitcoin & Crypto | ASB Financing 
👉 Facebook (Follow FB ini supaya tak terlepas perkongsian Eksklusif yang bermanfaat & strategi kewangan terkini tentang simpanan & pelaburan)

🟥⬛️🟨🟦🟥⬛️🟨🟦🟥⬛️🟨🟦


PERKONGSIAN 'MAHAL' - RUGI TAK AMBIL TAHU!



================================
DISCLAIMER :
Past performance does not reflect future performance. All information in this article / blog is for educational purposes only and should NOT be taken as investment advise, nor as a recommendation or endorse.
Please refer to your agent for details explanation. Thanks.
===============================

21 December 2020

TIPS BAYARAN BULANAN ASB FINANCING TERBAIK

Artikel ini memberikan penerangan yang lebih jelas akan mekanisma bayaran bulanan ASB Financing dan Tips untuk mendapatkan Bayaran Bulanan ASB Financing terbaik serta manfaatnya.


BAYARAN BULANAN ASB FINANCING


Jadual bayaran bulanan ASB Financing RM100,000 mengikut rate dan tempoh pembiayaan
 
Bayaran bulanan ASB Financing ditentukan oleh 3 perkara, iaitu:
  • Rate bank : Berbeza mengikut bank. Rate juga berubah-ubah.
  • Tempoh pembiayaan / pinjaman: lain bank lain tempoh maksimanya
  • Takaful : Jika diambil loan bersama takaful, maka bayaran installment akan meningkat (bayaran pembiayaan ASB + bayaran takaful)
Jadual di atas menunjukkan bayaran bulanan ASB Financing mengikut rate dan tempoh (tak termasuk bayaran takaful - bayaran takaful ni berbeza mengikut umur) untuk pembiayaan ASB RM100,000.

Dapatan data ini menunjukkan bahawa:
  • Lagi tinggi rate, lagi banyak bayaran bulanannya.
  • Lagi panjang tempoh pembiayaan, lagi murah bayaran bulanannya.

RATE BANK ASB FINANCING


Anda kena lah survey bank yang memberikan anda antara rate yang paling rendah. 

Rate bank ni berubah - ubah (seperti loan rumah) yang seterusnya memberikan kesan kepada bayaran bulanan anda. Artikel ini memberikan ulasan yang lebih jelas (KLIK).

Pada masa kini, rate semua bank adalah pada paras terendah sejak dari awal ASB Financing ni disediakan.


TEMPOH PEMBIAYAAN ASB FINANCING

Tempoh pembiayaan  berbeza mengikut bank. Ada yang maksima 25 tahun / 30 tahun / 35 tahun atau 40 tahun. Antara bank yang menawarkan tempoh pembiayaan sehingga 40 tahun adalah Ambank, RHB dan CIMB. 
  • Affin Bank : 30 Tahun
  • Ambank : 40 Tahun
  • Bank Islam : 30 Tahun
  • Bank Muamalat : 25 tahun
  • BSN : 30 Tahun
  • CIMB : 40 Tahun
  • Hong Leong Bank : 35 Tahun
  • Maybank : 30 Tahun
  • RHB : 40 Tahun
Tempoh pembiayaan ini bergantung kepada umur pemohon. Kita juga nak kena tahu umur maksima untuk tempoh loan. Di bawah ni adalah maksima tempoh pembiayaan sehingga kita berumur______
  • Affin Bank : 65 tahun
  • Ambank : 70 tahun
  • Bank Islam : 70 Tahun
  • Bank Muamalat : 75 Tahun
  • BSN : 65 Tahun
  • CIMB : 70 Tahun
  • Hong Leong : 65 Tahun
  • Maybank : 65 Tahun
  • RHB : 65 Tahun
So gabungan antara kedua-dua parameter ini, maka jika:
  • Pn Ros umur 25 tahun 
    • RHB : Boleh buat loan sehingga 40 tahun 
    • Ambank : Boleh buat loan sehingga 40 tahun  
    • Maybank : Boleh buat loan sehingga 30 tahun)
  • Pn Lili umur 30 tahun 
    • RHB : Boleh buat loan sehingga 35 tahun 
    • Ambank : Boleh buat loan sehingga 40 tahun  
    • Maybank : Boleh buat loan sehingga 30 tahun)
  • Pn Siti umur 35 tahun 
    • RHB : Boleh buat loan sehingga 30 tahun 
    • Ambank : Boleh buat loan sehingga 35 tahun  
    • Maybank : Boleh buat loan sehingga 30 tahun
  • Pn Aishah umur 40 tahun 
    • RHB : Boleh buat loan sehingga 25 tahun 
    • Ambank : Boleh buat loan sehingga 30 tahun  
    • Maybank : Boleh buat loan sehingga 25 tahun)

TAKAFUL DALAM ASB FINANCING


Ini adalah takaful untuk melindungi loan ASB. Ia cover jika berlakunya Kematian (Death) atau Lumpuh cacat kekal (TPD). 

Ada bank yang mewajibkan takaful semasa memohon ASB Financing. Manakala ada yang sekadar optional - tak wajib untuk ambil takaful. Cuma, kalau nak rate lebih baik, kena lah ambil dengan takaful sebagai syaratnya.

Perlu ke Takaful ni?


BAJET BULANAN UNTUK PEMBIAYAAN

Nah, sekarang ni berapa bajet anda? Dengan bajet yang sama, anda mungkin memperolehi jumlah loan yang berbeza.

Contoh, jika anda bajet RM400 sebulan:
  • En Ahmad memperoleh ASB Financing RM100k (Rate 3.55% /  40 Tahun / Bayaran bulanan RM390)
  • En Abu memperoleh ASB Financing RM85k (Rate 3.75% /  30 Tahun / Bayaran bulanan RM394)
  • En Ali memperoleh ASB Financing RM75k (Rate 3.95% /  25 Tahun / Bayaran bulanan RM394)
Apabila dividen ASB diumumkan, jumlah dividen yang diterima adalah berdasarkan jumlah pembiayaan. Katakan dividen adalah 6.00%. 

Maka dengan bajet yang sama (sekitar RM400 sebulan):
  • En Ahmad akan menerima dividen sebanyak RM6,000 (Loan RM100,000)
  • En Abu akan menerima dividen sebanyak RM5,100 (Loan RM85,000)
  • En Ali akan menerima dividen sebanyak RM4,500 (Loan RM75,000)

KESIMPULAN

1. Kalau nak jimat banyak, seboleh mungkin dapatkan pakej sebegini:
  • Rate bank yang munasabah rendah
  • Tempoh pembiayaan paling panjang
  • Takaful sependek mungkin 
2. Faktor yang boleh dikawal:
  • Rate Bank : Memilih bank edngan rate yang munasabah rendah.
  • Tempoh pembiayaan : Jika tak dapat tempoh pembiayaan yang panjang disebabkan faktor umur, anda boleh jer buat Join Acc (Acc bersama) dengan anak.... Tempoh pembiayaan akan mengikut umur anak (Lebih panjang tempoh pembiayaan = lebih rendah installment).
  • Takaful : Jika sekadar untuk mendapatkan rate bank yang lebih baik, anda disyorkan untuk mengambil Takaful dengan tempoh yang pendek sahaja (5 Tahun / 10 Tahun)
3. Faktor yang tak boleh dikawal:
  • Perubahan bayaran bulanan apabila berlakunya kenaikan BR (Bank Negara naikkan OPR).
  • Tempoh pembiayaan : jika usia anda tak membolehkan maksima tempoh pembiayaan (dan tiada peluang untuk join acc)
  • Takaful: Jika bank anda mewajibkannya sebangai syarat untuk ASB Financing.


Keputusan kecil hari ini bakal jadi titik perubahan besar dalam hidup anda. Klik & hubungi saya sekarang....
👉 012-5588680 (Wassap (KLIK)
👉 012-5588680 (Wassap (KLIK)
👉 012-5588680 (Wassap (KLIK)

Jom saya bantu anda.....

🟥⬛️🟨🟦🟥⬛️🟨🟦🟥⬛️🟨🟦

Pakar Strategi ASB Financing
👉 Facebook

✅ Misi saya - Membantu lebih ramai rakyat Malaysia Optimumkan dan maksimumkan simpanan ASB untuk capai RM100k simpanan pertama melalui strategi ASB Financing yang betul. 
✅ Contoh, Simpanan ASB RM400 sebulan selama 10 tahun...
1. Simpanan secara sendiri di ASB (autodebit) = RM64k
2. Banker / agent ASB Financing = RM79k
3. Tapi Saya guide Strategi ASB Step by Step = RM110k (Extra RM30k!)

🟥⬛️🟨🟦🟥⬛️🟨🟦🟥⬛️🟨🟦

Disclaimer:
Perkongsian ini berdasarkan kiraan telus & pengalaman peribadi untuk tujuan pendidikan. Dividen dan kadar pembiayaan adalah tidak dijamin serta tertakluk kepada pihak bank dan ASNB dari semasa ke semasa. Sila buat penilaian kesesuaian peribadi sebelum membuat keputusan.

09 December 2020

PRESTASI UNIT TRUST ISLAMIK TERBAIK MALAYSIA - DEC 2020

Artikel perkongsian ini adalah berkenaan dengan Prestasi semasa Unit Trust Terbaik Malaysia - Patuh Shariah (Dec 2020) yang melibatkan fund unit trust daripada syarikat unit trust seperti Public Mutual, Kenanga, Principal (CIMB / CWA), PMB Investment, Manulife dan banyak lagi berpandukan rujukan data di akhbar The Edge #1347 (November 30 - Dec 6, 2020) dan di Morningstar


PRESTASI UNIT TRUST TERBAIK

1. Total Return / Cumulative Return

  • Total rise in the value of a fund’s investments over time, assuming that income(i) and capital gains (ii) distributions were reinvested.
  • Bahasa mudahnya adalah Jumlah Pulangan Terkumpul (Compounded) untuk suatu tempoh masa.
Total Return = Capital Gain + Income Distribution
atau bahasa mudahnya..
Total Return = Kenaikan Harga Unit + Dividend

Contohnya, 

Total Return 5 Years Eastspring Dinasti Equity adalah 91.71%.
Maksudnya, jumlah Pelaburan permulaan, katakan RM10,000 pada 20/11/2015... kini ianya telah berkembang kepada RM19,171 pada 20/11/2020.
Modal (RM10,000) + keuntungan (RM9,171) = RM19,171.

TOP 30 PRESTASI UNIT TRUST FUND - PATUH SHARIAH 5 YEARS TOTAL RETURN (Dec 2020)

Total Return Unit Trust bagi tempoh 5 tahun.
Total Return Unit Trust bagi tempoh 5 tahun. 
Sumber : Lipper Fund Table - The Edge #1348 (December 7 - December 13, 2020)

Top 10 prestasi Unit Trust Patuh Shariah 5 Years Total Return (Dec 2020):

1. Eastspring Dinasti Equity = 91.71%
2. Interpac Dana Safi = 89.06%
3. Precious Metals Securities = 81.08%
4. Kenanga Shariah Growth Opportunities = 69.04%
5. PB Islamic Asia Strategic Sector = 67.24%
6. Kenanga Syariah Extra = 65.84%
7. Public Islamic Asia Leaders Equity = 65.64%
8. Public China Ittikal = 61.82%
9. Public Asia Ittikal = 60.79%
10. Public Islamic Asia Tactical Allocation = 56.72%

TOP 30 PRESTASI UNIT TRUST FUND - PATUH SHARIAH 3 YEARS TOTAL RETURN (Dec 2020)

Total Return Unit Trust bagi tempoh 3 tahun.
Total Return Unit Trust bagi tempoh 3 tahun. 
Sumber : Lipper Fund Table - The Edge #1348 (December 7 - December 13, 2020)

Top 10 prestasi Unit Trust Patuh Shariah 3 Years Total Return (Dec 2020):

1. Kenanga Shariah Growth Opportunities = 57.16%
2. PMB Shariah TNB Employees = 56.23%
3. Kenanga Syariah Extra = 46.74%
4. Public Islamic Global Equity = 42.37%
5. Precious Metals Securities = 37.53%
6. Public Islamic Opportunities = 36.57%
7. Hong Leong Dana Makmur = 35.97%
8. Eastspring Dinasti Equity = 32.47%
9. TA Islamic = 30.98%
10. RHB Islamic Global Developed Markets = 30.15%

Annualized Return

Annualized return is year-over-year growth rate of an investment over a specified period of time and calculated as:

Dengan kata lain, Ia adalah Purata Pulangan Setahun
Biasanya ia diukur untuk tempoh 3 tahun, 5 tahun dan 10 tahun. 
Data di bawah berdasarkan rujukan di Morningstar.

TOP 30 PRESTASI UNIT TRUST FUND - PATUH SHARIAH 5 YEARS ANNUALISED RETURN (Dec 2020)

Annualised Return Unit Trust bagi tempoh 5 tahun.
 Annualised Return Unit Trust bagi tempoh 5 tahun. 
Sumber : Morningstar as 30 November 2020

Top 10 prestasi Unit Trust Patuh Shariah 5 Years Annualised Return (Dec 2020):

1. Eastspring Dinasti Equity = 14.66%
2. Interpac Dana Safi = 14.11%
3. PB Islamic Asia Strategic Sector = 12.22%
4. Precious Metals Securities = 12.10%
5. Public Islamic Asia Leaders Equity = 11.96%
6. Hong Leong Dana Makmur = 11.37%
7. Public Asia Ittikal = 11.24%
8. Maybank AsiaPac Ex-Japan Islamic Equity = 10.99%
9. Kenanga Shariah Growth Opportunities = 10.93%
10. Public Islamic Asia Tactical Allocation = 10.78%

TOP 30 PRESTASI UNIT TRUST FUND - PATUH SHARIAH 3 YEARS ANNUALISED RETURN (Dec 2020)

Annualised Return Unit Trust bagi tempoh 3 tahun.
  Annualised Return Unit Trust bagi tempoh 3 tahun. 
Sumber : Morningstar as 30 November 2020

Top 10 prestasi Unit Trust Patuh Shariah 3 Years Annualised Return (Dec 2020):

1. PMB Shariah TNB Employees = 17.41%
2. Kenanga Shariah Growth Opportunities = 16.23%
3. Hong Leong Dana Makmur = 14.64%
4. Public Islamic Global Equity = 13.96%
5. Kenanga Syariah Extra = 13.67%
6. Precious Metals Securities = 13.12%
7. Public Islamic Opportunities = 12.55%
8. InterPacific Dana Safi = 12.43%
9. Public Islamic Asia Leaders Equity = 12.40%
10. Eastspring Dinasti Equity = 12.03%

TOP 30 PRESTASI UNIT TRUST FUND - PATUH SHARIAH YEAR TO DATE (YTD) RETURN (Dec 2020)

Year To Date (YTD) = Prestasi sejak 1 Januari bagi sesuatu tahun.
Ia menunjukkan prestasi semasa unit trust.
Data di bawah berdasarkan rujukan di Morningstar.

Year To Date (YTD) Return Unit Trust.
  Year To Date (YTD) Return Unit Trust.
Sumber : Morningstar as 7 Dec 2020

Top 10 prestasi Unit Trust Patuh Shariah Year To Date (YTD) Return (Dec 2020):

1. Interpac Dana Safi = 78.32%
2. PMB Shariah TNB Employees = 65.10%
3. BIMB i Flexi = 63.50%
4. BIMB i Growth = 57.66%
5. PMB Shariah Growth = 52.82%
6. Public Islamic Treasures Growth = 47.90%
7. Kenanga Shariah Growth Opportunities = 43.84%
8. Public Islamic Optimal Equity = 43.50%
9. RHB Shariah China Focus = 42.13%
10. Public Islamic Emerging Opportunities = 41.10%

KESIMPULAN

1. Ini adalah 'Past performance'. Tiada jaminan:
  • Dana ranking No 1 akan kekal No 1
  • Total Return 50% untuk 5 tahun akan kekal 50% next 5 tahun.
  • Annualised Return 10% 3 tahun akan kekal 10% next 3 tahun
2. Prestasi ini hanya menunjukkan Top 30 daripada keseluruhan dana Islamik (sekitar 240 dana). Kalau sesuatu dana tu tak de dalam list Top 30 ni, boleh semak prestasinya di:
  • akhbar mingguan The Edge 
  • Morningstar
  • Bloomberg
  • Portal i-Akaun KWSP (Investment - Fund Tools) 
  • Fact Sheet (Monthly Report)
  • Website company Unit Trust
3. Total Return & Annualised Return. Nak pakai yang mana? Mana yang lebih tepat?
  • Boleh pakai mana2 pun.
  • Total Return: Prestasi terkumpul (Compounded)
  • Annualised Return: Prestasi purata
  • Pastikan ianya yang TERKINI 

10 KESILAPAN SERING DILAKUKAN PELABUR (& AGEN)

1. Teruja melabur pada dana ranking No 1, 2, 3, 4, 5 secara semborono.
Hakikatnya: Tiada jaminan prestasi ini akan berulang pada masa akan datang. 

2. Melabur berdasarkan data prestasi Short Term (3 Month / 6 Month / Year To Date) semata-mata
Hakikatnya: Pelaburan Unit trust adalah bersifat sederhana - panjang. Prestasi short - term ini perlulah dilihat dan dinilai bersama-sama dengan prestasi 3 Years & 5 Years.

3. Majoriti pelabur membuat keputusan melabur hanya berdasarkan Prestasi Unit Trust (Fund Peformance) semata-mata.
Hakikatnya: Fund performance ini adalah sekadar report.... mereka yang invest 5 tahun lalu (contohnya) pada dana ABC, sepatutnya berprestasi XX%.

4. Melabur pada 'pucuk'. Ramai kan begini? bila start invest jer, harga terus jatuh...
Hakikatnya: Konsep asas kepada mana - mana pelaburan adalah 'Buy Low & Sell High'. Tapi macam mana nak tahu Low dan High ni, kan? aha... kena ada additional knowledge..

5. Tak ambil peduli akan dana yang dilabur kerana beranggapan semua dana Company XYZ ni bagus...
Hakikatnya: Dalam company XYZ tu, ada dana yang bagus dan 'menjadi'... dan ada yang tidak 'menjadi'. So, bukan semuanya sama ye.

6. Melabur pada dana yang tak sesuai dengan Risk masing-masing.
Hakikatnya: Setiap dana ada bacaan Risiko nya. Ada yang Very High Risk, High Risk, Moderate Risk, Low Risk.... dan Very High Risk ni pula ada yang Very High Risk yang biasa2... dan ada yang extremely High Risk.

7. Terlalu banyak dana yang menumpu pada kategori / segmen yang sama. Contohnya, seseorang tu invest sampai 5 dana hanya pada Equity Malaysia.
Hakikatnya: Pada saya, just pilih 2-3 dana terbaik sahaja (bergantung pada modal) bagi sesuatu segmen.... Senang nak pantau. Ini kerana, dana dari kategori sama ini biasanya juga invest pada saham company yg sama jer.

8. Tak diversify investment dalam unit trust.
Hakikatnya: Kalau nak apply diversification, baiknya jika ada exposure pada market Malaysia, Asia Pacific, China, Global....

9. 'Terbeli' dana conventional (Tidak patuh shariah) kerana mahukan return tinggi.
Hakikatnya: Banyak jer dana Patuh Shariah yang sangat baik prestasinya.

10. Nak melabur short term.... setahun jer...
Hakikatnya: Unit trust ni bersifat medium - long term (Boleh semak prospectus)... 3 - 5 tahun atau lebih... Tapi, kalau 1 tahun dah profit, alhamdulillah... 

BONUS

11. Saya nak cari unit yang harga murah lah... dapat banyak unit nanti....
Hakikatnya: Prestasi keuntungan unit trust tidak dipengaruhi oleh jumlah unit. Kalau diperhatikan senarai Top 30 di atas tu, kebanyakannya memang harganya agak tinggi... Tapi mencanak tinggi prestasinya. Walaupun jumlah unit sikit, tapi still boleh dapat keuntungan yang banyak...

12. Saya nak invest pada dana yang bagi dividen jer....
Hakikatnya: Betul, tak semua dana unit trust memberikan dividen (Income Distribution) secara konsisten setiap tahun. Tapi, perasan tak... semua medium melaporkan prestasi dalam bentuk Total Return (Income Distribution + Capital Gain). Inilah prestasi sebenar unit trust, bukan sekadar dividen sahaja.


🟥⬛️🟨🟦🟥⬛️🟨🟦🟥⬛️🟨🟦

Penulis,

Cikgu Adi  (KLIK untuk lebih mengenali saya) 
Group Financial Consultant,
Group Agency Manager.

Unit Trust | Private Mandate | Bitcoin & Crypto | ASB Financing 
👉 Facebook (Follow FB ini supaya tak terlepas perkongsian Eksklusif yang bermanfaat & strategi kewangan terkini tentang simpanan & pelaburan)

🟥⬛️🟨🟦🟥⬛️🟨🟦🟥⬛️🟨🟦


PERKONGSIAN 'MAHAL' - RUGI TAK AMBIL TAHU!



================================
DISCLAIMER :
Past performance does not reflect future performance. All information in this article / blog is for educational purposes only and should NOT be taken as investment advise, nor as a recommendation or endorse.
Please refer to your agent for details explanation. Thanks.
===============================