16 May 2020

INVEST SECARA KONSISTEN... MULAKAN SEKARANG!

Artikel ini menunjukkan bahawa seseorang itu perlulah mula menyimpan / melabur seawal yang mungkin pada usia muda agar simpanannya itu dapat berkembang-biak (Compounding Effect) menjadi lebih banyak bagi memenuhi Objektif simpanan/ pelaburan seperti Retirement Plan, Education Plan atau apa sahaja melalui medium pelaburan seperti Pelaburan Unit Trust.


Secara purata, usia rakyat Malaysia adalah sehingga 75 tahun.

Usia persaraan adalah umur 55 tahun.

Maknanya, secara umumnya seseorang itu akan berada di usia persaraan selama 20 tahun. 

Adakah kita sudah menyediakan Plan Persaraan sebaiknya bagi memastikan 20 tahun usia persaraan kita ini tidak menjadi mimpi ngeri ?


Antara isu yang membelenggu para pesara....huhu

Ayuh, rancangkan Persaraan anda sekarang!


Data di atas ini diambil daripada EPF Annual Report 2018 (Rujukan di SINI. Annual Report 2019 belum tersedia).

Kajian ini bertujuan untuk melihat sejauh mana persediaan (dari segi simpanan) ahli / pencarum KWSP yang berusia 54 tahun bagi menghadapi tahun persaraan ketika berusia 55 tahun kelak, yakni dalam tempoh 1 tahun yang akan datang.

Secara purata, ahli KWSP yang berusia 54 tahun (sejumlah 94,260 orang ahli ketika 2018) mempunyai simpanan KWSP sebanyak RM209,861.71. Nampak macam banyak, kan?

Tahukah Anda!

Jika anda mengeluarkan sejumlah RM1,749 sebulan, ianya hanya mampu bertahan selama 10 tahun.
Jika anda mengeluarkan sejumlah RM874 sebulan, ianya hanya mampu bertahan selama 20 tahun.

Jika RM874 sebulan, adakah ianya mencukupi bagi anda?


Apa yang anda dapat simpulkan daripada gambarajah di atas?

Target nak kumpulkan RM1,000,000?

Dalam contoh ini, Jika anda bermula menyimpan lebih awal seusia 25 tahun, anda hanya perlu menyimpan sebanyak RM882 sebulan secara konsisten sehingga umur 55 tahun (menyimpan selama 30 tahun) untuk target simpanan RM1 juta (anggapan pulangan simpanan adalah 7% setahun).

Namun berbeza jika anda hanya mula menyimpan ketika usia 40 tahun, maka anda perlukan jumlah yang lebih besar yakni sebanyak RM3,316 sebulan secara konsisten selama 15 tahun untuk mencapai target RM1 juta ketika umur 55 tahun.

Kesimpulannya, mulakan simpanan ketika usia masih muda. Lagi lewat anda bermula, maka lagi besar jumlah simpanan yang perlu anda peruntukkan.

Data di atas menunjukkan bagaimana duit simpanan RM10,000 anda boleh berkembang-biak. Hasil akhir duit simpanan anda bergantung kepada 2 perkara, iaitu Tempoh Pelaburan dan Return Keuntungan Pelaburan / Rate of Return (%).

1. Lagi lama anda menyimpan, maka lagi banyak lah simpanan pelaburan anda.
2. Lagi tinggi Return keuntungan, maka lebih banyak simpanan anda. 

Hatta, perbezaan 1% return keuntungan akan memberikan kesan yang significant bagi tempoh masa panjang.

Gandaan kembang-biak duit pelaburan anda adalah disebabkan oleh kesan Compounding.


Usahlah bertangguh lagi. Ayuh, mulakan simpanan anda sekarang!

Lihat contoh jadual di gambarajah di atas.

Jadual KIRI
  • Katakan anda mula menyimpan RM200 sebulan secara konsisten bermula usia 25 tahun selama 10 tahun sahaja.
  • RM200 sebulan = RM2,400 setahun
  • Anggapan Rate of Return (ROR) adalah 7% setahun
  • Sesudah 10 tahun, anda telahpun mempunyai simpanan sebanyak RM35,480.
  • Now, katakan anda stop menyimpan sesudah 10 tahun. Namun anda biarkan sahaja wang simpanan anda (RM35k tadi) dalam simpanan yang memberikan 7% pulangan setahun itu.
  • Pada usia 55 tahun, anda kini telahpun mempunyai simpanan sebanyak RM146,909.
  • Anda hanya bayar pada 10 tahun pertama sahaja sejumlah RM24,000 (RM200 sebulan = RM2,400 setahun... selama 10 tahun).
  • Anda menikmati keuntungan sebanyak RM122,910.
Jadual KANAN
  • Katakan anda mula menyimpan RM200 sebulan secara konsisten bermula usia 36 tahun selama 10 tahun sahaja.
  • RM200 sebulan = RM2,400 setahun
  • Anggapan Rate of Return (ROR) adalah 7% setahun
  • Sesudah 10 tahun, anda telahpun mempunyai simpanan sebanyak RM35,480.
  • Now, katakan anda stop menyimpan sesudah 10 tahun. Namun anda biarkan sahaja wang simpanan anda (RM35k tadi) dalam simpanan yang memberikan 7% pulangan setahun itu.
  • Pada usia 55 tahun, anda kini telahpun mempunyai simpanan sebanyak RM69,795.
  • Anda hanya bayar pada 10 tahun pertama sahaja sejumlah RM24,000 (RM200 sebulan = RM2,400 setahun... selama 10 tahun).
  • Anda menikmati keuntungan sebanyak RM45,796.
Kesimpulannya;
1. Lebih awal anda menyimpan, lebih banyak yang akan dapat anda kumpulkan.
2. Lebih lama anda menyimpan, Kesan Compounding adalah lagi besar yang akan membolehkan simpanan anda berkembang-biak dengan sihatnya.
3. Dalam contoh kes di atas, jika anda mula lewat 11 tahun (pada usia 36 tahun), anda kerugian sebanyak RM77,114 (Opportunity Cost).
4. Jumlah simpanan akhir anda bergantung kepada 3, iaitu Jumlah Simpanan sebulan, Tempoh Simpanan dan Rate of Return.


Start Small... konsisten... jauh lebih baik.

Lihat contoh jadual di gambarajah di atas.

Jadual KIRI
  • Katakan anda mula menyimpan RM200 sebulan secara konsisten bermula usia 25 tahun selama 10 tahun sahaja.
  • RM200 sebulan = RM2,400 setahun
  • Anggapan Rate of Return (ROR) adalah 7% setahun
  • Sesudah 10 tahun, anda telahpun mempunyai simpanan sebanyakRM35,480.
  • Now, katakan anda stop menyimpan sesudah 10 tahun. Namun anda biarkan sahaja wang simpanan anda (RM35k tadi) dalam simpanan yang memberikan 7% pulangan setahun itu.
  • Pada usia 55 tahun, anda kini telahpun mempunyai simpanan sebanyak RM146,909.
  • Anda hanya bayar pada 10 tahun pertama sahaja sejumlah RM24,000 (RM200 sebulan = RM2,400 setahun... selama 10 tahun).
  • Anda menikmati keuntungan sebanyak RM122,910.
Jadual KANAN
  • Oleh kerana anda bermula lewat (yakni hanya pada usia 36 tahun), maka anda gandakan simpanan anda kepada RM400 sebulan secara konsisten selama 10 tahun sahaja.
  • RM400 sebulan = RM4,800 setahun
  • Anggapan Rate of Return (ROR) adalah 7% setahun
  • Sesudah 10 tahun, anda telahpun mempunyai simpanan sebanyak RM70,961.
  • Now, katakan anda stop menyimpan sesudah 10 tahun. Namun anda biarkan sahaja wang simpanan anda (RM71k tadi) dalam simpanan yang memberikan 7% pulangan setahun itu.
  • Pada usia 55 tahun, anda kini telahpun mempunyai simpanan sebanyak RM139,591.
  • Anda hanya bayar pada 10 tahun pertama sahaja sejumlah RM48,000 (RM400 sebulan = RM4,800 setahun... selama 10 tahun).
  • Anda menikmati keuntungan sebanyak RM91,592.
Kesimpulannya;
1. Lebih awal anda menyimpan, lebih banyak yang akan dapat anda kumpulkan.
2. Lebih lama anda menyimpan, Kesan Compounding adalah lagi besar yang akan membolehkan simpanan anda berkembang-biak dengan sihatnya.
3. Dalam contoh kes di atas, jika anda mula lewat 11 tahun (pada usia 36 tahun), anda kerugian sebanyak RM7,318 (Opportunity Cost) meskipun anda DOUBLE kan simpanan anda kepada RM400 sebulan.
4. Jumlah simpanan akhir anda bergantung kepada 3, iaitu Jumlah Simpanan sebulan, Tempoh Simpanan dan Rate of Return.


Dapatan daripada graf ini:

Jika anda mula menyimpan RM200 sebulan secara konsisten bermula usia 25 tahun, maka anda akan mempunyai sejumlah RM226,706 ketika berusia 55 tahun (anggapan simpanan ini memberikan return 7% setahun - dan ianya compounded).

Jika anda mula menyimpan RM200 sebulan secara konsisten bermula usia 30 tahun, maka anda akan mempunyai sejumlah RM151,798 ketika berusia 55 tahun (anggapan simpanan ini memberikan return 7% setahun - dan ianya compounded).

Jika anda mula menyimpan RM200 sebulan secara konsisten bermula usia 35 tahun, maka anda akan mempunyai sejumlah RM98,389 ketika berusia 55 tahun (anggapan simpanan ini memberikan return 7% setahun - dan ianya compounded)

Kesimpulannya, 
1. Lebih awal anda mula menyimpan, maka lagi banyak jumlah simpanan yang akan anda perolehi.
2. Lebih lama anda menyimpan, lebih besar kesan 'Compounding' nya yang akan meningkatkan simpanan anda.
3. Lebih tinggi return, maka lebih banyaklah duit simpanan / pelaburan anda.


Jadual di atas adalah anggaran jumlah simpanan yang akan anda perolehi dengan simpanan sebanyak RM100 sebulan secara konsisten. Contohnya:

Anda akan mempunyai simpanan sejumlah RM143,183 jika anda menyimpan RM100 secara konsisten selama 35 tahun pada medium simpanan / pelaburan yang memberikan Return  6% setahun.

Anda akan mempunyai simpanan sejumlah RM18,417 jika anda menyimpan RM100 secara konsisten selama 10 tahun pada medium simpanan / pelaburan yang memberikan Return  8% setahun.

Bagaimana pula kalau saya menyimpan RM200 sebulan?

Anda akan mempunyai simpanan sejumlah RM286,366 jika anda menyimpan RM200 secara konsisten selama 35 tahun pada medium simpanan / pelaburan yang memberikan Return  6% setahun.

Anda akan mempunyai simpanan sejumlah RM36,834 jika anda menyimpan RM200 secara konsisten selama 10 tahun pada medium simpanan / pelaburan yang memberikan Return  8% setahun.

Kesimpulannya, Jumlah simpanan akhir anda bergantung kepada 3, iaitu Jumlah Simpanan sebulan, Tempoh Simpanan dan Rate of Return.

STEP 1 : JOM MULAKAN SIMPANAN KONSISTEN ANDA

Anda mempunyai target dan objektif yang jelas serta keazaman untuk menyimpan secara konsisten.

Boleh bermula dengan jumlah sekecil RM100 sebulan.

Nak mudah, buat auto-debit jer daripada akaun bank anda... Tetap dan konsisten!

Saya boleh bantu anda menyimpan di medium pelaburan Unit Trust yang mampu memberikan pulangan yang kompetitif.

STEP 2 : BUKA ACCOUNT

Online jer... mudah dan terus siap account nya. 

Step by step ditunjukkan di artikel ini (KLIK).

Kalau anda dah ada account investment dengan saya, terus jer ke Step 3 di bawah.

STEP 3 : CREATE AUTO-DEBIT

Sesudah Account pelaburan Unit Trust anda tersedia, saya akan bantu anda untuk create transction Auto-debit. 

Auto-debit ini direct dari Account Bank anda ke Account Pelaburan anda.

Semuanya Online jer. Saya akan guide anda. Simple jer.

Lepas ni, jika anda nak stop atau nak tukar amount atau nak tukar (switching) fund unit trust, kita buat semuanya secara online jer... Mudah.


🟥⬛️🟨🟦🟥⬛️🟨🟦🟥⬛️🟨🟦

Penulis,

Cikgu Adi  (KLIK untuk lebih mengenali saya) 
Group Financial Consultant,
Group Agency Manager.

Unit Trust | Private Mandate | Bitcoin & Crypto | ASB Financing 
👉 Facebook (Follow FB ini supaya tak terlepas perkongsian Eksklusif yang bermanfaat & strategi kewangan terkini tentang simpanan & pelaburan)

🟥⬛️🟨🟦🟥⬛️🟨🟦🟥⬛️🟨🟦


PERKONGSIAN 'MAHAL' - RUGI TAK AMBIL TAHU!



================================
DISCLAIMER :
Past performance does not reflect future performance. All information in this article / blog is for educational purposes only and should NOT be taken as investment advise, nor as a recommendation or endorse.
Please refer to your agent for details explanation. Thanks.
===============================

15 May 2020

PELABURAN KWSP SECARA ONLINE

Artikel ini menunjukkan step by step untuk melakukan pelaburan unit trust terbaik secara online menggunakan Account 1 KWSP (EPF i Account) tanpa cash yang lebih mudah.

STEP 1 : TAHU KELAYAKAN PELABURAN


Sebelum anda nak melabur, anda perlulah tahu akan jumlah kelayakan pelaburan anda.

Kiraan hanya berpandukan jumlah simpanan di Account 1 KWSP anda sahaja.

Terdapat beberapa cara untuk anda kenalpasti jumlah kelayakan pelaburan anda.

1) Kiraan secara manual. Anda perlu tahu jumlah simpanan semasa simpanan Acccount 1 anda.


Jadual Simpanan Asas Pelaburan Unit Trust menggunakan KWSP


Terdapat Jadual Simpanan Asas yang disediakan mengikut umur. Lain umurnya, lain pula Simpanan Asas nya. Sila rujuk jadula kanan di atas.


Pelaburan minima adalah RM1,000 

Formula Pelaburan KWSP Acc 1 : [Jumlah Acc 1 KWSP - Jadual Simpanan Asas (mengikut umur)] x 30%

Contoh kiraan.

a) En Ahmad, umur 30 tahun, Jumlah Akaun 1 : RM50k.
Jumlah simpanan asas umur 30 tahun: RM35k.
Lebihan (Jumlah Akaun 1 - Simpanan Asas Umur 30 tahun) : RM50k - RM35k = RM15k
30% daripada lebihan = 30% daripada RM15k = RM4,500
Maka, Pelaburan yang dibenarkan = Minima RM1,000 dan Maksima RM4,500
b) En Aziz, umur 33 tahun, Jumlah Akaun 1 : RM50k.
Jumlah simpanan asas umur 33 tahun: RM47k.
Lebihan (Jumlah Akaun 1 - Simpanan Asas Umur 33 tahun) : RM50k - RM47k = RM3k
30% daripada lebihan = 30% daripada RM3k = RM900
Maka, Pelaburan yang dibenarkan = RM0. *Minima pelaburan adalah RM1,000.
c) En Azman, umur 35 tahun, Jumlah Akaun 1 : RM50k.
Jumlah simpanan asas umur 35 tahun: RM57k.
Lebihan (Jumlah Akaun 1 - Simpanan Asas Umur 35 tahun) : RM50k - RM57k = Belum layak.
Pelaburan yang dibenarkan = RM0. *Belum layak untuk melabur menggunakan Akaun 1 KWSP.

2) Rujuk di website KWSP (KLIK). Scroll ke bawah sedikit ke bahagaian "Apa yang boleh anda laburkan'. Anda masukkan jumlah simpanan Acc1 anda dan pilih umur.

3) Apps yang anda boleh download seperti Apps EPF Investment Calculator 2019

4) Paling mudah, log in jer i-Account KWSP (KLIK). Boleh terus semak jumlah kelayakan yang telah siap dikira.

STEP 2 : DAH ADA PILIHAN FUND UNIT TRUST


Anda dah pun clear nak buat investment ke fund unit trust pilihan anda.

Semak sama ada fund tersebut berada dalam list fund yang boleh invest melalui KWSP. Jika tak pasti, boleh rujuk di SINI (KLIK).
  • Scroll ke bawah - Bahagian 'Di Mana anda boleh melabur'
  • Pilih syarikat unit trust
  • KLIK pada 'senarai Dana'
Jika tak pasti nak invest fund yang mana, jangan segan silu untuk attach dengan mana2 konsultan unit trust berlesen. InsyaAllah mereka boleh membantu.

Belum ada agen konsultant? nak saya guide? Meh masej saya...  Adi 012-5588680 --->  Wassap (KLIK)


STEP 3 : BUKA ACCOUNT di eUnitTrust



Cara mudah invest Unit Trust secara online di 'one stop platform' eUnittrust (KLIK)Easy Simple and User Friendly.



Untuk membuka account secara PERCUMA, KLIK pada 'NEW INDIVIDUAL ACCOUNT OPENING'.

Isikan semua details dan attach document diperlukan.

Kalau anda dah ada account investment dengan saya, terus jer ke Step 4 di bawah.


STEP 4 : INVEST KWSP SECARA ONLINE



Sila ikuti video ini (KLIK) untuk step-by-step proses pembelian dana unit trust menggunakan KWSP.



Tapi... kalau tak nak online boleh ke?

Boleh jer. Saya faham... bukan semua 'advance' bab2 online ni.... ada juga yang tak aktifkan EPF i-Account masing2...

Kalau still nak invest menggunakan KWSP, boleh buat secara manual... Boleh jumpa mana2 agen unit trust yang boleh tawarkan fund tersebut. 

Kalau nak invest dengan saya....
1. Yang dekat2 (Area Lembah Klang) kita boleh plan jumpa.
2. Yang jauh, saya akan poskan borang. Tapi nanti kena poskan semula borang tersebut pada saya untuk saya submit untuk tujuan pelaburan tersebut.

Nak saya guide? Meh masej saya...  Adi 012-5588680 --->  Wassap (KLIK)


🟥⬛️🟨🟦🟥⬛️🟨🟦🟥⬛️🟨🟦

Penulis,

Cikgu Adi  (KLIK untuk lebih mengenali saya) 
Group Financial Consultant,
Group Agency Manager.

Unit Trust | Private Mandate | Bitcoin & Crypto | ASB Financing 
👉 Facebook (Follow FB ini supaya tak terlepas perkongsian Eksklusif yang bermanfaat & strategi kewangan terkini tentang simpanan & pelaburan)

🟥⬛️🟨🟦🟥⬛️🟨🟦🟥⬛️🟨🟦


PERKONGSIAN 'MAHAL' - RUGI TAK AMBIL TAHU!



================================
DISCLAIMER :
Past performance does not reflect future performance. All information in this article / blog is for educational purposes only and should NOT be taken as investment advise, nor as a recommendation or endorse.
Please refer to your agent for details explanation. Thanks.
===============================

14 May 2020

STEP MELABUR UNIT TRUST SECARA CASH

Artikel ini menunjukkan step by step untuk melakukan pelaburan secara cash ke Account Pelaburan anda melalui 3 cara iaitu Cheque, Bank Draft ataupun online transfer.


STEP 1 : BUKA ACCOUNT

First, anda kena buka account dulu.

Online jer... mudah dan terus siap account nya. 

Step by step ditunjukkan di artikel ini (KLIK).

Kalau anda dah ada account investment dengan saya, terus jer ke Step 2 di bawah.

STEP 2 : INVEST CASH

Invest cash ini BUKANlah bermaksud anda kena sediakan duit kertas dan serahkan pada agen. Kami tak terima cash ye.. Ianya adalah tak dibenarkan.

Ada 3 cara untuk invest cash. Boleh pilih mana2 kaedah.

1) Cheque 
Atas nama Phillip Mutual Berhad
Nanti berikan pada agen akan cheque tersebut untuk diserahkan pada company.

2) Bank Draft 
Atas nama Phillip Mutual Berhad (Rujuk no account di bawah) 
Dah ready, berikan pada agen akan Bank Draft tersebut untuk diserahkan pada company.
Sertakan sekali copy borang application Bank Draft tersebut.

3) Online Transfer (Paling famous!)
Transfer ke account bank Phillip Mutual Berhad (Rujuk no account ini).
Nanti wassap jer proof of transaction ni pada saya untuk di print.


Sesudah itu, notify saya... nanti saya akan update investment anda dalam platform online. 

Then, kita discuss pemilihan fund yang sesuai dan pembentukan Portfolio Pelaburan yang 'cun' untuk anda (Jika belum discuss).

Saya nak invest fund dari company A, B dan C... Kenapa nak kena transfer ke account Phillip Mutual?
Ini kerana anda invest ke fund company A, B dan C melalui Phillip Mutual. Sesudah Phillip Mutual menerima duit anda, ianya akan digunakan untuk membeli fund2 dari company A,B dan C itu.

Satu transaksi jer, terus invest kepada semua fund A, B dan C tu. Jimat masa.

Nanti, anda akan menerima portal yang gabungkan semua investment tu... So tak payah pening2 nak buka satu persatu portal masing2 Company A, B dan C (Tak semua company mempunyai portal). so, senang nak manage investment anda.

Anda juga akan menerima statement yang gabungkan semua investment dari Company A, B dan C tu... So, senang nak faham dan lebih jelas status untung ruginya pelaburan anda sekarang.

Lagipun, tiada extra caj dikenakan.

Bank draf ni kena bank mana ye?
Mana2 bank pun boleh. Anda ada account bank mana?

Katakan Account saya di Maybank. Nak kena transfer ke account Maybank Phillip Mutual la kan?
Betul. Itu yang paling mudah dan cepat.

Saya tak de semua bank tu... Saya hanya ada account Bank Rakyat jer. Macam mana ye?
Boleh transfer jer ke mana2 pilihan bank Phillip Mutual yang ada. Tak de masalah.

Saya nak invest RM60k. Tapi limit transfer RM20k jer. Macam mana?
Anda boleh buat multiple transfer untuk beberapa hari. Hari ni RM20k. Esok RM20k. Lusa Rm20k. Nanti bagi jer 3 proof of transfer ni pada saya.

Investment account dibuka atas nama wife saya. Tapi, boleh ke saya transfer dari account bank saya ke account investment wife saya tu?
Tak boleh. kena sama nama pemunya. Maksudnya, kalau owner account investment adalah Puan Aminah, ia mestilah ditransfer dari account bank Puan Aminah juga. Ini rules dari Bank Negara Malaysia.... Kecuali.... kalau ianya joint account.

Berapakah modal minima untuk mulakan pelaburan unit trust ni?
Setiap fund berbeza modal permulaannya. Ada yang RM50, RM100, RM200, RM500, RM1,000 malah ada yang setinggi RM10,000, RM20,000 mahupun RM100,000. Sila rujuk prospektus setiap fund untuk details. Atau tanya jer saya...

Tapi secara umumnya, minimum untuk invest adalah RM1,000.

Minima pelaburan memang sama setiap fund? setiap company?
Tak semestinya sama. Fund dari company yang sama mungkin berbeza minima pelaburannya. Sila rujuk Prospektus atau Fund Fact Sheet.

Bukan warganegara boleh invest?
Boleh jika mempunyai document yang ditetapkan. Senang cakap, kalau dia ada acc mana2 bank Malaysia, kira dia boleh invest la. Coz document yang bank minta masa dia buka acc bank tu sama jer document nya untuk invest unit trust ni.

Bankrup boleh invest?
Maaf, tak boleh. Tapi boleh invest atas nama keluarga yang lain.

Kalau ada rekod SAA, AKPK, CCRIS CTOS tak cantik... boleh invest ke?
Boleh jer... Tak de masalah.

Saya tak bekerja / tiada income tetap / tiada payslip. Boleh invest juga?
Boleh jer.... malah digalakkan untuk invest.

STEP 3 : NAK BUAT SIMPANAN BULANAN KONSISTEN SECARA AUTO-DEBIT?

Simpanan bulanan secara tetap ni tak wajib. Optional jer.

Tapi kalau nak buat, memang ianya sangat digalakkan.

Tak payah pening-pening. Buat auto-debit jer. Mudah... konsisten... 

Semuanya ONLINE.

Disyorkan untuk anda membaca artikel (INI) untuk memulakan simpanan bulanan auto-debit anda.

Step2 nak buat autodebit:
  1. Buka Acc (sama macam di atas). Step by step ditunjukkan di artikel ini (KLIK). Kalau dah ada acc, dah x perlu buka (tambah) lagi acc. Cukup pakai acc yang sedia ada.
  2. Maklumkan saya bahawa anda ingin buat RSP (Regular Saving Plan).
  3. Saya akan 'create Transaction' untuk RSP anda ini.
  4. Saya akan guide anda untuk login online platform dan lengkapkan details.
    • Nak autodebit dari acc bank anda yang mana
    • berapa amount untuk autodebit ni
    • Date untuk trasaction aoutodebit ni berlaku (akhir bulan / pertengahan bulan)
  5. Selesai.


🟥⬛️🟨🟦🟥⬛️🟨🟦🟥⬛️🟨🟦

Penulis,

Cikgu Adi  (KLIK untuk lebih mengenali saya) 
Group Financial Consultant,
Group Agency Manager.

Unit Trust | Private Mandate | Bitcoin & Crypto | ASB Financing 
👉 Facebook (Follow FB ini supaya tak terlepas perkongsian Eksklusif yang bermanfaat & strategi kewangan terkini tentang simpanan & pelaburan)

🟥⬛️🟨🟦🟥⬛️🟨🟦🟥⬛️🟨🟦


PERKONGSIAN 'MAHAL' - RUGI TAK AMBIL TAHU!



================================
DISCLAIMER :
Past performance does not reflect future performance. All information in this article / blog is for educational purposes only and should NOT be taken as investment advise, nor as a recommendation or endorse.
Please refer to your agent for details explanation. Thanks.
===============================